BAB 31

Romance Completed 43587

BAB 31

     “Assalamualaikum, Sayang. Buat apa tu?.” Harris Hakimi bertanya kepada Alia Farhana di telefon awal pagi Sabtu itu.

     “Hah. Waalaikumussalam. Tak ada buat apa ni. Nak turun sarapan. Ada apa telefon pagi - pagi ni?.” Jawab Alia Farhana acuh tak acuh.

     “Lagi setengah jam saya sampai rumah Sayang kita pergi jogging. Sayang siap - siaplah. Saya dah on the way dah ni.”

     “Malaslah. Cuti ni saya nak rehat. Awak pergilah sorang - sorang.”

     “Saya tak kira. Sayang mesti temankan saya jogging hari ni. Kalau tak nak saya buat kecoh kat rumah Sayang, Sayang ikut. Dah. Pergi siap sekarang.”

     Klik! Panggilan di matikan. Alia Farhana mengetap bibir kegeraman. ‘Eee!!! Dia ni kan!!! Sakit betullah hati!.’ Alia Farhana mengepal jarinya dan menumbuk bantal di hadapannya.

     Setengah jam kemudian, kedengaran bunyi hon kereta di luar rumah. Alia Farhana melangkah malas menuju ke luar rumah. Dia sudahpun siap berpakaian t-shirt lengan panjang dan berseluar track suit. Puan Zalina telahpun maklum yang dia akan keluar pagi itu bersama Harris Hakimi.

     “Assalamualaikum, Sayang.” Sapa Harris Hakimi setelah Alia Farhana masuk ke dalam kereta. Kelat sungguh wajahnya ketika itu. Jelas di wajahnya dia terpaksa menuruti kehendak dirinya. Namun Harris Hakimi tetap tersenyum.

     “Waalaikumussalam!.” Alia Farhana menjawab salam dengan nada kasar. Sempat dia menjeling tajam ke arah Harris Hakimi.

     “Tak elok marah - marah pagi - pagi macam ni. Nanti rezeki tak masuk, Sayang.”

     “Owh tak elok. Habis tu. Yang awak buat saya marah pagi - pagi ni elok sangatlah ye?.”

     “Saya cuma ajak Sayang pergi jogging aje. Tak salah kan saya ajak teman. Ni Sayang keluar dengan saya ni dah kurang 1 dah tempoh sebulan kita dating. Tinggal 28 kali je lagi. Kata Sayang nak cepat habis. Nilah masanya kan.”

     Alia Farhana mendengus kasar sebelum berkata.

     “Tapi masalahnya.... Saya tak nak pergi jogging dengan awaklah Harris. Awak dah paksa saya tau sekarang ni. Saya tak sukalah.”

     “Okey. Saya minta maaf kalau saya dah paksa Sayang. Tapi... Kalau saya ajak baik - baik pun, Sayang tetap tak nak keluar dengan saya kan? Sayang tetap jugak akan tolak.”

     “Kalau dah tahu macam tu... Kenapa ajak keluar jugak?.”

     “Sayang sendiri dah tahu kan jawapan saya apa. Saya nak kita balik semula macam dulu. Couple macam masa kat U dulu. Bercinta, berkasih sayang.... Saya nak jadikan awak isteri saya, Alia. Saya sayangkan awak tahu tak.”

     “Harris. Cukuplah dengan angan - angan awak tu. Saya sayangkan abang awak. Kami akan berkahwin tak lama lagi. Saya tak nak dah teruskan idea gila awak ni. Cukuplah sampai sini aje. Saya menyesal setuju dengan plan awak ni. Kita tak kan ke mana - mana. Saya dah tak sayangkan awak lagi, Harris.”

     “Walau apa pun awak cakap, selagi awak belum jadi isteri abang saya mahupun isteri lelaki lain, saya masih ada peluang. Saya akan usaha untuk tawan hati awak balik. Saya akan buat awak cintakan saya semula.”

     “Harris. Awak ni memang degil kan. Saya tak nak awak kecewa nanti. Saya tak nak awak taruh harapan pada saya. Kalau awak tetap nk teruskan niat awak tu... terpulanglah. Tapi saya tak akan sesekali khianati cinta abang awak pada saya.”

     Harris Hakimi hanya diam tidak membalas kenyataan Alia Farhana itu. Di dalam hatinya sudah nekad akan berusaha sehabis daya untuk mendapatkan gadis itu semula. Biarpun terpaksa bermusuhan dengan abang kandung sendiri, dia nekad!

     Setelah setengah jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di Taman Rekreasi Saujana untuk berjoging. Harris Hakimi meletakkan kereta di tempat parking yang di sediakan. Dia mematikan enjin kereta.

     “Sayang. Saya boleh batalkan idea 30 hari saya ni kalau Sayang janji akan keluar dengan saya setiap kali saya ajak. Saya nak kita berkawan macam dulu. Cakap baik - baik dengan saya, tak marah - marah... tak dingin dengan saya. Saya takkan paksa Sayang untuk terima saya semula. Saya takkan mintak Sayang cintakan saya macam dulu. Saya nak kalau Sayang cintakan saya sekalipun, biarlah rasa cinta tu ikhlas lahir dari hati Sayang. Saya tahu, Sayang masih marahkan saya. Bencikan saya. Tapi saya harap sangat yang kita boleh berbaik semula. Tiada permusuhan antara kita. Itu je yang saya mahu. Sayang setuju?.”

     Alia Farhana menghembuskan nafasnya perlahan sebelum membalas kata - kata Harris Hakimi itu.

     “Baiklah Harris. Saya setuju. Saya akan cuba buat baik dengan awak. Saya harap sangat yang awak tak kan taruh harapan pada saya lagi. Sumpah! Saya dah tak cintakan awak lagi. Kita memang tak ada jodoh, Harris. Tolonglah awak faham benda tu. Kita memang takkan bersatu.”

     Harris Hakimi diam mendengar kata balas daripada Alia Farhana itu. Kemudiannya dia mengangguk perlahan kepalanya.

     “Okehlah. Kalau dah macam tu Sayang cakap. Kita berserah aje pada Tuhan. Okeh. Dah jom. Dah sampai dah ni. Jomlah kita jogging.”

     Mereka keluar daripada kereta dan mula berlari perlahan. Hendak tak nak Alia Farhana terpaksa juga turuti kehendak Harris Hakimi berjogging.

     Sedang mereka berjogging, tiba - tiba Alia Farhana menjerit kecil dan jatuh terjelepuk di atas jalan.

     “Aduh!!.” Alia Farhana mengaduh sakit.

     “Sayang. Okey tak tu?.” Tanya Harris Hakimi dan datang mendekat.

     “Ya Allah sakitnya.” Alia Farhana menggosok - gosok kaki kanannya yang sakit.

     “Allahuakbar Sayang. Macam mana boleh terseliuh ni?.” Soalan yang keluar dari mulut Harris Hakimi membuatkan Alia Farhana geram. Sempat dia menjeling pada lelaki di hadapannya itu.

     “Apa punya soalanlah awak ni. Bukannya saya sengaja nak jatuh. Ni semua awaklah yang punya pasal. Kalau kita tak pergi jogging ni tak adalah saya terseliuh macam ni. Sakit tahu tak.” Alia Farhana membebel kepada Harris Hakimi. Dia menyalahkan lelaki itu kerana mengajaknya berjogging pagi itu.

     “Dah jom kita duduk kat bangku tu. Ni kat tengah - tengah jalan ganggu orang lain nak jogging.”

     Alia Farhana bangun perlahan dan cuba untuk berdiri. Dia mengerang kesakitan. Kakinya berdenyut sakit. Harris Hakimi memapah lengan Alia Farhana dan membawanya ke bangku di hadapan tasik.

     “Aduh sakitnya.” Alia Farhana menggosok lagi kakinya.

     “Meh saya tengok kaki Sayang.” Harris Hakimi sudah mencangkung di hadapan Alia Farhana dan ingin menyelak kaki seluar gadis itu.

     “Eh awak ni. Malulah orang tengok.” Alia Farhana menepis tangan Harris Hakimi daripada menyelak kaki seluarnya.

     “Saya cuma nak tengok aje kaki Sayang tu. Teruk ke tak teruk. Kalau teruk kita pergi klinik. Kalau sikit aje saya boleh urutkan kaki Sayang tu.”

     “Tak payahlah. Ada nak tengok kat sini pulak. Tak nampak tu ramai orang? Malu tau.”

     “Hmm... Yelah Sayang. Dah jom kita ke kereta.” Harris Hakimi sudah menghulurkan tangan kepada Alia Farhana untuk membantu gadis itu bangun. Namun gadis itu menolaknya. Berkerut - kerut mukanya menahan sakit ketika berjalan menuju ke kereta. Harris Hakimi hanya menggelengkan kepala melihat kedegilan gadis yang dicintanya itu.

     Beberapa minit kemudian, mereka pun sampai di kereta. Harris Hakimi membukakan pintu untuk Alia Farhana. Dengan perlahan dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi di dalam kereta.

     “Ya Allah sakitnya kaki ni.” Alia Farhana mengaduh kesakitan. Dia menggosok kakinya.

     “Meh sini saya tengok kaki tu.” Harris Hakimi mencangkung di hadapan Alia Farhana dan laju saja tangannya menyelak kaki seluar gadis itu. Alia Farhana menepis tetapi Harris Hakimi tidak endahkannya. Dia meneruskan niatnya mahu melihat kakinya yang terseliuh itu.

     Harris Hakimi membuka stokin kaki Alia Farhana dengan hati - hati. Dia melihat kaki gadis itu sudah mula membengkak merah. Perlahan - lahan dia memicit di bahagian kaki yang bengkak itu.

     “Auu.. Auu.. Auuu.. Sakitlah awak!.” Alia Farhana mencengkam tangan Harris Hakimi. Dia menahan rasa sakit yang mendenyut.

     “Tahanlah sikit Sayang.” Harris Hakimi masih lagi memicit kaki Alia Farhana yang terseliuh itu.

     “Sakit tahu tak. Awak tak kena memanglah awak boleh suruh saya tahan. Dengan perut laparnya. Lepas tu kena paksa pergi jogging pulak. Ni kalau saya kat rumah dah lama dah saya kenyang tahu tak. Sakitlah awak. Janganlah picit kuat sangat.” Alia Farhana membebel dan merengek kesakitan pada Harris Hakimi yang masih memicit kakinya. Jelas di wajahnya yang dia sedang menahan sakit walaupun Harris Hakimi tidaklah memicit kakinya dengan begitu kuat.

     “Dah.. Dah.. Dah... Cukuplah awak. Jangan picit lagi. Saya tak tahanlah sakit.” Air mata Alia Farhana sudah mula menitis. Dia memegang kuat tangan Harris Hakimi meminta untuk lelaki itu berhenti. Harris Hakimi yang perasan akan keadaan Alia Farhana itu terus memberhentikan picitannya. Dia memandang gadis yang sedang menahan sakit itu.

     “Saya minta maaf ye Sayang. Salah saya paksa Sayang pergi jogging. Tak pasal kaki Sayang terseliuh macam ni.”

     “Hah tahu pun salah awak. Lain kali jangan paksa - paksa saya.”

     “Ye Sayang. Saya minta maaf okeh. Sekarang ni kita pergi klinik. Lepas tu kita pergi makan. Okeh.”

     “Nak turun pergi makan macam mana awak? Dah lupa ke kaki saya ni sakit? Nak jalan pun berdenyut bukan main lagi.”

    “Kalau macam tu kita tapau then kita makan dalam kereta. Dah jom kita pergi klinik dulu.” Harris Hakimi mengangkat perlahan kaki Alia Farhana supaya masuk ke dalam kereta kemudian dia menutup pintu. Selepas itu dia pula masuk ke tempat memandu dan menghidupkan enjin kereta.

     Selepas ke klinik, mereka ke restoran pula untuk membungkus nasi lemak dan teh'o ais. Alia Farhana hanya menuruti sahaja ke mana Harris Hakimi pergi. Syukurlah kakinya hanya terseliuh sedikit sahaja. Doktor menasihatinya agar rehat secukupnya dan tidak melakukan banyak pergerakan.

     Setengah jam kemudian, mereka telahpun berada di atas bukit tempat mereka selalu lepak sewaktu belajar dahulu.

     “Okeh. Kita makan kat sini jom.” Harris Hakimi memberhentikan keretanya di bahu jalan dan mematikan enjin kereta.

     “Tak ada tempat lain ke nak pergi?.” Soal Alia Farhana.

     “Kenapa? Saya suka duduk lepak kat sini. Tenang dan damai aje. Dahlah jom kita makan.” Harris Hakimi membuka pintu keretanya. Terasa angin bertiup lembut menerjah masuk ke dalam keretanya. Dia mengambil sebungkus nasi lemak bersama sudu dan menghulurkannya kepada Alia Farhana. Kemudian dia membuka pula bungkusan polisterin nasi lemaknya dan menikmatinya.

     “Nah air Sayang.” Harris Hakimi menyuakan bungkusan air teh’o ais kepada Alia Farhana selepas dia menyedutnya beberapa kali. Gadis itu memandang Harris Hakimi. Dia berbelah bahagi sama ada mahu mengambil air itu atau tidak.

     “Awak beli air satu je ke?.” Tanya Alia Farhana kehairanan.

     “A’ah Sayang. Saya beli satu aje. Kalau beli dua takut tak habis pulak nanti. Sayang tak nak kongsi ke?.”

     “Awak ni kan. Dah tahu saya tak suka dengan awak. Lagi awak buat benda - benda yang menambahkan kemenyampahan saya pada awak kan. Memang taklah saya nak kongsi air dengan awak.” Alia Farhana menjeling geram pada lelaki di hadapannya. Harris Hakimi tergelak.

     “Okeh. Kalau Sayang tak nak minum saya tak boleh nak paksa. Tapi kalau Sayang pedas ke... Tercekik ke... Saya tak tau ea.” Harris Hakimi menjawab lalu meneruskan suapan nasi lemaknya.

     Alia Farhana memandang dengan pandangan bengang apabila dilihatnya Harris Hakimi membuat muka selamber. Dia melihat nasi lemaknya. Sambal tumis ikan bilis yang ada dalam nasi lemak itu memang agak pedas. Dia menelan liur. ‘Ah. Kalau pedas tahan jelah. Sampai rumah nanti baru minum air.’

     “Sedap jugakkan nasi lemak ni Sayang. Sambal dia power betul. Fuhh!! Pedas boleh tahan.” Harris Hakimi menyedut teh’o ais untuk melegakan kepedasan sambal tumis ikan bilis yang dimakannya.

     “Hmm.. A'ah. Pedas bukan main lagi.” Alia Farhana menjawab. Ternyata memang pedas sambal tumis itu. Hidungnya juga sudah mula berhingus menandakan apa yang dimakannya itu sememangnya pedas. Beberapa kali dia menyedut hingusnya dan menelan air liurnya kerana menahan kepedasan.

     “Bak sini air tu.” Tiba - tiba Alia Farhana merampas plastik berisi air teh’o yang sedang diminum Harris Hakimi. Lelaki itu terkejut dengan tindakan Alia Farhana itu namun akhirnya dia tersenyum. ‘Tadi poyo sangat’.

     Alia Farhana sudah tidak kisah kalau dia terpaksa berkongsi minuma dan menyedut menggunakan straw yang sama dengan Harris Hakimi. Apa yang dia mahu sekarang adalah menghilangkan rasa pedas di tekaknya ketika itu.

     “Lain kali bubuhlah satu polisterin sambal tumis ni. Bukan main banyak lagi awak letak kan?.” Bebel Alia Farhana sesudah melegakan tekaknya.

     “Eh bukan sayalah yang isi Sayang. Akak kedai tu tadi yang bungkuskan. Manalah saya tahu dia isi banyak macam ni. Pedas pulak tu. Kalau saya tahu tentulah saya larang tadi.”

     “Yelah tu. Saja nak dengki.”

     “Sayang ni. Tak baik macam tu tau. Takkanlah saya nak aniaya orang yang saya sayang. Tak baik tuduh saya macam tu.”

     “Kalau awak tak buat tak pelah. Sorry okeh. Lepas ni jangan beli kat situ lagi. Boleh tercirit tahu tak. Terkejut perut.” Meletus ketawa Harris Hakimi apabila mendengarkan kata - kata Alia Farhana itu.

     “Ketawa pulak dia ni. Belasah kang baru tahu.”

     “Amboi. Sejak bila Sayang jadi garang macam ni. Hmm... Tapi sweet. Saya suka.”

     “Mengadalah awak ni. Dahlah saya nak balik. Kaki saya dah berdenyut - denyut dah ni.”

     “Okeh. Jom kita balik. Kesian sayang saya ni. Dahlah kaki sakit. Makan pulak nasi lemak sambal pedas. Rasanya jap lagi awak masuk toilet ni.” Gurau Harris Hakimi mengusik Alia Farhana sambil tangannya menutup pintu dan menghidupkan enjin kereta. Gadis itu sudah membulatkan mata.

     “Amboiii. Bukan main sedap kan ngata. Silap - silap dia yang pergi melabur dulu.” Semakin besar ketawa Harris Hakimi.

     “Eee... Awak ni kannn... Kalau saya... Ishh. Geramlah!.”

     “Kalau saya apa, Sayang?.” Soal Harris Hakimi yang masih bersisa tawanya.

    Alia Farhana sudah memuncung. Dia memeluk tubuh. Geram sungguh mendengar tawa Harris Hakimi itu. Rasa macam nak.... Eh. Geramlah senang kata.

     Tiba - tiba suasana senyap sektika. Alia Farhana memandang Harris Hakimi di sebelahnya. Lelaki itu berbalas pandang. Tidak lama kemudian dia bersuara.

     “Eh bau apa ni? Sayang kentut ea?. Eee... Busuknya!.” Harris Hakimi sudah menutup hidung. Alia Farhana pula sudah membeliakkan matanya. Dia cuba menghidu adakah memang ada bau yang kurang menyenangkan. Tetapi ternyata tiada. ‘E’eh dia ni. Sengaja cari pasal kan.’

     “Mana ada bau pun. Suka hati je tuduh orang kentut.”

     “Eee.. Sayang hidu ea?.” Hahahaha.... Harris Hakimi sudah ketawa besar. Alia Farhana pula secara spontan terus saja menekup mulut Harris Hakimi dengan tangan supaya lelaki itu menghentikan gelak tawanya itu. Sakit sungguh hatinya melihat cara Harris Hakimi itu ketawa.

     “Diamlah Harris. Saya kata diamlah.” Semakin galak pula tawa Harris Hakimi. Alia Farhana menjadi bengang dengan gelak tawa lelaki itu. Dia menekan kuat tangannya menutup mulut Harris Hakimi itu. Tanpa sedar dia semakin mendekat dengan lelaki di sebelahnya itu.

     Harris Hakimi yang menyedari tubuh mereka semakin mendekat terus saja memegang tangan Alia Farhana yang menutupi mulutnya. Alia Farhana tergamam. Serta merta dia tersedar di atas keterlanjuran perbuatannya. Dia menarik tangannya daripada genggaman tangan Harris Hakimi. Namun genggaman lelaki itu agak kuat. Beberapa minit mata mereka bertembung. Mulut terkunci untuk berkata - kata. Apa yang mereka rasakan saat itu adalah detak jantung yang tiba - tiba berdegup laju. Entah mengapa Alia Farhana juga merasa tidak keruan.

     “Kalaulah kita masih macam dulu... Saya sumpah saya akan bahagiakan Sayang sampai hujung nyawa saya.” Harris Hakimi berkata perlahan. Dia mengelus lembut tangan Alia Farhana.

     Alia Farhana terkedu.

     “Itu semua tak mungkin terjadi Harris. Tolonglah lupakan saya. Anggap kita memang tiada jodoh. Saya tak nak jadi penyebab awak dan abang awak bermusuh. Kami akan berkahwin, Harris.”

     “Selagi Sayang belum jadi isteri sesiapa, saya masih ada peluang.”

     “Harris. Please. Saya percaya yang awak akan berjumpa dengan perempuan yang lebih baik daripada saya. Tolong buka minda awak. Jangan terikat dengan kisah silam kita. Saya dah pun maafkan awak dan lupakan segala yang berlaku antara kita. Saya nak awak pun macam tu juga. Tolonglah lupakan saya.”

     “Ia tak semudah itu Sayang. Ia tak semudah itu.”

     “Harris.” Dilihatnya Harris Hakimi mengucup lama tangannya. Tiba - tiba terasa ada air hangat mengalir di tangannya. ‘Dia menangis ke?.’ Alia Farhana sudah tidak keruan.

     “Saya sayangkan awak, Alia. Sayang sangat. Macam mana saya nak hidup tanpa awak? Saya tak boleh, Alia.”

     “Harris. Saya tahu awak boleh laluinya. Sedangkan beberapa tahun yang lalu awak boleh je tempuhinya. Takkan untuk kali ni awak tak sanggup nak hadapinya? Tolonglah Harris. Jangan kerana saya hidup awak jadi macam ni.”

     Alia Farhana menggenggam erat tangan Harris Hakimi. Niatnya cuma mahu memberikan semangat dan kekuatan agar lelaki itu tabah hadapi kebenaran yang mereka memang tidak ditakdirkan bersama.

     Namun jauh di sudut hatinya masih berteka - teki dengan perasaan sendiri. Bukan mudah untuk melupakan cinta pertamanya itu. Tidak dinafikan jantungnya akan berdebar - debar apabila bersama dengan Harris Hakimi. Sama rasanya seperti ketika mereka bersama dahulu. Seringkali dia berlaku kasar dan marah - marah hanyalah sekadar mahu menunjukkan rasa bencinya pada lelaki itu. Tetapi sebenarnya dia tidak ingin pun buat begitu terhadap lelaki yang pernah bertakhta dihatinya ini. Mungkin juga kerana masih ada sekelumit rasa kasih terhadap dirinya. Adakah masih tersimpan rasa cinta dan sayang buat lelaki ini? Oh Tuhan. Bantulah aku tunjukkan jalan kebenaran.

 

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience