BAB 27
Sejak berjumpa dengan Alia Farhana secara tidak sengaja kelmarin, hidup Harris Hakimi sering tidak keruan. Ingatannya sering terimbau kembali kejadian yang berlaku 3 tahun lalu.
Dia bercadang mahu berjumpa Alia Farhana di Kuala Lumpur tanpa pengetahuan abangnya, Ilham Iskandar. Jika abangnya tahu sudah tentu dia dihalang daripada bertemu gadis itu.
Selepas seminggu Ilham Iskandar dan Alia Farhana ke Johor Bahru, Harris Hakimi berusaha mencari nombor telefon Alia Farhana. Dia bertanya dengan Maria, Setiausaha abangnya. Syukurlah wanita itu memberinya nombor telefon Alia Farhana. Kalau tidak dia sudah tidak tahu dari mana boleh mendapatkannya.
Harris Hakimi ke Kuala Lumpur pada hari Isnin itu. Dia hanya memberitahu umi dan abahnya bahawa dia ke Negeri Sembilan atas urusan kerja. Dia tidak mahu kedua orang tuanya risau jika dia menyatakan hasrat mahu bertemu Alia Farhana di Kuala Lumpur.
Sesampai sahaja di KL, Harris Hakimi mendaftar masuk dahulu di hotel. Dia telah menginap di hotel berhampiran Jaya Holdings. Dia membersihkan badan dan berehat seketika. Jam menunjukkan pukul 1 petang. Perut pun sudah lapar minta diisi. Selepas menunaikan solat jamak Fardhu Zuhur dan Asar, dia keluar untuk mengisi perutnya.
Harris Hakimi memandang telefon bimbitnya. Dia berkira - kira mahu menelefon Alia Farhana. Tetapi tentu gadis itu bersama abangnya ketika ini. Tidak berpeluanglah dia nanti untuk bercakap dengan gadis itu.
Dia berfikir sejenak apakah yang perlu dilakukan seterusnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menunggu Alia Farhana di luar bangunan Jaya Holdings.
Sejak dari pukul 3 petang lagi Harris Hakimi sudah setia menunggu. Dia menanti kelibat Alia Farhana keluar dari bangunan Jaya Holding. Dia berharap agar dapat berjumpa gadis itu hari ini.
Tidak sedar waktu berjalan pantas. Jam pun sudah pukul 5 petang. Waktu bekerja telah tamat. Seorang demi seorang staf di dalam bangunan itu keluar. Dia mengamati setiap orang yang lalu. Namun bayang Alia Farhana langsung tidak ketemu.
Sedang matanya masih melilau mencari Alia Farhana, tiba - tiba dia terpandang kereta abangnya, Ilham Iskandar keluar dari kawasan parkir. Dia melihat ke dalam isi kereta abangnya itu. Ternyata Alia Farhana ada bersama lelaki itu. Dengan pantas dia mengekori mereka dari belakang.
Sejam kemudian, mereka tiba di rumah Alia Farhana. Harris Hakimi menghentikan keretanya selang beberapa buah rumah. Dia melihat Alia Farhana turun dari kereta. Wajah cantik itu terlihat tersenyum manis kepada abangnya yang berada di dalam kereta. Hatinya tiba - tiba merasa cemburu. Kenapa bukan dia yang berada di tempat abangnya. Tentu dia akan merasa bahagia bila cinta di balas. Menyesal sungguh dia mempersia - siakan peluangnya yang dia dapat dahulu.
Beberapa minit kemudian, setelah kereta Ilham Iskandar berlalu pergi, Harris Hakimi memandu keretanya menuju ke rumah Alia Farhana. Dia berhenti di hadapan rumah teres itu dan keluar dari kereta.
“Assalamualaikum. Alia.” Alia Farhana yang sedang berjalan menuju ke pintu rumahnya menoleh.
“Waalaikumussalam. Harris.” Keningnya bertaut kehairanan melihat lelaki yang berada di hadapannya. Dia menghampiri pintu pagar rumahnya. Harris Hakimi tersenyum.
“Awak sihat?.” Soal Harris Hakimi lagi.
“Sihat. Err... Ada apa awak datang ni Harris? Mana awak tahu rumah saya ni?.”
“Saya follow belakang kereta Abang Is tadi. Maafkan saya. Tadi saya tunggu awak kat depan Jaya Holdings. Tapi rupanya awak balik dengan abang saya. Tu yang saya follow tu. Hmm... Boleh kita bercakap sekejap?.”
“Awak nak cakap apa lagi? Rasanya kita dah tak ada apa yang nak dibincangkan.”
“Alia. Please. Saya nak cakap dengan awak. Tentang kita. Sekejap aje.”
Alia Farhana menghembus perlahan nafasnya. Dia tidak pasti samada perlu atau tidak dia meneruskan perjumpaan dengan Harris Hakimi. Tapi jika dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu, hal mereka pasti akan berlanjutan sampai bila - bila. Harris Hakimi pasti akan selalu mengganggunya. Lebih baik dia selesaikan segera.
“Awak nak cakap apa? Cakaplah cepat.”
“Kita bercakap kat tempat lain boleh?.” Alia Farhana berkerut dahi. Perlukah? Dia mempersoalkannya di dalam hati.
“Cakap kat sini jelah Harris. Saya letih baru balik kerja ni.”
“Please Alia. Kita cakap kat tempat lain.” Harris Hakimi merayu. Untuk mengelakkan kekecohan dan tak nak membuang masa, akhirnya Alia Farhana bersetuju untuk bercakap di tempat lain.
“Hmm... Yelah. Kita nak cakap kat mana ni?.”
“Jom. Naik kereta saya.” Harris Hakimi sudah tersenyum gembira kerana Alia Farhana bersetuju. Alia Farhana membuka pintu pagar dan menuju ke kereta Harris Hakimi. Lelaki itu membukakan pintu kereta buat dirinya dan menutupnya kembali. Kemudian dia memasuki ke tempat pemandu.
Lebih kurang empat puluh lima minit perjalanan, mereka tiba di atas sebuah bukit di mana mereka selalu meluangkan masa bersama ketika belajar dahulu. Harris Hakimi menghentikan keretanya di bahu jalan.
“Dulu kita selalu ke sini kan, Alia. Awak ingat lagi tak masa kita berkongsi makan burger kat sini sama - sama dulu? Saya rindu kenangan kita. Awak tak rindu ke?.”
“Dulu yelah saya rindu. Tapi selepas awak pergi tanpa berita... Saya dah tak nak dah ingatkan lagi.”
“Saya minta maaf, Alia. Saya cari awak masa tu. Saya call... Saya whatsapp... Awak langsung tak balas. Kenapa awak tak balas whatsapp saya? Baca pun tidak. Saya tahu awak betul - betul marah pada saya kan? Saya minta maaf. Bila saya call awak tak dapat, saya cuba nak cari awak kat kolej tapi dah tak sempat sebab saya perlu berangkat ke London. Saya betul - betul minta maaf.”
“Awak tahu tak. Lepas saya terjaga dari tidur malam tu... Saya terkejut bila terpandang awak di sebelah saya. Dengan tidak berbaju... Apa yang akan saya fikirkan bila dalam keadaan begitu? Tentu saya fikir awak dah merogol saya. Saya keluar dalam keadaan kepala saya yang sakit... Saya berjalan tanpa arah tujuan... Kebingungan tak tahu apa yang terjadi... Saya menangis sepanjang saya berjalan... Bagaikan sudah jatuh di timpa tangga bila handphone saya kena samun. Awak dapat bayangkan tak macam mana saya nak meneruskan hidup saya dengan keadaan macam tu. Sorang - sorang saya pendam dalam hati.”
Panjang lebar Alia Farhana meluahkan perasaannya pada Harris Hakimi. Tahulah lelaki itu kenapa panggilannya langsung tidak berjawab. Rupanya telefon bimbit gadis itu di curi. Allah!
“Maafkan saya Alia. Saya menyesal buat macam tu pada awak. Saya tahu awak cintakan saya dulu. Tapi saya tak layan. Malah saya mempermain - mainkan perasaan awak. Saya minta maaf sangat - sangat. Saya berdosa pada awak, Alia.”
“Perkara dah berlaku pun Harris. Saya dah lupakannya dah pun.”
“Tapi saya masih tak boleh lupakan awak, Alia. Berilah saya peluang untuk tebus semua dosa saya tu.”
“Awak nak tebusnya macam mana? Benda dah jadi pun. Saya pun dah lama maafkan awak. Tak payahlah awak nak tebus. Kita buatlah haluan masing - masing.”
“Kita mulakan semula hubungan kita, Alia. Berilah saya peluang untuk buktikan cinta saya ni pada awak. Please.”
“Harris. Sejak bila awak cintakan saya ni? Dulu awak tak pernah endah pun perasaan cinta saya ni pada awak. Macam awak cakap tadilah. Awak hanya main - mainkan perasaan saya. Sekarang ni awak cakap awak nak buktikan cinta awak pada saya. Tolong jangan buat saya keliru, Harris.”
“Sebenarnya sejak kejadian tu... Saya dah mula cintakan awak bila saya... Nak teruskan niat saya tapi tak jadi. Tiba - tiba perasaan saya jadi lain. Saya tak tergamak nak teruskannya. Masa tu saya sedar yang saya cintakan awak. Sayangkan awak.”
“Dah terlambat dah Harris. Kalau dulu awak juga cintakan saya, mungkin sekarang kita dah bahagia. Kita dah bersama. Tapi awak tolak cinta saya. Dan sekarang awak nak kita mula semula? Dah terlambat Harris.”
“Awak boleh bagi saya peluang untuk buktikan cinta saya pada awak. Saya tahu awak dah tak boleh terima saya lagi. Tapi... Kita boleh cuba. Bagi saya masa sebulan untuk buktikan keikhlasan cinta saya. Tapi kalau awak tak boleh nak cintakan saya, saya akan undur diri.”
“Saya tak boleh Harris. Saya cintakan abang awak. Tak mungkin kita boleh bersama. Tolonglah... Antara kita memang dah tak ada jodoh. Tak guna kita buang masa untuk mencuba.”
“Selagi awak belum berkahwin dengan abang saya, kita masih boleh mencubanya Alia. Saya merayu. Tolonglah bagi saya peluang. Sebulan aje.” Harris Hakimi meraih tangan Alia Farhana. Dia merayu pada gadis itu. Dia berharap sangat yang Alia Farhana akan memberinya peluang kedua.
Alia Farhana menarik tangannya daripada genggaman tangan Harris Hakimi tetapi tidak dilepaskan oleh lelaki itu. Dia memandang tepat ke wajah Harris Hakimi. Nampak keikhlasan di wajah itu. Dia menarik nafas berat. Keliru hatinya untuk memberi kata putus.
“Huh... Kenapa awak buat saya macam ni Harris?. Awak buat saya serba salah. Saya... Saya tak boleh. Tolonglah faham. Kita memang tak ada jodoh.” Alia Farhana sudah mula menangis.
Dia sendiri tidak pasti kenapa dia boleh menangis. Adakah dia masih simpan perasaan pada Harris Hakimi? Walaupun lelaki itu sudah buat sesuatu yang tidak elok padanya, dia masih boleh menerimanya? Dia keliru. Ingatannya teringat pada Ilham Iskandar pula. Bagaimana dengan lelaki itu jika dia tahu dia berjumpa dengan Harris Hakimi? Tentu keadaan akan menjadi keruh. Patutkah dia merahsiakannya? Atau bercakap jujur saja? Tapi jika dia memberi peluang pada Harris Hakimi untuk sebulan ini, perlukah dia memberitahu Ilham Iskandar? Tentu lelaki itu akan mengamuk. Ya Allah! Kenapa begitu rumit masalah aku ni?.
“Alia...” Harris Hakimi mendekat. Dia menyeka air mata Alia Farhana yang mengalir.
“Saya tahu awak masih cintakan saya. Masa saya masuk bilik awak kat rumah umi hari tu pun saya dapat rasakan yang awak masih ada perasaan pada saya.”
Dengan berat hati dia membuat keputusan petang itu. Sebenarnya dia masih ragu - ragu akan jawapan yang akan diberikan. Jika dia tidak bersetuju dengan cadangan Harris Hakimi, tentu lelaki itu akan terus menerus mengganggunya.
“Harris... Baiklah. Hanya sebulan saja. Tapi dengan satu syarat.” Harris Hakimi sudah tersenyum.
“Apa dia syaratnya?.”
“Saya nak kita rahsiakan hal ni daripada pengetahuan abang awak.”
“Okey. Tak ada masalah. Saya akan rahsiakannya. Terima kasih Alia.” Harris Hakimi menarik tangan Alia Farhana dan mengucupmya lembut.
Selepas perjumpaan itu, Harris Hakimi menghantar Alia Farhana pulang ke rumah. Hatinya berbunga - bunga riang kerana Alia Farhana memberikannya peluang kedua untuk membuktikan cintanya pada gadis itu. Dia sudah mengatur rancangan seterusnya untuk memikat semula hati gadis yang dicinta.
Malam itu, Harris Hakimi hanya duduk di hotel sahaja. Dia mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Alia Farhana. Beberapa saat kemudian, panggilannya di jawab. Harris Hakimi sudah tersenyum lebar.
“Assalamualaikum.” Kedengaran suara Alia Farhana dihujung talian.
“Waalaikumussalam. Awak tengah buat apa tu?.” Soal Harris Hakimi.
“Siapa ni?.” Alia Farhana sudah berkerut dahi.
“Ni sayalah. Harris. Awak buat apa tu?. Soalnya lagi.
“Awak rupanya. Dari mana dapat nombor saya ni?.” Soal Alia Farhana ingin tahu.
“Tak payahlah awak tahu. Saya kan, akan usaha macam mana sekali pun untuk dapatkan sesuatu yang saya nak tau. Tak kisahlah kalau ia membahayakan diri saya asalkan saya dapat apa yang saya mahu.”
“Takkanlah macam tu sekali. Boleh jatuh dosa kalau sampai nak membahayakan diri sendiri.”
“Dah kalau saya mintak pada awak tentu - tentulah awak tak nak bagi kan. So, saya carilah sendiri walau macam mana cara pun.”
“Hmm... Yelah Harris. Ikut awaklah nak macam mana pun. Ni telefon saya ada apa ni?.”
“Kita kan dah mula bercinta semula. So... Sebagai boyfriend and girlfriend, kita kenalah luangkan masa bertelefon, berjumpa... Kan? Esok kita keluar jom.”
“Esok kan saya kerja. Balik pun dah petang. Bilanya kita nak jumpa? Yang awak pun. Tak kerja ke?.”
“Tak kerja. Saya memang sengaja ambil cuti sebab nak cari awak kat KL ni.”
“Sekarang dah jumpa kan. Baliklah JB semula.”
“Sampai hati awak halau saya. Saya cuma ada masa sebulan aje untuk amik hati awak... Untuk pikat awak semula. Saya tak naklah sia - siakannya. Peluang yang awak beri pada saya ni amat berharga tau. Saya akan buat sampai awak jatuh cinta balik pada saya, Alia.”
“Awak janganlah yakin sangat yang saya ni akan jatuh cinta semula pada awak, Harris. Awak janganlah mengharap sangat. Saya takut awak akan kecewa nanti.”
“Sekurang - kurangnya saya mencuba. Kalau saya gagal sekali pun... Saya tak ralat sebab saya dah sedaya upaya cuba tarik kembali hati awak pada saya.”
Alia Farhana mengeluh. Begitu nekad sekali Harris Hakimi ingin menarik kembali hatinya agar menyintai dirinya. Adakah apa yang dibuat ini tepat? Jika Ilham Iskandar dapat tahu bagaimana? Apa yang harus dijawab? Sesungguhnya dia takut akan apa yang bakal berlaku nanti. Ya Allah. Kau tunjukkanlah jalan yang benar. Jika jodohku dengan Ilham Iskandar, Kau permudahkanlah. Jika jodohku bersama Harris Hakimi, Kau redhakanlah hatiku, hati Ilham Iskandar dan permudahkan jalan yang kami tempuhi.
“Harris. Saya cinta dan sayangkan abang awak. Tak mungkin kita akan bersama. Saya rasa apa yang awak buat ni buang masa aje. Awak carilah perempuan lain. Awak boleh dapat perempuan lain yang lebih baik daripada saya.”
“Tapi saya cuma nakkan awak. Beri saya peluang dan saya akan buktikan. Saya tak nak awak sebut lagi pasal jodoh. Semua tu urusan Allah. Kita merancang je kan. Allah tu lebih tahu mana yang terbaik buat hambanya. Mana tahu selepas sebulan ni hati awak terbuka untuk saya. Terima saya. Apa - apa pun biarlah kita cuba dahulu. Kalau dah memang tertulis kita tiada jodoh, saya akan pergi. Saya takkan ganggu awak lagi. Awak jangan risau.”
“Harris. Huhh... Saya tak tahu nak cakap apa lagi. Entahlah...” Alia Farhana kehilangan kata - kata. Menyesal pula dia bersetuju dengan cadangan Harris Hakimi itu. Apa akan berlaku sebulan ini? Dia tidak dapat bayangkan. Bolehkah dia laluinya? Hatinya gerun.
“Esok kita lunch sama - sama tau.”
“Tak boleh Harris. Saya lunch dengan abang awak esok.”
“Kalau macam tu esok malam kita dinner sama - sama. Itu je waktu yang saya ada kan untuk keluar dengan awak. Saya harap awak tak tolak.”
“Hmm... Tengoklah macam mana. Harris. Saya dah mengantuk ni. Nak tidur.”
“Oh ye ke? Tak puas berbual dengan awak. Okey. Esok malam kita jumpa tau. Good Night.”
“Iye. Insha Allah. Good Night. Assalamualaikum.”
Klik! Panggilan telefon dimatikan. Alia Farhana duduk termenung di birai katil. Dia menarik nafas berat. Hatinya runsing dan risau. Dia berharap cepatlah masa sebulan ini berlalu. Tidak sanggup dia hendak menipu Ilham Iskandar. Ya Allah bantulah aku. Doanya di dalam hati.
Selepas berbual dengan Alia Farhana tadi, senyuman Harris Hakimi tidak lekang di bibir. Dia nekad akan berusaha sehabisnya untuk memikat hati Alia Farhana. Dalam masa yang sama dia tidak mahu abangnya tahu. Dia perlu mengatur plan sebaiknya supaya semuanya berjalan lancar.
“Alia...” Harris Hakimi menyebut nama gadis cinta hatinya dalam senyuman kebahagiaan.
Share this novel