NZ (11)

Drama Completed 72977

Fikri yang sedang duduk sambil menghirup secawan kopi itu ditemani isterinya Rose Isabelle.Dia berasa tidak selesa lerana sering dipandang isterinya itu dari sisi.Dia hanya membuat tidak tahu terhadap Rose yang berada di sebelahnya.Tiba-tiba Puan Sarah pula yang datang dari arah ruang tamu menegur mereka berdua.

“Fik , minum je ke ? Tak makan ?.” soal Puan Sarah lembut.

“Tak mak , tadi Fik dah makan dengan manja , kenyang lagi.” jelas Fikri menipu ibu mertuanya itu untuk menyakiti hati kedua-dua wanita yang kini bersama dengannya.

“Kenapa tak teman Rose makan ?.” soal Puan Sarah mendatar.

“Entahlah , rasa berselera pulak bila manja yang suap.” jawab Fikri selamba tanpa memikirkan hati perasaan dua wanita itu.

Sedang mereka duduk bersama di meja makan.Tiba-tiba Nia datang mendekati mereka dengan wajah yang cuak.Dia memandang wajah Fikri dengan seribu satu rasa takut.Fikri berkerut dahi apabila dipandang begitu.

“Yang kamu ni dah kenapa Nia ?.” soal Puan Sarah kepada anak perempuannya yang beriak wajah cuak itu.

“Ma..manja…manja panjat pokok lepastu dia taknak turun.” Jelas Nia tergagap-gagap.Terbutang mata Fikri mendengar penjelasan Nia itu.

“Ha pulak , dah kenapa dia buat macam tu ?.” soal Puan Sarah terkejut.

“Dia kata dia merajuk dengan Angah.” jelas Nia kepada ibunya itu.

“Ya allah , buat perangai pulak anak aku sorang ni , dah jom pergi tengok dia.” jelas Puan Sarah yang terus bergegas ke pokok yang dimaksudkan Nia sebentar tadi.

“Jom.” ajak Fikri pula kepada Nia.

“Fik teman lah I dekat sini.” jelas Rose mengada.

“Isteri I dalam bahaya , you nak bertanggungjawab ke kalau apa-apa jadi dekat dia ?.” soal Fikri sinis.

“Siapa suruh dia buat kerja gila ?.” soal Rose selamba tanpa rasa bersalah.Renungan tajam di arah kepada Rose.

“Sebab I saja yang boleh pujuk dia turun.” jelas Fikri dengan tegas.

“And you takda hak nak pertikaikan siapa dia okay ? Sebab you takda kena mengena dengan hidup I.” jelas Fikri tegas lagi.

Kemudian dia berjalan menuju ke belakang rumah , untuk mendapatkan ahli keluarga yang sedang memujuk isterinya Zehra Amanda supaya turun dari dahan pokok tersebut.Dia sudah pun tiba di tempat mereka berdiri , dia memandang ke atas dahan dan ternampak isterinya juga sedang memandangnya.Fikri mula berganjak ke hadapan sedikit untuk bertutur dengan isterinya lebih jelas.

“Sayang , turun sayang.” pujuk Fikri lemah lembut.

“Sayang , kenapa duduk atas pokok tu ?.” soal Fikri lagi.

“Merajuk dengan abang ke ?.” duga Fikri pula.

“Fik , kau settlekan lah bini kau ni , kami masuk dalam rumah dulu.” jelas Raziq , kemudian dia beriringan dengan ahli keluarga yang lain menuju ke dalam rumah.

“Tak habis-habis menyusahkan.” ucap Puan Sarah sekilas sambil beredar dari kawasan itu.

Zehra cukup terasa dengan kata-kata ibunya itu , dia terasa dipinggirkan oleh ahli keluarga yang lain.Airmatanya mula mengalir , perlahan-lahan langkah menurun diaturnya untuk turun ke bawah.Dia bahagian agak tinggi sedikit dia menerjun ke bawah dan disambut suaminya.Fikri menyeka airmata yang mengalir di pipi mulus isterinya itu.

“Sayang menyusahkan abang ke ?.” soal Zehra sayu.

“Sayang tak pernah susahkan sesiapa pun.” ucap Fikri sambil tersenyum.Dahi isterinya dikucup lembut.

“Tapi kenapa mak selalu cakap sayang susahkan dia ?.” suaranya tengelam timbul apabila bertanyakan soalan tentang ibunya.

“Sebab dia yang susahkan diri dia sendiri.” jelas Fikri bersahaja.

“I ingat Qhaira yang paling you sayang selama ni , rupanya ada yang lebih you sayang dari Qhaira.” Sindir Rose yang tiba-tiba berada di belakang mereka sambil berpeluk tubuh.

“She’s my baby.” jelas Fikri bangga sambil memeluk isterinya itu.Zehra memandang wajah Rose dengan penuh perasaan yang dia sendiri tidak dapat mengenal pasti.Adakah perasan benci sudah bertandang di hatinya.

“Awak takda hak untuk pertikai siapa yang Fikri pilih , jika dia pilih saya awak kena terima seadanya.” jelas Zehra Amanda tegas.Terkedu Fikri apabila melihat isterinya yang mula berani bersuara begitu.Rose juga terkejut.Dia menjadi semakin sakit hati dan tidak keruan.

“Dah sayang jom masuk , nanti abang urutkan sayang.” ajak Fikri lembut.Rose yang berada di situ ditinggalkan begitu sahaja.Hatinya menjadi panas apabila mendengar amaran yang keluar dari mulut madunya itu.

“Sial punya perempuan , kau jaga , aku akan pastikan yang kau akan kehilangan semuanya.” ucap Rose dalam nada geram.

Fikri dan Zehra sudah tiba di bilik tidur mereka.Zehra membuka pakaiannya lalu diletakkan di dalam bakul pakaian kotor.Fikri terkesima melihat isterinya yang tidak berpakaian itu.Pandangan cuba dialihkan.Tetapi hasutan nafsu telah menyelubungi dirinya.Dia mendekati isterinya itu , pelukan ditaut dari arah belakang.

“Abang , apa ni ? Kan sayang nak salin baju ?.” jelas Zehra kepada suaminya.Fikri tidak mengendahkan , malah bahu isterinya dikucup lembut.Zehra berasa geli dan mengeliat kecil.

“Siapa suruh hidangkan abang untuk makan malam sekali ?.” soal Fikri nakal dan penuh makna.

“Abang jangan lupa , bini satu lagi pun ada dekat sini , sayang malas nak dengar mak sindir sayang.” jelas Zehra bersahaja tanpa nada.

“Sayang cemburu pasal semalam tu ke ?.” soal Fikri menduga fikiran isterinya.

“Hmm , sakit hati bukan cemburu lagi dah.” jelas Zehra berani.Entah kenapa hatinya berubah menjadi cemburu sejak tadi.

“Sakit hati ? Sayang betul-betul ingat abang nak cakap macam tu dekat Rose ke ? Bukanlah…abang cuma sindir diorang berdua…tapi orang takda muka kan ? Mana nak faham.” jelas Fikri selamba.

“Cukuplah , abang ada pilihan sekarang ni ! Lepaskan Rose atau lepaskan sayang ?.” soal Zehra berani.Fikri terpaku dengan soalan yang diberi isterinya itu.

“Apa sayang cakap ni ?.” soal Fikri lemah.

“Abang tahu kan , kenapa daddy suruh kita balik kampung ? Tapi mana kegembiraan kita masa awal-awal haritu ? Walaupun mak sakitkan hati sayang , sayang tetap happy sebab ada abang dengan adik-beradik yang lain…tapi lepas Rose datang ? Apa yang jadi pada kita ? Bahagia ke kita ? Mungkin tak banyak sedikit hati abang ada rasa bahagia , sebab Rose tu isteri abang.Tapi sayang ? Sayang terseksa dengan keadaan kita sekarang ni , sayang tak bahagia langsung.” luah Zehra dalam linangan airmata.

“Abang takda niat sedikit pun untuk sakitkan hati sayang , sayang percayakan abang ya.” pinta Fikri seperti anak kecil.

“Sayang percaya kan abang bila abang dah lepaskan salah seorang dalam hidup abang , sama ada sayang atau Rose.” tegas Zehra sekali lagi.

“Kenapa sayang ? Kenapa seksa abang ? Kenapa perlu suruh abang lepaskan Rose ? Sayang pun tahu sebab kenapa abang tak boleh lepaskan dia kan ?.” jelas Fikri lagi.

Laju airmata Zehra Amanda mengalir apabila mendengar penyataan suaminya itu.Adakah Fikri Hakim telah mula jatuh hati pada Rose Isabelle ?.

“Sayang , abang tak boleh bagi kata putus sekarang , abang kena fikir pasal Qhaira.” jelas Fikri mendatar.

“Kenapa abang masih berharap pada dia ? Abang masih berkudrat , abang boleh cari kerja lain kan ?.” soal Zehra tidak puas hati di dalam tangisan kecilnya.

“Abang ada sayang , abang ada Qhaira…macam mana abang nak tinggalkan semua yang abang ada sekarang ni ? Untuk memulakan sesuatu yang baharu , abang perlukan masa.” jelas Fikri.

“Kalau lah daddy tahu tentang niat abang sekarang ni , mesti dah lama dia pecat abang.” ujar Zehra tegas.

“Bagi abang masa cari suatu pendapatan yang tetap untuk tanggung sayang dengan Qhaira ? Sebab abang taknak kehilangan sekali lagi orang yang abang sayang.” jelas Fikri sayu.Wajahnya tertunduk merenung lantai papan bilik itu.

“Abang… .” panggil Zehra lembut dan meleret.

“Walau apa pun yang terjadi , sayang tetap akan ada di sisi abang , kalau lepas ni kita kena duduk PPR sekali pun , sayang akan tetap ikut abang , kalau abang rasa takda siapa nak jaga Qhaira lepas ni , takpa sayang boleh berhenti kerja dan jaga Qhaira..gaji abang nanti insyaallah boleh menampung belanja kita bertiga.” jelas Zehra yang cuba memujuk suaminya.
“Tapi kuat ke abang nak mulakan sesuatu yang baru dalam hidup ?.” soal Fikri kepada isterinya.

“Sayang sentiasa sokong abang.” jelas Zehra kepada suaminya.

“Terima kasih sebab sedarkan abang , abang pun dah tak tertanggung lagi masalah yang ada.” jelas Fikri sayu.Tubuh Zehra dipeluk dari arah belakang , bahu dikucup lembut.

“Lepas ni , abang tak perlu fikir banyak masalah , abang fokus pada sayang dengan anak je.” ujar Zehra yang mula bernada ceria.

“Abang kena ingat , apa yang abang ada ni bukan hak milik abang sepenuhnya , harta tetap milik Rose , abang tak malu ke yang maruah abang sebagai suami sedang dipijak-pijak sekarang ni ?.” soal Zehra.

“Abang makan harta dia tau , bukan abang bagi dia makan harta abang ? Kesian dekat Qhaira , lama-lama dia yang jadi mangsa.” jelas Zehra sayu.

“Walaupun niat abang baik , semua ni abang bertahan demi Qhaira , tapi abang kena fikir yang abang tak boleh berterusan macam ni ? Lagi-lagi dengan perempuan macam Rose tu , elakkan dari terus makan harta isteri ,sebab semuanya akan jadi padah pada suatu hari nanti.” jelas Zehra lembut.

“Tubuhnya dipusingkan menghadap Fikri , wajah suami tercinta di belai lembut.Dahi Fikri dikucup penuh kasih.Dia tahu , lelaki di hadapannya ini sedang bertarung dengan hatinya sendiri , melepaskan Rose Isabelle bukanlah suatu perkara yang mudah , mata pencariannya akan terhenti di situ.Dan untuk memulakan sesuatu yang baharu juga tidak mudah , tetapi untuk berusaha sehingga berjaya , Zehra Amanda kekuatannya.

“Abang janji , abang akan tunaikan permintaan sayang , tapi beri abang masa ye.” pinta Fikri lembut.

“Ambilah berapa lama masa yang abang perlukan , sebab sayang tahu abang dah berani untuk lepaskan Rose sebab abang percayakan kata-kata sayang tadi kan ?.” duga Zehra sambil tersenyum manja.

“Abang sentiasa percayakan nyawa abang ni.” ucap Fikri romantis.

“I love you Sir Fikri.” Ucap Zehra manja.

“I love you too manja.” ucap Fikri kembali sambil mencuit batang hidung isterinya.

Wajah Zehra dikucup lembut.Segala masalah yang bertandang di fikirannya , hilang serta-merta.Senyuman bahagia terukir di bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience