NZ (45)

Drama Completed 72971

Pada hari ini , Fikri sudah merancang untuk bertemu dengan Rose dan juga Zehra.Dia mahu menyambut ulangtahun kelahiran Zehra dengan gembira.Dia mahu melihat airmata wanita itu mengalir kerana bahagia yang tidak dapat diungkap bukan derita yang dipendam.Pada waktu pagi lagi , dia sudah ke kedai kek dan bunga untuk membuat tempahan.Dia sudah membuat perancangan ini bersama Rose Isabelle.Wanita itu juga bersetuju untuk menyertai rancangan yang dibuat Fikri untuk memberi kejutan kepada Zehra Amanda.Dia amat mengenali Zehra , wanita itu amat menyukai bunga mawar putih.Tetapi tempahannya ditempah bunga yang lebih menarik.Kek juga ditempah dengan sangat memenuhi ciri-ciri seorang wanita.Niatnya hanya membuat Zehra Amanda berasa bahagia.Tetapi dia juga tahu.Sekeji-keji perangai Zahin Aqbar terhadap wanita itu , masih ada sekelumit cinta yang tersimpan.Dia harus membuang perasaan cinta Zehra terhadap Tuan Zahin Aqbar sebelum dia memiliki wanita itu semula.Perjalanan hampir 30 minit , akhirnya dia tiba di hadapan yayasan milik Rose Isabelle.Dia sudah berjanji untuk menjemput wanita itu terlebih dahulu.Kelihatan dari jauh , Rose sedang menghampiri kenderaannya.Kemudian dia memasuki ke dalam isi perut kereta.

“Hai.” sapa Fikri mesra.

“Apa hai ?.” soal Rose selamba.

“Marah ? Kenapa ?.” soal Fikri pelik.Tetapi dia tahu itu semua hanya satu gurauan.

“Kenapa tiba-tiba you rancang last minute ? I nak buat kerja pun tergendala tahu tak ? Cubalah buat perancangan tu biar awal-awal.Ini tidak , last minute juga jadi pilihan dia tau.” bebel Rose.Fikri hanya tersenyum.Dia hanya membiarkan Rose membebel bersendirian.

“Zehra kan inspirasi you ? So salah ke kalau I rancang semua ni untuk dia ?.” soal Fikri selamba.Dia cuba menghentikan bebelan Rose itu.Sesekali terasa bingit juga telinganya kerana mendengar bebelan yang tidak bermanfaat buat dirinya.

“Tak salah Fikri , tapi you kenalah faham kerja I macam mana ? I tak kisah pun kalau you nak ajak I pergi mana-mana tapi I ada kerja I sendiri.” jelas Rose kepada Fikri.

“Okay sorry , I minta maaf sebab ganggu kerja you.” ucap Fikri kepada Rose.

“Tapi you tak rasa menyemak ke ajak I join sekali suprise you ni ? Yalah , you kan nak pikat Zehra ? Ke you nak suruh I jadi Photographer you ?.” soal Rose menyindir.Kemudian dia ketawa kuat.Fikri menggelengkan kepalanya.

“You kan member dia , salah ke kalau I ajak you sekali ?.” soal Fikri tenang.Rose memandang ke arah Fikri yang sedang memandu dan mengecilkan matanya.

“Fikri , I tak tahu apa yang you fikir dalam kepala ? Tapi I know okay yang you ada muslihat yang baik.” ucap Rose membuatkan Fikri tertawa dengan penyataannya itu.

“Muslihat ada yang baik ke ? Mana you belajar ?.” sindir Fikri mengenakan Rose Isabelle.

“I tahu you nak dating dengan Zehra , tapi dalam masa yang sama you tak mahu dia sedar dengan apa yang you cuba buat untuk dia kan ?.” soal Rose dengan megah.Dia yakin tekaannya itu benar.

“I akan beritahu dia harini.” jelas Fikri tenang.Rose tersenyum.

“Seriously ? Good luck bro !.” ucap Rose menyakat.

“Thank you.” balas Fikri menyampah.Rose tertawa dengan gelagat lelaki itu.Hampir satu jam perjalanan , akhirnya mereka tiba di hadapan rumah sewa Zehra Amanda.Rumah itu disewa dan ditanggung oleh Fikri Hakim sendiri.Dia memberi keselesaan kepada bakal ibu itu.Rose keluar dari isi perut kereta untuk menyambut Zehra yang sedang mendekati kenderaan Fikri itu.

“Happy Birthday super women !.” ucap Rose seakan menjerit kecil kepada Zehra.Dia tersenyum lebar menanti kedatangan wanita itu kepadanya.Zehra agak sukar berjalan kerana kandungannya sudah mencecah 8 bulan.Dia juga sering terasa sakit di bahagian bawah perut.

“Thank you bestfriend.” ucap Zehra sebaik sahaja dia sudah berdiri di hadapan Rose Isabelle.Tangan diraih Rose dan menarik Zehra ke dalam dakapannya.Sewaktu dia memeluk wanita itu.Airmatanya gugur.Rasa sebak menghurung jiwa.

“Semoga dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki dan mendapat kebahagiaan yang diimpi.” ucap Rose dalam sebak.Dia melepaskan pelukan.Airmata Zehra disekanya lembut.

“Esok kalau anak I tanya siapa Iron lady malaysia ? I akan cakap Iron lady dunia is Zehra Amanda.” ucap Rose dalam linangan airmata.Zehra mengalirkan airmata juga kerana dia terharu dengan ucapan Rose itu.

“Terima kasih Rose sebab sudi jadi kawan baik saya.” ucap Zehra bersulamkan senyuman.

“Dah jom , Fikri dah tunggu kita tu.” jelas Rose mesra kepada Zehra.

“Kita nak pergi mana ? Tiba-tiba saja dia suruh saya siap ?.” soal Zehra yang baru teringat akan niatnya yang mahu menanyakan soalan itu kepada mereka berdua.

“Itu you kena ikut saja kemana dia bawa pergi.” jelas Rose.

“Takutnya ! Dia nak culik kita ke ?.” soal Zehra selamba.Rose tertawa dengan penyataan Zehra itu.

“Dia nak main gila dengan kita ke ?.” soal Rose menyindir.Zehra tertawa kecil.Mereka berjalan menuju ke kenderaan.Sesampai sahaja di kenderaan , Rose membukakan pintu bahagian penumpang di sebelah pemandu buat Zehra.Zehra terkedu dengan layanan wanita itu.

“Rose , bukan ke awak duduk depan tadi ? Kenapa saya pula kena duduk depan sekarang ni ?.” soal Zehra pelik.

“It’s okay , I nak you bahagi masa pada Fikri dan kalau boleh berilah peluang kedua kepada dia.” ucap Rose penuh makna.

“Habis awak ?.” soal Zehra lagi.Dia tidak berpuas hati dengan penyataan Rose itu.

“Luang masa dengan dia , I nak pulang ke yayasan.” jelas Rose tenang dan lembut.

“Betul ke ni ? Bukan sebab awak terasa ke ?.” soal Zehra tiba-tiba.Terkejut Rose dengan soalan bekas madunya itu.

“Terasa kenapa ?.” soal Rose pelik.

“Yalah , saya tak tahu apa dalam hati awak bila tengok kami rapat macam ni , tapi saya dan Fikri takda apa-apa pun.” jelas Zehra gelabah.Rose memegang kedua-dua tangannya.

“Takda sekelumit cinta I terhadap Fikri lagi , I dah jumpa dengan pilihan I sendiri , so you jangan risau.Apa-apa yang berlaku harini , nanti jangan lupa hantar kad okay.” sakat Rose nakal.Zehra menepuk lengan wanita itu lembut.Terletus tawanya kuat.

“Dah pergi masuk kereta nanti lambat.” ujar Rose lembut.Pintu kenderaan dibuka luas supaya wanita itu mudah masuk ke dalam isi perut kereta.Selamat sahaja Zehra berada di dalam isi perut kenderaan Fikri.Rose terus beredar dari situ bersama sebuah kenderaan yang sudah menunggunya terlebih dahulu.Wajah Fikri ditatap tenang.Sungguh hatinya berdebar.Fikri tersenyum manis kepada Zehra Amanda.Kenderaan mula bergerak dan menuju ke sebuah tempat khas yang ditempahnya.

“Kita nak pergi mana ?.” soal Zehra ingin tahu.Pemandu dibawa dengan penuh cermat oleh Fikri membuatkan Zehra begitu selesa bersamanya.

“Ke syurga.” jawab Fikri selamba.Kemudian dia sendiri tertawa kecil dengan penyataannya itu.Zehra hanya meriak dengan pandangan kosong sahaja.

“Saya belum nak mati lagi.” balas Zehra padu.Fikri tersenyum sinis.

“Kenapa awak tak pujuk Rose suruh ikut kita sekali ?.” soal Zehra kepada Fikri.

“Awak tak nampak kereta dekat belakang kereta saya tadi ? Saya rasa kalau saya tak jelaskan pun awak dah faham kan ?.” soal Fikri kembali kepada Zehra.

“Dia dah cakap dekat saya , tapi awak tahu kan saya dengan dia macam mana ? Kalau kita keluar tak salah rasanya dia ikut ?.” soal Zehra lagi.

“Sayang , kalau kita keluar berdua maksudnya apa ? Dating kan ? Jadi saya perlukan masa yang peribadi bersama awak tahu tak ?.” soal Fikri.Terdiam Zehra dengan ucapan yang ada berunsurkan romantis dari lelaki itu.

“Kenapa tergugat ke ?.” soal Fikri selamba menyakat Zehra.

“Okay saya mengalah.” ucap Zehra lemah dan manja.

“Mengalah terus ? Jangan mengalah dalam kehidupan sayang , awak kena kuat.” jelas Fikri lembut menasihati buah hatinya itu.

“Happy birthday sayang ! Lupa nak wish.” ucap Fikri romantis dan lembut.Zehra terharu dan terjatuh cinta dengan ucapan lelaki itu.Auch !.

“Thank you awak.” balas Zehra malu-malu dengan Fikri.Dia tertawa dengan sikap malu Zehra itu.Setelah lama di atas jalan raya , akhirnya mereka tiba di sebuah kafe yang terhangat di kalangan remaja dan pasangan bercinta.Fikri memarkirkan keretanya di hadapan kafe tersebut.Kemudian , dia keluar dari isi perut kereta terlebih dahulu.Dia beralih ke tempat penumpang yang masih adanya Zehra Amanda.Pintu dibukakan.Zehra keluar perlahan-lahan dari isi perut kereta.Kemudian mereka melangkah bersama memasuki ruangan kafe itu.Kaunter dituju terlebih dahulu.

“Saya ada buat tempahan semalam untuk bahagian persendirian di tingkat atas.” jelas Fikri kepada pelayan lelaki yang berada di kaunter itu.Ruangan kedai di tilik Zehra.Sangat menarik minatnya terhadap kedai itu.Ia kelihatan tenang dan romantis.Amat sesuai dengan remaja yang bercinta dan pasangan yang baru sahaja berkahwin.

“Puan Zehra Amanda dan Encik Fikri Hakim ke ?.” soal pelayan itu kepada Fikri.

“Ya betul !.” jelas Fikri mengiakan.Kemudian mereka berdua menaiki tangga menuju ke tingkat atas yang dibawa oleh seorang pelayan wanita.Zehra agah mengah menaiki tangga.Fikri membantu buah hatinya itu , dengan menyambut tangan Zehra supaya wanita itu lebih yakin untuk menaiki anak tangga hingga ke tingkat atas.

“Awak okay tak ?.” soal Fikri agak risau.Dia tidak mahu jadi punca disebabkan Zehra terasa sakit di bahagian perutnya.

“Takpa saya okay saja , thank you.” jelas Zehra serta ucapan terima kasih diberi.Mereka akhirnya tiba di tingkat atas.Sebuah ruang di satu sudut sudah tersedia dengan pelbagai hiasan.Belon , kek , bunga serta bungkusan hadiah sudah terletak di atas meja.Dan di ruangan seperti dinding dihias dengan ayat ‘ Happy Birthday Sayang ‘ yang Zehra sendiri sudah sedia tahu rancangan itu milik siapa.

“Awak punya plan ke semua ni ?.” soal Zehra seperti tidak percaya.

“Ya , untuk awak sayang.” ucap Fikri lembut.Tidak dia berasa tertekan untuk menyimpan rasa hendak memanggil Zehra dengan panggilan romantis lagi kerana hubungan Zehra dan Tuan Zahin Aqbar sudah pun tamat.Tetapi dia tetap tidak puas hati dengan dirinya.Kerana dia tahu , disebalik riang tawa wanita itu , masih tersimpan rasa hati terhadap Tuan Zahin Aqbar oleh Zehra.Dia harus menghapuskan rasa itu jika dia mahu memiliki Zehra Amanda sepenuhnya.

“Happy tak ?.” soal Fikri ingin kepastian.

“Happy sangat , saya suka ayat awak ni ‘ Happy Birthday Sayang ‘.Sweet sangat.” jelas Zehra ceria.Fikri tersenyum gembira kerana apa yang dibuatnya khas untuk buah hatinya itu amat dihargai.Bunga di atas meja diambil.

“Nah , saya tahu awak suka bunga and dah lama tak dapat bunga kan ?.” soal Fikri kepada Zehra.

“Wah cantiknya Sayang ? Thank you so much , planning awak semua memang ikut cita rasa saya lah.” jelas Zehra kepada Fikri.

“I love you sayang !.” ucap Fikri sambil memuncung kepada Zehra.

“I love you too.” ucap Zehra kembali dan melakukan perkara yang sama.

“Okay sekarang kita makan pula.” ajak Fikri , apabila makanan mereka sudah tersedia.Jamuan kecil dimulakan.Fikri memotong daging lalu disuakan ke mulut Zehra Amanda.Kemudia Zehra juga turut melakukan perkara yang sama.

“Fikri , sebelum kita makan makanan ni sampai habis , boleh tak kita ambil gambar dulu.” pinta Zehra.

“Boleh sayang , jom.” ajak Fikri tanpa ada bantahan.Mereka terus bangun dan berdiri di satu sudut.Telefon pintar dihulurkan kepada seorang lelaki yang berada di situ untuk mengambilkan gambar mereka.Gambar itu akan di buat sebagai kenangan manis buat Zehra Amanda.Selepas selesai mengambil gambar bersama.Jamuan diteruskan semula.Tangan Zehra diraih Fikri lalu diusap lembut.Tangan yang menampakkan segala urat selirat itu diusap dan terasa menghargai seorang ibu.Dia mengucup lembut tangan Zehra.Wanita itu tersenyum.

“Kalau ada rezeki , saya nak... .” kata-kata Fikri terhenti.

“Baguslah , dah jadi perempuan murahan.Dah keluar dengan lelaki lain.Oh lupa pulak , ni kan bekas awak kan ?.” sindir Tuan Zahin yang tiba-tiba muncul.

“Jaga kata-kata awak Zahin.” ucap Zehra dengan suara yang menekan.Hatinya sungguh sakit kerana dihina begitu sekali.

“Saya jaga kata-kata ? Awak tu yang kena jaga diri , jangan lupa dalam perut tu ada anak.Jangan buat perangai tak senonoh masa mengandung nanti anak ikut.” sindir Tuan Zahin.Kemudia dia berlalu pergi.Gugur airmata Zehra ketika itu.Hilang selera makannya.

“Sayang awak okay ? Saya minta maaf sebab saya tak tahu dia ada dekat sini.” jelas Fikri yang mula rasa bersalah.

“Bukan salah awak pun , ini tempat awam jadi dia bebas untuk bergerak.Mungkin takdir saya menentukan akan berjumpa dengan dia dekat sini.” jelas Zehra tenang dalam linangan airmata.

“Jangan nangis sayang , saya nak awak kuat , saya sentiasa ada dekat belakang dan sisi awak.” ucap Fikri lembut.Zehra mula mengukir senyum.Sungguh dia terharu dengan ucapan lelaki itu.

“Saya nak balik boleh ?.” soal Zehra.

“Boleh sayang , jom kita balik.” ajak Fikri lembut.Selepas selesai membuat pembayaran.Mereka beredar dari kawasan itu.

Bersemut tak Hp korang , hihi...jangan marah FY okay..huhu..happy reading baby !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience