NZ (6)

Drama Completed 72971

Pada hari minggu , menjadi kebiasaan Fikri untuk melakukan senaman dan meluangkan masa bersama anak perempuanny Qhaira.Tetapi tidak pada hari minggu kali ini.Dia tidak membuat senaman di gim peribadinya dan juga hanya membiarkan Qhaira bermain bersama peralatan permainan dan ditemani pembantu rumah.Rose iaitu isterinya , yang melihat perubahan pada suaminya mula berfikiran yang tidak menentu.Apatah lagi , suaminya mengemas bag bagasi seperti mahu ke suatu tempat yang jauh dan lama dengan barang serta pakaian yang banyak.Pada mulanya , dia hanya membiarkan sehingga Fikri menanyakan sesuatu kepadanya.Seperti mahu mengalihkan perhatian kepadanya.Tetapi tidak , Fikri hanya menumpukan kepada sesi mengemas pakaiannya dan sering menjawab panggilan di atas urusan kerja.Rose sudah tidak keruan lagi , hatinya menjadi sakit apabila suaminya tidak memberi perhatian sedikit pun kepadanya.Akhirnya dia bersuara jua.

“Bie you nak pergi mana ?”.soal Rose dengan panggilan manja dipanggilnya Fikri.Suaranya dikawal lembut walaupun hatinya sudah tidak tentu arah.

“I nak outstation”.jawab Fikri sekilas dan sepatah.

“Berapa lama ? Banyaknya barang you bawak ?”.soal Rose tenang kepada Fikri.

“2 weeks”.jawab Fikri sepatah.Tumpuannya masih diberi kepada sesi mengemasnya itu.

“You tak beritahu I pun ?”.soal Rose agak manja.Dia mahu mencuri perhatian suaminya itu.

“Sejak bila I pergi oustation perlu izin you ? And who are you ?”.soal Fikri menyindir Rose.Hati isterinya itu sudah mula meluap-luap menahan marah.

“I tanya elok-elok , you jawab je lah elok-elok”.ujar Rose yang mula nadanya agak keras.

“Hmm , I bari cakap macam tu dengan you pun you dah marah , lepas tu nak kawal diri tanya I soalan yang tak sepatutnya you tanya , lain kali jaga diri sendiri”.ujar Fikri menyindir isterinya yang berpura-pura tenang.

“I tak faham lah dengan you ni , I cuba jadi baik you tak mahu layan I , I jadi jahat you kutuk I macam-macam , habis you nak I jadi apa sebenarnya ni ?”.soal Rose tidak puas hati dengan sikap dan cara layanan suaminya.
“Masa I ada dekat rumah , takda pulak you nak luang masa bersama I ? Time I nak ourstation you sibuk nak luang masa dengan I ?”.sindir Fikri dengan suara yang agak tegas.

“Please lah bie , bagilah I ikut”.pinta Rose sekali lagi.

“You ni tak faham bahasa ke ? Kan I cakap , I nak pergi outstation”.jawab Fikri seperti orang malas.

“Dah lah pergi lama , lepas tu tak bagi I ikut”.rajuk Rose.Tetapi tetap tidak mencuri perhatian Fikri.

“You jangan buang masa you untuk pikat I okay , sebab hati I dah lama kosong”.ujar Fikri kepada isterinya itu.

“Ohh , dah jujur dah , habis siapa yang ada dalam hati you tu ? Perempuan mana dah curi hati you tu sampai you dah takda hati dengan I ?”.soal Rose tidak puas hati.

“You tak perlu tahu pasal hati I okay , you jaga saja hati you tu”.ujar Fikri menyampah.

“You memang suka sakitkan hati I kan ?”.soal Rose tidak puas hati.

“You yang buat I bosan dengan you , salah I ke ?”.soal Fikri kembali dengan sinis.

“You bukan pandai layan I pun”.jelas Fikri lagi.

“You nak suruh layan you macam mana ? You beritahu I sekarang”.ujar Rose yang suaranya nula tegas berkata-kata.

“You ada jaga makan minum I ? You ada duduk rumah dengan I waktu hari I cuti ? You sendiri tahu yang I busy kerja , bila I ada masa dekat rumah you pun sibuk nak keluar ?”.ujar Fikri panjang berjela tentang kekurangan isterinya itu melayaninya.

“Habis kenapa masa I nak keluar selalu you tak pernah tahan I ?”.soal Rose memerangkap Fikri.Malahan , Fikri hanya tertawa sinis dengan soalan isterinya itu.

“Kalau I tahan you , selalunya apa yang jadi seharian tu ? You akan kurung diri you dalam bilik sebab nak protes dengan I , you ada ambil tahu ke I makan ke tidak ? Sihat ke ? Ada ?”.soal Fikri sinis dan tenang.

“Ohh , now you memang sengaja cari pasal dengan I lah ? You saja nak ungkit pasal I ? Ni lah masanya untuk you tunjuk yang diri you tu baik ?”.soal Rose sinis.Dia tidak mahu mengalah dengan lelaki itu.

“Yes memang diri I baik , diri I lagi baik dari you”.ujar Fikri mempertahankan dirinya.Kerana hatinya agak sakit dengan sindiran Rose itu.

“Baik sangat ke ?”.soal Rose mengejek.

“Yes baik sangat”.jelas Fikri lagi.Dia tidak mahu mengalah dengan wanita itu.

“Isteri macam you ni memang dah boleh digelar nusyuz sebenarnya , tinggalkan suami dekat rumah and you pergi beparti dengan kawan-kawan you , kalau dah nama pun parti , confirm lah ramai lelaki yang peluk you secara percuma tanpa sengaja or sengaja walaupun diorang dah sedia tahu yang you my wife”.ujar Fikri membongkar segala kegiatan isterinya di belakangnya saat dia tidak mengikuti Rose kemana isterinya itu pergi.

“Itu cara life I , you jangan nak pertikaikan”.jelas Rose tegas.

“Ohh , cara life you , habis kalau dah ada suami pun , wajib ke you teruskan cara life you tu ?”.soal Fikri lagi.

“Okay fine , you are winner , habis you ingat I tak tahu ke yang you ada simpan perempuan dekat office ke ?”.soal Rose bangga kerana dapat membongkar rahsia besar Fikri.

“Siapa perempuan tu ?”.soal Fikri tenang.Padanya sudah tiba masa untuk dia berterus terang dengan Rose tentang hubungannya dan Zehra Amanda.

“You tanya I siapa ? Buat-buat tak tahu pulak ?”.soal Rose dalam tawa sinis.

“Perempuan yang daddy you jemput haritu adalah perempuan yang sama memegang jawatan sebagai PA you dekat Johor Corporations dan automatik dia jadi betina simpanan you kan ?”.soal Rose kasar dan kesat.

“Hmm , you cakap lah apa pun , I tak takut”.jelas Fikri yang masih bertenang walaupun Rose sudah mula berkasar dengannya.

“Kenapa you taknak tegakkan kebenaran yang you memang simpan betina tu ?”.soal Rose lagi dengan berani dan bangga.

PANG !.

Satu tamparan hinggap dipipi Rose Isabelle sekali lagi , kalini walaupun Fikri yang melakukan perkara itu , wajah Fikri tetap tenang.

“I bagi you hadiah ni atas dua sebab.Sebab yang pertama , you biadap dengan I.Sebab yang kedua , you panggil isteri I betina”.jelas Fikri tenang.Kali ini , dia benar-benar mengumpul segala kekuatannya untuk berhadapan dengan wanita ini.

“What ? Isteri ?”.soal Rose yang suaranya agak terjerit kuat akibat terkejut dengan penyataan Fikri yang mengaku Zehra Amanda sebagai ‘Isteri’.

“Yes , she my wife”.jelas Fikri pula yang kini berbangga.

“Bila you kahwin dengan dia ? Kenapa you menduakan I ?”.soal Rose tanpa bersalah.

“Hey perempuan , bila masa I menduakan you ? You stil in a dream ? Wake up Rose Isabelle , you dah lupa ke ? Yang you tu number three ?”.soal Fikri sinis.

“What ?”.soal Rose seakan terlupa sesuatu tentang status dirinya sebagai isteri Fikri.
“You cakap you dah lepaskan Zehra ?”.soal Rose dan serta merta menyebut nama ‘Zehra’.

“You still remember his name ?”.soal Fikri.

“You tipu I ? You cakap dengan I masa tu yang you dah ceraikan dia ?”.soal Rose marah.

“I bodoh kalau I ceraikan dia , sebab dah tahu perangai you , I tak jadi lepaskan dia tapi I dah seksa hidup dia 8 tahun”.ujar Fikri.Airmatanya mula bergenang di kolam mata.Dia terus keluar dari bilik tidur itu dan meninggalkan Rose Isabelle begitu sahaja.Langkahnya membawa seribu kaca yang telah berderai di dalam hatinya.Rose yang terduduk di atas permaidani yang terbentang di dalam biliknya itu turut mengalirkan airmata.

“Ini ke balasan untuk aku kerana aku hancurkan kebahagiaan orang lain ?”.soalnya sendiri di dalam tangisan yang teresak-esak.

Zehra yang sedang mengemas pakaian untuk dibawa pulang ke kampung itu , dijenguk Hasya tiba-tiba yang masuk ke biliknya.Hasya terus mengambil salah satu pakaian Zehra dan tolong lipat dan menyusun ke dalam bag bagasi yang sudah tersedia.

“Berapa lama kau balik kampung ?”.soal Hasya.

“2 minggu”.jawab Zehra mesra.

“Berjanggut lah aku tunggu kau balik”.gurau Hasya.

“Alaa 2 minggu je pun , bukan 2 tahun..”.jelas Zehra bergurau juga.
“Ehh , aku tunggu kau 2 minit pun rasa lama tau”.jelas Hasya dengan wajah berkerut.

“Tapi bukan 2 saat kan ?”.soal Zehra menyakat rakannya itu.

“Memang lah bukan 2 saat , tapi lama babe”.jelas Hasya yang menjuihkan bibirnya.

“Alolo , kesiannya si ngokngek sorang ni , apa kata kau tolong jaga Qhaira ? Senang urusan aku dengan Fikri”.jelas Zehra mengenakan Hasya.

“Ehh , kau nak aku mati cepat ke ? Kalau si Rose tu dapat tahu , hmm balik nanti kau jumpa mayat aku jelah , tak pasal mati muda , sebab sibuk nak jaga anak orang”.ujar Hasya melawak.Zehra sudah menghamburkan tawanya

“Kenapa tiba-tiba kau cakap pasal Rose eh ?”.soal Zehra pelik.

“Ehh , kenapa ? Itukan mak Qhaira ?”.soal Hasya kembali.Zehra tersenyum dan mengelengkan kepalanya.

“Habis dia anak siapa ?”.soal Hasya dengan nada suara yang tinggi dan terkejut.Matanya terbutang.

“Masa Fikri kahwin dengan aku , aku telah dimadukan oleh Fikri , jadi Qhaira anak hasil hubungan Fikri dengan isteri pertama dia”.jelas Zehra tenang dan senyuman terukir di bibirnya.

“Kau nombor dua ?”.soal Hasya dengan suaranya tengelam timbul.Dia bagai sedang berkhayal.Airmatanya mengalir dipipi.Zehra terkedu melihat keadaan Hasya kini.

“Ehh babe , kenapa kau menangis ?”.soal Zehra pelik dan lembut.

“Kenapa dia perlu seksa hidup kau ?”.soal Hasya dalam linangan airmata.

“Dia selalu menyeksa aku dengan cinta , setiap kali kami berjauhan , setiap kali itulah rasa cinta kami kuat”.jelas Zehra tenang.

“Aku harap dia betul-betul menyanyangi dan mencintai kau sekarang ni , aku dah tak sanggup tengok penyeksaan yang berlaku dalam hidup kau lagi”.jelas Hasya.Terus dia memeluk Zehra erat.

“Kau jangan risau..aku akan setia dengan dia sampai akhir hayat aku”.ujar Zehra sayu.Mereka berdua saling berpelukan.

“Aku sayang kau”.ucap Hasya di dalam pelukan.

“Aku pun sayang kau sangat-sangat”.ucap Zehra kembali.

Entah mengapa , mereka melayani perasaan yang sudah biasa bertandang di hati mereka.

FIkri sedang duduk mengelamun di ruang tamu.Tiba-tiba Qhaira datang mendekatinya , terus dia memanjat dan duduk di atas riba bapanya itu.Fikri hanya membiarkan sahaja kelakuan anak perempuannya itu dan mengusap kepala Qhaira lembut.Dia tersenyum melihat anak perempuannya itu dari arah belakang.Dia mengucup kepala Qhaira sekilas.

“Daddy , kenapa tok mummy kemas bag Qhaira ? Qhaira nak pergi mana ?”.soal Qhaira dengan manja.

“Qhaira nak duduk dengan mummy tak ?”.soal Fikri lembut.

“Ohh , mummy yang cantik tu ehh ?”.soal Qhaira bersahaja.Fikri terkedu dengan penyataan Qhaira.Dia berfikir sejenak memikirkan gerangan yang di maksudkan Qhaira , akhirnya dia mendapat tangkap siapa yang dimaksudkan Qhaira.

“Bukan yang tu sayang”.jelas Fikri kepada Qhaira.

“Ohh , mummy Amy ke ?”.soal Qhaira.

“Yes , your mom”.jelas Fikri lagi.

“Mummy dah balik ? Yeayyy duduk dengan mummy”.sorak Qhaira gembira.Fikri turut tersenyum melihat Qhaira yang gembira apabila hendak dijaga oleh ibunya sendiri.

“Qhaira happy ke ?”.soal Fikri.

“Happy , nanti boleh makan ice cream dengan mummy”.jelas Qhaira manja.

“Ohh , dah ada planning eh dengan mummy”.usik Fikri.

“Dadsy tinggal dengan mummy sekali ?”.soal Qhaira tiba-tiba.Terkejut Fikri.

“Tak sayang , daddy ada work.Next time Qhaira boleh ikut daddy pergi work okay , but this time you duduk dengan mummy”.jelas Fikri kepada Qhaira dan mengucup ubun-ubun anak perempuannya itu sekilas.

“Qhaira nak duduk dengan mama tak ?”.soal Rose tiba-tiba yang entah datang dari arah mana.Tetapi perbualan Fikri dan Qhaira sudah dapat didengarinya jelas.

“Taknak , Qhaira nak mummy”.jelas Qhaira yang mula bersembunyi di sisi badan Fikri seperti mahu bersembunyi dibelakang bapanya kerana takutkan sesuatu.

“Tak perlu susahkan diri you , I dah suruh Amy jaga dia”.ujar Fikri mendatar dan tidak memamdang wajah isterinya di sisi.

“Tapi tak salah kan kalau I tolong jaga Qhaira ?”.soal Rose meminta simpati.

“Kan I cakap tak perlu , I akan hantar dia pada mummy dia”.jelas Fikri kepada Rose.

“Okay sayang , jom kita pergi rumah mummy sekarang ?”.ajak Fikri kepada anak perempuannya itu.

Mereka mula bergerak ke laman rumah untuk menaiki kereta mewah milik Fikri , Qhaira dibukakan pintu oleh Rose yang membuntuti mereka berdua sehingga ke kereta.Fikri mula mengundur kenderaannya keluar dari kawasan perkarangan rumah Dato Hilman.

Selepas tidak lama perjalanan mereka menuju ke rumah Amylia , akhirnya Fikri tiba di hadapan perkarangan rumah bekas isterinya.Fikri mula keluar dari isi perut kereta dan mengambil Qhaira di tempat sebelah pemandu.

“Mummy”.jerit Qhaira riang apabila melihat Amylia sudah berdiri di hadapan pintu rumahnya.

“Qhaira”.panggil Amylia manja kepada anak gadisnya itu.

“Hai”.sapa Fikri mesra kepada Amylia apabila dia makin mendekati dengan tempat wanita itu berdiri.

“Hai Fik”.sapa Amylia kembali.

“You sihat ke ?”.soal Fikri mesra.

“I sihat alhamdulillah”.jawab Amylia mesra.

“I terpaksa hantar Qhaira sebab nak balik kampung”.jelas Fikri kepada wanita itu.Dahi Amylia berkerut apabila mendengar penyataan Fikri yang ingin pulang ke kampung.
“Kampung siapa ?”.soal Amylia pelik.

“Kalau nak I cerita dekat you , kita kena coffee dulu , tunggu I balik dari kampung okay”.jelas Fikri dengan senyuman manis.

“Orait Sir”.balas Amylia bergurau.Dia turut tersenyum.

FIkri mula memasuki kenderaannya dan keluar dari perkarangan rumah dan kawasan perumahan Amylia tinggal itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience