NZ (18)

Drama Completed 72982

Kini sudah seminggu Fikri dan Zehra berpindah ke rumah dan tempat baharu mereka.Qhaira juga sudah pun masuk ke sekolah yang berdekatan dengan kawasan rumah mereka.

“Abang , harini abang hantar Qhaira boleh ?.” pinta Zehra.

“Boleh , tapi kenapa ? Sayang tak sihat ke ?.” soal Fikri kepada isterinya risau.

“Rasa penatlah , takpa nanti balik sayang ambil dia.” jelas Zehra

“Okaylah , nanti apa-apa call abang ya.” ucap Fikri lembut.Makanan yang sedang dijamah segera dihabiskan.Kemudian , dia menuju ke pintu rumah untuk bersiap sedia pergi kerja serta menghantar anaknya ke sekolah.

“Abang hati-hati pergi kerja tau.” ucap Zehra lembut.Tangan suaminya dikucup lembut.

“Okay tapi balik kerja nanti abang ada perkara yang nak dibincangkan.” jelas Fikri mendatar.Zehra memandang pelik ke arah suaminya itu.Dia hanya mampu mengangguk.

“Daddy jomlah , nanti Qhaira lambat pergi school.” ucap Qhaira manja.Fikri terus menarik tangan anak perempuannya itu lalu menuju ke tangga dan turun ke tingkat bawah.

Zehra memandang kelibat suaminya itu dengan pandangan yang terkebil-kebil.Hatinya berdegup laju.Jiwanya meronta ingin tahu.Tetapi dia harus bersabar.

“Takda apa , mungkin dia ada rezeki lebih agaknya , itu yang dia nak beritahu aku tu.” ucap Zehra kepada dirinya sendiri.Dia menyedapkan perasaannya sendiri.

Datin Paduka Zarina yang sedang membuat minum petang buatnya dan suami , berasa berdebar tiba-tiba.Dia memegang dada kirinya , dia melepaskan keluhan perlahan-lahan.Kemudian dai membawa dulang yang berisi minuman petang ke luar laman untuknya dan Dato Hilman.Sesampai sahaja dia di laman rumah tersebut , dia melihat suaminya sedang mengelamun menghadap taman bunga kecil miliknya.

“Che man , awak okay tak ?.” soal Datin Zarina risau.

“Entahlah , hati ni berdebar-debar daripada tadi , mungkin nak dapat hadiah cucu agaknya.” ucap Dato Hilman menyedapkan perasaannya sendiri.

“Hmm , saya pun rasa perkara yang sama , tak tahulah apa yang kita nak dengar lepas ini.” Ucap Datin Zarina sayu.

“Awak ada call Zaki dengan Raziq ?.” soal Dato Hilman kepada isterinya.

“Takda pulak ? Kenapa ?.” soal Datin Zarina.

“Takdalah , mana tahu yang buat kita berdebar ni berita dari mereka ke ?.” duga Dato Hilman.

“Tak tahulah pulak , takpalah sekejap lagi saya call , tanya pada diorang berdua.” jelas Datin Zarina kepada suaminya.

“Dah lah , jom kita minum petang dulu.” jelas Datin Zarina.

“Jom.” balas Dato Hilman.

Pada petang itu , Fikri selamat pulang dari kerja.Pakaian yang masih tersarung pada badan , dibiarkan tanpa mengatur langkah untuk membersihkan diri.Zehra hanya memerhati sikap berdiam diri suaminya itu.Dia menuju ke ruang tamu yang menempatkan suaminya itu.Perlahan-lahan punggung dilabuhkan.

“Abang diam kenapa ? Selalu abang main dengan Qhaira kan ?.” soal Zehra pelik.

“Tadi abang ada cakap nak bincangkan sesuatu kan ?.” soal Fikri mengingatkan kembali isterinya.

“Aah , abang nak bincang apa ?.” soal Zehra pelik dan perlahan nadanya.Fikri mengeluh perlahan.

“Sayang nampak kan kehidupan kita macam mana sekarang ni ?.” soal Fikri lembut kepada isterinya.

“Ya nampak , kenapa dengan kehidupan kita ?.” soal Zehra agak pelik.Apa yang sebenarnya yang hendak di maksudkan oleh Fikri ?.

“Abang sebenarnya tak sampai hati nak tengok sayang hidup susah , Qhaira hidup susah.” ucap Fikri tenang.

“Tapi bukan ke lebih baik kita didik dia dengan kehidupan yang macam ni ?.” soal Zehra lembut.

“Ya , betul tapi abang taknak sayang hidup dalam keadaan macam ni.” jelas Fikri.

“Kenapa pulak ? Sayang okay abang , tak pernah rasa bosan atau tak gembira pun.” ujar Zehra menerangkan tentang perasaannya kepada Fikri.

“Abang dah buat satu keputusan besar sayang.” ujar Fikri tanpa berkias dengan isterinya lagi.

“Apa dia ?.” soal Zehra ingin tahu.

“Abang akan lepaskan sayang.” ucap Fikri sayu.Waktu ini jantungnya sendiri bagai hendak gugur apabila dia sendiri mengucapkan ayat itu.
“Kenapa ?.” soal Zehra ringkas.Dia bagai dalam mimpi , nada pertanyaannya itu bagai tiada apa yang serius berlaku.

“Sebab abang dah tak boleh bersama dengan sayang , sejak kebelakangan ni abang rasa tak bahagia langsung sedangkan wanita yang ada depan abang inilah yang abang tergila-gilakan.” ucap Fikri sayu.

“Sayang , abang tahu sukar untuk sayang terima perkara ini , tapi kita berdua kena terima , abang nak sayang cari ketenangan selama sayang hidup dengan abang ni sayang tak dapat ketenangan , abang nak sayang cari kebahagiaan selama kita kahwin sayang tak dapat kebahagiaan dengan abang.” ucap Fikri sayu.

“Abang akan jaga Qhaira dengan hasil titik peluh abang sekarang ni , sayang jangan fikir yang abang tak mampu nak tanggung sayang , tapi hati ni dah takda rasa lagi dah.” ucap Fikri lagi.

“Sini dekat abang kejap.” panggil Fikri kepada isterinya , tangan Zehra diraih lalu terus sahaja didakap dengan erat.Sewaktu memeluk suaminya itu , perasaannya masih sama , dia rasa bagai berada di dalam mimpi.

“Abang sayangkan sayang sangat , tapi bila rasa tu dah takda dalam hati , mungkin inilah masa untuk abang lepaskan sayang , abang takkan lupakan sayang walaupun sesaat.” ucap Fikri kepada isterinya.Buat kali yang terakhir , dahi Zehra Amanda dikucup lembut.Saat itulah airmata wanita Zehra Amanda mengalir.Kerana kehangatan cinta yang dirasainya selama ini bakal terpadam sebentar sahaja lagi.

“Abang sayangkan Zehra , jaga diri , jaga ibadah , mungkin abang bukanlah suami yang terbaik buat sayang , tapi abang doakan sayang akan dapat seseorang yang dapat bahagiakan sayang dan setia dengan sayang.” ucap Fikri dalam linangan airmata.Saat itu juga , tangisannya mula didengari , hatinya terpukul dengan kata-kata si suami.

“Abang , halalkan makan minum sayang , ampunkan segala dosa sayang , sayang pun akan doakan abang temui kebahagiaan sebenar dalam hidup abang , sayang pun minta maaf kalau sayang ada buat salah sepanjang perkahwinan kita ni.” ucap Zehra dalam tangisan.Tangan suaminya dikucup lama buat kali yang terakhir.

Fikri menjarakkan sedikit tubuhnya dengan Zehra , kedudukan diperbetulkan , jiwanya murung.Hatinya meraung , tetapi apakan daya sebagai seorang lelaki yang gagal dia terpaksa melepaskan saat dia amat memerlukan kekuatan daripada wanita kesayangannya itu.

“Zehra Amanda Binti Zamri , aku ceraikan engkau dengan talak 3.” lafaz talak dibuat Fikri Hakim.Saat itu juga kedua-dua mereka menghamburkan tangisan semahu-mahunya.Perasaan dan jiwa mereka kini , hanya allah yang tahu.

maaf kalau FY lambat , tapi janji tetap ditunaikan..tq baby readers..jangan lupa komen..hihi

Share this novel

MommyZahra
2020-09-11 10:40:14 

Apa talak tiga Fikri ceraikan Zehra.... apa nihhhh?????8tahun Zehra menunggu,,, ini kesudahannya

MommyZahra
2020-09-11 10:40:10 

Apa talak tiga Fikri ceraikan Zehra.... apa nihhhh?????8tahun Zehra menunggu,,, ini kesudahannya

MommyZahra
2020-09-11 10:37:41 

Baru nk baca bab 18 tapi dh berdebar2..apa pulak fikri ni!!!


NovelPlus Premium

The best ads free experience