NZ (37)

Drama Completed 72971

[AMARAN : TERDAPAT MATURE CONTENT DI DALAM CHAPTER HARINI , JADI KEPADA PEMBACA 18 KE BAWAH SILA LANGKAU CHAPTER HARINI , JIKA BACA JUGA PIHAK PENULIS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB , SEKIAN TERIMA KASIH]

Pagi yang indah di kawasan perumahan elit yang telah menempatkan keluarga kecil Dato Zahid dan Datin Maimunah benar-benar memberi ketenangan di pagi hari.Zehra sudah mecelikkan matanya.Dia memalingkan wajahnya ke kiri.Satu pemandangan indah ditatap oleh Zehra Amanda.Tubuh suaminya yang terdedah itu , benar-benar menaikkan semangatnya untuk memulakan urusan di pagi hari.Dia tersenyum nakal seorang diri.Dia mula merapatkan tubuh dan wajah ke arah Tuan Zahin yang masih lagi diulit mimpi.Zehra melagakan batang hidungnya bersama batang hidung Tuan Zahin.Sedikit pun tidak menganggu lena lelaki itu.Zehra mula memainkan jari di dada bidang suaminya.Dia mengucup dada Tuan Zahin yang sedang lena itu.Tiba-tiba suaminya itu mula bergerak kerana terganggu.Perlahan-lahan mata dibuka , digosok perlahan matanya.Dilihat ke arah kanan , terkejut Tuan Zahin apabila melihat wajah isterinya benar-benar dekat dengan wajahnya.Dia menjarakkan sedikit wajahnya.Dari keadaan terbaring terus dia duduk tegak di atas katil.Wajahnya diraba-raba dengan riak wajah yang cuak.

“Sayang buat apa dekat abang ?.” soal Tuan Zahin takut.Tetapi lain pula yang terjadi , Zehra semakin mendekatkan wajahnya.Dia seakan menguji suaminya itu.

“Sayang , abang tanya jawablah ?.” soal Tuan Zahin tidak puas hati kerana soalannya masih dibiar sepi tanpa jawapan.

“Sayang cium abang.” balas Zehra selamba.Terbutang mata Tuan Zahin apabila mendengar penyataan isterinya itu.

“Sayang saja menyakat abang , sebab semalam abang menyakat sayang kan ?.” soal Zehra membalas dendam terhadap suaminya.Tidak sempat Tuan Zahin mengelak wajahnya , Zehra sudah melakukan tugasnya terlebih dahulu dan lebih pantas daripada suaminya.Dia telahpun mengucup lembut rahang suaminya , kemudian naik ke bibir.

“Sayang... .” panggil Tuan Zahin dengan nada tersekat-sekat.Dia terkaku dengan tindakan isterinya itu.Zehra benar-benar mahu membunuhnya !.

“Abang , I love you.” ucap Zehra lemah dan menggoda.Tuan Zahin menggeletar dibuatnya.

“Sayang , harini abang kena pergi tapak pembinaan , abang nak mandi sekejap.” jelas Tuan Zahin.Dari wajah menggoda bertukar menjadi ceria.

“Nak ikut ?.” pinta Zehra riang.

“Nak ikut pergi mana ?.” soal Tuan Zahin pelik.

“Mandilah.” jelas Zehra selamba dan ceria.Tuan Zahin Aqbar menepuk dahinya.

“Apa sayang minta abang ? Nak mandi sama-sama ?.” soal Tuan Zahin seperti tidak percaya.

“Yalah , sayang nak mandi dengan abang.” jelas Zehra selamba.

“Tak boleh , abang nak cepat.” jelas Tuan Zahin agak tegas.

“Zehra nak mandi dengan abang juga.” lawan Zehra terhadap ketegasan suaminya.Tetapi tetap tidak dilayan Tuan Zahin Aqbar.Dia terus menuju ke almari pakaian dan mengambil tuala mandi buat dirinya.Baju dibuka satu persatu dihadapan isterinya , caranya itu seolah mencabar isterinya.Selepas selesai menanggalkan pakaian , langkahnya tidak diatur ke bilik mandi malah diatur ke arah isterinya yang sedang melutut di atas katil sambil menghadapnya.Terkedu Zehra dengan kelakuan suaminya itu.Zehra terdiam apabila lelaki itu sudah berada di hadapannya.

“Kenapa diam ? Selalu banyak mulut ? Tadi cakap nak mandi dengan abang ?.” soal Tuan Zahin bertalu-talu sehingga isterinya tidak tahu mahu memberi jawapan dari soalannya yang mana satu.

“Abang marah ?.” soal Zehra manja.Sikit demi sedikit senyuman di bibir lelaki itu mula terukir.

“Tak sayang , mana boleh abang marah isteri abang ni ?.” jelas Tuan Zahin kepada isterinya.

“Kenapa tak boleh ? Sayangkan suka buat abang marah.” akur Zehra sayu.Tuan Zahin tersenyum sayu.Kasihan dia mendengar pengakuan isterinya itu.Zehra Amanda sentiasa menjadi mangsa keadaan.

“Tak sayang , sayang tak pernah susahkan abang , malah sayang buat abang ceria pada setiap hari.” luah Tuan Zahin sepenuh hati.Dia mendekati sisi katil.Kepala isterinya dikucup lembut.

“Nak mandi dengan abang boleh ?.” pinta Zehra manja dan lembut.Biarpun situasi sedikit hiba mengenang kepahitan rumahtangga , malah permintaan yang satunya itu tetap menghiburkan hati lelaki Tuan Zahin Aqbar.Suaminya itu tertawa kecil apabila mendengar permintaan suaminya.

“Sayang , apa saja yang sayang minta akan abang tunaikan , tapi janji bukan nenas.” jelas Tuan Zahin bergurau.Zehra Amanda tertawa dengan gelagat suaminya itu.Terus tubuh Zehra dicempung dan dibawa ke bilik mandi.Sesampai sahaja mereka di situ , Zehra didirikan oleh suaminya.Tuan Zahin terus meleraikan ikatan tuala dipinggang dan mengantung tuala tersebut pada tempat penyidai tuala , Zehra juga tidak berlengah masa , pakaiannya sudah pun dilucutkan satu persatu.Kemudian dia menyertai suaminya yang berada di dalam tab mandi.Mereka mandi bersama , Zehra sungguh gembira apabila permintaanya ditunaikan oleh Tuan Zahin.Tidak lama kemudian , Zehra dan Tuan Zahin keluar bersama dari bilik mandi selepas selesai mandi bersama.Tuan Zahin memakai jam di pergelangannya dan menyisir rambutnya kemas.

“Abang tahu tak ? Sayang jatuh cinta dengan abang tahu ?.” soal Zehra ingin meluahkan rasa hatinya.

“Macam mana sayang boleh jatuh cinta dengan abang ?.” soal Tuan Zahin dalam senyuman.

“Sebab gaya dan cara abang.” jelas Zehra satu persatu dengan tenang.

“Kenapa ?.” soal Tuan Zahin pelik dan masih terukir senyuman yang boleh membuatkan wanita tergoda.

“Sebab orang pakai baju dulu baru pakai aksesori , tapi abang lain , abang suka pakai aksesori dulu and sikat rambut baru pakai baju.” jelas Zehra kepada suaminya.Tuan Zahin yang baru sahaja selesai menyisir rambutnya mendekati isterinya yang masih dalam keadaan berkemban dan duduk di hujung katil.Zehra diarahkan berdiri mwnghadapnya manakala dia duduk di tempat isterinya duduk tadi.Apabila situasi yang diaturnya sudah menjadi , tangan isterinya diraih lembut dan diusap.Tuan Zahin mengucup lembut tangan isterinya.Zehra hanya tersenyum dengan perbuatan yang dilakukannya isterinya itu.

“Sayang , abang sayangkan isteri abang ni sangat-sangat.” ucap Tuan Zahin lembut dan sayu.Zehra hanya merenung wajah tenang suaminya itu.

“Selalu pun abang cakap perkara yang sama kan ? Kenapa abang selalu cakap macam ni ? Sayang pun sayangkan abang sangat.” jelas Zehra.

“Kakau sayang abang , tolong buat something untuk abang.” pinta Tuan Zahin dan mengeyitkan matanya.

“Apa dia ?.” soal Zehra ingin tahu.

“Buatkan abang coffee.” pinta Tuan Zahin lembut.Zehra tersenyum kepada suaminya.

“Okay tunggu sekejap sayang pergi pakai baju.” jelas Zehra kepada suaminya.Tetapi langkahnya terhenti apabila tangannya ditarik lembut oleh Tuan Zahin.

“Kenapa ?.” soal Zehra kepada suaminya.

“Tak perlu tukar pakaian.” jelas Tuan Zahin dengan nada nakal.

“Kenapa !.” soal Zehra yang sedikit menjerit kerana terkejut dengan penyataan suaminya.

“Sebab takda siapa dalam rumah ni harini , hanya kita berdua.” jelas Tuan Zahin selamba.

“Abang !.” jerit Zehra.

“Sayang , janganlah jerit-jerit nanti dapat anak pun suka menjerit tahu tak ?.” bebel Tuan Zahin.Zehra memuncung.

“I love you so much.” ucap Tuan Zahin lalu mengucup bibir munggil isterinya.Zehra terkaku dan terbuai dengan layanan suaminya.

Fikri sudah pun bersiap untuk ke pejabat , anaknya Qhaira Isabelle oleh Amylia ke sekolah , hubungan mereka semakin indah dan majlis semakin dekat , Qhaira yang sudah bersiap kini sedang menikmati sarapan pagi yang dibuat oleh ibunya sendiri iaitu Amylia.Fikri tersenyum melihat anak dan ibu itu sejurus dia tiba di ruang makan.Dia teesenyum bahagia.Kerusi ditarik dan diduduk dengan sopan.

“Morning baby.” ucap Fikri kepada anaknya Qhaira.

“Morning daddy.” balas Qhaira manja.Amylia hanya tersenyum.

“You too.” ucap Fikri kepada bakal isterinya itu.Terkedu Amylia dengan usikan Fikri itu.

“Morning.” balas Amylia ringkas dan malu.Fikri tersenyum nakal apabila dapat mengusik wanita itu.Amylia mula menarik kerusi di sebelah bakal suaminya itu dan duduk.

“Macam mana persediaan diri you ?.” soal Fikri tiba-tiba.

“Okay saja ? Kenapa ? You nak I get ready macam mana ?.” soal Amylia menyindir.Fikri tertawa kecil.

“Kalau boleh luar dalam I nak you get ready.” jelas Fikri nakal.Amylia membutangkan matanya.

“FIKRI HAKIM !.” jerit Amylia seoktaf.Fikri pula sudah meletuskan tawanya.Qhaira turut mengikuti tawa ayahnya kerana melihat ayahnya itu tertawa besar.

“Kalau ada pisau , dah lama kena bunuh tahu you ni ?.” jelas Amylia geram dengan sikap Fikri itu.

“Alaa , rileks lah sayang , I gurau je.” jelas Fikri tanpa rasa bersalah.

“Seriuosly , you kata bergurau ? If I pernah kahwin dengan you pun , you takda hak nak cakap macam tu okay ?.” bebel Amylia kepada Fikri.Fikri merasa bingit lalu spontan menutup kedua-dua lubang telingannya dengan dua jari telunjuknya.Itu lagi membuatkan Amylia berasa geram.

“Okay now kita makan dulu , lepas makan kalau you nak bebel , bebel lah sampai you penat.” jelas Fikri yang tiba-tiba memotong.Amylia mengetap bibir kerana menahan rasa di dalam hati.Fikri hanya diam dan senyum seorang diri.Itu juga maknanya dia tahu yang dia bersalah.

“Sayang , you taknak tanya apa-apa dekat I ke ?.” soal Fikri tiba-tiba.Dia bagai mencucuk sarang tebuan.

“Ada.” jawab Amylia ringkas.

“Apa dia ?.” soal Fikri.

“Apa hubungan you dengan Zehra ?.” soal Amylia tegas.Hampir tersedak dudanya itu.

“Kenapa you nak tahu ?.” soal Fikri selamba selepas dia berasa lega kembali.

“Sebab I akan jadi wife you tak lama lagi.” jelas Amylia mendatar.

“I dengan dia macam kawan saja.” jelas Fikri sekali lafaz.

“Betul ke ni ?.” soal Amylia seolah sukar percaya.

“Ya sayang.” nyata Fikri lembut.

“Kenapa you tiba-tiba tanya ni ?.” soal Fikri.

“Tadi you yang suruh I tanya something kan ? So I tanyalah.” jelas Amylia selamba.

“I tahu , tapi perlu ke sakitkan hati you sendiri ?.” soal Fikri memberi maksud.

“Sekurang-kurangnya I sakit atas perkara yang I dah tahu , daripada I tahu tapi I simpan...itu lebih menyakitkan.” jelas Amylia dengan kata-kata mendalam.Dalam masa yang sama , dia juga sakit hati dengan penyataannya.Fikri mengeluh kecil.Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Sayang... .” panggil Fikri leret.Saat itu juga airmata wanita Amylia gugur.Dia telah menyimpan 1001 perkara dan rasa di dalam buku hatinya.Tidak pernah sekali pun dia luahkan , tetapi harini dia tidak mahu menyimpan satu pun rahsia hati lagi.Dia mahu meluahkan segala isi hatinya sebelum dia menjadi isteri kepada Fikri Hakim kembali.Fikri meraih tangan Amylia supaya wanita itu menghadapnya.

“Apa yang nak luah pada I ? I sudi dengar dan terima dengan ikhlas.” nyata Fikri tenang dan lembut.Saat itu lagi lebat airmata Amylia mengalir kerana lelaki itu amat merasai dan memahami isi hatinya kini.

“Sayang , I tahu I banyak buat salah pada you , I ikhlas nak bersatu dengan you semula.Mungkin perasaan cinta I pada Zehra lebih kuat , tapi bila I move on and fikir balik.You adalah yang terbaik untuk I , I dah ada Qhaira , and untuk melengkapkan hidup I , I hanya perlukan you untuk bertapak di hati I.” jelas Fikri seikhlas hati.Amylia menikam anak mata Fikri.Lelaki itu tersenyum kepadanya.

“Sayang , I tahu I bukan yang terbaik buat you , but I always akan setia dengan you hingga hujung nyawa.” ucap Amylia sayu.

“I akan jaga you macam seorang permaisuri.” jelas Fikri romantis.

“Thank you sebab sudi jadi suami I and the best dad forever.” ucap Amylia.

“Welcome sayang sebab terima I sepenuh hati , I nak bahagiakan you saja.” ucap Fikri.

“I nak rumah banglo.” pinta Amylia tiba-tiba.Airmatanya yang mengalir diseka lembut oleh Fikri.

“Boleh sayang , nanti I akak berikan you banglo 10 tingkat.” jelas Fikri sakat Amylia.

“You sindir I ke ?.” soal Amylia sinis.

“Kenapa terasa ke ?.” soal Fikri selamba.

“Dah malas nak ambil hati dengan cakap orang , cakap orang semuanya boleh pergi masuk tong sampah saja.” jelas Amylia dengan penuh maksud dalam kata-katanya.Fikri tersenyum sinis.

“I suka hubungan macam ni , matang.” jelas Fikri.

“I pun sukakan you juga , sebab dah matang , maklumlah lelaki ni badan saja besar , tapi otak dia lambat membesar.” ucap Amylia selamba.

“Nakal , kutuk I macam tu.” sindir Fikri , Amylia tertawa suka.

Pada sebelah petang yang akan beralih ke senja , Tuan Zahin sudah pun pulang dari pejabatnya.Keretanya sudah masuk ke perkarangan kondominiumnya , dia juga telah menghadiahkan buat isterinya pada awal perkahwinan mereka , tetapi masih tiada kesempatan untuk duduk di rumah itu.Langkahnya sudah diatur menuju ke lif , apabila pintu lif terbuka luas , butang juga ditekan apabila dia sudah selamat masuk ke dalam perut lif.Sesampai sahaja di tingkat yang ingin ditujunya.Hatinya sudah girang apabila dia semakin dekat untuk bertemu dengan manjanya.Pintu rumah dibuka dengan mengunakan kad akses yang disediakan oleh pihak kondiminium di situ.Tuan Zahin terus melangkah masuk ke dalam rumah.

“Sayang ?.” panggil Tuan Zahin lembut apabila melihat tiada penghuni di ruang tamu.Tetapi panggilannya tetap tiada sahutan.

“Ohh sayang.” panggil Tuan Zahin lagi.Tiba-tiba pintu bilik tidur dibuka.Zehra Amanda sudah tercegat dengan keadaan yang sedang mengeliat.Tetapi yang lebih memeranjatkan Tuan Zahin adalah isterinya tidak memakai seluar panjang , hanya dibiarkan baju T lengan panjang dan seluar dalam berwarna merah jambu.Terbutang mata Tuan Zahin dibuatnya.Selamba sahaja dia melangkah mendekati suaminya itu dan menyembamkan wajahnya di dada bidang lelaki itu.Serba salah Tuan Zahin ingin menyambut pelukan isterinya itu kerana malu.

“Sayang kenapa tak pakai seluar ?.” soal Tuan Zahin lembut.

“Panas.” jawab Zehra selamba.Tuan Zahin menepuk dahinya kuat.

“Apalah masalah wife abang ni ? Sayang ingat sayang tu budak kecil ke ? Kalau panas boleh tak pakai baju sesuka hati.” bebel Tuan Zahin.Keadaan yang masih mamai itu , membuatkan Zehra Amanda menguap beberapa kali dan dalam masa yang sama dia juga bosan mendengar bebelan suaminya itu.

“Sayang , dengar tak apa abang cakap ni ?.” soal Tuan Zahin tegas.

“Dengar abang...abang ni bebel macam bapak-bapak lah.” kutuk Zehra dengan nada manja.

“Memang abang nak jadi bapak kan ? Memang lah kena bebel macam bapak-bapak.” jelas Tuan Zahin selamba dan tegas.

“Kalau ya pun , bebel lah dekat anak abang ni bila dah keluar , bebel dekat sayang nak buat apa ?.” soal Zehra tidak puas hati.Tuan Zahin bercekak pinggang , tetapi gayanya sungguh seperti seorang ayah mahu memarahi anak.

“Memang lah kena bebel dekat mak dia , sebab mak dia ni suka buat perangai bukan-bukan...sekarang ni dah ada bukti dah...suka-suka saja tak mahu pakai seluar ? Sayang ingat sayang budak kecil ke ?.” bebel Tuan Zahin panjang.Malahan , Zehra mengajuk memek mukanya seperti orang membebel.Tuan Zahin mengetap bibir geram.

“Sayang ni kan ? Naisb isteri , kalau bukan dah lama makan penampar abang ni ?.” jelas Tuan Zahin kasar.

“Kalau berani buatlah ?.” cabar Zehra sengaja.Tuan Zahin terus mengatur langkah menuju ke ruang tamu.Dia benar-benar tertekan kini.

“Abang marah sayang ke ?.” soal Zehra selepas dia juga mengatur langkah mendekati suaminya.

“Taklah , sayang pergilah buat apa yang sayang suka , cakap abang ni mana laku ?.” jelas Tuan Zahin yang agak terasa dengan setiap perbuatan isterinya.

“Tadi pagi abang kata jangan balik sini seorang diri , sayang balik jugak.Lepastu abang tegur sebab sayang pakai macam ni saja , sayang tak boleh terima , jadi buat apa abang nak tegur lagi kan ? After this suka sayang lah nak buat apa ?.” jelas Tuan Zahin sayu.Dalam masa yang sama dia ingin melihat sama ada dia dipujuk atau tidak.

“Abang janganlah merajuk , sayang janji lepas ni dengar cakap abang saja.” jelas Zehra Amanda memujuk suaminya.

“Takpalah , suka sayanglah nak buat apa lepas ni.” jelas Tuan Zahin yang masih merajuk.

“Abang... .” rengek Zehra manja.

“Sayang nak kawan dengan siapa nanti kalau abang merajuk lama-lama ?.” airmatanya sudah bergenang.

“Kawan dengan beruk.” ucap Tuan Zahin selamba

“Abanglah beruk sayang.” ucap Zehra selamba dengan nada sebak.

“Suka-suka saja cakap orang beruk ya ?.” marah Tuan Zahin manja.

“Abang marah lagi ?.” soal Zehra takut.

“Tak.” jawab Tuan Zahin mendatar.Zehra terus bangun dari melutut dan mengucup pipi suaminya lembut.Tuan Zahin tersenyum akhirnya.

“Yeayyy abang senyum.” sorak Zehra gembira.Tuan Zahin menarik isterinya ke dalam dakapan dan memeluk isterinya erat.

“Jangan buat lagi tahu ?.” pesan Tuan Zahin.

“Okay sayang janji tak buat lagi.” janji Zehra kepada suaminya.

“I love you abang.” ucap Zehra manja.

“I love you too.” balas Tuan Zahin romantis.

Mereka saling berpelukan , sejak kebelakangan ini banyak perkara yang bukan-bukan dilakukan oleh Zehra Amanda.Sehingga menyebabkan suaminya terasa hati.Tetapi apakan dayanya , dia amat memahami keadaan isterinya dan perlukan pengorbanan yang besar.Dia hanya membiarkan sahaja apa yang mahu dilakukan Zehra Amanda.

jangan lupa follow acc Novelplus FY untuk dapat noti setiap kali FY update...and acc ig FY : fatimahyusof_np

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience