NZ (35)

Drama Completed 72971

Sudah dua hari mereka pulang dari Maldives , akhirnya impian untuk berbulan madu punah apabila mereka tidak mampu saling berdekatan dengan jarak yang dekat.Tuan Zahin Aqbar telah mengalami alahan yang sangat teruk dan paling teruk sepanjang umur hidupnya.Akhirnya mereka membuat keputusan untuk pulang ke Johor semula dalam masa 24 jam.Dan pada hari ini pula , mereka telah memulakan harian mereka di Johor Corporation.Tuan Zahin sudah ke pejabat terlebih dahulu , manakala Zehra Amanda baru sahaja hendak bergerak dari perkarangan rumah agam Dato Zahid dan Datin Maimunah.Ibu mertuanya yang menghantar hingga ke kenderaannya itu hanya tersenyum saja daripada tadi.Zehra juga tertawa dengan gelagat ibu mertuanya itu.

“Ibu , kenapa dari tadi asyik senyum saja ni ?.” soal Zehra kepada ibu mertuanya itu.

“Goodluck.” ucap Datin Maimunah ceria , dia tidak menyahut langsung pertanyaan menantunya itu.Zehra hanya tersenyum.

“Sampul tu jangan lupa.” pesan Datin Maimunah.

“Okay ibu.” balas Zehra.

“Assalammualaikum.” ucap Datin Maimunah lembut.

“Waalaikummusalam ibu.” ucap Zehra seraya membalas.

Zehra Amanda terus memecut keretanya laju dan cermat di atas jalan raya.Sepanjang perjalanan wajahnya hanya terukir senyuman.Hatinya girang setelah mendapat berita gembira semalam.Tetapi masih di dalam simpanan rahsia daripada suaminya Tuan Zahin Aqbar.Tidak lama kemudian , Zehra Amanda di perkarangan bangunan Johor Corporations , Puteri Iskandar.Dia mengemas barangnya yang agak berselerak dan dimasukkan ke dalam tas tangan bersama sampul surat besar bewarna coklat di peganggannya.Dia mula keluar dari isi perut kereta dan menuju ke pintu utama bangunan Johor Corporations.Wajahnya tidak lekang dari senyuman manis dan gembira yang membuatkan setiap ahli lembaga dan kakitangan Johor Corporations tertanya-tanya sepanjang mereka berselisih dengan Zehra Amanda.Dia menuju ke lif untuk menaiki tingkat paling atas.Sesampai sahaja lif di tingkat paling atas , dia keluar dan terserempak dengan Fikri , dia tersenyum girang dari lelaki itu , Fikri berkerut dahi dan tersenyum sinis dengan gelagat wanita yang pernah dicintainya suatu ketika dahulu.

“Dah kenapa dengan dia ? Zahin nak bagi dia madu ke ?.” soal Fikri keseorangan.Dia pelik dengan gelagat Zehra Amanda itu.Zehra menapak laju menuju ke bilik kerja suaminya Tuan Zahin Aqbar.Sesampai sahaja di sana , dia mengetuk pintu sebelum melangkah masuk ke dalam bilik kerja suaminya itu.

“Masuk.” arah Tuan Zahin lembut.Zehra tersenyum apabila dia diarahkan masuk ke dalam.Sampul surat besar yang berwarna coklat dipegang cermat.Zehra melangkah masuk dan bersembunyi di belakang dinding yang menjadi pemisah dengan bahagian kawasan ruangan kerja suaminya.Dia menyembulkan kepalanya dengan wajah yang nakal.

“Abang !.” panggil Zehra manja.Tuan Zahin dan pembantunya memandang ke arah Zehra serentak.Pembantu suaminya itu hanya tersenyum dengan gelagat isteri majikannya.

“Maisara , awak boleh keluar dulu nanti saya akan bincangkan projek ni dengan datuk.” jelas Tuan Zahin yang mengarahkan pembantunya itu keluar terlebih dahulu.

“Baik Tuan , nanti kita akan bincangkan semula.” jelas Maisara juga.

“Sayang kenapa ni ? Pagi lagi dah masuk bilik abang ?.” soal Tuan Zahin agak pelik.Zehra tersengih.Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke meja suaminya bersama sampul surat di tangannya.

“Sebenarnya sayang ada perkara nak beritahu abang ni.” jelas Zehra yang raut wajahnya mula serius.

“Apa dia ?.” soal Tuan Zahin yang mulai risau akan cara isterinya bernada.Dia menelan liur kesat.

“Sebenarnya kita ada dapat satu lagi projek besar.” jelas Zehra serius.Tuan Zahin mengeluh kasar.

“Sayang ! Kenapa sayang pergi terima projek tu ? Kenapa tak bincang dengan abang dulu ? Sayang tahu tak , projek kita dah terlalu banyak sampai tak tahu nak handle macam mana ?.” soal Tuan Zahin mengeluh.

“Tapi abang projek ni penting , sayang terpaksa terima.” jelas Zehra lagi.Dia mula memuncung.

“Kalau ya pun terpaksa terima , sayang kena bincang dengan abang dulu , tanya abang dulu bukan terus ambil saja projek ni.” bebel Tuan Zahin.

“Abang kalau dah dia yang nak bagi , sayang nak buat apa ?.” soal Zehra lagi.Tuan Zahin memicit-micit kepalanya.

“Ya allah sayang , kenapa sayang ni ? Siapa pun yang nak bagi sayang projek yang besar or kecil ? Sayang wajib bincang or tanya dengan abang dulu boleh ke tidak ?.” jelas Tuan Zahin lagi.

“Boleh lah abang kita terima projek ni ?.” pinta Zehra manja.

“Abang dah tak menang tangan nak pegang projek , macam mana abang nak handle yang ini pula ?.” soal Tuan Zahin.

“Kita handle sama-sama.” jelas Zehra lembut.

“Sayang cakap mudah lah , yang pening nanti abang.” jelas Tuan Zahin agak tegas.

“Alaa , boleh lah abang.” pinta Zehra manja lagi.

“Sayang tolong jangan paksa abang , kalau ikut keadaan abang sekarang ni , abang rasa nak duduk rehat dekat rumah saja , tak mahu kerja.” luah Tuan Zahin tentang hasrat hatinya.

“Tapi , abang tengoklah dulu projek ni.” jelas Zehra kepada suaminya.

“Abang taknak tengok langsung.” bangkang Tuan Zahin tegas.

“Alaa , sekali saja abang tengok.” pinta Zehra bersungguh-sungguh kepada suaminya.Tuan Zahin mengeluh kecil.

“Abang penat lah sayang , abang tak mampu nak handle banyak-banyak projek.” jelas Tuan Zahin lemah.

“Tapi abang kena bertanggungjawab juga , sebab projek ni abang yang mintak , now abang kena buat juga.” jelas Zehra.

“Abang minta ? Projek apa yang abang minta ?.” soal Tuan Zahin pelik.

“Nah , tengok apa yang abang dah buat ?.” jelas Zehra yang mula menghulur sampul surat berwarna coklat dan bersaiz besar itu kepada suaminya.Tuan Zahin teragak-agak mahu mengambil sampul itu daripada isterinya.

“Sayang , apa ni ?.” soal Tuan Zahin seraya sampul itu sudah berada di tangannya.

“Abang tengoklah sendiri , abang yang minta kan ? Sayang dah bagi.” jelas Zehra lalu pergi meninggalkan suaminya.Tetapi dia tidak keluar dari bilik itu , dia bersembunyi di sebalik dinding pemisah untuk melihat reaksi suaminya nanti.Dia mengintai sikit demi sedikit.

“Projek apa lah yang budak ni bagi dekat aku ?.” soal Tuan Zahin pelik dan bersendirian.

Perlahan-lahan , penutup sampul itu dia buka lalu tangan dimasukkan ke dalam sampul besar itu.Dia mengerutkan dahi , dia meraba-raba di dalam sampul itu mencari isi di dalam sampul tetapi tidak ditemui.Dia mula mengangakan permukaan sampul lalu melihat isi di dalam dengan matanya yang dikecilkan.Suasana gelap di dalam sampul itu.Tetapi dia ternampak sekeping gambar berbentuk segi empat sama yang bersaiz kecil lalu diambil perlahan-lahan.Dia mengeluarkan kepingan yang berada di dalam sampul surat besar itu.Dia mengerutkan dahinya.Dia meneliti kepingan gambar tersebut.Zehra yang sedang mengintai dari sebalik dinding pemisah itu sudah mengigit hujung bibirnya kerana suaminya sudah masuk ke dalam umpannya.Tuan Zahin agak pelik terhadap gambar itu.Tetapi lama-kelamaan dia seakan mengerti tentang kepingan gambar itu.Zehra sudah tersenyum lebar apabila melihat senyuman makin luas terukir di bibir suaminya.Tuan Zahin menekup mulutnya , dia memejamkan mata seketika.Airmatanya mengalir.Zehra yang tidak menyangka reaksi daripada suaminya itu juga turut mengalirkan airmata.Tuan Zahin mengucup kepingan gambar itu.Airmatanya makin deras mengalir.Zehra menyeka airmatanya lembut.

“Happy Birthday Daddy !.” ucap Zehra tiba-tiba yang mengejutkan Tuan Zahin Aqbar.Suaminya terus memandang ke arahnya yang masih berdiri di sebalik dinding.

“Sayang… .” panggil Tuan Zahin dalam tangisannya yang tidak lagi mampu berkata-kata.Tuan Zahin mendepa tangannya menandakan mahu memeluk isteri kesayangannya itu.Zehra tidak dapat lagi menahan tangisannya yang akhirnya terhambur juga.Dia berlari anak memeluk suaminya.Mereka berpelukan di dalam tangisan gembira dan bahagia.

“Terima kasih sayang.” ucap Tuan Zahin lemah kerana dia terlalu penat dengan alahannya dan dalam pada masa yang sama dia terlalu gembira.

“Sama-sama abang , abang doakan sayang kuat okay ?.” ucap Zehra yang meminta didoakan oleh suaminya.

“Insyaallah sayang , abang akan sentiasa ada di sisi sayang.” jelas Tuan Zahin kembali.Airmatanya tidak henti mengalir.Akhirnya pelukan mereka terlerai.Dia memegang kejap bahu isterinya.Lalu mengucup lembut dahi Zehra Amanda.Zehra tersenyum disebalik kucupan itu.

“Terima kasih isteri abang , jasa sayang takkan abang lupakan.” ucap Tuan Zahin lembut.

“Sama-sama abang , insyaallah kita jaga zuriat ni bersama ya.” ucap Zehra lagi.Tuan Zahin kembali duduk di atas kerusinya.Kepingan gambar yang menampakkan zuriatnya itu ditatap sekali lagi dengan senyuman manis yang terukir dibibirnya.Zehra juga tersenyum apabila melihat senyuman suaminya itu.Dia masih berdiri tegak di hadapan suaminya itu.

“Abang happy ?.” soal Zehra selamba.Tuan Zahin memandang isterinya dengan wajah tidak puas hati.Zehra menyeringai kepada suaminya.

“Bagitahu abang , suami mana yang tak gembira bila dapat tahu yang dia bakal jadi ayah tidak lama lagi ? Kalau seorang lelaki adalah seorang penagih sekalipun , bila dia tahu dia bakal jadi ayah dia juga akan gembira , kerana anak adalah pengubat segala-galanya sayang.” jelas Tuan Zahin panjang.Dia memaingkan jarinya pada gambar yang tertera di kepingan itu.

“Abang , sayang ingat nak belikan abang hadiah tahun ni , tapi sayang tak tahu nak beli apa , and dengan keadaan sayang tak berapa sihat ni.” luah Zehra sayu.Matanya menikam anak mata Tuan Zahin.

“Takpa sayang , inilah hadiah hari lahir abang seumur hidup.” ucap Tuan Zahin romantis.Zehra tersenyum lebar apabila mendengar penyataan suaminya itu.

“So tahun depan pun boleh bagi hadiah yang samalah ? Sampai abang mam… .” kata-kata Zehra terhenti dengan wajah terkejut apabila Tuan Zahin menjerit menyeru namanya.

“Apa sayang ni ? Sampai hati cakap abang macam tu ?.” rajuk Tuan Zahin manja.

“Okay , sorry.” ucap Zehra dengan wajah memuncung.Tuan Zahin mencuit batang hidung isterinya.Zehra menayangkan sebaris giginya yang putih.

“Nakal baby abang ni ?.” ucap Tuan Zahin.

“Nak nakal-nakal dengan abang selalu.” ucap Zehra selamba.

“Haa , sayang tu nak jadi ibu , jangan cakap bukan-bukan , nanti anak yang kat dalam tu mengikut tahu ?.” pesan Tuan Zahin Aqbar.

“Alaa , saja gurau.” rungut Zehra manja.

“Gurau tu takpa sayang , tapi setiao kata-kata tu doa.” jelas Tuan Zahin lembut.

“Abang nak cium.” pinta Zehra mengada.Baru sahaja suaminya mahu menariknya supaya dekat untuk berkucupan.Zehra sudah menolak tubuh suaminya kasar.

“Tadi cakap nak cium ?.” soal Tuan Zahin pelik.

“Bukan dekat sini , dekat sini.” jelas Zehra sambil menundingkan jarinya ke arah perutnya yang masih kempis.Tuan Zahin tersenyum dengan kerenah isterinya yang manja itu.Akhirnya Tuan Zahin mengikut turutkan permintaan isterinya itu.Dia mengucup lembut perut isterinya yang masih belum berbentuk bulat itu dan dia bangun lalu menghadap isterinya dan mengucup lembut bibir munggil isterinya.Zehra tersenyum manja.

“Sukalah tu.” sindir Tuan Zahin bergurau.

“I love you abang.” ucap Zehra manja dan nakal.

“I love you too sayang.” ucap Tuan Zahin lembut dan memicit pipi gebu isterinya.

“Abang nak minta maaf dekat sayang.” ucap Tuan Zahin tiba-tiba meminta maaf kepada isterinya.

“Kenapa ?.” soal Zehra pelik.

“Sebab sepanjang perkahwinan kita dah terlalu banyak abang sakitkan hati sayang.” jelas Tuan Zahin sayu.

“Abang , itu adat orang yang berumahtangga dan pasti akan ada perbalahan cuma kita saja yang kena bijak selesaikan.” jelas Zehra lembut dan terukir senyuman dibibirnya.

“Sayang selalu mengalah dengan abang , abang malu , tapi harini sayang dah bagi lebih dari apa yang abang mahu dalam hidup abang.” jelas Tuan Zahin sayu.

“Takpa , bila sorang jadi api , sorang lagi haruslah jadi air , kita kena bertenang.” ujar Zehra berkias.

“Abang memang tak dapat nak kawal perasaan abang , maaf ya sayang.” ucap Tuan Zahin lembut dan sayu.

“It’s okay daddy.” ucap Zehra manja.

“Sayang tengah pregnant ni tak teringin nak makan something ke ?.” soal Tuan Zahin ingin tahu.Isterinya ditarik dan dipeluk erat.

“Ada.” jelas Zehra teruja.

“Apa dia sayang ?.” soal Tuan Zahin ingin tahu.

“Sayang nak makan Pocky.” jelas Zehra kepada suaminya.Tuan Zahin meletuskan tawanya kuat hingga memenuhi ruangan bilik.

“Sayang ni macam budak-budak lah.” jelas Tuan Zahin.

“Tapi sayang memang baby abang kan ?.” soal Zehra ingin kepastian.

“Yes , you always is my baby.” ucap Tuan Zahin menggoda.

Mereka berdua merenung kepingan gambar yang menampakkan zuriat mereka itu.Dahi Zehra Amanda dikucup lembut.Kemudian pipi Tuan Zahin pula menjadi sasaran kucupan Zehra.Mereka terlalu bahagia harini sehingga tiada emosi untuk bekerja.Akhirnya mereka membuat keputusan untuk pulang ke rumah.Berita gembira itu telah tersebar kepada seluruh ahli keluarga mereka.Pada malam ini , Dato Zahid menjemput seluruh ahli keluarga Zehra dan keluarganya untuk makan malam bersama bagi meraikan Zehra Amanda dan anak lelakinya Tuan Zahin Aqbar yang bakal menjadi ibu dan bapa tidak lama lagi.

jom follow ig nak tengok mummy and daddy...hihi..jemput baca uolls

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience