BAB 19

Romance Completed 43587

BAB 19

Syukur alhamdulillah Alia Farhana dan Faris telah selamat sampai di Langkawi pada jam 1 petang tadi. Selepas check-in, masing – masing hanya duduk berehat di dalam bilik sahaja. Cadangnya petang nanti saja mahu keluar untuk makan malam.

Selepas siap mandi dan bersolat, Alia Farhana berbaring malas di atas katil sambil melayari Fac di telefon bimbitnya. Tiba – tiba pintu biliknya diketuk dari luar.

Tok. Tok. Tok.

Alia Farhana bangun mendekati pintu. Dia melihat dari lubang di pintu tersebut untuk melihat siapakah yang datang. Namun dia tidak dapat melihat wajah orang yang berada di luar kerana orang tersebut berpaling ke belakang.

“Apa pulak naknya Encik Faris ni? Baru pukul 3. Kata nak keluar pukul 5.” Alia Farhana menggumam sendiri sebelum membuka pintu. Dia mencapai tudung yang dipakai tadi dan menyarungnya di kepala. Dia membuka pintu biliknya perlahan.

“Ya Encik Fa…”

“Sayang!!! Surprise!!!.”

“En…cik Il…ham.” Melopong mulutnya melihat susuk tubuh lelaki di hadapannya ketika itu. Dia menutup mulutnya dengan tangan. Dia masih tidak percaya apa yang dilihatnya. Apa pula yang Ilham Iskandar buat di Langkawi ini?

“Hey, Sayang. Sayang tak mimpilah. Betul saya kat depan mata Sayang sekarang ni.” Ilham Iskandar mengusap lembut pipi milik Alia Farhana. Diraihnya tangan gadis itu dan dielus perlahan.

‘Ya. Betul aku tak bermimpi. Apa yang dia ni buat kat sini?.’ Alia Farhana berkata – kata di dalam hati.

“Apa Encik Ilham buat kat sini? Ada kerja kat Langkawi ni ke? Kenapa tak bagitahu saya Encik Ilham nak datang sini?.” Bertubi – tubi soalan keluar dari mulut mungil Alia Farhana. Dia seakan tidak percaya Ilham Iskandar juga berada di Langkawi.

Meletus tawa Ilham Iskandar apabila melihat cara Alia Farhana menyoalnya. Kelam kabut sungguh.

“Saja nak surprise Sayang. Takut rindu tak jumpa Sayang nanti. Sayang terkejut tak?.” Apa punya soalan daa… Mestilah Alia Farhana tu terkejut beruk bila tiba – tiba kau terjengul depan pintu bilik dia. Nasib tak pengsan.

“Encik Ilham ni sejak bila pandai buat kejutan ni? Belajar dari mana ni?.”

“Sejak kenal dengan Sayanglah. Suka tengok muka Sayang terperanjat macam tu. Comel!.” Ilham Iskandar tersengih memandang gadis di depannya.

“Yelah tu. Jantung saya ni macam nak gugur tahu tak. Cubit baru tau.” Alia Farhana sudah memberikan jelingan tajam pada Ilham Iskandar. Saja mahu mengusik. Hakikatnya dia gembira bila lelaki itu sanggup datang jauh – jauh semata – mata mahu membuat kejutan untuknya.

“Sayang. Jom kita pergi makan. Saya laparlah. Dari tengah hari lagi tak makan.”

“Kenapa tak makan dulu tadi? Masuk angin perut tu kalau lambat makan. Hai Encik Ilham ni. Suka tau macam tu. Tunggulah kejap saya bersiap.” Alia Farhana sudah menggeleng kepala apabila mengetahui yang Ilham Iskandar masih belum menjamah makanan. Secepat mungkin dia bersiap. Dia hanya berpakaian ringkas sahaja. Dia tidak mahu Ilham Iskandar menunggu lama.

Selepas mengunci pintu bilik, mereka berjalan menuju ke lobi hotel. Ilham Iskandar mengajak Alia Farhana makan diluar hotel. Katanya saja mahu menikmati suasana Pulau Langkawi. Selebihnya dia sebenarnya mahu berdua – duaan dengan gadis pujaannya itu.

Ilham Iskandar telah menyewa kereta dengan pihak hotel bagi memudahkannya bergerak. Mereka menaiki kereta Honda Vios yang di sewa untuk pergi makan dan bersiar – siar.

“Encik Ilham. Sebenarnya Encik Ilham ada urusan kerja ke kat Langkawi ni? Urusan urgent?.” Alia Farhana menyoal Ilham Iskandar tatkala mereka memasuki kereta.

“Taklah. Tak ada apa – apa urusan kerja pun kat sini. Sebenarnya saya saja je datang Langkawi ni sebab nak teman Sayang buat kerja. Risau Sayang sendiri kat tempat orang ni.”

“Laaa… Bukannya saya sorang – sorang kat sini. Kan Encik Faris ada sekali. Insha Allah tak ada apa – apalah Encik Ilham. Tak payahlah risau sangat.”

“Hah. Sayang dengan Si Faris tulah buatkan saya bertambah risau tahu tak. Berdua dengan dia macam – macam boleh jadi.”

“Astaghfirullah al-azim Encik Ilham ni. Apa ke jauh sangat fikir tu? Janganlah fikir yang bukan – bukan. Saya merajuk lagi karang.”

“Okey. Okey. Sorry Sayang. Sejujurnya saya betul – betul risau Sayang berdua dengan dia kat sini. Itu yang saya terus ke sini tu. Nasib baiklah tiket ada. Kalau tak… Sanggup saya drive dari KL ke Langkawi ni.”

“Mak aii Encik Ilham. Biar betul sanggup drive jauh – jauh ni? Buat penat badan je. Kan lagi elok kalau Encik Ilham duduk kat office tu siapkan kerja yang banyak tu daripada buang masa ke sini. Nanti balik KL makin menimbunlah kerja tu.” Bebel Alia Farhana.

“Alah kerja tu bila – bila boleh buat. Sayang tak payah risaulah. Yang penting sekarang ni saya dapat jumpa Sayang. Dapat usik Sayang. Dating dengan Sayang.”

“Yelah Encik Ilham. Nanti jangan mengeluh penat sudahlah.”

“Selama Sayang kerja dengan saya, Sayang pernah dengar tak saya mengeluh penat? Tak pernah kan? Kerja kat office tu takkan pernah habis. Sentiasa ada kerja. Lepas siap satu kerja, dua kerja lagi sampai. Dah. Sayang tak payah pening – pening dengan kerja saya tu, okeh.”

“Baiklah Encik Ilham. Ikut Encik Ilhamlah. Asal Encik Ilham gembira sudahlah. Ni kita nak ke mana ni?.”

“Saya nak bawak Sayang makan Laksa Ikan Sekoq. Sayang tak pernah try lagi kan?.”

“A’ah tak pernah makan lagi Encik Ilham. Tapi pernah dengarlah pasal laksa tu.”

“Okeh. Kalau macam tu Sayang kena try. Kalau dah sampai Langkawi ni mesti kena makan laksa tu. Dulu saya lupa nak ajak Sayang makan situ.”

“Yelah kan. Masa tu pun kita tak rancang nak jalan – jalan, kan. Tu pun sebab selesai awal. Kalau tak memang tak berjalan jugak. Apa pun terima kasih tau Encik Ilham sebab sudi bawak saya round Langkawi ni.”

“Ye Sayang. Welcome.” Ilham Iskandar mengenyitkan matanya dan tersenyum.

Beberapa minit perjalanan, mereka pun tiba di gerai Laksa Ikan Sekoq. Gerai yang terletak betul – betul di pinggir pantai sangat menyamankan dengan tiupan angin yang menderu. Setelah memesan makanan, mereka memilih meja yang terletak di bahagian tepi pantai.

“Macam mana Sayang? Sedap tak?.” Tanya Ilham Iskandar setelah Alia Farhana merasa laksa yang dipesan.

“Hmm… Not bad lah Encik Ilham. Boleh tahan juga sedapnya.” Balas Alia Farhana. Ilham Iskandar tersenyum. Dia berasa lega apabila Alia Farhana menyukai laksa yang dia rekemen.

Mereka menikmati makanan sambil berbual – bual. Setelah selesai makan, mereka bergerak pulang ke hotel. Pada mulanya Ilham Iskandar mahu mengajak Alia Farhana bersiar – siar dahulu tetapi gadis itu menolak kerana mahu berehat. Esok dia perlu menghadiri mesyuarat penting syarikatnya dan dia tidak mahu kelihatan tidak cukup rehat.

Setelah kereta di parkir, mereka jalan beriringan menuju ke bilik. Tidak sangka pula rupanya bilik Ilham Iskandar bersebelahan dengan bilik Alia Farhana.

“Okeylah Encik Ilham. Saya masuk bilik dulu ye. Nanti kita jumpa lagi.”

“Okey Sayang. Sayang rehat tau. Kalau nak apa – apa call saya. On the spot saya datang nanti.”

“Amboi. Tahulah bilik sebelah aje. Macam mana boleh dapat bilik sebelah saya ni?.”

“Tulah Sayang tak tahu. Saya paksa staf dia orang bagi bilik sebelah Sayang ni. Nasib baik kosong. Kalau ada orang memang saya suruh dia orang keluar.”  

“Wah sampai macam tu sekali ye. Okeylah Encik Ilham. Saya pun dah letih sangat ni. badan pun dah berlengas. Nak masuk mandi nak rehat. Nanti kita jumpa lagi.”

“Alright Sayang. Take care. Sayang masuklah dulu.” Alia Farhana membuka pintu dan masuk ke dalam biliknya.

“Jumpa nanti tau, Sayang.”

“Ye, Encik Ilham. Dahlah. Encik Ilham pergilah bilik Encik Ilham. Saya nak tutup pintu ni.”

“Tapi rindu Sayang lagi. Tak puas keluar dengan Sayang.”

“Ada – ada jelah Encik Ilham ni. Nanti kita jumpalah lagi. Dahlah Encik Ilham. Saya tutup pintu dulu ye.”

“Jap Sayang.” Ilham Iskandar menghampiri Alia Farhana yang berada di muka pintu biliknya.

“Kenapa Encik Ilham?.”

Satu ciuman hinggap di pipi kanan Alia Farhana. Gadis itu tergamam. Kelu lidahnya hendak berkata – kata. Dia jadi malu bila Ilham Iskandar mencium pipinya.

“Thanks.” Ucap Ilham Iskandar sambil tersenyum.

“Jumpa nanti tau. Saya pergi dulu. Bye Sayang.”

Ilham Iskandar berjalan pergi menuju ke biliknya. Alia Farhana menutup perlahan pintu biliknya. Dia bersandar di pintu sambil memegang pipi kanannya. Dadanya berdegup kencang. Terasa seperti mahu terkeluar jantungnya. Sungguh! Inilah kali pertama seorang lelaki yang bukan mahramnya mencium pipinya. Pada saat itu dia keliru sama ada mahu tersenyum atau pun mahu marah pada Ilham Iskandar kerana berani menciumnya. Dia tidak tahu niat sebenar lelaki itu. Dia tidak pasti perasaan sebenar lelaki itu terhadap dirinya. Ilham Iskandar tidak pernah meluahkan perasaannya itu. Dia takut jika hatinya dipermainkan.

Sementara di bilik Ilham Iskandar, lelaki itu sendiri tidak menyangka yang dia boleh mencium pipi Alia Farhana secara spontan. Dia memang tidak merancang mahu mencium pipi gadis itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Ilham Iskandar tersenyum bila teringatkan wajah memerah Alia Farhana selepas dia mencium pipi gadis itu. Tentu dia merasa malu.

Jantungnya masih berdegup laju bila terbayangkan tindakan beraninya tadi. Adakah Alia Farhana akan memarahinya? Dia tidak peduli. Sejujurnya ketika bersama Hana dahulu, dia tidak pernah sekali pun mencium wajah gadis itu. Malah hanya Hana yang selalu bertindak bermanja – manja dengannya. Pada masa itu dia tiada rasa pun mahu membalas perlakuan Hana itu. Entahlah. Dia juga keliru mengapa dia boleh bertindak seberani tadi pada Alia Farhana. ‘Argh!!! Kenapa dengan aku ni??.’

Alia Farhana berjalan perlahan menghampiri katilnya. Diletakkan beg tangannya di atas meja di sisi katil. Tiba – tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk. Alia Farhana mengambil telefonnya dan melihat siapakah yang telah mengirimkannya mesej.

“Alia. Awak ke mana saya call tak berjawab? Kata nak makan sama?.” Ya Allah. Encik Faris! Macam manalah dia boleh terlupa akan lelaki itu. Apa yang mahu dia jawab? Takkan mahu berterus terang yang dia keluar bersama Encik Ilham Iskandar tadi. Mesti Encik Faris akan fikir lain.

“Ya Allah, Encik Faris. Saya tertidur tadi. Tak sedar call Encik Faris. Maaf ye.”

“Oh tertidur. Saya ingatkan awak ke mana tadi. Risau saya tau. So now… Jom kita pergi makan. Saya dah siap dah ni.” Alamak!! Encik Faris ajak makan pulak. Sumpah! Perutnya masih penuh makan laksa tadi. Hmm… Macam mana ye? Kasihan pulak kalau dia makan sendirian. Tentu nanti Encik Faris pelik kalau dia tidak mahu makan.

“Okey. Encik Faris tunggu sekejap saya siap.” Akhirnya dia terpaksa pergi juga demi mahu menjaga hati pengurusnya itu.

Beberapa minit kemudian, mereka sudahpun tiba di restoran hotel. Sementara makanan yang dipesan sampai, mereka hanya berbual – bual kosong.

“Terima kasih.” Ucap Faris kepada waiter yang menghantar makanan mereka.

“Macam mana esok? Dah ready semuanya kan?.”

“Dah, Encik Faris. Don’t worry.”

“Alright. Lega saya dengar. Harap esok semuanya berjalan lancar.”

“Aamin. Insha Allah. Semoga dipermudahkan urusan kita esok.” Balas Alia Farhana.

Jam sudah pukul 7.30 malam ketika mereka selesai makan. Mereka berjalan menuju ke lift untuk ke bilik mereka di tingkat tiga.

Beberapa minit menunggu, pintu lift pun terbuka. Mereka masuk dan Faris menekan butang untuk menutup pintu lift. Tiba – tiba pintu lift di tahan dari luar. Pintu lift terbuka semula dan orang yang berada diluar tadi memasuki lift tersebut.

“Thanks.” Ucap lelaki yang baru masuk ke dalam lift itu.

“Welcome.” Jawab Faris sambil memberikan senyuman kepada lelaki tersebut.

“Eh, you ni Alia, kan?.” Tiba – tiba lelaki tadi menyapa Alia Farhana.

Alia Farhana mengerutkan dahi. Berfikir di manakah dia pernah berjumpa lelaki ini. Tak lama kemudian dia tersenyum dan menjawab pertanyaan lelaki di sebelahnya.

“Encik Amir, right?.” Alia Farhana tersenyum memandang Amir.

“You buat apa kat Langkawi ni? Dengan Is kan?.” Errr… Apa nak jawab ni? Memang betul dia bersama Encik Ilham petang tadi. Tapi sekarang ni dia sudah tidak bekerja dengan lelaki itu.

“Taklah. Saya dah tak kerja di Jaya Holding dah. Sekarang ni saya kerja kat Tuah Agensi. Ni pengurus saya, Encik Faris. Encik Faris, ni kawan bekas bos saya dulu, Encik Amir.” Mereka berbalas salaman.

“Oh I see.” Amir hanya mengangguk – anggukkan kepalanya tanda faham.

“Ni Encik Amir buat apa kat sini?.” Tanya Alia Farhana kepada Amir.

Ting! Pintu lift terbuka sebelum sempat Amir menjawab soalan dari Alia Farhana. Mereka keluar di tingkat yang sama.

“Apa lagi kalau bukan Is you yang panggil I datang sini teman dia. Sejak dua menjak ni pelik betul perangai dia. Macam ada sesuatu aje. Ni I nak pergi korek dari dialah ni.”

“Okeylah. Dah sampai pun bilik dia. Eh. Bilik you…?.” Amir bertanya bila dilihatnya Alia Farhana dan Faris menuju ke laluan yang sama dengan bilik Ilham Iskandar.

“Bilik I… Tu.” Jawab Alia Farhana agak gugup. Dia khuatir jika Faris akan bertanyakan soalan cepumas padanya nanti.

Tiba – tiba Amir ketawa. Alia Farhana dan Faris saling berpandangan tanda tidak mengerti.

“Sorry… Sorry. Okeh. Sekarang I dah faham kenapa Is you kelihatan pelik sejak dua menjak ni.” Amir berkata dengan tawanya yang masih bersisa.

“Hmm… Okehlah Encik Amir. Saya masuk bilik dulu. Encik Faris kita jumpa esok pagi ye. Saya masuk dulu.” Bergegas Alia Farhana memasuki biliknya. Kalau lagi lama dia di luar ni… macam – macam perkara boleh terjadi nanti. Macam – macam cerita akan keluar dari mulut Encik Amir tu. Mesti banyak persoalan di kepala Encik Faris tu. Lihat sajalah mukanya tadi. Penuh dengan tanda tanya. Bersedia jelah jika lelaki itu menyoalnya nanti.

 

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience