BAB 43

Romance Completed 43587

BAB 43

     Sudah seminggu Alia Farhana keluar dari wad. Kesihatannya bertambah baik. Hubungan dan komunikasi antara dirinya dan Harris Hakimi juga bertambah mesra seperti tiada apa yang berlaku. Harris Hakimi sudah berjanji pada Alia Farhana yang dia tidak akan menyuarakan lagi mengenai perkara itu. Dia tidak mahu kesihatan isterinya terjejas lagi. Alia Farhana juga sudah melayan kemahuan batinnya seperti biasa. Malah dirasakan belaian isterinya itu semakin meningkat pretasinya walaupun wanita itu dalam keadaan sarat mengandung. Dia tahu yang isterinya itu melayannya lebih daripada biasa kerana mahu menebus segala kesalahannya bersama Ilham Iskandar dahulu.

     “Biy. Terima kasih.” Ucap Alia Farhana kepada Harris Hakimi ketika mereka sama - sama berbaring sebelum tidur.

     “Terima kasih? Untuk apa?.” Soal Harris Hakimi kembali.

     “Terima kasih sebab maafkan Sayang.”

     “Sayang. Kan kita dah janji tak nak cakap pasal hal ni lagi. Janganlah hilangkan mood Biy. Biy dah lupakan dah pasal tu. Kita kan nak mulakan hidup baru. Buanglah semua yang boleh buatkan hati kita tak tenang. Biy kalau boleh tak nak dah gaduh - gaduh dengan Sayang. Biy nak happy - happy aje.”

     Alia Farhana tersenyum tipis. Dia yang berbaring di atas lengan suaminya memeluk erat lelaki itu.

     “Kalau Sayang stress, moody... Nanti anak kita pun turut rasa tau. Sayang kan dah sarat. Tak lama je lagi kan baby nak keluar. Tak sabar rasanya nak peluk cium baby.” Harris Hakimi bersuara lagi sambil tangannya mengusap lembut perut isterinya. Ternyata dia sungguh bahagia dan gembira.

     “Oh. Nanti bila baby dah keluar, Biy mesti lebihkan baby kan. Mesti dah tak nak dah peluk cium Sayang lagi. Yelah. Nanti mesti Sayang dah tak lawa, selekeh, comot... Manalah Biy nak dekat, kan.” Alia Farhana bersuara seakan merajuk.

     “Mestilah Biy akan lebihkan baby. Cium baby lagi sedap. Wangi je bau baby. Mesti baby kita comel kan Sayang.” Alia Farhana hanya diam tidak menjawab. Hatinya seakan terusik dengan kata - kata suaminya itu.

     “Sayang? Hey. Kenapa diam ni?.” Harris Hakimi memandang ke arah Alia Farhana yang diam membisu.

     “Laa... Sayang Biy ni merajuk ke? Sayang. Mestilah Biy akan lebihkan baby. Dia kan anak kita yang perlukan perhatian lebih dari kita. Yelah baby lagi kan. Mana reti apa - apa lagi. Memanglah cium baby lagi sedap. Wangi. Tapi... Cium Sayang lagiiii... Best. Nikmat. Macam - macam Biy boleh buat kat Sayang. Manja - manja dengan Sayang... Kan.”

     “Eee... Biy ni! Gatal kan. Tak ada benda lain tau.” Satu cubitan singgah di perut Harris Hakimi.

     “Auch. Auch. Auch... Sakitlah Sayang. Betul apa Biy cakap kan. Kalau cium Sayang kan... Nikmat dia.... Fuhhhh... Boleh buat Biy melayang - melayang di awangan tau.”

     “Eee... Gatal!” Satu lagi cubitan hinggap di pipi Harris Hakimi. Mereka tertawa bahagia. Tidak lama kemudian, Alia Farhana mengusap lembut pipi suaminya.

     “I love you, Biy. Terima kasih kerana bahagiakan Sayang.”

     “I love you so much, Sayang. I love you till jannah.” Harris Hakimi mengucup lembut pipi Alia Farhana selepas menghabiskan ayatnya. Alia Farhana pula membalas ciuman suaminya di pipi dan di akhiri dengan ciuman kasih sayang di bibir suaminya. Segala rasa cinta dan sayang mereka luahkan dalam cumbuan mereka itu. Mereka sama - sama menikmati rasa bahagia yang Allah berikan ini. Rasa bahagia sangat! ‘Terima kasih Ya Allah. Kau hadirkan rasa sayang dan cinta ini di dalam hati kami berdua. Peliharakanlah iman kami agar tidak jauh terpesong dalam mencintai sesama manusia. Tetapkanlah iman kami agar menjadikan KAU cinta hati kami yang hakiki. Amiiin!.’

     Bulan silih berganti. Kini usia kandungan Alia Farhana sudahpun masuk 9 bulan. Semua keperluan dan kelengkapan menyambut kelahiran anak mereka telahpun siap tersedia. Bilik baby juga telah disediakan dengan cantik sekali. Walaupun Harris Hakimi agak sibuk di pejabat, dia sebolehnya mahu menghias sendiri bilik anak mereka.

     Ilham Iskandar juga sudah tidak mengganggu lagi Alia Farhana selepas diberi amaran oleh Harris Hakimi. Harris Hakimi telah memberi amaran kepada Ilham Iskandar sekiranya masih mahu mengganggu isterinya, dia tidak teragak - agak akan membuat laporan polis walaupun terhadap darah dagingnya sendiri.

     Abangnya juga telah berpindah ke Johor Bahru atas nasihat abah dan umminya yang memintanya agar menguruskan syarikat Megah Holding di sana. Ilham Iskandar akur dengan arahan orang tuanya walaupun jauh di sudut hatinya masih tidak dapat menerima takdir bahawa kekasih hatinya sudah menjadi milik orang lain. Pada mulanya dia berkeras mahu tinggal di Kuala Lumpur kerana hatinya masih mahu merebut Alia Farhana daripada adiknya, Harris Hakimi. Namun atas desakan ibu bapanya, dia terpaksa turuti kerana dalam masa yang sama dia tidak mahu melukai hati orang tuanya.

     Sejak berpindah ke Johor Bahru, Ilham Iskandar sengaja menyibukkan dirinya dengan pekerjaan kerana dia tidak mahu terus - terusan mengingati Alia Farhana. Dia sedaya upaya cuba melupuskan nama Alia Farhana dari dalam hatinya walaupun amat payah. Dia tidak mahu merisaukan kedua hati ibu bapanya jika dia masih mahukan isteri adiknya itu. Biarlah dirinya sendiri yang telan dan merana akibat sakit rindu dan hampa terhadap Alia Farhana.

     Suatu hari dalam jam 11 pagi, Alia Farhana telah mendapat satu panggilan telefon daripada Kak Maria, setiausaha kepada suaminya.

     “Ye, waalaikumussalam. Hai Kak Maria. Ada apa call Lia ni?.”

     “......”

     “Okeh. Ada apa tu Kak Maria?.”

     “......”

     “Harris? Hah, kenapa dengan Harris, kak?.”

     “.......”

     “Allahuakbar!! Macam mana boleh jadi macam tu? Dia... Dia okeh tak, kak sekarang ni?.”

     “.......”

     “Kat hospital? Allah... Saya ke sana sekarang, kak.”

     “.......”

     “Ye, kak. In sya Allah. Doakan ya kak. Terima kasih.” Selepas menghabiskan perbualan, Alia Farhana terus mematikan talian. Jantungnya berdegup laju. Tangan dan kakinya terasa sejuk bagaikan ais. Air matanya sudah mulai gugur. Fikirannya tidak dapat berfikir dengan baik buat seketika. Dia merasa sangat takut ketika ini. Tanpa berlengah lagi, dia terus memanggil Kak Mun untuk menemaninya ke hospital.

      Mereka ke hospital menaiki grab kerana Alia Farhana masih belum mempunyai lesen memandu walaupun sudah pandai memandu kereta. Ikutkan hatinya mahu sahaja memandu sendiri namun Kak Mun menasihatinya supaya bersabar dan jangan kelam kabut. Macam -macam boleh berlaku jika Alia Farhana berdegil mahu memandu sendiri. Dalam keadaan emosinya yang tidak stabil, dengan kandungan yang sudah sarat, pelbagai kebarangkalian boleh terjadi jika dia memandu kereta sendiri ke hospital.

     Masa dirasakan amat perlahan berjalan. Perjalanan ke hospital dirasakan begitu lama walaupun kedudukan hospital dengan rumahnya tidaklah begitu jauh. Sesekali Alia Farhana meminta pemandu grab yang dinaikinya itu supaya menambah kelajuan kenderaan. Hatinya sudah tidak dapat bersabar lagi mahu cepat sampai di hospital dan mengetahui apa yang telah terjadi kepada Harris Hakimi.

     Setengah jam kemudian, mereka tiba di hadapan hospital. Alia Farhana berebut - rebut keluar dari kereta. Dia berjalan laju menuju kaunter pertanyaan. Kak Mun yang berada di belakangnya termengah - mengah mengejar langkah Alia Farhana itu.

     Setelah diberitahu keberadaan Harris Hakimi di mana, Alia Farhana terus ke tempat yang diarahkan. Sesampai saja di sana, dia melihat Fuad sedang menunggu di hadapan bilik pemeriksaan. Dengan langkah cemas dia mendapatkan Fuad.

     “Abang Fuad! Harris macam mana? Kenapa dia boleh pengsan?.” Tanya Alia Farhana dengan gopoh.

     “Bawak bersabar, Alia. Abang pun tak tahu macam mana Encik Harris boleh jatuh pengsan tadi. Kak Maria masuk bilik dia, nak jumpa dia. Tengok - tengok dia dah terbaring atas lantai. Encik Harris ada sakit apa - apa ke, Lia?.”

     “Tak ada. Setahu Lia, Harris tak ada apa - apa penyakit pun. Lia tak pernah nampak dia sakit ke, mengadu sakit ke. Memang tak ada. Allah... Kenapa dengan Harris ni, Abang Fuad?.” Air mata Alia Farhana semakin laju turun dari tubir matanya.

     “Sabar, Lia. Kita tunggu apa kata doktor. In sya Allah tak ada apa - apa tu. Kita doa ya.” Fuad memberi kata semangat kepada Alia Farhana agar hatinya tenang sedikit.

     Alia Farhana hanya mengangguk lemah. Dia duduk di kerusi yang di sediakan. Sesekali dia melihat jam di pergelangan tangan.

     ‘Kenapa lama sangat Biy dalam tu? Biy kenapa, Biy? Janganlah buat Sayang takut.’ Alia Farhana berkata di dalam hati.

     Mak dan abangnya telahpun di maklumkan tentang keadaan Harris Hakimi. Ummi dan abah juga telah diberitahu. Mereka sungguh terkejut mendengar khabar berita itu. Mereka akan ke hospital segera untuk melihat keadaan Harris Hakimi.

     Sejam berlalu. Harris Hakimi masih belum ada apa - apa berita. Sedang Alia Farhana, Kak Mun dan Fuad menunggu, Puan Zalina dan Aiman Farhan tiba di hospital.

     “Assalamualaikum. Adik? Harris macam mana?.”

     “Makkk... Adik takut. Adik tak tahu. Doktor tak keluar lagi. Apa Adik nak buat ni, mak? Adik... Adik takut sangat.” Alia Farhana terus bangun dan memeluk ibunya dengan linangan air mata.

     “Istighfar banyak - banyak Dik. Mudah - mudahan Harris tak ada apa - apa. Kita doa sama - sama, okeh.” Puan Zalina cuba menenangkan hati anaknya. Dia turut mengalirkan air mata tatkala melihat keadaan anaknya itu.

     “Dah berapa lama Harris kat dalam tu?.” Soal Aiman Farhan.

     “Dah sejam lebih. Langsung tak ada apa - apa berita.”

     “Doktor tengah periksa tu. Adik jangan risau okeh. In sya Allah tak apa - apa yang buruk berlaku. Kami semua ada teman Adik.” Aiman Farhan pula memberikan kata semangat kepada Alia Farhana.

     Mereka duduk di hadapan bilik pemeriksaan dengan hati yang gundah. Mulut Alia Farhana terkumat - kamit beristighfar dan berzikir bagi menenangkan hati sendiri.

     Dua jam kemudian, kelihatan doktor yang merawat Harris Hakimi keluar dari bilik pemeriksaan. Alia Farhana tergopoh - gopoh bangun dari duduknya dan mendapatkan doktor.

     “Macam mana dengan suami saya, doktor?.”

     “Sebelum saya bagitahu, diharap puan dan semua banyak - banyakkan bersabar dan bertenang ye. Ada ketumbuhan di dalam otak Encik Harris. Sakit yang dia dihidapi ni dah stage 4. Tujuh puluh persen kondisi otak dia tiada jaminan boleh dirawat. Sebenarnya Encik Harris sudah lama menghidapnya. Sebelum ni dia meminta kami merahsiakannya dari pengetahuan keluarganya atas sebab apa saya tak pasti. Jadi kami berharap, Puan dan semua ahli keluarga dapat terima dan redha. Sekarang ni kami tempatkan Encik Harris di ICU. Jika keadaan dia sudah stabil nanti kami akan pindahkan dia ke wad biasa.”

     “Agak - agak berapa lama dia berada di ICU ye, doktor?.” Tanya Aiman Farhan.

     “Itu kami tak dapat nak pastikan. Semuanya bergantung kepada keadaan kesihatan Encik Harris.”

     “Kami boleh melawat dia ke, doktor?.”

     “Buat masa ni tidak dibenarkan sesiapa melawat dahulu. Bila kami sudah pindahkan ke wad biasa barulah semua boleh melawat.”

     “Hah doktor. Ada harapan untuk sembuh ke?.” Tanya Aiman Farhan lagi.

     “Melihat dari kondisi dia, apa yang kami boleh katakan, mungkin tiada harapan untuk sembuh. Sama - samalah kita doakan semoga semuanya baik - baik sahaja. Siapa tahu ada keajaiban buat dirinya. Semuanya atas izin Allah, kan. Kalau tak ada apa - apa lagi saya beredar dulu.”

     “Terima kasih, doktor.” Balas Aiman Farhan.

     Alia Farhana terduduk mendengar kata - kata dari doktor. Lututnya lemah dan terasa lembik mahu berdiri. Jantungnya seakan mahu luruh. Dia tergamam. Air matanya turun dengan amat laju sekali. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya itu.

     Puan Zalina menenangkan Alia Farhana. Dia juga turut menangis. Kasihan dia melihat keadaan satu - satunya anak perempuannya. Dalam keadaan yang sedang sarat mengandung, diuji pula dengan suaminya yang jatuh sakit.

     “Adik. Istighfar banyak - banyak. Kuatkan semangat. Jangan lupa yang Adik tengah mengandung. Kesihatan Adik jugak penting sekarang ni.”

     “Mak... Adik tak kuat, Mak. Adik takut kehilangan Harris. Macam mana kalau... Kalau anak Adik tak sempat jumpa ayah dia, Mak? Macam mana Adik nak hadapinya?.”

     “Astaghfirullah al azim. Sabar, Adik. Mengucap. Ingat Allah. In sha Allah. Kita doakan yang baik - baik. Mudah - mudahan Harris tak ada apa - apa. Adik jangan fikir yang bukan - bukan.”

     Alia Farhana tidak membalas kata - kata ibunya. Hatinya sangat runsing ketika itu. Ingin saja dia terjah ke dalam bilik ICU itu untuk melihat keadaan suaminya. Walaupun dia amat takut untuk melihatnya apatah lagi untuk menerima kenyataan bahawa suaminya sedang terlantar. Namun dia terpaksa hadapinya juga.

     Waktu bergerak begitu perlahan sekali. Sekejap - sekejap dia melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah pukul 8 malam! Tetapi Harris Hakimi masih berada di dalam ICU lagi. Hatinya gundah, risau, takut dan bimbang. Semua masih setia menemani dan menanti. Hanya Fuad saja yang sudah meminta diri untuk beredar kerana ada perkara yang perlu dilakukan.

     “Alia? Kimi macam mana?.” Tiba - tiba Datin Ruhani datang tergesa - gesa menghampiri menantu dan besannya. Datin Ruhani, Dato’ Razali dan Ilham Iskandar yang baru tiba dari Johor Bahru terus ke hospital untuk melihat keadaan anaknya.

     Alia Farhana terus bangun dan mendapatkan ibu mertuanya. Dia memeluk erat Datin Ruhani sambil matanya tidak henti - henti mengalirkan air mata. Lidahnya kelu mahu menjawab persoalan yang diajukan. Hatinya tidak kuat untuk melafazkannya.

     “Keadaan Kimi macam mana, Alia?.”

     “Harris... Harris... Ummi. Saya takut....”

     “Kenapa ni? Kimi kenapa?.”

     “Doktor cakap, dia hidap ketumbuhan dalam otak. Tujuh puluh persen keadaan otak dia tak ada jaminan boleh dirawat, ummi. Kita hanya perlu doa dan tawakal. Mudah - mudahan Harris akan kembali pulih.” Akhirnya Aiman Farhan yang bersuara bagi menjawab pertanyaan Datin Ruhani itu.

     “Allahuakbar!! Kimi, anak Ummi.” Air mata Datin Ruhani terus saja meluncur laju dari tubir matanya tatkala mendengar kata - kata dari Aiman Farhan itu. Terkesima dia seketika. Tidak tahu mahu berkata apa.

     “Sekarang ni Harris masih dalam ICU lagi. Tak tahulah bila akan ke wad biasa.” Sambung Aiman Farhan lagi.

     “Abang. Kita cari hospital yang terbaik, Bang. Kita rawat Kimi.” Datin Ruhani meminta pendapat Dato Razali.

     “Kita tengok dulu macam mana keadaan Kimi. Kita bincang dengan doktor dulu.” Balas Dato’ Razali.

     Setelah hampir 12 jam Harris Hakimi berada di ICU, akhirnya dia dipindahkan ke wad biasa. Masing - masing berasa agak lega sedikit setelah dapat melihat sendiri keadaan Harris Hakimi walaupun hati masih bimbang. Harris Hakimi kelihatan pucat dan tidak bermaya ketika Alia Farhana masuk untuk melawat. Pihak hospital tidak membenarkan mereka masuk ke dalam wad beramai - ramai dalam satu - satu masa. Mereka perlu bergilir - gilir melawat hanya dua orang sahaja dalam satu masa.

     Alia Farhana masuk ke dalam wad ditemani Ilham Iskandar. Air matanya menitis lagi tatkala melihat keadaan suaminya itu. Hatinya sayu dan seakan tidak percaya. Pagi tadi elok saja suaminya itu bergurau senda dan bergelak ketawa dengannya sebelum pergi ke pejabat. Tapi sekarang ni, dia hanya dapat melihat keadaan suaminya yang terbaring lesu tidak bermaya.

     “Biy? Biy? Bangunlah. Kenapa boleh jadi macam ni Biy? Pagi tadi Biy elok aje. Biy sihat aje. Kenapa sekarang ni Biy terbaring macam ni? Dah lama ke Biy sakit ni? Kenapa Sayang tak tahu? Kenapa? Kenapa Biy tak bagitahu Sayang yang Biy sakit?? Biy... Bangunlah Biy...” Bertubi - tubi soalan Alia Farhana ajukan kepada suaminya yang masih terpejam matanya. Teresak - esak dia menangis di hadapan Harris Hakimi. Dia sudah tidak hiraukan akan keadaannya yang sedang sarat mengandung dan hanya menunggu hari saja lagi akan melahirkan. Walaupun dia begitu letih, namun hatinya tidak tegar meninggalkan suaminya sendirian di hospital.

     Harris Hakimi tidak respon. Dia masih belum sedarkan diri walaupun keadaannya sudah stabil mengikut kata doktor. Ilham Iskandar yang melihat turut merasa sedih dan tidak menyangka yang sedang terbaring di hadapannya ini adalah adiknya. Dia juga kasihan melihat keadaan Alia Farhana.

     Alia Farhana melangkah longlai menuju ke kerusi di luar wad. Dia duduk bersandar di atas kerusi yang di sediakan itu. Dia termenung, mengelamun entah apa. Fikirannya kosong. Air matanya masih lagi turun membasahi pipinya. Selepas Alia Farhana dan Ilham Iskandar melihat keadaan Harris Hakimi, giliran Puan Zalina dan Aiman Farhan pula masuk untuk melihat sendiri kondisi lelaki itu.

     Datin Ruhani dan Dato Razali datang menghampiri Alia Farhana. Mereka cuba menenangkan hati menantunya itu. Jam sudah pun menunjukkan pukul 2 pagi. Datin Ruhani dan Dato Razali meminta diri mahu pulang dahulu ke rumah Harris Hakimi bersama Kak Mun. Mereka mengajak Alia Farhana pulang sekali bersama mereka namun menantunya itu menolak. Dia tidak sampai hati mahu meninggalkan suaminya sendirian di hospital itu apatah lagi masih tidak melihat suaminya membuka mata.

     “Kami balik dulu ya. Nanti kalau ada apa - apa Alia cepat - cepat bagitahu kami. Alia rehatlah. Jangan terlalu ikutkan perasaan, okeh. Ingat. Dalam perut Alia tu ada baby. Jaga kesihatan juga ye, Alia.”

     Alia Farhana hanya mengangguk. Dia tiada hati mahu bercakap. Badannya terlalu penat dan jiwanya terlalu sarat dengan kerisauan.

     “Is. Malam ni Ummi dengan Abah tidur rumah Kimi. Is macam mana?.”

     “Is tak tahu lagi, ummi. Is nak teman Alia kat sini. Tengoklah macam mana. Abah dengan ummi baliklah dulu. Dah lewat malam ni.”

     “Baiklah kalau dah macam tu kami balik dulu. Suruh Alia tu makan. Masuk angin nanti perut. Kalau ada apa - apa nanti jangan lupa updated kami, okeh.”

     Ilham Iskandar mengangguk. Setelah orang tuanya berlalu pergi, dia mendapatkan Alia Farhana yang sedang duduk di luar wad Harris Hakimi.

     “Sayang. Sorry. Maksud Abang, Alia. Alia dah makan belum ni?.” Alia Farhana menggeleng kepala.

     “Kita makan dulu. Nanti perut tu masuk angin nanti.”

     “Makan? Macam mana saya boleh makan sedangkan suami saya tengah terlantar dalam tu. Tak tergamak saya nak makan, Abang.”

     “Alia janganlah macam ni. Kalau ye pun, kesiankanlah baby dalam perut tu. Tentu dia lapar tu.”

     “Alia takut. Takut kalau Harris tak sempat jumpa anak kami.”

     “Alia. Jangan fikir yang bukan - bukan. Kita doa sama - sama mudah - mudahan Kimi sembuh dari penyakit dia. Sekarang ni, Alia kena makan. Mesti makan. Tentu baby lapar seharian Alia tak makan.”

     “Saya tak lalu nak makanlah. Tak boleh nak telan tekak ni. Saya risaukan Harris. Biy... Bangunlah, Biy. Sayang takut kehilangan Biy.” Alia Farhana sudah mula teresak lagi. Hatinya sungguh gundah saat itu. Perkara - perkara negatif mula menerjah masuk ke dalam kotak fikirannya. Namun cepat - cepat dia hapuskan fikiran jahat itu daripada fikirannya. Dia cuba tidak mahu berfikir yang bukan - bukan lagi.

     “Alia jangan macam ni, please. Tolong kesiankan baby dalam perut tu. Tolong makan. Abang nak Alia makan. Sekarang Abang tak kira. Alia mesti kena makan. Jom. Ni Abang Man ada belikan nasi bungkus ni.”

     “Adik jangan macam ni, Adik. Mana anak mak yang kuat semangat ni? Yang tak pernah berputus asa. Ingat Allah, Adik. Ini ujian untuk Adik. Adik mesti kuat. Kami semua ada dengan Adik. Adik jangan takut, okeh.” Tiba - tiba Puan Zalina mencelah di antara Alia Farhana dan Ilham Iskandar.

     Akhirnya Alia Farhana menjamah juga makanan. Walaupun tekaknya terasa amat perit untuk menelan makanan, namun apa yang dikatakan oleh Ilham Iskandar dan ibunya semuanya benar. Dia mesti kuatkan semangatnya demi anak yang dikandungnya itu. Dia tidak boleh mementingkan dirinya sendiri. Suaminya tentu tidak mahu melihatnya dalam keadaan lemah begini. Dia perlu kuat hadapi semua ujian yang Allah berikan padanya ini. Dia tidak boleh lemah!.

     Malam itu, Alia Farhana tidak pulang ke rumah. Ibunya dan Ilham Iskandar setia menemaninya di hospital. Abangnya Aiman Farhan sudah pulang dahulu ke rumah kerana esok dia pula yang akan menemani adiknya itu di hospital.

 

     

 

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience