NZ (20)

Drama Completed 72971

Zehra sudah lima hari berada di rumah sahabatnya Hasya Adriana.Dia juga masih tidak boleh lupakan dan tidak mampu menerima kenyataan bahawa dia sedang bergelar seorang janda.Dia tidak lagi mempunyai suami.Dia sentiasa teringatkan bekas suaminya itu , Fikri Hakim.Airmatanya sentiasa mengalir apabila mengingat saat indah bulan madu mereka yang baru lepas mereka lalui baru-baru ini , sekian 8 tahun berkahwin saat inilah yang paling mereka rasa bahagia , tetapi bahagia itu hanya singgah sementara apabila rasa cinta terhadapnya telah mati.Dia rindukan belaian manja suaminya itu , jika digantikan dengan orang lain untuk memberinya kasih sayang , belum tentu sama dengan belaian Fikri beri kepadanya.

“Kau dah siap belum ? Jom lah turun makan , kau duduk depan cermin tu menangis , bukan Fikri boleh keluar pun dari cermin tu.” kutuk Hasya selamba.

“Kau tak rasa , kau tak faham , kata-kata kau saja yang boleh menjelaskan segalanya tapi bukan hati dan perasaan.” ucap Zehra sayu dan pandangannya masih pada cermin.

“Habis kau nak suruh dia datang pujuk kau ?.” soal Hasya menyindir sahabatnya itu.

“Tak payah lah sindir aku , aku tahu batas aku dengan dia sekarang , aku cuba untuk lupakan segala-galanya.”

“Cepatlah turun , ada orang nak jumpa kau.” ucap Hasya lembut.Zehra tergamam dengan penyataan sahabatnya itu.Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya memandang Hasya yang berada di muka pintu.

“Siapa ?.” soal Zehra dengan nada yang pelik dan perlahan.

“Guest.” jawab Hasya ringkas.Lalu dia pergi meninggalkan sahabatnya itu.Zehra terpinga-pinga keseorangan.

“Siapa yang nak berjumpa dengan aku ? Takkan Fikri ?.” soal Zehra sendirian.

Selepas dia memastikan biliknya itu berkemas , dia juga melangkah keluar dari bilik dan menuju ke anak tangga lalu turun sehingga ke anak tangga terakhir.Alangkah , terkejutnya Zehra Amanda , apabila susuk tubuh yang amat dia kenali sedang menanti kedatangannya.Perlahan-lahan menapak menuju ke arah tetamu yang sedang duduk di ruang tamu dan membelakanginya.Sewaktu dia semakin mendekati tetamunya itu , jiwanya makin lemah , dadanya turun naik untuk bersedia menghamburkan tangisan.Dia menyentuh bahu tetamunya itu dari belakang.

“Rose.” panggil Zehra sayu dengan suaranya yang tengelam timbul kerana menahan sebak.Rose yang agak terkejut dengan cara teguran itu perlahan-lahan bangun dan berpusing menghadap Zehra dengan pandangan sayu.Dia terus berpusing ke arah belakang sofa dan memeluk erat wanita itu.Airmata mereka berdua deras mengalir , tangisan semakin didengari.Hasya yang berada di dapur menjengah sahabatnya itu dari muka pintu dapur.Dia juga turut mengalirkan airmata.Dia dapat merasai apa yang dua wanita itu rasa , tapi apa yang Zehra Amanda lalui lagi memeritkan jiwanya.

“Sabar Zehra , dia sejenis yang tidak tahu menghargai.” ucap Rose sayu di dalam pelukan bersama bekas madunya itu.

“Kenapa dia buat saya macam ni ?.” soal Zehra kepada Rose dalam tangisan dan masih mendakap wanita itu erat.

“I dapat rasa apa yang you rasa Zehra , tapi kesakitan you takkan siapa dapat rasa , jika someone cakap dia mampu rasa sakit you tu , dia hanya berbohong pada you Zehra.” ucap Rose menenangkan Zehra Amanda.

“You dah berapa hari dekat sini ?.” soal Rose sayu.Mereka sudah melepaskan pelukan bersama dan duduk di sofa yang berdekatan.

“Dah lima hari.” jelas Zehra dalam nada sebak dan sayu.

“Apa planning you selepas ni ?.” soal Rose ingin tahu.

“Saya tak tahu , saya buntu , ini saja tempat yang saya ada untuk berteduh sekarang ini.” jelas Zehra dengan tangisan sekali lagi.

“Sabar Zehra , I ada dengan you.” ucap Rose lembut.Tangan Zehra digenggam erat.

“Macam mana awak tahu tentang keadaan saya sekarang ?.” soal Zehra sayu.

“I berjumpa dengan Fikri , untuk bagi barang yang dia pernah hadiahkan I masa kahwin bersama dulu , tapi bila I kata nak berjumpa dengan you , dia kata you takda , I ingat you balik kampung seorang diri , rupanya... .” kata-katanya terhenti apabila dia sendiri berasa sebak untuk menyebut berkenaan dengan talak.

“Ya Rose , dia dah ceraikan saya dengan talak tiga.” ucap Zehra sayu.Terhambur jua airmata Rose Isabelle apabila mendengar Zehra membuat pengakuan itu sendiri.Dia mengenggam erat tangan wanita itu.

“Why ?.” ringkas pertanyaannya pada Zehra Amanda dalam tangisan.

“Sebab dia dah tiada hati pada saya lagi.” jelas Zehra sayu.

“Senangnya alasan dia , tak logik langsung.” ujar Rose menepis alasan Fikri menceraikan Zehra Amanda.

“Rose boleh saya tanya awak sesuatu ?.” soal Zehra gementar.

“Tanyalah dear , I akan jawab apa sahaja persoalan you.” ucap Rose lembut sambil menepuk-nepuk tangan Zehra Amanda lembut.

“Awak masih ada simpan perasaan terhadap Fikri ke ?.” soal Zehra sayu.Dia cuba menduga tentang penceraiannya ini adalah berpunca hubungan cinta antara Rose dan Fikri yang sedang bermekar.

“Kenapa you tanya macam tu ?.” soal Rose tenang dan lembut kepada bekas madunya itu.

“Sebab saya nampak perubahan dia after bercerai dengan awak , dia lain , dia asyik termenung.” jelas Zehra kepada wanita itu.

“Really ? You tak perlu percayakan semua itu , cause harini dia betul-betul buat I bencikan dia cause dia buat you.” ucap Rose tenang.
“Kenapa ? Cepatnya hati awak berubah ? Bukan ke awak tengah rasa benda yang sama sekarang ni ?.” duga Zehra.

“Yes Zehra , but dia khianat cinta you yang you tadahkan selama ini , I ada bercakap dengan dia before kami berpisah , dia kena jaga you baik-baik sebab selama I dera hati dia dengan you , you still bertahan dengan dia walaupun dengan cara tersembunyi.” ucap Rose sayu.Airmatanya yang mengalir diseka lembut.

“Tapi I tak sangka yang dia buat keputusan tak bijak ini tiba-tiba , dengan alasan tak masuk akal dia tu.” jelas Rose tenang.

“Tapi masa I jumpa dia tadi , I nampak yang dia macam orang yang terseksa.” jelas Rose tenang.Wajah Zehra yang sayu bertukar kepada senyuman.Dia mengenggam erat tangan Rose Isabelle.Terkedu wanita itu apabila Zehra melakukan begitu kepadanya dengan tiba-tiba.

“Rose.” panggil Zehra perlahan dan agak teruja.

“Ya Zehra.” sahut Rose kembali.

“Dia masih cintakan saya kan ? Dia tak boleh tiada saya di sisi kan ?.” soal Zehra seperti orang kurang siuman.Rose pelik memandang wanita itu.Hatinya dipukul.Airmatanya mula bergenang di tubir mata.

“Kan Rose ? Dia masih sayangkan saya kan ?.” soal Zehra dalam keadaan yang tidak sedar.Dia benar-benar tidak mampu terima kenyataan Fikri bahawa lelaki itu sudah tiada hati padanya.

“Zehra , you kena bersabar okay.” ucap Rose dengan linangan airmata.Hasya yang berada di belakang sofa itu saling berpandangan dengan Rose Isabelle.

“Hasya , Rose cakap Fikri macam terseksa bila aku tiada dekat sisi dia , dia masih sayangkan aku Hasya...dia masih sayangkan aku.” jelas Zehra kepada sahabatnya itu selepas dia sedar akan kehadiran Hasya dibelakangnya.Hasya mengalirkan airmata.

“Zehra tahu abang masih sayangkan Zehra lagi.” ucap dia seperti anak-anak kecil.Dia berasa sungguh teruja.

Rose dan Hasya sudah menangis di sisinya , Zehra Amanda kini telah tergolong dengan pesakit yang kurang siuman , walaupun tidak berada di tahap yang parah , tetapi penyakit itu akan menguasai dirinya dengan lebih teruk jika dia tidak mampu menerima kenyataan lagi yang dia sudah tidak akan lagi bersama dengan Fikri Hakim.

“Hasya saya minta diri dulu.” ucap Rose yang mahu berangkat meninggalkan rumah banglo Hasya Adriana itu.

“Baiklah , terima kasih Rose.” ucap Hasya kepada wanita itu , dia menghantar Rose sehingga ke muka pintu.Selepas kenderaan Rose hilang dari pandangannya , dia kembali duduk di sebelah Zehra.Dia melihat rakannya yang tersenyum sendiri itu.Apabila Zehra menyedari Hasya sudah duduk di sebelahnya , dia meraih tangan Haysa.

“Hasya , kau dengar kan apa yang Rose cakap tadi , Fikri dia masih... .” Hasya merentap tangan Zehra supaya melihatnya untuk berkata-kata.

“Zehra Amanda , kau kena sedar satu perkara yang Fikri dah tak sayang kau.” jelas Hasya sekali lafaz dan sayu.

“Taklah dia masih sayangkan aku.” ucap Zehra cuba pertahankan rasa cinta Fikri terhadapnya.

“Zehra !.” jerit Hasya seoktaf.Terhinjut bahu Zehra apabila dijerkah begitu.

“Kau boleh dengar tak cakap aku ? Aku cakap dengan kau yang Fikri dah tak sayangkan kau lagi...dia tak mahu kau lagi , faham tak ?.” jelas Hasya.Suaranya mula tengelam timbul menahan sebak.Zehra juga mengalirkan airmata apabila dijerkah begitu.

“Hasya... .” tangis Zehra dibahu Hasya.

“Aku sayang dia , aku nak dia , aku cintakan dia Hasya...ya allahh... .” rintih Zehra dibahu sahabatnya.Hasya turut menangis bersama , dia tidak dapat menahan hatinya apabila melihat rakannya itu merintih mahukan orang yang dicintainya sepenuh hati.

Dato Hilman kini sudah memasuki perkarangan pekan Bandar Penawar.Dia menuju ke rumah besannya Puan Sarah yang berada di Kota Tinggi , Johor itu.Dia hadir seorang diri bersama seorang pemandu perbibadinya.Selepas beberapa jam perjalanan , dia selamat tiba di kampung halaman bekas menantunya itu.Dia meminta pemandunya itu memarkir dari kawasan rumah agak jauh sedikit.Dia sendiri menapak menuju ke rumah tersebut.

“Assalammualaikum.” ucap Dato Hilman apabila dia selamat tiba di hadapan tangga rumah Puan Sarah itu.

“Waalaikummusalam.” salam Dato Hilman segera dibalas.Puan Sarah menjenguk ke luar rumah untuk melihat siapa gerangan tetamunya yang hadir pada waktu tengahari begini.Dia agak terkedu apabila melihat wajah yang sekian lama tidak dia lihat sedang berdiri di laman rumahnya.

“Haa , Dato ada apa datang sini ?.” soal Puan Sarah bersahaja.

“Aku nak jumpa kau Sarah.” jelas Dato Hilman tegas tanpa berkias.

“Kenapa nak jumpa saya Dato ?.” soal Puan Sarah pelik.

“Sebab anak kau dan anak aku.” jelas Dato Hilman mendatar.

“Masuklah dulu.” ajak Puan Sarah kepada tetamunya itu.

Hampir 10 minit kehadiran Dato Hilman , Puan Sarah datang dari arah dapur dengan sedulang air dan sedikit kuih untuk menjamu tetamunya itu.Dia meletakkan secawan air panas beralaskan piring kecil serta pinggan yang berisi kuih kepada Dato Hilman.

“Ada urusan apa tentang anak-anak kita Dato ?.” soal Puan Sarah kepada Dato Hilman bersahaja.Mendidih hati lelaki itu apabila melihat besannya seperti tidak berbuat salah diatas perpisahan anak dan menantunya itu.

“Pertama , aku nak cakap pasal Zehra.” jelas Dato Hilman tegas dengan wajah yang garang menikam wajah Puan Sarah.

“Hmm , kalau nak bercakap pasal budak tu tak payah lah , saya tak berminat nak tahu.” jelas Puan Sarah menyampah.

“Kenapa kau tak berminat ? Sebab apa yang kau rancang dah berjaya ?.” soal Dato Hilman menyindir.

“Apa maksud Dato ?.” soal Puan Sarah seperti tidak mengerti maksud Dato Hilman itu.

“Hey Sarah.” jerit Dato Hilman seoktaf.Terhinjut bahu Puan Sarah apabila dijerkah begitu.

“Kau jangan ingat aku tak tahu , yang kau dah call anak aku cakap bukan-bukan pasal hubungan rumahtangga dia dengan Zehra , sampai dia buat keputusan drastik untuk ceraikan menantu aku tu dengan talak tiga tahu tak ?.” jerit Dato Hilman.

“Cerai ?.” soal Puan Sarah yang agak terkejut dengan penyataan besannya itu.Tetapi di dalam hatinya tiada siapa yang tahu.

“Ya cerai , kau jangan buat-buat tak tahu.” ujar Dato Hilman marah kepada besannya itu.

“Baguslah , biar padan muka dia , biar dia rasa macam mana rasa kehilangan.” ucap Puan Sarah membenci.

“Astaghfirullahalazim , Sarah kenapa kau macam ni ? Kenapa kau benci sangat anak kau tu ? Dia tak bersalah langsung dalam kejadian 8 tahun lepas tu , Fikri yang salah.” jelas Dato Hilman mempertahankan Zehra Amanda.

“Aku takkan ampunkan dengan apa yang dia dah buat , kalau dia tak ikut bapak dia pergi surau malam tu , mesti suami aku tak mati.” jelas Puan Sarah dalam jeritan.

“Ya allah , kau sepatutnya harus menerima takdir , bukan menyalahkan takdir Sarah , berdosa tahu tak ?.” jelas Dato Hilman tegas.

“Sekarang dia dah bercerai kan ? Biar dia cari kehidupan dia sendiri , aku taknak ada anak malang macam dia tu , pembawa musibah.” ujar Puan Sarah dalam linangan airmata.

“Kau ni memang tak guna lah Sarah , aku tak jumpa lagi mak macam kau ni , isteri aku tu pun izinkan aku kahwin dengan bekas pelacur tahu tak ? Anak aku Zaki dengan Raziq tu mengaku yang diorang tu anak pelacur , diaorang tak pernah malu mengaku yang diorang tu seorang pelacur , tapi kenapa kau sebagai mak yang sempurna hidupnya tak mengaku Zehra tu anak kau ? Kau yang lahirkan dia 9 bulan 10 hari lagi tak mahu mengaku itu anak kau.” ujar Dato Hilman marah.Mahu sahaja dia membunuh wanita dihadapannya ini , tetapi dia masih waras.

“Kalau betul lah kau taknak Zehra tu , biar aku yang bela dia lepas ni.” jelas Dato Hilman kepada Puan Sarah.

“Haa , belalah , biar hidup kau pula... .” kata-kata Puan Sarah terhenti apabila Dato Hilman menunjukkan tanda supaya menghentikan kata-katanya.

“Kau jaga mulut kau Sarah , jangan sampai aku buat kau bisu seumur hidup.” ucap Dato Hilman dengan nada yang menahan geram.

Puan Sarah menikam wajah Dato Hilman dengan penuh rasa geram dan benci di hati.

Pada malam yang hening , Fikri mengambil angin di beranda bilik tidurnya.Dia merenung ke arah langit yang menghitam malam.Jiwanya sedang bergelora.Hatinya luntur dengan apa yang terjadi pada rumahtangganya kini.Setiap kali merenung ke arah langit , setiap kali itu jugalah dia terbayang wajah Zehra Amanda sedang tersenyum kepadanya.Sesekali dia juga membalas senyuman itu tanpa dia sedar yang dia sedang berkhayal.

“Sayang , maafkan abang sebab tak berfikir panjang , abang janji abang akan sentiasa jadi pelindung sayang walau apa jua yang terjadi.” ucap Fikri sayu sambil matanya menikam arah langit malam itu.

“Fikri.” panggil Datin Zarina yang sudah berada dibelakangnya itu.

“Yes mummy.” sahut Fikri lembut.

“Fikir apa ? Asyik termenung saja dah beberapa hari ni ?.” tegur Datin Zarina.

“Takda apa mummy.” jelas Fikri membohong ibunya.

“Mummy , kalau Fikri nak tanya sesuatu boleh tak ?.” soal Fikri mendayu.

“Tanyalah sayang.” ucap Datin Zarina lembut kepada anak lelakinya itu.

“Fik dah terlalu banyak buat dosa mummy , dosa besar , dosa kecil semua Fik buat , mummy rasa kalau Fik minta ampun ? Terampun ke segala dosa Fik ?.” soal Fikri kepada Datin Zarina.Luluh hatinya mendengar luahan anak lelakinya itu.Dia amat mengenali sikap anak lelakinya seorang itu , tidak pernah seumur hidupnya dia mendengar luahan begini dari anaknya itu.

“Fik , setiap yang melakukan dosa pasti akan diampunkan tidak kisahlah dosa kecil atau dosa besar nak.” jelas Datin Zarina sayu.

“Fik terlalu buat banyak dosa dengan perempuan , paling berdosa dengan Zehra Amanda.” jelas Fikri lagi.Airmatanya mula mengalir.

“Kita semua ni pendosa Fik , jadi manusia tidak akan terlepas dari membuat dosa.” jelas Datin Zarina lagi.

“Fik minta maaf dengan mummy and daddy , sebab dah lepaskan permata yang mummy dan daddy sangat sayangkan...tapi Fik tak pandai nak menghargai.” jelas Fikri sayu.

“Semoga allah berikan kebahagiaan untuk anak mummy lepas ni.” ucap Datin Zarina mendoakan anaknya itu.

“Fik doalah banyak-banyak semoga Zehra pun jumpa dengan kebahagiaan dia juga.” ucap Datin Zarina lagi

“Fik sayangkan dia mummy...Fik cintakan dia sepenuh hati.” ucap dan luahan dibuat dihadapan ibunya.

“Mummy tahu.” jelas Datin Zarina sayu.

“Mummy tahu dan dapat rasa , yang Zehra juga masih mahukan Fik , tapi Fik dah tutup jalan untuk dia kembali pada Fik.” ucap Datin Zarina sebak.Fikri juga turut mengalirkan airmata.

“Mesti mak tengah gembira sekarang ni kan mummy ? Sebab dia berjaya bergembira di atas penderitaan orang lain.” luah Fikri sayu dalam linangan airmata.

“Orang macam tu takkan diberi kebahagiaan lama Fik , allah pasti balas kepadanya.” ucap Datin Zarina lemah.

“Dia berjaya meruntuhkan rumahtangga Fik dengan manja buat selama-lamanya.” luah Fikri lagi.

“Doa seorang ibu itu pasti termakbul.” jelas Fikri sayu.

“Sabar ye nak , allah maha adil , walaupun Fik banyak buat salah , tapi orang yang menghancurkan kebahagiaan orang lain itu lagi berdosa.” jelas Datin Zarina sayu.Dia memeluk tubuh Fikri dari sisi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience