BAB 46

Romance Completed 43587

BAB 46

 

     “Mak. Harris macam mana, Mak?.” Tanya Alia Farhana ketika tersedar dari tidur.

     “Adik. Dah bangun dah?.” Puan Zalina menghampiri katil anaknya.

     “Harris, Mak? Ada apa - apa berita dari Harris ke?.”

     “Alhamdulillah, Adik. Harris dah keluar dari dewan bedah dah.”

     “Ya ke, Mak? Alhamdulillah. Harris kat mana sekarang, Mak? Adik nak jumpa dia.” Berebut - rebut Alia Farhana bangkit dari pembaringannya.

     “Ya Allah. Perlahan - lahan Adik. Adik tu baru lepas bersalin. Terbetas nanti jahitan kat  bawah tu.” Puan Zalina mengingatkan anaknya itu agar berhati - hati sambil membantu Alia Farhana turun dari katil.

     “Adik tak sabar nak jumpa Harris, Mak. Bawak baby sekali ea.”

     Alia Farhana duduk di kerusi roda sambil menunggu ibunya mengambil anaknya untuk dibawa berjumpa dengan ayahnya. Hatinya gembira bukan kepalang mahu berjumpa suami tercinta. Namun di dalam hatinya terselit sedikit debaran untuk melihat keadaan suaminya itu. Adakah benar apa yang di jangka doktor bahawa suaminya akan hilang ingatan atau pun sebaliknya. Walau apa pun, dia sangat bersyukur kerana Harris Hakimi tidak meninggalkannya.

     Puan Zalina menolak kerusi roda Alia Farhana menuju ke wad 233 Melati. Bayinya pula dipangku di ribaannya. Sepanjang perjalanan menuju ke wad Harris Hakimi, mulutnya tak lekang dengan senyuman. Hatinya berbunga - bunga bahagia.

     “Mak, cepatlah sikit. Adik tak sabar nak jumpa Harris ni.”

     “Ye, ye. Sabar. Cuba bawak bersabar sikit. Habis drift dah ni.” Puan Zalina melawak. Alia Farhana tertawa mendengarnya.

     Tidak lama kemudian, mereka pun sampai di hadapan wad Harris Hakimi. Dadanya berdebar mahu berjumpa syurganya. Perlahan - lahan ibunya menolak masuk ke dalam wad.

     “Assalamualaikum.” Alia Farhana memberi salam kepada semua yang berada di situ.

     “Waalaikumussalam. Eh, Alia. Kenapa tak beritahu nak ke sini? Boleh Abang bawakkan.” Sahut Ilham Iskandar.

     “Tak apa Ilham. Alia ni tak sabar - sabar nak jumpa Harris ni. Kang nak tunggu Ilham sampai sana, lambatlah nanti Si Alia ni jumpa suami tercinta dia ni. Dia tak ingat tu yang dia baru lepas bersalin. Ada ke suruh Mak tolak laju - laju wheelchair ni. Habis laju dah Mak drift tadi sebab nak cepat sampai.” Semua yang berada di situ tertawa mendengar cerita lucu Puan Zalina.

     Puan Zalina menolak kerusi roda menghampiri katil Harris Hakimi. Alia Farhana melihat suaminya masih terbaring lesu belum sedarkan diri. Dia berdiri sambil menggendong anaknya.

     “Assalamualaikum, Biy. Sayang datang ni. Sayang bawak baby kita. Anak kita, lelaki Biy. Comel. Biy bangunlah. Tengoklah anak kita ni.”

     “Alia. Sabar. Nanti Kimi bangunlah. Ubat bius masih belum habis lagi tu. Alia sabar ye.” Pujuk Datin Ruhani.

     “Abang. Tolong saya boleh?.” Tiba - tiba Alia Farhana memanggil Ilham Iskandar.

     “Tolong apa tu?.”

     “Tolong ambikkan gambar kami. Boleh?.”

     “Boleh, Alia.”

     Alia Farhana berdiri berdekatan Harris Hakimi yang masih berbalut kepalanya dengan beberapa wayar yang berselirat di tubuhnya. Bayi di tangan di dekatkan ke wajah Harris Hakimi. Kemudian dia tersenyum manis di sisi suaminya. Beberapa keping gambar di ambil sebagai kenangan.

     Selesai mengambil gmbar, Alia Farhana duduk semula di kerusi rodanya. Anaknya diberikan kepada Datin Ruhani. Dia masih menanti suaminya bangun.

     Sedang dia ralit memandang suaminya, tiba - tiba dia terpandang jari jemari suaminya bergerak - gerak perlahan.

     “Biy?. Ummi, Mak. Harris dah sedar!.” Alia Farhana memanggil ibunya dan ibu mertuanya. Dia begitu teruja melihat suaminya yang sudah sedarkan diri.

     “Is. Panggilkan doktor.” Arah Datin Ruhani.

     Ilham Iskandar berlari keluar mencari doktor untuk memeriksa adiknya.

     “Biy. Alhamdulillah. Biy dah sedar.”

     Doktor Razif bersama dua orang jururawat masuk ke dalam wad diikuti oleh Ilham Iskandar.

     Selepas beberapa minit memeriksa Harris Hakimi, Doktor Razif datang menghampiri Alia Farhana.

     “Macam mana, Doktor? Suami saya?.” Soal Alia Farhana ingin tahu.

     “Alhamdulillah. Encik Harris dah sedar. Keadaan dia stabil. Cuma...”

     “Cuma apa, Doktor?.” Tanya Ilham Iskandar.

     “Cuma jangan bagi dia tekanan. Dia tak boleh stress. Jangan paksa dia untuk bercakap atau mengingatkan apa - apa. Kita tak mahu otak dia bekerja keras untuk berfikir tentang sesuatu. Kalau tak ada apa - apa lagi, saya keluar dulu. Terima kasih.”

     Alia Farhana hanya mengangguk. Kemudian dia berpaling ke arah suaminya. Lelaki itu hanya terbaring dan memandang ke atas tanpa berkata apa - apa.

     “Assalamualaikum, Biy. Alhamdulillah. Biy dah sedar. Lama Sayang tunggu Biy bangun. Sayang rindu sangat kat Biy.”

     Harris Hakimi tetap seperti itu. Tiada respon. Dia hanya melihat ke atas sahaja. Alia Farhana sudah mula menangis. Hatinya sayu melihat keadaan suaminya yang begitu.

     “Biy. Sayang bawak anak kita ni. Biy tengoklah dia. Sayang dah selamat lahirkan anak kita tengah hari tadi. Anak kita comel sangat, Biy. Mak. Anak Adik, Mak. Adik nak tunjuk pada Harris.” Alia Farhana meminta ibunya memberikan anaknya kepadanya kerana mahu tunjukkan pada Harris Hakimi.

     Alia Farhana menggendong anaknya dan di tunjukkan pada Harris Hakimi namun suaminya tetap tidak memberikan respon. Dia tidak memandang pun pada si kecil itu. Cuma... Hanya air matanya saja yang mengalir di pipi. Fahamlah dia walaupun suaminya tidak melihat ke arah anak mereka, namun lelaki itu dapat mendengar apa yang diucapkan oleh isterinya.

     Masing - masing yang berada di situ turut berasa sebak dengan apa yang dilihat. Semuanya tidak dapat menahan air mata daripada turut bercucuran.

     “Abang Ilham. Tolong ambikkan gambar kami lagi. Harris dah bangun ni. Nak tunjuk pada dia gambar yang kita ambik tadi sekali.” Pinta Alia Farhana kepada Ilham Iskandar.

     Ilham Iskandar hanya menurut sahaja kehendak Alia Farhana. Dia tidak sampai hati untuk menolak. Hatinya tidak kuat melihat suasana yang sayu seperti itu. Sebolehnya dia cuba menahan air matanya dari jatuh di hadapan wanita itu.

     Selepas mengambil beberapa keping gambar, Alia Farhana meminta telefon bimbit tersebut daripada Ilham Iskandar kerana mahu menunjukkan gambar yang diambil tadi kepada Harris Hakimi.

     “Biy. Tengok ni. Anak kita. Comel kan. Ni gambar tadi masa Biy belum sedar. Biy tengoklah.” Alia Farhana menghalakan skrin telefon bimbitnya ke arah mata Harris Hakimi. Dia tidak bercakap namun air matanya saja yang mengalir.

     “Biy. Cakaplah sesuatu. Sayang rindu nak dengar suara Biy. Rindu nak berbual dengan Biy. Biy janganlah diam macam ni je. Sayang rindu....” Semakin kuat tangis Alia Farhana yang duduk di sisi suaminya. Dia meletakkan kepalanya di lengan Harris Hakimi. Tersedu - sedu dia menangis.

     “Adik. Jangan macam ni, Adik. Adik kan baru lepas bersalin. Tak boleh sedih - sedih macam ni. Adik kena kuat.”

     “Tapi Adik tak kuat, Mak. Adik tak boleh tengok Harris macam ni. Adik kesiankan Harris. Adik sayang Harris.”

     “Ye. Mak tahu Adik sayangkan Harris. Semua orang pun sayang kan dia. Tapi Adik tak boleh macam ni. Adik belum sihat kan.”

     Alia Farhana menangis lagi. Dia masih berbaring di lengan Harris Hakimi. Anaknya diberikan kepada ibunya agar menjaganya buat seketika. Syukurlah anaknya itu tidak banyak ragam. Sepertinya budak kecil itu memahami situasi yang sedang ibu bapanya hadapi.

     “A...ir.”

     “Biy? Mak! Abang Ilham! Harris. Harris, Mak.” Alia Farhana bingkas bangun dan mengesat air matanya. Dia tersenyum gembira apabila mendengar suara Harris Hakimi.

     Ilham Iskandar menuangkan air masak ke dalam gelas dan menyuakannya ke mulut adiknya. Dengan perlahan - lahan Harris Hakimi meminumnya.

     “A..wak sia..pa?.” Soal Harris Hakimi kepada Ilham Iskandar.

     Mereka yang berada di situ tercengang mendengar pertanyaan dari Harris Hakimi itu. Apa mungkin apa yang dijangkakan oleh doktor benar - benar berlaku.

     “Biy? Ni Abang Ilham. Abang kandung Biy.” Beritahu Alia Farhana kepada Harris Hakimi.

     Harris Hakimi hanya berkerut dahi tanda tidak mengerti.

     “Biy. Ni Sayang. Isteri Biy. Biy ingat kan, ni Sayang. Anak kita tu hah. Tengah hari tadi Sayang lahirkan anak Biy.”

     “Tu Ummi, mak Biy. Ni mak Sayang, mak mertua Biy. Biy ingat, kan?.”

     Semakin berkerut dahinya memikirkan apa yang didengarinya.

     “Alia. Sabar. Jangan paksa Kimi. Dia baru sedar tu. Jangan lupa doktor pesan jangan bagi tekanan pada Kimi.” Datin Ruhani mengingatkan.

     Alia Farhana seakan tersedar dengan perlakuannya tadi. Sesungguhnya dia kurang sabar dalam menghadapi situasi tersebut.

     Sejujurnya dia takut jika suaminya hilang ingatan dan tidak kenal padanya. Bagaimana dia mahu terima kenyataan itu? Dia takut. Amat takut.

     Malam itu, Alia Farhana meminta izin dari pihak hospital untuk bermalam bersama suaminya di dalam wad yang sama. Namun pihak hospital tidak membenarkannya kerana tidak mahu mengganggu proses pemantauan kesihatan ke atas suaminya itu. Lagi pula dengan kondisi kesihatannya yang baru lepas melahirkan, lagilah doktor tidak benarkan mereka satu wad bersama.

     Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Alia Farhana di temani ibunya di wadnya. Badan terasa amat letih sekali. Alia Farhana tidur dengan lena tanpa gangguan tangisan si kecil. Alhamdulillah sangat kerana anaknya tidak meragam sepanjang hari itu. Hanya menangis sesekali minta di suap susu kerana kelaparan.

     Ilham Iskandar masuk ke dalam wad Alia Farhana dengan tergocoh - gocoh. Perlahan - lahan dia menggerakkan tubuh Puan Zalina yang sedang berbaring di atas sofa.

     “Ilham? Ada apa ni datang malam - malam?.” Soal Puan Zalina kepada Ilham Iskandar sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

     “Harris, mak. Harris nazak.” Jawab Ilham Iskandar dengan nada berbisik.

     “Allahuakbar. Habis macam mana sekarang ni?.”

     “Kita kejut Alia, mak. Bagitahu dia.” Puan Zalina mengangguk kepala lalu bangun menuju ke katil ananaknya. Dengan hati - hati dia menggerakkan tubuh anaknya itu.

     “Ada apa, mak? Baby bangun ke?.” Tanya Alia Farhana kepada ibunya sambil tangannya menggonyoh mata.

     “Tak. Baby tidur je tu. Harris. Harris tengah nazak.”

     “Hah? Harris? Nazak? Mak jangan main - main, mak. Abang, betul ke ni?.” Soalnya panik. Dadanya mula berdebar hebat.

     Ilham Iskandar mengangguk perlahan.

     “Jom cepat kita pergi tengok Harris. Adik pergi dengan Ilham dulu. Mak datang kejap lagi dengan baby.” Ilham Iskandar membantu Alia Farhana turun dari katil dan duduk di kerusi roda. Kemudian mereka bergerak pantas menuju ke wad 233 Melati untuk melihat keadaan Harris Hakimi.

     Setibanya mereka di wad Harris Hakimi, dilihatnya doktor sedang bercakap dengan Datin Ruhani dengan wajah yang pasrah. Datin Ruhani pula kelihatan tergamam dan sedih.

     “Doktor. Doktor. Suami saya kenapa? Keadaan dia macam mana, doktor?.” Soal Alia Farhana bertubi - tubi kepada doktor yang sedang menghampirinya di muka pintu.

     “Saya harap puan banyakkan bersabar ye. Encik Harris mengalami komplikasi kesan daripada pembedahan siang tadi. Kami dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa Encik Harris. Tapi... Allah lebih sayangkan dia. Maafkan saya.”

     Terkebil - kebil mata Alia Farhana setelah mendengar kata - kata keramat yang keluar daripada mulut Doktor Razif. Tergamam. Terkedu. Kelu lidahnya untuk melafazkan kata. Lututnya terasa longlai. Lemah tidak berdaya mahu melangkahkan kakinya ke arah katil tempat pembaringan jasad suaminya. Namun di gagahinya juga.

     “Allah. Allah. Allah.... Biy... Biy... Bangun, Biy. Sayang tahu semua ni tak benar. Biy takkan tinggalkan Sayang. Biy dah janji nak besarkan anak kita sama - sama. Macam mana Sayang nak laluinya sorang - sorang tanpa Biy? Tolonglah bangun Biy. Bangunlah, Biy.”

     Alia Farhana menggoncang tubuh kaku Harris Hakimi dengan harapan suaminya akan sedar dan berita yang dia dengari tadi tidak benar sama sekali. Dia yakin apa yang doktor katakan tadi tidak benar. Suaminya tidak akan tinggalkan dirinya!.

     “Alia. Sabar. Istighfar Alia. Kimi takkan bangun. Kimi dah tinggalkan kita.” Teresak - esak suara Datin Ruhani menenangkan menantunya.

     Alia Farhana menangis semahunya di dada suaminya. Dia memeluk erat tubuh kaku itu. Kemudian dia bangun dan memegang wajah suaminya. Tenang wajahnya. Dia mencium kedua belah pipi lelaki yang dia cintai itu. Lama sehingga dia merasa benar - benar puas dan melepaskan segala rindu di dalam dada.

     “Sampai hati Biy tinggalkan Sayang dengan anak kita. Biy tak tepati janji Biy. Biy langsung tak kesiankan Sayang kena hadapi semua ni sorang - sorang. Tapi tak pelah Biy. Sayang tahu Biy dah penat melawan sakit Biy ni sendiri. Biy rehatlah. Biy tunggu Sayang kat ‘Sana’ ye. Sayang, sayangkan Biy.”

     Keesokan harinya, Alia Farhana telah dibenarkan untuk discharge. Jenazah Harris Hakimi juga dibawa pulang selepas selesai dimandi dan di kafankan oleh pihak hospital.

     Sepanjang hari Alia Farhana hanya termenung dan menangis. Dia tidak hiraukan anaknya menangis kelaparan. Puas dipujuk ibunya, barulah dia menyusukan anaknya itu.

     Jenazah Harris Hakimi telah selamat dikebumikan sebelum masuk waktu Zohor. Pada awalnya, Alia Farhana tidak dibenarkan mengikuti ke pengebumian suaminya itu. Tetapi dia berkeras mahu mengikutinya juga kerana dia mahu melihat perjalanan terakhir suaminya.

     Dalam dakapan senja,

     Ku renungi sinar matamu,

     Berat rasa melepaskan,

     Dikau pergi.

 

     Dingin hembusan bayu,

     Lemah longlai langkah kakimu,

     Lambaianmu kian jauh,

     Dari mata.

 

     Malangnya,

     Bencana menimpa,

     Kau telah pergi,

     Untuk selamanya,

     Tak kembali.

 

     Pada saat terakhir,

     Ku melihat paras wajahmu,

     Kau bisikkan hanya sayang,

     Kepadaku....

 

     “Selamat tinggal, Biy. Selamat jalan sayangku....”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience