NZ (9)

Drama Completed 72977

Fikri baru sahaja sedar dari lenanya.Dia menoleh ke arah isterinya yang sedang bermain telefon pintar itu.Perlahan-lahan tangannya menjalar meraba tubuh isterinya yang sedang bersandar di kepala katil itu.Dia menekup wajahnya di sisi paha isterinya.Zehra cuba menepis lembut tangan yang sudah menjalar ke dalam pakaiannya itu.Tetapi lengan suaminya bagai sama berat dengan tan , tiada daya kekuatannya untuk menghalang.Zehra mencubit lengan Fikri.Segera suaminya bangun terduduk kerana terkejut dan sakit dengan kelaku isterinya itu.Zehra tersenyum apabila melihat suaminya mencerlung tajam ke arahnya.

“Sayang ni , memang suka buat abang ehh ?.” soal Fikri dengan wajah yang berkerut.

“Habis , dah abang gatal sangat , kan dekat kampung ni.” jelas Zehra kepada suaminya.Dahi Fikri sekali lagi berkerut.

“Kenapa kalau dekat kampung ?.” soal Fikri pelik.

“Yelah , dekat sini bukan macam dekat rumah kita , orang main masuk je tanpa ketuk pintu dulu , lain kalau dekat rumah , abang tak keluar bilik satu hari pun takda siapa yang nak pertikaikan.” jelas Zehra kepada suaminya.

“Biarlah , abang bukan buat dekat perempuan lain , abang buat dekat isteri abang , diorang mesti faham punya , habis yang lain tu takda bini ke ?.” soal Fikri selamba.Zehra menepuk dahinya , penat mahu menjelaskan sesuatu kepada suaminya itu.

“Dah lah , malas nak cakap dengan abang , suka bergurau lebih sangat.” ujar Zehra menyampah.

“Sayang... .” panggil Fikri meleret.Zehra memejamkan mata.Sebenarnya dia tidak akan tahan dengan panggilan suaminya itu.Dia cuba menahan diri daripada terus memandang ke arah suaminya itu.

“Abang nak apa ?.” soal Zehra lembut.

“Abang nak sayang.” balas Fikri selamba.Sambil tangannya sudah merayap di belakang tubuh isterinya.Zehra berdecit.

“Abang , kalau nanti boleh kan ? Sayang ada kerja nak buat.” jelas Zehra kepada suaminya.

“Kerja apa ?.” soal Fikri selamba.

“Sayang nak tolong mak masak.” jelas Zehra lagi.

“Alaaa , yang lain kan ada biarlah diorang tolong.” rayu Fikri kepada isterinya.

“Tapi tadi diorang kata nak keluar kejap , nak pusing kampung , ataupun abang tolong sekali , nak ?.” ajak Zehra kepada suaminya.

“Okay lah tu , janji abang tak hilang sayang.” jelas Fikri nakal.Zehra menjuihkan bibirnya.

“Yang abang takut sangat isteri abang ni hilang dah kenapa ?.” soal Zehra pelik.

“Yelah , nanti sayang sibuk nak pergi tolong mak.” jelas Fikri.

“Ishh...biarlah sayang nak tolong mak , dah lah sayang nak pergi dapur...kesian mak.” ujar Zehra lembut.

“Jom abang nak ikut sekali.” ajak Fikri manja.Tangan isterinya diraih lembut.

“Abang nanti mak nampak lah.” jelas Zehra yang cuba untuk melepaskan pegangan suaminya itu.

“Biarlah mak tengok , kenapa ? Salah ? Dosa ? Ke mak jealous ?.” soal Fikri nakal.

“Banyak lah abang punya jealous , mak tu dah tua , buat apa dia nak jealous ?.” soal Zehra kembali.

“Habis tu , biarlah abang pegang tangan sayang.” ucap Fikri.

Tangan isterinya kembali diraih , mereka berdua menuju ke dapur.Apabila sesampai sahaja mereka di dapur , Fikri terpempan dengan ramainya manusia di dapur apabila melihat adik , abang dan ipar-iparnya turut berada di dapur.Dia memandang ke arah isterinya yang berada di sebelahnya.

“Tadi cakap nak tolong mak ? Lepastu kata takda siapa tolong ? Habis ni apa ? Dah macam rewang dah abang tengok ?.” soal Fikri dengan raut wajah tidak puas hati.

“Sayang nak lari dari abang kan ?.” duga Fikri dengan raut wajah yang mula menyinga.Zehra menayangkan giginya yang putih , kemudian dia lari menuju ke arah belakang tubuh Iris.Puan Sarah berkerut dahi melihat anak perempuannya itu , dia juga seperti Zehra mejulurkan kepalanya seperti mencari sesuatu.

“Yang kamu ni cari apa ?.” soal Puan Sarah pelik.

“Haa , takda apa mak...manja cari hantu.” jelas Zehra , dalam masa yang sama dia melihat suaminya yang sedang merenung tajam ke arahnya.

“Cari hantu ? Hantu mana pulak siang-siang hari ni manja oi ?.” soal Puan Sarah.

“Hantu gatal mak.” jelas Zehra selamba mengutuk suaminya.Fikri mengetap bibirnya.Raziq yang turut berada di situ juga sudah terhambur tawanya perlahan diikuti Zaki , kerana mereka sudah faham apa yang dimaksudkan Zehra Amanda itu.

“Sampai hati sayang kan ?.” ujar Fikri yang sudah mendekati isterinya itu.Pinggang Zehra dipeluk erat.Iris yang berada di sebelah terasa malu dengan adegan abang iparnya itu.

“Abang , janganlah.” ucap Zehra perlahan dan agak berbisik pada suaminya.

“Kutuk abang kan ? Terima lah hukuman ni.” jelas Fikri mengugut isterinya.

“Hmm , macam dia jelah ada suami.” sindir Puan Sarah sambil mengerling ke arah anak perempuannya itu.Zehra tertunduk dan agak terasa dengan kata-kata ibunya itu.

“Kenapa mak cemburu ke ?.” soal Fikri selamba.Pelukan makin dipeluk kemas dan tersenyum kepada ibu mertuanya.Hati Puan Sarah menjadi meluap-luap dengan soalan menantunya itu.

“Takda masa mak nak cenburu , tapi tengok orang sekeliling dulu sebelum buat sesuatu , kalau rasa tak boleh nak beri tumpuan dekat sini , pergi masuk bilik je.” sindir Puan Sarah lagi.

“Dah ada isteri depan mata , mana boleh tahan mak ? Lagi-lagi ni lah satu-satunya nyawa Fik.” jelas Fikri yang menyindir ibu mertuanya lagi.

“Suka hati kamulah , malas nak bercakap dengan orang yang tak faham bahasa ni.” ujar Puan Sarah menyampah.

“Takpa lah mak , Fik bawa isteri Fik ke dalam dulu ye ?”. jelas Fikri dan seraya menarik tangan isterinya dan dibawa ke bilik.Meluap-luap hati Puan Sarah apabila melihat adegan mesra Fikri dan Zehra Amanda itu.

“Abang ni kenapa ?.” soal Zehra yang sedikit meninggi suara dengan suaminya.Fikri sedikit terasa dengan jerkahan isterinya itu tetapi ia tetap berlaku tenang dihadapan wanita kesayangannya itu.

“Sayang kenapa marah-marah abang ni ?.” soal Fikri dengan nada mendatar.

“Abang tahu tak sayang malu ?.” soal Zehra kepada Fikri.

“Lah nak malu kenapa pulak sayang ?.” soal Fikri dengan nada yang mengendur.

“Abang tak habis-habis nak bergurau macam tu depan orang , sayang malu lah.” jelas Zehra memarahi suaminya lagi.

“Maafkan abang kalau abang malukan sayang , abang takda niat langsung nak malukan sayang , takpalah sayang berehat lah dulu , abang nak keluar kejap.” jelas Fikri dengan nada kecewa.

“Maaf sekali lagi ye Zehra ?.” ucap Fikri sebelum keluar dari bilik mereka.Dia melangkah keluar dengan hati yang remuk.

“Ya allah , kenapa aku nak marah dia ni , aduhh berdosanya aku pada dia ya allah , aku taknak heret dia ke neraka mu ya allah.” ucap Zehra dalam linangan airmata.

Fikri hanya mendiamkan diri di ruang tamu , skrin tv yang gelap tidak bersiaran itu ditenung lama tanpa dia sedar dia sudah mengelamun.Airmata yang daripada tadi bergenang dibiarkan mengalir tanpa diseka.Jiwanya sakit apabila diperlakukan begitu.Tiba-tiba , ada tangan yang menyentuh bahunya , Fikri memandang ke arah tangan yang berada di atas bahunya.Dia menhalakan pandangannya ke hadapan semula apabila dia mengenali tangan yang bersarung cincin gangsa dijari manis itu.

“Kau kenapa termenung daripada tadi ?.” soal Raziq lembut.

“Takda apa.” jelas Fikri kepada abang sulungnya itu.Raziq yang sudah pun duduk berhadapan adiknya itu , terkejut apabila melihat Fikri sudah pun mengalirkan airmata.

“Kau nangis ?.” soal Raziq pelik dan agak terkejut.

“Takda lah.” jelas Fikri tetapi tangannya sudah naik ke pipi untuk menyeka airnata yang mengalir.

“Kau ada masalah ke dengan manja ?.” duga Raziq.

“Aku okay je dengan dia.” jelas Fikri kepada abangnya itu.

“Kalau okay , takkan lah menangis macam ni.” jelas Raziq kepada Fikri.Fikri mengeluh kecil.Kepala didongakkan ke atas.

“Entahlah , kadang aku rasa dah takda harapan dalam perkahwinan...kadang aku rasa baru nak bernyawa dalam alam perkahwinan ni.” jelas Fikri sayu.Raziq mengeluh kecil , dia meraup wajahnya lembut.

“Sabar lah Fik , allah tahu apa yang kau niat dalam hati sekarang ni , sebab tu dia uji kau hebat.” ucap Raziq kepada adiknya itu.

Sedang mereka duduk berbual di ruang tamu , ada seseorang yang datang berdiri di sisi kerusi yang diduduk Fikri.Raziq memandang wajah yang sedang berdiri itu.Akhirnya , Raziq bangun meninggalkan mereka berdua.

“Sayang okay ?.” soal Fikri mesra.Dia tidak mahu menunjukkan kesedihannya kepada Zehra.Walaupun hatinya remuk.Dia tahu , wanita itu lebih hebat diuji hatinya.

“Kenapa abang tanya sayang okay ? Sayang patut tanya abang okay tak ?.” jelas Zehra sayu.Airmatanya mula mengalir kembali setelah terhenti hampir 20 minit.

“Kenapa abang pulak ?.” soal Fikri seperti tidak mengerti.

“Tadi sayang tertinggi suara dengan abang”. jelas Zehra sayu.

“Takpalah...abang okay je..siapa yang cakap abang tak okay ?.” soal Fikri lagi sambil dia membelai rambut Zehra perlahan.

“Habis kenapa abang keluar bilik terus ?.” soal Zehra yang mula suaranya tengelam timbul.

“Lahh , tadi abang tengok emosi sayang tak betul , abang keluar lah bagi sayang ruang untuk bertenang.” jelas Fikri sambil tersenyum.

“Betul ni ? Bukan sebab abang terasa ?.” soal Zehra ingin kepastian suaminya.

“Ye sayang , betul.” ucap Fikri lembut dan tersenyum manis kepada isterinya.
“Okay , baru lega hati sayang bila dapat tahu abang tak terasa dengan sayang.” ucap Zehra manja.

“Tapi abang nak minta maaf juga.” ucap Fikri lembut walaupun ada nada sayu.

“Minta maaf kenapa ?.” soal Zehra pelik tetapi lembut sahaja raut wajahnya.

“Sebab malukan sayang dekat dapur tadi.” jelas Fikri diatas kesilapannya.

“Takpalah , sayang dah maafkan abang , next time jangan buat lagi.” amaran diberi Zehra.Fikri tersenyum dengan gelagat isterinya itu.

“Terima kasih sebab sudi maafkan abang.” ucap Fikri lembut.Dahi isterinya dikucup.

“Sama-sama hero.” ucap Zehra kembali lalu mengucup tangan suaminya.

Raziq yang daripada tadi memerhatikan adegan mesra Zehra dan Fikri dari sebalik dinding hanya mendiamkan diri dan membiarkan dirinya melayan perasaan sayu.Dia berasa hiba apabila Fikri tidak jujur dengan perkara yang sebenar kepada Zehra.

“Aku tahu kau nak berkorban untuk manja sekarang , tapi aku harap kau tak biarkan diri kau sakit kerana pendam perasaan yang akan menghancurkan hidup kau , janganlah kau ulang sekali lagi sakit yang pernah kau hadapi 8 tahun yang lepas kerana menjaga hati orang lain Fik.” ucap Raziq sayu di dalam hati.Kemudian dia beredar dari situ menuju ke dapur semula.

Puan Sarah sekeluarga sedang bersantapan bersama.Fikri yang sedang menikmati masakan ibu mertuanya itu diperhati Puan Sarah dengan senyuman nipis.Kelakuan Puan Sarah itu juga diperhatikan oleh semua mata yang berada di meja makan kecuali Fikri.Dia terlalu menikmati hidangan makan malam yang berlauk kampung itu tanpa sedar apa yang sedang terjadi.Zehra tersenyum kecil kepada suaminya di sebelah apabila suaminya itu terlalu berselera.

“Sedap sangat ke Fik ?.” soal Puan Sarah kepada menantunya.

“Sedap mak , dah lama tak makan lauk kampung dan dah penat makan lauk bandar.” jelas Fikri mesra kepada ibu mertuanya.

“Hmm , esok mesti lagi sedap Fik makan dan lagi berselera.” jelas Puan Sarah kepada Fikri.Fikri berkerut sedikit , dia langsung tidak faham dengan kata-kata ibu mertuanya itu.

“Kenapa pulak mak ? Mak nak masak nasi minyak ke esok ?.” soal Zaki teruja.

“Ehh bukan , esok kita ada tetamu.” jelas Puan Sarah kepada semua anak dan menantunya yang turut berada di meja makan.

“Siapa pulak yang nak balik kampung ni ?.” soal Zaki dan Raziq bersilih ganti.Puan Sarah tersenyum ceria dan menyambung menyuap satu suapan nasi ke mulutnya.

“Mak nak buat kenduri kendara ke ?.” soal Zaki pelik.

“Bukan , esok anak mak yang jadi tetamu kita.”jelas Puan Sarah ceria.

“Anak ?.” soal Zaki pelik.Dia melihat isterinya yang berada di sebelah dari atas hingga ke bawah dengan pandangan pelik.

“Apa tengok-tengok ?.” soal Iris tidak puas hati dipandang begitu.Mereka yang berada di meja makan tertanya-tanya , gerangan siapa yang akan menjadi tetamu istimewa Puan Sarah esok.Kecuali Fikri Hakim.Dia bagai dapat mengagak sesuatu dari raut wajah Puan Sarah itu.

“Roae ke ?.” soal Fikri tiba-tiba.Terkedu semua yang berada di meja makan.Mereka tertumpu kepada Fikri dengan tidak berkelip mata.
“Haih , dah rindu ke ? Mana tahu mak nak panggil Rose ? Tulah ambil cuti lama-lama lagi kan dah rindu dekat isteri.” jelas Puan Sarah kepada Fikri mesra.

Hati Fikri meluap-luap bagai ada sesuatu bakal meletus.Tetapi Zehra dapat mengetahui terlebih dahulu apabila melihat wajah suaminya bertukar menjadi merah padam.Dia menyentuh paha suaminya lembut , dan berharap kemarahan suaminya itu menjadi lega.

“Kenapa Rose ? Dia bukan anak mak ?.” soal Zaki selamba.Puan Sarah tiada jawapan untuk menjawab pertanyaan menantunya itu.Air mukanya berubah.

“Esok Zehra tolong mak ye , mak nak masak lauk kegemaran Fikri...nanti kita boleh makan sama-sama.” ujar Puan Sarah tanpa rasa bersalah.

“Baik mak , esok Zehra tolong mak.” ucap Zehra kembali.Hati Fikri bertambah sakit apabila kesayangannya itu bersetuju untuk menolong ibu mertuanya bagi menyediakan hidangan buat isterinya Rose Isabelle.

“Raziq esok pagi bawa mak pergi kedai mak Zatie tu ye , nak beli barang sikit.” pinta Puan Sarah lembut.Hampir tidak mampu Nia menelan makanan di dalam mulutnya.Perasaan cemburu telah menghurung jiwanya.Raziq terpaksa bersetuju dan merelakan walaupun dia tidak mahu menyakiti hati isterinya.

maaf ye baby readers..fatimah terpaksa publish lambat..sebab lind dekat johor tak berapa baik..jemput baca okay..muahhh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience