NZ (32)

Drama Completed 72982

Zehra sedang duduk menonton televisyen di dalam bilik pejabat suaminya.Zehra terlalu bosan pada hari ini kerana dia datang ke pejabat untuk menemani suaminya sahaja.Tuan Zahin Aqbar terlalu sibuk dengan segala urusan kerjanya.Suaminya itu kini berada di bilik mesyuarat.Zehra memuncung kerana tiada rancangan di saluran televisyen yang menarik minatnya.Sedang dia asyik menonton rancangan di televisyen , tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk.Dia mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam tas tangannya lalu di buka kunci skrin telefon dan melihat gerangan yang menghantar pesanan kepadanya.Alangkah terkejutnya Zehra apabila melihat Fikri menghantar pesanan mahu berjumpa dengannya kerana ada urusan penting perlu dibincangkan.Zehra menjadi serba salah , jika dia pergi takut suaminya pula cari , jika tidak pergi membuatkan ia mahu tahu apa yang hendak diberitahu Fikri.Dia berfikir sejenak.Akhirnya di membuat keputusan untuk ke bilik mesyuarat yang menempatkan suaminya kini.Dia terus menapak keluar dari bilik pejabat suaminya itu lalu menuju ke ruangan bilik mesyuarat.Pintu bilik mesyuarat diketuk.Dia membuka dan mejenggulkan kepalanya sedikit.Zehra Amanda menelan liur kesat apabila semua mata sedang tertancap terhadapnya termasuk suaminya sendiri.

“Tuan , saya nak jumpa Tuan sebentar.” jelas Zehra kepada suaminya Tuan Zahin.Suaminya hanya menurutkan sahaja , dan keluar dari bilik mesyuarat lalu menuju ke tepi lorong yang agak sunyi itu bagi mendapatkan isterinya Zehra Amanda.

“Sayang , kenapa panggil abang Tuan ?.” soal Tuan Zahin lalu memuncung.Zehra mendekati suaminya dan menyentuh bahu lelaki itu dengan kedua belah tangannya.

“Abang , ini dekat office bukan dekat rumah.” jelas Zehra lembut.

“Kenapa nak jumpa abang ni ?.” soal Tuan Zahin ingin tahu.

“Sayang nak minta izin abang sebab nak pergi jumpa kawan sekejap.” jelas Zehra.

“Siapa kawan sayang tu ?.” soal Tuan Zahin.Telan liur kesat Zehra dibuatnya.

“Hasya ! Ah Hasya nama kawan sayang tu , lama tak jumpa , itu yang sayang ingat nak jumpa dia , rindu pulak…nak pergi lepas rindu lah ni.” jelas Zehra dalam tawa hambarnya.Tuan Zahin melangkah setapak mendekati isterinya.Dadanya kini bersentuhan dengan dada isterinya yang berlapikkan pakaian.Zehra sekali lagi cuak dengan tindakan suaminya itu.Wajahnya begitu menggoda.

“Habis abang bila pula boleh lepas rindu ?.” soal Tuan Zahin yang kini wajahnya naik merayap ke leher jinjang si isteri.

“Abang , kalau abang nak tuntut apa-apa , kita boleh tuntut sama-sama dekat rumah.” jelas Zehra yang mula gelabah dengan cara suaminya itu.

“Sekarang tak boleh ke ?.” soal Tuan Zahin menggoda.

“Abang , sekarang kita dekat pejabat.Kita kena jaga nama baik kita walaupun hubungan kita halal.” jelas Zehra mendalam.Tuan Zahin terus memandang wajah isterinya.Zehra sudah cuak jika kata-katanya menguris hati suaminya lagi.

“Thank you sayang sebab jaga nama baik abang , sebab setiap kali abang berada dengan sayang , abang terlupa yang abang berada dekat mana , memang tak mampu nak tahan hati dan perasaan lagi.” jelas Tuan Zahin romantis dan tersenyum kepada isterinya.

“Okay , sayang boleh pergi sekarang ?.” soal Zehra kepada suaminya.

“Pergilah , jaga diri baik-baik…malam nanti abang tolong kemas apa yang patut sebab esok pagi kita dah nak gerak pergi honeymoon.” jelas Tuan Zahin lembut.Dahi isterinya dikucup lembut.

“Okay , sayang pergi dulu ya.” jelas Zehra lalu mengucup tangan suaminya lembut.Tetapi pandangan Tuan Zahin terhadap isterinya sangat luar biasa.Zehra Amanda tersenyum melihat pandangan itu , kerana pandangan itu sangat memaksudkan sesuatu yang tersirat.Wajahnya didekatkan lalu mengucup lembut bibir seksi suaminya.Selepas dia melepaskan ciuman tersebut , wajah Tuan Zahin mengukir senyuman hingga ke telinga.

“Bye abang.” ucap Zehra lembut sambil melambai tangan ke arah suaminya.Tuan Zahin pula mula mengatur langkah menuju ke bilik mesyuarat semula.Sambil dia melangkah menuju ke pintu lif , tubuhnya dipusingkan sekilas dengan wajah sayu.

“Maafkan Zehra abang , Zehra gagal jadi isteri yang baik buat abang.” ucap Zehra kecewa dengan dirinya sendiri.Dia sudah pun berada di dalam isi perut lif , tidak lama kemudian dia selamat tiba tingkat lobi.Dia melangkah keluar dari isi perut lif lalu menuju ke kenderaanya yang tersedia pemandu.Dia memasuki ruang tempat duduk belakang.

“Pakcik , bawakan saya ke Taman Merdeka.” pinta Zehra lembut.

“Baik puan.” balas pemandu itu kembali.Kenderaan yang dipandu oleh pemandu peribadi Tuan Zahin Aqbar telah menuju ke tempat yang diarahkan Zehra sebentar tadi.Sepanjang perjalanan dia hanya membuang pandangan ke luar tingkap.Tanpa dia sedar , perjalanannya hampir 30 minit menuju ke Taman Merdeka.Pemandu peribadi itu telah memarkirkan kereta dan segera keluar dari isi perut kereta lalu menuju ke arah tempat penumpang di bahagian belakang untuk membukakan pintu buat isteri majikannya itu.

“Pakcik tunggu dekat sini saja ya , biar saya pergi sendiri.” jelas Zehra setelah berdiri di tepi badan kenderaan itu.

“Baik puan.” jelas pemandu itu penuh hormat.Dia mula duduk di tepi kereta.Zehra Amanda sudah mengatur langkah menuju ke bahagian tasik di Taman Merdeka tersebut.Kelibat Fikri dicari dengan penuh konsisten.Akhirnya dia menjumpai juga lelaki itu sedang duduk di atas sebuah batu besar yang dijadikan perhiasan di taman itu.Langkah semakin laju diatur mendekati lelaki itu.

“FIKRI HAKIM !.” jerit Zehra seoktaf.Fikri yang terkejut namanya dijerit begitu , perlahan-lahan memandang ke arah belakang dengan wajah berkerut.

“Awak ni dah kenapa ? Nak marah-marah saya ni ?.” soal Fikri lembut dan tenang.Walaupun Zehra sudah menengkingnya tanpa sebab.

“Awak buat saya berdosa dengan suami saya , awak nak apa mesej saya ?.” soal Zehra dalam keadaan marah.Fikri agak terkedu dengan wanita itu kerana dia tidak pernah melihat bekas isterinya itu marah begitu.

“Ada sesuatu yang saya perlu beritahu awak , awak kena tahu perkara itu.Kenapa awak tak jujur dengan Zahin ?.” soal Fikri.

PANG !.

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Fikri , dia terkedu dengan tindakan drastik Zehra.Zehra memandang bekas suaminya itu bagai mahu menelan , dia benar sakit hati dengan soalan Fikri sebentar tadi.Airmatanya mengalir menandakan soalan tadi benar sensitif buatnya.

“Kenapa Zehra ?.” soal Fikri agak marah dengan kelakuan wanita itu.

“Salah ke soalan saya tadi ? Saya ke yang salah ? Saya ke Zehra ?.” soal Fikri bertalu-talu dan agak tinggi suaranya.

“Awak yang tak mahu jelas pada Zahin , kenapa saya dipersalahkan ?.” soal Fikri lagi.

“Sebab saya masih sayangkan awak.” jelas Zehra sayu dalam linangan airmata.Suaranya ditegaskan.

“Habis salah saya ke ? Kenapa awak perlu heret saya dalam masalah awak ? Kita berdua mempunyai masalah yang sama.” jelas Fikri sayu.

“Awak tahu tak kenapa saya nak jumpa awak lagi harini ? Sebab saya nak selamatkan awak Zehra Amanda.Hasya rakan baik awak adalah adik beradik kandung awak sendiri.Awak kena tahu perkara itu.” jelas Fikri sekali lafaz.Terbutang mata Zehra apabila mendengar penjelasan.

“Apa yang awak cuba jelaskan ni Fikri ?.” soal Zehra lemah.

“Hasya Adriana binti Zamri , dia adik awak juga bukan kawan baik awak.” jelas Fikri lagi.

“Kenapa dia tak pernah… .” soal Zehra.

“Semuanya sebab mak , mak yang halang dia untuk berjumpa dengan abah.Masa abah meninggal dia ada datang tapi dia kena halau dengan mak.” jelas Fikri.Zehra menekup mulutnya kerana terkejut.Airmatanya tidak henti mengalir.

“Awak bila tahu tentang perkara ni ?.” soal Zehra ingin tahu.

“Selepas dia luahkan perasaan pada saya , sebenarnya dia dah lama pendam perasaan pada saya , bila dia tahu awak dah jadi isteri saya , lagi kuat dendam dia pada keluarga awak.”

“Ya allah , kenapa saya baru tahu perkara ni ?.” soal Zehra yang berasa lututnya sungguh lemah ketika ini.

“Saya baru tahu juga , now sebagai umpan saya terima untuk berkahwin dengan dia , tapi jangan risau , saya takkan kahwin pun , sebab saya jadikan perkara tu sebagai umpan saya kepada dia.Saya juga dah buat laporan polis.” jelas Fikri lagi.Zehra memandang wajah Fikri sayu.

“Terima kasih sebab sudi beri pelindungan kepada saya.” jelas Zehra lemah.

“Sama-sama.Semoga selepas ni awak lebih berhati-hati and make sure awak nak kemana-mana kena ada orang temankan or Zahin ikut sekali.” jelas Fikri kepada wanita itu.

“Terima kasih , saya nak balik.” jelas Zehra.

“Balik naik apa ? Kalau takda saya tolong hantarkan awak.” jelas Fikri kepada wanita itu.

“Takpa saya tadi datang dengan pemandu.” jelas Zehra.

“Sayang.” panggil Fikri tiba-tiba.Terkejut Zehra dengan panggilan itu.Lantas dia memandang wajah Fikri dengan riak yang cuak.

“Tahu takut.” Sindir Fikri selamba.Dia sengaja menyakat wanita itu.

“Fikri… .” jerit Zehra kepada bekas suaminya itu.Tas tangan dihayunkan ke arah Fikri.Tawa lelaki itu makin letus dengan kuatnya.

“Fikri , terima kasih untuk penjelasan tadi.” ucap Zehra lembut.

“Sama-sama sayang.” sakat Fikri lagi.

“Fikri Hakim , sekali lagi awak panggil macam itu saya beritahu Zahin okay.” amaran diberi kepada lelaki itu.

“Okay sorry , saya bergurau saja , tak maksudkan apa-apa.” jelas Fikri tanpa rasa bersalah.

“Memanglah bergurau , kalau orang dengar and salah faham macam mana ?.” soal Zehra agak marah.Fikri tersenyum nakal.

“Nak tanya satu soalan boleh ?.” soal Fikri tiba-tiba.

“Tanyalah cepat , saya nak balik.” jelas Zehra Amanda.

“Awak sayang abang lagi tak ?.” soal Fikri tanpa rasa bersalah dan malu.

“Apa ? Sayang ? Abang ?.” soal Zehra seperti di dalam mimpi rasanya.

“Awak dah gila ke ? Saya kan dah kahwin dengan kawan baik awak ?.” jelas Zehra yang cuba menyedarkan bekas suaminya itu.

“Ya saya tahu , tapi tak semestinya awak ada perasaan sepenuhnya kepada dia kan ?.” soal Fikri kepada wanita itu dengan penuh yakin.

“Awak dengar sini baik-baik Fikri , saya akui sebelum ni sukar untuk saya lupakan awak tapi sekarang saya dah lupakan terus awak dalam ingatan saya.Tolong jangan hadir dalam fikiran saya lagi Fikri.” jelas Zehra tegas.

“Sayang , saya masih sayangkan awak lagi , tolong jangan lupakan saya dalam fikiran awak.” ucap Fikri lembut dan sayu.

“Sayang , please.” pinta Fikri sekali lagi.Dia mendekati Zehra.

“Fikri , stay away from me.” ucap Zehra.Bergetar suara dia.

“Sayang , saya tahu saya salah , saya sayangkan awak.” ucap Fikri sayu.

“Fikri jangan seksa saya lagi , please.” ucap Zehra dalam tangisan yang mula mengiringi.

“Zehra jangan menangis…saya cuma nak tahu kalau awak masih ada perasaan pada saya sayang.” jelas Fikri kepada wanita itu.

“Tolong jangan panggil saya sayang , sebab saya panggilan tu hanya khas buat Zahin Aqbar saja.” jelas Zehra menegakkan keadilan dalam hubugan rumahtangganya.

“Awak betul-betul dah jatuh cinta pada Zahin ke ?.” soal Fikri ingin kepastian.

“Ya , dan awak takda hak menanyakan perkara tersebut.” jelas Zehra tegas dalam linangan airmata.

“Awak berjaya jatuh cinta dengan dia , saya gagal melupakan awak.” ucap Fikri kecewa.

“Lupakan saya Fikri.” jelas Zehra tegas lagi.Langkahnya terus diatur beredar dari situ.Fikri hanya memandang sepi ke arah wanita itu.Dia tersenyum hambar.

“Kau dah berjaya Fikri.” ucapnya sendiri kepada dirinya.Airmatanya mengalir.

Pada malam itu , Zehra setia menunggu suaminya pulang dari bekerja , dia juga dimaklumkan bahawa suaminya akan pulang lewat , sementara menunggu kepulangan suami tercinta , dia melakukan kerja pembersihan di dalam biliknya.Dia menyapu seluruh kawasan bilik itu sebelum ia meninggalkan dengan habuk sekali lagi.Sedang dia tekun menyapu , pintu bilik dibuka dari luar dan tersembullah wajah Tuan Zahin.Wajah yang penat itu ditatap dengan senyuman.

“Abang dah balik ?.” soal Zehea mesra.

“Sayang okay ? Dah makan ke ? Maaf kalau buat sayang tertunggu.” jelas Tuan Zahin lembut kepada isterinya itu.

“Dah abang , abang nak makan ?.” soal Zehra lembut kepada suaminya.

“Takpalah , abang dah makan dekat luar tadi , abang nak mandi sekejap.” ucap Tuan Zahin lembut.

“Okay , nanti Zehra sediakan baju abang ya.” jelas Zehra kepada suaminya.Tuan Zahin terus melangkah menuju ke arah gerobok untuk membuka pakaiannya.Zehra hanya memandang sahaja tingkah laku suaminya itu.Dia tersenyum melihat abdomen suaminya yang cukup menggoda dirinya.Dia mengigit bibir ketika melihat suaminya itu.Tuan Zahin sudah sampai ke kemuncaknya iaitu mahu membuka zip seluar.Tetapi dia dapat merasakan ada mata yang sedang memandang ke arahnya.Perlahan-lahan pandangan di arahkan pada Zehra Amanda.

“Sayang okay tak ?.” soal Tuan Zahin agak pelik.

“Okay , kenapa abang ?.” soal Zehra selamba tanpa rasa bersalah.

“Habis tengok abang sampai macam tu sekali ?.” soal Tuan Zahin dalam tawa sinisnya.

“Sebab abang seksi dan menggoda sangat.” ucap Zehra gedik.

“Ya allah sayang , sampai macam tu sekali tengok abang ?.” soal Tuan Zahin sambil mengucap.

“Abang handsome sangat lah.” jelas Zehra gedik lagi.

“Ni puji ke bodek ?.” soal Tuan Zahin sambil mengecilkan matanya memandang ke arah isterinya.

“Pujilah , ikhlas tahu tak ?.” rungut Zehra manja.Tuan tersenyum dengan gelagat manja isterinya itu.Zehra kembali kepada emosi cerianya tadi.

“Abang nak.mandi eh ?.” soal Zehra dengan manja.

“Yalah sayang , tadi kan abang dah cakap nak mandi sekejap , kenapa ?.” soal Tuan Zahin lembut dan agak pelik.

“Nak ikut boleh ?.” soal Zehra mengada.Terkedu Tuan Zahin dengan permintaan isterinya itu.

“Kenapa ? Sayang belum mandi ke ?.” soal Tuan Zahin tenang , walaupun dia agak terkejut dengan permintaan Zehra Amanda itu.

“Dah mandi tapi saja , rasa macam nak mandi dengan abang pula ?.” jelas Zehra manja dan gedik.

“What ?.” soal Tuan Zahin terkejut.Zehra automatik memuncungkan bibirnya tanda merajuk.Tuan Zahin mengatur langkah mendekati isterinya.

“Sayang demam ke ? Apa kes pula ni nak mandi dengan abang ?.” soal Tuan Zahin pelik.

“Bang , boleh sayang nak mandi dengan abang ?.” rengek Zehra manja sambil memeluk pinggang suaminya.Wajahnya disembamkan ke dada bidang suaminya.

“Abang baru balik kerja kan ? Bagilah abang mandi dulu.” jelas Tuan Zahin mengelak.Dia agak janggal dengan permintaan pelik isterinya itu.

“Abang ni , sayang nak mandi dengan abang pun abang tak bagi.” rungut Zehra lagi.

“Abang bukan apa , cuma rasa malu sikit.” jujur Tuan Zahin.

“Alaa , sayang tak malu pun ?.” ucap Zehra selamba.Tuan Zahin menepuk dahinya , dia pening dengan sikap manja isterinya yang tiba-tiba ini.

“Abang tak cakap sayang , yang abang cakap tu abang yang rasa malu , kalau sayang tak malu abang boleh buat apa ?.” soal Tuan Zahin.

“Kita mandi sama-sama okay ? Sayang nak buka baju sekejap.” jelas Zehra manja tanpa menghiraukan halangan suaminya.Dia juga terus mengatur langkah menuju ke suatu sudut untuk membuka kesemua pakaiannya dan hanya berbalutkan tuala mandi di tubuhnya.Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

“Sayang , kenapa berubah 360° macam ni ? Pening abang dibuatnya.” ucap Tuan Zahin sendirian dan mengeleng-gelengkan kepalanya kerana pening dengan sikap manja isterinya itu.

“Abang cepatlah.” Jerit Zehra dari dalam bilik mandi.Tuan Zahin semakin tidak keruan dibuatnya.

“Ya abang datang ni.” jelas Tuan Zahin.

Selesai sahaja mandi , mereka terus menuju ke gerobok baju untuk memakai pakaian tidur.Zehra hanya tersenyum ceria kerana dapat apa yang dimahukan sebentar sahaja tadi.Tuan Zahin hanya beriak biasa sahaja , perasaan malu terhadap isterinya tadi masih belum hilang dari dirinya.

“Abang terima kasih sebab mandi dengan Zehra.” ucap Zehra manja.Pipi suaminya dikucup lembut.Tuan Zahin tersenyum dengan gelagat isterinya itu.

“Sama-sama sayang.” ucap Tuan Zahin kembali.

“Tapi abang nak tanya something boleh ?.” soal Tuan Zahin pelik.

“Boleh , tanyalah ?.” jelas Zehra dengan berani dan yakin.

“Sayang ada sembunyi apa-apa ke dengan abang ?.” soal Tuan Zahin mula serius.

“Sembunyi apa ?.” soal Zehra takut.Suaranya mula kendur

“Takdalah , sayang tiba-tiba saja manja dengan abang ni ? Macam pelik pulak ?.” soal Tuan Zahin menduga.

“Takda apa pun abang , abang ada rasa sayang tipu abang ke ?.” soal Zehra mula mengalah.

“Eh , takdalah , takpa kita tidur okay.” pujuk Tuan Zahin.Dia tidak mahu isterinya menangis pula selepas ini.

“Goodnight abang , I love you so much.” ucap Zehra manja dan romantis.Sekali lagi memeranjatkan Tuan Zahin apabila menerima ucapan sebelum tidur yang cukup romantis daripada isterinya.Tetapi kerenah itu tetap dilayan juga.

“Goodnight baby , I love you too.” ucap Tuan Zahin kembali dan tersenyum ke arah isterinya.

“Nak kiss ?.” pinta Zehra manja.Tenang sahaja dahi isterinya dikucup lembut.

“Thank you hubby.” ucap Zehra manja.

“Welcome baby sayang.” ucap Tuan Zahin sambil mencuit hidung isterinya.Zehra merapatkan tubuhnya dan memeluk suaminya erat.Tuan Zahin yang melihat isterinya sudah melelapkan mata.Dia segera mencapai telefon pintar dan menaip sesuatu di ruangan mesejnya bersama Fikri.

“Thank you Fikri , kau betul-betul buat dia jatuh cinta dengan aku , malam ni dia pelik gila.” mesej tersebut dihantar kepada sahabatnya itu.Tidak sampai beberapa minit , mesej tersebut dibalas Fikri.

“Tahniah Zahin , semoga kau berbahagia dengan dia.” mesej Fikri ringkas.Tuan Zahin tersenyum.Telefon diletakkan di sisi , lalu dia juga menyambut pelukan isterinya tadi.Malam ini malam paling indah buatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience