NZ (29)

Drama Completed 72971

Zehra sudah bangun pagi terlebih dahulu , dia telah membersihkan diri sebelum dia mengejutkan suaminya untuk mengerjakan fardhu subuh bersama.Tidak lama kemudian , Zehra keluar dari bilik mandi dan mula menyarungkan pakaian ke tubuhnya , selepas bersiap dia mengatur langkah menuju ke arah katil untuk mengejutkan suaminya untuk menunaikan fardhu subuh bersamanya.Tubuh Tuan Zahin diusap lembut.Digoncangkan sedikit tubuh suaminya supaya tersedar dari lenanya.

“Abang , bangun solat subuh berjemaah bang.” kejut Zehra lembut suaranya.Tetapi Tuan Zahin masih dalam lenanya.Sekali tubuhnya digoncang lembut oleh Zehra Amanda.Tetap tidak bergerak tubuh Tuan Zahin.Tetap juga dicuba mengejutkan suaminya itu , tiba-tiba Tuan Zahin terus bangun terduduk , wajah Zehra menjadi cuak apabila melihat mata suaminya itu masih terpejam dan dahinya berkerut seribu.

“Kenapa sayang kejut abang ?.” soal Tuan Zahin selamba dan agak manja.Zehra mengurut dadanya tanda lega.Di fikirannya sudah memikirkan perkara yang bukan.

“Ingatkan abang nak marah tadi.” ucapnya perlahan.Tetapi masih dapat didengari Tuan Zahin.

“Kenapa pulak abang nak marah ?.” soal Tuan Zahin dalam keadaan yang masih separuh sedar itu.

“Takut salah kejut abang nanti , sayang kena marah lagi.” jelas Zehra Amanda kepada suaminya itu.

“Hmm , sayang pukul berapa sekarang ?.” soal Tuan Zahin lagi.

“Dah pukul 6 , Zehra nak ajak abang berjemaah sekali , bangunlah pergi mandi nanti terlambat.” arah Zehra lembut.

“Abang nak sayang baby abang ini sikit boleh tak ?.” soal Tuan Zahin serta meminta untuk bermanja8 dengan isterinya.

“Tak boleh , pergi mandi.” tegas Zehra melarang suaminya daripada bermanja.

“Inikan permintaan ? Kenapa pula tak boleh ?. soal Tuan Zahin yang agak tidak puas hati dengan penolakan isterinya itu.Matanya yang kuyu terus jelas membesar memandang wajah isterinya.

“Kenapa pula ? Kalau Zehra cakap tak boleh , memang abang takkan dapat dan ini bukan masanya , Zehra suruh abang mandi sebab nak solat , yang abang sibuk nak menggatal sekarang ini buat apa ?.” soal Zehra selamba.

“Dah abang rasa nak benda itu , mana abang tahu ? Boleh lah sayang , sekejap saja.” rengek Tuan Zahin mengada.

“Takpalah , abang mintalah sampai dah habis subuh nanti , Zehra nak sembahyang.” ucapnya tanpa menghiraukan permintaan suaminya.Bsru sahaja dia melangkah mahu mengambil air sembahyang , dia terhenti di sisi katil , dia rasa bersalah jika tidak memberi layanan kepada suaminya itu.

“Aku ni nak pergi sembahyang , tapi apa suami minta tak bagi pula , aduh , rasa bersalah sangat ni , takpalah sekejap saja , kenapa dapat lelaki tua ? Banyak permintaan betullah.” bebel Zehra di dalam hati.Baru sahaja hendak dipusingkan tubuh , dia sudah terlanggar tubuh suaminya di belakang , dia hampir terjatuh dan sempat bertahan dengan dada bidang Tuan Zahin.

“Abang ni bila masa pula berdiri dekat belakang Zehra ? Kalau jatuh tadi ?.” soal Zehra kepada suaminya.

“Habis dah taknak layan abang kan ? Abang nak pergi sembahyang , malas nak cakap dengan sayang , nak merajuk.” jelas Tuan Zahin dan terus melangkah masuk ke bilik mandi.Zehra hanya memandang kosong sepanjang langkah suaminya menuju ke bilik mandi.

“Aku fikir yang dulu lagi banyak bersabar , yang ini lagi banyak kena bersabar , aduh kenapalah lelaki ni menyeksakan wanita ?.” soal Zehra sendirian.Zehra juga turut mengambil air sembahyang , selepas mereka berdua telah bersedia , Tuan Zahin sudahpun berdiri tegak di atas tikar sajadah untuk memulakan solat fardhu.Takbir mula diangkatnya , diikuti makmum Zehra Amanda.Bacaan ayat-ayat suci al-quran dibaca dengan agak kurang jelas tetapi tetap diteruskan suaminya.Selepas tidak lama kemudian , mereka mengakhiri dengan memberi salam ke kiri dan ke kanan.Zehra yang baru sahaja niat untuk bersalaman dengan suaminya terkejut apabila suaminya terus bangun dan lipat tikar sajadah yang digunanya sebentar tadi dan berlalu pergi ke katil.

“Abang.” panggil Zehra kepada suaminya lembut.Dia yang masih duduk di atas tikar sajadah hanya memusingkan tubuhnya.

“Hmm.” sahut Tuan Zahin mendengus.Zehra terkedu dengan sahutan suaminya.

“Abang okay ?.” soal Zehra kepada suaminya itu.Tuan Zahin sudah pun berbaring di atas katil dan menutup sepasang mata dengan lengannya.

“Okay.” jawab Tuan Zahin mendatar.

“Abang marah Zehra ke sebab Zehra tak layan abang ?.” soal Zehra menduga.

“Kalau ya kenapa ? Nak tebus dosa awak tu semula ?.” soal Tuan Zahin lagi.

“Dosa apa abang ?.” soal Zehra pelik.Dia mula bangun berdiri.Wajahnya dikerutkan sehabis mungkin.Hatinya sedikit terasa dengan kata-kata suaminya itu.

“Saya mintak awak layan saya , apa awak buat ? Mengelak.” jelas Tuan Zahin mendatar.

“Abang ni dah kemapa ? Asyik nak merajuk saja ? Sebelum kahwin bukan main lagi , lepas kahwin tunjuk perangai abang yang sebenar.” ungkit Zehra Amanda.

“Ohh , dah pandai nak mengungkit tentang perkara sebelum ? Baguslah , memang abang ni takda function kan jadi suami.” ucap Tuan Zahin marah.

“Patutlah kena cerai.” hina Tuan Zahin tiba-tiba.

“Abang !.” jerit Zehra Amanda seoktaf.Terkejut Tuan Zahin apabila isterinya menjerit begitu.Wajahnya berkerut bagaikan mahu marah kepada Zehra Amanda.

“Kenapa jerit macam tu ?.” soal Tuan Zahin dengan suara yang menekan tanda dia sendiri tidak puas hati dengan kelakuan Zehra Amanda itu.

“Apa abang cakap tadi ? Patutlah kena cerai ? Kena abang hina Zehra macam itu sekali ?.” soal Zehra dalam linangan airmata.Hatinya terlalu sakit.

“Jadi perkahwinan kita ini untuk mencari kesilapan Zehra dan kenapa Zehra diceraikan lah ya ?.” soal Zehra kepada suaminya.Berubah wajah Tuan Zahin , dia menjadi rasa bersalah kepada isterinya.

“Sayang , abang minta maaf , abang tak sengaja nak cakap macam itu.” jelas Tuan Zahin kepada isterinya tentang kesilapan yang dia lakukan.

“Kenapa ? Kenapa perlu menghina abang ? Apa tujuan abang sebenarnya ?.” soal Zehra Amanda.

“Abang minta maaf sayang , abang tak sengaja , tolong jangan macam ini sayang.” pujuk Tuan Zahin kepada isterinya.Dia memeluk Zehra Amanda erat.

“Sampai hati abang lukakan hati Zehra.” ucap Zehra dalam linangan airmata.

Abang minta maaf ya sayang , abang terlalu emosi tadi , abang tak sengaja sayang.” ucap Tuan Zahin menjelaskan , dia benar-benar rasa bersalah kepada isterinya itu.

“Sayang , ampunkan abang ya ?.” pinta Tuan Zahin lagi.Kini wajah Zehra dan wajahnya saling berpandangan , Zehra masih dalam linangan airmata.Zehra tidak mampu berkata apa , dia hanya mengangguk tanda ia maafkan suaminya itu.

“Terima kasih sayang.” ucap Tuan Zahin lembut dan tersenyum.

“Zehra sayang abang seorang saja.” ucap Zehra setulus hati.Lagi berbunga-bunga hati Tuan Zahin mendengar luahan hati isterinya itu.

“Abang pun sayangkan sayang seorang saja.” ucapnya kembali.

Fikri pada waktu tengah hari begini , dia akan mengambil Qhaira dari sekolah , tetapi pada hari ini dia meminta Amylia mengambil anak perempuan mereka itu dari sekolah dan berjumpa terus dengannya di sebuah restoran tertutup.Dia menempah satu bilik khas untuknya , Amylia dab Qhaira.Di dalam bilik tersebut telah tersedia tempat permainan kecil bagi sesiapa yang membawa anak.Hampir satu jam menunggu , akhirnya Amylia pun tiba bersama Qhaira yang masih lagi dalam pakaian seragam sekolahnya.

“Daddy , wah bestnya tempat ni ?.” puji Qhaira teruja dengan tempat sekelilingnya itu.Amylia dan Fikri hanya tersenyum kepada anak perempuan mereka itu sahaja.Mereka kembali duduk di tempat masing-masing sambil memerhatikan Qhaira yang sedang bermain di tempat permainan khas yang berada di dalam bilik itu.Fikri mengelamun seketika.

“Hello ? You panggil I datang sini untuk lihat you mengelamun ke ?.” soal Amylia menyindir dengan lembut.

“I ada masalah sekarang.” jelas Fikri terus.Keluhan dilepaskan perlahan.

“Apa ? You ada berhutang dengan sesiapa ke ?.” soal Amylia mula cuak.

“I takda hutang dengan sesiapa Amy.” jelas Fikri bersungguh.

“Habis kenapa you nampak cuak sangat ni ?.” soal Amylia semakin kuat nadanya.

“Hasya… .” sebut Fikri lemah.Amylia berkerut dahi kerana tidak mengerti apa yang ingin dimaksudkan Fikri sebenarnya.

“Kenapa dengan Hasya ? Dia bukan PA you ke ?.” soal Amylia bertalu-talu.

“Yes , she my PA but dia dah jatuh cinta pada I.” jelas Fikri teketar-ketar.Amylia tersenyum dan menghirup air kopi yang berada di hadapannya.Dia memejamkan mata seketika kerana menikmati air itu.

“Kenapa you senyum ?.” soal Fikri tidak puas hati.

“Yalah , you cakap yang Hasya dah jatuh cinta pada you , normal lah tu kalau kerja dengan boss , lagi jadi PA boss , confirm jatuh cinta punya.” sindir Amylia selamba.

“Amylia , perkara ni I ambil serius okay , dalam luahan I ni , ada maksud tersirat lain yang I cuba sampaikan.” jelas Fikri dengan wajah yang agak tegang dan suaranya yang menekan.Amylia menelan liur , sepanjang dia bersama dengan Fikri tidak pernah sekali pun dia bersikap tegas begitu.

“Okay sorry , apa dia ?.” soal Amylia kembali serius.

“Hasya Adriana ajak I kahwin.” jelas Fikri lagi.

“Dia yang ajak ke… .” kata-kata Amylia belum sempat dihabiskan sudah dibidas Fikri.

“Dia yang ajak.” ujar Fikri dengan nada yang berat.

“Habis you terima ke ?.” soal Amylia.

“I cakap I terima , but sebenarnya tak kerana I nak selamatkan your lady boss.” ucap Fikri bersahaja.Terbutang mata Amylia apabila mendengar penjelasan Fikri tentang majikannya itu.

“Puan Zehra…Amanda ?.” soal Amylia tergagap-gagap menyebut nama wanita itu.

“Yes Amylia…and dia bekas isteri I.” jelas Fikri lagi.Sekali lagi jantungnya hampir berhenti dibuat oleh Fikri Hakim.

“Siapa ? Yang mana ?.” soal Amylia lagi.

“You ingat tak yang I pernah luahkan pada you tentang penceraian I tahun lalu ?.” soal Fikri yang cuba memasuki minda Amylia.

“Yes I ingat , kenapa ?.” soal Amylia ragu-ragu.Dia dapat rasa apa yang bakal keluar dari mulut lelaki itu.

“Dialah orangnya , Zehra Amanda.” jelas Fikri , kemudian dia tertunduk memandang ke arah meja yang kosong dibahagiannya itu.

“You tak bergurau dengan I kan Fikri ? I taknak benda ini hanya prank semata-mata tahu ?.” soal Amylia tidak dapat menerima hakikat.

“Takkan lah I nak buat perkara ini sebagai bahan lawak ? I serius ni Amylia , I bekas suami dia , dan dialah wanita yang paling I sayang suatu ketika dahulu , I minta maaf sebab pernah menduakan you atas sebab terpaksa , tetapi dalam keterpaksaan I , perasaan I pada dia secara perlahan-lahan menjadi kereleaan , I khianat you Amylia.” ucap Fikri lemah dengan rasa sungguh bersalah.Sepanjang luahan Fikri sebentar tadi , dia hanya memendam rasa , tetapi diuacapan terakhir lelaki itu amat menyayat hatinya.Airmatanya mengalir jua.

“Amy , jangan nangis , I taknak tengok you macam ini , I dah buat silap , jangan hukum I lagi , please.” pinta Fikri lembut dan bersungguh.

“I ingat I lemah , I ingat I saja yang tak betul , tapi harini allah bagi I satu darjat yang cukup tinggi sebagai seorang wanita.” ucap Amylia.

“I dapat rasa dalam penghujung rumahtangga kita yang you ada secret dari I , tapi I masih ada rasa hormatkan you sebagai seorang suami , so taknak tanya banyak.Hari you lepaskan I , hati I sedih dan pilu tetapi I kuatkan diri sebab itu pilihan I , sebab I dah dapat tahu you ada perempuan lain.” jelas Amylia lagi.Fikri terkejut dengan pengetahuan Amylia itu.

“Macam mana you boleh tahu ?.” soal Fikri terkejut.

“You mesej dengan dia waktu malam , siap save nama ‘manja’ lagi…sayang betul you dekat dia , dah I taknak teruskan story bodoh ni , about hasya ?.” ujar Amylia agak membenci dengan perkara yang dilakukan Fikri itu.

“I nak selamatkan Zehra sebab Hasya ada niat tak baik.” jelas Fikri tentang niat pembantu peribadinya itu .Amylia menjeling Fikri dan mengemas barang-barangnya lalu memanggil Qhaira untuk pulang.

“Kalau I jadi Hasya , I bunuh saja perampas tu.” ucap Amylia dengan penuh benci.Entah mengapa perasaan benci menhurung jiwanya kini.

“Amy kenapa dengan you ni , I tahu I pernah buat silap.”

“You always buat silap Fikri Hakim.” ucap Amylia menengking lelaki itu.

DIa terus mengatur langkah dan keluar dari kawasan restoran mewah itu.Fikri mengeluh perlahan.Fikirannya runsing , dia fikir Amylia adalah tempat dia meluah hatinya tetapi lain pula jadinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience