NZ (49)

Drama Completed 72971

Zehra termenung agak jauh , dia duduk di atas katil dan bersandar di kepala katil.Sudah beberapa harini dia terkenang akan wanita yang datang kepada beberapa hari lepas dan menyatakan dirinya sebagai bekas isteri kepada Tuan Zahin Aqbar.Sedangkan Tuan Zahin pernah memberitahunya bekas isterinya telah meninggal dunia.Tetapi selepas mendengar penjelasan wanita tersebut , Zehr hampir percaya yang dia adalah bekas isteri kepada bekas suaminya itu.

IMBAS KEMBALI…

“You Zehra kan ?.” soal wanita itu kepada Zehra.Fikri dan Zehra terpingga-pingga.

“Ya saya Zehra.Puan siapa ya ?.” soal Zehra hormat.Tanpa banyak berkata wanita itu menghulurkan tangan terlebih dahulu.

“I Farah.Bekas isteri kepada Tuan Zahin Aqbar.” jelas Farah kepada Zehra Amanda.Tersentak Zehra dibuatnya.

“Bukan ke… .” kata-kata Zehra terhenti apabila teringat akan penyataan Tuan Zahin bahawa isteri pertamanya sudah meninggal dunia.

“Kenapa ? Dia cakap I dah mati ?.” soal Farah sinis.Zehra tidak mampu berkata.Dia hanya menanggukkan sahaja kepalanya tanda benar akan tekaan Farah itu.Fikri terkesima dengan dua wanita dihadapannya ini.

“Mungkin lepas ni dia akan cakap you pula yang dah mati dengan isteri baru dia nanti.” sinis Farah berkata kepada Zehra.

“Boleh I duduk ?.” pinta Farah kepada mereka berdua.

“Sila puan.” ucap Fikri penuh hormat.Zehra terkedu dengan layanan suaminya itu.

“Terima kasih.Mungkin awak berdua terkejut dengan kehadiran saya.Tapi ada sesuatu yang awak berdua cari tetapi tidak jumpa tentang Zahin dan teman wanitanya.Betul tak ?.” soal Farah kepada Fikri dan Zehra.

“Apa yang puan nak sampaikan kepada kami ni ?.” soal Fikri yang bagai cacing kepanasan.Dia terasa dicabar untuk mengetahui perkara sebenar.

“First , jangan panggil I puan.Call me Farah.” arah Farah lembut dan bergaya dalam tuturnya.

“Second , mesti awak berdua pelik kenapa Zahin dan teman wanitanya senyap secara tiba-tiba.Dato Zahid letak jawatan sebagai pengerusi.Amylia berhenti kerja.Dan sebagainya.Betul tak ?.” soal Farah lagi.

“Ya betul.” balas Zehra lemah.

“Zahin semakin tidak keruan dan seperti orang tidak siuman selepas dia bercerai dengan you Zehra Amanda.” nama Zehra disebut penuh oleh Farah.

“Amylia asyik mengejar Zahin untuk bertanggungjawab atas kandungannya.Jadi pentengkaran telah berlaku antara mereka.Amylia dipukul teruk sehingga koma.Sekarang ni pun Amylia masih di hospital.” jelas Farah.Zehra terkedu.Seluruh tangannya rasa mengeletar kerana takut akan dengar kejadian diantara Zahin dan Amylia.

“Habis apa jadi dengan Amylia ?.” soal Zehra ingin tahu.

“Kini Amylia masih koma di hospital dan kandungannya telah gugur.” jelas Farah kepada Zehra Amanda.Mengucap Zehra apabila mendengar berita tersebut.

“Sayang are you okay ?.” soal Fikri bagi memastikan isterinya itu dapat bertenang.

“Zahin telah ditahan polis , dalam masa yang sama dia juga dibawa untuk rawatan di hospital.” jelas Farah lagi.

“Kenapa ke hospital pula ? Sakit apa ?.” soal Fikri.

“Kemungkinan besar mereka syak dia ada mental.Sebab tu kadang-kadang dia macam psiko.” jelas Farah lagi.Fikri melepaskan keluhan berat.

“Saya minta maaf kalau menganggu awak berdua tapi dengan apa yang saya jelaskan ni , saya harap awak dapat maafkan Amylia dan Zahin dalam masa yang sama.” ucap Farah.

“Kalau tiada apa lagi , saya minta diri ya.” jelas Farah kepada Fikri dan Zehra.Dia terus bangun dari duduknya dan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

Zehra yang sedang duduk di atas katil tidak berhenti mengelamun.Sesekali tangannya terasa mengeletar dan sejuk.

“Sayang termenung apa tu ?.” soal Fikri yang sedang duduk menghadap isterinya.Wajahnya sayu.

“Abang ? Bila abang masuk bilik ? Tadi abang berbual dengan daddy dekat bilik sebelah kan ?.” soal Zehra pelik.Dia tidak sedar akan kehadiran suaminya itu.Fikri mengeluh kecil dan meraup wajahnya lembut.Rasa bersalah menghurung hati Zehra Amanda.Dia memainkan jari jemarinya.

“Sayang minta maaf dekat abang sebab tak perasan abang masuk bilik tadi.” ucap Zehra sebak.Dadanya turun naik menahan tangis.Fikri mula mengukir senyuman nipis dan mendekati isterinya yang sedang bersandar di kepala katil.Tangan isterinya diraih lembut.

“Takpa , tapi satu saja abang nak pesan.Jangan terlalu fikirkan sangat apa yang Farah cakap haritu.Kalau sayang rasa diorang layak dapat pengampunan dari sayang , up to you baby.” jelas Fikri lembut.Zehra mengeluh kecil.

“Jangan mengeluh , nanti anak abang ikut.” ujar Fikri dan menyeringai ke arah isterinya.

“Sayang celaru lah abang , apa yang diorang dah buat pada kita , sayang susah nak lupa.” jelas Zehra kepada suaminya.

“Sayang , abang tahu , tapi siapa kita sebagai seorang manusia yang tidak sempurna untuk menghukum mereka ? Abang tahu dan abang rasa apa yang diorang buat pada sayang tapi bukan ke lebih baik kalau sayang cuba berlapang dada.Ia akan lebih tenangkan hati sayang.Dan paling penting abang nak didik isteri abang untuk jadi wanita yang baik bukanlah pendendam.Kerana pendendam itu juga bukan sifat semula jadi wanita yang bernama Zehra Amanda.” ucap Fikri tenang dan lembut.Ubun-ubun isterinya dikucup lembut dan diusap berulang kali.Zehra terasa tenang apabila mendengar nasihat suaminya itu.Hatinya menjadi sebak.Fikri benar-benar cintakannya.Dia banyak bersabar dan menasihatkan Zehra Amanda.

“Terima kasih abang sebab sedarkan sayang , abang banyak sangat bersabar dengan sayang.” jelas Zehra kepada suaminya.Dada Fikri menjadi tempat palinh empuk untuk dia bersandar serta menenangkan fikiran.Fikri membetulkan duduknya.Kini dia pula bersandar di kepala katil dan mengeratkan lagi pelukan bersama isterinya itu.Sungguh terasa bahagia apabila Zehra Amanda diperlakukan begitu.

“Boleh tak kalau esok sayang nak jumpa Amy ?.” soal Zehra kepada Fikri.

“Sayang okay tak ? Kalau sayang belum ready , abang tak paksa.” jelas Fikri kepada isterinya.

“Takpa sayang nak jumpa dia juga , nanti kita bawa Qhaira sekali ya.” jelas Zehra kepada Fikri.

“Baik sayang , kalau hospital swasta malam boleh masuk tapi ada time dia lah , kalau sayang okay malam ni kita pergi tengok dia sekejap.” jelas Fikri lembut kepada isterinya.

“Okay juga tu.Sayang harap sayang kuat nak tengok dia nanti.” jelas Zehra kepada suaminya.Airmatanya mengalir.

“Insyallah , abang tahu isteri abang isteri yang baik.” ucap Fikri lembut yang cuba memberi semangat kepada isterinya itu.

“Abang sayang teringin nak makan something lah.” jelas Zehra kepada suaminya.Kepala Zehra Amanda diusap lembut.

“Sayang nak makan apa ?.” soal Fikri ingin tahu apa yang diidamkan isterinya itu.

“Makan tebu.” jelas Zehra selamba.Terduduk tegak Fikri dibuatnya.

“Sayang ! Apa ni ? Suka mintak yang bukan-bukan tau.” bebel Fikri kepada Zehra Amanda.Isterinya itu sudah menutup kedua-dua lubang telingannya.Dia bangun dari duduknya dan berdiri tegak di sisi katil sambil menatap wajah isterinya.

Malam yang hening dan sepi memenuhi ruang kawasan KPJ johor Specialist Hospital.Fikri , Zehra serta Qhaira meenutur langkah ke kaunter pertanyaan.

“Assalammualaikum selamat malam , boleh saya bantu cik ?.” soal salah seorang misi yang bertugas di kaunter tersebut apabila Fikri dan keluarga kecilnya mendekati kaunter tersebut.

“Waalaikummusalam , saya nak tahu bilik pesakit yang bernama Amylia Binti Ahmad.Dia berada di tingkat berapa dan bilik nombor berapa ya ?.” soal Fikri kepada misi tersebut kerana ingin tahu dimana Amylia ditempatkan.

“Ohh , boleh saya tahu hubungan cik dengan Puan Amylia apa ya ?.” soal misi itu lagi.Fikri terkedu.Dia menjeling sedikit ke arah Zehra.Tetapi isterinya itu memalingkan wajah ke tempat lain.Fikri terasa berat untuk menyatakan perkara sebenar.

“Saya bekas suami dia dan hendak bawa anak saya untuk berjumpa dengan mak dia.” jelas Fikri.

“Okay baik , cik boleh naik ke tingkat 3 dan terus ke bilik 175 okay.” jelas misi tersebut.

“Baik , terima kasih nurse.” ucap Fikri kembali.Dia terus meraih tangan Qhaira di sisi kirinya dan Zehra di sisi kanannya lalu menuju ke pintu lif untuk naik ke tingkat atas.

“Sayang okay ? Abang tahu sayang rasa something masa abang cakap dengan nurse tadi tu.” duga Fikri.Zehra memandang wajah suaminya dengan pandangan sayu.

“Mana ada , sayang okay saja.” jelas Zehra yang cuba menutupi rasa cemburu di hatinya.

“Jangan berani nak tipu abang , sayang tu isteri abang.” jelas Fikri agak tegas kata-katanya.Zehra diam tidak berkata.Pintu lif terbuka menandakan mereka bertiga sudah tiba di tingkat 3 dan mencari bilik yanh bernombor 175.Akhirnya mereka menemui dan melangkah masuk ke dalam bilik itu.Bilik yang menempatkan Amylia itu hanya ditemani bunyi mesin pengudaraan sahaja.Dia kini hanya bergantung pada mesin itu untuk menyatakan bahawa dia masih hidup.Fikri membawa Qhaira ke sisi katil , manakala Zehra juga berdiri di sisi katil sebelah kiri.Suasana sepi ditemani esakan kecil Qhaira yang sedih melihat ibunya yang kini terdampar di atas katil hospital.

“Daddy , kenapa dengan mummy ?.” soal Qhaira kepada Fikri.

“Mummy sakit sayang.” jelas Fikri sayu.Dia juga tidak dapat menahan sebak apabila melihat anaknya itu merintih melihat keadaan ibunya yang terdampar di atas katil hospital itu.

“Siapa buat mummy macam ni daddy ?.” soal Qhaira dalam tangisannya.Fikri menyeka airmata yang mengalir.Dia melutut di hadapan anaknya itu lalu tubuh kecil itu dipeluknya erat.Zehra yang melihat adegan sadis antara Fikri dan anaknya itu turut mengalirkan airmata.

“Kita doakan untuk mummy okay.” jelas Fikri kepada Qhaira.

“Okay.” balas Qhaira sayu.Esakannya semakin reda.Zehra pula menarik kerusi dan duduk di sisi Amylia.Tangan Amylia diraih di dalam genggamannya.Sesekali dia mengucup lembut tangan wanita itu.

“Saya maafkan awak Amy.” ucap Zehra mendatar.Tangisannya pecah memenuhi ruangan bilik.Fikri tidak sangka yang isterinya itu terlalu lembut hati sehingga begini.

“Sayang , jangan sedih abang ada.” ucap Fikri yang cuba menenangkan isterinya itu.

“Amy , saya ampunkan awak dari hujung rambut sehingga hujung kaki.Segala perbuatan keji awak pada saya sudah saya lupakan Amy.Saya berdoa semoga awak kembali sedar seperti biasa.Kesian dekat Qhaira.Kalau dia nak tidur pasti akan peluk gambar awak.” ucap Zehra sayu.Airmatanya semakin deras.

“Mummy… .” rintih Qhaira memanggil ibunya.Fikri megangkat anaknya itu lalu diletakkan diatas katil yang mempunyai ruang sedikit.Qhaira berganjak sedikit mendekati di sisi wajah ibunya.Wajahnya ditundukkan sedikit seperti mahu berbisik.

“Mummy , Qhaira rindu mummy.Kenapa mummy tidur saja ? Mumny tak sayang Qhaira ke ? Mummy daddy dah ada adik baru.Daddy tak sayang Qhaira.” ucap Qhaira dalam esakan kecilnya.Terkedu Fikri dan Zehra yang mendengar luahan anak kecil itu.

“Mummy bangunlah , Qhaira nak holiday dengan mummy.” jelas Qhaira lagi.Fikri menarik sedikit tubuh anaknya itu.

“Sayang , jangan nangis macam ni.Daddy sayang Qhaira dengan adik.Sayang jangan menangis macam ni okay.” ucap Fikri kepada anaknya.Qhaira memeluk lengan ayahnya erat.

“Sayang , tunggu abang dekat luar nanti abang keluar.” jelas Fikri kepada isterinya.Dalam tangisan yang semakin reda itu.Zehra mengatur langkah keluar dari bilik wad itu.Fikri mendekatkan wajahnya sedikit di tepi telinga Amylia.

“Amy , saya halalkan segala makan minum awak sepanjang awak hidup dengan saya.Saya harap awak kuat untuk tempuh dugaan ni.Awak masih ada Qhaira.Saya janji akan jaga anak awak dengan baik.Saya minta maaf kalau saya tak dapat cintakan awak macam apa yang awak mahu.Sebab dalam hati saya cuma ada Zehra Amanda sahaja… .” kata-kata Fikri terhenti.Rasa sebak menghurung jiwanya.

“Saya maafkan segala kecurangan awak sepanjang perkahwinan kita dahulu.” ucap Fikri lagi.Kali ini airmatanya tidak dapat ditahan.Mengalir deras.Zehra tidak keluar dari bilik itu.Dia berada di tepi pintu.Dia juga turut mengalirkan airmata.Tidak dia sangka sebesar ini rasa cinta Fikri terhadapnya.Dia juga turut menyalahkan Fikri dan menafikan bahawa lelaki itu tidak cintakannya lagi.

“Sayang jom keluar.” ajak Fikri kepada Qhaira.Airmata anak kecil itu diseka lembut dengan tapak tangannya yang agak kekar itu.Qhaira sekali lagi mendekatkan wajahnya ke tepi telinga Amylia.

“Mummy , Qhaira sayang mummy.Mummy bangunlah cepat.Qhaira doakan mummy ya.” ucap Qhaira sayu.Terus dia menadah telapak tangannya.

“Ya allah , kau sembuhkanlah mummy.Kau sihatkanlah mummy.Kau berilah ubat kepada mummy.Qhaira nak mummy ya allah.” ucapnya sayu.Lalu tapak tangan diusapkan ke muka.Saat itu juga.Dengan keajaiban allah.Airmata Amylia mengalir tiba-tiba di dalam keadaan tidak sedar itu.Dia seolah mendengar apa yang didoa oleh anaknya itu.Fikri menangis teresak-esak apabila melihat anak kecilnya itu merintih kepada tuhan supaya menyembuhkan ibunya.Zehra yang berada di sebalik pintu turut mengalirkan airmata.Keadaan sayu memecah dengan tangisan mereka.

esok kita ending okay..muahhh..hayati lah saat2 akhir ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience