NZ (10)

Drama Completed 72971

Puan Sarah sudah bersiap untuk ke pasar.Dia sedang menunggu menantunya Raziq.Tidak lama kemudian , Raziq keluar dari dalam bilik dengan wajah yang membengkak seperti orang baru lepas menangis.Puan Sarah berkerut dahi memandang wajah menantunya itu.Tetapi mulutnya mahu juga bertanya kenapa.

“Dah mak , jom?.” ajak Raziq kepada ibu mertuanya itu dengan suara yang tengelam timbul kerana menangis.

“Raziq okay tak ? Ada masalah ke ?.” soal Puan Sarah risau akan keadaan menantunya.

“Okay mak.” jelas Raziq mendatar nadanya.Puan Sarah hanya mendiamkan diri apabila jawapan yang diterima oleh menantunya itu.

“Nia ada marahkan Raziq ke ?.” soal Puan Sarah lagi.Dia seboleh-boleh mahu sebab Raziq senyap dan membuatkan airmata lelaki itu mengalir.

“Kenapa mak campur dalam urusan rumahtangga Raziq mak ?.” soal Raziq tiba-tiba.Lidah Puan Sarah terkelu tiada jawapan mahu diberi kepada menantunya itu.

“Mak tahu kan , Raziq dengan Nia bahagia.” jelas Raziq kepada ibu mertuanya itu lagi.

“Kenapa mak perlu campur urusan rumahtangga Raziq ?.” soal Raziq dengan tegas.Puan Sarah mula takut kerana di dalam kenderaan ini hanya ada mereka berdua sahaja.

“Pagi ni mak ajak Raziq pergi ke kedai mak Zatie pulak ? Sedangkan banyak je kedai runcit lain dalam kampung ni , kenapa kena sebut nama kedai mak Zatie ?.” soal Raziq lagi.Suaranya bagai tidak dapat dikawal lagi.Kadang kala dia tertinggi suara kepada ibu mertuanya itu tanpa dia sedar.

“Mak jangan cuba nak hancurkan rumahtangga Raziq dengan Nia mak.” amaran diberi Raziq.Terkedu Puan Sarah tidak bersuara apabila mendengar satu persatu pertanyaan serta amaran yang keluar dari mulut menantunya itu.

“Raziq masih ada rasa hormat pada mak sebagai seorang ibu , jangan sampai rasa tu pun hilang mak...nanti Nia pun mak tak boleh jumpa lagi.”ujar Raziq memberi amaran kepada ibu mertuanya itu.

Suasana pagi yang damai di menara Johor Corporations telah membawa Hasya ke suatu persidangan besar pada pagi ini bersama lembaga-lembaga pengarah.Dia mewakili Fikri Hakim untuk ke persidangan tersebut.Hampir dua jam berlangsung , akhirnya persidangan khas itu tamat dan sudah pun berakhir.Selepas semua ahli lembaga dijamu dengan secawan air panas dan kuih muih , dia segera mendapatkan Dato Paduka Himan di bilik pejabat lelaki itu.Pintu bilik diketuk sebelum masuk tanda meminta izin.

“Come in.” arah Dato Hilman mesra.

“Morning Dato.” ucap Hasya mesra.

“Morning Hasya , ada apa awak jumpa saya pagi-pagi ni ?.” soal Dato Hilman mesra.

“Sebenarnya saya nak beritahu Dato , haritu Dato ada suruh saya cari modelling untuk new project kita kan ?.” soal Hasya kepada majikannya itu.

“Yes , true...why ?.” soal Dato Hilman kepada Hasya Adriana.

“Saya rasa , saya dah jumpa orangnya.” jelas Hasya kepada Dato Hilman sambil tersenyum.

“Siapa ?.” soal Dato Hilman pelik.

“Amylia.” jelas Hasya kepada Dato Hilman mesra.Lelaki itu turut tersenyum.

“Saya ingat awak nak cakap Rose tadi , kalau dia awal-awal saya reject.” ucap Dato Hilman sambil tertawa.

“Takkan lah saya nak kecewakan Dato.” ujar Hasya bergurau dan tertawa kecil.

“Bila dia boleh sign kontrak dengan kita ? Sebab kita nak guna khidmat dia selama setahun.” jelas Dato Hilman kepada Hasya.

“Insyaallah dalam masa terdekat , tapi kita kena tunggu Sir Fikri balik dulu , sebab dia terlibat juga dalam projek ni , walaupun Dato setuju if dia tak setuju projek ni takkan jalan punya.” jelas Hasya kepada majikannya itu.

“Dia mesti setuju punya.” jelas Dato Hilman yakin.

“Kita tengok je lah nanti , jadi ke tak ?.” ucap Hasya selamba.Kemudian dia meminta diri untuk kembali ke tempatnya semula.

“Abang , sayang nak pergi mandi air terjun boleh tak ?.” pinta Zehra lembut.

“Nak buat apa ?.” soal Fikri kepada isterinya.

“Nak mandi lah , takkan nak basuh baju pulak.” ucap Zehra yang sudah pun memuncung.

“Buat apa ? Sayang jangan lah macam ni , sayang tu tahu berenang ke ?.” soal Fikri lembut.Zehra mencerlung tajam ke arah suaminya.

“Abang tu kalau nak berenang kena pergi kelas dulu , sayang memang sejak kecil dah tahu berenang.” jelas Zehra bangga.

“Sayang dulu beranak dalam sungai ke ? Kecil lagi dah tahu berenang ?.” soal Fikri selamba tanpa rasa bersalah.

“Abang ni main-main lah , boleh tak ni sayang nak mandi sungai ?.” soal Zehra lagi.Selagi tidak diberi jawapan membolehkan ia mandi sungai , selagi itulah dia akan merengek mahukan izin suaminya.

“Sayang ni manja macam Qhaira lah , abang tiba-tiba rindu dekat Qhaira pulak.” jelas Fikri sayu dan tersenyum.

“Ishh orang serius , dia cerita pasal anak pulak , betul-betul lah abang.” rengek Zehra lagi.Fikri mengarukan kepalanya yang tidak gatal , wajahnya seperti orang runsing dengan kerenah manja isterinya itu.

“Yelah , sayang boleh mandi sungai tapi kena ada orang teman.” jelas Fikri membolehkan permintaan isterinya itu.Zehra bersorak riang.

“Ehh , tapi siapa yang nak teman ?.” soal Zehra pelik.

“Semua orang sibuk kan ? Jadi suami sayang ni lah yang akan teman sayang.” jelas Fikri selamba.

“Abang ? Abang nak temankan ? Habis lah aku kena kerjakan dengan suami aku ni ?.” kutuk Zehra selamba sendirian di hadapan suaminya.

Fikri hanya tertawa dengan kerenah manja isterinya itu.

Raziq hanya berkurung di dalam bilik semenjak pulang dari kedai bersama ibu mertuanya itu.Dia mengenangkan situasi yang terjadi di kedai ibu Zatie iaitu bekas kekasihnya.

“Ehh , Sarah kau datang dengan Raziq ?.” tegur mesra Puan Muzaidah.

“Aah , dia balik kampung...katanya dah lama tak balik tu yang rumah aku penuh dengan anak menantu tu.” jelas Puan Sarah mesra.

“Nak masak sedap lah malam ni ye , dah anak menantu semua balik ?.” usik Puan Muzaidah.

“Ehh , mestilah...lagipun malam ni Rose nak balik.” jelas Puan Sarah ceria.Berubah air muka Puan Muzaidah apabila mendengar nama perempuan itu.Dia seperti tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang wanita yang disebut Puan Sarah itu.Raziq yang berada tidak jauh daripada mereka hanya membuat riak wajah menyampah.

“Assalammualaikum abang.” ucap Zatie mesra yang tiba-tiba sudah berdiri di sisi Raziq.Raziq menjadi tidak keruan kerana turut berada di situ ibu mertuanya dan ibu wanita itu.Wanita yang pernah dicintainya suatu ketika dahulu kini sedang berdiri di sebelahnya.

“Waalaikummusalam.” balas Raziq dengan nada yang mengendur.

“Abang sihat ?.” soal Zatie mesra dan penuh hormat.

“Sihat alhamdulillah , Zatie sihat ke ?.” soal Raziq kepada bekas kekasihnya itu.

“Sihat alhamdulillah , Nia tak ikut ke ?.” soal Zatie mesra sambil matanya mencari-cari kelibat Nia Amanda.Iaitu rakan baiknya sendiri.

“Ta... .” kata-kata Raziq terhenti apabila Puan Sarah memotong kata-katanya.

“Tak , sebab Nia tak tahu Raziq nak ikut cik jumpa Zatie.” jawab Puan Sarah selamba tanpa rasa bersalah.

“Mak , Raziq masuk kereta dulu ya.” ujar Raziq dan terus melulu menuju ke kereta diiringi perasaan yang sedang membara di dalam hatinya.

“Sayang...sayang...sayang.” hampir tiga kali Nia memanggil suaminya.Barulah Raziq memandang wajah isterinya itu.

“Ya sayang , kenapa ?.” soal Raziq lembut walaupun air mukanya keruh.

“Sayang okay tak ? Nia tengok sayang macam tak okay je lepas balik bawa mak pergi kedai tadi.” duga Nia dalam nada manjanya.Raziq menarik tangan isterinya dan Nia Amanda didudukan di atas ribanya.Lengan isterinya dikucup lembut.

“Sayang , kalau Raziq nak tanya something boleh tak ?.” soal Raziq.

“Tanyalah sayang , nak tanya apa ?.” soal Nia kembali kepada suaminya.

“Apa perasaan sayang kalau sayang dimadukan ?.” soal Raziq tanpa bertapis.Terkelu lidah Nia apabila diajukan soalan begitu tiba-tiba.

“Nia akan jauh hati dengan sayang.” jujur Nia mendatar.Ada sesuatu yang mula berkaca di kolam matanya.

“Kalau Raziq buat juga tanpa pengetahuan sayang ? Sayang akan marah Raziq tak ?.” soal Raziq yang ingin menduga isterinya lagi.Suaranya mula tengelam timbul menahan sebak.Dia sendiri tidak sanggup apabila hendak mengajukan soalan tersebut tetapi dia terpaksa untuk menguji kesetiaan hubungan mereka.

“Sanggup walaupun berat , sebab dekat situ Nia dah dapat payung emas.”ujar Nia manja.

“Kalau itulah jawapan sayang , Raziq takkan buat kerja gila tu walau apa pun yang terjadi.” jelas Raziq romantis.
Nia Amanda tersenyum kepada suaminya.Perlahan-lahan belakang kepala Raziq diusap lembut.Raziq terbuai dengan kelakuan isterinya.Dia mula bersandar di kepala katil.Nia yang masih berada di atas ribanya meneruskan kerjanya itu sehingga Raziq memejamkan mata.Butan kemeja Raziq dibuka satu persatu.Dalam keadaan mata terpejam , Raziq dapat mengetahui apa yang cuba dilakukan isterinya.Dia mengukirkan senyuman manis.Nia juga sudah tertawa kecil.

“Naughty.” ucap Raziq nakal.

Pada malam yang dingin , telah mengumpulkan seluruh ahli keluarga Puan Sarah bersama tetamu istimewanya Rose Isabelle.Rose yang agak rancak berbual daripada tadi bersama Puan Sarah hanya diperhatikan oleh anak dan menantu Puan Sarah sahaja.Fikri yang merenung tajam kepada isterinya itu , diperhatikan Raziq.Zehra yang turut berada di sebelah suaminya , sudah tidak keruan.Mahu sahaja dia berlari masuk ke dalam bilik.Puan Sarah dan Rose makin rancak berbual.

“Memang kita orang akan jadi penonton sahaja ke malam ni ?.” soal Fikri sinis.Terdiam Puan Sarah dan isterinya itu.Yang daripada tadi tidak berhenti berbual.

“Eh , mak ada masak lauk kegemaran Fik tadi , jom kita makan ?.” ajak Puan Sarah yang cuba mengubah topik yang disoalkan Fikri tadi.Rose tersenyum kepada suaminya itu , tetapi jelingan dibalas Fikri kepada Rose.

“Mak , tadi manja dah siapkan lauk semua.” jelas Zehra yang mula bersuara.Fikri mengenggam tangan isteri kesayangannya itu erat.Rose hanya memandang ke arah pegangan mereka itu.Hatinya menjadi sakit.

“Sayang , abang nak makan sekejap lagi lah.” jelas Fikri kepada Zehra yang berada disebelahnya.Zehra hanya membalas dengan anggukan kecil.

“Dah jom , kita ke dapur.” ajak Puan Sarah kepada mereka yang berada di ruang tamu.

“Bie , I rindu you.” ucap Rose yang kini bersama dengan Fikri dan Zehra sahaja di ruang tamu.

“So ?.” soal Fikri selamba.

“Takkan lah you takda rasa benda yang sama ? I nak you.. malam ni you teman I dekat homestay okay ?.” pinta Rose yang mula mengedik dan mengusap lengan suaminya.

“I akan temankan Zehra malam ni , you ada mak kan ? Pergila tidur dengan mak...sebab budak sebelah ni takda mak , sebab mak dia dah kena rampas dengan perampas.” jelas Fikri sinis dan kasar.

Rose terdiam dan tidak tahu mahu berkata apa.Zehra tertunduk di sebelah suaminya.

“You saja nak sindir I kan ?.” soal Rose yang mula rasa tidak puas hati.

“Kenapa you nak terasa ? I tak cakap mak orang lain , I cakap mak Zehra je.” ujar Fikri tanpa rasa bersalah.

“Rose jom makan ?.” ajak Puan Sarah kepada Rose yang baru sahaja datang dari arah dapur.

“Okay mak.” ucap Rose lembut.

Sewaktu di dapur , mereka sekeluarga sedang makan bersama.Tetapi tidak Fikri , dia tidak mencuit sebutir nasi pun.Puan Sarah yang melihat menantunya itu tidak makan berasa pelik.

“Fikri kenapa tak makan ?.” soal Puan Sarah yang bernada risau.

“Tak lapar.” balas Fikri sepatah.

“Lah , penat lah mak masak dengan Rose tadi.” jelas Puan Sarah sahaja menekan nama Rose Isabelle.

“Takpa , Fikri makan nanti je.” jelas Fikri lemah.

“Ke nak Rose suapkan nanti ?.” usik Puan Sarah tanpa rasa bersalah kepada anak perempuannya Zehra.

“Fik makan bila manja yang suap.” jelas Fikri sambil menyakiti hati ibu mertuanya itu dan Rose.

“Takpa Bie , kalau you nak makan nanti I sediakan.” jelas Rose kepada suaminya penuh hormat.

“Haa , untung Fik dapat Rose...jauh macam mana pun , makan minum suami tetap jaga tau.” ucap Puan Sarah memuji Rose Isabelle.

“Yang lain ingat , jaga makan minum suami walau jauh macam mana pun , tengok Rose ni , susah lah nak jumpa perempuan sekarang yang sanggup berkorban untuk suami.” jelas Puan Sarah tanpa menjaga batas kata-katanya.

“Congrats sayang.” ucap Fikri kepada isterinya itu.Semua adik beradik dan iparnya tertancap pandangan ke arahnya.mereka terkejut dengan ayat yang baru sahaja keluar dari mulut Fikri itu.

“Ya allah , kau nak uji aku sekali lagi ke ?.” soal Zehra di dalam hati.Dadanya turun naik menahan sebak selepas mendengar ucapan romantis daripada Fikri kepada madunya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience