NZ (3)

Drama Completed 72971

Di atas arahan dan permintaan Datin Paduka Zarina,akhirnya Zehra Amanda bersetuju untuk bermalam di rumah agam milik ibu dan bapa mertuanya itu selama dua hari berturut-turut.Bunyi jam loceng yang di atas meja kecil di tepi katil telah membuatkan Zehra terjaga dari tidurnya.Mata yang kabur digosok lembut dengan gaya manjanya.Dari pembaringan di ubah ke arah duduk sambil bersandar di kepala katil.Sebelum itu , kepala suaminya yang berada di atas dadanya di alihkan ke bantal milik suaminya.Zehra mengeliatkan tubuhnya , segar pagi di Taman Scientex sangat menyamankan.Wajah Fikri yang berada di sisi , dimainkan dengan jari telunjuknya.Tiba-tiba , jarinya itu digenggam erat oleh Fikri.Zehra tertawa manja.Fikri segera bangun dari pembaringannya dan beralih di atas paha isterinya.Zehra mengusap lembut rambut suaminya yang agak tebal dan panjang itu.

"Awal abang bangun ?".soal Zehra kepada suaminya.

"Mestilah awal , ada isteri abang kan ?".ujar Fikri bangga.

"Yelah tu , sebelum ni kalau tidur rumah kita pun , kita yang kejut dia , tiba-tiba pulak bangga macam selama ni dia bangun pagi tu untuk kita".sindiri Zehra kepada suaminya.Tawa Fikri letus dan memenuhi ruang bilik yang sepi.

"Abang , kalau manja nak tanya something boleh ?".soal Zehra meminta izin daripada suaminya untuk mengajukan soalan.

"Silakan sayangku".ucap Fikri romantis mengizinkan pertanyaan diajukan oleh isterinya.

"Kenapa abang kahwin dengan Rose ?".soal Zehra berani sedangkan dia sedang berada di dalam ketakutan di hatinya.Fikri terus memandang wajah isterinya dari pandangan atas dengan dahi yang berkerut.

"Soalan apa yang sayang tanya ni ?".soal Fikri agak marab dan mendatar suaranya.Dari pembaringan di atas paha isterinya itu , dia bangun dengan segera terus mencapai tuala dan melangkahkan kakinya ke dalam bilik mandi.Zehra yang hanya memerhati bayang suaminya sehingga hilang dari pandangan , dia mengeluh kecil.

"Susah sangat ke abang nak jujur dengan sayang ?".soalnya di dalam hati.

Tanpa membuang masa di turut bangun dari katil dan bergerak menuju ke arah almari pakaian milik suaminya.Saat dia membuka pintu almari itu , terpampang pakaian suaminya serta pakaian madunya.Dengan pantas airmatanya gugur , hatinya hancur apabila melihat pakaian wanita lain turut berada di dalam satu almari pakaian milik suaminya.Zehra memegang dadanya.Nafasnya turut naik menahan sebak , walaupun dia tahu Fikri berhak pada Rose , tetapi layanan yang Rose dapat daripada suaminya , dia tidak pernah merasa walaupun sekali sepanjang perkahwinannya.Hatinya bertambah sakit , luka menjadi parut.Tetapi tiada siapa yang boleh merawat kecuali tuhan yang maha mendengar segala isi hatinya.Walaupun dia ikhlas di atas perkahwinan suaminya dan Rose Isabelle , tetapi perasaan cemburu tetap terpalit di hatinya.

Dia menyeka airmata yang mengalir di pipi apabila mendengar pili air bilik mandi ditutup suaminya , itu menandakan Fikri sudah selesai mandi.Zehra mengambil sepasang lengan panjang milik suaminya dan sepasang seluar denim.Pakaian itu diletakkan di atas katil.Fikri yang baru keluar dari bilik air itu , tersenyum melihat isterinya sedang menyediakan pakaiannya.Pinggang Zehra dipeluk dari arah belakang dengan kemas.Zehra tersentak dengan kelakuan suaminya itu.

"Terima kasih sayang".ucap Fikri romantis dan mencium leher jinjang Zehra.Zehra yang berasa geli kerana terkena kumis suaminya , terus mengeliat kecil.

"Kenapa geli ?".soal Fikri lagi.Zehra hanya mengangguk tanpa membalas dengan jawapan lisan.

"Sayang are you okay ?".soal Fikri lembut dan agak pelik nadanya.

"Yes I'm okay".jawab Zehra ringkas.Fikri mengerutkan dahinya.

"Tak , sayang tak okay".ucap Fikri perlahan.

"Suka hati abang lah nak anggap apa pun , yang penting sayang dah jujur dengan abang".jelas Zehra berani dan mendatar.Dia mencapai tuala mandinya dan masuk ke dalam bilik mandi.Masuk sahaja di dalam bilik mandi tersebut.Tubuhnya melorot di muka pintu dan dia menangis sepuas hatinya.

Fikri yang terdengar sebuah tangisan yang datangnya dari arah bilik mandi segera pergi menekapkan telingannya di pintu bilik mandi.Tangisan isterinya semakin jelas.

"Sayang , kenapa nangis tu ?".soal Fikri panik.Tetapi soalannya tidak di sambut Zehra.

"Sayang..kenapa ?".soal Fikri lagi.Tetap tiada jawapan dari isterinya.

"Takpalah abang tunggu sayang dekat sini".ujar Fikri.Dia mengambil tempat di sisi katil dan merenung ke arah pintu bilik mandi yang tertutup dan disebalik pintu itu ada isterinya.

"Ya allah , kenapa aku masih ada rasa cinta pada dia , sedangkan aku sering terluka dan diluka saat bersama dengannya ya allah.Tangisan aku tiada harga buat dirinya ya allah.Setiap ujianmu aku tempuh dengan sepenuh kekuatan dan kudratku ya allah.Rahmat apa yang hendak kau beri di sebalik ujiamu ini ya allah".ucap Zehra dalam tangisannya perlahan.Airmata diseka lembut dan dia bangun dari duduknya di lantai bilik mandi dan mula membersihkan diri.

Fikri yang tercegat di tengah ruang biliknya memerhati sekeliling bilik itu.Dia mencari kesilapannya di dalam bilik itu.

"Kenapa bini aku nangis pulak ?".soalnya sendirian.Tiba-tiba pintu bilik mandi di buka Zehra wajahnya yang serius memandang Fikri.Segera Fikri menoleh ke arah isterinya yang berada di dalam keadaan berkemban itu.Fikri menelan liurnya , Zehra sekarang ini di dalam keadaan menggoda.

"Sayang are you....".belum sempat dia menghabiskan kata-katanya Zehra sudah melangkah lemah menuju ke bag bagasinya untuk mengambil pakaian.Fikri yang melihat isterinya begitu mula rasa sakit hati apabila soalannya tidak dijawab dan dibiarkan

Dia mendekati isterinya dan merentap lengan Zehra dari keadaan tertunduk terus berada di dalam keadaan menegak.Zehra terpempan dengan tindakan drastik suaminya.Dahi Zehra berkerut seperti mahu menangis dan memandang wajah amarah suaminya.

"Kau kenapa ?".soal Fikri kasar degan suara yang menekan.

"Aku cakap dengan kau , macam cakap dengan tunggul kenapa ?".jerit Fikri seoktaf.Terhinjut bahu Zehra apabila disergah begitu.Airmatanya mula bergenang di kolam mata.

"Aku tanya kau kan kenapa kau nangis ? Susah sangat ke kau nak jawab ?".soal Fikri kasar.Airmata yang berkolam di matanya mengalir perlahan.Bukan sahaja tangan tetapi hatinya juga bagai direntap.

"Abang sakit".rayu Zehra sayu.Suara isterinya yang lembut berbicara tetap tidak diendahkan malah genggaman makin dieratkan.

"Sekarang bagitahu abang , kenapa layan abang macam tu ?".soal Fikri kasar dan keras kata-katanya.Zehra diam tidak berkutik.

"Aku tanya jawab lah , kenapa kau diam".jerit Fikri seoktaf.Tubuh Zehra ditolak ke katil sehingga isterinya itu terjatuh kebelakang di atas katil.Kejatuhannya itu diiringi tangisan.

"Kau nak apa sebenarnya ? Apa yang kau tak puas hati sebenarnya ? Cakap lah Zehra Amanda".jerit Fikri lagi.

Zehra yang melihat suaminya seperti orang tidak siuman itu , segera bangkit dari pembaringan dan memeluk lelaki itu erat , belakang kepala Fikri diusap perlahan.Airmatanya yang makin deras jatuh di baju kemeja Fikri.

"Abang jangan marah sayang macam ni , abang bawak bertenang , sayang tahu abang tengah dalam keadaan marah dan tidak tenang , abang relaks okay".pujuk Zehra kepada Fikri.Suaminya itu tiba-tiba membalas pelukannya , Fikri memeluk Zehra erat.Kerana wanita itu , akan ada setiap kali dirinya tidak dapat dikawal secara tiba-tiba.Selepas beberapa minit , pelukan dileraikan.Fikri memegang kedua belah lengan isterinya.Dia melihat lengan kanan Zehra yang memerah apabila digenggam kuatnya tadi.Dia meraup wajahnya.

"Takpa..sikit je ni...abang jangan risau..abang turun lah dulu , sekejap lagi sayang turun".ucap Zehra lembut dan beralah dengan suaminya.Sedang mereka berbual , Datin Paduka Zarina sudah berada di muka pintu melihat adegan menyayat hati antara anak dan menantunya itu.

"Fikri turun bawah dulu nak".pinta Datin Zarina lembut.Arahan ibunya diterima baik.Semasa laluan mereka bertembung , sempat Datin Zarina mengusap lembut kepala anak lelakinya itu.Zehra yang masih lagi di dalam keadaan bertuala , segera masuk ke ruang persalinan untuk memakai pakaiannya.Selepas beberapa minit , dia keluar dari ruang tersebut dan terkejut melihat ibu mertuanya yang sedang menunggunya di hujung katil dan membuang pandangannya ke lantai.Zehra turut duduk disebelah wanita itu dan tersenyum sambil memerhatikan wajah gusar wanita itu.

"Zehra okay sayang ? Mummy minta maaf kalau Fikri sakitkan Zehra".jelas Datin Zarina meminta maaf bagi pihak anaknya dan mengambil lengan Zehra lalu melihat kesan merah yang masih lagi terang dan dapat kelihatan jelas akibat genggaman Fikri sebentar tadi di dalam keadaan marah.

"Zehra okay je mummy , jangan risau mummy , Zehra dah terbiasa dengan abang dalam keadaan begini".jelas Zehra lembut dan tenang.Senyuman terukir di bibirnya.

"Kenapa Zehra masih bertahan ? Kenapa ?".soal Datin Zarina kepada menantunya sayu.

"Sebab Zehra ikhlas dengan suami Zehra , walaupun Zehra sentiasa menjadi tempat dia melepaskan rasa tertekan tapi Zehra sanggup , jika itu memang takdir hidup Zehra yang Zehra akan jadi tempat dia menyakiti , Zehra rela disakiti".ucap Zehra dalam linangan airmata.

"Mummy taknak Zehra buat macam tu , kenapa perlu seksa diri Zehra macam tu sekali ?".soal Datin Zarina sayu.

"Mummy , sepanjang perkahwinan kami , Zehra tak pernah dapat jadi isteri terbaik Fikri , Zehra kena menagih untuk mendapatkan kasih sayang dia , Zehra tak dapat macam Amy dengan Rose pernah dapat , perkahwinan lapan tahun kami , tergantung sepi saja mummy , jadi Zehra pun nak jadi isteri yang baik untuk Fikri , jika menyakiti Zehra adalah kepuasan dia , zehra akan relakan untuk bawa kesakitan tersebut ke syurga".ucap Zehra sepenuh hati.Datin Zarina menekup mulutnya.Tidak dia menyangka menantunya ini akan melakukan pengorbanan sebesar ini.Airmata Datin Zarina semakin deras mengalir.Zehra Amanda dipeluk erat.Kedua mereka menangis kerana keterseksaan yang ditanggung tidak dapat diredakan dengan lisan hanya dengan airmata.

"Zehra turun dulu ya mummy".pinta Zehra lalu meninggalkan ibu mertuanya sendirian.

"Mummy minta maaf sayang , mummy tak patut mengahwinkan Zehra dengan Fikri.Tetapi , kerana ingin menutup kesilapan yang ada , perkahwinanlah jalan dan cara yang selamat untuk menjaga nama baik keluarga kami"ucapnya sendirian dalam linangan airmata yang deras.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mikail Adam seorang lelaki yang sangat menjaga penampilan dirinya.Gayanya seperti selebriti korea,dari hujung rambut sehingga hujung kaki diikuti.Mepunyai ramai peminat , wanita sentiasa mengelilinginya.Tetapi tidak pernah satu pun dilayannya kerana tidak mengikut cita rasanya.Wanita yang sering menjadi tumpuan di dalam hidupnya adalah Zehra Amanda.

"Mikail , kau dah mula kerja ke harini ?".soal Zahid kepada Mikail.Mereka adalah rakan serumah , dan rakan satu tempat kerja.Jadi apa-apa tentang Mikail Adam akan diketahui juga oleh Zahid.

"Aah , kenapa ?".soal Mikail.

"Takda apa , saja je aku tanya , lama ya kau cuti kalini".tegur Zahid kepada Mikail.

"Aah , malas nak pergi kerja".ujar Mikail selamba.

"Wahhh , macam bapak kau punya pulak Jcorp tu eh ?".soal Zahid menyindir Mikail.

"Kalau bapak aku punya lagi bagus , tak perlu kerja lagi , duduk rumah goyang kaki tunggu duit masuk tiap-tiap bulan , apa susah ?".ujar Mikail membalas sindiran sahabatnya tadi.

"Lain macam kau punya cara bersiap pagi ni ye Mika ?".soal Zahid yang sedang memerhati sahabatnya itu.

"Semangat aku ada dekat pejabat lah".ujar Mika sambil menyisir rambutnya supaya kelihatan kemas.

"Hmm , siapa ? Zehra ? Sudahlah Mika , kau hidup dalam bayangan ke ? Itu kan isteri orang ? Isteri bos kau tu".jelas Zahid kepada sahabatnya tentang status yang dimiliki Zehra itu.

"Kau tengok lah hidup dia tu , ada suami macam takda suami".ujar Mikail mengata buruk hubungan Zehra Amanda dan Fikri Hakim.

"Itu urusan rumahtangga dia , kau apa apa kena mengena nak masuk campur dalam hal rumahtangga dia tu ?".soal Zahid menyedarkan temannya.

"Aku sayang dia , aku cintakan dia dan aku akan pastikan serta dapatkan dia untuk jadi milik aku".ucap Mikail dengan nada menekan.

"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni ?".soal Zahid yang suaranya agak meninggi.

"Aku sedar dan kau tak perlu nak tunjuk baik nak tegur-tegur aku..apa aku cakap aku akan buat".ujar Mikail mempertahankan dirinya.

"Disebabkan nafsu , benda haram pun boleh jadi halal ya".sindir Zahid kepada sahabatnya.

"Kau sakit hati sangat kenapa dengan aku ? Kau suka Zehra juga ke ?".soal Mikail menuduh Zahid.

"Mungkin aku akan suka Zehra , tapi bukan yang milik orang lah.Bukan dia seorang je yang bernama Zehra , aku akan pastikan Zehra aku tu bukan bini orang".sindir Zahid kembali.Renungan tajam diberi kepada Zahid oleh Mikail.Hatinya meluap-luap kerana amarah kepada Zahid.

"Aku akan buktikan Zehra akan jadi milik aku one day".ujar Mikail dengan suara yang menekan dan menyakinkan Zahid.

"Suka kau lah Mika , aku malas nak cakap dengan orang tak siuman macam kau ni , cuma aku kesian dekat parents yang membesarkan kau , diberi didikan agama yang cukup tetapi anak mereka ni sanggup pergadaikan agama demi nafsu".jelas Zahid dengan kata-kata yang menusuk ke kalbu Mikail.Mikail yang berdiri di hadapan cermin , menapak ke arah Zahid yang berhampiran dengannya.

"Kalau kau nak cakap macam tu , pergi cakap dekat mak bapak aku terus , sebab aku tak berminat dan tak makan sikit pun dengan kata-kata kau tu".ujar Mikail angkuh kepada Zahid.Bahu Zahid ditepuk-tepuk.

"Masyaallah , angkuhnya kau ?".ujar Zahid dalam senyuman yang terukir di bibirnya.

"Keangkuhan aku akan beri sesuatu yang aku mahu suatu hari nanti".ucap Mikail angkuh.

"Astaghfirullahalazim , mengucap Mika , kau masih seorang hamba dekat atas muka bumi ni".ucap Zahid sambil beristighfar.

"Takpa kau jangan risau , kalau aku nak kahwin dengan Zehra nanti aku akan jemput kau okay , tapi bukan bahagian VVIP lah , bahagian orang-orang yang datang merewang".ujar Mikail menghina sahabatnya dari kecil itu.Kemudian dia berlalu keluar dari bilik itu.

Zahid yang berdiri di situ , mengalirkan airmata.Dia tertunduk menghadap jubin lantai.

"Aku tak sangka yang kau akan berubah sampai macam ni sekali Mika".ucapnya perlahan di dalam bilik.Airmata diseka segera , dan mula mengambil kunci kereta untuk memulakan harinya di pejabat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada waktu makan tengah hari , menjadi kebiasaan Raziq makan di luar tetapi lain pada hari ini dia akan pulang kerumah untuk menemani isterinya makan tengah hari.Dia sudah keluar dari kawasan pejabat hampir 1 jam.Tidak lama kemudian , keretanya masuk ke perkarangan halaman rumah dan memarkir kenderaan tersebut.Dia keluar dari isi perut kereta.Bauan masakan isterinya sudah dapat dihidu , dan serta merta perutnya mula berkeroncong.Langkah diatur menuju ke dalam rumah dan terus mendapatkan isterinya yang sedang memasak di dapur.

"Assalammualaikum sayang".ucap Raziq memberi salam kepada isterinya.Dahi Nia Amanda dikucup lembut.

"Waalaikummusalam , ehh sayang dah balik".balas Nia dengan mencium tangan suaminya dan pelukan diberi kepada Raziq.Lelaki itu tersenyum bahagia.

"Sayang masak apa ?".soal Raziq sambil mendekatkan wajahnya ke periuk yang sedang mendidih lauk yang dimasak isterinya untuk dihidu dengan mata yang terpejam.Kelakuannya itu , lagi menyebabkan perutnya kuat berkeroncong.

"Masak lauk kegemaran sayang lah , Nia minta resepi ni dengan mummy".jelas Nia dengan suaranya yang lunak manja.

"Wahh , pandai wife Raziq ni masak ? Pandai jaga perut Ziq ehh".ujar Raziq menyakat isterinya.

"Of course lah , nanti sayang cari perempuan lain , Nia taknak terima nasib yang sama macam Kak Manja".jelas Nia selamba.Terkedu Raziq dengan penyataan isterinya itu.Wajah Nia dipandang dengan cuak.

"Kenapa sayang cakap macam tu ? Sayang tak percaya kan Raziq ke ?".soal Raziq dengan nada yang mula mengendur dan sayu.

"Bukan tak percaya , takut hati sayang berubah pada perempuan yang jauh lebih cantik dari Nia , lagi pandai masak dari Nia , yang dengar cakap sayang , tak macam Nia ni..degil".ujarnya dalam suara yang mula tenggelam timbul kerana menahan sedih.

"Sayang jangan fikir bukan-bukan pasal Ziq ye".ucap Raziq sambil mengusap kedua belah pipi isterinya.

"Sayang harus percayakan Ziq sebab Ziq yang pilih sayang bukan kita pilih cinta kita".ucap Raziq romantis.Dahi Nia Amanda dikucup lembut.Mata yang terpejam , sekali gus telah mengalirkan airmata bahagia wanita itu.

"Terima kasih sayang".ucap Nia sayu.

"Sama-sama sayangku".ucap Raziq romantis.Tubuh Nia ditarik lalu didakap penuh erat.

Rasa bahagia sentiasa menghurung jiwanya.Jika boleh dia tidak mahu rasa itu mati.

Mereka bersantapan tengah hari bersama , raup wajah Raziq ditenung lama oleh Nia Amanda sewaktu mereka menjamu selera.Memandang wajah lembut lelaki itu lagi membuatkan dia merasa bahagia dan bertambah seleranya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hasya yang sedang merenung ke luar jendela , mengeluh kecil apabila mengenangkan nasib sahabatnya itu.Waktu petang di Taman Pulai Perdana yang tenang dan sunyi membawa hatinya berlayar seketika.

"Hasya minum air ni dulu".ujar Iris yang membawa dua cawan air ditangannya  dan satu dihulurkan kepada Hasya.

"Terima kasih Iris".ucap Hasya.Iris memberi senyuman manis kepada gadis itu.

"Kenapa kau suruh aku datang ?".soal Hasya kepada Iris lalu meneguk air yang dihidangkan Iris tadi.

"Aku....aku nak tanya pasal kakak aku".jelas Iris tentang niatnya memanggil Hasya datang ke rumahnya untuk menanyakan keadaan kakaknya Zehra Amanda.

"Dia okay je".jawab Hasya ringkas.

"Okay ? Kau confirm ke dia okay ?".soal Iris seperti kurang percaya dengan pernyataan Hasya.

"Kenapa kau tak percaya ? Aku pun susah nak percaya kalau kata dia okay walupun aku duduk serumah dengan dia".jelas Hasya sambil menunding jari ke dirinya.

"Tapi yang membuatkan aku yakin untuk cakap dia okay..kemarin suami dia datang ambil dia bawa balik rumah Dato dengan Datin".ujar Hasya menjelaskan kepada Iris.

"Kenapa dia balik rumah sana ? Madu dia takda ke ?".soal Iris terkejut.

"Kau gila ke babe ? Takkan lah Datin sengaja panggil Manja duduk rumah dia masa ada betina tu..of course lah dia takda..katanya outstation..hmm kalah orang bisnes nak pergi outstation bagai..padahal keluar masuk dengan jantan dalam hotel berkali-kali".ujar Hasya selamba.Penyataan Hasya itu mengejutkan Iris Amanda.

"Jantan ? What do you mean about she ?".soal Iris ingin penjelasan.

"Kau ingat Rose tu baik sangat ke ? Aku dah cerita buruk betina tu semua dekat Zehra and suruh Zehra cerita dekat suami kesayangan dia tu , tapi Zehra taknak".jelas Hasya menyampah.Iris mengerling ke arah Hasya.

"Kau ni boleh tahan sengal ekk ? Dah nama pun suami dia memanglah dia sayang , lain kalau kau cakap musuh dia , siapa yang sayang musuh ? Ish cakap lain kali pakai otak boleh tak ?".kutuk Iris selamba.Hasya memuncung apabila dikutuk Iris selamba.Iris sudah menekup mulutnya dari menahan tawanya yang mahu meletus.

"Suka kau lah , taknak kawan".ujar Hasya yang merajuk itu lalu memandang ke arah lain untuk menikmati minumannya.Iris sudah menghamburkan tawanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada petang yang hampir menamatkan harian Dato Paduka Hilman itu , dia pulang ke hotel yang dinginapnya.Semasa melangkah masuk ke dalam lobi hotel 5 bintang , kakinya terus membawa jasadnya itu ke sebuah balkoni yang berada di tingkat 10.Di situ dia boleh melihat keindahan suasana indah petang dan fajar yang bakal terbenam sebentar lagi di ibu kota Kuala Lumpur itu.Selepas dia berdiri di balkoni itu seketika.Langkahnya diatur , untuk ke bilik hotel yang ditempahnya untuk merehatkan mental dan Fizikalnya yang penat bekerja seharian.Sewaktu melangkah menuju ke bilik hotel yang menempatkannya sudah selama satu minggu , tiba-tiba langkahnya terhenti apabila dia ternampak susuk tubuh menantunya yang baru keluar dari salah satu bilik hotel yang berderetan dengan biliknya.Dia bagai dipaku , tidak dapat bergerak walaupun selangkah kerana melihat menantunya dengan pakaian yang tidak cukup kain dan rambut yang agak berselerak itu.

"Rose".panggil Dato Hilman bagai seorang yang tidak berada di dalam keadaan sedar.

"Dad...daddy".balas Rose Isabelle apabila bapa mertuanya berada di hadapannya kini.

"Kau buat dekat dalam tu ?".soal Dato Hilman mendatar dan kasar bahasanya kepada Rose.

"I jumpa kawan".tipu Rose ingin menutup kegiatannya supaya tidak dapat dihidu bapa mertuanya.Dato Hilman tersenyum sumbing.

"Kau ingat aku bodoh ke ? Mana ada orang keluar jumpa kawan dalam keadaan tak terurus macam ni ? Lagi-lagi kau tu perempuan".jelas Dato Hilman kepada menantunya itu.Rose mendengus kasar , dia berpeluk tubuh tanpa memandang wajah tua itu.

"Habis you nak cakap I apa ? Layan jantan ? Haa ?".soal Rose berani.Sedangkan itulah perkara yang baru diselesaikan sebentar tadi bersama seorang lelaki lain.

"Yes".jawab Dato Hilman menegakkan keadilan buat anaknya Fikri Hakim walaupun lelaki itu tidak bersama dengan mereka kini.Matanya membutang memandang wajah masam Rose Isabelle.

"Kenapa kau buat semua ni ? Tak cukup ke apa yang Fikri dah bagi selama ni ?".soal Dato Hilman dari hatinya.Bagai dia meluahkan rasa.

"Yes , memang tak cukup , sebab I bukan nak dia , I just  want the money , but itupun dia kedekut , suka sekat belanja I , dia nak bawak duit tu semua masuk kubur ke ?".soal Rose yang tidak puas hati.

"Kalau boleh dibawa masuk ke dalam kubur , bukan setakat sikit , satu sen pun dia takkan bagi dekat kau sebab semua harta dia boleh tanam sekali dalam liang lahad tu nanti".ujar Dato Hilman dengan nada angkuh.

"Tapi masalahnya tak boleh kan ? So bagi jelah I guna duit-duit dia tu , apa masalah dia sekarang ni ?".soal Rose lagi.

"Soal  dia sekarang ni ? Kau ni nak jadi sundal ke ? Suami dekat rumah , yang kau menyundal dekat sini ? Berapa jantan tu bayar kau ?".soal Dato Hilman kasar.Sabarnya benar-benar hilang sekarang.

"Dia bayar I lebih dari Fikri bagi I".jawab Rose berani.

"Kau memang isteri tak guna lah Rose , kau saja nak heret anak aku ke neraka sekali dengan kau kan ?".ujar Dato Hilman dengan suara yang menekan.Terkedu Rose Isabelle apabila dinyatakan begitu kepada dirinya.

"You boleh buat apa ye dad ? You nak suruh Fikri lepaskan I ke ? Oh no , dad you lupa ke yang I dengan Fikri ada Qhaira ? So mana boleh Fikri lepaskan I ?".ugut Rose dan sengaja memanaskan hati Dato Hilman.

"QHAIRA ISABELLE BUKAN ANAK KAU !".jerit Dato Hilman seoktaf.Terhinjut bahu Rose apabila diterjah dengan jeritan Dato Hilma.Kini dia telah tersalah langkah dan memasuki perangkapnya sendiri.

"Anak Fikri , Qhaira Isabelle adalah hasil hubungan dia dengan Amylia Hudson , kau takda hak nak pertahankan hubungan kau dengan Fikri atas gunakan nama Qhaira.Ya , Amy pun tinggalkan Fikri sebab tak tahan dengan perangai baran Fikri tetapi dia tak sekeji kau Rose".ujar Dato Hilman keras kata-katanya.

"You akan dapat balasan daripada I dad".ujar Rose mempertahankan dirinya.

"Sekali aku cakap kau curang , talak tiga terus dia bagi dekat kau".ucap Dato Hilman berani dan megah.

"You try kalau you berani".ucap Rose Isabelle biadap kepada bapa mertuanya itu.

PANG !.

Satu tamparan hebat telah diterima oleh Rose Isabelle.Dato Hilman beredar dari situ dan meninggalkan menantunya itu dalam keadaan terpinga-pinga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas isyak , Zehra turun ke dapur untuk mengambil bekas biskut yang berisikan biskut coklat di buat Hasya.Kemudian dia menuangkan secawan air sejuk kosong ke dalam gelas kaca panjang miliknya secara peribadi.Dia membawa bekas dan gelas tersebut ke meja yang berhampiran dengan pintu dapur rumahnya itu lalu menarik sebuah kerusi dan duduk.Penutup bekas biskut itu dibuka dan laju sahaja jari jemarinya yang halus mencapai kepingan biskut coklat di dalam bekas tersebut.Gigitan pertama telah berjaya masuk ke dalam mulutnya , gigitan-gigitan seterusnya diteruskan sehingga tanpa dia sedar biskut tersebut sudah di paras separuh bekas.Tetapi tidak diendahkannya.Hasya yang baru masuk ke dalam dapur tersebut , menahan tawa kerana melihat sahabatnya itu begitu menikmati hasil air tangannya sehingga dipejam-pejamkan mata.

"Amboi , sedap sangat ke biskut tu sampai terpejam-pejam mata kau ya".tegur Hasya kepada Zehra.Zehra segera mencelikkan matanya apabila ditegur begitu oleh Hasya.

"Sorry lah babe , dua hari takda dekat rumah , aku rindu dekat biskut kau ni".jelas Zehra.

"Biskut je ? Habis tukang buat biskut kau tak rindu ?".soal Hasya menyakat kawannya itu.

"Tak kot sebab tak berminat".jawab Zehra selamba dengan riak wajah mengejek seperti tidak suka.

"Tak boleh pakai punya kawan , aku punya lah beria menangis dua malam sebab rindukan kau , kau boleh tak rindukan aku ?".soal Hasya menyampah.

"Aku ada hubby , kau takda , so pergi lah cari hubby kenapa kau dah plan nak jadi andartu ke ?".soal Zehra selamba.

"Ish kau ni , doa yang bukan-bukan , kata-kata tu kan satu doa".ujar Hasya.

"Aku bukan doakan , aku cuma pray kan je".ujar Zehra melawak dengan Hasya.

"Sama je lah tu mangkuk".kutuk Hasya lalu menyambung semula meneguk air yang diambilnya tadi.Tawa Zehra sudah meletus.

Tiba-tiba mata Hasya tertancap pada lengan Zehra yang memerah.Baju lengan pendek yang dipakai Zehra jelas dapat menampakkan bekas genggaman kuat Fikri kepadanya pagi tadi.Hasya mengerutkan dahinya dan air yang berada di dalam mulutnya ditelan kasar.

"Kenapa lengan kau tu ?".soal Hasya pelik.Zehra terkejut dengan pertanyaan Hasya.

"Ah , ni tadi pagi aku nak buka almari baju lepas tu terkena pintu dia".jelas Zehra menipu rakan serumahnya itu.Hasya memandang kosong wajah Zehra.

"Kau boleh tipu orang lain , tapi bukan aku".jelas Hasya yang dapat merasakan Zehra menyembunyikan sesuatu darinya.

"Aku okay lah".ucap Zehra yang seperti tidak dapat berselindung lagi dengan sahabatnya itu.

"Fikri buat kau eh ?".soal Hasya menduga.Terkedu Zehra.Dia tidak tahu hendak berkata apa.

"Aku tanya jawab Zehra".paksa Hasya lembut.

"Ya".jawab Zehra ringkas.

"Kenapa dia buat kau macam tu ?".jerit Hasya tiba-tiba.Nafasnya turun naik menahan marah.

"Dia tak sengaja".balas Zehra.

"Tak sengaja sampai tangan kau merah ? Macam nak bengkak dah aku tengok".jelas Hasya marah.

"Dia tengah baran tadi pagi , jadi apa yang dia dapat lepaskan , dia lepaskan lah".ujar Zehra mempertahankan suaminya.

"Lepaskan pada kau pulak tu ? Apa punca dia jadi macam tu ?".soal Hasya ingin tahu.

"Sebab aku tanya tentang perkahwinan dia dengan Rose".jujur Zehra.

"Yang kau cari masalah pergi tanya masalah tu dekat si masalah tu nak buat apa ?".ujar Hasya sambil mengutuk Fikri.

"Dia kan suami aku , aku berhak lah nak tahu , dah lapan tahun aku diam , salah ke sekali ni aku nak bersuara ?".soal Zehra mempertahankan dirinya.

"Tapi ada sesuatu yang buat aku terima selama dua hari aku dekat rumah mertua aku tu".ucap Zehra tiba-tiba.

"Apa dia ?".soal Hasya ingin tahu.

"Aku terpaksa tidur di dalam bilik dia dengan Rose dua malam berturut-turut , perkara tu buatkan aku meruntun jiwa".jelas Zehra tenang kepada Hasya.

"Kenapa tidur dalam bilik diorang ? Rumah tu kan besar ? Banyak bilik".jelas Hasya.

"Aku tak tahu , mummy kata dia terpaksa bagi aku bilik tu sebab Fikri taknak tidur bilik lain".jelas Zehra.

"Fikri tu bodoh ke ? Kau bini yang tak boleh tidur bilik dia dengan Rose , kenapa dia masih nak bawak kau tidur bilik tu ? Dia sengaja nak sakitkan hati kau ke ?".soal Hasya yang mula berang dengan penjelasan Zehra.

"Ntah lah Hasya".jawab Zehra ringkas.

"Sebagai suami yang bertanggungjawab dia takkan sakiti hati si isteri , tapi lain pulak si Fikri , tak pernah dia jaga hati kau , sakit tu dah jadi ubat untuk kau , hari-hari kena telan , lapan tahun macam lapan hari buat kau".ucap Hasya menyedarkan sahabatnya itu.

"Janji aku masih rasa bahagia dengan suami aku".ujar Zehra.

Hatinya menjadi sayu malam ini,entah mengapa fikirannya teringat pada Fikri.Walaupun kesakitan yang diterimanya itu telah membuatkan mengalirnya airmata wanitanya.Tetapi rasa cinta dan sayang tidak pernah terpadam walaupun sekali.Dia merenung seketika , tanpa dia sedar airmatanya mengalir.Kesakitan rumahtangga yang ditanggungnya , belum tentu orang lain mampu menanggungnya.

jom follow Ig Fatimah : fatimahyusof_np and follow sekali dekat NP if belum follow sebab nanti noti akan naik kalau Fatimah update..so korang boleh baca..tq baby readers

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience