NZ (7)

Drama Completed 72977

Fikri yang sudah bangun , mengelamun sejenak yang sedang duduk di atas katil.Pada semalam hari , dia membuat keputusan untuk tidur di rumah isterinya Zehra Amanda.Fikri terkenang nasib yang bakal menimpa dia dan Zehra Amanda apabila kini hubungannya sudah diketahui Rose Isabelle.Dia amat mengenali kekejaman hati wanita itu.Apatah lagi , dia pasti akan melakukan sesuatu kepada Zehra Amanda.Zehra yang baru sahaja keluar dari bilik mandi itu , keluar dan memandang ke arah suaminya yang masih duduk bersandar di kepala katil.Fikri mengelamun sehingga tidak sedar yang isterinya sudah berada di sisi katil dengan pandangan tepat ke arahnya.Petikan jari diberi di hadapan wajah Fikri.

“Teringatkan Qhaira ke ?.” Soal Zehra kepada suaminya.Sedangkan hati perempuannya terusik apabila melihat Fikri mengelamun seperti teringatkan seseorang.

“Takda lah , abang okay je.” Jelas Fikri mendatar dan terukir senyuman nipis di bibir.

“Kalau okay takkan lah mengelamun sampai tak sedar sayang dekat depan abang , abang ada masalah dengan Rose ke ?.” Soal Zehra ingin mengambil berat.

“Boleh tak sayang , waktu abang dengan sayang kita tak perlu sebut nama dia.” Pinta Fikri lembut.Tetapi dia menjadi tertekan kerana nama wanita itu sering disebut apabila setiap kali dia bersama dengan Zehra.

“Tapi dia pun isteri abang jugakan ?.” Soal Zehra manja.

“Suka hatilah , malas nak layan , abang dalam mood tapi sayang dah rosakkan mood tu.” Ujar Fikri mendatar dan segera turun dari katilnya itu.Dia mencapai tuala yang tersidai di atas penyidai tuala lalu menuju ke bilik mandi.Zehra hanya memandang sepi ke arah setiap pergerakan suaminya di dalam bilik itu sehingga hilang bayang masuk ke dalam bilik mandi.Dia mengeluh kecil.

“Kenapa aku suka rosakkan masa aku dengan dia ? Waktu lain kan boleh tanya Zehra?.” Soalnya sendiri kepada dirinya.

Perlahan-lahan langkahnya diatur menuju ke bilik mandi.Dia menjegulkan kepalanya sebaik sahaja pintu bilik mandi dibuka dari luar olehnya.Fikri yang sedang berendam di dalam tab mandi diintai di sebalik pintu.Fikri memejamkan mata , dia sedikit pun tidak perasan dengan kehadiran isterinya di dalam bilik mandi tersebut.Perlahan-lahan kaki Zehra menapak mendekati suaminya.Jubah mandi yang dipakai , diketatkan talinya dipinggang.Setibanya dia di tepi tab mandi tersebut , dia melutut dan mencapai tangan Fikri.Tersentak Fikri yang sedang berendam air panas di dalam tab mandi itu.Wajahnya berkerut seribu memandang wajah isterinya.Zehra mula menunduk kerana ketakutan dengan air muka Fikri yang menyinga itu.

“Nak abang mati cepat ke ?.” soal Fikri dengan wajah menyinga.

“Sorry.” ucap Zehra ringkas.Dia mengusap tangan Fikri lembut.

“Kenapa sorry ?.” soal Fikri pelik.

“Sebab sayang dah sakitkan hati abang pagi-pagi , sayang takda niat untuk tanya semua tu... .” Zehra mula menunduk.Airmatanya bertakung di kolam mata.Rasa bersalah dan berdosa menghurung dalam satu masa.

“Dah jangan nangis...abang tak salahkan sayang pun , cuma abang harap lepas ni dekat mana pun kita berada , tak perlulah kita nak sebut pasal orang lain , walaupun abang tahu niat sayang baik , tapi jangan buat abang terseksa macam apa yang sayang rasa selama 8 tahun perkahwinan kita...sebab abang tak kuat macam Zehra Amanda.” ucap Fikri lembut dan akhirnya airmatanya mengalir terlebih dahulu.

“Abang jangan terasa hati dengan sayang okay.” Ucap Zehra sayu.Airmatanya sudah gugur ke atas lantai jubin.

Tanpa berkata banyak.Pelukan diberi kepada isteri kesayangannya itu.Tetapi tidak lama , pelukan dileraikan.Zehra tersenyum memandang wajah kacak suaminya.Ia tidak dapat dinafikan yang dia juga akan rasa tergugat apabila memandang wajah kacak Fikri.Zehra masih berlutut di sisi tab mandi.Fikri menjongketkan keningnya kepada Zehra Amanda.

“Apa ?.” soal Zehra tidak mengerti dengan gaya Fikri itu.

“Nak mandi dengan abang ke nak tengok abang mandi ?.” soal Fikri selamba.Berubah air muka Zehra apabila diusik begitu , wajahnya terasa membahang.Fikri tersenyum nakal

“Dah keluar abang nak mandi.” Arah Fikri kepada isterinya.Laju sahaja Zehra keluar dari bilik mandi tersebut.Sesampai di luar bilik mandi.Dia mnekup mukanya dan menjerit kecil.

“Ishh...kau ni pun satu lah Zehra , nak tengok sangat ke dia mandi ?.” soal Zehra kepada dirinya sendiri dengan perasaan yang sungguh malu.

Zaki sudah terjaga dari lenanya terlebih dahulu sebelum isterinya.Dia bersandar di kepala katil dan melihat skrin telefon yang menyala.Dia mematikan semula skrin telefon dan memandang ke sebelah kirinya yang menempatkan isterinya beradu.Dia tersenyum seorang diri dan membelai lembut rambut Iris Amanda yang tidak berada di dalam keadaan berikat itu.Sedang dia ralit memainkan rambut isterinya , Iris bergerak tanda ia terganggu dengan usikan Zaki itu.

“I ganggu you ke ?.” soal Zaki seperti orang bersalah.

“Yelah , I tengah tidur you kacau.” Balas Iris manja.

“Tapi I think , memang patut pun I kacau you.” Jelas Zaki nakal.Dia mencuit batang hidung isterinya.

“Kenapa pulak ? You tahu tak I ngantuk lagi ?.” bebel Iris kepada suaminya.Tetapi Zaki hanya memberi senyuman kepada bebelan isterinya itu.

“Yelah , kita kan nak balik kampung , kalau si angah datang kejap lagi dan kita pun belum siap , macam mana ? Tak ke kelam kabut nanti ?.” soal Zaki kepada isterinya.

“Ishh , kan angah kata nanti angah kata angah call dulu sebelum sampai ?”.soal Iris dengan wajah memuncung kepada suaminya.

“Habis you nak tunggu angah dah dekat baru nak siap ? Okaylah , suka hati you lah , I nak siap sekarang , bye.” Jelas Zaki kepada isterinya seraya menyakat.Laju sahaja Iris bangun dari pembaringannya lalu melompat atas tubuh suaminya itu.Zaki tertawa besar.

“Sayang you kenapa ?.” soal Zaki dalam tawanya yang bersisa.

“You saja nak sakat I kan ?.” soal Iris dengan nada sebak.Airmatanya mula bertakung di kolam mata dan berkaca.Wajahnya mula mencebik seperti anak kecil.

“Lahh...kenapa you nangis ? Aduhh , anak-anak pakcik Zamri ni semua memang hati tisu lah...elok lah tu I dapat satu , angah dapat satu , along dapat satu.” Jelas Zaki sekali lagi menyakat isterinya.Kali ini tawanya lebih besar daripada yang tadi.Apabila makin dipujuk , makin laju airmata Iris merembes keluar.Zaki tersenyum bahagia dengan perangai manja yang dimiliki isterinya itu.

Mereka berdua mula bersiap , selepas selesai berpakaian sesudah ia mandi.Zaki turut mengambil bag bagasinya dan isteri di letakkan di hadapan pintu.Mereka mula menunggu kedatangan Fikri dan Zehra untuk mengambil mereka di rumah dan menuju ke kampung halaman.

“Sayang , you dah beritahu angah tak yang kita dah siap ?.” soal Iris kepada suaminya.

“Dah sayang , tapi you rasa apa reaksi mak kalau nampak kak manja dengan angah balik sekali ?.” soal Zaki tiba-tiba.Iris terkedu dengan soalan suaminya itu.

“Entah lah sayang , I pun tak dapat nak syak apa-apa , yang penting kita doakan kebahagiaan untuk dia dengan angah , I nampak yang angah dah mula serius dengan kak manja.” Jelas Iris bersahaja.Dia sendiri buntu.

“Betul tu sayang , kita doa yang baik-baik je untuk diorang berdua.” Jelas Zaki kepada isterinya.

Iris mengambil tempat dan duduk di sebelah suaminya , kepala dilentokkan dibahu tegap Zaki daan Zaki juga turut memaut bahu isterinya dan diusap-usap perlahan sementara menunggu kedatangan abang keduanya itu.

Datin Zarina dan Dato Hilman pada pagi ini membuat keputusan untuk menyantap sarapan pagi di sebuah hotel lima bintang di Johor Bahru.Dato Hilman memandu keretanya menuju ke hotel Puteri Pacific , Johor Bahru.Sesampai sahaja di sana , Dato Hilman memarkir kenderaan mewahnya di hadapan pintu utama hotel tersebut.Pintu sebelah pemandu dibuka Dato Hilman buat isterinya dan dihulurkan tangan untuk Datin Zarina beriringan dengannya.

Mereka beriringan menuju ke tempat makan secara peribadi yang telah ditempah Dato Hilman.Mereka berdua dibawa ke tempat tersebut oleh seorang pelayan hotel.Sesampai sahaja di tempat ditempahnya , kerusi ditarik sedikit buat Datin Zarina untuk duduk dengan selesa.Kemudian kerusi yang berhadapan dengan isterinya ditarik dan diduduknya.

“Che man , terima kasih sebab sudi bawa saya ke tempat mahal macam ni.” Ucap Datin Zarina lembut.Dato Hilman tersenyum.

“Sama-sama , takda apa yang saya boleh bagi awak selain dari harta dan kasih sayang yang saya ada.”ucap Dato Hilman kepada isterinya dengan nada romantis.

“Tak sangka pulak saya , awak bawa saya ke tempat macam ni untuk sarapan pagi , kalau pergi restoran biasa pun saya okay je.” jelas Datin Zarina kepada suaminya.

“Takpalah , sekali sekala kita sweet macam ni , ingat orang muda je boleh sweet , orang tua tak payah ? Lagipun anak menantu kita takda , Qhaira pun dah bercuti ke rumah mummy dia , jadi inilah peluang untuk kita luangkan masa.” jelas Dato Hilman kepada isterinya.

“Yelah , suka hati awak lah , apa-apa pun terima kasih sekali lagi saya ucapkan sebab sudi bawa saya ke tempat begini.” jelas Datin Zarina kepada suaminya.

“Sama-sama Che Na , ini semua tanggungjawab saya untuk bahagiakan awak.” ucap Dato Hilman romantis.

“Terima kasih juga sudi bagi Zaki dan Raziq tumpang kasih sayang awak sebagai seorang ibu , tanpa awak kasih sayang diorang takkan lengkap.” ucap Dato Hilman romantis.

“Sama-sama Zaki dan Raziq saya sayang semuanya sama rata...macam mana saya sayang Fikri , macam tu lah saya sayang Zaki dengan Raziq tau.” jelas Datin Zarina lembut.

Tangan Datin Zarina diraih suaminya.Tangan yang agak sudah berkedut itu diusap perlahan oleh Dato Hilman dan dikucup sekilas.Datin Zarina tertunduk malu.Dato Hilman tersenyum dengan ragam isterinya itu.

“Patutlah Iris tu selalu sangat malu dengan Zaki , rupanya ikut mak mertua dia.” ujar Dato Hilman dalam tawanya.Datin Zarina tersipu malu.

Walaupun di usia begini , tetapi kasih sayang mereka berdua tidak pernah luntur.Apatah lagi rasa cinta , semakin bertambah , kalah bagi pasangan yang baru berkahwin.

Sepanjang perjalanan mereka berenam hanya menyepikan diri , Fikri telah membawa kereta Toyota Alphard miliknya supaya dapat mengisi muatan yang bakal dibawanya.Di dalam kenderaan tersebut turut ada Zaki dan Iris serta Raziq dan Nia.Mereka menaiki satu kenderaan sahaja untuk pulang ke kampung.

“Angah , aku nak tanya sikit boleh tak ?.” soal Zaki kepada abangnya Fikri.

“Haa , tanyalah nak tanya apa ?”.balas Fikri.

“Bukan ke daddy bagi kau tiket flight untuk balik kampung ?.” soal Zaki ingin kepastian.

“Aah.” jawab Fikri ringkas.

“Habis kenapa kau tak balik kampung naik flight ?.” soal Zaki pelik.

“Aku minta daddy tukar tiket aku untuk tiket balik JB nanti , sebab tu aku drive.” jelas Fikri kepada adik bongsunya itu.

“Sama je kan kalau tiket pergi dengan balik ? Apa bezanya ?.” soal Zaki yang tidak puas hati dengan penjelasan abangnya itu.

“Bezanya , pergi aku naik kereta , balik nanti aku terbang naik kapal terbang.” jelas Fikri menyindir adiknya itu.Akhirnya Zaki terdiam dengan penyataan abangnya.Raziq dibelakang sudah mentertawakan Zaki.

“Kalau aku nak tanya lagi boleh ?.” soal Zaki sekali lagi.Fikri mengeluh perlahan kerana tidak faham dengan kerenah adik bongsunya seorang ini.

“Tanyalah Zaki , janji soalan kau tu aku ada jawapan untuk aku jawab.” Jelas Fikri selamba dengan nada dan riak wajah menyampah.Zehra Amanda yang berada di sebelah menekup mulutnya menahan tawa.

“Soalan aku ni confirm kau boleh jawab.” jelas Zaki yakin dengan soalan yang bakal diajukannya itu.

“Apa dia ?.” soal Fikri ingin tahu.

“Kau balik kampung ni , kau nak bagi aku dengan along berapa ramai anak sedara ?.” soal Zaki selamba.Terhambur tawa semua yang berada di dalam kenderaan tersebut kecuali Fikri.Dia hanya tersenyum dan mengelengkan kepalanya.

“Kau nak berapa ramai ?.” soal Fikri turut memulakan gurauannya.

“Aku nak lima orang.” Jelas Zaki tanpa rasa malu.Zehra yang berada di sebelah Fikri sudah mula membahang wajahnya kerana malu.

“Kau ingat bini aku ni kilang buat anak ke ?.” soal Fikri selamba.
“Dah kau tanya ? Aku jawablah.” ujar Zaki tanpa rasa malu dan bersalah.

“Amboii , sedapnya lah korang cakap pasal anak ye ? Nak buat senang tapi yang nak beranakan ni yang macam nak mati.” sampuk Iris tiba-tiba.

“Laki kau lah buat hal.” ujar Fikri kepada adik iparnya itu.

“Hmm suami Iris Amanda ni bila masa je tak buat hal ?.” ujar Raziq bersahaja.

Mereka seisi kenderaan tertawa dengan gelagat tiga beradik itu.Perasaan masing-masing kini dihurung rasa bahagia.Selepas beberapa jam perjalanan , mereka tiba di Kota Tinggi , Johor iaitu rumah ibu mertua kepada Fikri , abang dan adik bongsunya.Mereka keluar dari isi perut kereta dan menuju ke dalam rumah.Puan Sarah sudah tercegat di hadapan tangga rumahnya.Dia tersenyum melihat ke arah menantu-menantunya yang pulang ke kampung halaman atas permintaanya.Mereka beriuh rendah sambil mengangkat bag bagasi yang dibawa.

“Mak sihat ?.” soal Zaki mesra dengan ibu mertuanya sambil mengucup lembut tangan wanita itu.

“Sihat alhamdulillah , Iris dengan Zaki bila nak bagi mak cucu ?.” soal Puan Sarah menyakat anak dan menantunya yang jalan beriringan menaiki tangga itu.

“Insyaallah , Zaki tengah bekerja keras ni.”gurau Zaki nakal.Iris dan Puan Sarah hanya tertawa dengan penyataan Zaki itu.

“Apa khabar mak ? Sihat ?.” soal Raziq yang sudah berdiri di sebelah ibu mertuanya itu.

“Mak sihat alhamdulillah.” jelas Puan Sarah dalam senyuman.

“Raziq masuk bilik letak barang kejap ye mak.” jelas Raziq kepada ibu mertuanya.Puan Sarah hanya mengangguk dan tersenyum.Malahan , senyumannya makin lebar apabila melihat bayang Fikri sedang mendekatinya.Tiba-tiba senyuman yang terukir jelas di bibir mati , apabila melihat tangan Zehra Amanda yang digamit kemas Fikri itu.Air mukanya berubah serta merta.

“Apa khabar mak ?.” soal Fikri mesra.

“Sihat alhamdulillah.” ujarnya sambil matanya melirik melihat Zehra Amanda dari atas hingga ke bawah.

“Lama tak balik ? Tiba-tiba balik dengan si Fikri pulak ?.” soal Puan Sarah menyindir Zehra.

“Zehra busy mak , abang sibuk juga , kami jarang nak luangkan masa bersama.” Jelas Zehra sayu.

“Mak ingat Fikri balik dengan Rose , baru mak nak masak lauk kegemaran dia.” Jelas Puan Sarah tanpa rasa bersalah yang telah menguris hati wanita Zehra Amanda.

Fikri terperanjat dengan penyataan ibunya itu.Tidak dia sangka , ibunya sanggup membezakan dia dan juga madunya itu.Dendam kesumat 8 tahun lepas masih belum dapat dilupakan.

“Tak , Fikri yang nak balik dengan Zehra...dan lain kali kalau Fikri balik pun tetap dengan Zehra Amanda.” jelas Fikri dengan nadanya yang agak keras kepada ibu mertuanya itu.Tangan Zehra makin kuat digamit dan ditarik lalu dibawa kebilik tidur mereka.

Terkedu Puan Sarah apabila melihat perubahan drastik Fikri Hakim itu.

“Sejak bila dia rapat dengan si manja ? Kenapa dia dengan Rose ? Ishh aku kena beritahu Rose ni.” gumamnya sendiri.

Share this novel

MommyZahra
2020-08-27 19:30:20 

sejenis mak yg gila meroyan


NovelPlus Premium

The best ads free experience