NZ (12)

Drama Completed 72971

Fikri sedang membuat satu panggilan bersama seseorang , dia sedang mencuba tetapi panggilan tetap belum di jawab.Zehra yang setia menemani suaminya daripada tadi berasa pelik.Dia mengerutkan dahi memandang wajah suaminya yang kelihatan gusar apabila panggilannya itu tidak berangkat.

“Abang ni call siapa ?.” soal Zehra lembut dan ingin tahu gerangan yang dibuat panggilan oleh Fikri.

“Call Amy , abang nak cakap dengan Qhaira tapi call abang ni sekali pun dia tak angjat , busy sangat ke ?.” soal Fikri dengan nada yang risau dan agak marah sedikit.

“Sabarlah abang , mungkin dia tengah outing dengan Qhaira lepastu tak perasan call abang ?.” jelas Zehra lembut yang cuba menenangkan hati suaminya itu.Lengan Fikri dipaut dan dipeluk erat.Kemarahan dan kerisauan Fikri lega serta-merta.

“Takpalah abang cuba call kejap lagi.” jelas Fikri kepada isterinya.

Zehra mengucup lembut pipi suaminya , dia tersenyum dengan keakuran Fikri apabila dia cuba menenangkan lelaki itu.

“Abang , abang tak tarik balik kan janji-janji abang semalam ?.” soal Zehra.

“Tak sayang , Cuma abang perlukan masa untuk urus satu persatu.” jelas Fikri kepada isterinya itu.

“Takpa sayang tetap akan tunggu , sayang akan tolong abang jaga Qhaira juga.” jelas Zehra kepada suaminya sambil tersenyum.Wajah lembut Zehra Amanda ditenung Fikri agak lama.Sehingga Zehra berasa tidak selesa.

“Abang , janganlah pandang macam tu.” rayu Zehra manja.Fikri mengucup lembut batang hidung isterinya kemudian dia tersenyum.

“Sayang ni manja dari Qhaira lah , kadang-kadang abang boleh gila kalau ingatkan perangai manja sayang ni tau.” jelas Fikri kepada isterinya.

“Kenapa boleh gila pulak ?.” soal Zehra pelik.

“Yelah , biasa yang manja terlebih ni anak je , ni kalau dah mak pun manja terlebih mati lah abang.” ujar Fikri dalam tawa kecilnya.

“Sayang abang nak tanya something boleh tak ?.” soal Fikri kepada isterinya.

“Boleh , tanyalah.” balas Zehra mesra.

“Kalau kata abang mati dulu , sayang akan cari peganti abang tak ?.” soal Fikri tiba-tiba.

“Tak , sebab susah senang kita takkan ada siapa yang Faham.” jelas Zehra kepada suaminya.

“Sayang taknak cari peganti abang ke ?.” soal Fikri lagi.

“Abang nak sangat ke kalau abang mati sayang gantikan abang dengan orang lain ?.” soal Zehra kepada suaminya.

“Takdalah , abang cuma taknak sayang lonely , semua orang buang sayang , tapi abang tetap nak sayang.” jelas Fikri mesra kepada isterinya.

“Sayang taknak jadi macam abang , sayang belum mati lagi abang dah cari lain.” ujar Zehra memuncung dan selamba.

PANG ! Fikri bagai dapat satu tamparan apabila penyataan tersebut diucap isteri tercintanya itu.Dia menelan liur kesat.Rasa malu , kesal dan takut bersatu menghurung jiwanya.Dia mengalihkan pandangan ke arah lain , Zehra tersenyum nakal kerana dapat mengutuk suaminua itu.

“Kenapa abang terasa ke ?.” soal Zehra menyindir suaminya.

“Ehh , takdalah.” jelas Fikri tergagap-gagap.Zehra tersenyum.
“Muka dah tak boleh cover , lagi nak tipu.” ejek Zehra kepada suaminya.Fikri hanya memandang kosong wajahnya.

“Amboi , dapat peluang nampak ?.” soal Fikri selamba.Dia hanya membuat riak wajah biasa.

“Bukan selalu , sekali sekala kan.” jelas Zehra nakal.

Amylia baru sahaja menghabiskan kerja-kerja pentingnya , dia juga harus memberi tumpuan kepada Qhaira.Dan dia tidak menjengah walaupun sekali telefon pintarnya.Dia bangun dan menuju ke meja keccil di tepi katilnya.Skrin telefon pintar dihidupkan.Alangkah terkejutnya dia , hampir 100 panggilan dibuat Fikri terhadapnya.Dahinya berkerut sehingga membuatkan keningnya hampir bercantum.

“Dah gila ke dia ni ? Call orang hampir 100 kali ?.” soal Amylia sendirian.

“Ishh , ni mesti nak tanya pasal Qhaira kan ?.” duganya sendiri.

Tanpa berlengah lagi , bahagian kenalan dibuka untuk membuat panggilan terhadap bekas suaminya itu.Panggilan dibuat , bunyi deringan masih berterusan menandakan panggilan yang dibuat Amylia masih belum dijawab Fikri.

“Hello , hey you pergi mana ah ?.” soal Fikri yang tanpa memberi salam dan terus menerjah corong telefon tersebut.Amylia menjauhkan telefonya sedikit dan melihat skrin telefon itu dengan pandangan pelik.

“Assaalammualaikum ?.” salam diberi Amylia sambil menyindir lelaki itu.

“Waalaikummusalam.” jawab Fikri mendatar.Dia merasa malu apabila Amylia yang mengajukan salam terlebih dahulu.
“Alhamdulillah , pandai beri salam rupanya.” sindir Amylia.

“Diam lah.” Marah Fikri.

“Ehh , I pulak yang kena diam ? Yang you ni kenapa call I sampai 100 kali ?.” soal Amylia.

“I nak cakap dengan anak I.” jelas Fikri berlagak.

“You ingat anak you sorang je ke ? Qhaira anak I too , I yang lahirkan dia.” jelas Amylia tegas.

“Suka hati you lah , bagi I cakap dengan Qhaira now.” pinta Fikri lagi.

“Qhaira takda.” jawab Amylia sepatah dan mendatar.

“What ? Pergi mana ?.”soal Fikri yang terkejut apabila dimaklumkan anak gadisnya itu tidak bersama bekas isterinya kini.

“I hantar dia pergi kem jati diri.” jelas Amylia mendatar.

“What ? You ingat anak kita tu nak masuk kem tentera ke yang you pergi hantar tempat macam tu ?.” soal Fikri tegas.

“I nak tanya you something Fik , sepanjang I takda dekat Malaysia , apa yang you buat dekat Qhaira ? You betul ke jaga dia ?.” soal Amylia mula tegas dan agak tinggi nada suaranya.

“Apa yang you cakap ni ? Hey ! Masa you takda I lah yang susah payah jaga dia…bukan macam you , hanya pentingkan diri saja.” jelas Fikri menengking Amylia.

“You tahu tak apa yang Qhaira story dekat I ? Qhaira cakap , everyday dia kena marah dan kena pukul…apa semua ni Fikri ?.” jerit Amylia seoktaf.Terkejut Fikri mendengar jeritan wanita itu.
“What ? I tak pukul dia.” jelas Fikri menyakinkan Amylia.Nadanya mula kendur.

“I percaya you takkan pukul dia , but I tak percaya pada perempuan tu.” jelas Amylia tegas.Fikri meraup wajahnya.Dia sedang menghadapi tekanan.

“Kalau you rasa Qhaira is beban you , Qhaira biar ikut I duduk London.” jelas Amylia lagi.

“I minta maaf Amy , sumpah I tak tahu , and leka dengan kerja I , Qhaira pun takda cakap dekat I apa-apa.” jelas Fikri dengan nada rasa bersalah.

“I bagi amaran dekat you , you yang nak jaga Qhaira and I dah bagi , but jangan lukakan Qhaira walaupun segaris kecil dekat tubuh dia…faham ?.” amaran diberi oleh Amylia kepada bekas suaminya itu.

“And tolong pesan dekat Wife kesayangan you tu , Rose Isabelle.” sambung Amylia lagi.

“I lebih sanggup masuk penjara sebab bunuh dia dari I settle benda ni dekat mahkamah cara baik.” keras kata-kata Amylia.

Fikri terdiam tidak terkata.Salahnya juga kerana tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada Qhaira.Tetapi hatinya juga bagai dibakar dengan bara api diatas kelakuan Rose Isabelle terhadap anak gadisnya itu.Panggilan telah dimatikan Amylia.Fikri bersandar di kepala katil.Dia memerlukan secebis penawar daripada Zehra Amanda.Kerana wanita itu sahaja yang memahaminya.Airmata mula mengalir di pelipisnya.

“Maafkan daddy sayang.” ucap Fikri sayu.Hatinya hancur dengan sikapnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience