NZ (25)

Drama Completed 72971

Malam yang indah telah menemani Zehra Amanda dan Tuan Zahin Aqbar di sebuah restoran mewah yang berada di Johor Bahru ini.Akhirnya Zehra bersetuju untuk menerima pelawaan lelaki itu untuk makan malam bersama selepas dipujuk Hasya Adriana , iaitu sahabat serumahnya.Pada mulanya , perasaannya agak ragu terhadap ajakan yang diterimanya itu , tetapi Tuan Zahin sendiri menyakinkan bahawa dia telah datang ke rumah Zehra untuk mengambilnya di rumah.Dia benar ikhlas untuk memperisterikan Zehra Amanda.Tuan Zahin tiba-tiba sudah berdiri dj belakang Zehra Amanda.Wanita itu berasa pelik apabila lelaki itu kini berada di belakang kerusinya duduk.Dia terdiam seketika , apabila merasakan ada sesuatu yang terletak di leher jinjangnya itu.Perlahan-lahan dia menunduk dan lihat apa yang berada di lehernya.Alangkah terkejutnya Zehra Amanda apabila melihat seutas rantai halus tetapi berkilau permata kecilnya terletak di batang lehernya yang jinjang itu.

“Awak suka tak ?.” soal Tuan Zahin lembut dan tersenyum.Dia sudah pun kembali ke tempat duduknya setelah selesai membuat kejutan kepada Zehra Amanda.

“Kenapa Tuan membazir duit untuk beli rantai mahal macam ni ?.” soal Zehra agak segan dengan lelaki itu.

“Saya tanya awak ,suka ke tidak ?.” soal Tuan Zahin kepada Zehra Amanda.Zehra memandang semula ke arah rantai yang sudah berada di batang lehernya itu.

“Saya suka sangat.” jelas Zehra lembut dan agak teruja.

“Good , so how ? Awak terima saya tak ? Saya betul-betul nak awak ni.” jelas Tuan Zahin kepada Zehra Amanda.

“Baiklah saya terima Tuan , tapi ada syarat.” ujar Zehra.Tuan Zahin sedikit berkerut kerana di bakal diberi syarat oleh wanita itu.

“Apa dia ?.” soal Tuan Zahin ingin tahu.

“Saya taknak majlis , cukup akad nikah dekat rumah atau pejabat agama.” jelas Zehra kepada majikannya itu.

“Why ? Kita bukan kahwin lari pun ?.” soal Tuan Zahin pelik.

“Saya rasa Tuan juga faham situasi saya sebelum ni bagaimana ? Sebab kita berada di dalam situasi yang sama , kita berdua dah pernah berumahtangga jadi saya tak rasa majlis persandingan tu penting untuk kita , cukup sekadar akad nikah di rumah atau di pejabat agama saja.” jelas Zehra lagi.

“Tapi kalau buat majlis besar boleh lah awak nak jemput rakan-rakan awak dan semua orang yang awak kenal , awak pun ada bisnes kan ?.” soal Tuan Zahin lembut.

“Saya rasa Tuan lebih patut matang dalam hal macam ini , sebab kita sudah pernah rasa alam perkahwinan ni , jadi tak perlu nak bermajlis bagai sebab benda itu semua biasa saja pada saya Tuan.” jelas Zehra lagi.

“Baiklah , kalau itu yang awak mahukan , saya akan turut saja , jadi minggu depan kita kahwin boleh ?.” soal Tuan Zahin dalam senyuman.Zehra tertawa kecil.

“Kenapa awak ketawa ?.” soal Tuan Zahin pelik.

“Sebab Tuan kata nak kahwin minggu depan , sedangkan banyak perkara kita kena uruskan.” jelas Zehra dalam senyuman.

“Awak ingat saya main-main ke ? Saya seriouslah , suka-suka awak saja ketawakan ya ?.” rajuk Tuan Zahin.

“Okay-okay , Tuan janganlah merajuk , nanti siapa yang nak pujuk ?.” soal Zehra kepada Tuan Zahin.

“Tahu takut saya merajuk , sayang juga ya awak pada saya ?.” sakat Tuan Zahin Aqbar.

“Tuan ni suka main-main tau , taknak kawan.” ujar Zehra Amanda manja.Tuan Zahin tersenyum dengan telatah manja wanita itu.

“Awak ni manja lah , boleh saya panggil awak manja ?.” soal Tuan Zahin , berubah air muka Zehra apabila dipinta begitu.

“Tak boleh !.” tegas Zehra kepada Tuan Zahin.

“Kenapa ? Awak manja orangnya , jadi tak salah kalau saya nak panggil awak manja kan ?.” soal Tuan Zahin selamba.

“Tuan panggil lah saya dengan panggilan lain , tapi bukan manja sebab saya rasa tak selesa , nanti saya nak jadi isteri Tuan bukan anak Tuan.” jelas Zehra mendatar.

“Baiklah , saya panggil awak baby saja lah.” jelas Tuan Zahin mesra.

“Suka Tuan lah , yang penting Tuan sendiri tak menyampah sebab panggil saya macam itu.” jelas Zehra bergurau.

“Saya beruntung dapat awak tahu ?.” soal Tuan Zahin.

“Kenapa pulak Tuan ?.” soal Zehra kembali.

“Sebab awak adalah marketing saya.” jelas Tuan Zahin sambil mengeyitkan mata kepada wanita itu.

“Awak tahu kan Fikri Hakim kawan saya tu ?.” soal Tuan Zahin.

“Tahu Tuan.” jelas Zehra mendatar apabila mendengar nama lelaki yang pernah dicintainya suatu masa dahulu.

“Dia susah betul nak bekerjasama dengan saya tahu ? Tapi tadi masa dekat pejabat memang saya terkejut bila dia setuju nak bekerjasama dengan saya dalam new projek nanti.” jelas Tuan Zahin teruja.

“Dia memang layak bekerjasama dengan Tuan tapi bukan disebabkan saya , mungkin Tuan salah faham.” jelas Zehra mendatar dan agak tegas.

“Tapi saya kagum dengan cara penyampaian awak tadi , nampak tegas dan gah , selalu awak tak macam ini , tapi tadi awak memang betul-betul buat saya jatuh cinta.” ucap Tuan Zahin memuji dan mengeyitkan matanya.

“Nakal lah Tuan ni.” ucap Zehra lembut.

Rasa bahagia telah menghurung sepenuhnya di jiwa lelaki itu.Senyuman manis Zehra Amanda hampir-hampir membuatnya terbunuh.Terbunuh dengan rasa cinta yang mendalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience