NZ (19)

Drama Completed 72971

PANG !.

Satu tamparan hebat hinggap di pipi Fikri Hakim.Wajah Dato Paduka Hilman memang tiada siapa yang berani menatap kini.Wajahnya betul-betul menyinga.Hatinya juga sakit apabila menantu kesayangannya dicerikan dengan talak tiga.Dadanya turun naik menahan amarah yang sedang membara di jiwanya.Wajah anak lelakinya itu direnung tajam.Fikri sudah memegang pipinya yang ditampar sebentar tadi.Datin Zarina sudah mengalirkan airmata kecewa apabila menantu kesayangannya telah dijatuhkan talak tiga oleh anak lelakinya itu.Dato Hilman melangkah setapak mendekati Fikri Hakim.Wajah bengis itu bertambah bengisnya kerana mahu sahaja dia menumbuk wajah anak lelakinya itu.Tetapi masih ditahan kerana memikir itu adalah anaknya sendiri.Fikri diam tidak bersuara.Dato Hilman melepaskan satu keluhan kecewa dengan kasar.

“Kenapa kau ceraikan Zehra ? Kenapa talak tiga kau bagi dia ?.” soal Dato Hilman kepada anak lelakinya itu.Hatinya sungguh sakit apabila melihat riak wajah bersahaja Fikri itu.

“Daddy tanya jawablah !.” jerkah Dato Hilman memarahi anaknya.

“Fikri tiada jawapan nak beri pada daddy dengan mummy.” jawab Fikri tenang.

“Tiada kau kata ? Kenapa tiada ? Habis , kau lepaskan isteri kau tu suka-suka ke ?.” soal Dato Hilman dengan amarah.

“Yang tak patut ada dalam hidup kau , kau sibuk nak pertahankan , yang berjuang untuk kau , kau sibuk lepaskan , bodoh ke ?.” soal Dato Hilman kasar.

“Che man , ada cucu tu , janganlah cakap macam tu.” pujuk Datin Zarina menenangkan suaminya.Qhaira hanya memerhati keadaan yang tengah tegang itu.

“Ya saya tahu , ada cucu kita dekat sini , tapi bapak dia yang tak berakal ni punya pasal lah saya tak boleh nak menahan rasa amarah ni lagi.” jelas Dato Hilman kepada isterinya yang sedang duduk di kerusi sebelahnya.

“Qhaira , jom ikut tok mummy pergi naik atas.” ajak Datin Zarina kepada cucunya.

“Awak hantar Qhaira saja , lepastu turun balik , saya nak kita bincangkan perkara ni bersama.” amaran diberi kepada Datin Zarina oleh Dato Hilman.

“Baiklah.” balas Datin Zarina lembut dan sayu.Terus sahaja , dia mengapai tangan cucunya itu dan dibawa ke tingkat atas untuk ke bilik khas yang telah disediakan oleh cucunya itu.

“Fikri , sekarang ni kau beritahu daddy , dekat mana silapnya Zehra sebagai isteri sampai kau ceraikan dia dengan talak tiga ?.” soal Dato Hilman tegas.

“Dia tidak bersalah dalam hidup Fikri selama ini daddy.” ucap Fikri tenang.

“Habis kenapa kau ceraikan dia ?.” soal Dato Hilman tegas dan agak tinggi suaranya.

“Fikri banyak berdosa dengan dia , Fikri dah tak mampu nak jaga dia sebagai isteri.” ucap Fikri lagi.

“Senang kau cakap ya Fikri , ada kau fikir yang dia bertahan dengan kau selama 8 tahun ?.” soal Dato Hilman.

“Fik , tak pernah lupa jasa dia pada Fik , tapi Fik taknak genggam tangan dia lagi daddy , tanpa restu seorang ibu.” ucap Fikri tenang dan agak sayu.

“Fik tahu ,dia tak pernah rasa menyesal kahwin dengan Fik , Fik sayangkan dia sangat , tapi Fik terpaksa menipu dia , Fik akui pada dia bahawa Fik dah tiada hati pada dia , sedangkan dialah wanita yang paling Fik cinta daddy , dan dia jugalah... .” luahannya terhenti.Dadanya terasa sebak , saat ingin menyatakan ayatnya yang terakhir , saat itulah airmatanya gugur , bagai dia melepaskan segala pendam dihati , rasa menyesal menyelubunginya tetapi demi bahagia dia terpaksa relakan apa yang dilakukannya.

“...dan dia jugalah nyawa fikri daddy.” ucapnya dalam linangan airmata.Dia tertunduk menghayati tangisan.

“Siapa yang buat kamu ni Fikri ?.” soal Dato Hilman dengan suaranya yang mula mengendur.

“Mak tak restu hubungan Fik dengan Zehra.” jelas Fikri sayu.

“Si Sarah ni memang nak kena dengan aku.” marah Dato Hilman.

“Tiga hari lepas , mak ada call Fik , mula-mula Fik tak layan , tapi bila Fik dengar kata-kata mak tu , Fik dah mula terfikir pasal Zehra , Fik rasa kesian dengan manja.” ucap Fikri terketar-ketar suaranya saat membuat pengakuan.

“Dia cakap apa ?.” soal Dato Hilman ingin tahu.

“Dia kata , kalau Fik terus bersama dengan Zehra hidup Fik akan jadi celaka.” jelas Fikri.

“Tapi kamu kan suami ?.” soal Dato Hilman tidak berpuas hati dengan jawapan anak lelakinya itu.

“Tapi apa guna Fik terua bertahan , rumahtangga kami makin retak , sejak kebelakangan ni Zehra pun banyak perkara tak puas hati dengan Fik , sedangkan perkara-perkara kecil saja pun , tapi dia macam tak sedar dengan apa yang dia buat ni.” ucap Fikri sayu.

“Kenapa tak berterus terang dengan Zehra ? Kenapa diam ? Kenapa terus buat keputusan untuk jatuh talak ? Kamu ingat perkara ni boleh buat main ye ?.” soal Dato Hilman.

“Fik berfikir panjang daddy , tapi Fik rasa ini adalah keputusan terbaik dalam hidup Fik , Fik dah terlalu banyak sakitkan hati dia , Fik dah terlalu banyak hancurkan harapan dia , jadi kalini biarlah Fik lepaskan dia untuk keselamatan dia.” jelas Fikri sayu.

“Keselamatan ?.” soal Dato Hilman pelik dan tidak faham dengan maksud anak lelakinya itu.

“Nia sekarang dalam ICU , sebab mulut mak juga , dia marahkan Nia sebab tak bagi Raziq kahwin dengan Zatie orang kampung diorang juga , siap dia menyumpah Nia lagi , sampai kemalangan budak tu , habis daddy nak dia buat Zehra macam tu ? Kalau daddy boleh biarkan , tapi Fik takkan.” jelas Fikri mempertahankan bekas isterinya Zehra Amanda.

“Tapi kenapa perlu sampai talak tiga ? Kalau ya pun kamu nak selamatkan dia dari mulut puaka mak dia tu , sekurang-kurangnya... .” kata-kata Dato Hilman terhenti apabila dia sukar untuk menghabiskan kata-kata terakhirnya itu.

“Maksud daddy , sekurang-kurangnya jatuh talak satu ? Macam tu ? Fikri tahu , mak takkan lepaskan kami walaupun sekali , jadi Fikri terpaksa buat keputusan drastik , walaupun hati sendiri tak boleh menerima kenyataan.” ujar Fikri sayu.

“Che man , kenapa Sarah tu perangai macam tu ?.” soal Datin Zarina yang terkejut mendengar perangai tentang besannya itu.

“Besan awak kan ? Pergilah tanya dia kenapa ?.” jawab Dato Hilman menyampah apabila mendengar pertanyaan isterinya itu.

“Ish awak ni , saya tanya saja , tak perlu menyindir saya.” marah Datin Zarina.

“Fikri , sepatutnya Fikri kena berterus terang juga dengan Zehra supaya dia tak salah faham.” ucap Dato Hillman sayu.

“Fikri tak tahu nak beritahu macam mana daddy , mungkin sekarang ni dia lebih bencikan Fik sebab Fik lepaskan dia tanpa sebab yang kukuh.” ucap Fikri sayu dan linangan airmata.

“Sekarang ni , daddy nak Fik selesaikan urusan mahkamah dulu , segala denda dan yang lain-lain , lepas tu ikut Fik lah nak selesaikan dengan cara yang macam mana dengan Zehra , daddy dengan mummy sayangkan dia Fik , nampaknya itu pun Fik dah hancurkan , tapi bila dapat tahu perkara yang sebenar , daddy tumpang simpati dan tak tahu dah nak kata apa.” jelas Dato Hilman sayu.

Perlahan-lahan langkahnya mendekati Fikri yang berdekatan , setibanya tepat dihadapan anak lelakinya itu , dia terus memeluk tubuh Fikri , saat itulah airmata penyesalan dan kekecewaan terhadap diri Fikri sendiri mengalir deras.Dato Hilman menenangkan anak lelakinya itu.

“Setiap ujian allah itu , pasti ada hikmahnya.” jelas Dato Hilman tenang.

“Fikri sayangkan dia daddy , Fikri cintakan dia , Fikri tak mampu kehilangan dia daddy , I want Zehra by my side.” ucap Fikri dalam tangisannya.

“Sabar Fik.” ucap Dato Hilman.

Zehra sedang duduk di bilik kosong yang pernah menjadi miliknya suatu ketika dahulu sebelum dia berpindah ke rumahnya bersama bekas suaminya Fikri Hakim.Airmatanya tidak berhenti mengalir kerana terlalu sedih diperlakukan begitu.Hasya yang menjadi penonton setia hanya memerhatikan rakannya yang sering bersedih itu.

“Sudahlah Zehra , sampai bila kau nak menangis macam ni ?.” soal Hasya lembut.

“Kenapa dia kena hukum aku dengan cara macam ni ? Kenapa ? Apa salah aku dengan dia ?.” soal Zehra dalam tangisan.

“Aku tak dapat nak jawab soalan kau tu , tapi aku sendiri tak percaya yang dia sanggup buat kau macam ni.” jelas Hasya lagi.

“Aku sayang dia , aku cintakan dia , macam mana aku nak hidup tanpa dia sekarang ni ? Sedangkan ujian aku dengan dia selama 8 tahun tu , sekali pun aku tak pernah rasa kehilangan.” ujar Zehra dalam tangisan.

“Aku tahu Zehra , tapi apa boleh kita buat kalau itu keputusan dia ,dan keputusan pun dah berlaku.” jelas Hasya.

“Senang saja sebab dia , sebab dia adalah dia dah takda rasa cinta pada aku.” jelas Zehra agak tegas.

“Sedangkan dialah lelaki yang sentiasa pertahankan aku , kalau Rose ada apa-apa masalah pun dia tak sibuk nak pertahankan macam dia pertahankan aku.” ucap Zehra menyindir.

“Tapi alasan dia tu memang tak logik langsung , pelik aku.” musykil Hasya pula.

“Mungkin dia dah ada pegganti aku mungkin , biarlah kalau dia rasa pegganti aku tu lebih baik dari aku , semoga dia berbahagia.” ucap Zehra sayu.

“Kau dah mengalah ?.” soal Hasya.

“Maksud kau ?.” soal Zehra kurang mengerti.

“Yelah , dialah lelaki yang selalu kau puja , kau pertahankan juga macam mana dia selalu pertahankan kau , tapi dari nada kau tu , macam kau dah mengalah.” jelas Hasya lagi.

“Nak pertahankan apa Hasya ? Talak tiga dia bagi aku , dia pun dah takda hati dengan aku lagi , buat apa nak pertahankan.” ucapnya kepada Hasya lemah.

“Dah lah aku keluar dulu , nak masak , kau tu dari semalam tak makan apa.” jelas Hasya kepada sahabatnya itu.

Pada malam yang hening , diiringi hujan yang lebat , Fikri telah melakukan solat fardhu isyak di rumah Dato Hilman dan Datin Zarina.Dia diminta untuk bermalam di rumah orang tuanya itu kerana mereka berasa kasihan pada Qhaira.Dia berteleku seketika di atas tikar sejadah , airmatanya mengalir sekali lagi.Suara sebaknya mula didengari.

“Ya allah , cara aku ini mungkin salah , tapi kau berilah aku keyakinan dan ketabahan untuk menjelaskan perkara sebenar kepadanya ya allah.” ucap Fikri sayu.
“Aku sayang dia ya allah , sepanjang 8 tahun perkahwinan , tidak pernah sekali pun rasa cinta itu mati , hilang ya allah , kau ampunkanlah dosa-dosa aku , dan kau ampunkanlah dosa-dosanya ya allah.” ucap Fikri dalam linangan airmata.Dadanya mula terasa sesak.

“Aku memohon kepadamu ya allah , kau ampunilah segala dosa ibu mertuaku , kau berikanlah dia keinsafan ya allah.” ucap Fikri lagi.

Hatinya benar-benar kecewa saat ini dengan keputusan yang dibuatnya sendiri.Dia terlalu sakit menahan rasa di hati.Jiwanya mahukan cinta matinya itu.Tetapi apakan daya , wanita itu tidak mungkin berpatah kembali kepadanya.Mungkin selepas ini rasa cinta dan sayang Zehra Amanda terhadapnya bertukar benci.Hujan lebat yang sedang berlaku di luar sana , mengiringi airmatanya yang deras mengalir.

Zehra yang sedang berbaring di atas tilamnya yang empuk itu mengiringi menghadap tempat disebelahnya yang kosong , airmatanya mengalir lagi sekali.Dia meraba tempat kosong disebelahnya itu.Sesekali dia mencengkam bantal kepala yang tidak berpenghuni disebelahnya itu.Dia memejamkan matanya seketika.Airmata merembes keluar dari tubir matanya.

“Abang , kenapa buat Zehra macam ni ?.” soal Zehra sendiria sayu dan diiringi tangisan.

“Apa dosa manja dengan abang ?.” soalnya lagi.

“Siapa sekarang ni yang bertapak dekat hati abang ?.” soal Zehra ingin tahu.

“Ya allah , kau jagakanlah hatinya buatku , supaya rasa cintanya terhadapku terus bersemi.” ucap Zehra dalam linangan airmata.

“Selamat malam abang , malam ni malam pertama Zehra tak dapat rasa pelukan abang sebelum tidur , Zehra akan sentiasa merindui semua saat indah kita bersama.” ucapnya dalam linangan airmata.

Fikri sudah berbaring di atas tilam untuk melelapkan mata , tetapi sukar buatnya kerana ini adalah malam pertama buatnya lena tanpa isterinya yang tercinta di sisi.Dia termenung menghadap siling bilik tidurnya itu.Qhaira yang berada di sebelahnya sudah nyenyak.Fikirannya bercelaru memikirkan tentang keadaan bekas isterinya itu.

“Maafkan abang , selamat malam Nyawaku Zehra.” ucap Fikri sebelum memejamkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience