BAB 33

Romance Completed 43587

BAB 33

     Tok! Tok!

     “Assalamualaikum. Ni Cik Alia Farhana ke?.” Alia Farhana yang sedang menaip di komputer berhenti seketika tatkala seseorang memasuki biliknya.

     “Waalaikumussalam. Ya saya. Ada apa ye?.”

     “Happy birthday, Cik Alia. Nah. Ni jambangan bunga dan ini kek untuk Cik Alia.” Alia Farhana terkejut dengan kejutan yang diterima pagi itu.

     “Daripada siapa ni?.” Tanya Alia Farhana lalu mengambil jambangan bunga dan kek dari wanita di hadapannya.

     “Tu ada kadnya.” Alia Farhana membaca kad yang terletak cantik di atas jambangan bunga tersebut. Selepas membacanya dia tersenyum.

     “Dari kekasih hati yang jauh di Australia. Selamat Hari Lahir sekali lagi ye, Cik Alia. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.”

     “Terima kasih.”

     “Okeh Cik Alia. Terima kasih ye. Saya balik dulu. Assalamualaikum.”

     “Sama - sama. Waalaikumussalam.”

     Alia Farhana membelek jambangan bunga ros merah di tangannya. Dia menghidu bunga ros merah hidup itu. Wangi! Dia tersenyum meleret. Baru saja dia mahu membuka kotak berisi kek yang diterimanya itu, tiba - tiba telefon bimbitnya berdering. Tanpa melihat nama si pemanggil, Alia Farhana terus menjawabnya.

     “Hello. Assalamualaikum.”

     “Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to my sweetheart. Happy birthday to Sayang!.”

     “Abang!.” Membulat mata Alia Farhana apabila mendengar suara yang amat dirinduinya di corong telefon. Bibirnya menguntum senyum.

     “Iye Sayang. Selamat hari lahir. Sorry Abang lambat wish. Abang busy sangat.”

     “Tak apa Abang. Asal Abang tak lupa pada saya terus dahlah.”

     “Apalah Sayang ni. Mana mungkin Abang lupakan cinta hati Abang ni. Setiap saat Abang ingat tau.”

     “Terima kasih, Abang.”

     “Ye, Sayang. Sama - sama.”

     “Abang. Terima kasih tau jambangan bunga dan kek ni. Terkejut saya tadi.”

     “Sama - sama, Sayang. Hadiah nanti tau. Tunggu Abang balik nanti Abang bagi hadiah spesial untuk Sayang.”

     “Tak ada hadiah pun tak apalah Abang. Abang ada depan mata saya ni pun dah cukup.”

     “Hmm... Cukup ada Abang aje ea? Okeh. Nanti Abang bagi ‘Abang’ pada Sayang ea. Sayang boleh buat apa aje Sayang nak.”

     “Okeh... Saya nak buat apa ek kat Abang. Sebab hadiah ni spesial sangat kan. Hmm... Nak buat apa ye?.” Alia Farhana buat - buat sedang berfikir.

     “Hah Sayang nak buat apa?.” Soal Ilham Iskandar.

     “Hmm... Saya nak bawak Abang ke mana aje saya pergi. Boleh?.”

     “Itu aje?. Kalau Abang nak request boleh tak?.”

     “Abang nak request apa tu?.”

     “Abang nak kiss Sayang. Macam hari tu. Boleh tak Sayang?.”

     “Boleh. Tapi kita kena nikah dululah. Lepas tu Abang nak buat apa aje kat saya... Abang buatlah.”

     “Okeh. Insha Allah Abang balik nanti kita kahwin. Tak payah tunang - tunang. Kita nikah je terus. Tak sabar nak bagitahu ummi dengan abah. Tentu dia orang gembira.”

     “Agak - agak berapa lama lagi Abang kat sana?.”

     “Tak tahulah Sayang Abang nak cakap. Banyak hal kat sini. Tapi Abang janji... Settle aje semua Abang terus balik sana, okeh. Abang dah rindu gila kat Sayang. Sayang rindu Abang tak?.”

     “Of course rindu. Daripada Abang pergi baru hari ni Abang dapat call... Bayangkan berapa lama saya kena pendam rasa rindu tu? Nasib baik tak sewel tau. Masih lagi boleh datang office ni.”

     “Amboiii rindu betul sayang Abang ni. Abang minta maaf tau sebab tak sempat nak call, whatapps Sayang. Ni pun Abang curi - curi.”

     “Tak apalah Abang. Saya faham Abang sibuk. Abang siapkanlah kerja Abang tu cepat - cepat. Boleh balik Malaysia cepat. Tak dalah nanti kena tanggung rindu macam ni lama - lama kan.”

     “Insha Allah Sayang. Abang akan cuba siapkan kerja Abang ni cepat - cepat, okeh. Hmm... Sayang kerja kat sana okey tak?.”

     “Okey je Abang. So far so good.”

     “Macam mana yang gantikan Abang tu? Okey tak kerja dengan dia?.”

     “Kalau tak okey pun, kenalah okeykan jugak kan. Dah kerja. Tak boleh nak elak.”

     “Aii. Lain macam aje bunyinya. Siapa ye yang gantikan Abang tu? Lupa pulak Abang.”

     Gulp! Alia Farhana menelan liur. Patutkah dia memberitahu Ilham Iskandar bahawa Harris Hakimi yang telah menggantikan tempatnya.

     Tok! Tok! Alia Farhana menoleh ke arah pintu. Kelihatan Harris Hakimi sedang berdiri di muka pintu.

     “Hmm... Abang. Saya ada kerja ni. Nanti bila - bila Abang ada masa Abang telefon lagi tau. Saya tunggu.” Alia Farhana memperlahankan suaranya. Harris Hakimi pula sedang merenungnya. Dia jadi tidak selesa diperhatikan sebegitu rupa.

     “Okey Sayang insha Allah. Sayang buatlah kerja Sayang tu dulu. Ada masa nanti Abang call lagi. I love Sayang.”

     “Ye Abang. Nanti call lagi tau.”

     “I love you.”

     “Iye.”

     “Tak balas pun. I love you, Sayang.”

     “Love you too, Abang.”

     “Muaah, Sayang”

     “Yelah Abang.”

     “Balaslah kiss Abang tu. Muuaaahhhh!!.”

     “Muaahh!!.”

     “Bye Sayang. Assalamualaikum.”

     “Waalaikumussalam. Bye Abang.”

     Klik! Telefon dimatikan.

     “Abang Is ke yang call tu?.” Soal Harris Hakimi.

     “Ye, Encik Harris. Ada apa - apa yang boleh saya bantu ke?.”

     “Abang Is kan yang call Sayang tu?.”

     “A'ah. Dia yang call. Ada apa Encik Harris datang bilik saya ni? Ada apa - apa kerja ke?.”

     “Owh okey. Kalau macam tu saya keluar dululah.”

     Harris Hakimi terus berlalu pergi meninggalkan Alia Farhana yang tertanya - tanya akan kehadirannya di biliknya itu.

     Tengah hari itu, seperti biasa Alia Farhana akan keluar rehat bersama Harris Hakimi. Namun lelaki itu tidak kelihatan seperti selalu tingkah lakunya. Harris Hakimi banyak mendiamkan diri dan hanya bercakap apabila perlu sahaja. Alia Farhana jadi kebingungan dengan perubahan perangai Harris Hakimi itu. Mungkinkah dia ada berbuat salah pada lelaki itu? Dia tidak pasti.

     Walaupun Harris Hakimi berkelakuan aneh terhadap dirinya, namun lelaki itu masih mahu menghantarnya pulang ke rumah setelah tamat waktu bekerja. Pada mulanya Alia Farhana sudah berkira - kira mahu menaiki grab sahaja untuk pulang ke rumah. Tetapi lelaki itu awal - awal lagi sudah menunggunya di muka pintu bilik pejabatnya.

     Di dalam kereta, mereka tidak banyak bercakap. Alia Farhana jadi janggal untuk berbual - bual dengan Harris Hakimi. Namun dia tidak suka terus - menerus dalam keadaan seperti itu. Dia jadi kekok dan tidak selesa selagi dia tidak tahu apa punca sebenar perubahan tingkah laku Harris Hakimi itu. Dengan hati - hati dia bersuara perlahan melahirkan rasa hatinya kepada lelaki itu.

     “Err... Harris. Awak kenapa? Dari tengah hari tadi lagi saya tengok awak tak banyak cakap. Muka awak masam... Awak tak ceria macam selalu. Awak ada masalah ke? Hmm... Atau saya ada buat salah pada awak? Kalau saya ada buat apa - apa salah pada awak... Saya minta maaf ye. Mungkin saya tak perasan.”

     Panjang lebar Alia Farhana meluahkan perasaan hatinya tetapi Harris Hakimi tetap mendiamkan diri.

     “Harris. Janganlah diam macam ni. Kalau ada yang tak kena, awak bagitahulah saya. Tak seronoklah awak diam macam ni.”

     Harris Hakimi masih juga diam tidak bersuara. Tiba - tiba dia memberhentikan kereta di tepi jalan. Alia Farhana menoleh sekilas ke arah lelaki di sebelahnya. Wajahnya masih masam mencuka.

     “Saya cemburu Sayang bercakap dengan Abang Is. Saya tak boleh nak kontrol. Saya tahu Sayang takkan jadi milik saya. Tapi sampai saat ni saya masih mengharap kalau saya ada walau sedikit peluang untuk menjadi pilihan hati awak, Alia. Walaupun saya tahu itu tak mungkin terjadi.”

     Gulp! Alia Farhana menelan liur. Terasa perit kerongkongnya. Dia memandang wajah Harris Hakimi yang sedang merenungnya sedari tadi. Sebelum membalas kata - kata lelaki itu, Alia Farhana menarik nafas sedalamnya agar tenang sedikit hatinya.

     “Harris. Saya minta maaf kalau hal itu membuatkan awak cemburu. Awak sendiri pun tahu hakikat bahawa saya tidak cintakan awak lagi. Saya dan Abang Ilham akan berkahwin tak lama lagi, Harris. Kita tak mungkin dapat bersama. Saya harap sangat awak dapat terima kenyataan ni. Bukan niat saya nak buat hati awak cemburu atau apa pun. Awak seorang lelaki yang baik. Saya percaya awak akan berjumpa dengan perempuan lain yang jauh lebih baik dari saya.”

     “Tapi saya tetap mahukan Sayang. Bertahun saya mencari Sayang. Dan bila dah jumpa... Takkan saya nak lepaskan Sayang macam tu aje? Lepaskan pada abang sendiri pulak tu.”

     “Awak tak boleh macam ni, Harris. Tolonglah redha dan terima dengan hati yang terbuka. Kita sememangnya tiada jodoh. Tolonglah lepaskan saya dari hati awak tu. Kalau awak berterusan macam ni, hati awak takkan tenang. Dan saya tak nak disebabkan saya awak dan Abang Ilham bermusuhan. Kalau sampai itu terjadi, saya takkan pilih kedua - duanya biar semua puas hati.”

     Harris Hakimi memandang wajah manis milik gadis yang dicintai. Dia kehilangan kata - kata untuk membalas percakapan Alia Farhana itu. Jika dia tetap berkeras dengan keinginan hatinya, dia dan abangnya tentu akan bergaduh besar dan Alia Farhana tidak akan memilih antara mereka berdua. Jadi, apa yang perlu dia lakukan? Mahu teruskan niat hati ataupun mengalah sahaja dengan abangnya? `Arghhh!!’ Dia buntu.

     “Harris. Bukan ke awak dah janji yang awak takkan paksa saya untuk cintakan awak? Saya sayangkan Abang Ilham. Please. Jangan buat saya macam ni. Kalau awak berterusan macam ni, hati awak yang akan terluka.”

     Harris Hakimi masih tidak menjawab. Dia tidak tahu apakah yang harus dia katakan. Mengalah? Teruskan? ‘Ya Allah Ya Tuhanku. Bantulah hambaMu ini dalam mencari jalan yang benar. Kalau dia jodohku, permudahkanlah. Dan kalau dia bukan jodoh untukku, kau redhakanlah hati ini menerima takdir yang telah Kau tetapkan.’

     Selepas menghantar pulang Alia Farhana, Harris Hakimi tidak terus pulang ke rumahnya. Dia ke atas bukit tempat kesukaannya bersama Alia Farhana dahulu. Dia melemparkan pandangan melihat suasana senja. Hatinya sedikit tenang dengan melihat luasnya alam ciptaan tuhan. Fikirannya menerawang jauh mengingati segala kenangannya bersama Alia Farhana. Dia menghembus berat nafasnya.

     “Kenapa Abang Is? Aku tak nak ada jurang antara kami adik - beradik. Dia aje abang yang aku ada. Aku tak nak susahkan hati ummi dan abah. Tapi aku sayangkan dia. Menyesal aku abaikan dia dulu. Kalaulah dapat putar semula masa... Aku akan sayang dan cinta dia sepenuh hati aku ni. Tentu kami dah bahagia sekarang. Ya Allah. Hanya Kau saja yang tahu apa yang terbaik buat kami. Permudahkanlah urusan kami ini Ya Allah. Kalau boleh aku tak nak ada hati yang terguris.”

     Lewat senja baru Harris Hakimi bergerak pulang ke rumahnya. Selepas membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu Maghrib, dia mengaji al-Quran sementara menunggu masuk waktu Isyak. Sedang dia tekun membaca ayat suci al-Quran, tiba - tiba telefon bimbitnya berdering. Pada mulanya dia hanya membiarkan sahaja telefon bimbitnya itu. Namun berkali - kali pula si pemanggilnya menelefon. Dia menamatkan bacaannya lalu mencapai telefonnya yang berada di atas katil. Dia melihat skrin telefon. Bibirnya menguntum sedikit senyuman. Tidak pernah Alia Farhana menelefonnya. Kebiasaannya dia saja yang akan telefon gadis itu. Dia mendail nombor telefon yang telah di simpannya sebagai ‘Sayang’ di buku telefonnya. Beberapa saat saja berdering sudah dijawab panggilannya itu.

     “Hello, assalamualaikum.”

     “Waalaikumussalam.”

     “Sayang call banyak kali tadi ada apa?.”

     “Awak tengah buat apa tadi saya call tak berjawab?”

     “Saya dalam bilik air tadi. Ada apa Sayang call saya ni?.”

     “Err... Tak ada apa. Saya cuma nak tanya. Hah... Awak okey ke, Harris?.” Soalnya teragak - agak.

     “Saya okey jelah Sayang. Sayang janganlah risau ye. Sayang dah makan belum tu? Maaf tau sebab kita tak makan dulu sebelum balik tadi.”

     “Eh tak apalah. Saya tak kisah pun.”

     “Habis tu Sayang dah makan belum ni?.”

     “Belum lagi.”

     “Okeh. Saya pun belum makan lagi ni. Ingat jap lagi saya nak keluar makan. Malas pulak nak memasak. Jom makan dengan saya, Sayang.”

     “Hmm... Tapi jangan balik lewat ye. Saya rasa penat hari ni.”

     “Oh ye ke? Kalau Sayang penat tak apalah. Lain kali aje. Sayang rehat aje kat rumah. Tidur awal.”

     “Eh tak apalah awak. Kita makan lepas tu balik, okeh.”

     “Kalau macam tu saya solat Isyak jap. Lagi setengah jam saya sampai.”

     “Okeh. Kita jumpa kejap lagi. Assalamualaikum.”

     Setengah jam kemudian, Harris Hakimi sampai di hadapan rumah Alia Farhana. Gadis itu dilihatnya sangat manis walaupun hanya berseluar jeans dan berblaus bunga kecil. Dipadankan pula dengan tudung bawal mengikut warna bunga. Cantik sungguh!

     “Hai. Assalamualaikum.”

     “Waalaikumussalam.” Jawab Harris Hakimi sambil tersenyum.

     “Cantik Sayang malam ni.”

     “Terima kasih. Awak setiap hari pun puji saya cantik. Saya bersiap - siap gini memanglah. Belum tengok lagi saya bangun tidur. Dah macam hantu Kak Limah.”

     Meletus tawa Harris Hakimi mendengarnya.

     “Apalah Sayang ni. Hantu Kak Limah pulak. Hantu Kak Limah tu kalau jumpa Sayang confirm dia jealous tau dengan Sayang. Silap hari bulan dia tanya Sayang macam mana nak Ootd.”

     “Merepeklah awak ni, Harris. Dia datang dalam mimpi baru tahu. Seru - seru nama dia. Kang dia sangka awak nak ajak dia kahwin pulak. Hah! Baru padan muka awak.”

     Sekali lagi meledak tawa mereka berdua. Terasa senang dan bahagia apabila Alia Farhana melayannya mesra. Sudah tidak seperti baru - baru berjumpa dulu. Garang, masam muka... Percakapannya pun kasar dan perlakuannya amat dingin sekali. Mungkin gadis itu sudah boleh mula menerimanya. Alhamdulillah.

     Malam itu mereka makan malam di restoran berdekatan rumah Alia Farhana saja. Memandangkan gadis itu agak keletihan, mereka hanya makan sahaja kemudian pulang. Walaupun hati Harris Hakimi tidak puas bersama, namun dia mengerti akan kondisi gadis itu.

     Selepas satu jam meluangkan masa bersama, Harris Hakimi menghantar pulang Alia Farhana ke rumah. Kelihatan wajah gadis itu memang agak keletihan. Jatuh kasihan pula dia melihatnya.

     “Okey Sayang. Dah sampai. Jumpa esok.”

     “Okey. Jumpa esok.” Balas Alia Farhana dengan senyuman.

     “Terima kasih untuk malam ni.” Harris Hakimi menghulurkan tangannya seperti biasa.

     “Ye. Sama - sama.” Alia Farhana menyambut huluran tangan Harris Hakimi itu.

     “Assalamualaikum.”

     “Waalaikumussalam.” Selepas menjawab salam, Alia Farhana turun dari kereta dan memasuki rumahnya. Selepas dia masuk barulah Harris Hakimi beredar pergi. Begitulah kebiasaannya. Lelaki itu akan pastikan dia masuk ke dalam rumah dengan selamat dahulu barulah dia akan bergerak pergi. Kadangkala dia merasa kasihan dengan Harris Hakimi kerana terlalu mengambil berat akan dirinya. Sedangkan hubungan mereka hanyalah sekadar teman sahaja.

     Dia hanya berserah kepada Allah swt sahaja dengan siapa jodohnya nanti dan berharap ia tidak akan mengundang perbalahan antara mereka semua. Walaupun jauh di sudut hatinya dia sangat takut dan runsing dengan semua yang bakal dilaluinya nanti. Semoga Tuhan mempermudahkan segalanya. Aamin!!

     

 

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience