BAB 22
Seminggu telah berlalu selepas kejadian di Langkawi. Selama itu jugalah Alia Farhana tidak hadir ke Tuah Agensi. Dia masih belum bersedia untuk berjumpa dengan Faris. Faris pula hari – hari akan menelefon dan memberi mesej kepadanya namun dia tidak membalas.
Hari ini dia akan ke Tuah Agensi untuk menghantar surat perletakan jawatannya. Dia sudah berfikir sehabisnya dengan keputusan yang dibuat. Dia tidak akan bekerja lagi dengan lelaki itu. Dia takut perkara seperti tempoh hari berlaku lagi. Lebih baik dia menjauhkan diri.
Alia Farhana melangkah menuju ke bilik Faris bersama surat perletakan jawatannya. Sebelum dia masuk ke dalam bilik Faris, dia berhenti seketika di hadapan bilik itu. Dia menarik nafas sedalam – dalamnya dan menghembusnya perlahan agar hatinya tenang sebelum mengetuk pintu.
Tok! Tok! Tok!. Pintu di ketuk beberapa kali.
“Masuk!.” Kedengaran arahan masuk dari dalam bilik. Alia Farhana memulas tombol pintu dengan hati yang berdebar. Dia melangkah masuk ke dalam bilik Faris. Lelaki itu sedang tekun membuat kerja tanpa melihat orang yang masuk ke dalam biliknya.
Alia Farhana berdiri menghadap lelaki yang sedang duduk itu.
“Encik Faris.” Alia Farhana meletakkan surat perletakan jawatannya itu di atas meja Faris.
“Alia.” Faris terkejut melihat Alia Farhana di hadapannya. Spontan dia bangun dari kerusinya.
“Apa ni?.” Faris mengambil surat yang diletakkan oleh Alia Farhana tadi dan membukanya. Dia membaca isi kandungan surat tersebut. Keningnya bertaut.
“Kenapa nak berhenti?. Alia. Saya tahu saya bersalah hari tu. Saya tak ada niat nak buat macam tu pada awak. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh melakukannya. Saya minta maaf. Tolong. Jangan berhenti, Alia.”
“Maaf, Encik Faris. Saya nekad dengan keputusan saya. Tolong jangan halang saya.”
“Tapi Alia… Please jangan berhenti. Saya akan rasa bersalah. Saya merayu. Saya minta maaf sangat – sangat. Saya berdosa pada awak. benarkan saya tebus segala salah tu pada awak. Pleaseee… Saya merayu sangat pada awak.” Faris mendekati Alia Farhana. Dia mula melutut di hadapan gadis itu.
“Eehhh… Apa Encik Faris buat ni? Bangun Encik Faris. Staf lain nampak nanti. Jangan macam ni, Encik Faris.” Alia Farhana bergerak ke belakang sedikit. Dia menarik Faris agar bangun daripada melutut. Faris enggan bangun. Dia sudah mula mahu menangis. ‘Aduh! Kenapa pulak dengan mamat ni?.’
“Saya merayu sangat pada awak. Tolong maafkan saya. Sumpah! Saya tak bermaksud nak buat begitu pada awak. Saya… Saya sebenarnya dah lama sukakan awak sejak awak mula bekerja di sini lagi. Tolong Alia. Saya tak nak awak pergi. Pleaseee… Bagi saya peluang tebus salah saya ni.”
“Benda dah pun jadi Encik Faris. Saya pun dah lama lupakannya. Saya maafkan Encik Faris. Tapi saya betul – betul tak boleh nak bekerja kat sini lagi. Harap Encik Faris faham dan hormat dengan keputusan saya ni. Terima kasih untuk semua tunjuk ajar Encik Faris pada saya. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.”
Selepas meluahkan segalanya, Alia Farhana terus keluar dari bilik Faris. Dia tidak mahu berlama – lama di situ kerana takut kalau dia akan cair dengan rayuan lelaki itu. Hatinya bukanlah kuat sangat. Mudah kasihankan orang.
Alia Farhana berjalan ke biliknya untuk mengambil barang yang sudah siap dikemas. Terus saja dia mengangkat kotak yang berisi barangannya itu dan berjalan keluar dari Tuah Agensi tanpa menoleh ke belakang lagi. Faris juga sudah tidak mengejarnya. Mungkin dia tidak mahu staf lain melihat ‘drama’ mereka.
Di luar bangunan Tuah Agensi, Ilham Iskandar masih setia menunggu Alia Farhana. Pagi tadi selepas dia mengetahui yang gadis itu akan ke Tuah Agensi untuk menghantar surat perletakan jawatan, hatinya mula gelisah dan risau. Dia takut jika Faris akan buat sesuatu pada gadis kesayangannya itu.
Pada mulanya Alia Farhana menghalang kedatangan Ilham iskandar dengan mengatakan bahawa semuanya akan baik – baik sahaja. Tetapi tahu sajalah Ilham Iskandar. Dia takkan senang duduk kalau ia melibatkan Alia Farhana.
“Macam mana Sayang?. Si Faris tu macam mana?. Ada dia buat benda tak elok pada Sayang tak?.”
“Tak adalah Encik Ilham. Cuma dia merayu je tadi tak bagi saya berhenti. Katanya dia nak tebus kesalahan dia. Hmm… Entahlah.”
“Hai Sayang. Kenapa mengeluh macam tu?. Dah cair ke dengan mamat tu?.” Nada suara Ilham Iskandar sudah kedengaran cemburu.
“Ish Encik Ilham ni. Mana ada cair. Saya cuma terkilan aje dia buat saya macam tu. Encik Faris tu baik sebenarnya orangnya. Sebelum ni dia layan saya elok aje. Tak pernah pun nak ambil kesempatan. Tapi tulah kan. Betullah orang kata kalau dah duduk berdua – duaan lelaki perempuan tentu ada yang ketiga akan mengganggu. Tu yang jadi benda macam tu.”
Ilham Iskandar hanya senyap mendengar luahan hati Alia Farhana itu. Hatinya cemburu. Mukanya sudah mula mencuka masam.
“Hmm… Ni kita nak ke mana ni Encik Ilham?.” Tiada jawapan dari Ilham Iskandar. Dia hanya fokus dengan pemanduannya.
“Encik Ilham?. Saya tanya ni. Kita nak ke mana ni?.” Soal Alia Farhana lagi. Dia menoleh ke arah lelaki di sebelahnya. Kemudian dia tersenyum. ‘Hmm… Mesti kes cemburu ni.’
“Encik Ilham?. Kenapa tiba – tiba Encik Ilham senyap ni?. Encik Ilham cemburu ea?.” Ilham Iskandar masih tekun dengan pemanduannya. Mukanya tetap kelihatan masam.
“Yelah tu cemburu.”
“Kalau dah tahu tu kenapa suka buat saya cemburu?.” Ilham Iskandar mengerling ke arah Alia Farhana yang duduk di sebelahnya.
“Hmm… Saya minta maaf kalau saya selalu buat Encik Ilham cemburu. Tapi kan… Kenapa Encik Ilham mesti nak cemburu pada saya?. Kita kan bukannya ada apa – apa hubungan pun.” Gulp! ‘Aduhai mulut ni. Kenapalah tak sensitif dengan keadaan sekeliling?.’
Ilham Iskandar memandang Alia Farhana yang sedang menekup mulutnya kerana sudah terlepas cakap.
“Ye saya tahu saya bukan siapa – siapa pada Sayang. Saya tak patut cemburukan Sayang. Dahlah. Sayang abaikan aje perasaan saya ni. Not important pun.” Alia Farhana menelan liur. ‘Hah! Kan dah merajuk. Awatlah kuat sangat merajuk lelaki ni. Mengada lain macam.’
“Err… Saya minta maaf ye Encik Ilham. Bukan maksud saya nak cakap macam tu. Saya cuma…”
“Tak apalah Sayang. Lupakan je apa yang saya cakapkan tadi. So sekarang kita pergi makan dulu, okeh.” Alia Farhana hanya mengangguk tanda setuju. Dia malas mahu menyebut tentang perasaan cemburu lelaki itu lagi. Kalau dia bercakap tentang itu lagi pasti ia akan jadi lebih panjang. Sebolehnya dia tidak mahu bergaduh dengan Ilham Iskandar.
Sebenarnya dia keliru dengan tingkah laku Ilham Iskandar itu. Apa benar lelaki itu menyimpan perasaan terhadapnya atau dia hanya sekadar menganggap dirinya tidak lebih dari seorang bekas pekerja dan kawan.
Setiap perbuatannya sangat mengambil berat akan dirinya. Memanggil dengan panggilan ‘Sayang’, sanggup ke Langkawi semata – mata mahu menemani dirinya dan dia selalu meluangkan masa bersamanya. Tetapi sehingga kini lelaki itu tidak pernah pun sekali meluahkan perasaannya.
Jadi, apa yang perlu dibalas? Dia juga tidak pasti dengan perasaannya terhadap lelaki itu. Dia tidak mahu menaruh harapan yang terlalu tinggi. Masakan enggang mahu bersama pipit? Dia sedar diri.
Selepas makan tadi, Ilham Iskandar terus menghantar Alia Farhana pulang ke rumah. Ikutkan hatinya mahu berlama – lama dengan gadis itu tetapi dia tidak boleh. Dia harus menghadiri mesyuarat penting petang itu.
Walaupun hatinya agak terasa dengan Alia Farhana tadi, namun dia tidak mengambil hati. Dia tahu semuanya salah dia juga kerana tidak pernah meluahkan perasaannya pada gadis itu. Betul apa yang dikatakan Alia Farhana itu. Mereka bukan ada apa – apa hubungan pun. Masakan dia pula yang lebih – lebih mahu cemburukan gadis itu. ‘Hmm… Kalau lambat bertindak nanti Si Alia tu kena kebas baru kau melopong time tu!.’ Terngiang – ngiang kata – kata Amir padanya tempoh hari.
“Okey, Sayang. Jangan lupa esok saya datang jemput Sayang. Esok Sayang start kerja dengan saya.”
“Ada kerja kosong ke Encik Ilham?.”
“Ada Sayang. Semuanya saya dah aturkan. Esok Sayang tinggal datang aje ke office.” Ilham Iskandar tersenyum memandang Alia Farhana.
“Tak menyusahkan ke?. So nanti saya kena interview jugaklah kan?.”
“Tak perlu.”
“Tak perlu?.”
“Ye Sayang. Sayang tak perlu interview bagai. Kiranya Sayang terus diterima bekerja kat sana.”
“Wah ye ke?. Kenapalah Encik Ilham susah – susah tolong saya ni?. Saya boleh je cari kerja sendiri. Encik Ilham janganlah terlalu baik pada saya. Takut saya tak boleh nak balas jasa Encik Ilham tu.”
“Apalah Sayang ni cakap macam tu. Tak susah mana pun Sayang. Lagipun saya tak percaya Sayang kerja kat luar sana tu. Takut nanti ada yang nak ambil kesempatan pada Sayang lagi. Kalau itu terjadi lagi susah hati saya ni tau.”
Alia Farhana terharu mendengar kata – kata dari Ilham Iskandar itu. Sesungguhnya dia bersyukur kerana ditemukan dengan lelaki seperti Ilham Iskandar itu. Walaupun dia seorang yang berada, dia tidak pernah memandang rendah pada orang bawahannya. Dia selalu merendah diri. Alia Farhana tersenyum memandang lelaki itu.
“Tu tersenyum tu kenapa?.”
“Tak ada apalah Encik Ilham. Saya cuma nak ucap terima kasih banyak – banyak pada Encik Ilham. Saya tak tahu nak balasnya macam mana.”
“Dahlah Sayang. Pasal tu tak payah Sayang runsing okeh. Saya ikhlas tolong Sayang. Okehlah Sayang. Saya dah lewat ni. Saya ada meeting sekejap lagi. Esok kita jumpa ye Sayang.”
“Okey Encik Ilham. Hati – hati tau. Jangan drive laju – laju.”
“Iye Sayang. Bye Sayang. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Alia Farhana keluar dari kereta dengan membawa kotak berisi barangan kerjanya. Setelah kereta Ilham Iskandar berlalu pergi barulah dia masuk ke dalam rumah.
Keesokan harinya, seawal jam 7 pagi lagi Ilham Iskandar sudah menunggu Alia Farhana di luar rumah gadis itu. Mulai hari itu, dia akan menjemput dan menghantar gadis itu pulang ke rumah.
Sejam perjalanan akhirnya mereka sampai di Jaya Holding. Banyak mata tertumpu pada mereka. Masing – masing tertanya – tanya kehadiran Alia Farhana di situ. Alia Farhana sedar banyak mata yang memandang mereka tetapi dia hanya abaikan sahaja. Dia tidak mahu kerana hal itu semangatnya mahu bekerja semula terbantut.
“Assalamualaikum, Kak Maria.”
“Hey Alia!. Apa khabar?. Ya Allah rindunya kat Lia. Buat apa kat sini?.” Maria dan Alia Farhana bersalaman dan berpelukan seketika.
“Mulai hari ni Alia akan bekerja di sini.”
“Oh ye ke?. Sebagai apa tu Encik Ilham?.” Tanya Maria.
“PA saya.”
“PA?.” Kening kedua mereka sudah bertaut. Maria dan Alia Farhana terkejut dengan jawatan yang bakal disandang Alia Farhana itu.
“Yes. Alia akan jadi PA saya mulai hari ini. Saya dah pun bagitahu pada admin tentang kemasukan Alia hari ni. So nanti Alia akan duduk dalam bilik saya.”
“Oo… Okey, Encik Ilham.” Jawab Maria ringkas.
“Nanti sediakan saya fail akaun Tihani Contraction. Saya nak semak.”
“Okey, baik Encik Ilham.”
“Okeylah saya masuk dulu. Jom Alia.” Ilham Iskandar dan Alia Farhana berlalu pergi memasuki bilik pejabatnya. Maria yang masih terkejut dengan kehadiran Alia Farhana pagi itu tiba – tiba tersenyum penuh makna. ‘Bos aku ni ada apa – apa affair ke dengan Alia tu ek?. Hmm…’
Sementara di dalam bilik pejabat Ilham Iskandar, Alia Farhana masih tertanya – tanya akan jawatan yang diberikan oleh lelaki itu. Dia masih tidak percaya apa yang di dengarinya tadi. PA? Biar betul?.
“Okey, Sayang. Mulai hari ni Sayang akan jadi PA saya, So… Ke mana saya pergi Sayang kena ikut tau.”
“Tapi kenapa PA, Encik Ilham?.”
“Sayang tak suka ke?.”
“Bukan tak suka. Cuma tak sedaplah kalau staf lain tahu. Tentu dia orang akan berkata.”
“Sayang risaukan orang berkata rupanya. Biarlah Sayang orang nak kata apa pun. Yang penting Sayang saya ni ada depan mata saya. Taklah saya susah hati.”
“Yelah Encik Ilham. Jangan nanti Encik Ilham bosan dahlah. Hari – hari duk tengok muka saya ni. Kang naik muak pulak.” Ilham Iskandar yang mendengar sudah ketawa terbahak – bahak.
“Dah kenapa Encik Ilham gelak ni?. Kelakar ke apa yang saya cakap tadi?.”
“Manalah saya tak gelak Sayang. Sayang tu kelakar sangat. Takkanlah saya nak bosan tengok muka Sayang. Sayang kot. Takkan jemu tau.” Ilham Iskandar mendekati Alia Farhana dan mengelus lembut pipi gadis itu.
“Ish Encik Ilham ni. Apa pegang – pegang ni? Kang orang nampak karang.” Pipi Alia Farhana sudah mula memerah. Dia menepis perlahan perlakuan Ilham Iskandar itu.
“Dan satu lagi. Saya tak nak Encik Ilham panggil saya Sayang kat office ni. Jadi bahan cerita orang nanti.”
“Eh biarlah saya nak panggil Sayang pun. Seronok panggil Sayang, ‘Sayang’.”
“Yelah Encik Ilham. Tapi janganlah panggil macam tu depan orang. Kalau tak ada orang lain tu tak apalah.”
“Tapi kalau saya tersasul jangan marah tau.”
“Harap Encik Ilham tak tersasullah. Risau pulak saya.” Sekali lagi Ilham Iskandar ketawa apabila mendengar kata – kata Alia Farhana itu. Gadis itu sudah membulatkan matanya tanda geram.
“Okey. Okey. Saya cuba ye tak panggil Sayang depan orang.” Ilham Iskandar mengangkat tangannya tanda berjanji. Alia Farhana tersenyum memandang tingkah Ilham Iskandar itu.
Dalam hatinya berdoa semoga pekerjaan ini akan menjadi pekerjaan terakhirnya. Dia tidak mahu bertukar – tukar kerja lagi. Lagi pun bekerja dengan Ilham Iskandar adalah impian setiap gadis. Mana taknya. Ilham Iskandar tu sudahlah kaya, handsome, cool, baik… Hmm… apa lagi? Eh semua yang best – bestlah bagi pada dia. Kiranya dia salah seorang yang bertuah dapat mendampingi Ilham Iskandar. Wah Alia. Puji melambung nampak?. Betullah tu dah jatuh hati pada Ilham tu kan?. Mengaku jelah.
Share this novel