NZ (23)

Drama Completed 72971

1 tahun kemudian...

Zehra Amanda wanita yang jiwanya semakin kuat menempuh dugaan seharian.Biarpun dia keseorangan tetapi , demi masa hadapan buat dirinya sendiri dia telah menjadi seorang yang cekal.Sekarang ini , dia sudah bekerja di sebuah syarikat dan berjaya membuka perniagaannya sendiri sebagai sampingan.Selepas kisah hitam yang berlaku di dalam hidupnya , dia sudah menutup hatinya kepada sesiapa sahaja lelaki yang hadir untuk mendekatinya.Tetapi dalam masa yang sama percubaa demi percubaan telah dilakukan oleh majikannya sendiri iaitu Tuan Zahin Aqbar , iaitu anak kepada CEO syarikat yang Zehra Amanda bekerja sekarang ini.Lelaki itu telah menjadi kegilaan ramai tetapi dia tidak endahkan kerana ia sendiri sudah terjatuh cinta terhadap Zehra Amanda.Pada pagi ini , dia telah menyediakan segala kelengkapan sebelum dia pergi kerja bagi kemudahan sahabatnya Hasya.Hasya memandang pelik ke arah makanan yang tersedia buatnya dia atas meja makan tersebut.

“Kau ke yang buat semua ini Zehra Amanda ?.” soal Hasya pelik dan menyebut nama penuh sahabatnya itu.

“Ya aku yang buat , kenapa ? Tak percaya ? Ke takut aku letak racun dalam tu ? Kalau aku nak bunuh kau , aku gentle lah , aku ambil pistol and aku tembak , senang.” jelas Zehra kepada sahabatnya itu.Hasya memandang Zehra dengan wajah tidak puas hati.

“Kau kalau cakap memang tak bertapis ya ?.” soal Hasya geram dengan perangai selamba Zehra itu.

“Dah lah malas aku nak layan kau , aku nak pergi kerja , bye.” jelas Zehra sambil segala barang-barangnya untuk ke pejabat.

“Zehra kau betul ke dah terima tawaran Dato Zahid tu ?.” soal Hasya ingin kepastian.

“Yes , aku terima sebab Dato ada tawarkan aku dengan tawaran yang best.” jelas Zehra kepada Hasya dengan wajah menyeringai.

“Apa dia ?.” soal Hasya pelik dan menantikan jawapan.

“Dia nak aku jadi share partner dia.” jelas Zehra dengan senyuman teruja dan terharu.

“Serioysly ?.” soal Hasya dengan riak wajah ceria dan mata terbutang , dia sendiri tidak menyangkan dengan apa yang didengarinya dari mulut Zehra Amanda ini.

“Yes , aku dah berjaya capai cita-cita aku.” jelas Zehra dalam linangan airmata.

“Ya allah , tahniah Zehra , aku tak sangka kau ada bakat sampai macam ni sekali ? Kau memang superwomen lah.” ucap Hasya memuji sahabatnya itu.

“Terima kasih Hasya , saat aku bersedih kau sentiasa ada di sisi aku , apa yang mampu aku lakukan adalah mendoakan kebahagiaan buat kau , semoga jodoh kau diberi jodoh yang baik.” ucap Zehra sebak dalam linangan airmata.

“Insyaallah amin , aku pun doakan kau dipertumakan oleh orang yang baik dan mampu jaga hati kau supaya tak terluka lagi “ ucap Hasya lembut dan sayu.Mereka berpelukan bersama.Zehra Amanda bagai tersentap sedikit dengan kata-kata Hasya yang terakhir.

“Insyaallah Hasya , doakan aku ya.” jelas Zehra lagi.Pelukan dilepaskan oleh Zehra , dia mengambil segala barang keperluan untuk ke pejabat.Kemudian dia melangkah keluar dari rumah dan meluncur keretanya agak laju.

“Aku doakan kau bahagia , sebab aku dah tak sanggup lihat kau menderita.” ucap Hasya sayu dalam linangan airmata selepas menghantar sahabatnya Zehra Ammanda hingga hilang dari pandangan.

Fikri sudah seminggu bermula bertugas di Johor Corporation , pada pagi ini dia mengambil tugas yang telah diamanahkan kepada pemandu peribadi Dato Hilman untuk menghantar anak perempuannya Qhaira Isabelle ke sekolah kerana dia telah berjanji dengan anak perempuannya itu untuk menghantarnya ke sekolah.

“Daddy , lambat lagi ke ? Jom lah nanti Qhaira lambat pergi school.” rengek Qhaira manja kepada ayahynya yang sedang bersiap di hadapan cermin.

“Sabar sayang , daddy tengah pakai tie ni.” jelas Fikri kepada anak gadisnya itu.Dalam sibuk memakai tali leher , dia sempat mengeyitkan matanya kepada Qhaira dari pantulan cermin yang menampakkan anak gadisnya itu.

“Daddy ni , daddy kan memang dah handsome.” puji Qhaira kepada ayahnya itu.

“Yeke ? Saja bodek daddy eh ?.” soal Fikri menyakat anak gadisnya.

“Taklah , Qhaira ikhlas tahu ?.” jelas Qhaira menyakinkan bapanya.

“Qhaira dah siap ke belum ?.” soal Fikri kepada anak gadisnya itu.

“Dah daddy , penat Qhaira tunggu tahu ?.” jelas Qhaira manja.

“Alala , sayang daddy ni , okay jom , daddy pun dah siap ni.” jelas Fikri sambil memimpin anak gadisnya itu.

Mereka turun anak tangga bersama hingga ke anak tangga terakhir.Mereka menuju ke ruangan makan yang tersedia khas buat ahli keluarga Dato Hilman.Fikri memimpin tangan anaknya hingga ke meja makan.Datin Zarina dan Dato Hilman tersenyum melihat cucu tunggalnya itu.

“Cucu tok daddy dah turun.” ucap Dato Hilman mesra kepada cucunya Qhaira Isabelle.

“Morning daddy , mummy.” ucap Fikri mesra.Dia menarik kerusi buatnya selepas mendudukan anaknya di sebelahnya.Dia mula mengambil hidangan yang tersedia buat mereka sekeluarga.

“Amy macam mana sekarang ? Makin okay ?.” soal Dato Hilman mesra secara tiba-tiba kepada anaknya itu.

“Alhamdulillah daddy , dia happy.” jelas Fikri tenang.

“Tapi sejak dah jadi PA ni makin berlagak dengan Fik.” tawa Fikri sambil mengutuk bekas isterinya itu.

“Biasalah tu , dia excited dapat lady boss.” jelas Dato Hilman bergurau dan tertawa kecil.

“Lady boss ?.” soal Fikri seperti kurang erti.

“Yes , lady boss...Dato Zahid dah ada share patner baru selain kita , so lagi ramai lepas ni kita kena bekerjasama.” jelas Dato Hilman dalam senyum sinisnya.

“Siapa daddy ? Iris ke ?.” soal Fikri meneka.

“No.” jawab Dato Hilman pantas dan tenang.

“Habis ? Siapa daddy ?.” soal Fikri makin tidak sabar menanti jawapan daripada bapanya itu.

“Zehra Amanda.” ucap Dato Hilman sekali lafaz.Terbutang mata Fikri apabila nama itu diseru dihadapannya.Sekian lama tidak mendengar , harini jiwanya bagai dipukul apabila mendengar nama keramat itu.Datin Zarina yang berada di sebelah suaminya , terkesima seketika.Tanpa ia sedar juga , airmatanya telah gugur kerana dia amat merindui bekas menantu kesayangannya itu.Wanita itu menyepi tanpa khabar berita.

“Dato Zahid telah menjadikan Zehra sebagai share patner beliau , dan sekali gus melantik Amylia sebagai pengurus peribadi Zehra.” jelas Dato Hilman tenang.

“Kenapa dia hadir lagi ya allah ?.” ucap Fikri di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience