NZ (30)

Drama Completed 72971

Tuan Zahin pada waktu hari begini dia akan pulang untuk makan tengah hari bersama ibu bapanya.Memandangkan pada hari ini juga isterinya Zehra Amanda tidak ke pejabar kerana kurang sihat , jadi dia juga membuat keputusan untuk pulang awal pada waktu tengah hari untuk menjaga isterinya.Kereta sudah memasuki perkarangan rumah agam Dato Zahid , dia keluar dari isi perut kereta setelah keretanya sudah diparkir di dalam garaj.Dia menutur langkah ke pintu rumah.Pintu dibuka oleh pembantu indonesia yang diupah oleh Datin Maimunah.

“Datin ada di rumah ?.” soal Tuan Zahin kepada pembantu rumahnya itu.

“Ngak ada bapak , Datin dan Datonya udah keluar.” jelas pembantu rumah Indonesia itu kepada Tuan Zahin.

“Ohh okay.” balas Tuan Zahin.

“Puan mana ? Keadaannya macam mana ?.” soal Tuan Zahin lagi.

“Ibu ada di atas bapak.Keadaanya makin parah dong.” ujar pembantu rumah itu lagi.

“Okay takpa.Nanti tolong sediakan bahan untuk masak bubur ayam , nanti sebentar lagi saya turun masak.” pinta Tuan Zahin lembut.

“Baik bapak.” akur pembantu rumah itu.

Tuan Zahin terus mengatur langkahnya menaiki anak tangga , sepanjang menaiki anak tangga dia sempat menilik telefon pintarnya kerana memastikan dia tiada gangguan kerja semasa dia bersama dengan isterinya sebentar sahaja lagi.Sesampai sahaja di anak tangga terakhir dia terus menuju ke bilik tidurnya.Pintu dibuka perlahan , dia menjenguk ke pintu dan melihat isterinya sedang lena.Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam ruangan bilik itu.Dia mengeluarkan kunci kereta yang berada di dalam poket seluar lalu diletakkan di atas meja kecil di tepi katil.Dia duduk di sisi isterinya yang sedang lena akibat letih demam.

“Sayang.” panggil Tuan Zahin lembut dan mengusap lembut ubun-ubun isterinya.

“Sayang... .” meleret Tuan Zahin memanggil isterinya dengan lembut.Akhirnya Zehra Amanda tersedar juga dari lena kerana terbuai dengan alunan suara suaminya yang memanggil dirinya itu.Perlahan-lahan mata dibuka dan memandang suaminya yang berada di sisi.

“Sayang okay ?.” soal Tuan Zahin lembut.Zehra bangun dan bersandar di kepala katil.Tangan suaminya diraih dan dikucup.

“Rasa okay sikit sebab ada rehat jugakan ? Kalau tak memang dah lembik.” jelas Zehra kepada suaminya.

“Abang tadi risau sangat pada sayang , rasa tak fokus betul buat kerja , nasib baik kerja abang tak banyak boleh lah abang balik terus.” jelas Tuan Zahin.

“Kenapa abang tinggalkan kerja ? Nanti kerja abang bertimbun macam mana ? Susah abang nak handle nanti.” ingat Zehra kepada suaminya.

“Sayangkan PA abang ? Sayang lah yang akan tolong handle kerja abang nanti.” ucap Tuan Zahin lembut.

“Rindu abang.” ucap Zehra manja.

“Abang pun rindu sayang juga , sayang ada makan ubat tak tadi pagi selepas sarapan ?.” soal Tuan Zahin mengambil berat tentang waktu pemakanan isterinya supaya terjaga.

“Ada.Tapi tak sedap.” ucap Zehra manja.Tuan Zahin tertawa dengan gelagat isterinya itu.

“Memanglah tak sedap sayang , nama pun ubat , kalau namanya gula-gula abang rasa dah habis dah satu hari sayang makan.” sindir Tuan Zahin bergurau.

“Abang... .” panggil Zehra meleret.Tuan Zahin mengalihkan pandangannya kerana tidak tahan dengan panggilan isterinya itu.

“Ya sayang.” balas Tuan Zahin Aqbar lembut.Hatinya menjadi berdegup kencang apabila dipanggil dengan menggoda begitu oleh isterinya.

“Abang kenapa pandang sana ?.” soal Zehra berkecil hati dengan sikap suaminya.

“Abang takut.” jelas Tuan Zahin spontan.

“Abang ingat wife abang ni hantu ke ?.” soal Zehra Amanda tidak puas hati.

“Bukan sayang , abang tergoda dengan cara sayang.” jelas Tuan Zahin lembut.

“Sayang , abang nak turun sekejap nak masak bubur untuk sayang.” jelas Tuan Zahin.Wajahnya dihalakan kembali ke arah isterinya.Alangkah terkejutnya Tuan Zahin apabila melihat isterinya Zehra Amanda sudah melonggarkan butang paling atas bajunya.Sekali lagi dia menjadi tidak keruan apabila melihat isterinya di dalam keadaan begitu.

“Sayang , kenapa buka butang tu ? Kancingkan semula.” arah Tuan Zahin yang agak malu.

“Kenapa ? Salah nak goda suami Zehra sendiri ? Takkan ?.” soal Zehra sengaja mwnguji hati suaminya.

“Tengok yang macam ni pun abang dah tak tahan , agaknya macam mana abang tengok perempuan dekat luar sana yang macam serupa tak pakai baju tu ?.” soal Zehra Amanda perlahan.Terkedu Tuan Zahin dengan soalan isterinya itu.Terus wajahnya menatap wajah lembut isterinya.

“Kenapa sayang cakap macam itu pada abang ? Tak baik tahu tak ? Itu seolah sayang tak percayakan abang.” jelas Tuan Zahin kepada isterinya.

“Takpalah sayang , abang nak turun kejap masakkan bubur untuk sayang.” jelas Tuan Zahin sayu.Baru sahaja dia mengangkat punggung untuk keluar dari bilik tidurnya itu.Tangannya sudah direntap oleh isterinya.Sekali gus bibirnya melekap dengan bibir isterinya.Terdiam Tuan Zahin sejenak.Zehra tidak lagi menghiraukan suaminya yang gelisah , kucupan diteruskan tanpa rasa bersalah , akhirnya Tuan Zahin menolak lembut dada isterinya kerana tidak cukup nafas apabila dikucup begitu.

“Sayang... .” panggil Tuan zahin tercungap-cungap.

“Sayang betul-betul nak bunuh abang lah , nak mati rasa.” jelas Tuan Zahin tercungap-cungap lagi.Zehra tertawa dengan pengakuan isterinya itu.

“I like your lips , so sexy.” ucap Zehra nakal.

“Islam cakap kalau kita sakit , dosa-dosa kecil kita terhapus , tapi kalau dah macam ni gayanya dosa pun takda , pahala dapat lagi adalah.” ujar Tuan Zahin sambil memicit kepalanya perlahan.

“Abang sakit kepala ke ? Nak kena cium lagi ? Ke nak kena lain pula ? Mana tahu boleh baik semua penyakit dalam badan abang tu ?.” sindir Zehra Amanda lembut.

“Sayang , sudah lah tu , abang nak turun bawah masakkan sayang bubur.” jelas Tuan Zahin.Laju sahaja dia turun dari katilnya dan menuju ke pintu untuk turun ke dapur memasakkan isterinya bubur ayam.Sesampai sahaja dia di dapur , dia terus memasukkan bahan-bahan yang telah disediakan pembantu rumah itu tadi selepas memastikan minyaknya sudah panas di dalam kuali.Kangkung goreng belacan di goreng dengan sempurna.Senyuman terukir di bibir apabila makanan yang dimasaknya sendiri hampir siap sepenuhnya.Kemudian dia menghidang bubur ayam tersebut bersama dengan kangkung goreng belacan , dia meletakkan kesemua makanan itu di atas dulang bersama secawan air kosong , dulang dibawa ke tingkat atas menuju ke biliknya.

“Sayang , abang dah siap masak , jom kita makan ?.” ajak Tuan Zahin mesra apabila setibanya dia di bilik tidur.

“Abang masak ? Masak apa ?.” soal Zehra teruja dan terharu dengan sikap suaminya yang romantis menjaganya ketika sedang sakit.

“Abang masak bubur ayam dengan kangkung goreng belacan.” jelas Tuan Zahin teruja juga dengan hasil air tangannya itu.Berubah air muka Zehra apabila dia mendapat tahu tentang menu yang dimasak suaminya itu.

“Kenapa abang tak masak bubur biasa saja ?.” soal Zehra mendatar.

“Kenapa sayang tak suka ke ? Kalau makan bubur ayam dan ada lauk sedikit barulah rasa berselera kan ?.” jelas Tuan Zahin kepada isterinya.

“Bukan macam tu , Zehra Cuma rasa pelik bila abang siap buatkan bubur ayam bagai untuk Zehra.” jelas Zehra Amanda sayu.

“Takpalah , bukan untuk orang lain , untuk isteri abang juga.” jelas Tuan Zahin lembut.

“Dah jom kita makan , abang suapkan.” ujar Tuan Zahin.Dia terus mengambil mangkuk yang berada di atas meja itu dan dicedokkan bubur serta berlaukkan kangkung belacan lalu disuakan ke mulut isterinya.

“Sayang sedap tak ?.” soal Tuan Zahin apabila bubur itu selamat mendarat ke dalam mulut isterinya.

“Sedap.Pandai abang masak.” jelas Zehra agak sayu.

“Alhamdulillah , abang takut juga kalau sayang muntahkan balik bubur tu , maklumlah first masak untuk isteri.” ujar Tuan Zahin bergurau.

“Sedaplah abang , jangan nak mengada sangat ya , nak kutuk diri sendiri konon.” jelas Zehra sambil mencubit manja paha suaminya.

“Terima kasih sayang , sebab sudi makan makanan abang yang tak seberapa ni.” ucap Tuan Zahin sekilas dan mengucup bibir isterinya sekilas.

“Sama-sama abang , I love you.” ucap Zehra manja dan menggoda.

“I love you too baby.” balas Tuan Zahin lembut.Suapan ke mulut isterinya diteruskan.Tetapi wajah Zehra Amanda tetap mendung , entah apa yang mengusik hatinya ketika itu.

“Zehra tahu , abang terima resepi ni semua dari Fikri kan ? Sebab dia saja yang akan buat bubur berlauk tu untuk Zehra kalau Zehra sakit , abang tak tahu pun caranya , Zehra yakin abang walaupun abang tak beritahu Zehra.” ucapnya di dalam hati.Airmatanya bergenang di tubir mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience