BAB 24

Romance Completed 43587

BAB 24

     Selepas habis urusan di Megah Holding, Ilham Iskandar dan Alia Farhana terus pulang ke rumah. Pada awalnya, Ilham Iskandar mahu membawa Alia Farhana pusing - pusing bandar JB tetapi gadis itu menolak kerana dia teringatkan pesanan umi agar pulang cepat. Tidak sampai hati pula jika menghampakan perasaan orang tua itu yang mengharapkan anaknya pulang awal ke rumah. Lagi pula esok mereka masih berada di JB. Bolehlah jika Ilham Iskandar mahu membawanya berjalan satu JB.

     “Assalamualaikum. Wahh!! Ada kuih Seri Mukalah. Sedapnya. Lama tak makan.”

     “Waalaikumussalam. Hah, Is, Alia. Mari sini kita minum - minum dulu. Umi ada buat kuih kesukaan Is ni.” Pelawa Datin Ruhani.

     “Abah mana umi? Tadi habis meeting abah terus balik. Tak sampai lagi ke?.” Tanya Ilham Iskandar kepada uminya sambil mengunyah kuih Seri Muka kesukaannya.

     “Belum lagi. Adalah tu singgah mana - mana. Jap lagi sampailah tu.”

     “Kimi dah sampai ke? Tu nampak kereta dia kat depan tu. Mana dianya?.”

     “Ada dalam bilik dia tu hah. Tidur agaknya. Kepenatan.” Ilham Iskandar hanya mengangguk - anggukkan kepalanya bila mengetahui adiknya yang seorang itu sudah sampai dan berada di biliknya.

     “Makan lagi ni Alia. Umi buat banyak kuih ni. Kalau Alia nak tahu, Is ni kalau ada 10 jenis kuih depan dia, kuih ni dululah dia terkam. Kalau sedap memang dia ngadap sorang jelah sampai habis. Janganlah ada orang nak ngecek. Memang kedekut dia nak beri.”

     “Umi ni buat Is malu jelah. Tu masa zaman saya kecik - kecik dulu. Awak tahu, Kimi tu selalu mengalah dengan saya tau. Kalau pasal kuih ni dia memang surrender sebab saya pernah tumbuk muka dia sebab dia perabih kuih ni.”

     “Sampai macam tu sekali Encik Ilham.?” Alia Farhana bertanya inginkan kepastian. Tak sangka pula perangai bosnya itu begitu sekali disebabkan kuih Seri Muka itu.

     “Iye, Alia. Pulak tu Si Kimi pun sukakan kuih ni jugak. Kalau umi ke abah beli kuih ni kena belikan sorang satu bungkus. Kalau Is dapat 5 biji, Kimi pun mesti 5 biji. Kadang - kadang pening kepala umi dengan abah ni hah.”

     Alia Farhana sudah tersenyum mendengar cerita zaman kanak - kanak Ilham Iskandar. Comel!

     “Alia kerja dengan Is ni dah lama ke?.”

     “Hmm... Adalah dekat setahun.”

     “Lama jugak tu. Alia kena banyak - banyak sabar tau kalau perangai bos Alia ni baran tak tentu pasal. Is ni kadang - kadang ada anginnya.”

     “Tengok tu. Umi ni buat Is malu lagi.”

     “Mula - mula kerja dulu memang saya tak berapa faham dengan perangai Encik Ilham ni. Tapi bila dah lama - lama kerja dengan dia, saya dah boleh baca ‘angin’ dia umi. Dah agak ‘masak’ dengan perangai dia. So, saya dah lali kalau kena marah ke, bebel ke. Biasalah kan. Kadang - kadang kerja saya yang dia tak berkenan memang akan kena marahlah.”

     “Alia ni orang mana?.”

     “Saya orang KL umi. Lahir kat sana dan membesar pun kat sana. Sedap kuih umi buat ni.”

     “Hah tambahlah lagi.”

     “Boleh ke tambah lagi ni? Kang ada orang berebut pulak dengan saya.” Alia Farhana sudah tersengih memandang umi dan Ilham Iskandar. Kemudian masing - masing ketawa bila Ilham Iskandar sudah mengangkat piring kuih Seri Muka itu seperti tidak mahu memberi kepada orang lain.

     “Nanti bolehlah umi ajar saya buat kuih ni. Sedap.”

     “Boleh je Alia. Nanti umi ajarkan. Senang je buatnya.”

     “Hah eloklah tu. Nanti boleh buatkan untuk saya kat KL nanti.”

     “Eh. Buatkan untuk Is pulak. Baik dia buatkan untuk boyfriend dia.”

     “Err... Saya tak ada boyfriend lagilah umi.”

     “Laa yeke? Ni mesti Is bagi banyak sangat kerja sampai tak ada masa untuk diri sendiri.”

     “Taklah umi. Encik Ilham tak bagi banyak kerja pun. Entahlah. Masih tak ada orang yang nak kot.”

     “Assalamualaikum. Rancak nampak borak?.” Tiba - tiba kedengaran seseorang menegur dari belakang Alia Farhana.

     “Weh, Kimi. Apa khabar kau?.” Ilham Iskandar yang melihat adiknya yang semakin mendekat terus bangun dan terus bersalaman dan memeluk adiknya itu. Lama sungguh tidak berjumpa. Rindu!

     “Aku sihat aje. Kau tu kalau tak ada kerja kat JB ni mananya nak balik kan. Syok sangat kerja kat KL tu. Duk nak melekat aje dengan Si Hana.”

     “Ish mana adalah. Aku dah putus pun dengan dia.”

     “What? Seriuslah bang.”

     “Yelah. Tak ada jodoh. Nak buat macam mana. Eh. Ni aku kenalkan PA aku. Alia Farhana. Alia. Ni adik saya, Harris Hakimi.”

     Serentak Alia Farhana dan Harris Hakimi berpandangan. Masing - masing terpaku seketika. Kenangan 3 tahun yang lalu menjelma di ingatan tiba - tiba. Kelu lidah Harris Hakimi ketika itu. Sepertinya Allah telah makbulkan doanya untuk berjumpa gadis yang dia pernah kenal dulu.

     “Eh. Kau dah kenapa Kimi?.” Tegur Ilham Iskandar sambil menepuk lengan Harris Hakimi.

     “Err... Hah. Hai Alia. Harris.” Harris Hakimi menghulurkan tangan untuk bersalaman. Seketika dia tersedar yang dia bukan mahram pada gadis itu dan cepat - cepat dia menarik tangannya kembali dan hanya menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.

     “Hai..” Alia Farhana tersenyum sedikit. Dia berpura - pura tenang ketika itu sedangkan dihatinya bagaikan mahu tercabut jantungnya saat terlihat Harris Hakimi saat itu.

     Harris Hakimi menarik kerusi besi di hadapan Alia Farhana. Sesekali matanya memandang gadis itu. Mulutnya berbual, telinganya mendengar tetapi di fikirannya melayang pada kenangan lalu yang telah membuatkan jiwanya tidak tenang selama 3 tahun ini.

     “Umi, Encik Ilham. Saya naik bilik dululah ye. Nak mandi. Melekit dah ni rasa badan.”

     “Hah yelah. Kalau nak apa - apa jangan segan - segan minta pada Mak Kinah tau.”

     “Okey, umi. Terima kasih. Saya naik dulu.”

     Alia Farhana beredar meninggalkan anak beranak itu. Dirinya sungguh tidak selesa ketika itu. Dia perasan yang Harris Hakimi memandangnya sedari tadi. Lebih baik dia pergi dari situ daripada terpaksa berpura - pura selesa berhadapan dengan situasi yang amat merimaskan itu.

     Di dalam bilik,  Alia Farhana duduk termenung di atas katil. Segala yang berlaku 3 tahun lalu kembali bermain di mindanya. Hatinya tiba - tiba rasa gelisah. Takut. Risau. Bermacam perasaan berbaur dalam hatinya.

     “Ya Allah. Aku nak buat apa ni? Kenapalah boleh jumpa dia lagi. Aku dah lupakan dah kisah dulu tu. Ya Allah... Tolonglah. Aku tak bersedia nak berdepan dengan dia. Kalau Encik Ilham tahu mesti lagi banyak hal. Apa harus aku buat ni?.” Alia Farhana mengetap bibir. Fikirannya runsing. Terasa ingin melarikan diri saat itu. Lari jauh dari lelaki bernama Harris Hakimi.

      Usai solat Maghrib, Alia Farhana turun ke dapur. Niatnya mahu membantu apa yang perlu. Tak sedap pula jika dia hanya duduk berehat di dalam bilik saja. Semasa dia memasuki ruang dapur, Mak Kinah sedang membersihkan ketam. Dilihatnya bahan - bahan untuk memasak terbiar di atas meja.

     “Nak masak apa ketam tu Mak Kinah?.” Alia Farhana menyapa Mak Kinah.

     “Datin suruh Mak Kinah masak sambal berlada.”

     “Oh. Sedap tu. Apa je yang belum dibuat ni Mak Kinah? Boleh saya tolong buatkan.”

     “Tu hah. Sayur kangkung tu nak siang, Cik Alia. Nak masak kangkung belacan.”

     “Tak payahlah bercik - cik dengan saya Mak Kinah. Panggil Alia je sudah. Segan pulak Mak Kinah panggil saya macam tu.”

     “Cik Alia kan tetamu rumah ni. Kerja dengan Is pulak tu. Mak Kinah kenalah panggil cik. Tak sedap pulak nak panggil nama aje.”

     “Mak Kinah ni dah macam mak saya aje. Ada pulak mak panggil anak dengan cik. Tak best kan.”

     “Yelah. Alia.”

     “Hah kan lebih sedap di dengarkan.” Alia Farhana tersenyum pada Mak Kinah. Tanganya ligat menyiang kangkung. Mereka berbual - bual sambil menyiapkan bahan untuk di masak. Tiba - tiba Mak Kinah mengaduh sakit.

     “Aduh. Sakitnya.” Mak Kinah membuka paip dan melalukan jarinya di bawah air. Kemudian dia membelek jari telunjuknya yang tercucuk sepit ketam. Alia Farhana yang mendengar teriakan kecil Mak Kinah itu bingkas bangun dan terus mendapatkan wanita itu.

     “Dalam lukanya tu Mak Kinah. Ada first aid tak? Saya tolong letakkan ubat.”

     “Ada tu dalam almari atas tu.” Mak Kinah menunjukkan tempat di mana letaknya first aid. Alia Farhana segera ke almari yang di maksudkan dan mengambil peti rawatan  kecemasan.

     Laju saja tangannya merawat luka di jari Mak Kinah. Tak sampai berapa minit luka tersebut sudah siap berbalut dengan plaster.

     “Mak Kinah nak buat apa tu?.” Tanya Alia Farhana tatkala terlihat Mak Kinah menuju ke sinki.

     “Nak bersihkan ketam nilah. Tak siap lagi.”

     “Dah tak payah. Biar saya yang buat. Mak Kinah sambung saya siang kangkung ni.”

     “Eh tak apa ke?.”

     “Kenapa? Mak Kinah ingat saya tak reti ea?.”

     Mak Kinah sudah tersengih. Begitulah di fikirannya. Jarang anak dara zaman sekarang tahu membuat kerja dapur. Masing - masing sibuk dengan urusan kerja mencari wang.

     Tanpa banyak bicara, Alia Farhana terus saja ke sinki dan meneruskan kerja membersihkan ketam. Selepas siap semuanya, dia meletakkan ketam tersebut di dalam jaring biar airnya tos ke bawah. Kemudian dia membantu menyiapkan rencah - rencah yang diperlukan untuk memasak malam itu. Setengah jam kemudian, masakan mereka pun siap terhidang. Alia Farhana tersenyum puas. Lama sungguh rasanya dia tidak memasak. Terubat juga rindu malam itu apabila dapat memasak. Walaupun hanya membantu Mak Kinah  sahaja.

     “Dah siap dah ke semua Kinah?.” Datin Ruhani masuk ke dapur dan bertanya.

     “Siap dah Datin. Tinggal makan aje.” Jawab Mak Kinah sambil tersenyum.

     “Baru saya nak tolong.”

     “Hemm... Tak payah Datin. Nasib ada Alia ni hah tolong. Tak delah kelam kabut saya menyiapkan semuanya.”

    “Tolong kacau je umi.” Sampuk Alia Farhana yang sedang membasuh peralatan memasak.

     “Sambal belacan tu Alialah yang buat Datin. Tengok macam sedap tu.”

     “Alah Mak Kinah ni. Sambal belacan je pun. Semua orang pun pandai buat.”

     “Siapa cakap semua pandai buat sambal belacan? Tak semua pandai buat tau. Ada tu belacan pun tak kenal.” Bidas Datin Ruhani.

     “Iye Alia. Betul cakap Datin tu. Kalau tak betul - betul, bukan semua orang tahu buat sambal belacan ni. Tahu makan je adalah.”

     Mereka ketawa bersama apabila Mak Kinah buat muka lucu menggayakan orang sedang makan sambal belacan.

     Setelah makanan semua siap dihidang, Datin memanggil suami dan anak - anaknya agar turun makan bersama - sama.

     “Mana Si Is dengan Kimi tak turun lagi?.” Tanya Dato’ Razali kepada isterinya.

     “Biasalah budak - budak tu. Mana nak dengar kalau laung dari bawah ni. Hemm... Alia. Tolong panggilkan Is boleh?.” Minta Datin Ruhani kepada Alia Farhana.

     Alia Farhana yang sedang meletakkan pinggan di atas meja berhenti daripada melakukan kerjanya dan bergegas naik ke tingkat atas untuk memanggil Ilham Iskandar.

     Ketika dia mendaki anak tangga untuk menuju ke bilik Ilham Iskandar, dia terserempak dengan Harris Hakimi yang sedang turun. Lelaki itu menegurnya. Alia Farhana buat - buat tidak mendengar dan meneruskan langkahannya untuk ke bilik Ilham Iskandar.

     “Hai.” Sapa Harris Hakimi kepada Alia Farhana tetapi tidak diendahkan oleh gadis itu.

     “Alia. Sekejap. Saya nak cakap dengan awak sekejap.” Alia Farhana menghentikan langkahnya. Dia tidak menoleh pada Harris Hakimi.

     “Awak nak apa? Cakaplah cepat. Umi dan abah dah tunggu tu nak makan sama.”

     “Awak apa khabar?.”

     “Seperti yang awak nampak.”

     “Saya... Dah lama saya cari awak. Tak sangka rupanya awak dekat je dengan saya.”

     “Untuk apa awak cari saya? Nak hancurkan hidup saya atau kecewakan perasaan saya? Cukuplah Harris. Lebih baik kita buat - buat saling tak kenal daripada hati awak sakit dan jiwa saya tak tenang.” Selepas menghabiskan ayatnya, Alia Farhana meninggalkan Harris Hakimi keseorangan di tangga. Dia malas mahu bercakap lama - lama dengan lelaki itu. Dia khuatir kalau cerita lama dibuka semula. Lebih baik dia pergi segera.

     

 

     

 

 

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience