NZ (4)

Drama Completed 72971

Dato Paduka Hilman baru sahaja pulang dari urusan luar negeri di Kuala Lumpur.Dia sedang bersiap di biliknya dan akan turun ke ruang makan untuk bersantapan sekali bersama isteri , anak dan menantunya.Selepas dia selesai , bersiap lalu di mengambil telefon pintarnya dan menuju ke anak tangga untuk turun.Sesampai sahaja dia di anak tangga terakhir , wajah menantunya Rose Isabelle menjadi perhiasan pertama di matanya.Dia mengerling menantunya itu.Rose hanya memberi tumpuan pada makanannya sahaja tanpa menghiraukan bapa mertuanya itu.Dato Hilman , menarik kerusinya dan duduk untuk bersantapan bersama ahli keluarga.Tanpa membuang masa Datin Zarina segera menyediakan dan menghidangkan makanan dan minuman buat suaminya.Kuay tiaw goreng dihidang di dalam pinggan suaminya dan air kopi panas di tuang ke dalam cawan kaca dan beralaskan piring.Tetapi makanan yang terhidang hanya ditenung dan dibiarkan Dato Hilman sehingga isterinya sendiri berasa pelik kerana suaminya tidak menjamah makanan tersebut walaupun satu sudu.

"Che man kenapa tak makan lagi ?".soal Datin Zarina.Fikri yang turut melihat kelakuan bapanya itu juga menegur.

"Dad tak sihat ke ?".soal Fikri lembut dan mengambil berat tentang kesihatan bapanya.Wajah tampan Fikri dijeling sekilas Dato Hilman.

"Sihat..waiting for my guests".jelas Dato Hilman.

Wajah Fikri dan Datin Zarina berkerut serentak.Rose yang sedang menikmati makanannya juga turut menjongketkan keningnya.Tetapi pandangannya masih pada makanan.

"Siapa pagi-pagi ni jadi tetamu kita pula ?".soal Datin Zarina pelik.

"Adalah".jawab Dato Hilman selamba.

"Ish awak ni , ada pula jemput tetamu pagi-pagi buta , jemput lah malam ke ? Tengah hari ke ? Ni jemput pagi-pagi pulak".bebel Datin Zarina.Dato Hilman hanya mendiamkan diri tanpa membalas bebelan isterinya itu.

Tiba-tiba ada satu suara memberi salam dari pintu utama rumah agam Dato Hilman dan Datin Zarina.Pembantu rumah yang diupah keluarga itu , segera berlari anak untuk membuka pintu dan menyambut tetamu yang sudah hadir kerana dijemput Dato Hilman sendiri.

"Ahh Zehra , apa khabar ?".soal Dato Hilman mesra kepada menantu kesayangannya itu.

"Sihat Dato , alhamdulillah".balas Zehra lembut dan sopan.

Berubah air muka Fikri dan Datin Zarina apabila melihat sekujur tubuh yang dikenali turut berada di rumah mereka saat Rose Isabelle turut berada sama.

"Have a sit".jemput Dato Hilman kepada Zehra.Tetapi ada sesuatu yang membuat Zehra berasa serba salah kerana dia di arahkan duduk di sebelah suaminya.Dia mengerling ke arah Rose sesekali , pandangan tajam diberi oleh wanita itu kepada Zehra Amanda.

"Zehra dah kahwin ?".soal Dato Hilman tiba-tiba.Hampir tersedak Fikri mendengar soalan bapanya itu.Apa punya soalan orang tua ini tanya !.

"Dah".balas Zehra lembut.Sesi untuk mengenakan Fikri bermula.Dia dan bapa mertuanya sudah membuat perancangan untuk mengenakan suaminya itu.Kerana Dato Hilman mendapat tahu daripada Datin Zarina yang Fikri ada berkasar dengan Zehra kerana tidak dapat mengawal emosinya itu.

"Ohh sudah , kalau belum saya masuk jarum".ujar Dato Hilman selamba.

"Amboi Che man , dah ready nak tidur luar bilik ke ? Bukan main gatal lagi ?".sindir Datin Zarina selamba walaupun dia tahu niat suaminya ingin bergurau dengan menantu kesayangan mereka itu.

"Suami siapa nama ?".soal Dato Hilman lagi.Fikri hanya mendiamkam diri.

"Fakir".jawab Zehra selamba.Entah siapa punya nama dia menyebut untuk memperkenalkan suaminya yang dia sendiri tidak mengenali.Hatinya sudah tertawa riang kerana dapat mengenakan suaminya itu.

"Ohh Fakir , samalah pulak ye macam nama anak saya , nama anak saya Fikri".jelas Dato Hilman lagi.

"Ohh , Encik Fikri dah lama ke berkahwin dengan Puan Rose ?".soal Zehra tiba-tiba kepada suaminya.

"Dah 6 tahun".balas Fikri mendatar dan tidak memandang wajah isterinya.

"Ohh lama".balas Zehra pula.

"Zehra ada anak ?".soal Dato Hilman tanpa berfikir panjang.

Renungan tajam diberi kepada Dato Hilman oleh Fikri.Zehra mula terkedu dengan pertanyaan bapa mertuanya.

"Takda Dato".suara Zehra Amanda mengendur tiba-tiba.Hatinya menjadi sayu.Tujuan Dato Hilman mengajukan soalan tersebut kerana mahu anak lelakinya itu sedar akan kesilapan dan tanggungjawabnya sebagai seorang suami yang terabai selama ini.

"Ohh takda anak , kesian u kan ? Hidup tanpa bahagia".balas Rose Isabelle tiba-tiba.

"You ada anak ke nak cakap pasal bahagia orang ?".soal Fikri tiba-tiba mempertahankan Zehra.Berubah air muka Rose , hatinya menjadi marah apabila wanita yang tidak sepatutnya dipertahankan telah dipertahankan suaminya.

"I cakap je , salah ke ?".soal Rose ingin menutup salahnya.

"Big mistake".jawab Fikri dengan nada mengeras.

"Rose jaga kata-kata kamu pada tetamu terhormat daddy ni".amaran Dato Hilman kepada Rose.

"Daddy , Fik naik atas dulu and you Rose ikut I sekali".arah Fikri kepada isterinya itu.Hati Zehra bertambah sakit apabila melihat suaminya beriringan dengan Rose.

"Zehra are you okay ?".soal Dato Hilman yang sudah pun mengenggam tangan menantunya itu tanpa Zehra sedar.

".......okay".jawab Zehra sayu dan agak lambat.Dia tidak tahu ingin berkata apa".

Fikri yang kini sudah berada di biliknya memandang tajam ke arah isterinya Rose Isabelle.Dia mendekati wanita itu.

"You memang tak tahu cara nak beradab dengan orang macam mana ehh ?".soal Fikri kasar.

"Kenapa you nak bela perempuan tu ? I tengok dia macam nak mengatal je dengan you".ujar Rose.

"You tak perlu nak fikir bukan-bukan boleh tak ?".soal Fikri kasar.

"Kenapa you nak marah ? Ke you memang ada affair  dengan betina tu ?".soal Rose biadab dengan suaminya.

PANG !.

Fikri melepaskan barannya kepada Rose Isabelle , satu tamparan kuat hinggap di pipi Rose Isabelle.Hari ini , kesabaran Fikri terhadap Rose benar-benar teruji.Rose mengangkat wajahnya dan memandang wajah Fikri perlahan-lahan.Rasa amarah di dalam hati membuak-buak.Rasa dendam dan benci bersatu.

"Sialll !".ucap Rose kepada suaminya.

PANG !.

Satu lagi tamparan diberi oleh Fikri kepada isterinya kerana terlalu biadap sehingga memanggilnya dengan perkataan kesat.

"Apa you panggil I ? Sial ? Habis you tu tak sial ke ? Tinggalkan I tanpa fikirkan susahnya I tanpa isteri di sisi ? You ada minta izin I untuk keluar rumah ? Ada ?".soal Fikri bertalu-talu.

"Kenapa baru sekarang you takut I ada perempuan lain ? Haa ? Sepanjang perkahwinan kita kenapa tak pernah sekali pun you takutkan perkara ni ?".soal Fikri.

"You pernah jalankan tanggungjawab you dengan baik ?".soal Fikri lagi.

"I tanya jawab".arah Fikri kepada Rose.

"Tak".balas Rose ringkas dan mendatar.Tangannya masih di pegang di pipi kerana menahan sakit.

"Tak kan ? Habis kenapa baru sekarang you nak menyalak yang I ada perempuan lain bagai ?".soal Fikri kasar.

"Sebab I isteri you , I ada hak nak soal tentang perkara tu".nyata Rose dalam nada yang geram.

"You ada hak apa sebagai isteri I , tanggungjawab pun tak pernah jalankan , lagi nak hak you ? You dengan keluarga you semua gila harta je , you jangan ingat I tak tahu tau , yang you kahwin dengan I cause harta bukan cinta walaupun I cakap I ada baran , you ingat senang ke nak handle sakit baran ni ? Kalau I dah baran , you pun takkan selamat tau".ujar Fikri megah.

"Habis you nak buat apa ? You nak bunuh I ?".soal Rose berani.

"Kalau ikut perangai you ni , memang dah lama dah patut kena bunuh , tapi disebabkan you are my wife , I just sabar dengan you , tapi suatu hari nanti pasti you akan kena dengan I , confirm punya".ujar Fikri dengan penuh yakin.

"I malas nak cakap dengan jantan macam you ni , tak guna , damn".marah Rose lalu meninggalkan suaminya seorang diri di tengah-tengah ruang bilik itu.Fikri meraup mukanya kasar.

"Macam mana lah aku boleh bertahan dengan perempuan ni".ujar Fikri seorang diri.Akhirnya dia melangkah keluar dari biliknya menuju ke bilik bacaan Dato Hilman.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Zaki yang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen tiba-tiba didatangi isterinya dari arah dapur.Iris datang bersama dua cawan yang berisi air coklat panas.Dia menghulurkan secawan kepada suaminya dan duduk di sebelah lelaki itu.Bahu Iris dipaut lembut oleh Zaki.

"Sayang , sedap tak air I buat ?".soal Iris apabila melihat suaminya mula meneguk minuman yang dibuatnya itu.

"Mestilah sedap , dah isteri I yang buat lainlah kalau orang gaji yang buat , lagi sedap".sakat Zaki kepada isterinya.Laju sahaja jari jemari Iris merayap ke perut suaminya lalu mencubit dengan cubitan ketam.

"Aduhh , sakitlah sayang".ujar Zaki sambil mengusap perutnya itu.

"Gatal lagi".bebel Iris dengan wajah cemberut.

"Alaa , sayang jangan lah merajuk nanti I takda kawan malam ni , tak pasal-pasal I jadi bujang balik sebab kena tidur luar malam ni".ujar Zaki menyakat isterinya.Iris tersenyum dengan wajah nakal.

"Pandai lah you , nak sangat ke tidur luar ? Kalau nak I izinkan".ujar Iris menduga suaminya.Laju sahaja kepala Zaki mengeleng dan tersengih melihat isterinya.

"Sayang , kita honeymoon lagi nak ?".ajak Zaki tiba-tiba.

"Kenapa ?".soal Iris.Air mukanya agak berubah.Ia perkahwinan mereka yang sudah berusia satu tahun itu , mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

"Ialah kita cuba tak salah kan ?".soal Zaki sambil membelai kepala isterinya.

"Tak salah sayang , tapi...".jawab Iris.Kata-kata terhenti.

"Tapi apa ?".soal Zaki ingin tahu.

"Tapi I malu".jawab Iris dengan wajah yang memerah.

"You malu apa ?".soal Zaki pelik.

"I malu lah dengan you".jawab Iris.

"Ya allah , sayang I ni kan husband you , nak malu apanya ?".soal Zaki sambil menepuk dahinya kerana pening dengan sikap malu isterinya itu.

"Tak boleh ke kalau kita tak payah pergi honeymoon ?".soal Iris ingin kepastian suaminya.

"Boleh".jawab Zaki sambil tersenyum manis kepada isterinya.

"Thank you sayang".ucap Iris sambil membelai pipi suaminya lembut dan tersenyum gembira.

"Tapi you ingat you selamat ke ?".soal Zaki selamba dalam wajah yang masih tersenyum.

Berubah wajah Iris apabila disoal begitu.Liurnya ditelan kasar kerana takut akan dengan penyataan yang bakal dibuat suaminya itu.

"You tetap akan jadi milik I untuk setiap malam".jawab Zaki dengan wajah berlagak.

"Sayang".panggil Iris.Tetapi kata-katanya mati apabila Zaki sudah mencelah terlebih dahulu.

"You ingat orang yang dah berkahwin nak jalankan tanggungjawab mereka setiap kali tulah kena pergi honeymoon ke ? No ! Kalau macam tulah diorang kena usaha untuk bersama setiap malam , dah lama dah diorang bercerai sebab setiap kali nak bersama kena pergi honeymoon kena keluar duit , suami yang jutawan pun boleh muflis tau".sindir Zaki kepada isterinya.

Iris membuat wajah cemberut.Sekilas kucupan Zaki singgah di bibir munggilnya.Lama bibirnya dibenamkan dibibir Iris.

"Gatal".kutuk Iris selamba selepas kucupan mereka terlerai.

"Gatal dengan wife sendiri takda masalah kan ? Ke you nak I jadi macam angah ? Sekali 3 sepanjang hidup dia pasang".acah Zaki mengenakan isterinya.

"Zehra tak berani buat apa-apa dekat angah tau , tapi I lain , kalau you berani nak main gila dengan I you buatlah , masa tu hilang semua rasa malu I tau".ujar Iris memberi amaran kepada suaminya.Terhambur tawa Zaki mendengar penyataan isterinya.

"Garangnya isteri I ni ?".soal Zaki melawak.

"Garang , kalau ada niat nak pasang lagi satu".jelas Iris dengan wajah garangnya.

Zaki tidak berkata apa , dia hanya menumpukan perhatiannya pada televisyen kembali.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Puan Sarah sedang membancuh air buat dua orang tetamunya yang berkunjung di rumahnya.Puan Sarah selesai membancuh air lalu menyediakan hidangan kuih muih pula untuk tetamunya.Selepas tidak lama kemudian , dia membawa dulang yang berisi air dan kuih muih tersebut ke meja yang berada di dapurnya.

"Kau ni Sarah , buat susah-susah je..kami ni kan dah biasa datang rumah kau , tak payah lah nak layan macam orang datang setahun sekali".ujar Puan Muzaidah.

"Kalau kau jenis yang datang setahun sekali , bukan kuih muih aku hidangkan , lauk pauk aku hidang".gurau Puan Sarah.

"Pandai lah kau tu nak bergurau".ujar Puan Muzaidah sambil tertawa.

"Zatie sekarang buat apa ?".soal Puan Sarah mesra kepada anak dara Puan Muzaidah itu.

"Zatie sekarang kerja dekat kilang kain Dato Hilman tu lagi".ujar Zatie mesra.

"Ohh , masih kerja di sana lagi ya , macam mana kerja dekat sana ? Okay ke ?".soal Puan Sarah ambil tahu tentang perkembangan gadis itu.

"Alhamdulillah okay je cik , Zatie pun dah selesa kerja dekat sana".ujar Zatie dengan penuh hormat.

"Ohh , alhamdulillah lah kalau macam tu , tiap-tiap bulan lah boleh jumpa Raziq ye ?".sakat Puan Sarah kepada Zatie.

"Ehh , apa kau ni ? Raziq tu kan suami Nia ? Ada pulak cakap macam tu".marah Puan Muzaidah.

"Alaaa aku saja je gurau , bukan kau tak tahu anak kau dengan si Raziq tu pernah bercinta ?".soal Puan Sarah mengingatkan kembali hubungan anak mereka kepada Puan Muzaidah.

"Itu aku tahu , tapi masalahnya si Raziq tu kan dah jadi suami orang ? Suami anak kau sendiri ? Takkan lah dia nak kahwin dengan si Zatie ni pulak ?".soal Puan Muzaidah menyedarkan kesilapan Puan Sarah di dalam kata-katanya.

"Alaa , si Raziq tu lelaki bukan perempuan ? Lelaki kan boleh pasang empat".ujar Puan Sarah tanpa rasa bersalah dengan penyataannya.

"Haih kau ni Sarah , dari dulu sampai sekarang tak berubah".ujar Puan Muzaidah memarahi kawannya itu.

"Ni , anak menantu kau tak balik ke ?".soal Puan Muzaidah.

"Kalau tak disuruh balik memang susah lah diorang nak balik , tapi kalau aku cakap dalam group whatsapp tu suruh balik , berpusu-pusu semua balik".bebel Puan Sarah kepada sahabatnya itu.

"Fikri dengan manja apa khabar ?".soal Puan Muzaidah lemah.

"Alhamdulillah , okay lah tu , Fikri tu sayang dekat si manja tu".ujar Puan Sarah bersahaja seperti tiada apa yang berlaku.

"Kalau sayang , dia takkan menduakan manja ?".soal Puan Muzaidah sambil matanya menjeling ke arah Puan Sarah.

"Biarlah hidup diorang tu , yang penting diorang bahagia".ujar Puan Sarah.

"Sarah , jangan kau rosakkan hubungan rumahtangga anak menantu kau , tak baik , berdosa , kesian lah dekat diorang , sebab kebahagiaan kau diorang terpaksa gadaikan kebahagiaan diorang".ujar Puan Muzaidah menasihati Puan Sarah.

Tetapi kata-kata Puan Muzaidah hanya seperti angin , tidak memberi kesedaran walaupun sedikit kepada Puan Sarah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Raziq dan Nia membuat keputusan untuk ke rumah Datin Zarina dan Dato Hilman pada waktu petang untuk minum petang bersama orang tuanya.Mereka bersiap-siap untuk ke rumah agam milik Dato Hilman dan Datin Zarina.Selepas tidak lama kemudian , mereka selesai bersiap dan menuju ke rumah agam itu.

"Sayang , mummy tahu tak kita nak datang ?".soal Nia kepada suaminya Raziq.

"Tahu , tadi Raziq dah beritahu mummy nak datang minum petang dekat sana".jelas Raziq kepada isterinya.

Tangan Nia diraih dan dikucup lembut sambil sebelah tangannya lagi memegang stereng.

"Sayang focus on your driving".ujar Nia yang merisaukan keadaan suaminya yang bersahaja semasa memandu.Dia mencuba untuk menarik tangannya supaya Raziq boleh memfokuskan pada pemanduannya , namun gagal genggaman Raziq makin erat.Dia hanya membiarkan sahaja.

"Stubborn".ucap Nia kepada suaminya.

"I love you sayang".lain pula diucap Raziq apabila dikutuk isterinya.Nia tertawa , kerana dia sendiri tidak faham dengan sikap keanak-anakan suaminya , mungkin sudah berjangkit dengan sikapnya sendiri.

Tidak lama kemudian , mereka tiba di dalam perkarangan rumah agam milik Dato Hilman dan Datin Zarina.Mereka keluar dari isi perut kereta dan masuk ke dalam rumah tersebut.

Fikri dan Zehra kini berada di kolam ikan belakang rumah milik Dato Hilman.Zehra yang sedang memberi ikan makan , tiba-tiba dipeluk suaminya dari arah belakang.

"Sayang , abang minta maaf pasal hal Rose tadi".pinta Fikri lembut.

"Sayang okay je , abang jangan lah marah-marah dia , dia jahat macam mana sekalipun , dia tetap perempuan macam sayang , ada hati dan perasaan".ucap Zehra mengalah dengan perbuatan suaminya.

"Jangan cakap macam tu , dia tetap salah sebab mempertikaikan zuriat kita".ujar Fikri mendatar.

"Itu sayang tahu , tapi cara abang tak betul sebab marah-marah dia".jelas Zehra lembut.

"Jangan jadi baik atas hina orang lain pada sayang , please".pinta Fikri.

"Abang ni mulalah nak mengarut tu".kutuk Zehra.

"Daddy".panggil Qhaira tiba-tiba yang entah datangnya dari mana.Terlepas pelukan Fikri dipinggang Zehra.

"Yes darling , kenapa Qhaira keluar ? Tadi cakap nak duduk dengan Tok mummy ?".soal Fikri kepada anak perempuannya itu.

"Tok mummy suruh panggil daddy dengan mummy".jelas Qhaira.Terkedu Fikri dan Zehra apabila Qhaira memanggil Zehra dengan panggilan mummy.

"Why you call she mummy ?".soal Fikri lembut.

"Tok mummy yang suruh".jelas Qhaira dengan wajah manjanya.

"Cakap dengan Tok mummy , sekejap lagi daddy dengan mummy masuk okay ?".pesan Fikri kepada anak perempuannya.

"Alright daddy".ujar Qhaira lalu berlari masuk ke dalam.

"Sayang , sayang okay ke kalau Qhaira panggil sayang mummy ?".soal Fikri.

"Okay je kalau abang izinkan dia panggil sayang macam tu".jelas Zehra dalam wajah yang tersenyum girang.

"Mestilah abang izinkan , dia pun tak nampak pelik panggil sayang mummy ?".ujar Fikri.

"Abang , kalau sayang nak minta something boleh ?".pinta Zehra lembut.

"Mintalah sayang , apa saja abang akan tunaikan".ujar Fikri sambil membelai rambut isterinya yang panjang.

"Boleh tak kalau sayang nak buat IVF ?".pinta Zehra lembut.Terkedu Fikri apabila mendengar permintaan isterinya.

"Kenapa ?".soal Fikri.

"Sayang pun nak anak jugak".ucap Zehra sayu dengan pandangan sayu diberikan kepada suaminya.

"Abang tahu , tapi jangan lah sampai seksa diri , kita boleh ambil anak angkat kan ?".jelas Fikri memujuk isterinya.

"Itu sayang tahu , tapi rasa sendiri pengalaman mengandung lain feel dia abang".pujuk Zehra pula.

"Tapi tempoh rawatan tu lama kan ?".soal Fikri lagi.

"Lama tu memang lama , tapi kalau kita nak kita kenalah usaha dan sabar kan ?".ujar Zehra lembut kepada suaminya.

"Abang takut nak bagi sayang buat ujian tu , abang takut sayang tak kuat".ujar Fikri lemah.

"Abang lah kekuatan sayang".ucap Zehra sayu dan suaranya tengelam timbul.Tanpa dia sedar juga , airmatanya sudah pun mengalir di pipi.

"Sayang sabar sikit ya , kita cuba sekali lagi dengan usaha atas diri kita sendiri , kalau tak berjaya jugak , insyaallah abang akan izinkan sayang buat ujian tu".ujar Fikri sambil menyeka airmata isterinya lembut.

"Terima kasih abang".ucap Zehra lalu memeluk suaminya erat.

"Welcome sayang".balas Fikri lemah.

"Zehra , Fikri".panggil Dato Hilman tiba-tiba yang sudah berada di belakang mereka berdua.Terlerai segera pelukan mereka.

"Yes daddy".jawab Fikri lembut.

"Nah , ambil ni".Dato Hilman menghulurkan sebuah tiket penerbangan kepada anak lelakinya itu.

"Apa ni daddy ?".soal Fikri kurang erti akan pemberian bapanya itu.

"Tiket Flight balik kampung , bawa Zehra balik kampung".ujar Dato Hilman lembut.

"Balik kampung ? Memang kami selalu balik kampung kan ? Kenapa kena naik kapal terbang pulak ?".soal Fikri pelik.

"Daddy nak kamu berdua rasa percutian balik kampung kalini , Fikri bawa lah Zehra berubat cara kampung dengan bidan mana tahu ada rezeki boleh daddy timang cucu".ujar Dato Hilman bersahaja.

"Ohh , thank you daddy".ucap Fikri.Tubuh Dato Hilman dipeluk erat oleh Fikri.

"Daddy minta maaf , sebab tadi daddy dah terdengar perbualan kamu berdua , tapi tiket ni daddy memang dah lama nak bagi".jelas Dato Hilman kepada anak dan menantunya.Zehra tertunduk malu dan menyelitkan rambutnya yang terlepas itu ke belakang telinganya.

"Fikri , daddy bukan nak campur urusan rumahtangga Fikri dengan Zehra , tapi daddy berhak tegur mana yang daddy rasa tak betul".ujar Dato Hilman.

"Janganlah seksa Zehra lagi , jadikan dia seorang yang diiktiraf dalam hidup Fik , jadikanlah dia seorang yang Fik cinta dan sayang , jadikanlah dia permata cinta Fik".ucap Dato Hilman sebak.Kata-katanya itu diucap setulus hatinya.

"Insyaallah daddy , lepas ni Fik dah taknak jadi lelaki yang tak berguna dalam hidup dia , Fik nak jadi lelaki yang sentiasa ada melindungi dia".ucap Fikri lagi.

"Fikri akan iktiraf dia sebagai cinta pertama Fikri".ucap Fikri lagi sambil tersenyum ke arah isterinya.Senyuman dia dibalas Zehra Amanda.

Hai baby readers ! dah follow ig Fatimah ke belum ? kalau belum gi follow sekarang : fatimahyusof_np okay . Dah follow ke belum Fatimah dekat NP sebab kalau korang follow , setiap kali Fatimah update noti korang akan naik nanti boleh baca novel NZ ni kalau belum gi follow sekarang : fatimah yusof okay..muahh..tq baby readers..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience