BAB 17
Seperti kebiasaan, Alia Farhana akan menunggu bas Rapid di perhentian bas di hadapan bangunan yang menempatkan Tuah Agensi setelah habis bekerja.
Dia duduk seorang diri ketika sedang menunggu bas di situ. Tiba – tiba Faris datang menyapanya.
“Hey hai, Alia. Tak balik lagi? Naik apa ni?.” Tanya Faris.
“Oh hai, Encik Faris. Tengah tunggu Rapid ni. Jap – jap lagi sampailah tu. Ada apa – apa hal ke Encik Faris jumpa saya ni?.” Jawab Alia Farhana beserta soalan kepada Faris.
“Hah tak ada apa – apa hal pun. Saja nak jumpa awak.” Faris tersenyum memandang gadis di hadapannya.
Alia Farhana dan Faris berbual – bual sementara menunggu ketibaan bas Rapid yang selalu dinaiki Alia Farhana. Mereka tidak perasan ada yang sedang memerhatikan mereka dari jauh.
“Siapa pulak mamat ni. Bukan main mesra lagi berbual dengan Alia. Tak boleh jadi ni.” Ilham Iskandar mengetap bibir melihat kemesraan gadis pujaan hatinya berbual dengan lelaki yang dia tidak kenali itu. Laju sahaja tangannya membuka pintu kereta lalu keluar menuju ke arah mereka.
“Encik Faris ni ada – ada aje. Encik Faris baliklah. Kejap lagi sampailah bas saya tu.” Tergelak kecil Alia Farhana mendengar jawapan yang diberikan oleh pengurusnya itu.
“Dah nak lima setengah ni. Marilah saya…” Kata – kata Faris terhenti apabila Ilham Iskandar datang tiba – tiba kepada mereka.
“Assalamualaikum.” Sapa Ilham Iskandar kepada Alia Farhana dan Faris.
“Waalaikumussalam.” Jawab Faris dan Alia Farhana serentak.
“Encik Ilham. Errr… buat apa kat sini?.” Tanya Alia Farhana.
“Dah lupa ke? Kan saya dah janji nak ambil awak petang ni?.” Berubah terus raut wajah Faris bila terdengar kata – kata lelaki yang datang menyapanya ini.
“Astaghfirullah al-azim. Sorry Encik Ilham. Saya tak ingat.” Terus mindanya mengimbau kejadian tengah hari tadi di Warung Kak Milah. Sumpah! Sungguh dia tidak ingat langsung yang Ilham Iskandar mahu mengambilnya petang itu. Manakan tidak. Selepas waktu rehat tadi dia sangat sibuk menyiapkan persediaan untuk ke Langkawi minggu hadapan. Lagi pula dia sudah terbiasa tidak bermesej mahupun bertelefon dengan lelaki bernama Ilham Iskandar itu selama sebulan. Bila tiba – tiba muncul dan dia pula banyak kerja, memang dia langsung terlupa akan lelaki itu.
“Hmm… ni…” Soal Ilham Iskandar kepada Alia Farhana sambil jarinya menunjukkan ke arah Faris.
“Oh. Terlupa saya nak kenalkan. Ini Encik Faris, pengurus saya. Encik Faris. Ini Encik Ilham Iskandar, bekas bos saya di Jaya Holdings dulu.” Mereka bersalaman tanda perkenalan. Ilham Iskandar dan Faris saling membalas senyum.
“Alia. Rasanya eloklah kita gerak sekarang. Lima lebih dah ni.” Ilham Iskandar mengajak Alia Farhana untuk beredar dari situ kerana hari sudah semakin petang. Sebenarnya dia sudah terlalu rindu akan gadis itu. Banyak perkara yang mahu di ceritakan pada Alia Farhana. Berlama – lama bersama lelaki yang baru dikenalinya itu semakin membuatkan hatinya gelisah. Dari cara lelaki itu memandang Alia Farhana dia sudah dapat mengagak yang Faris seperti ada perasaan terhadap gadis itu. Lebih baik dia bawa pergi Alia Farhana segera sebelum hatinya sendiri yang akan remuk melihat renungan mata lelaki bernama Faris!.
“Encik Faris. Saya balik dulu ye. Jumpa esok. Assalamualaikum.” Alia Farhana mempamit pada Faris sebelum pulang bersama Ilham Iskandar. Faris hanya mengangguk dan membalas senyuman kepada gadis itu. Hatinya mula tertanya – tanya siapakah Ilham Iskandar itu pada Alia Farhana. Bekas majikan tetapi masih berhubungan? Kenapa masih berjumpa? Sepertinya mereka menyorokkan sesuatu. Hatinya mula resah.
Faris hanya melihat mereka berlalu pergi meninggalkannya di situ. Niatnya mahu menghantar Alia Farhana pulang ke rumah setelah ternampak gadis itu sedang menunggu bas di perhentian punah semuannya apabila lelaki yang dikatakan bekas majikannya itu muncul. Akhirnya dia hanya dapat melihat gadis itu pergi bersama lelaki lain. Dengan perasaan kecewa, Faris melangkah perlahan menuju ke keretanya dan pulang ke rumah.
Sementara itu, tidak lekang dengan senyuman dibibir Ilham Iskandar dari masuk kereta hinggalah sekarang kerana dapat bersama – sama dengan Alia Farhana. Hatinya berbunga – bunga apabila dapat berduaan dengan gadis yang mula mendapat tempat dihatinya.
“Rindunya kat Sayang.” Kata Ilham Iskandar pada Alia Farhana setelah memasuki kereta.
Alia Farhana memandang Ilham Iskandar yang sedang memandu.
“Ye la tu rindu. Sampai sebulan tak dengar khabar berita. Tiba – tiba muncul cakap rindu. Boleh percaya ke?.” Soal Alia Farhana pula.
“Ye sayang. Betul. Saya rindu gila kat sayang tau. Lepas Sayang berhenti dulu saya kena pergi Australia. Papa suruh saya uruskan syarikat kat sana. Betul – betul sibuk. Saya minta maaf sangat – sangat. Masa tu rindunya pada sayang tak terkata. Tak tahu nak buat macam mana. Saya cuba cari masa nak mesej ke call Sayang tapi ada aje yang menghalang. Kerja tak putus – putus. Saya minta maaf ye Sayang. Mesti sayang tertunggu – tunggu panggilan dari saya kan?.”
“Tak adalah tertunggu – tunggu sangat. Cuma hairan aje. Yelah. Hari – hari tak pernah miss whatsapp, call saya. Tiba – tiba senyap. Sampai sebulan pulak tu. Tertanya – tanyalah jugak ke mana menghilangnya bekas majikan saya ni.”
“Habis tu, kenapa tak sayang je yang call saya? Whatsapp saya?.”
“Saya tak naklah ganggu Encik Ilham. Lagipun siapa saya ni nak mesej telefon Encik Ilham. Tak ada hal penting pun.” Jawab Alia Farhana merendah diri.
“Sayang janganlah cakap macam tu. Bila – bila kalau Sayang rasa nak call saya, Sayang call aje. Nak mesej ke… anytime. Sesekali pun takkan ganggu saya. Cuma… kalau Sayang call saya tapi saya tak jawab… tu maknanya saya betul – betul sibuk. Dan… saya akan telefon Sayang semula bila saya dah free. Okey Sayang?.”
“Baiklah Encik Ilham Iskandar. Kalau saya rasa saya nak telefon Encik Ilham nanti, saya telefonlah ye. Tapi kalau tak ada tu… Encik Ilham faham – fahamlah ye.”
“Amboi Sayang ni.” Laju saja tangannya mencubit lembut pipi Alia Farhana.
“Auuu!.” Alia Farhana menggosok pipinya. Ilham Iskandar tergelak kecil melihat tingkah gadis di sebelahnya.
“Sayang kerja kat Tuah Agensi tu okey ke?.” Tanya Ilham Iskandar kepada Alia Farhana.
“Alhamdulillah okey je Encik Ilham. Staff semua pun okey. Setakat ni tak ada apa – apa masalah lagi. Baru je 2 minggu kerja, Encik Ilham. Harap – harapnya semua baik – baik jelah.”
“Owh. Okeylah tu. Boleh timba pengalaman baru. Dapat kawan baru. Dapat bos baru.” Sengaja ditekankan nada suaranya pada perkataan ‘bos’.
“Errr… Lain macam aje bunyi ‘bos’ tu, Encik Ilham?.”
“Tak ada apalah. Cemburu sikit aje. Faris tu pun Nampak baik. Okeylah tu.”
“Errr…” Alia Farhana kehilangan kata – kata. Ilham Iskandar menoleh sekilas ke arah Alia Farhana. Ternyata usikannya menjadi. Wajah gadis itu bertukar suram. Tiba – tiba Ilham Iskandar tertawa. Berkerut dahi Alia Farhana memandang lelaki di sebelahnya. Hairan dengan tingkah laku lelaki itu.
“Encik Ilham ni dah kenapa? Ketawa tak pasal – pasal. Apa yang kelakar sangat tu?.”
“Sayanglah. Kelakarlah. Saya gurau jelah tadi. Janganlah ambil serious. Tengoklah muka tu. Mulalah nak panik. Masam macam asam jawa”. Meletus lagi gelak Ilham Iskandar.
“Eleh. Masak pun entah reti entah tak pandai pulak nak samakan muka kita dengan asam jawa. Poyo je Encik Ilham ni.” Balas Alia Farhana.
“Dahlah tu ketawanya. Tak kelakar pun.” Semakin kuat pula ketawa Ilham Iskandar. Lucu sungguh dirasakan apabila melihat reaksi Alia Farhana bila mana dia katakan dia cemburu tadi. Entah apa di fikiran gadis itu. Tetapi hakikatnya dia memang cemburu. Lagi – lagi bila teringatkan lelaki yang bernama Faris itu!.
“Hah kan dah kena sedas.” Alia Farhana yang berasa geram dengan gelakan Ilham Iskandar itu secara spontan telah menepuk perlahan peha lelaki itu.
“Okey. Okey. Sorry ye Sayang. Saya tak ketawa lagi dah.” Wajah Alia Farhana masih masam mencuka. Dia hanya memandang ke luar tingkap di sisinya. Tiba – tiba Ilham Iskandar menarik lembut tangan Alia Farhana dan membawanya ke atas ribanya. Entah kenapa dia hanya biarkan saja perilaku lelaki itu. Dia masih memandang ke luar tingkap.
“Sayang. Janganlah merajuk. Saya gurau aje. Okey. Okey. Jom saya belanja Sayang aiskrim Mc D. Nak?.”
“Tak nak. Saya nak ayam Mc D. lapar ni.”
"Hahahahaha…" Meletus semula tawa Ilham Iskandar. Terhibur rasa hatinya bila bersama gadis ini. Sekurang – kurangnya hilanglah sedikit stress bekerjanya. Syukurlah Tuhan pertemukan mereka tengah hari tadi.
Membulat biji mata Alia Farhana bila mendengar bekas majikannya itu ketawa terbahak – bahak. Apa lucu sangat ke? Bibirnya sudah dimuncungkan. Alia Farhana menarik kasar tangannya yang berada dalam genggaman Ilham Iskandar.
Tawa Ilham Iskandar masih bersisa. “Alololo… Sayang saya ni merajuk. Comel betul.” Pujuk Ilham Iskandar.
“Okey. Jom kita makan Mc D. Saya pun lapar ni. Sayang jangan merajuk lagi tau. Kalau Sayang merajuk lagi nanti saya cium Sayang.” Bertambah bulat biji mata Alia Farhana. Cepat – cepat dia menutup mulutnya dengan kedua tapak tangannya.
“Encik Ilham jangan nak buat hal pulak. Kita ni bukan suami isteri tau. Kang tak pasal…” Sengaja ayatnya dihentikan.
“Kang tak pasal apa? Tak pasal kena kahwin? Okeylah tu. Memang pun saya nak kahwin dengan Sayang. Tunggu masa yang sesuai aje ni.”
“Eh. Ke situ pulak dia ni. Dahlah Encik Ilham. Malas saya nak layan Encik Ilham ni.” Alia Farhana terus memalingkan mukanya ke luar tingkap. Malas dia hendak melayan Ilham Iskandar lagi. Makin dilayan makin menjadi pula nanti. Baru sebulan tidak berjumpa. Tetapi perangai lelaki itu pelik sungguh. Kalau dulu, nak lihat bibir tu tersenyum pun payah. Apatah lagi ketawa besar. Serius memanjang aje. Tapi bagus jugalah. Taklah stress nak menghadap orang yang payah nak senyum ni. Sekurang - kurangnya lelaki itu sudah berubah ke arah yang lebih baik untuk dirinya.
“Okey. Okey. Saya minta maaf ye Sayang. Saja nak bergurau dengan Sayang. Rindu nak usik Sayang. Dah sampai Mc D ni. Jom Sayang.” Ilham Iskandar memujuk Alia Farhana. Selepas memarkir keretanya, mereka turun memasuki Restoran Mc Donalds. Tempahan di beli dan di bawa ke meja makan. Tidak berapa ramai pelanggan petang itu. Agak aman untuk menjamu selera. Kalau tidak, nak berbual pun perlu menjerit sedikit.
Selepas selesai makan, Ilham Iskandar menghantar Alia Farhana pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan pulang itu, mereka sempat singgah di masjid untuk menunaikan solat Maghrib dahulu. Jika ingin melakukannya di rumah takut terkejar – kejar pula. Solat Maghrib sangat pendek waktunya. Lagi pula tidak baik melewatkan solat. Itulah satu perangai Ilham Iskandar yang membuatkan Alia Farhana suka. Selalu menjaga solatnya walau di mana pun dia berada.
“Okey. Dah sampai rumah Sayang. Esok saya jemput Sayang ye. Pergi balik saya ambil, saya hantar. Sayang tunggu tau.” Ilham Iskandar memberhentikan keretanya di hadapan rumah teres dua tingkat milik ibu dan ayah Alia Farhana.
“Eh. Tak payahlah Encik Ilham. Jalan kita kan tak sehaluan. Nanti Encik Ilham lambat sampai office pulak. Tak pe. Saya boleh naik Rapid aje macam biasa.” Jawab Alia Farhana.
“Janganlah macam tu. Sayang tak sudi ke? Bukan susah pun. Baik Sayang simpan duit Sayang tu. Kan jimat kalau saya ambil dan hantar Sayang. Jangan membazir duit tu.”
“Bukan saya tak sudi Encik Ilham. Tak sedaplah Encik Ilham tumpangkan saya. Nanti apa kata orang.” Alia Farhana cuba menolak lagi permintaan Ilham Iskandar.
“Saya tak pedulilah apa orang nak cakap. Mulut orang bukan boleh kita tutup. Lagipun kita bukan buat benda tak senonoh. Dah. Dah. Saya tak nak dengar alasan Sayang lagi. Esok Sayang tunggu saya. 7.30 pagi saya sampai.”
Alia Farhana menghembuskan nafasnya perlahan. Tahu benar dia dengan perangai lelaki yang seorang ini. Kalau dah kata dia tu… janganlah berani nak bantah. Mesti kena turutkan.
“Hmm… Yelah Encik Ilham. Ikut suka hati Encik Ilhamlah. Kalau saya cakap tak nak sekalipun, Encik Ilham tetap jugak nak ambil hantar saya kan? So, apa lagi perlu saya jawab?.”
“Hai. Macam marah aje bunyinya tu? Saya minta maaf ye Sayang. Saya tahu saya suka desak Sayang. Saya suka paksa Sayang buat apa yang saya nak. Padahal Sayang tak suka. Saya minta maaf ye.”
“Tak apalah Encik Ilham. Saya tak marah pun. Encik Ilham jangan risau ye. Hari – hari tau Encik Ilham kena ambil dan hantar saya balik kerja. Jangan mengeluh penat pulak nanti.” Alia Farhana membalas kata – kata Ilham Iskandar dengan senyuman. Dia tidak mahu lelaki itu salah faham dengan maksud percakapannya tadi. Bukanlah niat dia mahu memperli lelaki itu. Secara spontan ayat itu keluar daripada mulutnya. Sejujurnya dia amat suka jika lelaki itu mengambil dan menghantarnya pulang ke rumah hari – hari. Tak jemu memandang wajah kacak lelaki bernama Ilham Iskandar itu. Hari – hari buatkannya rindu. Cehh…
Share this novel