NZ (40)

Drama Completed 72971

Tuan Zahin sudah mencelikkan mata terlebih dahulu , tidurnya yang lena telah diganggu oleh isterinya yang berkelakuan lasak ketika di dalam keadaan tidak sedar.Akhirnya , dia telah membuat keputusan untuk bangun dan bersiap.Dia mahu keluar untuk ke sebuah tempat yang ingin dituju.Dia mencapai tuala mandi dan dia terus melangkah masuk ke dalam bilik mandi.Tab mandi di isi air paeas rusuknya dan dia mula masuk ke dalam tab tersebut lalu ia berendam seketika dengan air yang agak hangat.Dengan cara itu , dia dapat mengurangkan rasa ketegangan di fikirannya kerana dia sedang dihurung bersalah.Tidak lama kemudian , dia membersihkan diri dengan air pili dan keluar dari ruang bilik mandi itu.Dia menutur langkah menuju ke arah almari baju untuk mencari pakaian yang sesuai untuk dipakainya.Kemeja kolar putih lengan panjang dipadankan dengan seluar denim warna biru gelap.Apabila rambut sudah rapi disisir , langkahnya mula diatur menuju ke pintu bilik.Wajah Zehra yang sedang lena dipandang sekilas dan terukir senyuman sumbing di bibirnya.

“Amylia , I nak datang rumah you , setengah jam lagi I sampai.” Jelas Tuan Zahin kepada wanita itu setelah panggilan yang dibuatnya terjawab.

“Okay.” balas Amylia ringkas.Panggilan dimatikan bersama.Keretanya mula meluncur keluar dari kawasan perkarangan rumah agam Dato Zahid dan Datin Maimunah.Keretanya mula meluncur laju di atas jalan raya.Sepanjang pemanduanya , dia terkenang apa terjadi beberapa bulan lepas antara dia dan Amylia.Hubungan mereka yang indah dan tenang , serta merta tegang selepas kehadiran Zehra di dalam hidupnya.Tidak lama kemudian , kawasan perumahan Amylia sudah dimasukinya.Lorong rumah wanita itu dicari dan dituju.Setibanya dia di hadapan rumah Amylia , tuan empunya rumah sudah berdiri tercegat di hadapan pintu.Tuan Zahin tersenyum sinis.Laju sahaja dia keluar dari isi perut kereta dan terus mendapatkan kekasihnya itu.

“Kenapa muka masam ni , nanti tak cantik lah.” ujar Tuan Zahin yang cuba untuk meriuhkan keadaan yang muram itu.Tetapi Amylia hanya menyepi.Tuan Zahin tanpa berlengah , dia terus memaut bahu wanita itu dan dibawa masuk ke dalam rumah.Sesampai sahaja di ruang tamu , tubuh Tuan Zahin ditolak kasar sehingga menyebabkan dia jatuh terduduk di sofa.

“You kenapa tak balas mesej I ?.” soal Amylia agak marah.Marah Amylia.Tuan Zahin yang terduduk di sofa itu merentap tangan Amylia dan sehingga wanita itu terjatuh di atas tubuhnya.Bahu Amylia dipaut erat dan lembut.Sisi kepala wanita itu dikucup lembut.Amylia terdiam dengan kelakuan Tuan Zahin itu.

“You kenapa ? Kenapa you macam cuba jauhkan diri daripada I ?.” soal Amylia yang nadanya mula lembut terhadap Tuan Zahin.

“You sendiri tahu jawapan dia apa ? Tapi takdalah sampai nak jauhkan diri.” ujar Tuan Zahin bersahaja.

“Tapi I need you too.” ucap Amylia dan terus wajahnya memandang wajah lelaki itu dengan riak yang simpati.Tuan Zahin terpana dengan pandangan Amylia itu.Rambut yang berterbangan ditiup angin , diselitkan di belakang telinga Amylia.Wajah didekatkan dan laju sahaja bibir mereka bertaut.

“Sayang , I always with you okay ?.” jelas Tuan Zahin.

“Thank you Zahin.” ucap Amylia lembut.

“Sayang , jom naik atas.” ajak Tuan Zahin lembut dan menggoda.Amylia tersenyum nakal.

“Takkan lah kesayangan you tak bagi ?.” soal Amylia dengan memaksudkan sesuatu yang peribadi.

“Dia banyak nak bermanja , I rimas , memang tak dapat lah.” jelas Tuan Zahin dengan riak wajah menyampah.

“Kesian you.” ucap Amylia sinis.

“Jom.” ajak Tuan Zahin sekali lagi.Tangan Amylia diraih dan dibawa menuju ke tingkat atas.Sesampai sahaja di bilik dia terus duduk di hujung katil dan Amylia masih berdiri tegak menghadapnya.Perut kempis Amylia dikucup berkali-kali dengan pakaian yang diselaknya sedikit.

“Anak you dengan perempuan tu macam mana ?.” soal Amylia tiba-tiba yang ingin tahu.

“Pandai-pandai dia lah nak jaga anak tu nanti , I akan bagi apa yang patut saja.” jelas Tuan Zahin yang mula memainkan jari jemarinya di perut wanita itu.

“You tak takut ke kalau dia tahu pasal hubungan kita ? Yalah dia kan kesayangan you ?.” sindir Amylia secara halus.

“Siapa cakap ? Dia kesayangan syarikat saja , bukan kesayangan I , I kahwin dengan dia sebab ayah dengan ibu , bukan sebab cintakan dia pun.” jelas Tuan Zahin sinis.Amylia tersenyum sumbing kerana gembira dengan penyataan lelaki itu.

“Lagi satu , dia masih lagi ingatkan bekas suami dia yang bodoh tu , so buat apa I nak sayang dia ? Buang masa.” jelas Tuan Zahin mengutuk Fikri sekilas.

“Habis you dengan dia macam mana dekat rumah ? Selalu gaduh ke ?.” soal Amylia.

“Dekat rumah , I buat baik sajalah sebab tu bila I tak balas mesej you or tak jumpa you lama , you kena faham sebab I tak mahu dia syak I ada buat benda lain belakang dia , penat nanti I nak handle.” jelas Tuan Zahin kepada wanita itu.

“I miss your body sayang.” ucap Tuan Zahin nakal.Amylia tersenyum dengan kata-kata lelaki itu.

“Nakal you ni tau.” ujar Amylia setelah dia jatuh perlahan-lahan atas tubuh lelaki itu.Butang baju lelaki itu dibuka satu persatu.Tubuh yang sudah terdedah itu , dikucup di bahagian dada.Tuan Zahin terpejam matanya sedikit.

“Mesti Zehra tak pandai layan you kan ?.” soal Amylia menyindir.

“I still mahu layanan you saja.” jelas Tuan Zahin menggoda dengan suaranya yang serak basah.

“Kesian you dapat wife kampung.” ucap Amylia sinis.Tuan Zahin dalam pejaman matanya itu dia tersenyum sinis.

“Sebab tu I still cari you sayang.” ucap Tuan Zahin bergetar suaranya kerana tidak tahan dengan layanan Amylia.Setelah hampir satu jam mereka bersama , Tuan Zahin bangun dan memakai pakaiannya semula.Amylia yang masih terbaring , hanya memandang sahaja gerak geri lelaki itu.

“You dah nak balik ke ?.” soal Amylia yang mula bangun dari pembaringannya dan bersandar di bahu tegap Tuan Zahin itu.

“Takdalah balik rumah , malas nak balik rumah sekarang , I nak keluar pergi jumpa kawan sekejap.” jelas Tuan Zahin kepada Amylia.

“Jumpa kawan ke jumpa perempuan ?.” soal Amylia menduga.

“Kalau you nak sangat I pergi jumpa perempuan I okay saja , banyak bilik hotel yang kosong.” jelas Tuan Zahin menyindir.Amylia tersenyum sinis kepada lelaki itu.

“You jangan nak tambah masalah yang ada okay ?.” amaran diberi kepada Tuan Zahin.Selepas selesai bersiap , dia terus mengambil kunci keretanya dan keluar dari ruangan bilik tidur Amylia itu.Sebelum itu dia sempat mengucup dahi Amylia sekilas.

Hampir seharian suaminya berada di luar kawasan , panggilan yang dibuatnya juga tidak dapat menyambung ke talian suaminya.Tuan Zahin menutup telefon pintarnya.Zehra sudah tidak senang duduk dibuatnya.Dia semakin resah , ke kiri dan ke kanan dia berjalan.Sehingga tapak kakinya berasa kebas.Beratnya yang semakin naik ketika di usia kandungannya enam bulan.Perutnya juga semakin membesar.Zehra asyik memandang ke arah luar tingkap.Tetapi tetap tidak kedengaran atau menampakkan bayang suaminya.Tiba-tiba dia terdengar bunyi sebuah kenderaan yang masuk ke perkarangan rumah agam Dato Zahid dan Datin Maimunah itu.Laju sahaja dia mejenguk kepalanya ke tingkap.Bibirnya menguntum senyuman , tubuh suaminya sudah keluar dari isi perut kereta.Dia segera kembali ke katil dan duduk diam.Tidak lama kemudian , Tuan Zahin masuk ke bilik.

“Sayang kenapa tak tidur lagi ?.” soal Tuan Zahin yang agak terkejut melihat isterinya tersenyum ke arahnya.

“Sayang nak tunggu abang.” jelas Zehra manja.

“Nanti sayang merungut lagi , nanti cakap sakit pinggang.” jelas Tuan Zahin , langkahnya semakin dekat ke arah katil.Dan tangannya juga telah membuka satu persatu butang baju kemejanya.

“Takpalah abang kan ada , boleh tolong picitkan.” jelas Zehra mengada dan gedik.

“Alahai sayang ! Abang tak reti nak picit orang ni , selalu pun abang suruh sayang yang picit.” jelas Tuan Zahin lembut kepada isterinya.Zehra mula memuncung.Tuan Zahin duduk di sisi isterinya.

“Janganlah merajuk sayang , nanti sayang merajuk susah abang nak pujuk.” ucap Tuan Zahin manja.

“Taknak kawan abang.” ujar Zehra manja.Tuan Zahin tertawa kecil.

“Sayang… .” laju sahaja tubuhnya mendekati tubuh isterinya.Panggilan yang meleret itu benar-benar membuatkan Zehra Amanda tidak keruan.

“Sayang , jangan lah macam ni , abang sayangkan isteri abang ni.” ucap Tuan Zahin lembut.

“Yalah tu.” jawab Zehra menyampah.

“Ya sayang , kalau tak sayang takkan lah abang sanggup buat macam-macam untuk isteri abang ni.” jelas Tuan Zahin Aqbar seraya memujuk isterinya.Zehra tersenyum gembira.

“Kalau macam tu sayang nak pelampung yang bentuk donut.” jelas Zehra meminta kepada suaminya.Berkerut dahi Tuan Zahin.

“Apa sayang ? Pelampung donut ?.” soal Tuan Zahin sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Sayang nak mandi dengan pelampung donut tu.” ucap Zehra manja dan teruja.Tuan Zahin terus memegang tangan isterinya.

“Sayang , tahu tak pelampung tu budak-budak punya ?.” soal Tuan Zahin manja.

“Tahu , tapi sayang teringin nak pakai pelampung donut tu.” jelas Zehra tentang keinginannya kepada Tuan Zahin.

“Okaylah , nanti esok abang belikan okay ?.” pujuk Tuan Zahin lembut.

“Okay abang.” balas Zehra manja.Sekilas bibir suaminya dikucup.

“I love you sayang.” ucap Tuan Zahin kepada isterinya.

“I love you too daddy.” ucap Zehra kembali dengan manja.

“Dah , abang nak mandi sekejap ya sayang.” ucap Tuan Zahin lembut.

“Okay , sayang tunggu abang.” balas Zehra lembut.Dahi isterinya dikucup lembut.Dia bangun dan menuju ke bilik mandi bersama sehelai tuala di bahu.Tidak lama kemudian , dia selesai dari membersihkan diri.Zehra sudah tersenyum apabila melihat suaminya keluar dari bilik mandi dengan ikatan tuala di pinggang.

“Abang sexynya.” tegur Zehra selamba.

“Kenapa ? Tergoda ?.” soal Tuan Zahin spontan.

“Ini bukan tergoda , ini digoda.” ujar Zehra menyakat suaminya.

“Kenapa ? Sayang nak kena goda dengan abang ke ?.” soal Tuan Zahin nakal.

“Berani buatlah.” cabar Zehra kepada suaminya.

“Sayang jangan lari nanti.” amaran diberi secara halus.Zehra sudah tersenyum riang kerana suaminya itu akan melayani perangai manjanya.Tuan Zahin semakin dekat dan menimpa isterinya.Zehra terus menutup lampu tidur yang berada di atas meja di sisi katil.

Fikri yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tidurnya itu , terus menuju ke balkoni biliknya.Pintu gelangsar ditolak ke kiri , dia melangkah keluar dan berdiri di balkoni itu sambil melihat bintang-bintang yang berkelipan menghiasi langit malam.Sedang dia menatapi langit yang indah itu , tiba-tiba dia teringat akan kata-kata Zehra Amanda kepadanya sewaktu mereka menghadapi ketegangan di dalam rumahtangga.

“Setia dengan sayang atau lepaskan sayang buat selama-lamanya tanpa ada rujukan semula.”

Tiba-tiba airmatanya gugur tanpa dia sedar.Dia tertunduk menekur lantai.Pandangannya jatuh ke lantai dan sukar untuk dia mengangkat wajahnya ketika ini.Airmatanya gugur semakin lebat.Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya dengan wajah yang merah padam kerana menangis.

“Ya allah , jahat sangat ke aku untuk menjadi seorang suami.Keji sangat ke perbuatanku kepada semua wanita yang pernah hadir di dalam hidupku ya allah.”

“Ya allah kau tunjukkanlah dia kebenaran , dan kau berilah dia kekuatan untuk dia menempuh segala dugaanmu ya allah.” ucap Fikri di dalam tangisnya.Tiba-tiba ada yang menyentuh bahunya.Perlahan-lahan wajah dibawa ke sisi.Datin Zarina tersenyum manis kepada anak lelakinya itu.

“Mummy doakan Fikri dapat bantu Zehra , jangan biar dia terseksa lagi.Puas sepanjang hidup dia terseksa.Kesian dia Fik.” ucap Datin Zarina sayu dan tenang.

“Fik , takut nak berhadapan dengan dia mummy , Fik takut tak dapat kawal perasaan Fik , sebab perasaan Fik pada dia tak pernah mati.” luah Fikri tentang hati dan perasaannya kepada Datin Zarina.Sayu Datin Zarina mendengar luahan anak lelakinya itu.

“Doa seorang ibu tak pernah putus , insyaallah mummy akan sentiasa doakan dia dengan Fik , semoga anak-anak mummy diberi kekuatan.” ucap Datin Zarina dengan suaranya yang mula tengelam timbul , dia juga mula merasa sebak.Fikri perlahan-lahan memusingkan tubuhnya dan memeluk Datin Zarina dengan erat.Saat itulah airmatanya semakin lebat gugur.Hati dan perasaannya juga mengiringi tangisnya itu.

jemput baca NZ chapter 40..kita road to ending sesam okay. huhu

Share this novel

esther marcus
2020-10-18 10:47:06 

sial la zahrin tu...amy pun sama...

MommyZahra
2020-10-15 15:37:35 

ya, Allah.. jahat nya.. kesian zehra..dah xsuka buat apa kahwin

zuraida khairi suzali
2020-10-14 15:48:44 

jahat gila zahin.. dah x suka.. buat apa kawin.. cakp jaa laa dah ada perempuan lain..


NovelPlus Premium

The best ads free experience