NZ (13)

Drama Completed 72971

Rose Isabelle sudah hampir seminggu di kampung halaman suaminya Fikri Hakim.Dia diundang oleh ibu mertua Fikri iaitu Puan Sarah.Dia berasa gembira berada di kampung halaman tersebut kerana dia juga berada di sisi suaminya.Tetapi dia terlupa yang dia sedang bermadu bersama Zehra Amanda.Wanita itu benar-benar membuat dia rasa cemburu yang amat , kerana suaminya kerap menyebelahi wanita itu.Kadang kala , hatinya sakit melihat kemesraan pasangan bahagia itu.

“Rose , jauh termenung ? Ingatkan siapa ? Suami kan ada depan mata ?.” usik Puan Sarah kepada Rose.

“Ehh , takdalah mak…cuma… .” dia berhenti berkata-kata.Dia mahu memerangkap soalan itu.

“Cuma kenapa ? Rose ada masalah dengan Fikri ke ?.” soal Puan Sarah risau.

“Rose rasa macam nak balik harini lah mak , sebab mungkin Rose menganggu hubungan Fikri dengan Zehra… .” jelas Rose sayu.

“Ehh , takdalah..mana ada Rose jadi penganggu ? Mak happy bila Rose balik sini , kalau ada masalah apa-apa cakap dengan mak…biar mak tegur si Fikri tu.” jelas Puan Sarah kepada wanita yang disanjungnya itu.

“Tak perlu mak , dia memang dah tak sayang Rose lagi…Rose akan happy bila tengok dia happy.” jelas Rose sayu.

“Mana boleh macam tu , dia kena adil sebab Rose masih isteri dia…melainkan yang kamu berdua dah berpisah.” terang Puan Sarah lagi.

“Takpalah mak , Zehra kan tengah happy tu ? Kenapa mak taknak tengok anak mak bahagia ke ?.” soal Rose agak pelik.

“Mak mana yang taknak tengok anak dia bahagia ? Tapi mak tahu Zehra tu tak boleh bagi Fik anak…sebab tu mak suruh Fik kahwin dengan Rose , lepaskan Zehra tapi si Fikri degil pulak , sibuk nak pertahankan budak musibah tu..geram aku.” jelas Puan Sarah benci.

“Kenapa mak sanggup buat macam tu ?.” soal Rose pelik.
“Sebab dia tu memang bagi musibah je dekat orang , Rose tengok hidup Fikri tu…maju ke ? Macam-macam musibah datang , semua sebab perempuan tu lah , dulu suami mak dapat musibah sebab dia jugak lah.” jelas Puan Sarah menghina anak gadisnya Zehra Amanda.

“Mak , tak baik cakap macam tu , kenapa selama ni Rose tak nampak yang mak sebenarnya berdendam dengan Zehra ya ?.” soal Rose.

“Kemapa ? Rose pun nak bencikan mak juga ? Macam tu ?.” soal Puan Sarah bertalu-talu dan agak keras kata-katanya.

“Bukan mak , tapi mak kena beza Rose dengan Zehra ?.” jelas Rose Isabelle kepada wanita tua di sebelahnya itu.

“Yang Rose ni , kenapa baru sekarang nak sedar ? Menyesal sebab kahwin dengan Fikri ?.” soal Puan Sarah mengejek.

“Kalau kahwin dengan Fikri adalah satu kesilapan , Rose takkan maafkan mak sampai bila-bila…sebab mak lah , anak perempuan mak menderita , mak ni mak jenis apa ya ?.” soal Rose Isabelle berani.

“Rose tak tahu apa yang mak tanggung selama ni , sakit tahu tak ?.” jelas Puan Sarah sepenuh hati kepada wanita itu.

“Jadi untuk lepaskan rasa sakit mak tu , mak seksa anak mak sendiri ?.” soal Rose kepada Puan Sarah.

“Sebab itu yang melegakan hati mak yang sakit ini.” jelas Puan Sarah.

“Kalau Zehra tahu pasal benda ni , mungkin dia tak dapat nak terima mak lagi.” jelas Rose kepada Puan Sarah dengan nada menekan.

“Dia memang anak tak guna , aku tak pernah harap untuk dia maafkan aku atas apa yanh aku dah buat..dan aku pun tak restu hubungan dia dengan Fikri dari hari pertama diorang berkahwin….” jelas Puan Sarah kejam.

“Rose takkan berdiam , Rose akan bagitahu Fikri tentang apa yang mak cakap ni.” Jelas Rose tegas.

“Pergilah ! Pergilah beritahu si Fikri , mak sikit pun tak takut…diorang yang patut takut sebab aku tak restu hubungan diorang…jahanam lah rumahtangga diorang lepas ni.” jelas Puan Sarah kejam.

Rose yang berada di sebelah wanita itu , terkedu dan matanya membutang apabila mendengar kata-kata Puan Sarah yang ibarat sumpahan itu.

“…mak memang tak layak jadi mak , sebab sanggup hancurkan rumahtangga anak sendiri.” jelas Rose sambil mengelengkan kepalanya perlahan.

“Suka hati Rose lah nak cakap apa pun , tapi mak puas hati sebab dapat buat apa yang mak nak.” Jelas Puan Sarah.

Tetapi , disebalik dinding dapur dapat didengar jelas oleh kata-kata Puan Sarah oleh Zehra Amanda.Airmatanya gugur , hatinya hancur remuk , jiwanya meronta.Dia tidak dapat bayangkan bagaimana hubungannya dengan Fikri selepas ini.Dia sudah dengar ketidak restuan ibunya di atas hubungannya dan Fikri Hakim.Mampukah ia bertahan dengan lelaki itu ?.

“Sayang ?”.panggil Fikri tiba-tiba.Zehra terus memandang wajah suaminya dengan linangan airmata.Fikri terkedu apabila melihat isterinya menangis.Zehra yang terduduk di lantai itu didekatkan wajahnya.

“Sayang , kenapa sayang nangis ?.” soal Fikri dengan riak wajah yang cukup risau.

“Takda apa abang , kaki sayang terseliuh , rasa sakit sikit.” jelas Zehra membohongi suaminya.

“Ya allah , kenapa tak panggil abang ?.” soal Fikri kelam kabut mengendong isterinya dan dibawa kebilik.

Sesampai sahaja mereka di bilik.Zehra di letakkan di atas katil dalam keadaan duduk.Fikri segera mencari minyak panas untuk mengurutkan kaki isterinya yang terseliuh.

“Sayang mana kaki yang terseliuh tu ?.” soal Fikri ingin tahu supaya dia dapat mengurutkan dengan baik.
“Dekat sini.” tunjuk Zehra ke arah bahagian tulang keringnya.Fikri perlahan-lahan mengangkat kaki isterinya itu dan diletakkan di atas pahanya.Minyak di tuang sedikit di telapak tangan lalu di sapukan di bahagian yang ditunjukkan isterinya tadi.

“Nasib baik cepat beritahu abang , kalau lambat nanti naik biru kaki sayang tu sebab lebam.” Jelas Fikri sambil tangannya bekerja mengurut kaki isterinya.

Sekali lagi airmatanya bergenang di tubir mata , rasa bersalah dan berdosa menghurung jiwa pula.Untuk memberitahu perkara sebenar dia tidak mampu untuk menjadi seorang yang jujur.Rasa cinta yang baru mekar di hati sudah gugur sekali lagi.

“Nasib baik abang urut sekarang…kalau nanti abang takda siapa yang nak urutkan sayang ?.” soal Fikri sambil tangannya mengurut kaki isterinya.

“Abang… .” panggil Zehra lembut.

“Ya sayang.” sahut Fikri lembut dan terus memandang wajah isterinya yang sayu.

“Kalau manja nak minta something boleh ?.” soal Zehra terketar-ketar suaranya.

“Apa dia ? Sayang ada teringin nak makan something ke ?.” soal Fikri menduga.

“Kalau sayang nak minta cerai boleh ?.” pinta Zehra sekali lafaz.Terbutang mata Fikri.Tangan yang ligat mengurutkan kaki isterinya terhenti.Pandangan terhadap isterinya tidak berkedip walapun sesaat.Dia bagai di dalam mimpi apabila mendengar permintaan isterinya itu.Jantungnya berdegup laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience