NZ (39)

Drama Completed 72982

Suasana petang yang bakal mengiring mentari terbenam untuk berganti siang ke malam sangat hening.Burung-burung juga mula berkicauan untuk pulang ke sarang tempat mereka berteduh.Jalan raya mula sesak bagi mereka yang baru hendak pulang ke rumah selepas habis sesi bekerja sehari suntuk.Langit yang menghiasi suasana tenang di waktu petang sangat memberi inspirasi kepada Fikri.Dia menghirup udara petang di balkoni rumahnya dan dihidang dengan pemandangan bukit bukau yang dapat dilihat dengan jarak dengan meskipun jauh sebenarnya.Qhaira Isabelle yang sedang bermain diperhatikannya.Amylia yang tiba dari arah dapur itu , datang ke arah Fikri dengan sedulang air dan biskut coklat yang dibuatnya sendiri.Dia menuangkan air ke dalam cawan dan dihidang buat Fikri.Lelaki itu terus menghirup dengan penuh nikmat , Amylia tersenyum melihat gelagat bakal suaminya itu.

“Sedap sangat ke air yang I buat tu ?.” soal Amylia bergurau.

“Kalau tak sedap , takdalah sampai mata I terpejam.” ujar Fikri membalas ungkapan wanita itu.Amylia tertawa kecil.

“I rasa tenang sangat bila ada life yang macam ni.” luah Fikri tenang.Amylia tersenyum dan tekun mendengar luahan lelaki itu.

“You happy ?.” soal Amylia lembut.

“Of course I happy sebab I dengan keluarga I sekarang ni.” jelas Fikri ceria dan tenang.

“I pun happy sebab dapat together dengan you semula , I harap kita dapat bina keluarga yang lebih besar.” ujar Amylia tenang.Wajah Fikri direnung dengan penuh makna.

“Lebih besar and bahagia.” jelas Fikri lagi.Tangan Amylia diraih dan diusap lembut.

“Insyaallah sayang.” ucap Amylia lembut.Lantas sahaja tangan wanita itu dikucup lembut oleh Fikri.

“Semakin hari I semakin tenang and bahagia.” jelas Fikri kepada Amylia dengan riak wajah teruja.

“I pun.” balas Amylia ringkas.

“Sebenarnya I ada perkara nak beritahu you.” jelas Amylia tiba-tiba.

“Apa dia sayang ?.” soal Fikri lembut.Mendengar tutur kata Fikri lagi membuatkan Amylia tidak senang duduk.Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.Tangannya cuba dilepaskan dari pegangan Fikri.

“I…I…I sebenarnya.” dia teragak-agak untuk meluahkan rasa di hatinya kepada Fikri Hakim.Tiba-tiba Fikri memotong kata-katanya.

“Sorry sayang , I tertinggal phone dekat ruang tamu , sekejap I pergi ambil.” jelas Fikri , lantas dia bangun dan masuk ke dalam rumah menuju ke ruang tamu.Amylia menumbuk meja itu perlahan , dia gagal meluahkan hasratnya.

“Ish , macam mana aku nak beritahu dia ni ?.” soalnya sendirian.

Fikri meneropong matanya ke arah sofa yang terletak di ruang tamu itu untuk mencari telefon pintarnya.Matanya gigih mencari dimana telefon pintarnya.Akhirnya dia menjumpai juga telefon pintarnya di bawah meja kopi yang menghiasi ruang tamu.

“Haih , ni mesti Qhaira lah main tadi.” bebel Fikri sendirian sambil menilik telefon pintarnya jika berlaku kerosakkan.Sukar untuknya melakukan kerja.Sedang dia masih tertunduk di situ , dia terpandang ke arah sebuah plastik ubat yang ia adalah kepunyaan salah seorang penghuni rumah itu.Plastik itu diambil dan dilihat isi di dalamnya.Sebuah paket dikeluarkan dan tertera nama Amylia dan jenis ubat adalah tahan muntah.Tetapi yang menarik perhatiannya adalah , sebuah alat panjang yang berbentuk elektronik.Dia mengambil dan meneliti alat elektronik itu.Dahinya sedikit berkerut , buat kali terakhir dia melihat alat elektronik itu atau dikenali sebagai ujian kehamilan elektronik selama 10 tahun yang lepas.Mengigil tangannya memegang benda itu.Plastik ubat dan alat itu dibawa bersama menuju semula ke ruang balkoni yang menempatkan mereka sebentar tadi.

“Qhaira , masuk bilik sekejap , daddy nak berbual dengan mummy.” jelas Fikri dengan nada yang mendatar.

“Alaa , daddy Qhaira nak main.” rengek Qhaira melawan.

“Qhaira Isabelle , daddy cakap masuk bilik sekejap , Qhaira boleh main dekat bilik.” jelas Fikri lagi dengan nada yang menekan kali ini.Akhirnya Qhaira akur.Setelah bayang anaknya hilang dan bunyi pintu bilik ditutup.Plastik dan alat ujian kehamilan dicampak di hadapan Amylia.Terkejut wanita itu apabila diperlaku sebegitu dengan tiba-tiba.

“Fikri , what is wrong with you ?.” soal Amylia seakan tidak mengerti.Tetapi dia sendiri sudah gerun melihat wajah berang Fikri yang sudah bertukar merah padam.

“Kenapa you tanya ? You tu dah buat apa belakang I ?.” soal Fikri kasar.

“Fikri , I boleh explain dekat you apa yang jadi sebenarnya.” jelas Amylia terketar-ketar.

“You nak explain apa ? You beritahu I apa semua ni ?.” soal Fikri dengan jeritan.Terhinjut bahu Amylia kerana terperanjat.Airmatanya mula gugur.

“I tak sangka you sekeji ini , I ingat you ni baik , I yang buta , I yang bodoh sebab tak hargai you , tapi tak , you yang buat I nampak bodoh sebab nak jadi pak sanggup pada anak yang I sendiri tak tahu siapa bapak dia ?.” jerit Fikri seoktaf.

“Fikri , I kena aniaya , you tak tahu apa yang dia buat pada I.” jelas Amylia dalam tangisan.

“What ? Aniaya ? You ingat I percaya ke , kalau aniaya kenapa tak buat report polis ?.” soal Fikri kasar.

“You still diam kan ? Sebab you pun sama naik.” sindir Fikri sinis.Makin lebat airmata wanita itu.

“I tak sedar masa tu , but lepas kami sedar apa yang kami buat dia dah janji dengan I untuk bertanggungjawab kalau apa-apa yang jadi pada I but bila I betul-betul pregnant dia tarik diri , I tak tahu nak buat apa Fikri ?.” jelas Amylia dalam tangisan.Kata-katanya kurang jelas kerana diiringi tangisan.

“You tahu untuk jadikan I pak sanggup anak ni kan ? Dosa yang you buat , I yang kena tanggung ?.” soal Fikri kasar.

“Tuhan tu nak tunjuk sekejap saja Amylia.” ucap Fikri sayu.

“Selama ni , I nampak keji di mata wanita , sebab I seksa isteri-isteri I dengan hidup bermadu.Tapi harini , allah angkat darjat I sebagai seorang yang hina , allah tu nak tunjuk Amy apa yang sebenarnya terjadi selama ni , you sembunyikan banyak perkara dari I , bila I kena hina I hanya diam saja.Tapi at the same time , allah nak tunjuk you lagi dan lagi keji.” jerit Fikri sekuat hati.Merembes laju airmata lelakinya.Dia menyeka airmatanya yang tumpah ke bumi , tapi airmatanya enggan berhenti mengalir.Sakit dihatinya terlalu parah , ucapan allahuakbar bersilih ganti yang terbit dari bibirnya.

“Apa dosa I Amy sampai macam ni you hukum I ?.” soal Fikri dalam tangisan.

“Fikri maafkan I sebab dah malukan you , I banyak buat salah dengan you , I keji , I hina , I berdosa Fikri.” ucap Amylia dalam tangisannya.

“Sekarang I nak tahu siapa bapa budak ni ?.” soal Fikri yang tangisannya serta merta reda.Tetapi Amylia masih diam , dia seakan takut hendak memberi tahu siapa bapa kepada anak di dalam kandungannya.

“Amylia ! I tanya siapa bapa budak ni ?.” soalnya dengan jeritan yang mengiringi.Tangan Amylia digenggam kuat , sehingga wanita itu berasa sakit.

“Zahin.” jawab Amylia seoktaf.Terbutang mata Fikri apabila mendengar nama yang diseru Amylia itu.

“Amylia , if you takut nak beritahu I siapa bapa budak ni , you jangan main petik saja nama orang lain.” Amaran diberi oleh Fikri dengan tegas.

“Buat apa I nak tipu you ? Dialah bapa dalam perut ni ! Dia curang dengan I and Zehra.” jerit Amylia mengamuk.

“What ? Curang ?.” soal Fikri yang kurang faham dengan penjelasan Amylia.

“Kenapa dia nak curang dengan you pulak ?.” soal Fikri.

“I dengan dia dah lama ada hubungan sulit , after dia kahwin dia still tak boleh lepaskan I , and you ingat yang you tahu dia pergi outstation tu sebab betul-betul pergi kerja ke ? Dia luangkan masa dengan I , tapi bila I dah bunting dia tak mahu bertanggungjawab.” jelas Amylia.Terduduk Fikri di kerusi yang berada di belakangnya.Wajahnya diraup lembut kerana agak runsing.

“Kenapa you tahu dia dah berkahwin , you still pergi dekat dia ? Kenapa you tahu dia buaya you still hulur diri you pada dia ? Kenapa Amylia ?.” soal Fikri dengan nada yang perlahan dan lama kelamaan semakin tinggi.

“Sebab I cintakan dia , I percayakan dia.” luah Amylia.Fikri meraup wajahnya sekali lagi.Airmatanya merembes keluar.

“I tahu I salah , tapi dia pun buat salah sebab bagi harapan pada I.” jelas Amylia dalam tangisan yang mula mengiringi kata-katanya.

“You tahu tak apa yang you buat ni memalukan diri you as mom to Qhaira.” ucap Fikri sayu.Airmata Amylia semakin lebat.

“You tak malu ke kalau one day dia dapat tahu yang mummy dia pernah melakukan perkara keji ni ?.” soal Fikri lagi.

“Tapi kalau cakap banyak pun dah tak guna , nasi dah jadi bubur.” kias Fikri agak pedas kata-katanya.

“Amylia , I tak kejam tapi I akan fight perkara ni dekat mahkamah bila hal you dengan Zahin dah settle.” jelas Fikri mendatar.Amylia berkerut dahi tidak mengerti.

“Fight untuk apa ?.” soal Amylia pelik.

“I akan Fight hak penjagaan sepenuhnya terhadap Qhaira , if you nak melawat Qhaira I tak kisah tapi untuk jaga dia , I tak rasa you boleh.” jelas Fikri tenang.

“Fikri please jangan pisahkan I dengan Qhaira.” pinta Amylia yang ingin mencuba capai tangan Fikri untuk dia memujuk lelaki itu , tetapi Fikri segera menjarakkan dirinya daripada disentuh.

“I tak cakap you tak boleh jumpa dia langsung , you masih mummy dia , you ada hak atas dia…tapi bila I dah bawak hal ni ke mahkamah , sekali gus hak I sebagai daddy dia akan bertambah so kita tunggu saja surat dari peguam sampai , tapi sebelum tu I nak you settle masalah you dengan si Zahin tu.” jelas Fikri yang agak menyampah apabila menyebut nama ‘Zahin’.

“Fikri , please jangan bencikan I , I sayangkan you.” ucap Amylia yang semakin mendekati Fikri.

“I cakap dengan you , I dah takda rasa apa pada you lagi , please stay away from me.” jelas Fikri tegas.Amylia meraung di hadapannya.Tetapi tidak dipujuk Fikri langsung.Dia terus menuju ke bilik anaknya Qhaira dan memanggil untuk membawa anaknya pulang ke rumahnya.Amylia ditinggalkan begitu saja.

“Fikri.” jerit Amylia merintih.

Zehra yang asyik menikmati aiskrim coklat itu , langsung tidak sedar akan kedatangan suaminya dari arah belakang , dia terlalu tekun sambil menonton drama hindustan di televisyen.Tuan Zahin juga mendapat akal untuk mengusik isterinya.Perlahan-lahan langkahnya dijengket dan mendekati isterinya yang sedang duduk di sofa itu.Tiba-tiba saja dia menjengulkan kepalanya dan memakan sedikit aiskrim coklat yang dinikmati oleh isterinya.

“Abang.” jerit Zehra manja.Tuan Zahin tertawa terbahak-bahak.

“Sayang comotnya muka sayang makan aiskrim.” bebel Tuan Zahin sambil bercekak pinggang menghadap isterinya.

“Sayang , cuba makan tu sopan sikit.” jelas Tuan Zahin.Dengan wajah yang agak kotor , Zehra hanya menayangkan senyuman yang sangat comel kepada suaminya.Tuan Zahin mencubit lembut pipi isterinya.

“Sayang ni comel sangatlah.” ucap Tuan Zahin sambil mengumam bibirnya kerana terlalu geram dengan isterinya yang semakin naik berat badan itu.

“Abang tetap sayangkan sayang kan ?.” soal Zehra manja yang ingin kepastian.

“Ya sayang , abang masih dan tetap sayangkan isteri abang.” jelas Tuan Zahin dengan penuh romantis.

“Tapi abang selalu balik lambat , penat tau sayang tunggu abang , sampai sakit pinggang.” keluh Zehra kepada suaminya.

“Abang kan kerja sayang ? Jadi sayang kena lah faham.” ucap Tuan Zahin lembut sambil menyelitkan rambut dibelakang telinga isterinya.

“Tapi takkan lah sampai 12 malam abang buat kerja ? Teruk sangat ke ayah bagi abang kerja ?.” soal Zehra tidak puas hati dengan jawapan suaminya.

“Sayang , abang kan boss ? Jadi kalau pekerja dah selesai bekerja pun ? Abang masih perlu buat kerja yang bersisa supaya kerja tak bertimbun.” jelas Tuan Zahin lembut.

“Okay.” balas Zehra lemah dan manja.Tuan Zahin mengosok kepala isterinya lembut.Sedang mereka bersama , telefon pintar Tuan Zahin berbunyi , dia terus membuka dan melihat peti pesanan yang diterimanya.Dahinya agak berkerut.

AMYLIA : Bila you nak jumpa I ? Kita perlu bincang tentang anak ni !.

Amylia memaksa Tuan Zahin untuk berjumpa.Tetapi mesej itu dibuang oleh Tuan Zahin.Dia tidak mengendahkan mesej penting daripada Amylia itu.Wajah Zehra kembali ditatap.

“I love you sayang.” ucap Tuan Zahin manja.

“I love you too sayang.” balas Zehra dan terus memeluk pinggang suaminya.Ubun-ubun isterinya dikucup lembut.

jom kita main gila dengan baby readers harini..hihi..jemput baca ya..huhu..jangan lupa follow acc Novelplus FY untuk dapat noti..and acc IG : fatimahyusof_np untuk tengok gambaran watak..love you baby readers

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience