BAB 34
Tengah hari itu, seperti biasa Harris Hakimi dan Alia Farhana akan makan bersama - sama. Sedang mereka menjamu selera, tiba - tiba mereka telah disapa seseorang.
“Eh. Harris!.” Harris Hakimi yang sedang menyuap makanan ke dalam mulutnya terhenti seketika tatkala disapa oleh seorang wanita yang seperti dia kenali.
“Hahh... Ni...” Harris Hakimi berkerut dahi cuba mengingati siapakah gerangan wanita di hadapannya ini.
“Hey! Dah tak kenal I lagi ke? I la ni. Eirah. Sampai hati you kan dah lupakan I.”
“Ya Allah. You ke ni Eirah. Sorry... Sorry. You nampak lain bila dah bertudung ni. Sebab tu I tak cam you tadi.”
“Alah you tu memang. Dari dulu macam tu.”
“Eh. Jom join us.” Harris Hakimi mempelawa Eirah untuk makan bersama.
“I baru je makan tadi. Thanks. Eh, you sihat ke?. Lama kita tak jumpa kan? You memang duduk KL ni ke?.”
“I sihat, alhamdulillah. Actually I kerja di JB. Tapi for now I ada kerja kat KL ni. You pulak?.”
“Oh, I see. I memang kerja kat sini. Since habis study dulu I kerja dengan papa I. Eh. You tak nak kenalkan kat I ke siapa ni?.”
“Sorry... Lupa I nak kenalkan. Ni Alia Farhana. Eirah. Kawan I masa study kat London dulu.”
“Hai.” Mereka bersalaman mesra.
Tiba - tiba riak wajah Eirah berubah. Mulutnya ternganga dan matanya membulat apabila teringatkan sesuatu.
“Harris! Wait! You jangan cakap yang this girl your Alia yang you nak cari sangat tu kan?.” Soal Eirah. Harris Hakimi mengangguk. Eirah sudah tersenyum.
“Oh my god! Tak sangka akhirnya you jumpa jugak kan. I really happy for you.”
“Thanks Eirah.”
“Alia. You know what. Harris ni dulu kan hari - hari duk termenung ingatkan you tau. Kadang - kadang I jelous sebab I try tackle dia dulu langsung tak layan. Kan Harris?.”
“You ni. Cerita lamalah.”
“Seriously I speechless when I see you today, Alia. You look so beautiful. Dulu masa Harris cerita pasal you, I tak tahu nak bayangkan you ni secantik yang macam mana. Ternyata you memang seorang gadis yang cantik. Patutlah Harris ni gila bayang tak nak lepaskan you.” Alia Farhana tersenyum malu dipuji sebegitu. Apalah yang diceritakan mengenai dirinya pada gadis ini hingga melambung tinggi pujiannya.
“Eh tak adalah Cik Eirah. Tinggi sangat pujian tu. Saya ni biasa - biasa je.”
“Kalau you ni biasa - biasa, takkanlah orang tu setiap hari duk teringatkan you. I ni kadang - kadang naik jemu tau. I yang depan mata dia ni tak nak pulak dia layan.” Eirah sudah membuat seakan - akan merajuk. Mereka bertiga tertawa kemudiannya apabila Eirah mengatakan dia hanya bergurau.
Sememangnya Eirah pernah ada perasaan terhadap Harris Hakimi suatu masa dahulu tetapi lelaki itu tidak pernah mengendahkan perasaannya. Dia hanya cintakan gadis yang bernama Alia Farhana ini seorang sahaja. Tidak sangka akhirnya dia bertemu juga dengan gadis kesayangannya ini. Mungkin jodoh mereka kuat. Dia tumpang gembira.
Selepas menamatkan perbualan dan bertukar - tukar nombor telefon, Eirah meminta diri untuk pergi. Jika berlama - lama duduk berbual dengan Harris Hakimi ini, memang tak jadi kerjalah jawabnya. Nantilah dia atur waktu yang lain untuk berjumpa dan berbual - bual lama dengan rakan kuliahnya ini.
“Macam banyak je cerita pasal saya awak cerita pada Eirah tu kan?.” Soal Alia Farhana setelah Eirah berlalu pergi.
“Mana adalah Sayang.”
“Yelah tu. Harapnya cerita benda yang baik - baik jelah.”
“Tak ada yang tak baik cerita mengenai Sayang saya cerita pada dia. Pasal kisah kita dulu pun saya tak pernah cerita pada sesiapa. Biarlah ia jadi rahsia.”
“Hmm... Baguslah macam tu.”
“Tapi pasal yang Eirah cakap saya hari - hari duduk termenung teringatkan Sayang tu, betul tau. Saya tak sabar nak habis study nak balik Malaysia nak cari Sayang. Alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya ni. Hari ni saya dapat duduk makan dengan Sayang.”
Alia Farhana tidak membalas kata - kata Harris Hakimi itu. Dia tidak tahu mahu membalas dengan ayat yang bagaimana. Adakah benar lelaki ini sering mengingatinya dahulu dan berdoa mahu berjumpanya? Adakah cinta dan sayangnya begitu tulus kini? Kenapa tidak dari dulu lagi dia berperasaan begini? Kalau tidak tentu hatinya tidak akan berbolak - balik dengan perasaannya sendiri.
Hatinya sudah di miliki Ilham Iskandar. Tegarkah dia mengkhianati cinta lelaki itu? Walaupun Harris Hakimi adalah lelaki pertama yang bertakhta di dalam hatinya, mana mungkin dia menghancurkan perasaan Ilham Iskandar. ‘Ya Allah! Kenapa dengan perasaanku ini? Kau tetapkanlah imanku agar sentiasa kuat mencintai dan menyayangi Ilham Iskandar buat selamanya. Abang... Bila Abang nak balik? Saya takut hati saya ni akan jatuh pada orang lain. Harris terlalu baik pada saya sekarang ni. Saya nampak yang dia betul - betul ikhlas sayangkan saya. Baliklah cepat, Abang. Saya takut.’ Alia Farhana merintih di dalam hati.
Hari Sabtu minggu itu, Harris Hakimi mengajak Alia Farhana keluar bertemu janji. Mereka telah keluar seawal jam 9 pagi. Mereka bersarapan dan kemudian mereka berjalan di Shopping Complex. Harris Hakimi bercadang mahu mengajak gadis itu menonton wayang bersama. Lagipun sudah lama dia tidak meluangkan masa menonton filem di panggung wayang.
Selepas 2jam di dalam panggung, Harris Hakimi dan Alia Farhana ke Restoran Johny’s pula untuk makan tengah hari. Dalam perjalanan menuju ke sana, mereka terserempak dengan Jamilah dan Syazwan.
“Hey, Alia!.” Jerit Jamilah ketika berselisih dengan Alia Farhana dan Harris Hakimi.
“Hey!! Milah. Apa khabar kau? Lamanya tak jumpa.” Alia Farhana terus memeluk sahabat baiknya itu.
“Aku sihat alhamdulillah. Kau pulak sihat tak?.”
“Alhamdulillah. Aku sihat - sihat aje. Wah! Banyaknya shopping.” Tegur Alia Farhana tatkala terpandang tangan Syazwan yang penuh dengan beg plastik barangan.
“Hah yelah wehh. Shopping barang hantaranlah apa lagi.” Membulat mata Alia Farhana apabila mendengar kata - kata sahabatnya itu.
“Ye ke? Weh tahniah korang. Bila ni majlisnya?.”
“Kalau tak ada aral insha allah bulan depan. Nanti kad dah siap kita orang edarkan.” Jawab Syazwan.
“Ya Allah... Seronoknya aku dengar korang nak kawin. Aku pulak yang excited.”
“Alah. Nanti time kau pun akan tiba jugak kan. Eh Alia. Meh sini jap.” Jamilah menarik tangan Alia Farhana menjauh sedikit daripada Harris Hakimi.
“Tu bukan ke.... Harris?.” Alia Farhana mengangguk.
“Kau couple balik dengan dia ke?.” Soal Jamilah ragu - ragu.
“Taklah. Kita orang kawan jelah. Nantilah. Bila ada masa nanti aku cerita, okey. Jomlah kita ke sana. Kang apa pulak dia orang fikir kita bisik - bisik macam ni.” Alia Farhana dan Jamilah kembali semula kepada Syazwan dan Harris Hakimi.
“Hai, Harris. Nampak lain dah sekarang. Nanti jemputlah datang majlis kami ye.”
“Hai. Insha allah kalau tak ada apa - apa hal sampailah nanti.”
“Eh okeylah. Kami gerak dulu. Banyak lagi tak settle ni.”
“Hah okey - okey. Jumpa lagi nanti.”
“Okey, Alia. Jaga diri. Bye!.” Selepas bersalaman dan berpelukan, Alia Farhana dan Harris Hakimi meneruskan perjalanan menuju ke Restoran Johny’s. Perut pun sudah berkeroncong minta diisi.
Pelanggan agak ramai ketika itu. Mujurlah mereka dapat juga tempat duduk. Selepas memesan makanan, Alia Farhana mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangannya. Dia membuka aplikasi Fac dan melihat isi kandungannya. Sesekali dia tersenyum sendiri apabila membaca sesuatu yang mencuit hatinya. Harris Hakimi yang berada di hadapannya hanya memandangnya dengan senyuman. ‘Manisnya Sayang bila tersenyum macam tu.’
“Apa yang menarik sangat dalam fon tu sampai lupa saya kat depan ni?.”
“Tak ada apa - apa. Kelakar status ni.” Jawab Alia Farhana sambil menunjukkan status rakan FBnya kepada Harris Hakimi. Lelaki itu membaca sekilas lalu tersenyum.
“Sayang. Seronok kan tengok Milah dengan Syazwan shopping barang kawin. Agak - agak merasa tak kita?.” Alia Farhana memandang lelaki di hadapannya.
“Harris. Please. Saya dah penat nak cakap hal ni lagi. Saya harap sangat awak boleh terima kenyataan yang kita ni tak ada jodoh. Janganlah buat saya jadi tak selesa dengan awak. Sekarang ni saya rasa dah okey dah bila dengan awak. Saya dah tak rasa nak marah - marah pada awak lagi. Saya dah boleh terima awak sebagai seorang kawan. Jadi saya harap... Awak pun macam tu juga. Boleh kan, Harris.”
Harris Hakimi tidak menjawab. Malah dia hanya mendiamkan diri sahaja. Jikalau dia membalas kata - kata gadis itu, dia takut apa yang diucapkan tidak dapat ditunaikan. Hatinya masih mahukan gadis itu. Dia tidak mahu terlalu menekan gadis yang dia sayanginya itu. Biarlah masa yang menentukan segalanya.
Sebulan sudah berlalu selepas Ilham Iskandar pergi ke Australia. Hanya sekali sahaja lelaki itu menelefon Alia Farhana bertanyakan khabar. Itupun dia hanya curi - curi masa berbuat demikian. Terlalu sibuk lelaki itu mengendalikan urusan pekerjaan di sana. Hati yang merindu terpaksa di pendam dalam - dalam.
Jam sudah pun berginjak ke angka ke 11 pagi ketika Alia Farhana sedang menyiapkan laporan kerjanya bersama - sama Harris Hakimi di dalam bilik pejabatnya.
Tok! Tok!
Alia Farhana dan Harris Hakimi menoleh serentak ke arah pintu. Masing - masing terkedu melihat figura yang berada di situ.
“Abang!!.” Alia Farhana terjerit kecil dan spontan dia meluru mendapatkan Ilham Iskandar yang sedang tersenyum padanya.
“Surprise!!.” Ilham Iskandar mendepangkan tangannya.
“Bila Abang sampai? Kenapa tak call bagitahu balik hari ni? Boleh saya jemput Abang kat airport.”
“Saja je nak buat surprise kat Sayang.”
“Bang. Apa khabar?.” Harris Hakimi bangun dari duduknya dan mendapatkan abangnya itu.
“Alhamdulillah, sihat. Kimi buat apa kat office Abang ni?.”
“Aku gantikan Encik Nizam. Anak dia sakit.”
“Owh. Okey. Sayang. Jom pergi makan. Abang laparlah.” Alia Farhana memandang Harris Hakimi. Kurang sopan pula jika dia keluar begitu sahaja tanpa meminta kebenaran dari Harris Hakimi. Memanglah Ilham Iskandar adalah majikannya. Tetapi lelaki itu belum lagi memulakan kerja dan ketika Ilham Iskandar sampai tadi dia sedang menyiapkan laporan bersama Harris Hakimi.
Harris Hakimi mengangguk perlahan kepalanya. Wajahnya kelihatan muram tidak ceria seperti sebelum ketibaan Ilham Iskandar. Hatinya tiba - tiba berasa cemburu.
“Aku keluar dulu Bang. Hmm... Ni kau masuk office bila ni?.”
“Maybe lusa. Aku nak rehat sehari. Penat.”
“Okey.” Harris Hakimi melangkah pergi menuju ke bilik pejabatnya. Sempat dia memandang ke arah Alia Farhana. Gadis itu kelihatan ceria sekali setelah melihat kekasih hati yang dirindui tiba - tiba muncul di depan mata.
“Abang. Saya siapkan sekejap laporan ni, boleh tak? Sikit je lagi tu.”
“Okey. Boleh Sayang. Sayang siapkanlah dulu. Abang keluar sekejap.” Alia Farhana segera ke tempat duduknya dan menyiapkan tugasan yang sedang dibuatnya secepat mungkin. Dia perlu menghantar laporan itu segera kepada Harris Hakimi.
Sementara Alia Farhana menyudahkan kerjanya itu, Ilham Iskandar ke bilik pejabatnya untuk bertemu dengan adiknya, Harris Hakimi. Tanpa mengetuk pintu, Ilham Iskandar terus membuka pintu dan masuk ke dalam.
“Selama aku tak ada ni, kerja macam mana? Okey?.” Soal Ilham Iskandar lalu duduk di kerusi di hadapan adiknya itu.
“Alhamdulillah. So far semuanya berjalan lancar. Kau tak perlu risau.”
“Good. So... Kau tak ada buat apa - apa pada Alia, kan?.” Harris Hakimi memandang abangnya.
“Maksud kau?.”
“Kau kan pernah ada hati pada dia. Aku harap kau tak cuba pikat dia semulalah.”
“Kalau aku cuba pikat dia sekali pun, dia tak pernah layan aku. Kau tak payah risaulah.”
“Kalau macam tu baguslah. Okeylah. Aku keluar dulu.”
Selesai bertanya pada Harris Hakimi mengenai kegusaran hatinya ketika terlihat adiknya itu berada di Jaya Holding, Ilham Iskandar terus keluar dari biliknya itu. Dia tidak mahu berlama - lama di situ dikhuatiri hatinya akan memberontak ingin tahu apa yang adiknya pernah lakukan bersama kekasih hatinya selama ketiadaannya. Mana mungkin adiknya itu tiada berbuat apa - apa pada Alia Farhana. Dia kenal benar dengan perangai adiknya itu yang suka mencabar dirinya. Sejak kejadian di rumah ummi mereka di Johor Bahru dulu, mereka tidak pernah bersua muka lagi bagi menyelesaikan hubungan dingin antara mereka.
“Dah siap, Sayang?.”
“Okeh. Siap dah. Abang tunggu jap saya pergi hantar pada Encik Harris.”
“Okey, Sayang. Jangan lama - lama tau.”
“Iye. Sekejap aje. Abang tunggu sekejap tau.”
Alia Farhana masuk ke dalam bilik Harris Hakimi dan menghantar laporan yang sudah disiapkannya itu. Dia menghulur laporan tersebut kepada lelaki itu namun tidak disambutnya. Akhirnya dia meletakkannya sahaja di atas meja.
“Encik Harris. Laporan ni saya letak kat sini ye. Nanti Encik Harris semaklah. Hmm... Saya nak minta izin keluar dengan Encik Ilham. Boleh?.”
“Perlu ke awak minta izin pada saya? Saya bukan bos awak dah.” Alia Farhana menggigit bibir. Kedengaran nada lelaki di hadapannya ini berbaur cemburu.
“Err... Kalau tak ada apa - apa lagi saya keluar dulah ye.” Alia Farhana berpaling dan melangkah perlahan menuju ke pintu.
“Sayang! Tunggu sekejap.” Langkah Alia Farhana terhenti. Harris Hakimi menghampiri gadis itu.
“Lepas ni saya dah tak ada peluang dah nak keluar dengan Sayang lagi. Saya akan rindukan Sayang.” Harris Hakimi meraih kedua belah tangan Alia Farhana. Gadis itu tersentak dengan perlakuan Harris Hakimi itu.
“Harris jangan macam ni. Nanti Abang Ilham nampak. Saya tak nak timbul kekecohan.” Alia Farhana menarik perlahan tangannya. Namun Harris Hakimi menggenggamnya erat.
“Biarkanlah kalau dia tahu. Saya dah tak peduli.”
“Awak nak ke kalau kita semua bergaduh bermusuhan? Please, Harris. Jangan macam ni. Baik awak lepaskan tangan saya.” Alia Farhana masih berusaha menarik keluar tangannya daripada genggaman tangan Harris Hakimi itu.
“Saya sayangkan awak, Alia.” Sekali lagi Alia Farhana tersentak apabila melihat mata Harris Hakimi sudah mula memerah menahan tangis.
“Saya tak tahu apa akan jadi pada saya kalau Sayang kawin dengan Abang Is. Saya tak kuat nak hadapinya.” Air mata Harris Hakimi sudah mulai gugur.
“Jangan macam ni Harris. Awak kena kuat. Saya yakin awak akan dapat terima kenyataan ni. Tolong buang saya dalam hati awak. Kalau tak awak takkan tenang nanti. Sekarang, tolong lepaskan tangan saya. Saya merayu pada awak.”
Perlahan - lahan Harris Hakimi melepaskan tangan Alia Farhana. Walaupun dia sudah bersedia untuk hadapi kemarahan abangnya, namun dia tidak mahu lukai hati kekasih hatinya itu. Biarlah dia mengalah untuk kali ini.
Sejujurnya Alia Farhana jatuh kasihan pada Harris Hakimi. Tidak sangka pula lelaki ini akan begitu menyayanginya sekarang sehingga mengalirkan air mata kerana hal yang sebegini. Tapi apakah yang dia harus lakukan? Tidak mungkin dia akan beralih arah cintanya pada lelaki ini. Bagaimana pula dengan perasaan Ilham Iskandar? Ya! Harris Hakimi perlu kuat dan redha atas apa yang berlaku. Dia perlu terima kenyataan bahawa mereka tidak ditakdirkan untuk bersama.
Alia Farhana berjalan keluar dari bilik Harris Hakimi. Dilihatnya Ilham Iskandar sudah menunggunya di muka pintu biliknya. Dari kejauhan dia sudah tersenyum.
“Okey, Sayang. Jom. Abang lapar sangat ni. Sayang nak makan kat mana?.”
“Tanya saya pulak. Ikut Abanglah nak makan kat mana. Kan orang tu sebulan tak makan makanan melayu. Kot - kotlah tekak masih boleh terima makanan Malaysia ni kan. Kalau tak kita makan Western jelah.”
“Amboi Sayang Abang ni. Dah pandai kan ngusik macam ni. Baru sebulan tak jumpa bukan main lagi mulut dia. Kiss baru tahu.” Ilham Iskandar sudah mendekatkan bibirnya ke muka Alia Farhana. Cepat - cepat gadis itu menolak perlahan pipi Ilham Iskandar dan berlari meninggalkan lelaki itu. Jika dilihat oleh staf yang lain tentu akan menimbulkan fitnah.
Di dalam kereta, Alia Farhana banyak bertanyakan itu dan ini kepada Ilham Iskandar mengenai pekerjaannya di sana. Selain ingin tahu bagaimana cara hidup orang -orang di sana seperti apa. Maklumlah dia belum pernah jejakkan kaki lagi di negara luar. Teringin juga dia. Namun apakan daya dia tidak mampu untuk mencapai angan - angannya itu.
“Nanti kita dah kawin, Abang bawak Sayang honeymoon kat oversea okey. Sayang nak pergi negara mana?.”
“Hmm... Entahlah. Negara apa yang best? Tapi tak mahal ke kosnya?.”
“Sayang nak ke mana tu?.”
“Hmm... Tak tahulah Bang. Mana Abang bawak, saya ikut je. Saya tak kisah.”
“Okeh. Nanti Abang fikirkan negara mana yang best.”
Alia Farhana hanya mengangguk dan tersenyum gembira. Tidak sabar pula mahu honeymoon dan berdua - duaan bersama lelaki yang dia cinta ini. Tentu bahagia yang dirasa ketika itu. Dia tersenyum lagi.
“Amboi... Bukan main lebar lagi senyum tu. Sayang dah tak sabar ea nak pergi honeymoon? Ke... Sayang dah tak sabar nak duduk berdua - duaan dengan Abang dalam satu bilik?.”
“Eee... Abang ni kan. Ada pulak ke situ. Memanglah tak sabar nak pergi berjalan tu. Tak sabar nak tengok negara orang. Nak rasa cuaca kat sana...”
“Lagi?.”
“Hmm... Nak rasa makanan kat sana.”
“Lagi?.”
“Nak selfi - selfi.”
“Nak peluk - peluk Abang... Nak kiss - kiss Abang. Nak buat anak dengan Abang...”
“Ish Abang ni. Tak naklah cakap macam tu. Malulah. Sejak bila pandai cakap - cakap macam tu? Gatal kan Abang ni? Cubit baru tahu.”
Pipi Alia Farhana sudah mula memerah menahan malu bila Ilham Iskandar berkata begitu. Lelaki itu pula hanya ketawa besar apabila bakal isterinya itu sudah mula malu. Suka benar dia melihat raut wajah kekasih hatinya ketika malu. Comel sungguh.
“Sayang. Abang rindu sangat kat Sayang. Dari dalam flight lagi Abang dah tak sabar nak jumpa Sayang tau. Tapi bila sampai aje kat office tadi terpandang pulak Si Kimi tu. Buat hilang mood aje.” Ilham Iskandar memuncungkan mulutnya tanda merajuk.
“Janganlah merajuk Abang. Kami bukannya buat apa pun. Kan kami tengah kerja. Abang janganlah fikir yang bukan - bukan. Tak baik tau.”
“Taklah. Abang cuma cemburu aje. Entah apalah yang korang buat selama Abang tak ada kan. Takut Abang nak fikir. Mesti Sayang keluar date dengan dia kan?.”
Gulp!! Alia Farhana menelan liur. Nak jawab macam mana ni? Aduhaii...
“Abang tak percayakan saya ke?.”
“Bukanlah tak percaya kat Sayang. Abang cuma tak percaya kat Kimi tu hah. Dia tu lain sikit. Kalau dia nak, dia akan usaha sampai dapat tau. Dan... Dia tu pantang di cabar. Abang risau kalau Sayang jatuh hati semula pada dia.”
“Abang ni.... Terlalu risau. Dia okey jelah masa Abang tak ada. Dia tak ada pun buat apa - apa pada saya. Kan saya sayang Abang sorang aje.”
“Betul ni sayang kat Abang sorang aje?.”
“Iye. Sayang kat Abang sorang aje.”
“Kalau betul cuma sayang kat Abang sorang, meh cium Abang sini.” Ilham Iskandar sudah menghulurkan pipinya kepada gadis di sebelahnya.
“Ish Abang ni. Bawak kereta tu elok - eloklah. Sempat lagi dia mintak cium.”
“Cepatlah cium. Bukti Sayang cuma sayangkan Abang sorang.”
“Tak naklah. Kalau nak kiss kena kawin dululah.”
“Sayang cepatlah. Sekali aje. Kat pipi. Cepatlah. Kata sayang kat Abang sorang.”
“Tak naklah Abang. Bahaya. Abang kan tengah drive tu. Kang excident tak pasal.”
“Okey. Abang berhenti then Sayang kiss Abang ea.” Ilham Iskandar sudah memperlahankan keretanya dan menuju ke bahu jalan. ‘Eh biar benar dia ni?.’ Alia Farhana sudah terkedu.
“Eh Abang. Buat apa sampai berhenti ni?.”
“Okey. Now kita dah berhenti. Abang nak Sayang kiss Abang bukti Sayang cuma sayangkan Abang sorang.” Ilham Iskandar mendekatkan pipinya kepada Alia Farhana. Gadis itu menjauh dan menolak perlahan pipi lelaki itu.
“Tak payahlah Bang. Malulah.”
“Okey Abang tutup mata.” Ilham Iskandar menutup matanya sambil menghulurkan pipinya lagi kepada Alia Farhana.
“Tak naklah.”
“Kalau Sayang tak nak kiss... Kita duduk sini jelah sampai bila - bila.”
“Orang nampaklah nanti Bang.”
“Taklah Sayang. Cermin kereta Abang ni kan gelap. Orang tak boleh nampak kita dari luar. Cepatlah. Kiss kat pipi aje. Sekaliii aje. Nah. Abang tutup mata.”
Alia Farhana teragak - agak untuk melakukannya. Tapi jika dia tak buat, takut pula kalau lelaki ini buat kerja gila tak nak beredar dari situ. Lagi nyaya!
Dengan perlahan dia mendekati wajah Ilham Iskandar. Dan sepantas kilat dia mencium pipi lelaki itu.
“Okey dah.”
“Eh dah ke? Cepatnya. Abang tak rasa apa pun. Lagi sekali Sayang.”
“Dahlah Bang. Kan saya dah buat dah tadi.”
“Tak rasalah Sayang. Laju sangat. Okey last. Buat perlahan sikit. Nah.” Ilham Iskandar mendekatkan semula pipinya.
“Abang ni mengadalah.”
“Cepatlah Sayang.”
Alia Farhana mencium sekali lagi pipi Ilham Iskandar. Namun setelah dia mendekatkan bibirnya pada pipi lelaki itu, Ilham Iskandar telah memalingkan wajahnya nak mencium bibir merah milik Alia Farhana. Tangannya laju saja merangkul pinggang gadis itu. Alia Farhana yang tergamam dengan perlakuan Ilham Iskandar itu ternyata tidak mampu berbuat apa - apa. Dia hanya menuruti kehendak lelaki yang dia cintai itu walaupun tangannya adakala menolak perlahan tubuh sasa itu.
Terasa rindu yang ditanggung dalam hati diluahkan melalui ciuman itu. Mereka sama - sama merasainya. Tanpa sedar, agak lama mereka berhenti di bahu jalan itu.
“Sayang. Thanks. Terima kasih sayangkan Abang sorang. Ya Allah. Abang rinduuu... sangat kat Sayang. Rindu sangat.” Ilham Iskandar berkata perlahan ketika memeluk tubuh Alia Farhana. Kemudian dia mencium lagi bibir gadis itu dengan penuh keasyikan dan kerinduan.
“Abang. Cukuplah. Kita tak patut buat macam ni.”
“Abang minta maaf Sayang. Tapi Abang tak mampu nak tahan rasa rindu ni. Minggu depan Abang mintak Ummi dengan Abah masuk minang Sayang okeh. Abang tak sanggup nak lama - lama macam ni. Kita tak payah tunang. Kita nikah je terus. Okey Sayang.”
“Saya tak kisah Bang. Mana yang Abang rasa terbaik untuk kita, saya ikut aje.”
Ilham Iskandar tersenyum mendengar jawapan dari Alia Farhana itu. Dalam fikirannya sudah mula merancang pelan seterusnya bagi hubungan mereka itu. Tidak sabar rasanya mahu beritahu Ummi dan Abah. Seterusnya mengikat tali pernikahan dengan gadis yang dia terlalu sayang ini. Semoga apa yang dihajati berjalan dengan lancar hendaknya.
Share this novel