NZ (5)

Drama Completed 72971

Mikail Adam kini sudah berada di bangunan megah Johor Corporation milik Dato Paduka Hilman dan anak-anak lelakinya.Dia menutur langkah menuju ke lif , tiba-tiba ada seseorang yang turut berada di sebelahnya untuk menunggu menaiki lif yang sama juga.Terkedu Mikail , apabila wanita kesayangannya turut berada di sebelahnya untuk menaiki lif bersama.Dia menjadi tidak keruan apabila Zehra berdiri agak belakang darinya.Zehra juga hanya memerhati wajah dan kelakuan gelisah Mikail dari sisi.Akhirnya pintu lif terbuka , mereka berdua melangkah masuk bersama tetapi didahului Mikail.Hati Mikail menjadi lebih tidak keruan kerana kini dia hanya berduan bersama dengan Zehra Amanda.Mereka berdua hanya menyepi.Sehingga pintu lif terbuka di tingkat yang ingin dituju mereka.Terpampang sudah wajah Hasya Adriana di hadapan muka pintu lif , gadis itu tersengih melihat asyik tetapi debaran di hatinya mengocak apabila melihat Mikail yang turut berada sama.

“Hai babe”.ucap Hasya riang.

“Hai , amboi kau…macam tak jumpa aku setahun..so bila kita punya meeting harini ?”.soal Zehra kepada Hasya kerana dia telah pun melantik sahabatnya itu sebagai setiausahanya secara peribadi juga.

“Opss , harini kau tiada any meeting”.ujar Hasya lembut dan gedik.

“Habis aku kena buat apa je harini ?”.soal Zehra pelik.

“Harini kau ada photoshoot dengan husband kau yang tersayang tu”.ejek Hasya dengan riak wajah yang gedik.

“Tak perlu nak beria , bila ? pukul berapa ?”.soal Zehra kepada Hasya.

“Pukul 10 pagi , tapi kau tunggu lah sampai suami kau datang , sebab dia tak masuk pejabat lagi”.jelas Hasya.

“Aik , dah pukul 8:30 tak masuk office lagi ?”.soal Zehra pelik dengan suaminya yang masih belum melapor diri walaupun sudah 8:30 pagi.

“Haih , kau dah lupa ke ? Kau kan hidup bermadu ?”.sindir Hasya tiba-tiba.Zehra terkedu , fikirannya sudah melayang apa yang terjadi antara Fikri dan Rose.

“Haa , aku cakap sikit je kau termenung ? Boleh tak berhenti mengelamun ?”.pinta Hasya sepenuh hati.

“Kau dah cuba call dia ?”.soal Zehra kepada Hasya.

“Aku call dekat 10 kali , tapi satu pun tak berjawab”.jelas Hasya tentang panggilan yang dibuatnya.

“Takpalah , nanti sekejap lagi sampailah tu”.ujar Zehra menyedapkan hatinya.

“Dah , aku nak balik bilik aku semula”.ujar Hasya lalu mula mengatur langkah pulang ke biliknya semula.

Zehra juga ingin masuk ke bilik Fikri , untuk menunggu suaminya sehingga bermulanya pengambaran.Tiba-tiba dirinya dipanggil seorang dari arah belakang , dia menoleh ke belakang dan melihat Mikail sedang menapak menuju ke arah tempatnya berdiri.

“Yes Mikail ? Can I help you ?”.soal Zehra serius tetapi masih berniat untuk membantu lelaki itu.

“Tolong I something ?”.pinta Mikail.

“Yes sure , what ?”.soal Zehra lagi.

“I sukakan you”.jujur dan luah Mikail sekali lafaz.

“What ?”.soal Zehra tenang.

“I sukakan you dah lama Zehra , please terima I , I betul-betul sukakan you”.ucap Mikail tanpa berfikir panjang.

“You masih waras kan Mikail ? I wife orang”.jelas Zehra Amanda kepada Mkail Adam.

“Yes I know you someone’s wife , tapi suami you jalankan tanggungjawab dengan baik ke ?”.soal Mikail menyakiti hati Zehra.Zehra mula berasa tidak selesa dengan lelaki itu.

“Sebelum Fikri datang lebih baik you lupakan apa yang you cakap dengan I sekarang ni , if not I akan report dekat Fikri and you akan diambil tindakan”.jelas Zehra kepada Mikail.

“You pernah jumpa ke , orang yang meluahkan rasa cinta kena ambil tindakan ?”.soal Mikail Sinis.

“Memang tak pernah Mikail Adam , but you memang dah cabar kesabaran I”.ucap Zehra yang kini benar-benar rasa marah terhadap lelaki dihadapannya itu.

“Kenapa you masih bertahan dengan lelaki yang tak pernah beri kebahagiaan dengan you ?”.soal Mikail selamba tanpa rasa bersalah dengan pertanyaannya.

“Sebab I terlalu bahagia dengan dia , so akan bertahan dengan dia sampai mati”.jawab Zehra dengan penuh yakin dan menyimpan sejuta rasa dihatinya.Entah mengapa perasaan cinta terhadap suaminya hadir membuak-buak secara tiba-tiba sedangkan dia hanya ingin meyakiti hati Mikail.

“Bahagia ke ? 8 tahun dia abaikan you ? Bahagia ?”.sinis pertanyaan Mikail kepada Zehra Amanda.

“Stop it Mika , I respect you sebagai pekerja I , you jangan buat I hilang rasa hormat pada you Mika”.amaran diberi kepada Mikail Adam.

“I okay je kalau you hilang rasa hormat pada I sebagai pekerja , maybe you nak hormatkan I sebagai suami ?”.ujar Mikail tanpa rasa malu dan bersalah.

PANG !.

Satu tamparan hebat hinggap di pipi mulus Mikail , dia terkejut tiba-tiba dapat satu tamparan dari seseorang tetapi yang pastinya bukan daripada wanita kesayangannya itu.Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan yang menampar pipinya tadi.Alangkah terkejutnya Mikail apabila melihat Zahid yang menamparnya , wajah Zahid kini begitu mengerungkan mereka berdua.

“Kau cakap sekali lagi , apa yang kau cakap tadi ?”.arah Zahid dengan suara yang menekan.

“Kau sibuk pasal aku kenapa ? Kan aku cakap aku akan usaha dapatkan dia , kau jangan mencelah tepi kain orang boleh tak ?”.tengking Mikail kepada Zahid.Terbutang mata Zehra apabila dia mendengar penyataan daripada Mikail itu.

“Kau tahukan Zehra isteri orang ? Isteri majikan kau sendiri , kenapa masih nak ambil hak orang ?”.soal Zahid dalam nada marah.

“Suka hati akulah , suami dia bukan jaga dia pun”.ujar Mikail yang masih berkeras.

BUK !.

Satu tumbukan pula yang hinggap di muka Mikail Adam.Kalini dia tersungkur dan tidak dapat melihat wajah siapa yang menumbuk wajahnya itu.Tetapi wajah yang menumbuk Mikail itu , dapat dilihat jelas oleh Zehra dan Zahid.Alangkah terkejutnya Zehra dan Zahid apabila melihat Fikri sudah berdiri di hadapan mereka dengan wajah yang mengerunkan.Zehra menelan liurnya kesat , manakal Zahid pula sudah memandang wajah majikannya itu dengan pandangan cuak.

“Abang”.panggil Zehra seperti tidak menyangka yang suaminya mendengar segala penyataan yang keluar dari bait-bait kata Mikail.

“Apa kau cakap ? Aku tak bahagiakan isteri aku ? Kau nak aku buat hidup kau bahagia terus seumur hidup ? Lepas ni kau dah tak perlu datang kerja lagi ? Kau duduk je atas katil ? Nak ?”.ujar Fikri dengan sindiran dan suara yang kasar.

“Abang dah lah , kita masuk office jom ?”.ajak Zehra sambil mengurut dada suaminya yang berlapiskan pakaian supaya Fikri dapat bertenang.

“Sekali lagi Mikail Adam ! Sekali lagi kau kacau isteri aku , aku tak tidak akan teragak-agak untuk pecat kau”.ujar Fikri dengan penuh rasa.

“Sir , apa kata sir bertenang dulu , biar saya nasihatkan dia”.ujar Zahid yang tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi.

“Kau nasihatkan dia sampai dia faham Zahid , kalau dia tak faham jugak , biar aku yang buat dia faham”.ujar Fikri dengan marah lagi.

“Dah lah abang , jom kita masuk bilik abang”.ajak Zehra lagi.Akhirnya dia menarik suaminya menuju ke bilik pejabat.Sesampai disana , sebotol air mineral dihulur kepada Fikri supaya dapat melegakan rasa marah dihati dan bertenang.

“Kenapa sayang tak pernah bagitau abang yang dia ada simpan perasaan terhadap sayang ?”.soal Fikri agak tidak puas hati.

“Macam mana sayang nak bagitahu ? Sayang pun baru tahu tadi ?”.ujar Zehra selamba.

“Lain kali tolong berhati-hati dengan lelaki tu , abang taknak benda tak elok pulak lepas ini dia cuba buat dekat sayang”.ujar Fikri yang masih dalam nada marah.Tetapi suaranya perlahan semasa bertutur dengan isterinya.

“Abang sayangkan manja ke ?”.hati Fikri sengaja diuji Zehra.Dia ingin melihat sejauh mana rasa cemburu Fikri terhadap dirinya ketika bersama lelaki lain walaupun atas urusan kerja.

“Abang akan sentiasa cemburu walaupun sayang dengan daddy”.ujar Fikri terang-terangan.

“Kalau macam tu , abang perlu bertenang , sebab sekejap lagi ramai lelaki nak tengok sayang”.balas Zehra selamba.Tetapi di dalam hatinya sudah bersorak riang apabila dapat menyakat suaminya.

“Kenapa pula ? Siapa ?”.soal Fikri dengan nada amarah.

“Photographer lah , abang cakap nak photoshoot harini , tapi datang lambat , dah datang lambat , lepas tu marah-marah pula”.bebel Zehra dengan wajah memuncung , matanya hanya tertumpu pada dada bidang suaminya yang berlapiskan pakaian itu.

“Cakap lah yang itu , yang itu takpa memang diorang akan tengok kita”.ujar Fikri dengan nada yang mula mengendur.

“Abang I love you”.ucap Zehra dengan wajah manja dan suara yang mengoda.

“I love you too baby”.ucap Fikri kembali.

Zehra tersenyum riang apabila dirinya dimanjakan sebegitu , tubuh Zehra dirangkul Fikri dan di letakkan di atas ribanya.Dia mengucup pipi Zehra dari sisi , isterinya juga turut membalas perkara yang sama.

“You are my antidote”.ucap Fikri dengan nada romantis.Mereka berdua tersenyum bahagia apabila dapat bersama seperti ini

Nia dan Raxiq hari ini tidak ke pejabat kerana ingin membuat persiapan untuk pulang ke kampung lagi beberapa hari.Persiapan dibuat seawal mungkin supaya tidak menjadi kelam-kabut perjalanan mereka nanti.

“Sayang , barang-barang ada yang nak beli tak untuk bawa balik kampung ?”.soal Raziq kepada isterinya.

“Takda lah sayang , semua kita dah beli semalam”.jelas Nia kepada suaminya.

“Emm , kalau macam tu okaylah , sini..biar Raziq tolong sayang”.pelawa Raziq atas khidmat pertolongannya kepada Nia.

“Sayang pandai ke kemas ? Orang lelaki mana tahu buat kerja orang perempuan ? Mengarahkan reti lah”.kutuk Nia dalam tawanya yang sederhana.Raziq berpeluk tubuh.
“Habis yang hari-hari Raziq masak tu untuk siapa ?”.soal Raziq ingin membela dirinya sendiri.

“Untuk Nia lah”.jawab Nia Amanda manja dan tertawa riang seperti kanak-kanak.

“Tahu pun , suka-suka je kutuk Raziq eh ?”.ujar Raziq dalam nada merajuk.

“Alaa , sayang janganlah merajuk nanti Nia takda kawan nak borak”.pujuk Nia.Wajahnya seperti orang mahu menangis.

“Kita yang merajuk , dia pula yang nak menangis”.sindir Raziq kepada isterinya.

“Yelah , kalau sayang merajuk , Nia nak peluk siapa malam ni ?”.soal Nia manja dengan wajah mencebik.

“Bantal busuk sayang tu kan ada , kan sayang lagi sayangkan bantal busuk tu daripada Raziq ?”.ujar Raziq sengaja membuat isterinya sehingga mengalirkan airmata kerana wajah sewaktu menangis Nia Amanda lah membuat hati Raziq terpikat.

“Raziq….....”.meleret nama Raziq dipanggil Nia.Akhirnya tangisan Nia terhambur juga.

“Tulah , lain kali jangan derhaka dengan suami”.ujar Raziq mengutuk isterinya lagi.

“Sini dekat Raziq”.panggil Raziq dengan mendepakan tangannya.Laju sahaja Nia memeluk tubuh sasa suaminya itu.Raziq membalas pelukan isterinya.Kepala Nia Amanda dikucup lembut.

“Raziq sayang dekat isteri Raziq ni , mana boleh takda budak ni satu malam , confirm satu hari Raziq gila”.ujar Raziq romantis.Wajah yang disembamkan didada suaminya itu masih terukir senyuman di bibir Nia Amanda.

“Terima kasih sebab sayang Nia”.ucap Nia manja sambil kepalanya diangkat seketika menghadap wajah tampan suaminya.

“Sama-sama sayang”.ucap Raziq kembali.

“Dah jom kita sambung mengemas”.ajak Raziq kepada isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience