BAB 37

Romance Completed 43587

BAB 37

     Alhamdulillah selesai sudah majlis resepsi kedua - dua belah keluarga. Datin Ruhani dan Dato’ Razali nampak begitu gembira sekali menerima menantu walaupun pengantin lelakinya lari dan diganti dengan orang lain, namun mereka tetap meraikannya.

     Begitu juga dengan Harris Hakimi yang terlihat sangat bahagia. Syukurlah dia mendengar nasihat umminya agar menangguhkan dahulu pemergiannya ke London. Rupanya nak jadi sesuatu seperti ini. Andai kata dia pergi juga kelmarin, sudah tentu majlis perkahwinan ini bertambah kucar - kacir. Tak sangka Allah makbulkan juga doanya mahu memperisterikan Alia Farhana walaupun dia sudah tahu yang wanita itu akan berkahwin dengan abangnya, dia masih tetap tidak berputus asa menaruh simpati pada yang Maha Esa.

     Ilham Iskandar pula tidak pernah menunjukkan mukanya sehingga ke saat ini. Semua orang beranggapan yang dia pergi buat sementara waktu kerana sudah menimbulkan kekecohan dan punca utama dia membatalkan perkahwinan masih tidak diketahui orang.

     Pagi Ahad itu, mereka bersarapan bersama - sama. Puan Zalina dan Aiman Farhan juga masih berada di Johor Bahru. Mereka telah bermalam di kediaman Datin Ruhani dan Dato’ Razali. Selepas bersarapan pagi itu barulah Puan Zalina dan Aiman Farhan akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

     “Ingat pesan mak tu Adik. Sekarang ni Adik dah jadi isteri orang. Walaupun bukan dengan pilihan Adik, tapi Adik kena hormat dia sebagai suami.” Pesan Puan Zalina kepada anaknya sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

     Alia Farhana hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Dalam hatinya masih tidak boleh terima dengan apa yang berlaku lebih - lebih lagi yang menjadi suaminya itu adalah Harris Hakimi. Entah kenapa dia merasa amat benci dengan lelaki itu seolah = olah dialah punca Ilham Iskandar membatalkan perkahwinan mereka.

     “Sekejap lagi kita bertolak balik KL tau. Abah mintak saya cover Jaya Holding sehingga Abang Is balik. Sayang siap - siaplah.” Beritahu Harris Hakimi setelah mereka berada di dalam bilik.

     Alia Farhana hanya diam sahaja. Dia tidak menjawab. Sudah seminggu selepas mereka sah menjadi suami isteri, Alia Farhana bersikap dingin terhadap Harris Hakimi.

     “Sayang.” Harris Hakimi memanggil isterinya yang sedang memasukkan pakaiannya  ke dalam beg. Harris Hakimi mendekati isterinya itu.

     “Ada apa, Harris?.” Soal Alia Farhana. Dia menjeling kepada suaminya.

     “Nanti Sayang nak singgah rumah mak dulu tak sampai KL nanti?.”

     “Tak payahlah. Awak tak penat ke kan drive jauh ni.” Jawabnya malas.

     “Okeh. Kalau macam tu nanti kita terus ke rumah kita.”

     “Yelah. Mana - mana jelah.”

     Selepas selesai berkemas, Alia Farhana terus keluar dari bilik meninggalkan Harris Hakimi keseorangan. Malas sungguh dia mahu mengadap muka lelaki itu. Harris Hakimi tidak mengambil hati dengan tingkah isterinya itu. Dia tahu Alia Farhana masih belum dapat menerima dirinya sebagai suami. Mungkin akan mengambil masa sedikit. Tidak mengapalah dan dia akan bersabar.

     Tepat jam 11 pagi, Harris Hakimi dan Alia Farhana bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5 jam itu amat meletihkan Alia Farhana. Dia tidak banyak bercakap kerana kepalanya sakit. Tambahan pula dia sedang datang bulan. Kebiasaannya dia akan sakit kepala dalam tempoh dia uzur itu. Kebetulan stok panadol yang selalu dibawanya sudah habis. Untuk meminta Harris Hakimi singgah di mana - mana malas pula dia. Berhenti di RnR tadi pun hanya untuk bersolat sahaja.

     “Sayang. Kita singgah sekejap kat supermarket ya. Saya nak beli barang dapur sikit. Dah lama tak balik rumah tu. Peti ais pun kosong. Sampai nanti saya masakkan untuk Sayang, okeh.” Harris Hakimi memberitahu Alia Farhana yang dia mahu singgah di supermarket setelah mereka sampai di Kuala Lumpur.

     “Okeh. Jom Sayang. Kita dah sampai supermarket ni. Rumah kita kat depan tu je.” Ajak Harris Hakimi setelah memberhentikan kereta di lot parkir.

     “Awak pergilah sorang. Saya tak larat. Sakit kepala.”

     “Sayang okey tak ni?.” Tanya Harris Hakimi risau.

     “Sakit kepala biasa aje. Dahlah. Pergilah cepat.”

     “Okey. Sayang tunggu sekejap tau. Sayang ada nak kirim apa - apa tak ni?.”

     “Belikan saya panadol actifast.”

     “Okey. Sayang tunggu tau. Rest. Saya pergi beli barang sekejap.” Alia Farhana hanya membalas dengan anggukan.

     Selepas Harris Hakimi keluar dari kereta, dia menyandarkan kepalanya di kerusi yang di turunkn sedikit. Dia memejamkan mata cuba lena sebentar sementara Harris Hakimi selesai membeli barangan. Dalam perjalanan tadi dia tidak dapat melelapkan matanya kerana Harris Hakimi mengajaknya berbual walaupun dia hanya menjawab sepatah dua sahaja.

     Setengah jam kemudian, Harris Hakimi pun sampai dengan barangan yang dibeli. Dia masuk ke dalam keretanya dan melihat isterinya sedang tidur. Kasihan pula melihat keadaan isterinya itu. Jika dia tahu isterinya itu sakit kepala, sudah tentu dia tidak ajak berbual semasa dalam perjalanan tadi. Akan dibiarkan isterinya berehat.

     Harris Hakimi tidak mengejutkan Alia Farhana tidur sehingga mereka tiba di apartment kediaman milik Harris Hakimi.

     “Sayang. Bangun. Kita dah sampai.” Harris Hakimi menepuk perlahan tangan Alia Farhana. Wanita itu terpisat - pisat melihat sekeliling.

     “Dah sampai ke?.” Soalnya kembali.

     “Ye Sayang. Kita dah sampai ni. Jom naik atas.”

     Mereka turun dari kereta dan mengeluarkan beg pakaian serta barangan yang dibeli tadi dan dibawa naik ke rumah.

     “Assalamualaikum.” Harris Hakimi membuka pintu rumahnya dan memberi salam sebelum masuk.

     “Jom Sayang. Nilah rumah kita.”

     Alia Farhana membuntuti langkah Harris Hakimi masuk ke dalam rumah. Matanya melihat keadaan sekeliling rumah itu. Tidak banyak berubah. Perabot dan susun atur masih sama seperti dahulu. Tiba - tiba ingatannya terimbau sejarah hitam yang berlaku dahulu.

     “Okey Sayang. Ni bilik kita. Bilik air kat sana. Almari ni Sayang boleh guna letak baju Sayang. Kalau Sayang nak mandi tuala ada dalam almari tu. Sayang jangan risau. Saya dah upah orang bersihkan semua barang dalam rumah ni kelmarin. So semuanya bersih.” Alia Farhana mengangguk.

     “Saya masak kejap tau. Nanti Sayang dah siap Sayang keluar ya.”

     “Panadol saya mana?.”

     “Owh.. Nah. Lupa saya nak beri tadi.” Harris Hakimi menghulurkan panadol yang dibeli tadi kepada Alia Farhana.

     “Okehlah saya pergi masak sekejap. Nanti saya sediakan air masak untuk Sayang makan ubat tu ya.” Harris Hakimi keluar menuju ke dapur dan mengemas barangan yang dibeli tadi. Dia mula menyediakan bahan - bahan untuk memasak makanan petang mereka. Sebelum mula memasak, dia meletakkan segelas air masak untuk isterinya di dalam bilik.

      Alia Farhana pula memasuki bilik mandi untuk membersihkan diri. Kepalanya berdenyut - denyut kala itu. Dia mandi selaju mungkin kerana mahu baring dan berehat. Usai mandi, dia terus menuju ke katil. Dia mengambil panadol di atas meja. Entah kenapa tiba - tiba ingatannya teringatkan Ilham Iskandar. Matanya mula berkaca.

     “Kenapa Abang buat saya macam ni? Kalau tak tentu kita dah jadi suami isteri sekarang ni.” Alia Farhana berkata perlahan. Air matanya sudah mula gugur. Semakin lama tangisannya semakin kuat. Namun tidak sehingga Harris Hakimi mendengarnya.

     Alia Farhana mengambil sebiji panadol dan ditelannya dalam esakan tangis. Dia mengambil sebiji lagi dan menelannya. Kepalanya semakin terasa berdenyut. Dia mengambil dua biji lagi panadol dan menelannya. Fikirannya terimbau kenangan bersama Ilham Iskandar. Di selang seli pula sejarah hitamnya bersama Harris Hakimi. Lebih - lebih lagi mereka tinggal di rumah yang menjadi saksi perlakuan Harris Hakimi itu.

     Tanpa sedar, dia telah menelan 8 biji panadol sekali gus. Matanya tiba - tiba menjadi kabur dan kepalanya terasa amat berat dan berpusing - pusing. Alia Farhana memegang kepalanya dengan kuat. Terasa amat sakit kepalanya saat itu dan tanpa sedar dia telah jatuh rebah tidak sedarkan diri.

     “Sayang. Dah siap ke? Jom makan. Saya masak special untuk....” Tidak sempat Harris Hakimi menghabiskan ayatnya, matanya sudah terbuka luas melihat keadaan isterinya yang terkulai di atas katil. Dengan pantas dia berlari mendapatkan isterinya itu.

     “Allahuakbar. Sayang! Apa yang dah jadi ni?.” Harris Hakimi memangku kepala Alia Farhana. Dia melihat kotak berisi panadol actifast itu. Keningnya berkerut. Tinggal 2 biji!

     “Astaghfirullah al azim.” Tanpa berlengah lagi, Harris Hakimi terus membawa Alia Farhana ke hospital yang berdekatan.

     Tidak senang duduk dibuatnya semasa doktor sedang merawat isterinya itu. Dalam hatinya berdoa agar tiada apa - apa yang buruk berlaku.

     Lebih kurang sejam setengah kemudian, para jururawat menolak katil Alia Farhana masuk ke dalam wad. Harris Hakimi menahan untuk melihat keadaan isterinya itu.

     “Doktor. Macam mana keadaan isteri saya, doktor?.” Soal Harris Hakimi ingin tahu.

     “Syukurlah Encik Harris bawa cepat isteri Encik Harris ke hospital. Dia telah melebihi dose pengambilan panadol. Lapan biji panadol sekaligus dia telan. Bahaya tu Encik Harris. Kalau lambat bawak tadi mungkin keadaan dia akan kritikal. Boleh saya tahu apa sebab dia buat macam tu?.”

     Harris Hakimi telah menceritakan hal yang berlaku. Doktor Harlina yang merawat Alia Farhana telah menasihatkan Harris Hakimi agar tidak membuatkan isterinya itu tertekan dan teringatkan peristiwa duka yang berlaku. Jika dibiarkan ia akan menjadi kemurungan.

     Dia melihat isterinya yang terbaring lesu di atas katil. Mak mertua dan abang iparnya telah pun di maklumkan tadi semasa isterinya dalam rawatan doktor. Ibu bapanya juga telah diberitahu akan apa yang terjadi. Masing - masing terkejut dan tidak menyangka sehingga sebegitu sekali yang terjadi. Mereka memintanya untuk bersabar dan menjaga Alia Farhana sebaik mungkin.

     Harris Hakimi duduk di kerusi di sisi katil Alia Farhana berbaring. Dia menatap seraut wajah mulus isterinya. Perlahan - lahan dia menggenggam tangan isterinya itu. Dia menarik nafas dan menghembuskan berat.

     “Sayang. Kenapa Sayang buat begini? Sayang dah tak sayangkan diri Sayang ke? Tolonglah fikirkan tentang perasaan mak dan Abang Man. Jangan kerana Abang Is Sayang sanggup membahayakan diri Sayang. Saya... Sayangkan Sayang. Sayang saya tak pernah berubah terhadap Sayang. Saya tak sanggup kehilangan Sayang. Saya janji saya akan bahagiakan Sayang. Jaga Sayang.” Harris Hakimi meluahkan perasaannya pada isterinya yang masih belum sedarkan diri.

     “Assalamualaikum. Harris.”

     “Waalaikumussalam. Mak, Abang Man.” Cepat - cepat Harris Hakimi mengesat air matanya di pipi. Dia tidak mahu keluarga mertuanya melihatnya. Namun tanpa dia sedari, mereka telahpun sempat mendengar luahan hatinya tadi.

     Harris Hakimi mempelawa ibu mertuanya duduk setelah bersalaman. Wanita itu menggeleng kepala melihat keadaan satu - satunya anak perempuannya itu. Wajahnya sedih. Mendengar cerita daripada menantunya tadi membuatkan dia seakan tidak percaya dengan tindakan anaknya itu. Sungguh dia tidak menduga sehingga begitu sekali anaknya akan lakukan.

     “Doktor cakap apa, Harris?.” Soal Aiman Farhan.

     “Doktor cakap... Kalau lambat bawak Alia tadi mungkin sesuatu yang buruk akan terjadi. Syukur saya cepat sedar. Doktor cakap lagi... Kita tak boleh buat Alia stress dan ingatkan dia perkara yang dah jadi. Takut nanti kesannya dia akan kemurungan.”

     “Allahuakbar. Alia... Alia... Ni Harris dah makan belum? Sampai KL tadi pukul berapa?.” Puan Zalina bertanya.

     “Dalam pukul 4 tadi mak. Sampai tadi saya terus memasak untuk makan petang. Alia mengadu sakit kepala dan nak makan panadol. Tak tahulah apa yang dia fikirkan sampai 8 biji dia telan pil tu.” Cerita Harris Hakimi kepada keluarga mertuanya.

     “Dah. Sekarang ni Harris balik dulu. Makan. Jangan biar perut tu kosong. Alia biar mak jaga. Nanti Harris dah siap semua Harris datanglah.”

     “Tapi nanti Alia bangun macam mana? Kalau jadi apa - apa kat dia macam mana?.”

     “Mak dengan Aiman kan ada. Harris janganlah risau. Apa - apa nanti kami call.”

     “Okeh mak. Harris balik dulu. Kejap lagi Harris datang semula. Mak dengan Abang Man nak makan ke minum ke?.”

     “Tak payah. Kalau kami nak makan ke minum nanti pandai - pandailah kami cari kat luar tu. Dah lekas. Lambat - lambat nanti Alia dah sedar Harris tak ada pulak nanti.”

     Harris Hakimi segera pulang ke rumahnya. Dia membersihkan diri, bersolat dan makan selaju boleh. Dia mahu ke hospital secepat mungkin untuk menjaga isterinya. Beberapa helai pakaian isterinya diisi di dalam beg pakaian dan dia membawa bekal yang di masak tadi ke hospital. Jika isterinya lapar setelah terjaga nanti bolehlah dia makan bekal yang dibawanya itu.

     “Assalamualaikum.” Harris Hakimi melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Alia Farhana.

     “Waalaikumussalam.” Jawab Puan Zalina dan Aiman Farhan serentak.

     “Alia dah sedar ke?.”

     “Belum lagi. Masih macam tu jugak.” Jawab Aiman Farhan.

     “Malam ni Harris temankan Alia kat sini. Mak dengan Abang Man baliklah. Dah lewat dah ni.”

     “Hah yelah. Esok kami datang lagi. Kalau ada apa - apa perkembangan call kami tau.”

     “Baik, mak. Apa - apa nanti saya bagitahu.”

     “Kami balik dulu.” Harris Hakimi bersalaman dengan keluarga mertuanya dan menghantar mereka hingga ke depan muka pintu bilik wad.

     Setelah Puan Zalina dan Aiman Farhan pulang, Harris Hakimi masuk semula ke dalam wad dan meletakkan beg pakaian yang dibawa tadi ke dalam almari yang disediakan. Kemudian dia membetulkan selimut yang menyelimuti tubuh isterinya. Penghawa dingin di dalam bilik itu agak sejuk suhunya. Dia tidak mahu isterinya kesejukan.

     Jam menunjukkan pukul 11 malam. Harris Hakimi melabuhkan badannya di atas sofa bersebelahan katil Alia Farhana. Lampu bilik di biarkan menyala satu sahaja agar tidak terlalu gelap.

     Baru sahaja Harris Hakimi mahu melelapkan mata, tiba - tiba dia terlihat Alia Farhana bergerak - gerak perlahan di atas pembaringannya. Cepat - cepat dia bangun dan terus mendapatkan isterinya itu.

     “Sayang.”

     “Saya kat mana ni?.” Soal Alia Farhana terpinga - pinga sambil berusaha bangun dari pembaringannya untuk duduk.

     “Sayang kat hospital. Petang tadi Sayang pengsan.”

     “Pengsan?.” Keningnya bertaut. Dia kebingungan seketika.

     “Ya, Sayang. Sayang pengsan. Syukurlah saya bawak Sayang ke hospital ni cepat. Kalau tak, saya tak tahulah apa akan jadi. Mungkin saya akan kehilangan Sayang. Kenapa Sayang telan panadol sampai 8 biji? Jantung saya rasa macam nak gugur tau bila nampak Sayang terbaring macam tadi. Please Sayang. Jangan buat macam ni lagi ye.”

     Alia Farhana tidak menjawab. Dia hanya termenung memikirkan perkara yang terjadi. Betulkah dia telah menelan panadol sebanyak itu? Allah... Apa dah jadi dengan aku ni?.

     “Nah Sayang, air.” Alia Farhana menyambut gelas yang berisi air masak itu dari tangan Harris Hakimi. Dia meneguk perlahan air tersebut.

     “Sayang nak makan? Saya ada bawakkan makanan yang saya masak tadi. Masih panas lagi ni. Makan sikit ye, Sayang.”

     Harris Hakimi menyua sudu yang berisi nasi goreng yang di masak petang tadi ke dalam mulut isterinya. Alia Farhana tidak menolak. Malahan perutnya begitu lapar saat itu. Dia juga tidak menolak suapan daripada tangan suaminya itu.

     Alhamdulillah. Habis licin Alia Farhana memakan bekalan yang dibawa oleh Harris Hakimi itu. Tidak sangka pandai juga lelaki itu masak. Sedap dan secukup rasa. Selepas minum dan mengelap mulut, Alia Farhana turun dari katil untuk ke bilik air. Harris Hakimi yang melihat terus memapah isterinya turun dari katil seterusnya membawanya ke bilik air.

     “Sayang okey tak ni sorang - sorang dalam bilik air tu? Nak saya teman masuk dalam tak?.”

     “Ish awak ni. Takkanlah sampai nak masuk dalam bilik air. Tak malu ea?.”

     “Taklah. Saya cuma risaukan Sayang aje. Sayang kan masih belum sihat lagi.”

     “Saya okeylah. Dahlah saya nak buang air ni. Awak duduk luarlah.” Alia Farhana segera menutup pintu bilik air dan melunaskan segala hajatnya. Dari dalam dia mendengar suara Harris Hakimi yang bertanyakan keadaannya. Alia Farhana yang mendengar hanya menggelengkan kepala. Risau benar dia akan dirinya di dalam bilik air ini.

     Beberapa minit kemudian, Alia Farhana keluar daripada bilik air. Dia melihat Harris Hakimi masih setia menunggu di hadapan pintu.

     “Sayang okey tak?.”

     “Okey jelah. Yang awak risau sangat ni kenapa? Dahlah. Saya nak tidur ni. Awak pergilah balik.”

     “Sayang. Sayang suruh saya balik? Mana mungkin saya akan tinggalkan Sayang sorang - sorang dalam keadaan macam ni. Sayang tu tanggungjawab saya tahu tak? Tubuh Sayang tu semua hak saya. Sayang tu isteri saya. Saya akan jaga Sayang sebaiknya. Faham Sayang?.”

     “Yelah. Menjadi isteri tanpa rela. T.e.r.p.a.k.s.a! Awak jangan lupa ye saya takkan pernah terima awak sebagai suami. Sekarang ni kalau awak tak nak balik ke apa ke... Ikut suka awaklah. Sekarang ni saya nak tidur. Jangan ganggu saya!.”

     Alia Farhana naik ke atas katil dan melabuhkan tubuhnya untuk tidur. Dia mengiring ke kiri kerana tidak mahu melihat wajah Harris Hakimi yang akan berbaring di sofa di belakangnya. Hatinya menyampah dengan tindak - tanduk lelaki itu yang seolah - olah mengambil berat ke atas dirinya. Kalaulah dia berkahwin dengan Ilham Iskandar, tentu malam itu dia tidak akan bermalam di hospital.

     ‘Abang Ilham. Abang ke mana? Kenapa buat saya macam ni? Abang kata Abang cinta dan sayangkan saya. Tapi kenapa Abang tak datang masa hari pernikahan kita?. Saya... Saya terpaksa kahwin dengan Harris. Saya tak nak. Saya tak boleh hidup dengan dia. Saya tak tahu sampai bila saya boleh bertahan. Abang... Baliklah.. Saya akan setia menunggu Abang... Rindu Abang.” Dan... Tiba - tiba air matanya mengalir tanpa sedar. Alia Farhana menangis mengenangkan nasib dirinya yang tidak jadi berkahwin dengan cinta hatinya. Selalu dia hanya menonton drama. Tak sangka perkara yang sama berlaku ke atas dirinya. Sesungguhnya dia tidak kuat untuk hadapinya sendiri.

     Entah bila dia terlelap pun dia tidak sedar. Harris Hakimi menghampiri isterinya untuk melihat keadaan isterinya itu setelah dilihatnya wanita itu diam tidak bergerak.

     Harris Hakimi memandang seraut wajah manis isterinya. Ada kesan basah air mata di wajah itu. Tahulah dia bahawa isterinya itu menangis sebelum melelapkan mata. Dia jatuh kasihan. Tetapi apakan dayanya. Dia juga tersepit untuk memberikan keputusan untuk memperisterikan Alia Farhana. Walaupun sememangnya dia berhasrat untuk memperisterikannya tetapi biarlah dalam keadaan wanita itu rela dan redha.

     Abang Is! Entah ke mana menghilangnya. Tiada sebarang berita daripada abangnya itu. Hatinya terkilan dengan sikap abangnya itu walaupun dalam masa yang sama dia amat bersyukur kerana dapat menikahi gadis yang dia cinta. Harris Hakimi mengelap sisa air mata di pipi Alia Farhana. Kemudian dia membetulkan selimut yang menyelimuti tubuh isterinya itu agar lebih selesa.

     “Saya sayang awak, Alia. Apa pun yang terjadi, saya akan tetap sayangkan Sayang. Saya berdoa agar Sayang dapat terima saya sebagai suami Sayang suatu hari nanti.” Harris Hakimi mengelus lembut wajah dan rambut Alia Farhana sebelum berlalu ke tempat pembaringannya malam itu.

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience