BAB 4

Romance Completed 43587

?? BAB 4 ??

Diam tak diam telah sebulan Alia Farhana bekerja di Jaya Holdings. Ini bermakna telah dua minggu dia bekerja tanpa Maria di sisi. Maria sudahpun selamat melahirkan bayinya minggu lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan Maria telah dikurniakan bayi lelaki yang comel.

Tugasnya sebagai Setiausaha dilakukan dengan baik setakat ini. Sedikit silap salah di mana - mana telah dibaiki sikit demi sedikit. Dimarahi oleh Encik Ilham Iskandar telah menjadi lali ditelinganya.

Namun begitu, dia menerima segala apa yang bosnya marahkan dengan hati yang terbuka. Baginya itu hanya perkara biasa antara pekerja dan majikan. Walaupun begitu, setakat ini bosnya itu tidak pernah memarahinya di depan staf yang lain. Ini menunjukkan bahawa Encik Ilham Iskandar masih menjaga air mukanya daripada dimalukan dikhalayak ramai.

Sedang Alia Farhana khusyuk menaip laporan di komputer, tiba - tiba kedengaran bunyi interkom di atas mejanya. Beep !

"Masuk bilik saya sekarang Alia". Kedengaran suara Ilham Iskandar mengarahkannya. Tanpa berlengah Alia Farhana terus menuju ke bilik pejabat bosnya itu.

"Ya Encik Ilham. Ada apa - apa yang diperlukan ke?". Alia Farhana terus bertanya kepada Ilham Iskandar sambil tangannya sudah bersedia untuk menulis.

"Khamis depan awak perlu ikut saya ke Langkawi selama 5 hari. Ada meeting dengan pegawai dari Indonesia. Book tiket flight dan hotel dua bilik". Alia Farhana yang mendengar arahan itu hanya tergamam tanpa menulis setiap arahan yang diberikan.

Ilham Iskandar yang perasan reaksi Alia Farhana itu terus menegurnya.

"Any problem Alia?" Alia Farhana yang terkejut dengan pertanyaan bosnya itu segera menjawab.

"Hmm..per..perlu ke saya turut serta Encik Ilham?". Tergagap - gagap Alia Farhana bertanya kepada bosnya.

"Ya. Wajib ! Fullstop !". Alia Farhana yang mendengar arahan tegas itu akhirnya hanya mengangguk tanda setuju. Tahu benar dia jika bosnya bercakap dengan nada begitu sudah pasti dia tidak boleh membantahnya.

Alia Farhana melangkah keluar dengan hati yang berat. Bukan dia tidak mahu ikut ke Langkawi. Semasa di universiti dulu pun dia pernah jejakkan kaki di sana. Tetapi pada ketika itu dia pergi beramai - ramai dengan rakan sekolejnya. Akan tetapi, kali ini dia perlu pergi berdua saja dengan bosnya itu.

"Huh..apa nak buat ni? Terpaksa lah pergi juga". Alia Farhana mengeluh bila teringatkan arahan tegas daripada Ilham Iskandar yang mewajibkan agar dia ikut ke Langkawi. Sudah tentu tidak boleh ditolak. Alia Farhana akur.

????????????????????????????

Hari silih berganti. Kini tiba hari Khamis yang tidak diingini. Selepas Alia Farhana menerima arahan tempoh hari, dia telah mempositifkan dirinya dengan menerima tugasan itu dengan hati yang terbuka. Lagi pula, alasan tidak mahu pergi itu sangatlah keanak - anakan. Langsung tidak profesional.

Siapalah dirinya untuk membantah. Lagipun dia pergi bukan untuk bercuti tetapi atas urusan kerja.

Alia Farhana telahpun tiba di Lapangan Terbang Subang tepat jam 12.30 minit tengah hari. Dia bertolak awal kerana tidak mahu terlewat sampai kerana waktu penerbangan di jadualkan pada jam 3 petang. Dia meminta abangnya menghantarnya ke lapangan terbang kerana takutkan terlewat sampai jika menaiki teksi.

Sementara menunggu waktu penerbangan, Alia Farhana duduk di bangku yang disediakan. Sambil melihat jam di tangan, dia meninjau sekeliling kalau - kalau terlihat bosnya.

Sedang Alia Farhana mencari - cari kelibat Ilham Iskandar, tiba - tiba telefon bimbitnya berdering. Dilihatnya nama yang tertera di skrin telefonnya lantas menekan butang hijau untuk menjawab panggilan tersebut.

"Awak dah sampai airport ke?". Belum sempat Alia Farhana memberi salam kepada si pemanggil, telah kedengaran dulu suara pertanyaan.

"Dah Encik Ilham"

"Awak kat mana tu?"

"Saya duduk kat bangku depan Starbucks ni".

"Okey. Awak tunggu situ saya datang". Klik ! Telefon dimatikan sebelum sempat Alia Farhana menjawab.

Selang beberapa minit kemudian, kelihatan Ilham Iskandar sedang berjalan menuju ke tempat duduk yang Alia Farhana nyatakan tadi.

Alia Farhana yang ternampak bosnya itu segera bangun dan melemparkan senyuman kepada Ilham Iskandar.

"Lama dah ke sampai Alia?". Ilham Iskandar bertanya sejurus tiba di hadapan Alia Farhana.

"Baru je lagi Encik Ilham". Alia Farhana menjawab ringkas.

"Awak dah makan belum? Saya belum makan lagi ni. Jom kita makan dulu".

"Saya dah makan dah tadi sebelum bertolak ke mari".

"Owh..kalau gitu awak kena temankan saya makan okey. Jom kita makan kat sana". Tanpa mendengar persetujuan daripada Alia Farhana, Ilham Iskandar terus saja melangkah ke restoran yang di maksudkan.

????????????????????????????

Setibanya di restoran, Ilham Iskandar telah memesan spaghetti bolognese untuk dirinya dan jus epal untuk Alia Farhana.

Mereka berbual - bual sementara menunggu pesanan tiba. Lima minit kemudian, menu yang dipesan pun sampai.

Ilham Iskandar menjamu selera makanan yang dipesan dan Alia Farhana hanya senyap sambil menyedut jus epal. Suasana sepi seketika. Mereka tidak berbual - bual sementara Ilham Iskandar makan.

????????????????????????????

Jam telah menunjukkan pukul 2.45 minit petang. Ilham Iskandar dan Alia Farhana telahpun berada di dalam kapal terbang. Alia Farhana duduk di tepi tingkap bersebelahan Ilham Iskandar. Mereka sudah bersedia untuk diterbangkan ke Langkawi.

Sepanjang penerbangan itu, mereka lebih memilih untuk berehat daripada berbual - bual. Masing - masing melayan perasaan sendiri.

Alia Farhana mengerling ke sisinya. Melihat bosnya bersandar sambil memejamkan mata. Mungkin dia tidur dalam fikiran Alia Farhana.

"Hensem jugak bos aku ni ek". Alia Farhana berkata dalam hati. Di tenungnya wajah Ilham Iskandar. Lama. Tiba - tiba bosnya itu membuka matanya sedikit. Cepat - cepat Alia Farhana berpaling mengadap tingkap dan berpura - pura membetulkan tudung di kepalanya.

Ilham Iskandar yang perasan akan tingkah laku setiausahanya itu hanya tersenyum sendiri. Dia memejamkan matanya semula. Berehat.

Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 45 minit itu terasa lama. Mata Alia Farhana sudah mula pedih dek menahan mengantuk. Sedangkan baru 40 minit penerbangan.

"Ah, tidurlah kejap. Mengantuknya mata ni. Dahla period. Aduhh.." Alia Farhana mengomel di dalam hati. Tanpa menunggu lama terus saja dia terlelap.

????????????????????????????

"Alia...Alia..bangun. Kita dah nak sampai ni". Ilham Iskandar menepuk perlahan lengan Alia Farhana.

Alia Farhana tersedar dari tidurnya. Terkejut bukan kepalang lagi dia apabila menyedari yang dia telah tertidur di atas bahu Ilham Iskandar. Dengan pantas dia mengalihkan kepalanya dari atas bahu Ilham Iskandar.

Malu sungguh dia rasakan ketika itu. Dia membetulkan tudungnya yang senget. Selebihnya dia ingin menutup rasa malunya pada Ilham Iskandar.

"Lama awak landing kepala atas bahu saya tadi. Sebagai upah awak kena belanja saya makan". Suara Ilham Iskandar betul - betul kedengaran di tepi telinganya. Begitu dekat sekali.

Alia Farhana tersentak. "Hah?".

"Yes. Awak kena belanja saya makan". Ilham Iskandar menahan tawa apabila melihatkan wajah terkejut Alia Farhana itu. Saja dia berwajah serius mengusik setiausahanya. "Alia..Alia..kelakar awak ni". Ilham Iskandar berkata dalam hati. Dia tersenyum sendiri.

????????????????????????????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience