BAB 26

Romance Completed 43587

BAB 26

     Pagi Ahad itu, selepas bersarapan, Ilham Iskandar dan Alia Farhana segera bertolak ke Kuala Lumpur. Hatinya masih marah dengan kejadian malam semalam. Dia tidak sabar ingin mendengar penjelasan daripada Alia Farhana akan perkara yang berlaku. Matanya terbayang - bayang perlakuan adiknya memegang tangan gadis yang dicinta. Telinganya pula terngiang - ngiang akan kata - kata Harris Hakimi yang mahukan hubungan mereka dijalin semula.

     ‘Pernah kenal ke mereka? Sudah berapa lama mereka kenal? Kenapa mereka rahsiakan? Nak jalin semula hubungan? Mereka pernah bercinta ke?.’ Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran Ilham Iskandar ketika itu. Berserabut kepalanya memikirkan hal yang terjadi malam tadi.

     Harris Hakimi pula langsung tidak menunjukkan mukanya pagi itu. Sebenarnya dia tidak mahu bergaduh lagi dengan abangnya. Setelah Ilham Iskandar dan Alia Farhana pergi barulah dia keluar dari bilik.

     “Hah Kimi. Abang Is baru je bertolak baru jap tadi ni. Kenapa tak turun sarapan sama?.” Tanya umi.

     “Saja.” Jawabnya ringkas sambil menyuap nasi goreng ke mulutnya.

     “Hari ni tak ker.... Astaghfirullah al azim. Kenapa dengan muka tu? Malam tadi Kimi ada keluar rumah ke? Bergaduh dengan siapa ni?.” Terbeliak mata Datin Ruhani apabila terpandangkan wajah anaknya yang lebam di bawah mata. Dibeleknya wajah Harris Hakimi itu.

     “Kimi gaduh dengan siapa ni?.” Uminya sudah menggeleng - gelengkan kepala. Harris Hakimi masih diam membisu.

     “Cuba jawab umi tanya ni. Kimi ada masalah dengan siapa ni sampai bertumbuk macam ni?.” Harris Hakimi masih juga senyap. Beberapa minit kemudian dia bersuara.

     “Umi boleh tolong Kimi tak?.” Pintanya pada umi sambil memegang tangan uminya. Datin Ruhani sudah berkerut dahinya.

     “Tolong apa?.”

     “Pinangkan Alia untuk Kimi.”

     “Sebab ini ke Abang Is tumbuk Kimi? Astaghfirullah al azim.” Tergeleng - geleng kepala Datin Ruhani. Patutlah wajah anaknya Ilham Iskandar tadi muram. Ceria yang dibuat - buat. Rupanya ada hal dengan anaknya yang seorang lagi. Alia Farhana juga nampak tegang di wajahnya seperti tidak gembira.

     “Kimi serius ni umi. Kimi nak kahwin dengan Alia. Tolonglah pinangkan dia.” Rayu Harris Hakimi lagi.

     “Subhanallah... Kimi ni kenapa? Sejak bila Kimi kenal dengan Alia tu? Bukan ke Kimi baru je kenal dengan dia? Abang Is tu. Dia sayangkan Alia tu tau. Dia nak jadikan Alia tu isteri dia. Kimi janganlah macam ni. Umi tak nak korang adik - beradik bergaduh.”

     “Kimi kenal Alia tu dulu daripada Abang Is, umi. Kimi kenal dia masa study kat Uitm dulu. Hubungan kami putus bila Kimi sambung belajar kat London. Kimi dah niat umi. Kimi dah berjanji pada diri Kimi yang Kimi akan cari Alia dan kahwin dengan dia. Sekarang ni Kimi dah berjumpa dengan dia. Takkan Kimi nak lepaskan dia macam tu aje.”

     “Tapi Kimi kena tanya perasaan dia dulu. Betul ke dia masih cintakan Kimi. Kimi tak boleh terus suruh umi pinangkan dia. Nanti masalah lain pulak timbul. Dan umi tak nak anak - anak umi bermusuh kerana perempuan.”

     “Kimi tahu dia masih cintakan Kimi. Kimi boleh rasa umi.”

     “Kalau umi pinangkan dia untuk Kimi. Abang Is macam mana? Boleh jadi gaduh nanti Kimi. Kimi mengalahlah. Umi percaya yang Kimi akan dapat perempuan lain macam Alia tu.”

     “Kimi takkan mengalah umi. Lama Kimi cari Alia. Memang Kimi dah berjanji pada diri Kimi ni yang Kimi akan kahwin dengan dia.”

     “Astaghfirullah al azim. Kimi janganlah macam ni. Bawak mengucap Kimi. Abang Is tu cintakan Alia. Kimi kena terima kenyataan ni. Kimi anggaplah yang Kimi tak ada jodoh dengan Alia tu. Tolonglah jangan bergaduh dengan Abang Is. Tolong jangan buat umi susah hati.”

     “Kimi minta maaf kalau Kimi dah buat umi susah hati. Kimi janji Kimi akan selesaikan hal ni dengan Abang Is baik - baik. Umi jangan risau.”

     “Cuma satu je yang umi minta. Walau apa pun yang terjadi nanti, umi harap Kimi redha dan terima kenyataannya ye. Umi tak nak kamu adik - beradik bergaduh. Tolong ye Kimi.”

     Sungguh dia sudah nekad mahu memperisterikan Alia Farhana suatu hari nanti. Dalam masa yang sama dia tidak mahu bergaduh dengan abangnya dan membuatkan uminya susah hati. Sebolehnya dia akan selesaikan masalah ini dengan sebaik - baiknya. Tetapi seandainya Alia Farhana itu bukan jodoh buatnya, dia akan cuba terima kenyataan itu dan redha atas segala ketentuan dari Ilahi. Walaupun hatinya akan remuk seribu... Apakan dayanya mahu menidakkan takdir Allah S.W.T.

     Ilham Iskandar masih tidak bercakap apa - apa sejak mereka bertolak dari rumah umi tadi. Hatinya masih membara dengan kemarahan disebabkan kejadian semalam. Dia takut jika dia membuka mulut dalam keadaan begitu, dia akan meninggikan suaranya kepada Alia Farhana.

     Tiga puluh minit perjalanan dari rumah umi ke Plaza Tol Utara Selatan menghala ke Kuala Lumpur dimasuki mereka. Ilham Iskandar menekan pedal minyak melebihi had kelajuan yang sepatutnya. Alia Farhana sudah menelan liur. Dadanya berdebar ketakutan. Dia menoleh sekilas ke arah Ilham Iskandar. Wajah lelaki itu begitu tegang dan bengis semacam. Dia sedar lelaki itu masih marahkannya. Hendak melarang tetapi mulutnya pula bagaikan terkunci. Tidak berani dia hendak bersuara. Takut hendak memulakan bicara.

     Dia dapat merasakan kelajuan kereta yang dipandu Ilham Iskandar semakin laju. Tangannya kesejukan kerana ketakutan. Mudah - mudahan tiada apa - apalah yang buruk berlaku. Nauzubillah minzalik!

     Tiba - tiba Ilham Iskandar memperlahankan keretanya dan membelok ke RnR. Alia Farhana merasa lega sedikit. Sekurang - kurangnya nyawanya tidaklah berada di hujung tanduk. Tetapi dia masih risau akan persoalan dan penerimaan lelaki itu nanti setelah mengetahui rahsia antara dirinya bersama Harris Hakimi.

     Ilham Iskandar memberhentikan keretanya di lot parkir yang berada jauh dari kelompok orang ramai. Dia bersandar di kerusinya dengan wajah yang penuh dengan persoalan. Dia memejamkan matanya untuk beberapa ketika. Kemudian dia membuka matanya dan menarik perlahan nafasnya sebelum dia bersuara.

     “Tolong jelaskan pada saya apa hubungan Sayang dengan Kimi.” Ilham Iskandar melontarkan soalan pada Alia Farhana. Dia masih memandang ke hadapan. Sedikit pun dia tidak menoleh pada gadis itu. Suaranya bernada tenang. Namun masih kedengaran ketegasan.

     Alia Farhana menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Dia berdoa agar lelaki di sebelahnya ini boleh menerima segala apa yang akan di beritahu nanti. Dia memandang Ilham Iskandar.

     “Encik Ilham. Saya minta maaf dengan apa yang berlaku. Saya tahu Encik Ilham terkejut dan marah. Saya... Saya dengan Harris kenal masa kami sama - sama belajar di Uitm dulu. Dia senior saya. Masa tu saya 20 tahun. Dia nak berkenalan dengan saya. Mulanya saya tak layan. Tetapi saya nampak dia sangat bersungguh - sungguh. Jadi... Kami pun berkenalan dan kami berkawan. Hari - hari dia mesti tunggu saya habis kelas dan ajak makan sama. Lama kelamaan saya jatuh cinta pada dia. Saya selalu dengar budak - budak kolej bercerita pasal dia yang mengatakan dia seorang kaki perempuan. Tapi saya tak percaya sehinggalah....” Alia Farhana tidak dapat meneruskan ayatnya. Lidahnya kelu untuk menyambung ayat seterusnya. Dia memandang ke luar tingkap.

     “Sehinggalah apa?.” Soal Ilham Iskandar. Dia memandang Alia Farhana dengan pandangan ingin tahu.

     Dengan berat hati, Alia Farhana terpaksa juga bercerita rahsia yang disimpan rapi dalam hatinya selama tiga tahun kepada Ilham Iskandar.

 

Tiga tahun yang lalu...

     “Lia. Petang nanti free tak?.” Soal Harris Hakimi kepada Alia Farhana.

     “Free je. Kenapa awak?.” Soal Alia Farhana kembali.

     “Hari ni birthday saya tau. Saya ada buat party sikit. Jom join.”

     “Oh hari ni birthday awak ke? Kenapa tak bagitahu semalam? Kalau tak boleh saya beli hadiah. Selamat hari lahir, awak.”

     “Alah tak payahlah hadiah - hadiah. Awak join party tu pun dah kira hadiah dah buat saya. Awak datang ea.”

     “Pukul berapa party awak tu? Buat kat mana?.”

     “Dalam pukul 4 petang macam tu. Saya buat kat rumah saya. Nanti saya send awak location. Datang tau. Saya harap sangat awak datang.”

     “Insha Allah. Ramai ke awak jemput?.”

     “Kawan - kawan kuliah je. Buat kecik - kecik aje.”

     “Owh.. Okeylah tu. Nanti awak bagi locationlah. Nanti saya datang.”

     Petang itu, Alia Farhana telah ke rumah Harris Hakimi. Dia sempat membelikan hadiah buat lelaki itu.

     Ting Tong! Loceng pintu rumah apartment itu di tekan beberapa kali. Beberapa minit kemudian Harris Hakimi terjengul di muka pintu.

     “Assalamualaikum. Sorry awak saya lewat. Party dah mula ke?.” Tanya Alia Farhana. Matanya sempat meninjau keadaan di dalam rumah. Namun rumah tersebut sunyi sahaja seperti tiada apa - apa majlis yang akan dirai. Dia berpendapat mungkin orang lain masih belum tiba lagi.

     “Eh Alia. Mehlah masuk.” Alia Farhana melangkah masuk ke dalam rumah setelah di pelawa oleh Harris Hakimi.

     “Duduklah dulu. Saya amikkan awak air.” Alia Farhana menurut sahaja arahan Harris Hakimi itu. Dia duduk di atas sofa di ruang tamu. Dia meletakkan beg kertas berisi hadiah di atas meja. Dia masih tertanya - tanya kenapa masih tiada orang lain yang sudah sampai ke rumah itu padahal masa dia tiba tadi sudah pun pukul 5 petang.

     Alia Farhana melihat sekeliling rumah. Cantik dan kemas sahaja aturan di dalamnya. Dia tidak hairan jika Harris Hakimi tinggal di rumah seperti itu. Dia sedia maklum yang lelaki itu daripada keluarga orang berada.

     “Nah air. Minumlah. Tentu awak letih.” Harris Hakimi menghulurkan segelas air Coke kepada Alia Farhana. Gadis itu ambil dan meminumnya.

     “Mana kawan yang lain? Tak sampai lagi ke? Saya ingatkan saya dah terlewat tadi.”

     “A’ah. Dia orang tak sampai lagi. Kejap lagi sampailah tu.” Harris Hakimi duduk di sebelah Alia Farhana. Dia mengambil remote tv dan menukar siaran. Sempat dia menjeling gelas yang di pegang gadis di sebelahnya. Sudah separuh di minum. Bibirnya menguntum senyum.

     “Awak tak minum sekali?.” Tanya Alia Farhana.

     “Saya dah minum dah tadi.”

     “Owhh...” Alia Farhana hanya bercakap sepatah. Dia memegang kepalanya. Entah kenapa tiba - tiba kepalanya berasa sakit yang teramat sangat. Harris Hakimi mengerling ke arah Alia Farhana.

     “Awak kenapa ni?.”

     “Entahlah. Tiba - tiba kepala ni sakit pulak.” Alia Farhana bersandar di sofa. Matanya dipejam dan tangannya mengurut kepalanya. Harris Hakimi yang duduk di sebelah Alia Farhana turut mengurut kepala gadis itu.

     Harris Hakimi memegang tangan Alia Farhana dan mengurut kepalanya bersama. Beberapa minit kemudian, tangan gadis itu longlai kerana dia telah pun pengsan tidak sedarkan diri.

     Harris Hakimi tersenyum lebar. Dia merenung seraut wajah milik Alia Farhana. Sungguh polos dan lurus gadis itu. Mudah sungguh dia dapatkannya. Tanpa menunggu lama lagi, Harris Hakimi mengendong tubuh Alia Farhana dan dibawanya ke dalam bilik tidurnya.

     Dibaringkan gadis itu di atas katil King miliknya. Dia menghampiri gadis itu. Tiba - tiba nafsunya ingin ‘bersama’ gadis itu datang memuncak. Dia membuka baju kemejanya. Kemudian dia naik ke atas katil. Dengan perlahan dia membuka tudung di kepala Alia Farhana.

     Pertama kali melihat gadis itu tidak bertudung membuatkan jantungnya berdegup kencang. ‘Cantiknya awak Alia’. Perlahan dia mendekatkan bibirnya pada wajah gadis yang terbaring lesu itu. Di cium lembut pipi itu.Kemudian dia menjamah bibir mungil kemerahan milik Alia Farhana. Lama bibir mereka bertaut. Harris Hakimi begitu asyik membelai wajah Alia Farhana.

     Kemudian dia cium pula leher gadis itu. Perlakuannya kali ini agak kasar sedikit sehingga menyebabkan Alia Farhana bergerak - gerak. Dalam keadaan separa sedar itu, dia tidak dapat melihat dan merasa dengan jelas apa yang berlaku. Sesekali dia merasa dengusan nafas lelaki itu yang berada di lehernya. Kedua belah tangannya di cengkam oleh Harris Hakimi yang berada di atasnya.

     Dia membenamkan wajahnya di dada Alia Farhana dengan sungguh bernafsu sekali. Laju sahaja tangannya menanggalkan baju kurung yang dipakai oleh gadis itu. Saat dia memandang sesusuk tubuh putih Alia Farhana, hatinya berdebar - debar. Dia berkira - kira mahu membuka pakaian dalam gadis itu. Ketika dia mahu meneruskan niatnya, tiba - tiba dia berhenti daripada meneruskannya.

     “Astaghfirullah al azim... Apa aku dah buat ni?.” Cepat - cepat dia mengambil selimut dan menutupi badan Alia Farhana. Dia merebahkan diri di sebelah gadis itu. Dia meraup mukanya beberapa kali. Dia beristighfar. Dia sedar akan keterlanjurannya tadi. Syukurlah dia tidak meneruskan niatnya itu.

     Harris Hakimi menoleh ke sebelahnya. Lama dia memandang wajah Alia Farhana. Dia berasa berdosa kerana boleh ada niat buat begitu pada gadis yang ada perasaan padanya. Entah kenapa hatinya merasa ‘lain’ sewaktu merenung wajah mulus gadis itu.

    “Maafkan saya sebab buat macam ni pada awak. Sepatutnya saya hargai perasaan awak pada saya. Saya tahu awak sukakan saya. Saya tak sepatutnya ambil kesempatan ke atas awak. Maafkan saya, Alia.” Harris Hakimi berbisik perlahan.

     Entah pukul berapa dia terlelap. Sedar - sedar jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Dia menoleh ke sisinya. Alia Farhana sudah tiada!

     Harris Hakimi duduk bersandar di kepala katil. Dia mencapai telefon bimbitnya. Dia mahu menelefon Alia Farhana tetapi niatnya di hentikan. ‘Tentu dia marahkan aku. Apa aku nak jawab? Ya Allah! Apa aku dah buat ni? Apa aku nak buat?.’

     Keesokan harinya, Harris Hakimi cuba menelefon Alia Farhana namun tidak berjawab. Walaupun dia tidak bersedia hendak berdepan dengan gadis itu, dia perlu juga selesaikan masalah yang dia cipta. Beratus kali dia menelefon dan menghantar ‘whatsapp’ permohonan maaf tetapi langsung tidak berbalas. Malah tidak di baca pun. Pada tanggapannya gadis itu sangat memarahinya dan kecewa sehingga tidak mahu menjawab panggilannya.

     Harris Hakimi buntu tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Hendak mencari dia di kolej sudah tidak sempat kerana dia perlu berangkat ke London untuk menyambung pengajiannya di sana.

     Selama tiga tahun hidup Harris Hakimi dihantui kekesalan. Kerana itu dia bernekad mahu mencari Alia Farhana dan mengahwininya. Dia mahu menebus segala dosa - dosanya.  Tidak di duga pula abangnya sendiri juga menaruh rasa cinta pada gadis yang sama.

     “Tiga tahun saya merahsiakan perkara ini tanpa pengetahuan orang walaupun mak dan abang saya sendiri. Saya takut. Tak tahu nak buat apa sorang - sorang. Saya terlalu mentah masa itu. Maafkan saya Encik Ilham.” Alia Farhana sudah menunduk.

     “Tak guna kau Kimi!.” Ilham Iskandar menghentak stereng keretanya dengan kuat.

     “Sayang masih ada perasaan pada dia lagi ke?.”

     “Tak.”

     “Kenapa Sayang tak pernah cerita pada saya? Kenapa perlu rahsiakan?.”

     “Itu masa silam saya Encik Ilham. Saya dah tak nak kenangkannya lagi. Lagi pun...”

     “Lagipun apa?.”

     “Lagi pun... Kenapa Encik Ilham marahkan saya kerana hal ni? Sedangkan kita bukannya ada apa - apa hubungan pun.” Akhirnya apa yang terbuku di hati diluahkan oleh Alia Farhana. Mungkin inilah masanya dia tahu akan jawapan tentang perasaan Ilham Iskandar terhadapnya.

     “Saya cintakan awak, Sayang. Takkan awak tak nampak?.”

     “Saya nampak sikap ambil berat Encik Ilham tu pada saya. Tapi pernah ke Encik Ilham luahkan? Boleh jadi Encik Ilham hanya mahu mainkan perasaan saya. Yelah. Selepas Hana curang pada Encik Ilham. Mungkin Encik Ilham cuma nak balas dendam.”

     “Tak pernah pun terlintas di fikiran saya nak buat macam tu pada Sayang. Saya cintakan Sayang seikhlas hati saya.” Diraihnya tangan Alia Farhana. Digenggamnya erat.

     “Encik Ilham. Saya minta maaf kerana hal semalam. Saya tak sangka Harris berani masuk ke bilik saya. Saya buntu tak tahu nak buat apa.”

     Ilham Iskandar merenung wajah Alia Farhana.

     “Saya akui saya memang tak boleh nak terima apa yang saya lihat dan saya dengar malam tadi. Sejujurnya saya masih marah. Tapi bila Sayang dah ceritakan semuanya, saya cuba terima kenyataan.”

     “Sayang... Apa perasaan Sayang terhadap saya? Sayang cintakan saya juga ke? Tolong jawab dengan jujur. Saya nak tahu.” Alia Farhana membalas genggaman tangan Ilham Iskandar. Dia menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

     “Ye Encik Ilham. Saya pun cintakan Encik Ilham. Saya harap Encik Ilham dapat terima saya seadanya.” Ilham Iskandar merenung ke dalam mata Alia Farhana untuk mencari kebenaran kata - kata gadis itu. Akhirnya dia juga tersenyum apabila mendapat jawapan jujur daripada renungan mata gadis itu yang paling dalam.

     Mereka meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah semuanya terungkai. Perlahan - lahan hati Ilham Iskandar menjadi lembut kembali. Dia sedar ini semua bukan salah Alia Farhana. Semuanya sudah tertulis begitu. Walau bagaimanapun, dia masih boleh menerima gadis itu walau apa pun yang sudah terjadi antaranya dan Harris Hakimi. Cinta dan sayangnya mengatasi segala - galanya. Selepas ini dia akan minta umi dan abahnya untuk masuk meminang Alia Farhana.

     Tentang Harris Hakimi, dia akan selesaikannya sendiri nanti. Walaupun nanti akan terasa janggal bila berdepan dengan adiknya, dia perlu juga selesaikan hal ini. Dia tidak mahu selama - lamanya keadaan keruh mereka adik - beradik.

     

     

     

 

     

     

     

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience