BAB 2

Romance Completed 43587

?? BAB 2 ??

Jam menunjukkan tepat pukul 8 pagi. Alia Farhana telahpun keluar dari rumah untuk mencari pekerjaan. Dengan berbekalkan fail yang berisi beberapa sijil akademiknya, dia terus melangkah dengan semangat yang membara.

Setelah beberapa tempat Alia Farhana memohon pekerjaan, kini dia tiba di sebuah bangunan di ibu kota yang menempatkan Jaya Holdings iaitu sebuah syarikat ternama yang menjalankan perniagaan import dan eksport. Dia sendiri tidak pasti samada ingin mencuba nasib di syarikat itu ataupun tidak kerana dia yakin harapan untuk diterima amat tipis. Dia hanya mengikut langkah tuju kakinya.

"Banyak dah tempat aku pergi mintak kerja ni. Tak salah rasanya try syarikat besar ni kan. Mana tau sangkut. Dapat kerja cleaner ke, tea lady ke..okey jugak. Tak kisahlah. Yang penting try dulu". Alia bercakap sendirian seolah - olah memberi semangat pada dirinya untuk meminta kerja di syarikat besar itu.

Dengan berbekalkan keyakinan yang ada, dia terus melangkah masuk ke dalam bangunan 15 tingkat itu.

Alia Farhana sedang menunggu lift untuk ke tingkat 2. Hatinya berdebar - debar. Dia berselawat bagi menenangkan hatinya yang gusar.

Beberapa minit kemudian, lift pun tiba. Alia Farhana terus masuk ke dalam lift. Sedang pintu lift hampir tertutup, tiba - tiba ia terbuka semula kerana ada tangan yang menahannya dari luar. Alia Farhana terkejut dan terus menekan butang 'buka pintu' supaya orang yang menahannya tadi dapat masuk ke dalam lift.

"Thanks". Alia Farhana yang mendengarnya hanya menjawab dengan senyuman.

Alia Farhana mengerling orang di sebelahnya. Haruman minyak wangi yang begitu kuat dan berpakaian sut kot begitu segak di matanya. Di dalam hati, tertanya - tanya siapakah gerangannya lelaki di sebelahnya itu.

Ting !! Pintu lift terbuka di tingkat 2. Alia Farhana segera keluar setelah pintu lift terbuka. Dia berjalan menuju ke pejabat yang telah diarahkan untuk ditemuduga. Dia menoleh ke belakang. Disangkanya lelaki tadi turut keluar di tingkat yang sama. Tetapi tidak rupanya.

× × × × × × × × × × × × × × × × ×

Setelah hampir 1 jam menunggu, kini gilirannya pula dipanggil. Tidak disangkanya bahawa pada hari itu syarikat tersebut sedang mengadakan temuduga terbuka bagi jawatan Setiausaha Sementara bagi menggantikan tempat setiausaha sedia ada yang akan cuti bersalin.

Beberapa minit setelah ditemuduga, Alia Farhana berasa lega kerana semua yang disoal dapat dijawab dengan baik. Dia bersalaman dengan penemuduga wanita di hadapannya dengan senyuman manis.

"Apa - apa nanti kami akan call u ye". Kata wanita itu selepas mereka bersalaman. Alia Farhana yang mendengar hanya tersenyum dan berharap ada rezeki di situ.

× × × × × × × × × × × × × × × ×

Malam itu, Alia Farhana dan ibunya menonton televisyen bersama - sama setelah selesai makan malam.

"Macamana cari kerja tadi? Okay?" Tiba - tiba Puan Zalina memecah kesunyian. Alia Farhana yang mendengar terus berpaling pada ibunya.

"So far so good mak. Ada rezeki insha allah dapatlah. Adik dah try banyak tempat tadi. Esok boleh cari kat tempat lain pulak". Jawab Alia Farhana dengan senyuman.

"Hah okaylah tu adik. Nanti dah dapat kerja bolehlah simpan duit tu buat kawin nanti". Tiba - tiba sahaja abangnya, Aiman Farhan menyampuk. Dilihat wajah abangnya yang menyengih tatkala menyebut perkataan kahwin. Alia Farhana yang mendengar berasa geram. Terus sahaja dia melemparkan kusyen kecil yang dipeluknya sedari tadi.

Manakan tidak. Dia baru sahaja habis belajar dah disebutnya mengenai perkahwinan. Belum pun puas pegang duit sendiri. Huh !

"Mak ! Tengoklah abang ni. Adik belum pun dapat kerja dah disuruhnya simpan duit kawin". Alia Farhana mengadu pada ibunya sambil memuncungkan bibir tanda protes. Puan Zalina yang mendengar hanya tergelak.

"Betullah apa abang tu cakap. Dapat kerja nanti duitnya jangan dibelanja yang bukan - bukan. Nanti nak kawin duit simpanan xada susah pulak". Dengan selamba ibunya menjawab. Saja ingin menyakat. Aiman Farhan yang mendengar terus tergelak tanda kemenangan di pihaknya. Dilihatnya wajah adiknya yang muncung sedepa. Lagi kuat ketawa Aiman Farhan meletus.

× × × × × × × × × × × × × × × × ×

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience