BAB 3

Romance Completed 43587

?? BAB 3 ??

Tiga hari telah berlalu. Selama tiga hari itu jugalah Alia Farhana berusaha keras mencari kerja. Tetapi masih belum ada panggilan. Hari ini hari keempat dia akan keluar ke ibu kota untuk mencari pekerjaan.

Alia Farhana sedang duduk bersarapan bersama ibu dan abangnya sebelum keluar mencari kerja. Sedang mereka menjamu selera, tiba - tiba kedengaran bunyi telefon bimbit Alia Farhana menandakan ada panggilan masuk. Cepat - cepat dia bergegas mencapai telefonnya dan menjawab panggilan tersebut.

"Hello. Ya saya bercakap. Okey. Hah? Betul ke ni? Alhamdulillah. Bila tu? Owh..okey. Baiklah. Terima kasih".

Klik ! Telefon dimatikan. Puan Zalina dan Aiman Farhan memandang Alia Farhana yang tersenyum - senyum sendiri.

"Weh budak. Dah kenapa tu? Siapa telefon?" Kedengaran Aiman Farhan bertanya adiknya setelah melihat reaksi adiknya itu sudah seperti kerang busuk tersengih - sengih.

Alia Farhana yang mendengar pertanyaan abangnya itu segera berpaling. Senyuman masih tidak lekang di bibirnya.

"Cuba teka siapa yang telefon?" Alia Farhana menyoal ibu dan abangnya sambil mengangkat kedua belah keningnya.

"Siapa? Malaslah ibu nak teka". Jawab Puan Zalina sambil menyuap mi goreng ke dalam mulutnya.

"Alah. Tak sportinglah. Hmm..nak tau tak. Yang call adik tadi tu daripada syarikat Jaya Holdings !!". Jawab Alia Farhana sambil menjerit keriangan.

"So?". Jawab Aiman Farhan sepatah.

"Adik diterima bekerja kat situ !! Yeay !! Alhamdulillah". Alia Farhana menjawab sambil mengaup wajahnya dengan kedua belah tangannya tanda bersyukur.

"Alhamdulillah". Jawab Puan Zalina dan Aiman Farhan serentak.

"Bila start dik?" Aiman Farhan menyoal.

"Isnin depan". Jawab Alia Farhana ringkas. Senyuman masih tidak lekang dibibirnya. Rasa tidak sabar ingin memulakan pekerjaan itu walaupun dihati debaran tetap ada. Pengalaman kerja yang bakal dilaluinya nanti akan menjadikan dia lebih matang dan berdikari.

??????????????????????????????

Hari ini merupakan hari yang dinanti - nantikan. Alia Farhana telahpun siap untuk memulakan pengalaman baru dalam hidupnya. Aiman Farhan telah menghantarnya ke Jaya Holdings pagi itu. Dia tidak mahu adiknya itu terlewat sampai pada hari pertama bekerja. Padanya Alia Farhana perlu menunjukkan minat yang mendalam setelah diberikan rezeki mendapatkan pekerjaan itu.

Tepat jam 8.30 minit pagi, Alia Farhana telahpun sampai di bawah bangunan megah itu. Aiman Farhan juga telah pergi setelah dia diturunkan di hadapan syarikat itu. Sebelum meninggalkan Alia Farhana tadi, abangnya sempat berpesan agar sentiasa komited dengan tugas yang diberi. Kalau tidak faham jangan malu untuk bertanya. Dia yang mendengar hanya mengangguk dan akan ingat pesanan dari abangnya itu.

Alia Farhana menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan sebelum melangkah ke pejabat. Ia sebagai dorongan semangat sebelum memulakan pekerjaan.

????????????????????????????

"Okey. Ni bakal tempat awak". Tunjuk seorang wanita yang sarat mengandung kepadanya. Dalam pemikiran Alia Farhana, mungkin wanita itu yang bakal digantinya tidak lama lagi.

Alia Farhana mengangguk dan tersenyum kepada wanita itu.

"Nama akak, Maria. Panggil kak Maria aje. Awak..Alia Farhana Omar. Right?" Wanita itu perkenalkan diri dan bertanyakan nama Alia Farhana sambil melihat borang kerja yang diisi oleh Alia Farhana.

"Ya. Betul kak Maria. Boleh panggil saya Alia aje". Alia Farhana menjawab sambil tersenyum kepada kak Maria.

Setelah berkenalan, Maria terus mengajar selok belok menguruskan tugasan sebagai Setiausaha. Dari A hingga Z Alia Farhana perlu belajar dan fahami. Dia khuatir jika Alia Farhana tidak faham dan tidak bertanya, ia akan merumitkan urusan di pejabat itu.

Tetapi dari pengamatan Maria, Alia Farhana seorang yang mudah faham dan cepat tangkap apa yang diajarnya. Tidak salahlah pemilihan pihak HR kerana memilih Alia Farhana.

Sedang Alia Farhana sibuk mempelajari ilmu kesetiausahaan, tiba - tiba Maria berhenti daripada mengajarnya.

"Morning Encik Ilham". Maria mengucapkan selamat pagi kepada bosnya, Encik Ilham Iskandar.

Alia Farhana yang mendengar ucapan selamat itu turut mengucapkannya kepada Ilham Iskandar.

Ilham Iskandar yang mendengar berhenti seketika di meja Maria sebelum masuk ke dalam biliknya.

"Morning alls". Balas Ilham Iskandar sepatah sebelum menyambung lagi ayatnya.

"Ni staf baru tu ye kak Maria?". Tanya Ilham Iskandar seraya mengunjuk ke arah Alia Farhana.

"Ya Encik Ilham. Saya tengah ajar dia selok belok tugasan saya ni". Maria meneruskan lagi kata - katanya. Alia Farhana yang mendengar hanya menundukkan kepala tanda hormat. Selebihnya dia berasa malu. Di dalam hatinya tertanya - tanya adakah lelaki di hadapannya itu adalah bosnya dan dia bakal menjadi Setiausaha kepada lelaki itu.

"Okey. Good". Jawab Ilham Iskandar ringkas dan berlalu pergi memasuki bilik pejabatnya.

????????????????????????????

Beberapa minit selepas Ilham Iskandar masuk ke bilik pejabatnya, tiba - tiba kedengaran bunyi interkom yang terletak di atas meja Maria.

Beep ! "Kak Maria, minta Alia masuk bilik saya sekarang". Kedengaran suara Ilham Iskandar memberi arahan. Alia Farhana yang turut mendengar arahan itu telah mula berdebar. Takut. Bukan takut kerana tugasan yang bakal diterima. Tetapi takut dengan wajah garang bosnya itu.

"Okey. Baik Encik Ilham". Beep ! Interkom dimatikan.

"Dah. Pergi sekarang Alia. Bawak buku nota dan pen tu. Ingat tau. Fokus. Dengar arahan dengan betul". Maria memperingati kepada Alia Farhana sebelum bertemu Ilham Iskandar.

Alia Farhana yang mendengar hanya turuti akan arahan yang diberi sebelum melangkah masuk ke bilik Ilham Iskandar.

Tok ! Tok ! Alia Farhana mengetuk pintu bilik pejabat Ilham Iskandar.

"Coming". Dari luar pintu kedengaran suara Ilham Iskandar mengarahkannya masuk.

Alia Farhana melangkah masuk dengan penuh yakin. Ilham Iskandar hanya memerhati dengan ekor matanya sambil membelek fail di atas mejanya.

Alia Farhana berdiri di hadapan Ilham Iskandar sambil tangannya sudah bersedia untuk mencatat butir tugasan yang bakal diberikan kepadanya.

"Duduk". Arah Ilham Iskandar.

Alia Farhana yang mendengar terus duduk di kerusi hadapan bosnya itu.

"Pernah bekerja sebelum ni?" Alia Farhana tersentak dengan pertanyaan Ilham Iskandar itu.

"Hah? Hmm.. tak pernah Encik Ilham. Ni pertama kali". Jawab Alia Farhana.

"Okey. Saya harap awak boleh jalankan tugas kak Maria dengan baik. Belajar betul - betul selama dua minggu ni sebelum kak Maria cuti bersalin. Saya tak nak timbul masalah nanti". Jelas Ilham Iskandar panjang lebar.

"Baik Encik Ilham. Saya akan buat yang terbaik". Janji Alia Farhana kepada bosnya itu.

"Umur awak 23 kan? So...dah habis study la ye?". Soal Ilham Iskandar lagi.

"Ya Encik Ilham. Baru je habis. Tengah tunggu result".

"Agak - agak cemerlang tak?". Alia Farhana yang mendengar soalan itu tersentak seketika. Tidak sangka bosnya akan ajukan soalan seperti itu.

Dengan yakin Alia Farhana menjawab persoalan itu. "Insha Allah Encik Ilham. Saya dah buat sehabis baik. Saya juga tak pernah lupa untuk berdoa moga apa yang telah saya usahakan membuahkan hasil".

Ilham Iskandar yang mendengar hanya mengangguk. Di dalam hatinya kagum dengan sikap positif dan keyakinan gadis di hadapannya itu.

Setelah setengah jam berada di dalam bilik Ilham Iskandar, akhirnya Alia Farhana keluar dari bilik itu.

"Amboi..lamanya jumpa bos? Apa naknya tu?". Tanya Maria sambil mengambil buku nota dari tangan Alia Farhana. Dibeleknya buku itu tetapi yang dilihatnya hanya kosong tidak bertulis.

"Kosong je ni?". Maria bertanya pelik sambil tangannya menunjukkan buku nota yang kosong itu.

"Bual - bual kosong je kak". Jawabnya ringkas.

Maria yang mendengar hanya mengangguk tanda mengerti. Mungkin bosnya itu hanya mahu berkenalan dengan staf barunya dulu sebelum dia diberikan tugas yang mencabar. Nak lihat personaliti Alia Farhana barangkali.

????????????????????????????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience