NZ (42)

Drama Completed 72971

Sudah tiga hari Zehra dan suaminya bertengkar dan tidak bertegur siapa , sejak kejadian ditampar Tuan Zahin tempoh hari.Zehra banyak mendiamkan diri.Suaminya juga tidak bertegur siapa dengannya.Dia juga tidak pulang ke rumah seperti biasa , kepulangannya hanya untuk membuat persalinan sahaja.Selebihnya , dia banyak membuang masa di luar bersama rakan-rakan.Zehra Amanda sehingga ke hari ini dia tidak menyangka yang suaminya itu sanggup menamparnya di atas satu soalan peribadi.Semenjak dari hari itu jugalah , dia sering mengalami gangguan kesihatan sehingga membuatkannya muntah-muntah.Dirinya juga bukan sekadar ditampar malah , dipukul berkali-kali sehingga membengkak di bahagian kaki dan tangan.Suaminya ketika itu bagai dirasuk.Dia tidak dapat mengawal diri.Akhirnya Zehra membuat keputusan dan dia menelefon Fikri Hakim untuk meminta berjumpa dengan lelaki itu.Tanpa ada bantahan , Fikri juga bersetuju.

Dia tidak membuang masa lagi , dia terus bersiap dan mengambil segala keperluan peribadinya.Langkah diatur menuruni anak tangga dan dia mula mengambil kenderaan perkhidmatan awam untuk menuju ke tempatnya itu.Tidak lama kemudian , kenderaan itu sampai di hadapan rumah agam Dato Zahid dan Datin Maimunah.Terus sahaja dia memberi alamat yang ingin ditujunya sebaik sahaja dia memasuki kenderaan tersebut.Nasibnya juga baik , ibu bapanya juga tiada di rumah.Tempat yang ditujunya , akhirnya telah dia tiba yang dibawa oleh pemandu tersebut.Dia terus keluar dari isi perut kereta dan mencari bayang Fikri.

“Zehra.” panggil seseorang dari sisinya.Pantas Zehra menoleh untuk melihat gerangan yang memanggil.

“Fikri , terima kasih sebab sudi jumpa saya.” ucap Zehra sebaik sahaja Fikri berdiri di sisinya.Mereka menuju ke sebuah ruangan yang agak tidak ramai orang awam di gerai tersebut.Minuman dipesan Fikri , untuknya dan Zehra.

“Saya kalau boleh tak mahu jumpa awak , lagipun ini dah malam bukannya siang tapi bila saya dengar suara awak macam cemas saya rasa tidak sedap hati kalau saya tak tunaikan permintaan awak untuk berjumpa.Bila dah jumpa , lagi buat saya risau bila lihat keadaan awak yang tidak terurus ni , awak ada masalah ke ?.” jelas dan soal Fikri kepada Zehra Amanda.

“Haritu awak ingat tak yang kita jumpa dekat Taman Merdeka waktu petang and awak hantarkan saya balik.” ujar Zehra yang cuba memberi daya ingatan kepada lelaki itu.

“Ya , saya ingat.Kenapa dengan haritu ?.” soal Fikri pelik.

“Saya balik dari Taman tu , saya bergaduh besar dengan Zahin , saya dipukul.” ucap Zehra.Bergetar seluruh tubuh Fikri mendengar luahan wanita itu.

“Pukul ? Dia pukul awak ? Kenapa ?.” soal Fikri yang nadanya mula panik.

“Sebab salah faham dan saya aju soalan peribadi pada dia.” jelas Zehra yang suaranya sukar untuk keluar kerana menahan sebak.

“Teruk ke dia pukul awak Zehra ?.” soal Fikri ingin tahu.Hatinya sudah meluap-luap bagai ada sesuatu bakal meletus.

“Mula-mula dia tampar saya , kemudian dia terajang saya di bahagian kaki dan dia pukul berkali-kali di bahagian lengan sehingga bengkak.” jelas Zehra kepada Fikri.Airmatanya mula gugur apabila kenangkan perkara tiga hari lepas itu.

“Awak ada cakap dengan saya kan , yang saya perlu kenal suami saya siapa ? Dari apa yang jadi tiga hari lepas tu , perasaan saya makin membuak-buak ingin tahu.” jelas Zehra kepada Fikri.

“Saya tahu yang awak kena tahu sesuatu tentang Zahin.Tapi saya tak rasa masa sekarang ni sesuai untuk awak tahu.Saya nampak yang awak sekarang ni lebih perlu berehat.” jelas Fikri kepada Zehra.

“Saya kalau boleh tak mahu pulang ke rumah , saya takut kalau dia tiba-tiba balik dan buat perkara yang sama pada saya macam tiga hari lepas.Saya tak rasa yang dia buat tanpa niat , pasti dia ada pendam sesuatu dalam hati.” jelas Zehra dengan nada yang cuak.Fikri mengeluh kecil.

“Kau memang dah melampau Zahin.” gumam Fikri di dalam hati.

“Habis kalau awak tak mahu balik rumah , awak nak pergi mana ?.” soal Fikri risau.

“Kalau saya tumpang tidur rumah awak boleh ?.” soal Zehra lembut dan dia juga teragak-agak untuk mengajukan soalan itu.

“Mana boleh , awak tu isteri orang.” jelas Fikri lembut dan tenang.Dia berfikir sejenak.

“Saya rasa saya tahu nak bawa awak kemana ?.” jelas Fikri dalam senyuman.Dahi Zehra berkerut.

“Kemana ?.” soal Zehra pelik.

“Jom.” ajak Fikri kepada wanita itu.

Mereka mula menaiki kenderaan dan menuju ke tempat yang dibawa Fikri.Zehra sepanjang perjalanan dia terlena.Tanpa dia sedar.Fikri telah pun membawa ke sebuah tempat yang tidak dijangkanya langsung.

“Zehra , kita dah sampai.” kejut Fikri kepada wanita itu dengan tutur kata yang lembut.

“Haa , dah sampai ? Kita dekat mana ni ?.” soal Zehra yang masih dalam mamainya.Mata digosok perlahan.Dia merenung dengan penuh tekun ke arah kawasan sekeliling.Dia bagai mengenami tempat yang ditujunya kini.Tiba-tiba dia terpana memandang ke arah seseorang yang sedang duduk di meja batu di halaman rumah.Sekujur tubuh itu tidak menyedari kehadiran mereka.

“Kita dekat rumah mummy ?.” soal Zehra yang dia masih lagi menggunakan panggilan mummy terhadap Datin Zarina.Fikri tersenyum.

“Kenapa kita datang sini ?.” soal Zehra pelik.Fikri juga berkerut dahi dengan soalan daripada wanita itu.

“Kenapa ? Awak tak suka ke ? Bukan ke tadi awak cakap yang awak tak mahu pulang ke rumah ? Takkan saya nak bawa awak balik rumah saya ? Tak manis kalau orang tengok nanti.Jadi kita balik rumah mummy.” ucap Fikri tenang.

“Tapi saya taknak mummy dengan daddy tahu masalah saya sekarang.Saya malu.” ucap Zehra dengan riak wajah cuak.Nadanya mula kendur.

“Zehra... .” meleret Fikri memanggil wnaita kesayangannya itu.Ya , di dalam hati tidak pernah sekali pun kasih sayang terhadap Zehra Amanda terpadam.

“Saya sentiasa ada dengan awak , mummy dengan daddy kalau tahu masalah awak pun , diorang takkan kutuk atau benci awak , malah diorang juga turut tolong selesaikan masalah awak sampai selesai.” jelas Fikri lembut dan senyuman dihadiahkan kepada wanita disebelahnya.

“Dah jom.” ajak Fikri selepas dia mematikan enjin.Mereka keluar dari isi perut kereta bersama.Langkah diatur , menuju ke arah Datin Zarina yang ralit dengan telefon pintarnya.Mereka betul-betul berdiri tepat di hadapan meja batu yang di duduk oleh Datin Zarina.

“Assalammualaikum mummy.” ucap Fikri kepada ibunya.

“Waalaikumm... .” ucap balas Datin Zarina terhenti.Apabila dia mula memandang wajah di sebelah anak lelakinya itu.Dia terkedu.Rasa bermimpi pun ia juga.Matanya agak berkelip beberapa kali.

“...mmusalam.” ucapnya dihabiskan dengan terketar-ketar suaranya.Dia bangun berdiri perlahan-lahan.Sewaktu melanngkah ingin mendekati wanita yang hadir sebagai tetamunya.Jantungnya berdegup kencang , dadanya turun naik.Rasa terkejut dan sebak bersatu.

“Zehra ?.” soal Datin Zarina sambil tangannya sudah naik merayap di wajah Zehra Amanda.

“Ya mummy , ni Zehra.” jelas Zehra lembut dalam linangan airmata Walaupun bersedih , senyuman diterbitkan jua buat bekas ibu mertuanya itu.Fikri yang berada di sebelah , turut merasa sebak dengan adegan yang sedang berlaku.Ya , dia tahu betapa sayangnya kedua ibu bapanya terhadap bekas isterinya itu.Tetapi dia gagal menjaga wanita itu dengan baik.

“Zehra apa khabar nak ?.” soal Datin Maimunah yang mula menangis.Tubuh Zehra dipeluk erat.Betapa dia merindui wanita itu.Hanya allah sahaja yang tahu.

“Zehra sihat mummy.” ucap Zehra yang juga turut mengalirkan airmata.

“Ya allah , rindunya mummy dekat Zehra...mummy teringin nak jumpa Zehra , tapi mummy takut mummy tak kuat.” jelas Datin Zarina tentang hati dan perasaannya.Fikri terus menekur pandangannya ke lantai.Apa yang dirasai ibunya itu.Dia juga melalui perasaan dan rasa yang sama.Tidak dinafikan , Zehra mempunyai satu aura yang sukar orang yang rapat dengannya melupakan segala tatacaranya.

“Fikri , kenapa bawa Zehra ke rumah kita ?.” soal Datin Zarina yang baru sedari kejadian itu.Sedangkan dia tahu bahawa bekas menantunya itu sudah berkahwin dengan Tuan Zahin Aqbar.

“Sebenarnya , Zehra nak tumpang tidur sini satu malam mummy.Mummy tak kisah kan ?.” soal Fikri kepada ibunya.

“Eh , tak kisah pun...jom mummy tunjukkan Zehra bilik ya.” ujar Datin Zarina mesra.

“Apa yang kecoh-kecoh dekat... .” soalan Dato Hilman terhenti apabila dia melihat seseorang yang sudah lama dia tidak berurusan kini bersama dengan anak dan isterinya.

“Manja ?.” soal Dato Hilman bagai tidak percaya akan bekas menantunya itu berada di hadapan mereka sekarang.Tersentap Fikri dan Zehra apabila Dato Hilman menggunakan panggilan yang sudah lama mati dari bait kata mereka berdua.Air jernih meliputi bebola mata.Rasa sebak menghurung jiwa.Kerana panggilan itu terlalu peribadi buat keluarga Zehra dan Fikri.

“Manja buat apa dekat sini ?.” soal Dato Hilman yang semakin mendekati mereka bertiga.

“Daddy sihat ?.” soal Zehra mesra.Air jernih diseka lembut.

“Daddy sihat alhamdulillah.” balas Dato Hilman sayu.

“Che Man , manja nak tumpang rumah kita malam ni , boleh kan ?.” soal Datin Zarina meminta izin suaminya.

“Ya allah , apa salahnya.Fikri kamu malam ni pergi balik rumah , jangan tidur sini , bawa Qhaira sekali.” arah Dato Hilman.

“Aih daddy , halau anak dengan cucu-cucu sekali kena halau ?.” sindir Fikri bergurau.

“Bukan halau , bagi arahan saja.” jelas Dato Hilman turut bergurau sama.

“Terima kasih , sebab sudi bagi Zehra tumpang rumah mummy dengan daddy.” ucap Zehra terharu.Datin Zarina memeluk Zehra Amanda.

“Ini bukan rumah mummy dengan daddy saja , ini rumah manja juga...manja pernah melalui kehidupan di dalam rumah ini , jadi tiada beza kalau manja datang dengan keadaan manja sekarang ni.” jelas Dato Hilman sayu.Zehra sekali lagi mengalirkan airmata.

“Manja dah makan belum ? Kalau belum , masuk dalam nanti mummy masakkan untuk manja.” jelas Dato Hilman.

“Tadi dah makan.” jelas Zehra.

“Okay takpa , sekarang kita masuk dulu rehat dekat dalam.” jelas Dato Hilman.Mereka semua mula mengatur langkah masuk ke dalam rumah.Zehra dibawa ke ruang tamu.Datin Zarina terus menuju ke dapur diikuti oleh Fikri.Bagi menyediakan makanan untuk menjamu tetamu mereka itu.

“Mummy.” panggil Fikri agak berbisik kepada ibunya.

“Ya kenapa ?.” soal Datin Zarina lembut.

“Mummy nanti , jangan tanya apa-apa pada manja ya tentang rumahtangga dia.” pesan Fikri dengan lembut kepada ibunya.

“Yalah , kenapa dia ada masalah dengan Zahin ke ?.” soal Datin Zarina yang amat mengenali anak kawan baiknya itu.

“Itu masalah mereka , biarlah mereka sahaja yang selesaikan.” jelas Fikri.

“Kesian mummy tengok Zehra.” ujar Datin Zarina sayu sambil dia mencidukkan nasi putih ke dalam pinggan.

“Dia sentiasa diduga.” ujar Fikri hiba.Ada nada kecewa pada kata-katanya.Datin Zarina terus memalingkan wajah pada anak lelakinya itu.

“Mummy , tak pernah menangkan Fikri di atas segala kesalahan Fikri pada Zehra.Mummy hanya maafkan sahaja.Tapi , kalau sampai Zehra dah minta nak tumpang satu malam dekat sini , maksudnya teruk juga dia bergaduh dengan Zahin.” jelas Datin Zarina.

“Biarlah mummy , Fikri pun tolong sebab nampak dia terlalu terdesak inginkan pertolongan , kalau tidak memang Fikri tak bawa dia datang sini , nanti orang cakap Fik bawa lari isteri orang pula.” jelas Fikri.Dalam kata-katanya sempat dia melawak.

“Dah , pergi panggil Zehra makan.” arah Datin Zarina.Fikri hanya akur akan arahan ibunya.Selepas menghidangkan makanan buat tetamu mereka itu , mereka seluruh ahli keluarga turut menjamu selera bersama Zehra Amanda.Suasana yang meriah itu amat dirindui Zehra Amanda.Dia masih dilayan baik oleh ahli keluarga Dato Hilman meskipun dia bukan sebahagian dari keluarga mereka lagi.Akhirnya , selesai sudah santapan malam mereka bersama.Selepas selesai mengemas segala apa yang patut.Dia keluar duduk di halaman rumah.

“Jauh termenung ?.” tegur Fikri tiba-tiba.

“Saja ingat kenangan lalu.” jelas Zehra selamba.Fikri tertawa kecil dengan gelagat Zehra itu.

“Kenapa lelaki susah nak beri kasih sayang mereka pada saya ?.” soal Zehra tiba-tiba.Tersentap Fikri dengan soalan wanita itu.

“Tak macam awak sayangkan saya suatu ketika dahulu.” jelas Zehra lagi.Kali ini , Zehra benar-benar buat dirinya bertarung dengan hati sendiri.Dia bagai nak gila mendengar ayat wanita itu.

“Saya sentiasa ada dengan awak , walaupun saya juga sering melakukan kesilapan.” jelas Fikri sayu.Bagaimanapun , dia tidak boleh melebihi batasnya daripada seorang lelaki yang bukan mahram wanita itu.Sejauh mana pun cintanya , dia tahu batasnya.

“Awak masih sayangkan saya ?.” soal Zehra tenang.Tetapi dia sudah membuat Fikri tidak keruan.

“Kenapa awak nak tahu ?.” soal Fikri.

“Takpalah saya dah tahu.” jelas Zehra tiba-tiba.Fikri mengaru kepalanya yang tidak gatal.

“Macam mana awak tahu ? Saya tak beritahu pun ?.” soal Fikri pelik.

“Kalau awak dah tanya saya kenapa saya nak tahu maksudnya awak masih sayangkan saya lagilah.” yakin Zehra berkata.Fikri tertawa kecil.

“Saya sayang awak , sepenuh hati saya.” ucap Zehra lagi.

“Budak ni memang menguji aku lah.” Gumam Fikri.

“Zehra awak tak boleh cakap macam ni.” jelas Fikri lembut.Dia tidak mahu wanita itu menderhakai suaminya.

“Apa boleh saya buat Fikri , sejak apa Zahin buat dekat saya tu ? Hati saya dah tawar.Nak rasa cinta pada dia tu memang dah tak mampu.Sekurang-kurangnya saya hidup bermadu , masih ada yang sudi sayang saya sepenuh hati walaupun saya perlu berkongsi kasih.” ucap Zehra sayu.

“Berdoalah pada allah , semoga allah lembutkan hati dia untuk sedar akan kekhilafan dia.” pujuk Fikri lembut.

“Ya , saya berdoa untuk allah satukan cinta kita kembali.” ucap Zehra dengan satu lafaz.Tersentak Fikri , dia rasa bagai sedang bermimpi.

“Apa awak cakap ?.” soal Fikri terkejut.

“Saya akan bagi satu lagi peluang untuk Zahin tebus segala kesalahan dia.Kalau dia masih pertahankan diri dia juga , kami akan selesaikan masalah kami di mahkamah syariah.” jelas Zehra tegas.Terdiam Fikri.

Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : Fatimahyusof_np

Share this novel

esther marcus
2020-10-18 11:06:27 

da buat salah memang melenting la

esther marcus
2020-10-18 11:06:14 

sial ko zahrin...kesian zehra...


NovelPlus Premium

The best ads free experience