BAB 12
Tinggal lagi seminggu sahaja perkhidmatannya sebagai setiausaha sementara di Jaya Holdings menggantikan Maria diperlukan. Sedih hatinya hendak meninggalkan kerja yang semakin dicintainya itu. Maria juga sudah mula bekerja. Tujuh hari yang tinggal ini adalah untuk dia serahkan segala tugasannya kepada Maria agar kelancaran syarikat tidak terjejas.
"Eh, Alia. Apa rancangan Lia lepas ni? Nak sambung Master ke?".
"Hmm..entahlah kak. Rasa macam nak sambung. Tengoklah macam mana nanti".
Sedang Alia Farhana dan Maria berbual - bual di pantri, Ilham Iskandar datang dengan membawa beberapa bungkusan nasi lemak untuk stafnya.
"Rancak borak nampak? Cerita apa ni?". Tanya Ilham Iskandar sambil meletakkan bungkusan nasi lemak di atas meja.
"Bual kosong je Encik Ilham. Encik Ilham sihat?". Soal Maria.
"Sihat alhamdulillah. Baby okeh ke? Jap.. ambil ni. Untuk baby". Ilham Iskandar menghulurkan 5 keping not seratus ringgit kepada Maria. Walaupun syarikat telah memberi wang saguhati kepada staf yang melahirkan anak, tetapi ini adalah hadiah peribadi untuk Maria sebagai tanda penghargaan selama dia menjadi setiausahanya.
"Banyak sangat ni Encik Ilham. Saya tak boleh terimanya ni". Terbeliak mata Maria apabila melihat wang yang diberikan kepadanya itu. Terlalu banyak baginya. Cukuplah syarikat sudah memberikannya wang melahirkan anak. Segan pula ingin mengambil hadiah daripada bosnya itu.
"Tak pe. Awak ambillah. Rezeki anak. Saya ikhlas".
"Terima kasih, Encik Ilham". Ucap Maria. Sesungguhnya dia terharu dengan pemberian bosnya itu. Bersyukur sangat kerana mendapat bos yang sangat baik dan prihatin. Dapatlah dia membeli barang keperluan untuk si kecilnya nanti. Alhamdulillah.
"Ni makanlah. Sarapan dulu sebelum kerja ye. Tapi jangan lama - lama sangat pulak. Alia. Masuk bilik saya. Jangan lupa air saya". Arah Ilham Iskandar.
"Okeh, baik Encik Ilham". Serentak Alia Farhana dan Maria menjawab. Alia Farhana segera membancuh air Nescafe kegemaran Ilham Iskandar dan membawanya ke bilik lelaki itu.
Tok ! Tok !
"Masuk !". Alia Farhana membuka pintu dan masuk ke dalam bilik Ilham Iskandar.
"Nah airnya".
"Duduk Alia". Alia Farhana segera menarik kerusi dan duduk mengadap Ilham Iskandar.
"Ya, Encik Ilham. Ada apa - apa yang urgent ke hari ni? Saya boleh aturkan roster Encik Ilham".
"Tak ada yang urgent pun. Hmm..saya nak tanya. Awak nak buat apa selepas ni? Tinggal seminggu saja lagi kan awak bekerja kat sini? Ada apa - apa rancangan ke?". Tanya Ilham Iskandar. Hatinya entah mengapa terasa lain. Sepertinya dia akan kehilangan gadis di hadapannya. Aish !! Awat ni??
"Hmm..mungkin saya nak sambung study. Keputusan pun tak lama lagi keluar. Tengoklah kalau cemerlang insha Allah saya sambung. Kalau tak cemerlang...saya cari kerja kot". Jawab Alia Farhana.
"Oh..macam tu. Ni awak dah sarapan belum?".
"Tak sempat Encik Ilham. Tadi ingat nak sarapan dengan Kak Maria kat pantri. Tapi Encik Ilham panggil ni...tak jadi lah makan dengan dia". Jawab Alia Farhana jujur.
"Okeh. Jom kita pergi sarapan". Ilham Iskandar meletakkan pen yang dipegangnya di atas meja dan terus berjalan menuju ke pintu. Kelam kabut Alia Farhana bangun dari kerusi dan mengejar Ilham Iskandar. Tidak sempat dia untuk berkata - kata, bosnya itu sudah berjalan keluar dari bilik. Ilham Iskandar tahu kalau dia tidak terus keluar tentunya gadis itu akan menolak. Nak tak nak gadis itu mesti akan mengikutnya juga.
× × × × × × × × × × ×
Pejam celik pejam celik sekejap saja tempoh seminggu akan berakhir. Hari ini merupakan hari terakhir Alia Farhana bekerja di Jaya Holdings. Walaupun sedih, dia tetap memberikan komitmen terhadap pekerjaannya di pejabat. Biarlah hari terakhir pun. Dia akan sentiasa komited dengan kerjanya.
"Maria. Batalkan semua appoinment saya hari ni ye. Saya ada urusan kat luar".
"Baik, Encik Ilham".
"Alia. Awak ikut saya". Alia Farhana yang mendengar terus menganggukkan kepala. Lantas dia mencapai beg tangannya dan mengikut Ilham Iskandar dari belakang.
Setibanya di tempat parking, Alia Farhana terus bertanya kepada Ilham Iskandar ke mana mereka akan pergi. Setahunya, hari ini bosnya itu hanya ada mesyuarat di pejabat sahaja. Tiada urusan luar. Kalau pun ada urusan peribadi, perlu ke dia dibawa bersama?
"Awak ikut aje. Nanti saya bagitahu". Kalau dah itu jawapan yang diberikan..Alia Farhana malas nak bertanya lagi. Ye lah. Dia kan pekerja biasa aje. Takkan lah dia nak banyak soal pulak kan.
Di dalam kereta, Alia Farhana masih tertanya - tanya ke mana hala tuju mereka. Pelik ! Kenapa mereka melalui lebuh raya? Di bacanya sign board di tepi jalan.
'Eh ! Ni macam menghala ke utara aje?. Aishh..nak bawak aku ke mana pulak ni?'. Kata Alia Farhana di dalam hati. Berkerut dahinya berfikir. Ilham Iskandar perasan wajah Alia Farhana berkerut - kerut. Mulutnya pula bergerak - gerak. Dia tahu gadis itu ingin tahu ke mana dia dibawa pergi. Sengaja dia rahsiakan. Ilham Iskandar tersenyum.
Sejam sudah perjalanan mereka. Ilham Iskandar menghala ke RnR. Perut sudah berbunyi minta diisi. Patutlah berkeroncong. Belum sarapan lagi rupanya. Tentu Alia Farhana pun sudah lapar. Ditambah pula perasaan ingin tahu. Mahunya sakit kepala gadis tu. Huhu.. Tak baik Ilham buat dia macam tu. Bagitahu je lah kau nak pergi mana. Anak dara orang tu. Hmm...
"Kita sarapan dulu jom". Ilham Iskandar mematikan enjin kereta. Dia mengajak Alia Farhana turun. Gadis itu sudah tidak dapat menahan perasaan ingin tahunya. Cepat saja dia menahan Ilham Iskandar daripada turun dari kereta.
"Encik Ilham !". Ditariknya tangan Ilham Iskandar. Lelaki itu memandang tangan Alia Farhana yang menyentuh tangannya. Dia tersenyum. Alia Farhana pula tergamam dengan perlakuan spontannya. Cepat - cepat dia mengalihkan tangannya.
"Kenapa Alia?". Tanya Ilham Iskandar.
"Kita nak ke mana sebenarnya ni Encik Ilham? Jauh dah ni rasanya". Jelas di wajahnya riak kerisauan. Mana tidaknya. Bosnya itu masih belum memberitahu ke mana arah tujuannya. Dia perlu memaklumkan kepada ibunya. Takut - takut terjadi sesuatu yang tidak diingini. Sekurang - kurangnya ibunya tahu di mana keberadaannya.
"Kita sarapan dulu. Nanti saya bagitahu awak". Ilham Iskandar masih merahsiakannya.
"Janganlah macam ni Encik Ilham. Encik Ilham buat saya takutlah". Matanya sudah berkaca. 'Eh Alia. Takkanlah bos kau nak culik kau pulak. Hilang akal ke apa? Cuba sabar. Nanti dia bagitahulah tu. Baik kau isi perut tu dulu. Dah lapar kan?'
"Awak takut eh? Bukannya saya nak buat apa - apa kat awak lah. Nak culik awak pun tidak. Ishh..tak terfikir sampai ke situ lah. Tak payahlah awak risau sangat. Jom kita pergi makan dulu. Lepas tu baru saya bagitahu awak. Okeh". Ilham Iskandar terus membuka pintu dan turun dari kereta. Alia Farhana sudah tidak terkata apa. Dia menyeka air matanya yang hampir menitis lalu turun dari kereta dan berjalan bersebelahan Ilham Iskandar. Wajahnya sebal. Mereka sama - sama menuju ke deretan gerai menjual makanan.
× × × × × × × × × ×
Selepas bersarapan, mereka meneruskan perjalanan. Ilham Iskandar masih belum memberitahu ke mana mereka akan pergi. Alia Farhana sudah malas mahu bertanya. Dia seakan merajuk dengan lelaki itu kerana merahsiakannya.
Tiga jam setengah perjalanan sudah berlalu. Ilham Iskandar membelok ke arah papan tanda yang menunjukkan arah 'Tapah'. Alia Farhana berkerut dahi. Dia menoleh ke arah lelaki di sebelahnya. Ilham Iskandar hanya tersenyum sambil memandu. Dia tahu gadis itu masih ingin tahu.
"Awak pernah sampai Cameron?". Tiba - tiba Ilham Iskandar bertanya. Alia Farhana tersentak.
"Hah?".
"Awak dah pernah pergi Cameron Highland ke?". Tanyanya sekali lagi apabila dilihatnya Alia Farhana masih tercengang - cengang.
"Kita nak pergi Cameron ke ni? Err..Encik Ilham ada urusan kat sana ke?". Tergelak Ilham Islandar dibuatnya dengan reaksi Alia Farhana itu.
"Ye sayang. Kita nak ke Cameron ni. Saja jalan - jalan. Awak pernah sampai sana ke?". Amboi Ilham. Ber'sayang - sayang' nampak. Ada hati dengan Alia Farhana ke?
Gulp ! Sayang?? Encik Ilham ni buat bulu roma Alia naik aje.
"Hahh..tak pernah sampai lagi Encik Ilham".
"Okeh. Hari ni saya bawak awak ke sana. Best tau. Mesti awak suka".
"Err..tapi untuk apa Encik Ilham?".
"Saja nak luangkan masa dengan awak". Jawabnya sambil tersenyum. Lain macam aje bunyinya tu Ilham. Kalau dah suka bagitahu lah. Alia tu dahlah cantik orangnya. Hari ni last day dia kerja dengan kau. Lepas ni dah tak jumpa lagi. Kang melepas karang baru tahu.
Mereka sudah mula mendaki gunung menuju ke Cameron Highland. Jalan yang bersimpang siur telah membuatkan Alia Farhana pening kepala. Tekaknya sudah mulai mual dan kepalanya sudah berdenyut - denyut. Nampaknya dia mengalami mabuk jalan. Dahinya berkerut matanya dipejam rapat. Dia hanya bersandar di kerusi tanpa sepatah kata. Ilham Iskandar menoleh sekilas ke arah gadis di sebelahnya.
"Kenapa Alia? Awak okeh tak ni?".
"Kepala saya peninglah Encik Ilham. Jalan macam ni...". Fahamlah Ilham Iskandar yang Alia Farhana sedang pening kepala kerana jalan yang bengkang - bengkok itu.
"Awak tidurlah. Turunkan seat tu. Nanti dah sampai saya kejut". Tanpa banyak bicara, Alia Farhana terus saja menurunkan sedikit kerusi tempat duduknya. Dia bersandar dan memejamkan mata. Tidak sampai seminit sekejap saja dia terlelap. Ilham Iskandar meneruskan pemanduan. Dia tidak mahu mengganggu gadis itu tidur. Biarlah dia berehat.
× × × × × × × × × × × × ×
"Alhamdulillah..sampai pun". Ilham Iskandar berkata sendiri tatkala kereta diberhentikan di hadapan ladang teh. Jam sudah pun pukul 3 petang. Ditolehnya di tempat duduk sebelah. Alia Farhana masih tidur. Ilham Iskandar tersenyum memandang Alia Farhana. 'Betul - betul tak sedar nampaknya Si Alia ni'.
Direnung lama wajah gadis itu. Tanpa sedar, Ilham Iskandar mendekatkan bibirnya ke wajah Alia Farhana. Terasa ingin dicium pipi itu. Hampir. Semakin hampir wajah mereka. Jelas terasa hembusan nafas gadis itu. Tiba - tiba dia terhenti. Mengucap panjang Ilham Iskandar. 'Astaghfirullah al azim...apa yang aku dah buat ni?'. Cepat - cepat dia mengalihkan wajahnya dari Alia Farhana.
Tangannya diletakkan didadanya. Berdegup laju jantungnya. 'Aishh..kenapa semacam aje perasaan aku ni?'. Dipandang lagi wajah mulus Alia Farhana. 'Aku dah jatuh cinta pada dia ke?'. Ahhh..
"Alia.. Alia.. bangun. Kita dah sampai". Ilham Iskandar memanggil lembut Alia Farhana dengan menggerakkan tangannya.
Alia Farhana terpisat - pisat. Digosok matanya beberapa kali.
"Hah..dah sampai ke Encik Ilham?". Dipandangnya wajah lelaki di sebelahnya. Ilham Iskandar mengangguk dan dia menunjukkan pemandangan di hadapannya kepada Alia Farhana. Gadis itu terus menoleh memandang ke hadapan.
"Subhanallah ! Cantiknya ladang teh". Terbuntang biji mata Alia Farhana tatkala memandang pemandangan yang luas terbentang di depan matanya. Terlupa seketika yang kepalanya masih bersisa sakitnya. Pertama kali melihat kecantikan alam di Cameron Highlands membuatkan dia sangat teruja.
"Jom kita duduk sana". Ilham Iskandar mengajak Alia Farhana keluar dari kereta dan duduk di bangku yang menghadap ladang teh.
"Ya Allah..cantiknya ciptaan Allah". Sungguh dia amat mengkagumi ciptaan Allah yang Maha Berkuasa. Aman dan tenang aje bila memandang ladang teh itu. Damai saja rasa di hati.
"Sakit kepala awak dah okeh ke?". Tanya Ilham Iskandar.
"Okeh sikit dah ni rasanya". Mata Alia Farhana masih melihat ladang teh di hadapannya. Dia berpeluk tubuh. Agak sejuk cuaca ketika ini sehingga menembusi pakaiannya. Ilham Iskandar memandang Alia Farhana. Dia tahu gadis itu kesejukan.
"Awak tunggu jap eh. Saya nak ambil barang kat kereta". Ilham Iskandar terus bangun menuju ke keretanya. Diambilnya jaket di tempat duduk belakang dan sebuah beg kertas.
Setibanya di bangku tempat duduk tadi, Ilham Iskandar memakaikan jaket yang dibawanya pada Alia Farhana dari belakang. Tersentak Alia Farhana dengan perlakuan Ilham Iskandar. Tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Tergamam untuk berkata - kata.
Ilham Iskandar kembali duduk di sebelah Alia Farhana. Dia menghulurkan beg kertas yang dibawanya tadi kepada gadis itu.
"Nah. Untuk awak".
"Untuk saya? Untuk apa ni Encik Ilham?".
"Hadiah. Awak ambillah". Dihulurkannya lagi kepada Alia Farhana. Gadis itu menyambutnya. Dia melihat isi kandungan beg kertas tersebut. Dahinya berkerut. Dikeluarkannya isi kandungan beg itu.
"Ni bukan ke...".
"Aah. Ni tudung yang kita beli masa kita lunch dulu. Dah lama sebenarnya saya nak bagi kat awak. Tapi tak ada masa yang sesuai. Lagipun saya segan". Aii Ilham. Muka je macho. Takkan segan kot. Macamlah tak pernah berkawan dengan perempuan.
"Saya ingat Encik Ilham nak bagi pada mak Encik Ilham. Mahal sangat tudung ni Encik Ilham. Rasa tak layak pulak saya nak terimanya".
"Apa pulak tak layaknya Alia. Ni hadiah untuk awak sebagai tanda penghargaan selama awak menjadi setiausaha saya. Menjadi pekerja yang baik untuk saya".
"Hmm..apa - apa pun terima kasih Encik Ilham atas penghargaan ni. Terima kasih juga sebab menjadi bos yang baik. Saya minta maaf kalau selama saya bekerja ni saya ada buat salah. Terkasar bahasa ke..tak dengar arahan ke..".
"Sama - sama Alia. Awak kerja bagus. Saya yang patut minta maaf pada awak sebab awak terpaksa layan kerenah saya yang macam - macam ni. Lepas ni tak dapatlah saya minum air Nescafe awak yang power tu".
Tergelak Alia Farhana mendengarnya. Walaupun begitu, dia merasa sedih juga kerana tidak dapat membuatkan Nescafe untuk bosnya setiap pagi. Tentu dia akan merinduinya nanti.
× × × × × × × × × × ×
Share this novel