BAB 15

Romance Completed 43587

Sesudah solat subuh, Alia Farhana terus turun ke tingkat bawah untuk membantu ibunya menyediakan sarapan. Sebelum mula sibuk di dapur, dia menyemak semula whatsapps di dalam telefon bimbitnya kalau-kalau ada mesej dari sesiapa yang dia belum baca.

Sedang dia scroll senarai nama di whatsapps'nya, matanya tertancap pada nama 'Encik Ilham'. Dia membuka mesej perbualan antara dia dan Ilham iskandar. Dia membaca satu persatu perbualan mereka malam tadi. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyuman. 'Sayang'. 'Apa maksud kata-kata Encik Ilham ni ye? Dia sayang aku? Eh tak mungkinlah. Aku ni bukan ada apa-apa yang istimewa pun. Tak vogue, tak hot macam awek-awek kat luar sana tu. Takkanlah dia sukakan aku kot. Ke... Dia cuma suka berkawan dengan aku? Senang berinteraksi dengan aku je kot. Orang hensem gitu kaya macam tu takkanlah nak pandang orang macam aku ni kan. Hmm.. '.

"Amboi.. Lebar nampak senyuman tu". Sapa Puan Zalina pada anaknya tatkala melihat anaknya begitu khusyuk membaca mesej.

"Terkejut Adik mak ni. Bagilah salam dulu". Balas Alia Farhana kepada ibunya.

"Ye la. Assalamualaikum. Lebar betul senyuman tu mak tengok. Mesej dengan Encik Ilham ke?".

"Ish mak ni. Bukanlah. Baca mesej kawan U ni. Kelakar". Nafi Alia Farhana.

"Ooo.. Mak ingatkan mesej dengan Encik Ilham. Semalam sampai pukul berapa? Mak tak sedar Adik balik. Mak tidur awal malam tadi. Sakit kepala".

"Sakit kepala mak? Pagi ni okey dah ke?". Tanya Alia Farhana kepada ibunya. Risau pula dia bila ibunya memberitahu yang dirinya sakit kepala semalam. Rasa bersalah pula dia kerana tiada di sisi ibunya ketika ibunya tidak sihat.

"Alhamdulillah. Okeh dah nampaknya pagi ni. Malam tadi lepas makan panadol dua biji terus mak masuk tidur. Tu yang tak sedar Adik balik tu. Abang balik pun mak tak sedar juga. Entah pukul berapa mak terlelap pun tak perasan".

"Alhamdulillah lah mak okeh dah tu. Sori Adik tak ada malam tadi. Kesian mak sakit sorang-sorang". Ujar Alia Farhana sambil memeluk ibunya.

"Alah Adik ni. Macamlah mak tak biasa. Mengada aje. Jangan manjakan mak sangat. Nanti Adik dah kawin dengan sape pulak mak nak manja-manja. Kan? ".

"Eh mak ni. Ke situ pulaknya. Lambat lagi mak Adik ni nak kawin. Bagi abang tu kawin dulu. Umur dah banyak tu kang tak laku pulak".

"Hoii sedap nampak pagi-pagi mengata orang tak laku ni? Yang Adik tu dah laku ke?". Entah datang dari mana agaknya abangnya tiba-tiba mencelah perbualannya dengan ibunya. Apalagi. Alia Farhana hanya tersengih menampakkan giginya. Bukannya dia nak takut kerana mengata abangnya itu. Makin ditambah lagi ada lah. Saja nak sakat.

" Betul apa Adik cakap. Umur abang tu dah banyak. Nak masuk 30. Lambat-lambat kang takde sape pulak yang nak. Ye ler dah tak hensem nanti nenek kebayan pun tak nak pandang. Hahaha".

"Ewah-ewah mulut dia niiii".

"Auuuu. Sakitlah banggg. Mak.. Tengoklah abang ni. Sakitlah". Alia Farhana mengaduh sakit sambil menggosok-gosok pipinya yang dicubit Aiman Farhan. Ikutkan hati mahu saja membalas. Tetapi memandangkan sekarang mereka berada di dapur, kebarangkalian boleh berlaku kemalangan adalah sangat tinggi. So dia mengambil keputusan membalas balik lain kali.

"Dah. Dah. Jangan nak bergaduh. Meh tolong mak masak nasi lemak ni".

"Padan muka". Sakit betul hati Alia Farhana bila Aiman Farhan menunjukkan tanda 'good' padanya sambil berlalu pergi. 'Tunggu ko bang. Adik balas nanti bila ada peluang. Huh!'. Dijelingnya tajam pada abangnya tanda geram. Aiman Farhan hanya memberikan gelak mengejek pada Alia Farhana hanya membuatkan gadis itu bertambah geram.

?????????????????????????????

Jam sudahpun menunjukkan pukul 8 pagi. Tinggal tunggu nasi kering saja lagi. Sambil menunggu nasi masak sepenuhnya, Alia Farhana membasuh peralatan kotor yang digunakan untuk memasak tadi. Ibunya pula sibuk membasuh pakaian. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej whatsapp masuk.

Alia Farhana menoleh sekilas ke atas meja tempat telefon bimbitnya berada. Lekas-lekas dia menutup pili air dan mengelap tangan sebelum memegang telefonnya. 'Mesej dari Encik Ilham'. Entah kenapa hatinya tiba-tiba berbunga bila melihat nama penghantar mesej itu. Dibukanya mesej tersebut dan membacanya. Bibirnya mengukir senyuman.

"Assalamualaikum. Good morning sweetheart".

"Tgh buat apa tu? Sy mengganggu ke?".


"Waalaikumussalam. Morning too en ilham ??".


"X ganggu pon. Baru siap kemas dapo lepas msk srpn. En ilham dh srpn ke blom tu?".

"Blom lagi. Sy kat tasik titiwangsa ni jogging. Jap lg nk sggh warung nk srpn".


"Owh..jauhnya en ilham pegi bjoging? Dgn sape je tu?".

"Sorg je la sayang. Nk ajak td takut sayang letih. Ye lah. Smlm pon smpai dh mlm kan. Lain kali sayang mst kena temankn sy. Boring sorg2 ni. Kalo ada sayang sronok jgk bual2 kan".

'SAYANG lagi dia ni.. Errr...'


"Insha allah kalo sy free bole je temankan en ilham. En ilham roger aje ye ??".

"Okla sayang. Sy nk gerak dh ni. Nt sy wasap sayang lg ye. Assalamualaikum".


"Waalaikumussalam. Hati2 jaga diri en ilham".

Klik...!!

"Orang. Kalau tengah dilamun cinta memang suka senyum sorang-sorang. Pastu senyumnya sampai ke telinga. Hati berbunga-bunga. Betul tak Dik?".

"Mana ada mak ni?".

"Eh. Mak tak cakap Adik pun. Wasap dengan Encik Ilham kan?".

"A'ah. Wasap dengan dia".

"Adik dengan dia tu ada apa-apa ke? Macam lain macam aje mak tengok".

"Tak ada apa-apa la mak. Encik Ilham tu kan bekas bos Adik. Kita orang ni macam pekerja dengan majikan je la. Tak ada apa-apa pun".

"Tapi kalau ada apa-apa pun apa salahnya. Kalau dah jodoh Adik dengan dia.. Mak suka je. Janji Adik bahagia".

"Eh mak ni. Ke situ pulaknya. Kita ni tak setaraf dengan dia mak. Kita ni apa ada? Lainlah Encik Ilham tu. Manalah dia nak pandang Adik ni".

"Mana Adik tau dia tak pandang Adik? Agaknya dia tengah nak ngurat Adik kot tu. Adik aje yang jual mahal".

"Alah mak ni tak naklah cakap pasal ni. Malu la Adik". Pipi Alia Farhana sudah mula memerah bila diusik begitu oleh ibunya. Sungguh dia kehilangan kata-kata untuk menyangkal kata-kata ibunya itu. Dia juga perasan perubahan tingkah laku dan percakapan Ilham Iskandar terhadap dirinya. Adakah benar tekaan ibunya yang bekas majikannya itu sedang cuba memikatnya? Kalaulah benar?? Wahhh... Jawabnya tak tidur tujuh hari tujuh malam lah sebab seronok punya pasal. Haha..

????????????????????????????????

Hari ini hari Isnin. Rutin setiap pagi seperti tiga bulan yang lalu sudah tidak ada. Bersiap-siap untuk ke pejabat seperti kebiasaan sudah tidak ada lagi. Tempoh bekerja di Jaya Holding sudah tamat. Kebetulan keputusan peperiksaannya akan keluar hari ini.

Pagi itu selepas bersarapan bersama ibu dan abangnya, Alia Farhana bersiap-siap untuk ke Jaya Holding kerana mahu mengambil beberapa barangannya yang masih berada di situ. Sepatutnya dia membawanya pulang sekali pada hari Jumaat yang lalu. Tetapi memandangkan dia dan bosnya keluar 'dating' hingga ke Cameron Highland, terpaksalah dia ke pejabat hari ini.

Jam menunjukkan pukul 11 pagi ketika Alia Farhana tiba di Jaya Holding. Dia terus melangkah masuk menuju ke meja Maria. Kelihatannya Maria sedang khusyuk membuat kerja hingga tidak perasan akan kehadirannya. Alia Farhana tersenyum memandangnya.

"Assalamualaikum. Hai Kak Maria. Busynya orang tu sampai tak sedar kita datang".

"Hey! Alia. Waalaikumussalam. Ya Allah. Terkejut akak. Ada apa ni datang? Dah mula rindu ke dah tak keje ni". Maria menyambut salaman dan pelukan mesra dari Alia Farhana.

"Ni hah nak ambik barang-barang saya. Tak sempat nak amik Jumaat hari tu".

"Alia ke mana hari tu dengan Encik Ilham? Dating eh? Tak sempat jumpa pun last day hari tu". Tanya Maria.

"Eh tak adalah Kak Maria. Encik Ilham jumpa klien. Mana pulak datangnya dating tu". Nafi Alia Farhana. Mukanya sudah mula nak memerah. Dia cuba untuk menyembunyikan cerita sebenar. Dia tidak mahu Kak Maria fikir yang bukan-bukan. Siapalah dia kan kalau nak keluar dating dengan Encik Ilham tu. Hmm..

"Oh ye ke jumpa klien? Setahu akak Jumaat hari tu Encik Ilham tak ada apa-apa appointment dengan klien. Semua meeting pun dibatalkannya. Hmm.. Alia dengan Encik Ilham tu ada apa-apa ke?". Maria cuba memancing Alia Farhana untuk bercerita. Dia merasa hairan kerana kelakuan gadis di hadapannya ini dan bosnya itu kelihatan pelik di matanya sejak akhir-akhir ni. Sepertinya mereka ada menyembunyikan sesuatu.

" Alah Alia. Kalau ada apa-apa pun apa salahnya kan. Lagipun Encik Ilham tu dah single available dah sekarang kan. Dah tak ada apa-apa hubungan pun dengan Si Hana budget cun tu". Maria sudah tersenyum-senyum memandang Alia Farhana sambil keningnya di angkat-angkat. Alia pula sudah kehilangan kata-kata. Dia sudah tidak tahu mahu menjawab apa dengan Kak Maria.

"Akak ni....".

"Hey hey Alia. Apa khabar? Lama tak jumpa. Buat apa kat sini? Bukan ke dah tamat kontrak?". Fuhh.. Selamat. Mujurlah Abang Fuad datang tepat pada masanya. Love you lah Abang! Hehe.

"Nak amik barang ni hah. Tak sempat hari tu nak bawak sekali. Abang sihat?".

"Ooo.. Abang sihat aje dik. Semalam baru balik dari JB. Ada kursus 3 hari. Eh ni dah nak lunch hour ni. Jom makan sama Lia". Fuad memandang sekilas jam di tangan. Waktu makan tengah hari hampir tiba. Dia mengajak Alia Farhana untuk makan bersamanya. Maklumlah. Lepas ni tak tahu bila lagi dapat berjumpa dengan gadis sebaya arwah adiknya. Tentu rindu nanti.

"Alamak bang. Lia tak dapat teman makanlah bang. Lia nak cepat sebenarnya ni. Ada hal nak settle. Lain kali kot. Sorry tau Abang Fuad".

"Okehlah kalau gitu. Janji tau lain kali".

"Iya. Insha allah. Bila-bila nanti kita keluar sama-sama. Dengan Kak Maria sekali tau". Alia Farhana membuat janji kepada Fuad dan Maria sambil tangannya ligat memasukkan barang-barangnya ke dalam kotak.

"Okehlah Kak Maria, Abang Fuad. Lia gerak dululah. Ada rezeki nanti kita jumpa tau. Terima kasih kak, abang tunjuk ajar Alia selama kerja kat sini. Mesti rindu nanti".

"Sama-sama dik. Kalau rindu nanti wasap-wasap je. Alia jaga diri baik-baik tau". Maria bersalaman dan memeluk erat Alia Farhana. Terasa sebak pulak dada. Ye lah. Gadis di pelukannya itu bukan sekadar kawan baginya. Malah dia sudah menganggap Alia itu seperti adiknya sendiri.

"Alaa kak. Janganlah sedih-sedih. Kang saya nangis karang". Matanya sudah mula berkaca. Pelukan dari Maria itu begitu terasa dalam hatinya. Jauh di lubuk hatinya sudah mula menyayangi Kak Maria. Wanita itu sudah dianggap seperti kakaknya.

"Dah dah. Meh peluk abang pulak". Tiba-tiba Fuad mencelah.

"Ish abang niii. Jangan buat hal". Mereka serentak ketawa melihat gelagat Fuad yang sudah mendepangkan tangan seperti mahu memeluk lagaknya.

"Okehlah. Saya gerak dulu ye. Kirim salam Encik Ilham. Assalamualaikum". Alia Farhana mempamit mereka sebelum melangkah pulang.

"Waalaikumussalam". Jawab Fuad dan Maria serentak.

????????????????????????????????

"Kak Maria. Petang ni saya ada apa-apa appointment ke?". Tanya Ilham Iskandar kepada Maria ketika dia melewati meja setiausahanya itu. Dia baru sahaja selesai mesyuarat bersama ketua-ketua eksekutif bahagian dalam syarikatnya.

"Hmm.. Petang ni Encik Ilham ada temu janji dengan Miss Laili pukul 3. Hmm.. Itu je Encik Ilham". Jawab Maria sambil menyelak helaian nota catatannya.

"Owh okehlah kalau gitu. Thanks".

"Eh jap Encik Ilham. Hampir akak terlupa. Alia kirim salam". Langkah kakinya terhenti apabila mendengarkan nama Alia Farhana. Spontan kepalanya tercari-cari gadis itu.

"Mana dia? Dia datang sini ke tadi? Kenapa dia tak tunggu? ". Amboiii gopohnya bertanya bos kita ni. Maria yang melihat sudah tersenyum. Jelas di mata bosnya itu begitu gembira bila dia menyebut nama Alia.

"A'ah Encik Ilham. Alia datang tadi ambik barang-barang dia. Tapi dah balik dah. Baru je balik. Ada lah dalam 5 minit macam tu".

"Dia ada cakap ke nak ke mana?".

"Tak ada pulak. Tapi dia cakap ada hal nak settle. Tak tahu pulak hal apanya".

"Fail ni tolong letakkan atas meja saya ye. Mungkin petang ni saya tak masuk". Tanpa banyak bicara, Ilham Iskandar terus berlari keluar selepas meninggalkan beberapa pesanan kepada Maria. Dia takut tidak sempat berjumpa dengan gadis pujaannya.

"Encik Ilham! Miss Lai...... Li macam mana?". Kata-katanya hanya dia sendiri yang dengar. Tak sempat Maria bertanya Ilham Iskandar sudah hilang dari pandangannya. Fuhh.. Sekejapan je hilang. Laju betul.

????????????????????????????????

Ilham Iskandar tercari-cari kelibat Alia Farhana setibanya dia di lobi Wisma Jaya Holding. Matanya melilau ke serata tempat mencari gadis itu. Beberapa minit dia mencari, akhirnya matanya terhenti pada sesusuk tubuh yang amat dia kenali. Alia Farhana sedang duduk di hentian teksi sambil memangku sebuah kotak. Bibirnya mengukir senyuman. Lantas dia segera mendekati gadis itu.

"Alia". Alia Farhana menoleh ke sisinya.

"Eh. Encik Ilham. Buat apa kat sini?". Jelas wajahnya kehairanan dengan kehadiran lelaki itu di situ.

"Kenapa datang tak beritahu saya? Lepas tu tak tunggu saya habis meeting pulak tu. Tak rindukan saya ke?". Gulp. Alia Farhana menelan liur tatkala mendengar kata-kata Ilham Iskandar.

"Errr... Saya tak nak ganggu Encik Ilham. Lagipun saya nak cepat". Dia tersengih. Alia Farhana cuba menyembunyikan debaran di dadanya. Entah kenapa kata-kata Ilham Iskandar itu membuatkannya rasa 'semacam'.

"Ni awak nak ke mana? Kak Maria cakap awak ada hal nak settle".

"Oh. Saya nak ke kampus jap. Ada hal sikit".

"Hal apa?".

"Saya nak jumpa boy friend saya jap. Kemudian saya nak lunch dengan dia. Lepas tu baru saya balik". Tiba-tiba wajah Ilham Iskandar berubah. Keningnya berkerut. Mukanya berubah serius.

"Betul?". Alia Farhana tersengih memandang Ilham Iskandar. Dia sedar yang wajah lelaki itu sudah berubah. Suaranya juga sudah bertukar serius. Cemburukah dia?? Errr...

Ilham Iskandar menghembuskan nafasnya perlahan. "Okehlah kalau macam tu. Jom saya hantarkan awak. Boleh saya berkenalan dengan 'boyfriend' awak tu. Nanti jangan lupa kenalkan pada dia yang saya ni bakal 'suami' awak". Ketap bibir Alia Farhana apabila mendengarkan kata-kata Ilham Iskandar itu. Apakah lelaki itu memaksudkannya? Atau saja berkata begitu kerana perasaan cemburu atau apa sebenarnya maksud lelaki itu ye??

"Saya bergurau je lah Encik Ilham. Saya ni manalah ada boyfriend. Tak laku la Encik Ilham". Alia Farhana buat-buat ketawa bagi memulihkan mood Ilham Iskandar yang tiba-tiba swing itu. 'Ishh kau ni Alia. Kenapalah gatal sangat mulut tu jawab macam tu. Kau tak ingat ke macamana punya cemburunya lelaki tu bila dia nampak kau keluar makan dengan Si Wan dulu? Kau dah lupa ke??'

"Dah tu apa tunggu lagi? Jomlah". Tanpa menunggu jawapan dari Alia Farhana, Ilham Iskandar terus saja mengangkat kotak di ribaan gadis itu dan berlalu pergi. Terkebil-kebil mata Alia Farhana melihat reaksi spontan bekas majikannya itu. Cepat-cepat dia bangun dan membuntuti langkah lelaki itu.

"Encik Ilham. Perlahanlah sikit. Penat saya nak kejar ni". Tercungap-cungap Alia Farhana mengejar.

Tiba-tiba Ilham Iskandar menghentikan langkahnya bila mendengar kata-kata Alia Farhana itu. Alia Farhana yang tidak perasan terus melanggar belakang badan Ilham Iskandar.

"Aduh!!“. Cepat-cepat dia menjarakkan kedudukannya. Kang nampak orang lain ingat mereka berpelukan pulak. Uiii malu nanti weh.

"Okeh. Dah boleh sambung jalan? “.

"Jap Encik Ilham" . Nafasnya masih turun naik mengawal lelah kepenatan. Dia memegang dadanya dan menarik nafas perlahan.

"Saya rasa tak perlulah Encik Ilham hantar saya. Encik Ilham kan tengah kerja. Mesti banyak benda nak kena buatkan. Ni kalau Encik Ilham hantar saya kan dah terbuang waktu tu. Kerja nanti bertangguh. Esok bertimbun kerja nak kena settle. Nanti dah banyak kerja Encik Ilham jatuh sakit kan susah. Kesihatan tu Encik Ilham. Kena jaga".

"Dah habis dah awak membebel? Tak pe. Kalau saya sakit nanti saya call awak, awak datang rumah saya jaga saya. Dah cepat jalan. Kereta kat depan tu je".

Berkerut dahi Alia Farhana. Aishh Encik Ilham ni. Kalau dah kata dia tu... Memang tak boleh dah nak bantah. Kena jugak turuti. Yang aku pun macam tak ada keberanian aje nak tolak. Hmm...

Sepanjang perjalanan ke kampus dan selesaikan semua urusan, Alia Farhana tidak banyak bercakap. Betullah lelaki di sebelahnya ini buat seperti apa yang dikatakan. Teringat kejadian di kampus tadi. Disangkanya Ilham Iskandar akan menunggu di dalam kereta. Rupanya lelaki itu mengekori ke mana saja dirinya pergi. Jadi tak selesa pula. Dah macam ada bodyguard pulak. Kebetulan terserempak dengan Fikri, rakan satu kosnya di pejabat urusan. Fikri menegurnya. Takkan dia nak buat tak reti je kan. Takkan nak buat-buat tak kenal. Nak tak nak kena jugaklah melayan. Kalau tak ada Encik Ilham ni takdelah rasa kekok macam ni.

"Hey Alia! Apa khabar?".

"Hey hai Fikri. Saya baik-baik aje. Awak sihat? Buat apa sekarang?".

"Saya sihat alhamdulillah. Sekarang ni saya kerja kat kedai printing abang sedara saya. Ni..??".

"Oh. Ni...". Belum pun sempat Alia Farhana menghabiskan kata-katanya, percakapannya dipotong oleh Ilham Iskandar.

"Saya Ilham. Bakal suami Alia". Terkedu Alia Farhana mendengarnya. Ilham Iskandar menghulurkan tangan kepada Fikri. Dilihatnya Fikri juga kelihatan terkejut tatkala mendengar kata-kata Ilham Iskandar itu.

"Owh. Ok. Eh. Saya gerak dululah. Dah lambat ni". Fikri juga seperti kehilangan kata-kata. Terkedu dan fikirannya seperti tidak dapat mencerna apa yang didengar. Tidak ada angin tidak ada ribut dengar-dengar gadis di hadapannya mahu berkahwin. Setahunya Alia Farhana tidak punya teman istimewa semasa belajar bersama-sama dahulu. Pernah juga dia mencuba nasib dulu tetapi gadis itu tidak pernah melayan. Tup tup hari ni berkenalan pula dengan 'bakal suami' dia. Terasa seperti... Seperti... kecewa, sedih!!

"Ok. Bye".

"Kenapa senyap? Awak marah pada saya eh sebab cakap macam tu tadi pada budak lelaki tu?". Alia Farhana yang sedang mengelamun, tersentak.

"Eh taklah Encik Ilham. Penat sikit je".

"Ye lah tu. Awak janganlah nak tipu saya. Tak pernah awak macam ni. Biasanya kan awak banyak cakap. Ni tiba-tiba senyap, diam. Dah tak nak berbual dengan saya ke?".

"Encik Ilham janganlah salah faham. Saya cuma penat je. Betul. Tak tipu. Saya cuma letih. Sekarang ni saya cuma nak balik rehat aje". Alia Farhana cuba menafikan. Walhal dihatinya agak terasa dengan perlakuan lelaki di sebelahnya ini. Hati ingin bertanya. Tetapi dia malu dan takut jika pertanyaannya itu nanti akan disalah anggap oleh Ilham Iskandar. Apakah niat sebenar lelaki itu? Apa perasaan lelaki itu padanya? Serius atau saja mahu main-main? Yelah. Mungkin ingin membalas dendam di atas kecurangan Hana dulu. Tapi kenapa dia yang menjadi mangsa?

"Saya tahu awak marah pada saya. Selalu awak tak macam ni. Awak layan je saya berbual. Okeh. Saya minta maaf ye. Saya janji tak buat lagi". Ilham Iskandar yang sedang memandu tiba-tiba meraih tangan Alia Farhana dan menggenggamnya erat. Alia Farhana terkejut dengan tindakan lelaki itu spontan menarik tangannya. Tetapi genggaman kemas lelaki disebelahnya itu sukar untuk dia meleraikannya. Nak tak nak dia terpaksa akur dengan pegangan tangan Ilham Iskandar itu.

Alia Farhana memandang Ilham Iskandar. Tiada tanda-tanda lelaki itu mahu melepaskan tangannya. Rasa berdosa menyelinap di segenap hati.

"Encik Ilham. Tangan saya. Lepaskan".

"Saya tak mahu selagi awak tak maafkan saya". Genggaman tangannya semakin dikemaskan. Dibawanya tangan gadis itu ke atas pehanya.

"Okeh.. Okeh. Saya maafkan Encik Ilham. Saya tak amik hati dan tak simpan dalam hati pun. Encik Ilham jangan risau okeh. Sekarang tolong lepaskan tangan saya".

"Kalau saya tak nak lepas? Awak nak buat apa?".

"Encik Ilham janganlah buat saya macam ni. Tolonglah. Lepaskanlah tangan saya ni". Alia Farhana cuba merayu kepada Ilham Iskandar. Dia tahu walaupun seperti tiada tanda lelaki itu mahu lepaskannya. Sekurang-kurangnya dia mencuba. 'Aduiii kuat betul dia ni genggam tangan aku'. Alia Farhana mengeluh di dalam hati sambil berusaha menarik keluar tangannya.

"Apa salahnya saya pegang tangan awak ni kan? Lagipun bukannya saya genggam kuat-kuat. Ye kan sayang?". Ilham Iskandar tersenyum memandang gadis di sebelahnya itu. Ternyata gadis itu tidak selesa diperlakukan seperti itu. Dia tersenyum lagi. Saja mahu menyakat gadis bernama Alia Farhana itu.

"Encik Ilham. Please. Tak baik tau buat macam ni. Kita bukannya suami isteri. Mana boleh pegang tangan macam ni".

"Sekarang memanglah bukan suami isteri. Insha allah one day nanti". Gulpp. Telan liur Alia mendengarnya. Berdegup kencang jantungnya. Apakah maksud lelaki ini? 'Oh Encik Ilham yang handsome lagi baik hati. Please jangan buat main dengan kata-kata yang menyentuh perasaan ni. Hati saya tak kuat sayang'. Ehhhhh 'sayang' jugak ke? Hiii... 'Please jangan perasan Alia!'

"Kenapa diam?. So.. Izinkan saya ye pegang tangan sayang sampai ke rumah. Hari ni aje". Ilham Iskandar memandang Alia Farhana dengan senyuman manis. Dia tahu gadis itu keberatan. Dia juga tahu berdosa buat begitu. Tapi.... Entahlah. Ikutkan hatinya ingin saja dia memeluk gadis manis di sebelahnya ini. Nak je bagitahu ummi dan papa tentang perasaannya pada gadis ini. Tapi apakah benar yang dirasakan ini adalah rasa cinta? Atau dia masih berteka-teki dengan perasaannya sendiri?

Alia Farhana tidak dapat berbuat apa-apa. Akhirnya dia terpaksa akur. Menurut saja kehendak lelaki bernama Ilham Iskandar ini.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Alia Farhana tidak banyak bercakap. Sepatah yang ditanya. Sepatah juga yang dijawab. Ilham Iskandar tidak mengambil hati dengan tingkah Alia Farhana itu. Kerana dia tahu semuanya berpunca dari sikapnya juga. Tangan gadis itu masih di dalam genggamannya ketika dia memberhentikan kereta di hadapan rumah gadis itu.

Alia Farhana memandang ke luar tingkap. Hari sudah hampir senja ketika itu. Dia hanya diam walaupun telah sampai di rumahnya.

"Sayang". Ilham Iskandar memanggil Alia Farhana sambil mengusap lembut tangan gadis itu. Alia Farhana menoleh. Wajahnya masam mencuka. Tahu benar dia yang gadis itu marahkannya.

"Rumah saya dah sampai ni Encik Ilham. Boleh tolong lepaskan tangan saya? Atau Encik Ilham nak saya potong tangan saya ni dan Encik Ilham boleh bawak ke mana aje tangan saya ni". Meletus ketawa Ilham Iskandar apabila mendengar kata-kata Alia Farhana itu.

Spontan Alia Farhana menepuk lengan Ilham Iskandar tatkala melihat lelaki itu ketawa.

"Daripada saya bawak tangan awak balik... Lebih baik saya bawak awak balik. Ada jugak faedahnya. Dah kalau tangan aje apa yang bestnya". Ilham Iskandar menyambung ketawanya. Wajah Alia Farhana bertambah mencuka. Diberikan jelingan tajam kepada lelaki yang masih menggenggam erat tangannya.

Ilham Iskandar menghembuskan nafasnya perlahan. Sambil dia menggenggam tangan Alia Farhana, dia mengusap lembut tangan itu dengan penuh rasa kasih. Alia Farhana hanya memandang perlakuannya.

Tiba-tiba dia membawa tangan gadis itu ke bibirnya. Dikucup tangan Alia Farhana dengan pelbagai rasa di dada. Lama. Tergamam dibuatnya. Kelu lidah tak terkata saat diperlakukan ketika itu. Kemudian dia memandang gadis polos di hadapannya.

"Sayang. Saya tahu awak marah dan terasa hati dengan apa yang saya dah buat sepanjang hari ni. Saya minta maaf ye. Terima kasih untuk hari ini. Nanti ada masa kita jumpa lagi". Selesai berkata-kata, Ilham Iskandar meletakkan tangan Alia Farhana di ribaan gadis itu. Ternyata Alia Farhana kehilangan kata-kata. Dia tidak tahu ayat apa yang perlu dia cakap sebagai membalas kata-kata lelaki di hadapannya itu.

"Eh. Lama dah ni kita duk macam ni aje. Apa pulak orang cakap nanti tak keluar-keluar kereta kita ni. Dah. Jom saya tolong angkat kotak awak". Ilham Iskandar segera membuka pintu dan bergegas membukakan pintu Alia Farhana. Kemudian dia membuka pula pintu tempat duduk belakang dan mengambil kotak berisi barangan Alia Farhana. Alia Farhana menyambut kotak itu dari tangan Ilham Iskandar.

"Terima kasih, Encik Ilham".

"Sama-sama, Sayang. Saya balik dulu. Assalamualaikum". Ilham Iskandar terus melangkah pergi setelah memberi salam kepada Alia Farhana.

"Waalaikumussalam". Alia Farhana hanya menjawab salam setelah Ilham Iskandar hilang dari pandangan. Dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan pelbagai perasaan. Hati dan akalnya ligat memutar segala kejadian yang dilalui tadi. Sungguh!! Dia keliru. Hatinya tertanya-tanya apakah sebenarnya niat Encik Ilham itu terhadapnya. Kenapa hatinya berdebar-debar sejak akhir-akhir ni? Kenapa bila dia bersama lelaki itu hatinya terasa tidak keruan? Matanya ingin selalu mencari wajah milik lelaki itu. 'Arghh!!! Apa dah jadi ni Alia??'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience