NZ (46)

Drama Completed 72971

Hari ini , Fikri sudah berjanji untuk membawa Zehra ke klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaan kandungannya.Dia sudah berjanji untuk pergi bersama Fikri.Pada mulanya perjanjian dibuat bersama Rose.Tiba-tiba Rose membatalkan perjanjiannya kerana ada urusan penting.Maka Fikri mengambil alih dan akan menemankan dia ke klinik.Tidak lama dia menunggu , akhirnya Fikri tiba di hadapan rumah sewanya.Fikri keluar dari isi perut kereta untuk menyambut Zehra Amanda dan mengambilkan segala barang keperluan.Mereka mula menuju ke klinik kesihatan.Sepanjang di dalam perjalanan mereka hanya mendiamkan diri , manakala Zehra hanya muram sahaja.Tidak lama kemudian , mereka tiba di klinik kesihatan.Mereka terus menuju ke dalam klinik dan sudah pun tersedia buat mereka tempat yang khas untuk diperiksa.Fikri hanya menemani di luar bilik doktor sahaja.Dia mahu Zehra berasa selesa semasa pemeriksaan jadi dia tidak menemani hingga ke dalam bilik.Tidak lama kemudian Zehra keluar menandakan dia sudah selesai membuat pemeriksaan doktor.Tetapi wajahnya masih muram.Fikri hanya membiarkan dia melayani perasaanya sendiri.Dia tidak mahu menganggu.Dia membawa Zehra ke sebuah kedai makan.Makanan yang dibuat Zehra hanya biasa-biasa sahaja.Sedangkan Fikri tahu , Zehra Amanda adalah pencinta makanan.Makanan yang dipesannya juga tidak begitu selera dimakannya.

“Zehra awak okay ?.” soal Fikri kerana risau melihat keadaan wanita itu yang diam dari awal mereka bertemu.

“Saya okay.” balas Zehra mendatar.Fikri mengeluh kecil tanpa didengar Zehra.

“Kalau awak okay , awak takkan diam macam ni.Saya tahu ada sesuatu yang menganggu fikiran awak kan ?.” soal Fikri lemah.

“Saya akan selesaikan masalah saya sendiri.” jelas Zehra mendatar.

“Masalah awak adalah Zahin dan dia juga adalah masalah saya.” jelas Fikri yang cuba mengurangkan tekanan yang ada di dalam fikiran Zehra Amanda.

“Awak tak faham masalah saya Fikri.” jelas Zehra yang sedikit tegas suaranya.Fikri terdiam.

“Dia dah cakap saya ni umpama perempuan murahan.” jelas Zehra lagi.

“Awak nak tahu kenapa awak jadi macam ni ? Sebab awak tengah mengandung.Perempuan yang mengandung ni dia akan cepat terasa tahu ? Jadi Zahin ambil kesempatan atas kekurangan awak di dalam keadaan awak sekarang ni.Perempuan mengandung ni , dia perlukan perhatian dan sokongan.Dia saja guna kelemahan awak dalam keadaan sekarang ni.” jelas Fikri lembut dan tenang.

“Saya ni teruk sangat ke ?.” soal Zehra sayu kepada Fikri.

“Kalau awak sering tanya macam ni pada diri awak , awak akan sentiasa rasa diri awak tak sempurna.” jelas Fikri.

“Kita manusia biasa yang tidak akan sempurna.Tetapi apabila hadirnya teman hidup , dialah yang menyempurnakan kehidupan kita dengan cara setia dan menghargai diri kita.” jelas Fikri lagi.Ucapannya benar-benar menyentuh hati Zehra Amanda.

“Tapi kenapa dia hina saya sampai macam tu sekali ?.” soal Zehra sebak.Fikri terdiam.Tiada jawapan mahu dia beri.Hendak dia menyatakan perkara sebenar , emosi Zehra juga tidak stabil.

“Entahlah.” balas Fikri ringkas.Zehra mengeluh kecil.

“Kenapa saya hadir dalam hidup dia ? Saya rasa terseksa bila saya kenangkan semula sepanjang tempoh perkahwinan saya dengan dia.” luah Zehra sayu.Makanan yang sedang dimakan ditolak ketengah meja.Anak matanya menikam ruang di atas meja.Lama-kelamaan , diamnya bertukar menjadi esakan kecil.Fikri rasa kasihan akan wanita di hadapannya ini.

“Sayang , tolong jangan nangis.” pinta Fikri lembut.Sambil dia mencari anak mata Zehra yang kini tepat menikam ruangan meja kedai itu.

“Kenapa saya selalu diuji seberat beratnya ? Orang lain juga diuji tapi tak macam saya.Saya rasa dah tak mampu nak teruskan hidup ni lagi.” jelas Zehra dalam tangisan kecil.Tanpa berlengah lagi , Fikri terus bangun dari duduknya dan membuat bayaran di kaunter.Selepas selesai , dia membawa Zehra Amanda menaiki kenderaannya.Mereka ingin meneruskan perjalanan.

“Sekarang awak nak pergi mana ?.” soal Fikri yang melihat tangisan wanita itu semakin reda.

“Saya nak balik kondo sekejap , ada beberapa barang saya dan baby ada dekat sana.Saya nak selesaikan semunya harini supaya sampai tempoh saya nak bersalin saya tak perlu jumpa dan berurusan dengan dia.Itupun kalau masih ada rasa kasih seorang ayah dalam diri dia.” ucap Zehra mendatar.

“Okay , dah jangan nangis lagi.” ucap Fikri lembut.Pemanduan diteruskan menuju ke kondominium yang dinyatakan Zehra Amanda.Sepanjang perjalanan Zehra hanya membuang pandangan ke luar.Fikri mendiamkan diri dan hanya meneruskan pemanduan.Tidak lama kemudian , mereka sampai juga di kondominium yang ingin dituju Zehra.Tali pinggang keledar di buka.

“Awak nak saya teman ke ?.” soal Fikri lembut.

“Takpa saya cuba call Amy minta dia datang.” jelas Zehra lemah.Wajahnya sangat sugul.Sudah lebih tiga kali dia membuat panggilan terhadap Amylia.Malah tidak satu pun yang berjawab.Zehra mendengus kasar.

“Tahulah kerja dengan Zahin , tapi takkan nak minta tolong pun tak boleh ?.” bebel Zehra sendiri.

“Awak nak saya panggilkan Rose ? Mungkin sekarang juga dia datang.” nyata Fikri kepada Zehra.

“Saya tak mahu susahkan dia.” jelas Zehra mengalah.

“Tak , awak tak susahkan sesiapa pun.Saya call dia sekejap.” jelas Fikri lembut.Dia keluar dari kenderaan dan membuat panggilan bersama Rose.Selepas hampir 10 minit bercakap , dia masuk semula ke dalam kenderaan.

“Awak nak tunggu Rose ke nak naik atas dulu ?.” soal Fikri lembut.Dia tahu Zehra sedang berserabut dia harus melembutkan setiap kata tuturnya.

“Tunggu Rose lah.” jawab Zehra mendatar.Mereka hanya berdiam sahaja sepanjang menunggu Rose Isabelle.Zehra tiba-tiba merengus kasar sekali lagi.

“Mana dia pergi ni ? Susah sangat ke nak jawab call ? Kalau tak tak tahu nak angkat call orang , buang saja telefon tu dalam longkang.” bebel Zehra.

“Kenapa marah-marah ni ?.” soal Fikri lembut.Dia tersenyum dengan telatah Zehra Amanda itu.

“Amy ni , tak reti nak angkat call saya , sejak bila dia ada penyakit tak reti nak angkat call orang ?.” soal Zehra sendirian.

“Dia tengah busy agaknya.” jelas Fikri yang cuba menenangkan Zehra.Tiba-tiba tingkap cermin mereka diketuk.Sekali gus mereka berdua pandang ke arah tingkap sebelah kanan.Rose Isabelle sudah menyeringai menayangkan gigi putihnya yang berbaris cantik.Zehra keluar dari isi perut kereta.Dia terus menuju ke sebelah sisi kereta dan berdiri di sebelah Rose dengan wajah cemberut.

“Fikri buat you ke Zehra ?.” soal Rose tanpa menyiasat terlebih dahulu.

“Amboi , sedapnya tuduh orang ? You ingat I takda kerja ke nak sakat dia ? Dia tengah takda mood lah.” jelas Fikri geram.Rose tertawa kecil.

“You nak apa suruh I datang sini ?.” soal Rose kepada Fikri.

“Temankan Zehra kemas barang dia dekat atas , dia ambil barang dia yang masih bersisa dekat rumah ni , tapi I akan tunggu dekat luar if ada perlukan pertolongan , panggil je okay ?.” jelas Fikri lembut.

“Ohh , okay boleh.” jelas Rose ceria.Mereka berdua terus menuju ke pintu lif dan butang ditekan.Mereka melangkah masuk ke dalam perut lif , sesampai sahaja di tingkat atas.Mereka menuju ke rumah harta sepencarian Zehra Amanda dan Tuan Zahin Aqbar.

“I tunggu dekat luar.” jelas Fikri kepada Rose dan Zehra mula membuka pintu rumah dengan kad akses yang dimilikinya.Kad itu hanya kepuyaan dia dan Tuan Zahin dan mereka mempunyai seorang satu salinan.Rose membuntuti Zehra , dia ternganga apabila melanhkah masuk ke dalam rumah itu , walaupum tidak sebesar rumah banglo seperti yayasannya tetapi sungguh kelihatan mewah.Gaya ruangan rumah ini adalah impian semua pasangan yang ingin memiliki rumah sendiri.

“Cantiklah , bestnya you pernah duduk rumah macam ni ?.” puji Rose Isabelle melambung.

“Bukan ke awak sekarang duduk banglo ? Kenapa rasa kondo best ?.” soal Zehra kepada Rose.

“Kondo kawasan dia tak besar dan tak kecil.Dia selesa dan menarik.I love kondominium.” jelas Rose kepada Zehra.

“Jom kita kemas dekat bilik belakang tu.” ajak Zehra lembut kepada Rose.Mereka menuju ke sebuah bilil yang terletak di ruangan dapur.

“Kenapa you letak barang dekat bilik maid ni ?.” soal Rose pelik.Kebiasaan bilik di bahagian dapur adalah bilik buat pembantu rumah yang tinggal serumah dengan majikan.Mereka terus memasuki ruang bilik itu.Lampu dibuka Zehra.

“Banyaknya barang baby ni ?.” soal Rose agak teruja.

“Saya tak boleh baju yang cute terus rasa nak beli.” jelas Zehra manja dan tertawa.Rose juga turut ketawa dan menolong Zehra Amanda mengemas barang keperluannya semasa bersalin nanti.

“You dah ready nak tempuh hari bersejarah you ?.” soal Rose lembut dan teruja.

“Dah , rasa tak sabar sangat.Rasa nervous pun ada.” ucap Zehra dengan wajah comel.Rose tersenyum memandang wanita itu.

“Barang you memang ada dekat sini saja atau ada dekat bilik lain ?.” soal Rose kepada Zehra.Kerana niat dia ingin membantu wanita itu yang di dalam keadaan sarat hamil.

“Ada , kalau macam barang saya ada dekat bilik utama.Yang itu nanti saya ambil.” jelas Zehra kepada Rose lembut.

“Okay , kalau macam tu I kemas barang baby ni dululah , you pergi tengok apa yang you nak ambil.If ada kena lipat baju untuk masuk dalam bag , you letak tepi dulu nanti I lipatkan and kemaskan.” jelas Rose kepada Zehra.Dia rasa terharu kerana mempunyai kawan sebaik Rose.

“Thank you Rose , saya susahkan awak saja.” jelas Zehra sayu.Malah Rose tersenyum.Dia melangkah keluar dari bilik itu.Dia menuju ke bilik utama.Tombol pintu yang disentuh sudah sedia untuk dipulas.Tiba-tiba dia terdengar suara orang yang sedang bercakap.Dahi Zehra Amanda berkerut seribu.Lagi membuatkan dia terkejut adalah suara lelaki dan wanita yang sedang mendesah.Mereka bagai sedang melakukan asmara bersama.Dadanya turun naik , rasa takut dan bercelaru bersatu dalam satu masa.Kepala lututnya terasa longgar.Perlahan-lahan tombol dipusingkan dan dibuka , sedikit demi sedikit tubuh gerangan seorang lelaki sudah dapat dilihat.Zehra menekupkan mulutnya , Tuan Zahin dan Amylia sedang bercumbu di atas katil.Mereka berzina.

“Zahin !.” jerit Zehra seoktaf.Rose yang berada di bilik di bahagian dapur juga jelas mendengar jeritan Zehra Amanda sehingga terhinjut bahunya.Airmata Zehra sudah gugur , hatinya juga sudah hancur , dengan rasminya juga dia sudah tidak merasa apa-apa perasaan terhadap Tuan Zahin Aqbar lagi.Apa yang sedang dia lihat di hadapan mata sungguh menyayat hati wanitanya.

“Zehra ? Tunggu dulu , saya... .” kata-katanya mati kerana tiada penjelasan yang mahu diberi.

“Waktu kita berpisah , masih ada secebis rasa sayang saya terhadap awak Zahin.Tetapi harini awak buktikan bahawa saya memang tak layak untuk awak Zahin.” bergetar suaranya.Airmata terasa hangat.

“Saya minta maaf Zehra , saya gagal jadi suami dan lelaki yang baik untuk awak.” jelas Tuan Zahin sayu.Wajahnya tertunduk menekur ke lantai.Rose yang terdengar jeritan Zehra segera mendapatkan wanita itu.Dia terkedu apabila melihat keadaan yang sangat memalukan di hadapan matanya.

“Apa dosa saya pada awak Zahin ? Kenapa kesetiaan saya dibalas begini ?.” soal Zehra yang tangisannya semakin kuat.

“Allahuakhbar !.” dia jatuh terjelepuk di atas lantai berhadapan dengan Tuan Zahin.Rose menenangkannya.Wanita itu turut mengalirkan airmata.

“Kalau awak tak tahu malu dengan saya , awak malulah dengan anak yang bakal lahir ni Zahin.” ucap Zehra dalam tangisan yang semakin kuat.Dia tidak dapat mengawal tangisannya itu.Dia bagai melepaskan apa yang terpendam dihati selama ini.

“Jika saya akan ada kehidupan baru selepas ini sekalipun , anak dalam perut saya ni tetap anak awak Zahin Aqbar.” jelas Zehra.Airmatanya sudah membasahi lantai jubin itu.

“Amylia , kalau kau tak reti malu jugak pada aku , kau malulah pada anak Zahin yang bakal lahir ni , malulah pada anak kau sendiri , mak jenis apa yang Qhaira dapat ? Ya allah !.” ucapnya lagi.

“Kau tak payah nak tunjuk baiklah , kau pun sama mengatal dengan Fikri kan ?.” jawab Amylia biadap kepada Zehra.Airmata wanita itu semakin laju.Rose mengetap bibir mendengar penghinaan Amylia itu.

“Amylia !.” jerit Tuan Zahin seoktaf.Dia memihak kepada Zehra.Terkejut Amylia apabila dijerkah begitu.Hatinya sakit.Tiba-tiba Fikri juga muncul dari luar.Dia terkedu melihat keadaan yang sedang senyap sepi tetapi dalam masa yang sama keadaan adalah suasana yang tegang.

“Maafkan saya Zehra.” ucap Tuan Zahin yang sudah melutut di hadapan Zehra Amanda dalam keadaan bertuala sahaja.Tetapi tidak dibalas oleh Zehra.

“Kenapa kau buat macam ni Amy ? Apa dosa anak kau sampai kau sanggup jadi mak tak guna macam ni ?.” soal Rose kepada Amylia.

“Jijik aku tengok kau Amy.” jelas Fikri yang kini bersuara.Amylia segera bangun dari arah katil dan mendekati Fikri yang berada di belakang Rose Isabelle dan Zehra Amanda.

“Fikri , maafkan I.” pinta Amylia meraih simpati lelaki itu.Tangan Fikri cuba dipegang.Malah direntap Fikri kasar.

“Kau jangan berani nak sentuh aku , lepasni kau kalau nak jumpa Qhaira sekalipun.Aku akan pastikan yang aku ada sekali.” jelas Fikri dengan nada menekan.

“Arghh !.” jerit Zehra seperti menahan sakit.Dia memegang bawah perutnya.

“Sakit... . !.” jerit Zehra.Terkejut semua yang berada di ruang hadapan bilik utama itu.

sorry kepada baby readers yang menunggu , insyaallah esok chapter 47 okay..selamat membaca..muahh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience