NZ (16)

Drama Completed 72971

Harini sudah dua hari mereka pulang dari kampung halaman , Zehra pada harini sudah bermula untuk berkemas-kemas bagi sesi berpindah randah.Dia mengemaskan barangnya yang disimpan rapi dari zaman remaja.Ada sesuatu yang disimpam untuk buat kenangan.Hasya yang duduk di sebelahnya hanya membuat riak wajah sedih.Sesekali , Zehra hanya tersenyum dengan gelagat sahabatnya itu.

“Zehra , kenapa kau nak pindah ? Kau tak happy ya selama ni duduk dengan aku ?.” soal Hasya sayu.

“Bukanlah , aku kan ada suami , so aku kenalah ikut suami aku.” jelas Zehra tenang.

“Gatal betul lah suami kau tu.” ejek Hasya.Zehra tertawa kecil.

“Kau nak pindah mana ?.” soal Hasya ingin tahu.

“Mungkin aku akan duduk rumah flat je lepas ni , takpalah aku okay je.” ujar Zehra tenang.

“Kau nak duduk flat ? Sesuai ke dengan kau ?.” soal Hasya pelik.

“Hasya , aku dah biasa hidup susah , jadi tak beri kesan apa pun kalau aku hidup susah dengan suami aku.” jelas Zehra tenang.

“Tapi... .” Hasya memberhentikan kata-katanya.

“Kau kena terima apa yang aku akan lalui lepas ni , mungkin nampak daif , tapi yang penting aku bahagia.” jelas Zehra lembut dan tenang.

“Aku nak tanya something boleh ?.” soal Hasya dengan wajah beriak pelik.

“Ya , tanyalah.” ujar Zehra sambil ligat mengemas pakaiannya.

“Kau...dengan Fikri betul-betul okay ke ?.” soal Hasya tersangkut-sangkut suaranya.Dia takut soalannya itu menguris hati dan perasaan sahabatnya.
“Apa maksud kau ?.” soal Zehra tidak faham erti Hasya.

“Maksud aku , Fikri sebelum ni dengan Fikri yang sekarang ? Betul-betul dah berubah ke ?.” soal Hasya menerangkan lagi soalannya tadi.

“Kenapa ? Kau takut kau kena tolong aku lagi ?.” jelas Zehra menduga.

“Ehh tak.” pintas Hasya laju sambil menghayunkan tangannya ke kiri dan ke kanan.

“Habis ? Okay aku faham apa yang kau nak tanya , aku yakin Fikri takkan menduakan aku lagi , aku nampak yang dia perlukan aku seorang je sekarang ni , sebab tu aku minta dia ceraikan Rose sebab bila dia mula nakkan aku , aku tak sanggup nak hidup bermadu , jadi dalam masa yang sama Rose pun buat keputusan untuk berpisah dengan dia juga.” jelas Zehra tenang.

“Kau yakin dengan keputusan kau ni ?.” soal Hasya kurang yakin dengan penyataan Zehra Amanda itu.

“Yes aku yakin , dia adalah cinta terakhir aku selepas dia telah jadi cinta pertama aku.” ucap Zehra romantis.

“Kau sayang aku kan ? So kau kena percayakan keputusan yang aku buat.” jelas Zehra lembut dan tenang.

“Okay , tapi if lepasni dia buat kau lagi , aku pun tak teragak-agak pecahkan muka dia okay ?.” jelas Hasya sambil menunding jarinya ke arah Zehra Amanda.

“Kau ni ganas lah , siapa lah yang nasib malang dapat kau ni agaknya ?.” soal Zehra selamba.

“Hoi , kau ingat aku ni takda peminat ke ? Cuma kadang-kadang aku saja yang jual mahal.” jelas Hasya berlagak daan gedik.

“Hmm , malang betul nasib peminat kau tu.” kutuk Zehra lagi.

“Ishh , kau ni tak membantu langsung tau , sampai hati kutuk aku... .” rengek Hasya manja.

“Nanti dekat rumah baru , jangan lupa jaga diri , kau tu jauh dari semua orang , so susah kau takda siapa yang tahu... .” kata-kata Hasya terhenti apabila Zehra menyampuk cakapnya.

“Dan aku takkan beritahu... .” jelas Zehra dalam senyuman.

“Okay , habis ni suami kau tak tolong kau kemas barang sekali ke ?.” soal Hasya pelik.

“Tak , sebab aku bagi dia masa yang terakhir untuk bersama dengan Rose , memang diorang takkan bercerai dalam masa yang terdekat , but bila kami pindah , kami akan jauhi semua orang termasuk Rose.” jelas Zehra sayu.

“Ish , kau ni baik sangat lah , sebab tu lah aku geram dengan kau tahu tak ?.” jelas Hasya dengan wajah yang geram.Zehra tersenyum manja.

“Dah jom sambung kemas.” ajak Hasya.Mereka menyambung semula sesi mengemas bag pakaian yang bakal dibawa Zehra ke kediaman baharunya nanti.

Fikri dan Rose beriringan menuju ke kenderaan Fikri Hakim yang terletak agak jauh dari perkarangan rumah baharu isterinya itu.Sepanjang menuju ke kenderaan , pegangan tangan bersama Rose Isabelle tidak dilepaskan walaupun sesaat.Perasaan bahagia menghurung jiwa wanita itu , tetapi dia sedar dia tidak boleh bersama lelaki itu lagi.Dia harus melepaskan Fikri beserta rasa cintanya terhadap Fikri Hakim.

“Sayang , thank you sebab sudi tolong I kemaskan barang and buatkan breakfast untuk I.” ucap Fikri romantis.

“Welcome , bila you nak lepaskan tangan I ni ? Dah berpeluh dah tapak tangan I.” jelas Rose menyakat suaminya.

“Bagilah I chance sekejap , Zehra pun bagi , apatah lagi tuan punya badan.” jelas Fikri.

“Pantang dapat peluang , you jangan nak main gila lagi eh ? You try lah main gila dengan Zehra ? You tahulah nanti nasib you macam mana I buat.” Amaran diberi Rose kepada suaminya Fikri.Lelaki itu hanya tersenyum bahagia apabila mendengar kata-kata isterinya itu.

“You dengar sini baik... .” kata-kata Rose terhenti apabila jari telunjuk Fikri sudah berada di bibirnya dan wajah lelaki itu hanya seinci dari wajahnya.

“Fik... .” dia hendak memanggil nama penuh lelaki itu juga sukar baginya kerana jari Fikri tidak berganjak dari bibirnya.

“Sayang , kenapa dari dulu you tak macam ni ?.” soal Fikri lembut dengan raut wajah sayu.Terbutang mata Rose apabila disoal begitu.Dia tiada jawapan mahu diberikan kepada suaminya itu.Dia menolak sedikit dada bidang Fikri supaya dia sendiri dapat mencari nafas yang hampir hilang kerana gemuruh dengan lelaki itu.

“I tak tahu apa yang tuhan sedang uji kita ? Tapi I percaya you pun rasa perkara yang sama kan ?.” soal Rose dengan yakin.Fikri diam.Dia memejamkan matanya.Setelah beberapa saat kemudian dia menganggukkan kepalanya.

“Boleh you tolong I tak ?.” pinta Rose lembut.

“Apa dia sayang ?.” soal Fikri lembut juga.

“Tolong beritahu I cara nak membunuh rasa yang hampir membunuh jiwa kita ini ?.” soal Rose tenang.Fikri terdiam dengan kata-kata isterinya itu.

“Kalau ikut hati I , I taknak bunuh rasa ni , biar rasa ni menjalar dalam hati kita.” ucap Fikri mendalam.Rose menghamburkan tangisannya.Dia melekapkan wajahnya di dada bidang suaminya.
“Please Fikri , bunuh rasa tu , I taknak disebabkan rasa tu , I akan dibencikan oleh orang sekeliling lagi , lepas ni you dah takda untuk beri ketenangan pada I , please Fikri , I mohon sangat.” ucap Rose dalam tangisan kecilnya.Fikri memeluk tubuh isterinya itu.Wajahnya begitu kelihatan sayu.Kenapa mereka dihukum disaat mereka ingin mencari kebahagiaan mereka sendiri ?.

“Sayang , I love you so much , I tak boleh tipu diri I , I cintakan Zehra but and same time , I love you too.” jelas Fikri lembut dan romantis.Jiwa lelakinya kini berkocak , meruntun mahukan cinta yang berada di depan matanya kini.

“Please Fikri , jangan jatuh cinta dengan I lagi , stop it.” ucap Rose tegas.Suaranya agak meninggi kepada suaminya itu.

“I love you , I sayang you , macam mana I nak bunuh perasaan ni ? Perasaan ni bukan dah lama I simpan , dia baru hadir dalam hati I , kalau I cerita dekat Zehra pun , dia takkan faham apa yang I tengah rasa sekarang ni.” jelas Fikri dengan penuh rasa di hati , dia benar-benar membuat penjelasan terhadap Rose.

“Ya , allah tolong lah ya allah , kau bunuh lah rasa cinta ni ya allah.” ucap Rose dalam tangisan.Tangannya mencengkam kuat rambutnya yang lepas tanpa ikatan itu.

“I hope , after you pindah...you akan lupakan I.” jelas Rose tenang.Tangisannya segera diredakan.Dia menyeka airmatanya laju.

“Rose , dengar apa yang I nak cakap ni.” panggil Fikri apabila wajah isterinya itu dipalingkan ke arah lain.

“I boleh cuba untuk lupakan you , tapi kalau tak berjaya jugak , i tak beri apa-apa jaminan kalau I nak bersama dengan you semula.” jelas Fikri berani.Rose mengalirkan airmatanya semula.Fikri menyeka lembut pipi isterinya yang penuh dengan linangan airmata itu.Dahi wanita itu juga dikucup lembut.

“I harap tuhan akan berikan kebencian sepenuhnya kepada you terhadap I , sebab I lebih rela dibenci dari dicintai.Perkara itu amat menyakitkan I Fikri.” ucap Rose sayu.

“Jangan cakap macam tu , I takkan bencikan you lagi walau apa pun yang jadi.” ucap Fikri lembut.

“Kata-kata you ni yang akan membunuh kesetiaan you pada Zehra , sebab rasa cinta you pada I tengah mekar , tapi I percaya , kalau tuhan bolakkan semula hati you pada Zehra ,mesti I takkan dapat ayat-ayat manis ni lagi daripada you , tapi I janji segala ayat-ayat cinta yang you berikan pada I sepanjang kita berbaik ni , I akan semat dalam jiwa sampai mati.” ucap Rose sayu dan suaranya tengelam timbul kerana menahan sebak.

“I balik dulu.” ucap Fikri lembut.Kepala Rose diusap sekilas.Airmatanya gugur saat mahu berpisah dengan lelaki itu.

“Bye.” ucap Rose ringkas.

Kenderaan Fikri hampir hilang dari pandangan , dia hanya merenung ke arah kereta suaminya itu sahaja , bagai dia merenung suaminya tanpa berkedip mata.Hatinya luntur , jiwanya dicarit-carit.Sakitnya , hanya dia yang tahu.

“Ya allah , kau bunuhlah rasa cinta ini ya allah.” jelas Rose dalam tangisannya.

AIrmatanya yang mengalir , diiringi jua air hujang yang turun dari langit selebat-lebatnya.

Selepas tidak lama perjalanannya untuk pulang ke rumah isterinya Zehra Amanda , akhirnyaa dia tiba di perkarangan rumah tersebut.Dia keluar dari isi perut kereta , lalu menuju masuk ke dalam rumah dengan wajah yang begitu muram.Dilabuhkan punggungnya di sofa yang empuk.Kepala didonggakkan seketika.Kelakuannya itu diperhatikan Zehra Amanda disebalik pintu dapur.Perlahan-lahan wanita itu mengatur langkah kakinya menuju ke arah suaminya yang sedang duduk di ruang tamu itu.

“Abang , abang penat ke ?.” soal Zehra lembut.Tempat segera diambil disebelah suaminya.Tangan lembutnya mengusap perlahan pelipis Fikri Hakim.Tetapi wajah lelaki itu masih kelihatan muram.Entah apa yang berada di fikirannya kini.

“Abang nak air ?.” soal Zehra lagi.

“Taknak sayang , abang dah minum tadi dekat rumah Rose.” ucap Fikri lembut kepada isterinya itu.

“Ohh , dia okay ?.” soal Zehra mesra yang ingin tahu keadaan madunya itu sekarang.

“Okay saja sayang.” balas Fikri lembut.Zehra tersenyum dengan kata-kata yang dibalas suaminya itu.

“Sayang , esok kita nak gerak pukul berapa ?.” soal Fikri.

“Ikut abang , sayang ikut je.” jelas Zehra tenang.

“Okay , jom kita tidur kejap , abang rasa letih lah.” ajak Fikri acuh tidak acuh.Sebenarnya , dia hanya mahu padam rasa dihatinya terhadap Rose Isabelle.

Mereka menuju ke bilik tidur , setibanya di bilik , Fikri segera mengambil tuala mandi dan membasahkan tubuhnya supaya dia berasa lebih selesa.Jiwanya tidak tenang kini.Perasaannya bercelaru.

“Sayang , abang nak peluk sayang.” pinta Fikri lemah.Tanpa menunggu jawapan isterinya , dia menaiki katil yang menempatkan dia dan juga Zehra Amanda.Lantas sahaja , tubuh isterinya dipeluk erat dari arah belakang.Wajahnya dibenamkan dibelakang tubuh isterinya itu.

“Abang , are you okay ?.” soal Zehra pelik dengan tingkah laku suaminya itu.

“Ya , abang okay.” jelas Fikri sayu.

“Kenapa abang diam saja daripada tadi ?.” soal Zehra pelik dan ingin tahu.

“Takda apa.” balas Fikri ringkas.

“Kenapa dengan dia ? Bergaduh lagi dengan Rose ke ?.” soal Zehra dalam hatinya.

Akhirnya mereka berdua terlelap jua.Tetapi hati masing-masing dalam keadaan yang meragukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience