NZ (34)

Drama Completed 72971

Hampir satu hari perjalanan Zehra Amanda dan Zahin Aqbar untuk pergi berbulan madu ke Maldives.Penerbangan mereka hampir 24 jam , Zehra yang berada di dalam kapal terbang asyik bersandar di lengan suaminya seperti orang tidak berdaya.Tuan Zahin asyik memerhatikan sahaja isterinya yang dalam keadaan lemah itu.Tidak lama kemudian , posisi diubah Zehra , kepalanya diletakkan di atas riba Tuan Zahin Aqbar.Keadaan itu amat mengusarkan hati lelaki Tuan Zahin Aqbar.Tiba-tiba Zehra berasa mual.Dia memuntahkan apa yang dimakannya sebentar tadi yang telah dihidangkan oleh para peramugari yang bertugas.Tuan Zahin cuba meredakan keadaan isterinya itu.Sepanjang penerbangan ke Maldives dia tidak henti muntah.Tuan Zahin juga tidak mampu berbuat apa selain memberi bauan yang boleh membuat isterinya itu hilang rasa mual.Akhirnya mereka selamat mendarat di lapangan terbang.Mereka turun bersama , diikuti beberapa pramugara yang membantu membawa bagasi mereka kerana Tuan Zahin memimpin isterinya tanpa lepas walaupun sekali.Ia takut isterinya pitam tidak tentu pasal.Mereka menaiki kenderaan yang tersedia , dan juga tersedia seorang pemandu khas yang akan membawa mereka kemana sahaja.Sepanjang perjalanan , Zehra hanya memejamkan mata dan melentokkan kepalanya di bahu Tuan Zahin.Kelakuannya itu , dibiarkan Tuan Zahin yang penting isterinya selesa.Sesekali dia terasa mual , tetapi ditahan dan menelan asam yang berada di dalam pegangannya daripada tadi.Hampir 45 minit perjalanan , mereka selamat tiba di tempat peranginan Maldives yang akan mereka menetap untuk beberapa hari.

“Sayang boleh jalan tak ?.” soal Tuan Zahin lembut dan agak cuak nadanya kerana terlalu risau dengan keadaan isterinya itu.

“Tak.” jelas Zehra tanpa berfikir panjang lagi.Wajah dan keadaannya terlalu lemah.

“Abang pergi cari wheelchair sekejap ya.” jelas Tuan Zahin kepada isterinya itu.

“Taknak.” ujar Zehra membantah dengan saranan suaminya itu.Tuan Zahin menggaru kepalanya yang tidak gatal dan mengerut dahi.

“Habis sayang nak apa ? Macam mana sayang nak jalan ? Sebab tu abang suruh sayang naik wheelchair.” jelas Tuan Zahin kepada isterinya.

“Sayang nak abang dukung.” ucap Zehra lemah tanpa rasa bersalah , terkedu suaminya apabila mendengar permintaan Zehra Amanda itu.

“Apa ? Nak abang dukung ? Sayang biar betul ?.” soal Tuan Zahin yang terperanjat.Mana tidaknya , di dalam keadaan orang yang agak ramai itu , bagaimana dia mahu melakukan keadaan romantik itu sedangkan itu bukan kemahuannya.

“Sayang tak larat ni.” jelas Zehra lemah dan mengada.Tuan Zahin mengaru kepalanya lagi.

“Okay jom naik belakang abang.” ajak Tuan Zahin tenang , dia sudah memusingkan tubuhnya membelakangi isterinya supaya Zehra Amanda mudah memaut bahu dari belakang.

“Taknak macam ni.” rengek Zehra manja.Tuan Zahin pantas memusing senula ke arah isterinya.

“Habis sayang nak macam mana ?.” soal Tuan Zahin pelik dan dahinya berkerut.

“Nak abang kendong.” pinta Zehra tanpa rasa malu.Terkedu Tuan Zahin dengan permintaan isterinya itu.

“What ?.” soal Tuan Zahin agak terkejut.Tangannya menekup muka lembut.Dia pening dengan kerenah isterinya itu.

“Sayang biar betul ? Ramai orang lah sayang , takkan abang nak dukung sayang macam tu dekat tempat orang ramai ni ?.” soal Tuan Zahin lembut dan tersusun tutur katanya.

“Dah lah , kalau taknak cakap sajalah , sana biar orang jalan.” jelas Zehra marah akan suaminya.

“Sayang , janganlah merajuk.” panggil Tuan Zahin apabila isterinya sudah melangkah laju meninggalkannya di belakang.Langkahnya juga diatur laju mengehar isterinya.

“Sayang , abang minta maaf , jangan lah merajuk.” pujuk Tuan Zahin lembut.

“Dah malas sayang nak layan abang , abang bukan sayang dekat sayang pun.” jelas Zehra merajuk.Langkah semakin laju.

“Sayang... .” panggil Tuan Zahin lagi.Langkahnya semakin dilajukan melangkah mengejar isterinya yang sudah maju langkahnya kehadapan.Saat dia mendekati isterinya dari arah belakang , tubuh isterinya itu terus dicempung dari arah belakang dan dia mula berjalan dengan tenang menuju ke bilik tempahan mereka.Zehra mula tersenyum dengan suaminya kerana diperlakukan dengan begitu manja.Tuan Zahin tersenyum sinis dalam kerlingannya.Pipi Tuan zahin Aqbar dikucup lembut.

“Thank you abang.” ucap Zehra lembut dan begitu manja.

“I love you so much manja.” ucap Tuan Zahin.Tersentak Zehra dengan ucapan suaminya itu.Dia tidak sangka , perkara yang dilarangnya itu jugalah suaminya mahu buat.Dia sudah melarang suaminya dari memanggil dengan panggilan manja.Tetapi spontan sahaja ucapan Tuan Zahin buat isterinya.Zehra tidak mahu bergaduh pada waktu bahagianya sedang tiba.Dia hanya memendam rasa di dalam hati.Tidak lama kemudian , mereka selamat tiba di bilik yang sudah ditempah Tuan Zahin Aqbar untuk berbulan madu.Isterinya yang dicempung tadi , diletakkan perlahan-lahan di atas katil.Zehra tersenyum dengan kelakuan suaminya , sangat romantik.Kenudian Tuan zahin berpatah balik ke arah pintu untuk ditutup dan dikunci supaya mereka tidak diganggu.

“Abang , kenapa abang handsome sangat ?.” soal Zehra Amanda tiba-tiba.Terkejut Tuan Zahin apabila disoal begitu tiba-tiba.

“Sayang kenapa ni ? Tiba-tiba saja puji abang ? Ada apa-apa ke ?.” soal Tuan Zahin pelik dan menduga isterinya.

“Mana ada apa ? Sayang tak boleh move on tengok abang.” jelas Zehra kepada suaminya.Tuan Zahin melangkah ke arah isterinya semula.Wajah Zehra didongakkan menghadapnya yang sedang berdiri.Anak mata isterinya itu direnung dalam.

“Abang sayangkan isteri abang ni sangat.” ucap Tuan Zahin lembut.Baru sahaja dia mendekatkan wajah ke arah isterinya itu untuk mengucup tetapi rasa loya datang secara tiba-tiba seperti yang isterinya kena sepanjang penerbangan mereka.Dia berlari pantas menuju ke bilik mandi , segala isi di dalam perutnya dikeluarkan.Zehra pelik apa yang terjadi kepada suaminya.Selepas selesai muntah itu , Tuan Zahin melangkah menuju ke arag katil dan terkulai di atas tilam yang empuk.Keadaanya lebih lemah dari Zehra Amanda.

“Abang okay ?.” soal Zehra yang agak risau akan keadaan suaminya.

“Entahlah , sayang pakai minyak wangi apa ?.” soal Tuan Zahin lemah.

“Imari Seduction ! Kenapa ?.” soal Zehra , sambil dia mencium-cium bau di bajunya itu.

“Busuk lah bau dia , jangan pakai lagi lah , loya gila tekak abang bau minyak wangi tu.” kutuk Tuan Zahin terhadap wangian yang dipakai isterinya.

“Abang , sayang pakai bukan baru tahu minyak wangi ni , sayang pakai dari zaman remaja.” jelas Zehra kepada suaminya.

“Dah , jangan pakai lagi abang rasa nak muntah bau minyak wangi sayang tu.” jelas Tuan Zahin dengan tegas.

“Okay.” sahut Zehra Amanda sayu.Dia melangkah menuju ke arah balkoni , dia berdiri menghadap lautan biru yang luas terbentang itu.Saat melihat lautan itu , bagai hatinya juga dibawa pergi hingga ke tengah lautan.Walaupun dia diminta untuk tidak lagi memakai wangian itu , tetapi kata-kata Tuan Zahin terhadapnya terlalu tegas hingga membuatkan dia terasa.

“Sayang , kenapa duduk dekat luar tu ? Sini dekat abang.” pujuk Tuan Zahin lembut yang sedang berdiri di muka pintu gelongsor kaca itu.

“Saja ambil angin.” ucap Zehra ringkas.Dia sukar untuk bercakap kerana menahan sebak.Apabila suaminya memujuk , lagi kuat rasa sebak itu menghurung jiwanya.

“Sayang okay , marah abang ya ?.” soal Tuan Zahin lagi.

“Taklah , tak marah abang pun , sayang yang salah sebab pakai perfume tu , kalau tak mesti abang tak muntah kan ?.” jelas Zehra yang menyalahkan dirinya sendiri.Dia ingin melihat sejauh mana Tuan Zahin ingin menjauhkan diri daripadanya.Hati lelaki Tuan Zahin Aqbar dihurung rasa bersalah yang kuat Dia melangkah keluar ke balkoni lalu memeluk isterinya dari arah belakang.

“Abang jangan peluk sayang , nanti abang muntah lagi.” ucap Zehra Amanda sayu.Tuan Zahin tetap berdegil untuk memeluk isterinya.Tetapi dia tidak berkata apa-apa , kerana dia juga sedang menahan rasa mualnya itu.

“Abang , sayang nak pergi rehat sekejap.Nanti abang masuk ya.” jelas Zehra , terus langkahnya diatur menuju ke katil.Jarak di dalam bilik mereka itu semuanya berdekatan walaupun ruang luas.Selepas pelukan terlerai.Tuan Zahin menekup mulutnya kerana menahan rasa mualnya.Dia sendiri tidak faham kenapa dia boleh jadi seperti isterinya malah lebih teruk.

Pada petang itu , mereka tiba bersiar-siar mengambil udara petang sekitar pantai Maldives.Angin kuat telah mengerbang rambut panjang Zehra Amanda.Dia asyik membetulkan rambutnya itu , manakala sebelah tangannya lagi digenggam erat suaminya sepanjang mereka merentasi pantai luas Maldives itu.

“Abang minta maaf.” ucap Tuan Zahin tiba-tiba , tetapi pandangannya tetap dihala ke hadapan.Berkerut dahi Zehra Amanda.

“Kenapa ?.” soal Zehra pelik dan ingin tahu mengapa lelaki itu memohon maaf dengannya.

“Sebab abang muntah-muntah tadi tak boleh bau perfume sayang.” jelas Tuan Zahin sayu.

“Takpalah abang , benda nak jadi...mungkin kita berdua ni dah lama sangat tak fly , so bila naik flight semalam terlalu lama dia jadi lain pula , mungkin ni alahan kita dapat sebab naik fly.” jelas Zehra tenang sambil tersenyum ke arah suaminya walaupun pandangan lelaki itu tetap dihala ke hadapan.

“Sayang tak marah dekat abang ?.” soal Tuan Zahin pelik.

“Tak abang , kenapa sayang nak marah pula ?.” soal Zehra lembut.

“Yelah , mana tahu sayang terasa dengan abang ?.” soal Tuan Zahin lagi.

“Dahlah , kita lupakan apa yang terjadi tadi...kita nak honeymoon kan ?.” soal Zehra manja.

“Okay , thank you sayang.” ucap Tuan Zahin lembut.

“Welcome hubby.” balas Zehra manja.

Mereka berjalan sekitar pantai , setiap gerai yang menjual pasti dibeli sesuatu oleh mereka untuk dijadikan cenderahati buat keluarga mereka di Johor.Sesampai sahaja mereka di sebuah kedai yang menjual cincin untuk para pelancong membuat kenangan , Tuan Zahin telah tertancap matanya pada sebentuk cincin gangsa , dan ia adalah untuk pasangan romantis seperti mereka.Dia terus mengambil cincin itu dan dicubakan ke jari manis isterinya.

“Sayang suka tak ?.” soal Tuan Zahin.

“Suka ! Abang nak belikan ke ?.” soal Zehra teruja.

“Sayang suka ? Okay kita beli set couple punya.” jelas Tuan Zahin kepada isterinya.Disebabkan terlampau teruja , pipi mulus suaminya dikucup lembut.Tiba-tiba wajah Tuan Zahin berubah.Dia menekup mulutnya , rasa mualnya kembali lagi.Zehra terkedu dengan tingkah laku suaminya itu.

“Kenapa sayang cium abang ?.” soalnya dengan suara tenggelam timbul.Dia tidak mampu berkata dengan banyak kerana itu akan mengundang rasa mualnya lagi.

“Sorry.” ucap Zehra kecewa dengan dirinya sekali lagi.Langkah diatur lemah mendahului suaminya.Tuan Zahin hanya memandang sepi ke arah isterinya yang sudah beberapa tapak melangkah ke hadapan.Selepas menerima bungkusan cincin yang dibelinya dari pekedai.Dia mengejar isterinya yang sudah agak jauh.

“Sayang , kita balik bilik dulu okay ? Abang rasa sayang kurang sihat ni.” jelas Tuan Zahin kepada isterinya.

“Abang tu yang problem , baru dekat sikit nak muntah.” marah Zehra manja.Tetapi hatinya tetap sakit dengan perangai mengada suaminya itu.

“Okay , abang salah...tapi kita balik bilik dulu and rehat puas-puas , abang rasa kita berdua tak cukup rehat.” jelas Tuan Zahin.

“Rehat secukupnya dulu , esok baru kita jalan puas-puas okay ?.” pujuk Tuan Zahin kepada isterinya.

“Malas nak cakap dengan abang , nak merajuk.” ujar Zehra tanpa menghiraukan suaminya.Dia terus melangkah laju menuju ke bilik penginapannya.Sesampai sahaja di bilik , pintu di buka Tuan Zahin manakala Zehra Amanda terus sahaja meluru masuk ke dalam bilik dan menghempaskan badannya ke atas katil.Tuan Zahin mengeluh kecil dengan sikap isterinya yang tersangat emosi kini.

“Sayang , janganlah merajuk macam ni ?.” pujuk Tuan Zahin lembut.Hatinya cukup bersabar dengan sikap Zehra Amanda.

“sanalah , tak perlu susahkan diri abang nak pujuk isteri abang ni , saya ni kan menyusahkan abang saja.” ucap Zehra yang kini hatinya sentap dengan suaminya.Tuan Zahin mengeluh sekali lagi.

“Ya allah sayang , siapa cakap sayang menyusahkan abang ? Kita datang kan nak honeymoon ? Kenapa perlu kata menyusahkan pula ?.” soal Tuan Zahin lembut.

“Biarlah saya macam ni , pergi jauh sana , nanti muntah pula.” sindir Zehra Amanda tanpa menjawab soalan suaminya itu.

“Takpalah , sayang rehat okay.” jelas Tuan Zahin sayu dan agak terasa hati dengan kata-kata isterinya.

“Abang sayangkan isteri abang.” ucap Tuan Zahin lalu mengucup lembut dahi isterinya.Saat mengucup dahi , airmatanya mengalir di pipi.Perasaan hiba telah membakar hatinya , apa yang tidak kena dengan dirinya dia sendiri tidak tahu.

“Sayang jangan tinggalkan abang lama-lama ya , sebab abang tak tahan rindu pada sayang.” ucap Tuan Zahin sayu.Dia mula melangkah keluar ke balkoni.Di situlah , airmatanya gugur semahunya.Dia kecewa dengan dirinya juga kerana gagal menjadi yang terbaik buat isterinya.

“Hati sayang masih pada Fikri , abang minta maaf.” ucap Tuan Zahin sendirian dan perlahan.

“Abang gagal jadi suami yang melengkapi hati sayang.Mungkin memang tidak ada ruang dalam hati sayang untuk abang.” ucapnya lagi.Wajah ditekupkan.Dia menangis tanpa menghiraukan sesiapa yang mendengar tangisannya.

Tiba-tiba , ada sebuah tangan sudah menyentuh bahu tegapnya.Perlahan wajah diangkat untuk melihat gerangan itu , dengan wajah yang mula menyembab dan penuh dengan air mutiara jernih itu.Dia melihat isterinya Zehra Amanda sudah berdiri tegak dibelakangnya dengan linangan airmata pada wajah.Dia terkedu seketika.

“Sayang , kenapa bangun.” tidak tahu mahu memberi reaksi apa , Tuan Zahin menyeka airmatanya lembut.Tubuh dipusingkan sepenuhnya menghadap Zehra Amanda.

“Kan abang suruh sayang rehat ?.” ucap Tuan Zahin lembut.

“Sayang tak mampu nak pejam mata bila sayang biarkan airmata abang terus mengalir disebabkan sayang.” jelas Zehra dengan nadanya yang tenggelam timbul kerana menahan sebak.

“Ya abang nangis , tapi bukan sebab sayang ?.” jelas Tuan Zahin.Dia cuba mendekati isterinya.Perlahan-lahan tangannya mendarat di atas bahu isterinya.

“Abang nak kita sama-sama check doktor untuk tahu apa sebenarnya yang kita alami.” Jelas Tuan Zahin.

“Okay , tapi tunggu kita balik Johor nanti baru kita check ya ?.” jelas Zehra lembut.

“Alaa , lamanya sayang ? Kita ada berbaki 2 hari lagi dekat sini.” jelas Tuan Zahin mengeluh kecil kerana dia sendiri tidak selesa dengan apa yang dialaminya bersama isteri.

“Tak lama lah abang , pejam celik nanti kita pun dah nak balik.” jelas Zehra lembut dan cuba mendekati suaminya.Malah , Tuan Zahin melangkah beberapa tapak ke belakang.Zehra agak tersentap dengan kelakuannya itu , Zehra tersenyum hambar.

“It’s okay abang.” jelas Zehra.

“Sorry sayang.” ucap Tuan Zahin lemah dan sayu.

“Sayang nak pergi mandi sekejap , mana tahu kalau dah wangi abang nak peluk cium ?.” jelas Zehra menyindir suaminya dalam gurauan.

“Abang memang tak boleh dekat dengan sayang lah.” jelas Tuan Zahin menegakkan keadilan.

hai baby readers , jom follow Ig Fatimah untuk melihat watak2 supaya lebih menjiwai lagi masa uolls baca..hihi..and jangan lupa follow acc NP Fatimah untuk dapat noti daripada Fatimah setiap kali Fatimah update..muah..FY sayang baby readers

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience