NZ (44)

Drama Completed 72977

Pada hari ini , Zehra Amanda telah menunaikan hasratnya sebagai seorang wanita dimana dia telah pergi ke mahkamah syariah bagi menuntut fasakh terhadap suaminya yang sentiasa menyakitinya.Sewaktu berbicara dihadapan saksi dan peguam yang terlibat.Airmatanya gugur.Bersama kandungannya yang berusia tujuh bulan lebih itu amatlah memeritkan jiwanya.Selepas selesai , membuat perbicaraan secara peribadi.Zehra Amanda keluar dari bilik perbincangan tersebut dan menuju ke ruang menunggu untuk mendapatkan Fikri Hakim.Ya , lelaki itulah yang menemaninya sewaktu dia memerlukan bantuan.Bukan sahaja bantuan , malah segala kudratnya juga diberi sehabisan.Zehra terhutang budi dengan sikap Fikri yang sudi menolongnya secara ikhlas.Walaupun dia sendiri tahu , jauh di sudut hati lelaki itu ada sekelumit rasa kecewa dan perit di atas perkahwinannya bersama Tuan Zahin Aqbar.Matanya melilau mencari susuk tubuh lelaki itu.Sedangkan Fikri sudah berjanji akan duduk di tempat menunggu sehingga Zehra selesai perbicaraan bersama peguam.Tiba-tiba dia rasa ada seseorang yang bernafas di belakangnya.Dia menoleh.Fikri menyergahnya tiba-tiba.Kemudian dia mentertawakan Zehra Amanda.

“Ish , awak pergi mana ?.” soal Zehra sedikit marah.Fikri menyeringai ke arah wanita itu.

“Kenapa ? Awak tunggu saya ke ?.” soal Fikri menyakat.Keningnya dijongketkan berulang kali.Dia berasa megah apabila wanita itu masih mencarinya.

“Yalah , tadi kan awak kata nak tunggu saya dekat sini.Tiba-tiba hilang pula.” jelas Zehra menyampah.Sambil itu Fikri melihat jam di tangannya.

“Awak lapar tak ?.” soal Fikri mesra.

“Laparlah , hampir tiga jam saya duduk dekat dalam bilik tu.Lepastu siap dengan aircond lagi.Sejuk dan lapar tahu tak.” rungut Zehra.Fikri mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Awak yang duduk dekat dalam tu , janganlah marah saya.” jelas Fikri kepada Zehra.

“Awak nak bawa saya makan dekat mana ni ?.” soal Zehra yang ceria apabila dia akan dibawa pergi makan oleh Fikri.Perutnya sudah berkeroncong.Tambahan pula kini dia sedang mengandung.Jadi rasa hendak makan sentiasa itu berganda.

“Ada satu tempat , makanan dia best , layanan dia pun best.” jelas Fikri teruja kepada Zehra.

“Jomlah cepat , saya nak makan dah lapar ni.” rungut Zehra manja.Fikri menelan liurnya kesat.

“Zehra Amanda...jaga sikit cara awak tu , awak masih ada ikatan dengan Zahin tau , perbicaraan belum bermula lagi.Jadi tak manis kalau awak macam ni dekat depan saya.” jelas Fikri kepada Zehra dengan nada yang begitu lembut.Zehra terdiam dengan nasihat lelaki itu.

“Okay sorry.” ucap Zehra memuncung.

“Dah jom kita pergi makan.” ajak Fikri mesra.

Mereka mula menuju ke kenderaan bersama , selepas kedua-duanya sudah menaiki kenderaan.Pedal minyak ditekan Fikri dan kereta meluncur tenang di atas jalan raya yang agak sibuk pada waktu tengahari begini.Zehra hanya mendiamkan diri sahaja.

“Awak okay ?.” soal Fikri risau.

“Okay , Cuma saya terfikir macam mana saya nak besarkan anak saya tanpa ayah dia.Zahin memang tak mahu ambil berat pasal kandungan saya lagi.Apatah lagi anak yang dekat dalam ni.” jelas Zehra sayu.

“Insyaallah , doa banyak-banyak allah akan lindung awak dengan anak ni.” jelas Fikri kepada Zehra tenang dan lembut.

“Terima kasih Fikri , sebab selalu ada dengan saya.” ucap Zehra tenang.Fikri mengukir sebuah senyuman dan dihadiahkan kepada wanita itu.

“Apa sahaja untuk awak.” ucap Fikri tenang.Zehra menyimpul senyum lalu pandangan ditumpukan ke hadapan semula.

“Lama lagi ke perjalanan kita ?.” soal Zehra ingin tahu.

“Tak lama dah , sekejap lagi sampailah.” jelas Fikri kepada wanita itu.Tidak lama kemudian , Zehra dan Fikri selamat tiba di sebuah rumah.Zehra berkerut dahi apabila melihat kawasan perumahan itu.Tidak dia pernah sampai ke kawasan ini.Tetapi mengapa Fikri membawanya ke sini ?.

“Rumah siapa ni Fikri ?.” soal Zehra pelik.

“Rumah saya.” jelas Fikri selamba.Kemudian dia keluar dari isi perut kereta dan menuju ke bahagian sebelah pemandu.Dia membukakan pintu buat Zehra Amanda.Wanita itu keluar dari isi perut kereta dalam keadaan terpingga-pinga.Fikri tersenyum sambil memandang ke arah rumah banglo lima tingkat itu.Sedang Zehra meneliti seluruh pelusuk kawasan rumah itu , tiba-tiba ada seorang wanita berdiri di pintu rumah.Dia mula keluar untuk menyambut kedatangan mereka berdua.Zehra tidak mengenali wanita itu.Wanita itu tersenyum sebaik dia berdiri tepat dihadapannya dan Fikri.

“Encik Fikri dan Puan Zehra ke yang saya akan berurusan ni ?.” soal Wanita yang di dalam lingkungan 20 an itu.Dia lebih muda daripada Zehra.

“Ya , kami yang buat temujanji tu.” jelas Fikri mesra.

“Fikri saya tak buat apa-apa temujanji dekat sini , kenapa ada nama saya sekali ?.” soal Zehra yang mula rasa curiga.

“Jangan risau , saya tempah untuk kita.” jelas Fikri tenang dalam senyuman.

“Dik , tumpang tanya ini rumah ke apa ?.” soal Zehra kepada wanita yang menyambut kedatangan mereka itu.

“Ini Yayasan puan.” jelas Wanita itu.Terkedu Zehra apabila mendengar penyataan gadis itu.Buat apa Fikri membawanya ke sebuah yayasan , lebih baik membawanya ke rumah anak-anak yatim.

“Awak kenapa bawa saya ke yayasan pula ni ?.” soal Zehra pelik.

“Ada someone nak jumpa awak.” jelas Fikri kepada Zehra Amanda.Terkedu Zehra apabila Fikri menyatakan ada seseorang yang mahu berjumpa dengannya.

“Siapa ?.” soal Zehra.

“Boleh kita masuk sekarang ke ?.” soal wanita yang dianggap sebagai penyambut tetamu itu kepada mereka berdua.Soalan Zehra sebentar tadi dibiarkan tergantung begitu sahaja tanpa ada jawapan.Mereka berdua membuntuti wanita itu menuju ke dalam rumah.Apabila masuk sahaja di dalam rumah yang besar itu.Zehra bagai di dalam mimpi.Ruang sekeliling ditelitinya hingga terdongak kepalanya.Di dalam rumah itu dipenuhi dengan kaum wanita.Daripada kalangan remaja hinggalah kalangan warga emas.Akhirnya mereka tiba di sebuah ruang seperti ruang menunggu.Tersedia sebuah sofa dan meja kecil.

“Puan dengan Encik jemput duduk dulu ya , saya panggilkan pemilik yayasan sebentar.” jelas wanita itu kepada Fikri dan Zehra.Mereka berdua hanya mengangguk.Wanita itu sudah pun beredar dari situ , Fikri sementara menunggu dia membuat panggilan terhadap seseorang.Dari segi perbualannya seperti atas urusan kerja.Zehra mengimbas kesemua barangan yang berada di ruangan itu , sungguh kelihatan mewah tetapi dijadikan sebuah yayasan.Sedang dia meneliti barangan yang berada di ruang itu , tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah perhiasan yang amat dia kenali.Sebuah loket yang dihiasi dengan permata berwarna merah.Tiba-tiba dahinya berkerut mengingatkan kenangan bersama loket tersebut.

“Rose , kalau duit yang saya beri tu tak cukup , awak ambilah loket ni , ini peninggalan arwah abah saya , dia hadiahkan untuk saya.Tapi saya tak rasa loket ni boleh bantu saya.Andaikata , duit tu tak cukup untuk tampung perbelanjaan hidup awak.Jual loket ni untuk cukupkan duit awak.”

Tanpa dia sedar , airmatanya mengalir mengenangkan kisah sadis itu.Dia menyeka airmatanya lembut.Tiba-tiba dia terasa ada seseorang yang sedang berdiri di sisinya.Perlahan-lahan wajahnya menoleh ke arah kiri.Susuk tubuh itu berdiri tegak di sisinya.Wajah itu tersenyum memandangnya.Fikri yang mulai perasan akan kehadiran wanita yang ditunggu mereka itu segera meletakkan panggilannya dan mendekati Zehra Amanda.Matanya terkebil-kebil memandang susuk tubuh Rose Isabelle yang ramping itu.Dia bangun berdiri , saat itu dadanya turun naik.Rasa sebak telah mengusai jiwanya.Sudah lama dia tidak bertemu dengan wanita itu.

“Rose ?.” seru Zehra seolah tidak percaya yang wanita itu sedang berdiri di hadapannya.

“Apa khabar Zehra Amanda ?.” soal Rose mesra.Tetapi airmata sudah membasahi pipinya.Fikri yang melihat adegan hiba itu terus wajahnya menekur lantai.

“Ya allah Rose.” ucap Zehra yang terus menarik tubuh wanita itu ke dalam dakapannya.Airmatanya lebat mengalir.Tangisan mereka memenuhi ruang.

“I rindu you Zehra.” ucap Rose dalam tangisan.

“Saya pun , kemana awak pergi ?.” soal Zehra.Pelukan mereka terlerai.Wajah Zehra diusap lembut.Fikri tersenyum melihat kedua-dua wanita itu.

“I pergi sambung belajar untuk dapatkan sijil khas.Dan I buka yayasan ni.” jelas Rose tenang dan lembut.

“Kenapa tak beritahu saya yang awak buka yayasan ? Boleh saya datang hari-hari.” jelas Zehra yang mula mesra dan teruja dapat bertemu Rose Isabelle.Langkah mereka mula diatur menuju ke ruang makan.Hidangan lauk sudah tersedia yang disediakan seorang tukang masak khas di yayasan itu.

“Zehra kita berbual sambil menjamu selera ya.” jelas Rose lembut.Fikri turut diajak bersama.

“Okay , jom.” ajak Zehra.Mereka mula duduk di meja dan dihidangkan nasi serta lauk yang membuka selera.

“Apa sebenarnya tujuan awak buka yayasan ini ?.” soal Zehra yang ingin tahu.Tersentak Rose mendengar soalan wanita inspirasinya itu.Dia memandang wajah Fikri meminta pandangan.Fikri hanya tersenyum nipis.

“Tujuan saya nak membantu semua wanita yang teraniya dan dianaya.” jelas Rose lembut.Zehra yang memahami penjelasan Rose itu menganggukkan kepalanya.

“Apa nama yayasan ini ?.” soal Zehra lagi.Rose tersenyum lebar apa soalan penting itu keluar sendiri dari bibir Zehra.

“Yayasan Amanda.” ucap Rose sayu.Dai sendiri berasa sebak ingin menyatakan perkara tersebut.Terkedu Zehra Amanda apabila mendengar penjelasan Rose itu.Fikri tersenyum melihat reaksi buah hatinya itu.

“kenapa letak nama saya ?.” soal Zehra tergagap-gagap kerana terlalu terkejut.

“Sebab you adalah inspirasi , you are srikandi wanita.” ucap Rose megah dan bangga.Mengalir airmatanya deras.Mulut ditekupnya kerana terlalu sebak dan dalam masa yang sama terharu juga.Tangan Zehra diraih Rose.

“Apa yang you pernah lakukan untuk I , I tidak akan lupa Zehra sebab inilah I namakan yayasan ni sempena nama you.” jelas Rose lagi.

“Wanita dalam rumah ni semua adalah wanita yang mempunyai masalah hidup mereka tersendiri.Tetapi mereka dan I tidak sekuat you.” jelas Rose hiba.

“Saya cuma manusia biasa saja Rose , apa yang hebatnya ?.” soal Zehra yang merendah diri.

“Zehra , you ditimpa pelbagai ujian dalam hidup , tapi you tetap tenang untuk menghadapi segala masalah tersebut.You tahu tak , masa I divorce , I hampir gila dan rasa nak bunuh diri.Tapi you penyelamat yang allah hantar untuk sedarkan I daan beri I kekuatan.Bila kenangkan apa yang I pernah buat pada you ? I rasa malu sebab harini kejayaan I kerna you.” jelas Rose dalam linangan airmata.

“Terima kasih , saya terharu dan tak tahu nak ucap penghargaan yang macam mana.” jelas Zehra sayu.

“You boleh balas segala penghargaan ni dengan cara datanglah sini selalu untuk berikan kami kata-kata semangat.” ucap Rose lembut.

“Insyaallah , saya akan cari masa untuk datang sini dan berjumpa dengan semua srikandi Yayasan Amanda.” jelas Zehra sayu.Dia memeluk Rose erat.Dia dapat merasai kasih sayang yang baru sahaja bertaut bersama Rose Isabelle.Tiba-tiba Fikri berdehem.

“Jealous lah tu.” ejek Zehra selamba.Fikri membutangkan matanya.Tetapi Zehra Amanda hanya membalas dengan jelingan.

“Rose , I ada kerja.Jadi , kami tak boleh lama-lama dekat sini.” jelas Fikri.Zehra baru teringat akan kesibukan lelaki itu , tetapi tidak dia berbunyi sama sekali.Zehra rasa bersalah kerana sudah banyak menyusahkan Fikri.

“Fikri sorry saya tak ingat awak ada kerja harini.” jelas Zehra lemah.

“It’s okay , saya akan pergi office lambat sikit.” jelas Fikri mesra.Mereka segera menghabiskan makanan yang bersisa.Kemudian , Zehra dan Fikri dijamu pencuci mulut yang dibuat Rose Isabelle sendiri.Selepas selesai menjamu , Rose menghantar Fikri dan Zehra ke muka pintu diatas keberangkatan pulang mereka.Rasa hiba di hati Zehra Amanda kerana ingin pulang dari tempat yang indah dan tenang itu.Berat sungguh hatinya , tetapi dia masih ada tanggungjawab walaupun tidak dihargai.

“Fikri , terima kasih sebab teman saya ke mahkamah harini dan gembirakan saya.” ucap Zehra lembut.Sebaik sahaja mereka berdua sudah memasuki isi perut kereta.

“Sama-sama , saya tolong atas dasar yang saya mampu dan sebagai orang yang saya rapat.” jelas Fikri tenang.

“Terima kasih juga , sebab awak hari-hari buat saya rasa bahagia.” jelas Zehra tenang.Dia tersenyum kepada Fikri.

“Takda apa yang susah untuk buat orang yang kita sayang tu bahagia , cukup setiap hari kita mencipta bahagia dan menghadiahkan pada si dia.” ucap Fikri dengan romantis.Ia bagai satu luahan hati yang terpendam.Terkejut Zehra dengan ucapan romantis Fikri itu.Hatinya berbunga-bunga.

jemput baca..jangan lupa komen..hihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience