NZ (22)

Drama Completed 72971

Keadaan Nia Amanda semakin pulih dari punca kemalangan besarnya itu , pada hari ini juga dia telah dibenarkan pulang ke rumah oleh doktor selepas sekian lama dia berada di dalam keadaan koma dan tidak stabil.Jika ikut dari statistik kemalangan , keadaannya terlalu teruk dan parah , sukar memberi harapan bahawa dia untuk hidup.Tetapi di atas sokongan yang diberi oleh seluruh ahli keluarga dan orang sekeliling , dia dapat dieselamatkan walaupun keadaanya kritikal.Paling penting buatnya ada doa seorang suami yang sentiasa mengiringinya sepanjang dia berada di dalam Unit Rawatan Rapi.Raziq manusia yang tidak putus berdoa buat isterinya yang tercinta , setiap doanya pasti diiringi airmata kerana dia sendiri tidak sanggup melihat keseksaan yang ditanggung isterinya apatah lagi kehilangan cinta hatinya itu.Selepas tidak lama perjalanan , mereka selamat tiba di perkarangan rumah , Raziq mengangkat isterinya untuk dibawa masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke bilik tidur mereka.

“Sayang , kenapa angkat Nia ? Letak saja Nia dekat atas wheelchair tu , nanti Nia boleh masuk sendiri.” jelas Nia kepada suaminya.

“Takpalah , biarlah Raziq nak angkat isteri kesayangan Raziq , lepasni bila lagi Raziq nak angkat , sayang lepasni tak boleh banyak bergerak sangat tahu ? Nak apa-apa panggil Raziq.” pesan Raziq kepada isterinya Nia.

“Sayang , kenapa sayang bersusah payah nak jaga Nia yang dah cacat Ni ?.” soal Nia Amanda.Terkedu Raziq dengan soalan isterinya itu.

“Sebab sayang tanggungjawab Raziq.” jelas Raziq mendatar.Hatinya bagai terpukul dengan pertanyaan isterinya itu.Dia tidak kisah jika Nia akan cacat buat selama-lamanya.Kerana itu akan menjatuhkan semangat isterinya dan termasuk dirinya sendiri.

“Nia dah lumpuh seumur hidup , Nia tak mampu nak bagi Raziq anak lagi.” apabila sebut hal berkaitan anak , nada Nia Amanda menjadi sayu dan suaranya tengelam timbul.

“Sayang , kalau sayang tak bagi Raziq anak pun , Raziq tak kisah , sebab bukan rezeki kita.” jelas Raziq lembut.

“Tapi semua yang berkahwin mahukan zuriat kan ?.” soal Nia sayu.

“Ya sayang , tapi aturan allah lagi hebat daripada perancangan kita sebagai hamba yang lemah ini.” jelas Raziq kepada isterinya Nia Amanda.

“Sini Raziq tolong sayang duduk dekat atas katil.” ujar Raziq yang terus sahaja mencempung tubuh istretinya untuk duduk di atas katil.Nia melingakari tangannya di leher jinjang Raziq.Perasaan bahagia tiba-tiba menghurung jiwanya yang kosong.Senyuman juga terukir di bibir tanpa dia sedar.

“Senyum kenapa ?.” soal Raziq yang mula perasan isterinya itu tersenyum keseorangan.Termati senyuman manis Nia Amanda apabila ditegur begitu.Wajahnya bertukar rona merah seperti orang yang memakai pemerah pipi.

“Mana ada ?.” bohong Nia.

“Eleh , macam Raziq tak nampak yang sayang tersenyum-senyum masa Raziq angkat tadi.” jelas Raziq dengan riak wajah nakal.

“Perasan , macam lah dia handsome sangat yang kita asyik mahu tengok dia saja.” kutuk Nia Amanda kepada suaminya.Sebenarnya dia sendiri tidak tahu mahu memberi alasan apa kepada lelaki itu apabila tiba-tiba diterjah dengan soalan yang tidak sepatutnya.

“Raziq tak cakap pasal muka Raziq yang handsome ni , Raziq bercakap tentang waktu Raziq angkat sayang tadi ,sayang suka kan kalau Raziq angkat sayang macam tadi ?.” soal Raziq yang mula bermain dengan perasaannya sendiri.

“T...tak.” jawab Nia Amanda terketar-ketar.

“Haa , cakap pun tergagap-gagap lepastu lagi nak menipu.” kutuk Raziq pula.

“Yelah , Raziq yang betul.” rajuk Nia Amanda.Raziq tertawa kecil apabila melihat gelagat manja isterinya itu.Ia amat merindui kerenah manja wanita itu ,saat dia menangis di hospital saban hari , tiada siapa yang datang untuk menenangkannya kerana orang yang selalu ada dengannya sedang dirawat.Kini dia sudah dapat kembali wanita kesayangannya itu di atas kesungguhan dia berdoa siang dan malam tanpa henti.

“Raziq , kalau Nia izinkan Raziq kahwin lagi , Raziq mahu tak ?.” soal Nia Amanda tiba-tiba.

“BIG NO !.” tindas Raziq dengan kata-kata isterinya itu.

“Kenapa ? Nanti ada orang boleh jaga Raziq.” jelas Nia Amanda lagi.Dia bersungguh-sungguh memberi tawaran itu kepada suaminya.

“Sebab Raziq ada dekat sini untuk jaga Nia Amanda bukan untuk orang lain jaga Raziq.” jelas Raziq dengan nada yang keras dan tegas.Nia mula tertunduk ke cadar katil.Dia takut mahu mengangkat muka melihat wajah suaminya yang sedang marah.

“Tapi Nia nak sayang happy , Nia dah tak mampu nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.” jelas Nia kepada suaminya dengan nada yang tenggelam timbul kerana menahan sebak.

“Tapi Raziq memang dah bahagia dengan sayang , kenapa sayang nak suruh Raziq bahagia dengan orang lain pula.” luah Raziq setulus hati.

“Nia tak mampu nak bagi Raziq zuriat.” jelas Nia Amanda sayu.Raziq mencerlung tajam ke arah isterinya.

“Raziq kahwin dengan Nia semata-mata untuk zuriat ke ?.” soal Raziq dingin.

“Tak.” balas Nia Amanda ringkas dan tergagap-gagap.

“Habis tu ?.” jerit Raziq seoktaf , terhinjut bahu isterinya.Sekelip mata airmatanya mengalir kerana terasa dengan gaya dan cara suaminya yang berkasar dengannya itu.

“Mak nak Raziq kahwin dengan Zatie.” jelas Nia Amanda lagi dan berani.

“Sayang , dalam hidup Raziq tak pernah sekalipun Raziq terfikir untuk menduakan sayang , tapi kenapa sayang yang mulakan semua ini ?.” soal Raziq penuh perasaan dan tidak berpuas hati dengan cara isterinya itu.

“Sebab Nia tak mahu terima nasib yang sama macam Zehra Amanda.” jelas Nia Amanda sayu dalam tangisan yang mula berlagu.

“Raziq pun tak mahu terima nasib yang sama macam Fikri Hakim.” jelas Raziq dengan nada suara yang tinggi.

“Sayang tahu tak ? Atas campur tangan mak dalam rumahtangga mereka , apa yang dah jadi sekarang ini ?.” soal Raziq kepada isterinya dalam linangan airmata.

“Apa dia ?.” soal Nia yang mula ragu dengan persoalan suaminya.Hatinya menjadi debar menanti jawpan.

“Zehra Amanda dah diceraikan dengan talak tiga.” jelas Raziq tanpa berselindung.Terbutang mata Nia Amanda apabila dinyatakan tentang hubungan kakak dan abang iparnya.

“Kenapa ?.” soal Nia seperti tidak mampu menerima kenyataan.

“Sebab Nia , Zehra dan Iris ada mak macam Puan Sarah.” jelas Raziq menyindir dengan angkuh.

“Tolong jangan paksa Raziq buat perkara yang Raziq tak berminat , sebab semua akan terima padah dia.” jelas Raziq sinis kata-katanya dengan tegas.

“Kak manja ?.” soal Nia ingin tahu keadaan kakaknya itu.

“Dia ada dengan Hasya , sayang jangan risau , dia okay saja.” jelas Raziq menyakinkan isterinya.

Dia menapak mendekati Nia yang sedang duduk bersandar di atas katil.Dia duduk di sisi isterinya.Kepala Nia Amanda diusap lembut , dahi luas isterinya dikucup lembut dengan penuh kasih.Nia memejamkan matanya seketika ketika menerima kucupun dari suaminya itu.Dia bagai menghayati saat indah itu.

“Sayang , saya Raziq Khaer suami kepada awak , akan setia menjadi suami awak Nia Amanda.” ucap Raziq seperti seorang yang sungguh bertanggungjawab.

“Terima kasih sayang , sebab sudi terima dan jaga saya di dalam keadaan ketidak sempurnaan saya ini , setia awak sampai hujung nyawa amat saya hargai.” ucap Nia lembut dalam linangan airmata.

“Walaupun awak lumpuh , tanggungjawab saya sebagai suami tetap akan saya jalanka.” ucap Raziq lagi.

“I love you sayang.” ucap Raziq romantis , segera bibirnya bertaut dengan bibir munggil Nia.Mereka terlalu asyik berasmara , hingga terleka seketika.

“I love you too.” ucap Nia kembali selepas tautan bibir mereka terlepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience