BAB 38
Sebulan selepas Alia Farhana keluar dari hospital, keadaan kesihatannya bertambah baik. Namun Harris Hakimi tidak membenarkan Alia Farhana bekerja di Jaya Holding kerana dikhuatiri isterinya itu akan mula mengingati kenangannya bersama abangnya, Ilham Iskandar. Sungguhpun begitu, dia juga tidak menghalang isterinya itu bekerja di tempat lain jika ia boleh membuatkan isterinya itu melupakan segalanya berkaitan Ilham Iskandar.
Harris Hakimi pula masih belum masuk ke pejabat kerana dia mahu menemani Alia Farhana di rumah. Sejujurnya dia amat bimbang untuk meninggalkan isterinya sendirian tanpa pantauan dari dirinya sendiri walaupun dia telah menggaji seorang pembantu rumah bagi menguruskan pekerjaan di rumah dan juga menemankan isterinya itu.
“Sayang. Esok saya dah mula kerja tau. Lama sangat dah saya tinggalkan office. Entah apa jadilah dengan pengurusan kat sana. Sayang duduk kat rumah dengan Kak Mun tau. Kalau Sayang nak apa - apa Sayang minta tolong je pada dia ye.”
“Takkan saya cuti kerja lagi? Saya nak kerja jugak.”
“No. Saya tak benarkan Sayang kerja kat Jaya Holdings lagi. Kalau Sayang nak kerja jugak, Sayang boleh apply kat mana - mana company lain. Saya tak nak kesihatan Sayang terganggu kalau Sayang kerja kat sana. Sayang faham kan maksud saya ni?.”
Alia Farhana sekadar mengangguk. Dia faham dengan apa yang di maksudkan oleh Harris Hakimi itu. Dia akur. Namun untuk mendapatkan pekerjaan dalam masa terdekat ini bukanlah suatu yang mudah. Jika ada rezeki dapat cepat, itu dah cukup syukur. Tetapi jika makan bulan, apa yang dia nak buat kat rumah ni? Semua pekerjaan Kak Mun dah buat. Memang terasa bosan kalau duduk di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti.
Keesokan harinya, Harris Hakimi bersiap - siap untuk ke Jaya Holdings. Sebelum ke sana, dia bersarapan dahulu bersama Alia Farhana.
“Sayang. Sayang duduk rumah elok - elok tau. Kalau nak ke mana - mana Sayang call saya ye. Nanti saya temankan.”
“Saya nak ke mana je? Awak tak perlulah nak care sangat pada saya ni. Saya tak mintak pun. Lagipun awak jangan lupa tau cara kita kahwin ni macam mana. Saya memang sampai bila - bila pun takkan anggap ini perkahwinan yang betul. Jangan lupa satu perkara lagi. Saya tak sukakan awak. Dan takkan pernah suka lagi pada awak. Faham!.”
“Astaghfirullah al azim. Tak baik Sayang cakap macam tu. Kita dah pun sah jadi suami isteri. Kita dah tak boleh dah nak patah balik, Sayang. Tak apalah kalau Sayang dah tak sukakan saya. Saya tahu Sayang masih marah dan tak boleh nak terima lagi. Tapi saya yakin suatu hari nanti pasti hati Sayang tu akan terbuka untuk saya. Okehlah Sayang. Saya pergi kerja dulu. Petang nanti kita jumpa.” Harris Hakimi menghulurkan tangan untuk bersalaman. namun tangannya dibiarkan sepi. Alia Farhana langsung tidak memandang ke wajahnya. Hatinya begitu benci sekali dengan lelaki di hadapannya ini.
Seharian berada di rumah tanpa melakukan apa - apa pekerjaan amatlah membosankan. Rutin sehariannya di rumah hanya menonton televisyen, makan, solat dan tidur sahaja. Harris Hakimi pula tiada menelefon ataupun menghantar whatsapp kepadanya. Sibuk benar nampaknya lelaki itu menguruskan pekerjaannya yang ditinggalkan sebulan lebih sejak dari mereka berkahwin. Bagus juga dia tidak bertelefon. Rasa aman saja tanpa mendengar suara lelaki yang menjengkelkan matanya itu.
Jam menununjukkan pukul 6.15 petang ketika Harris Hakimi tiba di rumah. Dia memasuki bilik utama untuk mencari kelibat isterinya. Kak Mun beritahu tadi dia tidak melihat Alia Farhana sejak lepas Asar lagi.
“Sayang?.” Harris Hakimi menolak pintu bilik lalu memanggil Alia Farhana namun tiada sahutan.
“Laa... Tidur rupanya.” Harris Hakimi menggeleng kepalanya sambil tersenyum melihat isterinya yang sedang lena di atas sejadah dengan telekung yang masih belum berbuka.
“Sayang. Hey. Bangun Sayang. Dah senja dah ni. Tak eloklah tidur macam ni.” Harris Hakimi mengusap lembut pipi isterinya. Beberapa kali dikejut barulah wanita itu terjaga dengan mata yang terpisat - pisat.
“Bila balik?.”
“Baru je sampai ni Sayang. Saya cari Sayang kat depan tapi Kak Mun beritahu yang Sayang tak keluar bilik dari lepas Asar tadi. Tertidur rupanya. Sayang buat apa je satu hari ni?.”
Alia Farhana tidak terus menjawab. Dia membuka telekung yang dipakai dan menyidai sejadah di ampaian.
“Awak nak tahu ke saya buat apa satu hari ni?.” Soalnya semula kepada Harris Hakimi.
“Saya buat bodoh aje. Makan, tengok tv, tidur.... Macam nak gila bosan duduk rumah ni tahu tak. Tak tahulah sampai bila boleh bertahan.”
“Hmm... Macam nilah Sayang. Apa kata, Sayang buat bisnes online. Tak delah Sayang bosan. Saya modalkan. Sayang nak?.”
“Nak jual apa?.”
“Sayang juallah tudung ke... Baju ke... Nanti kita pergi beli. Buat stok niaga Sayang. Sayang juallah nanti kat FB ke... Shopee... Lazada ke...”
“Nantilah saya fikirkan. Awak pergilah mandi dulu. Busuklah.”
“Okey Sayang. Saya pergi mandi dulu.”
“Pergilah sana.” Alia Farhana menolak perlahan tubuh Harris Hakimi lalu menjeling lelaki itu. ‘Mengada!.’
Seminggu berlalu...
Alia Farhana masih belum bekerja di mana - mana mahupun memulakan perniagaan online yang di cadang oleh Harris Hakimi. Seharian dia duduk termenung di balkoni rumahnya. Entah mengapa fikirannya mula teringatkan Ilham Iskandar. Kak Mun ajak makan pun dia tidak endahkan. Dia asyik menangis sepanjang hari sahaja hingga Kak Mun jadi risau akan keadaannya. Kak Mun telah menelefon Harris Hakimi dan memaklumkan akan keadaan Alia Farhana itu. Lelaki itu amat bimbang dan segera pulang ke rumah.
“Sayang. Saya balik ni.” Alia Farhana tidak menoleh. Dia duduk bersandar di balik pintu sliding menghadap pandangan luar. Ditangannya terdapat telefon bimbit miliknya. Harris Hakimi menghampiri dengan berhati - hati.
“Sayang?.” Harris Hakimi menyentuh bahu isterinya namun ditepis kasar oleh wanita itu.
“Jangan sentuh aku!.”
“Sayang. Mari bangun. Sayang belum makan apa - apa lagi kan sejak tengah hari tadi? Jom kita makan, Sayang. Saya pun lapar jugak ni. Kak Mun masak lauk sedap tu. Jom Sayang.”
“Aku tak nak makan dengan kau! Aku nak makan dengan Abang Ilham. Mana dia?Kau tahu kan dia kat mana sebenarnya? Kau sengaja sorokkan dia kat mana - mana sebab nak kahwin dengan aku. Betul kan?! Buruk betul perangai kau kan, Harris!.”
“Astaghfirullah al azim. Sayang. Sumpah! Saya tak tahu pun Abang Is ada kat mana. Sayang tak baik tuduh saya macam tu. Sayang redhalah. Kita memang dijodohkan bersama. Ini suratan takdir untuk kita. Kalau Sayang macam ni, seolah - olah Sayang menidakkan takdir Allah.”
“Huh! Takdir konon. Jangan sebutlah pasal takdir. Kau memang dah plan semua benda ni kan?! Kau jangan ingat aku tak tahulah!.”
“Terpulang Sayanglah nak anggap atau fikir apa. Hanya Allah je yang tahu apa yang terjadi. Sekarang ni... Saya nak Sayang makan. Masuk angin nanti perut tu, Sayang.”
“Abang Ilham... Mana Abang pergi? Kan kita dah janji nak hidup bersama. Sayang tak nak hidup dengan lelaki ni. Dalam rumah nilah dia buat Sayang macam tak ada maruah diri. Dia... Dialah lelaki pertama yang tengok tubuh Sayang. Sepatutnya Abang lelaki itu. Sepatutnya Abang suami Sayang.” Alia Farhana bercakap sambil memandang telefon bimbitnya. Dia melihat gambar mereka bersama. Hatinya sayu dan teramat rindukan Ilham Iskandar. Matanya tidak henti - henti menangis.
“Sayang.... Jangan macam ni. Mari kita masuk dalam.”
“Tak naklah! Lepas! Aku nak tunggu Abang Ilham balik. Dia dah janji nak kahwin dengan aku. Abang... Cepatlah balik... Sayang rindu...”Alia Farhana meronta dan menepis tangan Harris Hakimi yang memujuknya. Tangisnya makin menjadi - jadi.
“Sayang.. Hey, Sayang. Shhh... Jangan macam ni Sayang. Istighfar. Pandang saya, Sayang. Pandang saya sini.” Harris Hakimi memegang wajah Alia Farhana dengan kedua belah tangannya. Pada mulanya Alia Farhana tidak memandang wajah suaminya itu. Namun setelah dipaksa, dia akur. Dia merenung jauh ke dalam anak mata Harris Hakimi.
“Sayang. Sayang tahu kan saya sayang sangat pada Sayang kan? Saya cintakan Sayang sepenuh hati saya. Saya tak sanggup tengok Sayang macam ni. Tolonglah. Kuatkan semangat Sayang tu. Mana Alia yang saya kenal dulu seorang yang matang, ceria... Please, Sayang. Jangan macam ni. Tolong kesiankan mak dengan Abang Man. Dia orang tak suka tengok Sayang macam ni.”
“Kalau kau tak sanggup tengok aku macam ni.. Tak suka keadaan aku macam ni.. Tolong... Tolong ceraikan aku. Aku nak kahwin dengan Abang Ilham.”
Harris Hakimi tidak menjawab. Dia masih merenung mata milik isterinya. Wanita itu nampak sungguh tertekan dan ada benci di mata itu. Ya! Isterinya masih tidak boleh menerima hakikat yang mereka adalah suami isteri.
“Alia Farhana adalah isteri saya. Sampai bila - bila pun akan tetap menjadi isteri saya. Noktah!.”
Alia Farhana tergamam dengan ayat yang dilafazkan oleh Harris Hakimi. Nampaknya lelaki itu seperti tiada tanda mahu melepaskannya dari ikatan perkahwinan ini. Apa yang harus dia lakukan sekiranya Ilham Iskandar pulang nanti jika dia masih berstatus iateri Harris Hakimi? Bagaimana mereka mahu berkahwin nanti? ‘Ya Allah Ya Tuhanku... Kenapa berat sangat ujian yang Kau beri padaku ini?.’
Harris Hakimi memeluk tubuh Alia Farhana. Wanita itu hanya kaku tidak membalas pelukan tersebut. Air matanya entah mengapa gugur lagi semasa di dalam pelukan suaminya itu. Sebelum meleraikan pelukan itu, Harris Hakimi sempat berbisik di telinga isterinya.
“Sayang. Tolonglah bukakan hati Sayang buat saya. Saya ikhlas nikah dengan Sayang. Rasa sayang dan cinta saya pada Sayang tak pernah pudar. Malah semakin mendalan. Percayalah. Apa yang berlaku ni ada hikmahnya.”
“Jom kita makan, Sayang.” Harris Hakimi menarik perlahan tangan Alia Farhana setelah pelukan dileraikan. Alia Farhana hanya membuntuti langkah Harris Hakimi yang menuju ke meja makan.
Lima bulan telah berlalu. Sikap Alia Farhana terhadap Harris Hakimi masih tetap sama. Hari - harinya hanya tetap menunggu kepulangan Ilham Iskandar. Tidak pernah sehari pun dia lupa akan lelaki itu.
Subuh itu, Alia Farhana bangun untuk menunaikan solat fardhu Subuh. Kebiasaannya Harris Hakimi yang akan mengejukannya daripada tidur. Namun pada subuh itu, lelaki itu masih tidak bangun lagi. Dia melihat di sofa tempat pembaringan setiap malam suaminya. Lelaki itu masih berbaring dengan selimut menutupi seluruh badan. Pada mulanya dia mahu mengejutkan suaminya itu dahulu sebelum melangkah ke bilik air untuk berwuduk. Namun dia putuskan hanya akan lakukannya setelah usai solat nanti.
Selepas selesai bersolat, Alia Farhana melihat Harris Hakimi masih juga tidak bangun. Dia menghampiri tempat pembaringan lelaki tersebut.
“Harris. Bangun. Dah pukul 6.30 dah ni.” Lelaki itu masih tidak menyahut.
“Harris? Harris.” Alia Farhana menggerakkan tubuh Harris Hakimi perlahan.
“Hmm..” Akhirnya Harris Hakimi menyahut.
“Bangunlah. Solat.”
“Jap lagi saya bangun.” Alia Farhana berkerut dahi. Sebelum ni, tidak pernah pula Harris Hakimi berkelakuan begini. Kebiasaannya dia akan bangun awal pagi dan tidak suka berlengah - lengah.
“Awak okey tak ni, Harris?.”
“Hmm.. Saya okey Sayang.” Harris Hakimi menjawab lemah tetapi masih juga tidak bangun.
Alia Farhana semakin bertambah bingung melihat tingkah laku Harris Hakimi itu. Melihat daripada pergerakannya, dia dapat merasakan bahawa lelaki itu kurang sihat. Perlahan - lahan dia menyentuh dahi suaminya itu. Panas! Sangat panas!
“Awak demam ni Harris. Panas badan awak ni.” Alia Farhana meraba pula leher dan seluruh wajah Harris Hakimi.
“Awak tunggu jap saya amik towel basah.” Alia Farhana bergegas mengambil sehelai tuala kecil bersama semangkuk air. Dia mencelup tuala tersebut kemudian memerahnya dan dia mrngelap perlahan wajah dan tangan Harris Hakimi.
“Awak bangun dulu Harris. Solat. Lepas solat awak boleh berehat.”
Harris Hakimi bangun dan duduk bersandar seketika. Kepalanya terasa berat namun dia perlu gagahi juga untuk bangun menunaikan solat. Alia Farhana memapah Harris Hakimi sehingga ke bilik air. Selepas mengambil wuduk, Harris Hakimi melaksanakan solat fardhunya sesegera mungkin. Kepalanya terasa amat berat dan sakit ketika itu. Usai bersolat, dia terus merebahkan dirinya di atas sofa yang menemani setiap malamnya.
“Harris. Makan panadol ni dulu. Lepas tu baru tidur.” Alia Farhana menghulurkan sebiji uphamol 500mg kepada Harris Hakimi. Lelaki itu menyambutnya dan terus menelannya. Selepas meminum air, dia terus berbaring.
Baik juga hari itu hari Sabtu. Harris Hakimi tidak bekerja. Dapatlah dia berehat sepuasnya.
“Sayang. Teman saya kat sini ye.” Harris Hakimi bersuara perlahan.
“Ye Harris. Saya ada je kat sini tak ke mana - mana pun. Awak tidurlah.”
“Hurmm...” Harris Hakimi menarik selimut sehingga menutupi seluruh badannya.
“Sejuknya...”
“Apa Harris? Saya tak dengar.” Alia Farhana mendekatkan telinganya ke arah Harris Hakimi.
“Sejuk.” Harris Hakimi berkata perlahan. Bibirnya terketar - ketar.
“Nanti saya tutupkan aircond.” Belumpun sempat Alia Farhana bangun untuk mengambil remote aircond, tiba - tiba Harris Hakimi menarik tangannya sehingga jatuh di atas badan lelaki itu.
“Apa awak buat ni Harris?.” Soal Alia Farhana dengan nada keras.
“Shhh...” Harris Hakimi hanya menyuruhnya diam dan memberikannya ruang di antara dinding sofa dengan dirinya. Mujurlah sofa itu agak luas tempat duduknya. Jadi tidaklah dia tersepit sangat berbaring di situ.
Harris Hakimi tidur sambil memeluk Alia Farhana di dalam satu selimut. Alia Farhana tidak boleh berbuat apa - apa dan tidak boleh bergerak ke mana - mana disebabkan ruang yang terhad diatas sofa itu. Akhirnya dia juga terlelap sama di samping suaminya.
Jam menunjukkan hampir pukul 10 pagi ketika Harris Hakimi terjaga dari tidurnya. Demamnya juga sudah berkurangan. Alia Farhana yang berada di dalam pelukannya itu masih lagi lena. Harris Hakimi tersenyum. Sudah lama dia menginginkan tidur berpelukan seperti itu bersama Alia Farhana, isterinya. Disebabkan dia demam dia berpeluang tidur berduaan seperti itu. Mana tidaknya. Selama usia perkahwinan mereka, sofa itulah yang menjadi tempat tidurnya sepanjang malam. Disebabkan dia tidak mahu keadaan bertambah keruh dan layanan dingin Alia Farhana terhadapnya, dia rela tidur diatas sofa itu.
Cuma... Untuk memiliki sepenuhnya isterinya itu masih belum tercapai lagi. Dia yakin suatu hari nanti isterinya itu pasti akan dapat menerima dirinya sebagai seorang suami.
Harris Hakimi mendekatkan bibirnya di bibir merah Alia Farhana. Tiba - tiba jantungnya berdegup laju. Naluri kelelakian datang tanpa diundang.
Perlahan - lahan dia bangun dan meneruskan niatnya mahu bercumbuan dengan isterinya. Harris Hakimi merapatkan bibirnya mengenai bibir isterinya. Namun ketika dia mahu meneruskan kucupannya itu, Alia Farhana tersedar. Mata wanita itu terus membulat dan dia tergamam dengan perlakuan Harris Hakimi itu.
Menyedari yang isterinya telah bangun, Harris Hakimi tetap juga mahu meneruskan niatnya namun Alia Farhana menolak tubuh sasa itu dan memalingkan wajahnya agar bibirnya tidak dapat menjadi mangsa ciuman Harris Hakimi.
“Apa awak buat ni, Harris?!.”
“Sayang halal buat saya. Dan saya berhak ke atas diri Sayang. Saya cuma nak....” Harris Hakimi tidak meneruskan kata - katanya. Tanpa berlengah dia terus mencium pipi dan leher Alia Farhana tanpa henti. Kemudian dia mencium pula bibir isterinya itu dengan penuh asyik. Alia Farhana cuba menolak beberapa kali namun tenaganya tidak setanding tenaga Harris Hakimi.
Dalam pada Harris Hakimi mencium Alia Farhana, tangannya cuba untuk membuka pakaian isterinya. Tetapi kali ini, Alia Farhana pertahankan. Dia masih belum bersedia untuk menyerahkan segalanya kepada lelaki yang dia tidak cinta.
Harris Hakimi akur. Dia juga tidak mahu mendesak dan memaksa isterinya untuk memberikan apa yang dia mahu. Biarlah dia memberinya dengan rela dan ikhlas. Dapat bercumbuan ini pun dah cukup bahagia buat dirinya. Ia membuatkan dia semakin yakin bahawa suatu hari nanti dia akan dapat memiliki sepenuhnya isterinya itu dan akhirnya akan melahirkan zuriat mereka kelak. Insha allah.
Share this novel