NZ (15)

Drama Completed 72971

Pada hari ini , seluruh anak dan menantu Puan Sarah akan pulang ke bandar.Termasuk tetamu undangannya Rose Isabelle.Mereka sedang bersialp-siap dan bercadang untuk bergerak pada waktu selepas fardhu zohor.Rose Isabelle yang sudah siap berkemas menganbil tempat di pangkin di bawah pokok di hadapan halaman rumah itu.Dia termenung seketika , hatinya lebih tenang apabila dia telah meluahkan segala isi hatinya kepada Fikri.Perasaan cinta baru timbul di saat mereka bakal berpisah.Fia juga tidak mahu disakiti dan tersakiti.

“Jauh termenung ?.” soal Fikri yang tiba-tiba menerjah sunyi kawasan rumah itu.Rose segera memandang wajah lelaki itu.

“Saja ambil angin , dan pemandangan ni , sebab I nak screenshot dan simpan dalam memori I.” jelasnya sambil menunding jari ke kepalanya.Fikri tertawa kecil.

“Rose , betul ke yang you nak tolong I ?.” soal Fikri ingin kepastian.

“Yes , of course I nak tolong you dengan manja...nanti I akan carikan sebuah rumah yang you mampu sewa.” jelas Rose dalam senyuman.

“Thank you sayang.” ucap Fikri lembut.

Berubah air muka Rose Isabelle , Fikri kini benar-benar membuat jiwanya meronta.Dia mahukan lelaki itu tetapi dalam masa yang sama dia korbankan segalanya dan hindarkan diri dari rasa cinta yang bakal membunuhnya.

“Welcome.” balas Rose ringkas.

“Fik , boleh tak I nak request something dengan you ?.” pinta Rose lembut.

“Apa dia ?.” soal Fikri.

“I nak anak ?.” pinta Rose sayu.Terbutang mata Fikri mendengar permintaa isterinya itu.

“I means nak ambil anak angkat , yelah if kita dah berpisah pun I tak rasa sunyi.” jelas Rose tenang.

“Kalau I cakap I nak anak dengan you ? You sudi ?.” soal Fikri.

“Apa perasaan Zehra apabila dia tahu suami dia nak bersama dengan wanita lain untuk melakukan hubungan istimewa suami isteri untuk dapatkan anak ?.” soal Rose terang-terangan.Terdiam Fikri Hakim apabila mendengar penyataan menyayat hati isterinya itu.

“Bukan macam tu , kita masih ada masa , you tak rasa berisiko ke ambil anak angkat ?.” soal Fikri kepada isterinya.

“Daripada I ambil risiko untuk ada anak dengan you ?.” soal Rose.

“Kenapa dengan I ? I sihat lah , I tak sakit pun.” jelas Fikri dengan wajah tidak puas hati.Rose tertawa kecil.

“I tak cakap pasal kesihatan you , tapi I taknak ambil risiko ada anak dengan you , itu saja.” jelas Rose tenang.

“Kenapa ? Salah ke kalau ada anak dengan I ?.” soal Fikri pelik.

“Yes salah , salah dari segi hati dan perasaan.” jelas Rose tenang.Dahi Fikri berkerut.Dia tidak faham apa yang cuba di sampaikan oleh Rose.

“What do you means ?.” soal Fikri ingin penjelasan.Rose melepaskan keluhan yang berat di dadanya perlahan-lahan.

“I dah jatuh cinta pada you kan Fikri , buat apa I nak ada anak dengan you , you nak seksa I pula ke ?.” soal Rose sayu.

“I taknak Fikri , ada anak dengan you adalah satu penyeksaan untuk I , jadi izinkan I tanggung risiko ini sendiri.” jelas Rose sayu.
“Betul ni ? Perkara masih boleh dibincangkan , I boleh jelaskan pada Zehra.” ujar Fikri lagi.

“Kalau you boleh jelaskan sekalipun , boleh ke you ubat hati dia yang terluka ? Cukup-cukuplah penderitaan yang dia tanggung selama 8 tahun.” jelas Rose lagi.

“Takpalah , kalau itu result you , I okay je.” jelas Fikri lemah.

“Jangan bagi anak pada I , bahagiakan anak you dengan Zehra , dia perlukan perhatian you.” ujar Rose lagi.

“Nanti I akan hantar you pergi Airport okay ?.” jelas Rose kepada suaminya.

“Okay.” balas Fikri dalam senyuman.Rose mengalihkan pandangannya ke arah lain , jiwanya tidak kuat untuk memandang wajah lelaki itu.

“Sayang , thank you for being my wife.” ucap Fikri romantis.Rose terkedu.Tangannya diraih Fikri dan diusap lembut.Rasa bersalah terbit tiba-tiba di hatinya.

“Fikri... .” seru Rose perlahan dan ingin menarik semula tangannya yang diraih Fikri itu.

“Wait , bagi I masa sekejap untuk simpan moment indah ini dengan you , jangan bagi I lepaskan peluang ni , ini adalah kali pertama dan kali terakhir untuk kita , please Rose Isabelle.” ucap Fikri lembut.Dia mengucup tangan Rose lembut.Wanita itu mengalirkan airmata.Hatinya meronta tetapi ditahan saja.

“I already miss you sayang.” ucap Fikri penuh kasih.Dahi Rose dikucup seketika.

“Maafkan I sebab tak jadi wife yang baik untuk you.” ucap Rose sepenuh hati.

“Maafkan I juga , sebab tak jadi suami yang baik untuk you.” balas Fikri lagi.

“Jom masuk.” ajak Fikri dan mengenggam tangan isterinya.
“Fikri , tak perlu semua ni , kita macam biasa je.” jelas Rose kepada suaminya dan menarik semula pegangan tangan yang berada di dalam genggaman Fikri itu.

“Okay.” balas Fikri ringkas.Mereka beriringan masuk ke dalam rumah.

Sewaktu makan tengahari , seluruh ahli keluarga Puan Sarah berkumpul di meja makan termasuk tetamu undagannya dan menjamu selera makanan dan lauk pauk yang dimasak oleh Puan Sarah sendiri.Dia merenung satu persatu , anak dan menantu yang berada di meja makan tersebut.

“Sayang , nak tambah lagi ke ?.” soal Raziq kepada isterinya yang dilihat sungguh berselera menjamu air tangan bonda tercinta.

“Taknak , Nia dah kenyang.” ujar Nia Amanda manja.Puan Sarah yang memerhati adegan mesra Nia dan menantunya Raziq mendapat akal untuk memotong perbualan mereka.

“Raziq , nanti boleh tak tolong mak ?.” soal Puan Sarah lembut.

“Apa dia mak ? Boleh saja.” jelas Raziq penuh sopan.

“Nanti mak nak bekalkan sedikit lauk untuk mak Zatie , Raziq tolong hantar ye.” pinta Puan Sarah tanpa memikirkan hati dan perasaan Nia Amanda.Dia sengaja mahu menyakiti anak gadisnya itu.Raziq merenung tajam ke arah wanita separuh abad itu.Tetapi renungannya itu tidak lama kerana dia menghormati ibu mertuanya itu.

“Nanti mak suruh Zaki je lah.” jawab Raziq mendatar.

“Zaki boleh mak.” tawar Zaki spontan.Puan Sarah hanya mengangguk dan membuat riak wajah menyampah.Jelingan diberi kepada anak perempuannya Nia Amanda.
“Fikri balik dengan Rose naik apa ?.” soal Puan Sarah tiba-tiba.

“Fikri , Rose dengan Zehra balik naik kereta je mak , tapi Fikri lepas ni nak pergi airport sebab dia terus pergi honeymoon.” jelas Rose sendiri.Terbutang semua mata di meja makan tersebut apabila mendengar penyataan wanita itu.Zehra dan Fikri tersenyum nipis kepada Rose.

“Kenapa balik bertiga ?.” soal Puan Sarah selamba.Di dalam hati Rose sudah menjerit-jerit mahu mengenakan wanita itu.

“Nak balik berempat belum ada rezeki mak.” jelas Rose selamba.Zaki yang tengah menyuapkan nasi ke mulutnya hampir tersembur apabila mendengar jawapan yanh diberi Rose itu.Mereka semua bersorak di dalam hati.

“Macam lah aku tak tahu dia nak tanya kenapa aku tak balik berdua dengan Fik ?.” gumam Rose sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience