BAB 20
“Hello, bro! What’s up?.” Sapa Amir kepada Ilham Iskandar setelah lelaki itu membuka pintu bilik hotelnya. Mereka bersalaman dan berpelukan seketika.
“Hey, Amir. Come. Masuklah.” Pelawa Ilham Iskandar.
“Apa cerita ni, Is? Ada apa datang Langkawi ni? Urusan kerja?.” Tanya Amir mahu memulakan strategi mengorek rahsia sahabatnya itu. Dia terus saja duduk di birai katil sebelum sempat Ilham Iskandar mempelawa.
“Hmm… Actually… No! Aku ke sini bukan atas urusan kerja pun. Just… I want to rest. I need rest. Yeah! I need rest.”
“Are you sure with your reason? Aku tengok kau ni macam ada sesuatu je yang kau sorok dari aku. Apa dia?. Tell me.” Amir cuba serkap jarang.
“Ah kau. Pandai je kan baca perangai aku.”
“Of course! Kita kenal dah berapa lama? Luar dalam kau semua aku tahulah. Rahsia kau semua dalam kocek aku ni.” Amir menepuk poket seluarnya dengan bangga menunjukkan bahawa segalanya tentang Ilham Iskandar dia tahu. Tak boleh dah nak sembunyi kalau ada apa – apa cerita.
“Ceritalah. Tak payahlah kau sorok dari aku. Lambat laun aku pasti akan tahu punya.” Sambung Amir lagi. Dilihatnya sahabatnya itu sudah tersenyum – senyum sejak kedatangannya tadi.
“Hmm… Dari mana nak mula ye? Aku tak tahu nak mula macam mana.”
“Okey. Let’s me help you. Kita mulakan dengan Alia. Aku terserempak dengan dia tadi kat luar.” Amir memberi cadangan dan sudah memandangnya dengan senyuman penuh makna. Beberapa minit diambil sebelum dia membalas percakapan Amir itu.
“Yeah. Actually I don’t know when its starting.” Ilham Iskandar mengangkat bahunya tanda tidak pasti.
“Hana macam mana?.” Amir bertanya serius.
“Aku dah break off dengan dia.”
“Reason?.”
“Aku terserempak dengan dia jalan dengan lelaki lain. Kat Langkawi nilah. Masa aku out station dulu tu .She’s curang dengan aku, Mir. Kau rasa patut ke aku teruskan dengan dia?.” Ilham Iskandar menjawab dengan disusuli persoalan juga.
“Baguslah kau dah putus dengan dia. Aku sokong dengan tindakan kau tu.” Ilham Iskandar sudah mengangkat keningnya mahukan penjelasan maksud kata – kata dari Amir itu.
“Sebenarnya aku dah beberapa kali terserempak dengan dia jalan dengan lelaki lain. Bukan main mesra lagi. Sanggup tu datang jauh – jauh ke Langkawi ni. Tapi aku tak tahulah kalau dia tahu aku dah tahu kecurangan dia tu.”
“Dah tu kenapa kau tak bagitahu aku?.” Soal Ilham Iskandar.
“Bagitahu kau? Dah berapa kali aku cuba bagitahu kau. Tapi macam biasalah kau. Mana nak percaya. Dah sayang tahap gaban kat dia. Memang takkan percayalah kalau aku bagitahu kau. Silap – silap kita boleh putus kawan tau disebabkan cinta kau tu pada dia.” Panjang lebar Amir menjelaskan keadaan sebenarnya kepada sahabat baiknya itu.
Ilham Iskandar sudah terdiam mendengar kata – kata Amir itu. Ya. Betul cakap Amir tu. Lelaki itu pernah cuba memberitahunya dahulu tentang Hana. Tetapi ditolak mentah -mentah. Sekarang dia yang rasa tertipu dan patah hati.
“So… Alia dah tahu belum tentang perasaan kau tu pada dia?.” Tanya Amir lagi.
“Belum lagi. Aku tak tahu macam mana nak bagitahu dia.”
“Ah kau. Benda mudah pun tak tahu ke? Jangan lambat – lambat kang kena kebas dek orang baru kau tahu. Melopong kau time tu.”
“Kau cakap senanglah Mir. Kau awek pun tak ada. Bolehlah cakap aku macam tu. Baik kau pergi cari awek lekas. Baru kau tahu macam mana perasaannya nak meluahkannya tu.”
“Eh. Aku pulak. Aku bukan apa Is. Aku cuma nak tengok kawan aku ni bahagia. Tu je. Aku sarankan kau pergi bagitahu cepat perasaan kau pada dia. Aku tengok tadi pengurus dia tu boleh tahan jugak orangnya. Sekali pandang macam masih bujang. Dia pandang Si Alia tu pun lain macam aje. Kau kena cepat Is.”
“Tulah tu. Aku pun perasan jugak. Sebab tu aku ke sini. Tak percaya aku pada laki tu. Buatnya dia apa – apakan Alia macam mana?.”
“Wah kau. Caring betul kau pada dia kan. Dengan Si Hana dulu tak macam ni kau punya ambil berat. Special betul dia nampaknya.” Amir memerli Ilham Iskandar.
“Entahlah Mir. Dengan dia ni aku rasa… perasaan aku… Entahlah. Boleh kata aku selalu rindukan dia. Yang dulu aku sebulan kena ke Australia tu. Macam nak gila aku rindukan dia. Kerja melambak sampai aku tak sempat nak tanya khabar dia.”
“Sekarang ni kau dah tahu perasaan kau pada dia macam mana kan. So… Better kau cepat – cepatlah bertindak okeh. Aku doakan kau berjaya. Eh okeylah. Aku balik dululah Is. Esok aku ada presentation. Next time kita jumpa lagi.” Amir sudah pun bangun dari duduknya dan menuju ke pintu.
“Bila – bila turunlah KL. Kau ni kerja keras sangat. Manalah awek nak lekat.” Ilham Iskandar mengusik Amir.
“Aku nak kumpul duit dulu beli rumah. Kemudian barulah aku fikir pasal awek. Dah. Kau jangan lupa nasihat aku tadi. Kalau kau tak nak dia kau bagi kat aku aje.”
“Beranilah kau. She’s mine!.” Amir ketawa besar apabila melihat tingkah laku Ilham Iskandar yang seakan cemburu itu.
Ilham Iskandar membukakan pintu buat sahabatnya itu. Selepas bersalaman, Amir terus pulang ke rumahnya. Dia tidak boleh berlama – lama di situ kerana dia ada urusan penting esok.
Subuh keesokan harinya, seawal jam 6 pagi Ilham Iskandar sudah menelefon Alia Farhana. Tak tertanggung rindu katanya hendak berjumpa. Lain macam sungguh penangan Alia Farhana tu kan.
“Ye Encik Ilham. Paginya Encik Ilham telefon. Dengar suara macam baru bangun tidur aje tu. Silap – silap tak mandi lagi ni.”
“Macam tahu – tahu aje. Sayang. Miss you. Breakfast sama jom Sayang.”
“Breakfast sama ye? Maaf Encik Ilham. Nampaknya macam tak dapatlah. Kita jumpa lepas saya habis meeting jelah ye.” Alia Farhana menolak perlawaan Ilham Iskandar kerana dia tidak mahu hilang fokus jika dia berjumpa lelaki itu. Macam mana tak hilang fokus kalau sejak akhir – akhir ni kelakuan lelaki itu sungguh berlainan. Lebih baik dia selesaikan urusan kerjanya dahulu sebelum berjumpa lelaki itu.
“Alaaa… Sayang habis meeting pukul berapa tu? Lamalah saya kena tunggu ni.” Kedengaran begitu manja nada suara Ilham Iskandar. Seakan merajuk bila diminta tunggu sehingga selesai mesyuaratnya itu.
“Hmm… Not sure pukul berapa habis. Maybe around 5 o’clock.”
“Lamanya Sayang. Dah tu apa yang saya nak buat sorang – sorang dalam bilik ni. Mesti boring nanti.”
“Encik Ilham pergilah jalan – jalan. Nanti pukul 5 Encik Ilham baliklah hotel kita jumpa.”
“Tak naklah jalan sorang – sorang. Kalau Sayang ada lainlah.”
“Habis tu macam mana? Kan saya ada kerja ni. Lagipun Encik Ilham yang nak ikut saya ke sini. Kan dah boring.”
“Sayang ni kan. Kita ni punyalah tak nak jauh dari dia. Sanggup teman dia kat sini. Dia boleh cakap macam tu pulak.” Ilham Iskandar sudah mula merajuk. Amboi. Tak pernah – pernah buat perangai mengada macam tu. Pagi ni pulak boleh nak merajuk bagai.
“Alololo… Merajuk pulak dia. Janganlah merajuk Encik Ilham. Saya kan ada kerja ni. Kalau kita sarapan sama – sama nanti saya takut hilang fokus masa meeting nanti. Kita jumpa lepas selesai semualah nanti. Boleh kan?.”
“Kenapa pulak saya jadi penyebab hilang fokus Sayang? Kan kita pergi makan aje. Bukannya kita buat benda lain pun.”
“Yelah Encik Ilham. Memanglah makan aje. Saya cuma risau aje kalau tiba – tiba Encik Ilham jadi lain. Hmm… Takut jadi macam semalam.” Opss!! Alia Farhana menekup mulutnya. Macam manalah dia boleh terlepas cakap. Aduh!
“Sayang marah ye? Saya minta maaf. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh buat macam tu semalam. Semuanya spontan. Sumpah! Saya memang tak rancang pun. Saya minta maaf kalau Sayang tak suka.”
“Ye Encik Ilham. Saya maafkan. So… Kita jumpa petang nanti ye. Saya nak bersiap ni.”
“Okey Sayang. Tapi boleh tak kita jumpa sekejap je nanti masa Sayang nak turun bawah. Saya rindulah Sayang.”
“Alahai Encik Ilham ni. Kenapa ni manja sangat? Pukul 5 tu tak lama pun. Pejam celik dah pukul 5. Sabarlah sekejap.”
“Sayang tak sudi ke jumpa saya? Tak rindu kat saya ke?.” Aduhai Encik Ilham ni. Merajuk lagi pulak dia ni.
“Eh bukan macam tu Encik Ilham. Nanti kalau Encik Faris nampak apa pulak katanya. Tak sedaplah kan. Bukan saya tak nak jumpa. Harap Encik Ilham fahamlah.”
“Hmm… Yelah Sayang. Saya faham. Petang nanti jelah kita jumpa. Sayang janganlah lambat – lambat. Habis meeting je terus call saya tau.”
“Iye. Baik Encik Ilham. Okeylah. Saya dah lewat ni. jumpa petang nanti ye.”
“Okey Sayang. Love you. Miss you sangat. Jangan lupa tau call saya nanti.”
“Ye Encik Ilhamku sayang. Okeylah. Bye. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Bye Sayang.”
Klik! Telefon dimatikan. Alia Farhana bergegas bersiap untuk mesyuarat pagi itu. Jika dilayan lagi Ilham Iskandar itu pasti dia akan lewat nanti.
Sepanjang menunggu Alia Farhana selesai bermesyuarat, Ilham Iskandar hanya duduk di biliknya sahaja. Dia tidak ke mana – mana. Makan pun dia minta room service hantarkan. Apa gunanya dia keluar berjalan sendirian tanpa berteman tentu bosan. Lebih baik dia tunggu saja di biliknya sehingga gadis itu selesai kerja. Walaupun bosan tiada buat apa – apa, dia mengambil peluang itu untuk berehat secukupnya setelah penat bekerja selama ini. Dia sedar dia sebenarnya kurang berehat kerana kesibukan kerjanya.
Jam sudah menginjak ke angka tiga. Nampaknya mesyuarat telahpun selesai. Selepas mencapai kata putus antara syarikatnya dan Syarikat Yusof Insurans, wakil dari syarikat tersebut meminta diri untuk terus pulang tanpa makan dahulu kerana ada urusan kecemasan.
Faris tidak dapat menahan jika mereka tidak dapat makan bersama petang itu. Makanya tinggallah hanya dia dan Alia Farhana sahaja untuk makan bersama – sama. Pada mulanya Alia Farhana mahu menolak kerana sudah berjanji dengan Ilham Iskandar akan menelefon sekiranya sudah selesai kerja. Tetapi Faris berkeras mahu dia makan bersama – sama. Akhirnya Alia Farhana terpaksa akur atas dasar menghormati pengurusnya itu.
Mereka ke restoran di hotel itu untuk makan tengah hari. Pelbagai lauk pauk disediakan secara buffet di situ. Selepas memilih lauk yang diingini, mereka duduk di meja yang dipilih Faris. Meja yang hanya menempatkan 2 buah kerusi terletak agak tersorok di balik dinding.
“Sikitnya makan. Diet eh?.” Tanya Faris tiba – tiba.
“Eh taklah Encik Faris. Saya memang makan tak banyak.” Alia Farhana menafikan. Sebenarnya dia mahu makan bersama Ilham Iskandar. Tentu lelaki itu sedang menunggunya untuk makan bersama. Kalau dia makan banyak sekarang takut nanti perutnya terlalu penuh masa makan dengan lelaki itu nanti. Bagi menjaga hati kedua – duanya dia mengambil jalan selamat untuk makan dengan kuantiti yang sedikit sahaja.
“Awak dah cukup kurus tak payahlah diet lagi. Kurus – kurus sangat tak cantik nanti.”
“Betullah Encik Faris. Saya tak diet pun.” Alia Farhana cuba menafikan lagi.
“Hmm… Alia. Lepas makan ni kita pergi naik cable car nak? Esok nak balik dah. Entah bila lagi dapat peluang ke sini kan. Boleh ye Alia?.”
‘Gulp! Apa nak jawab ni? Ye atau tidak ni? macam mana dengan Encik Ilham?.’ Makanan yang ditelan terasa seperti tersekat di kerongkong.
“Errr…”
“Kenapa Alia? Awak ada janji dengan siapa – siapa ke?.” Faris cuba menebak. Dilihat wajah gadis di hadapannya sudah serba salah.
Sebenarnya dia sudah tahu akan kehadiran lelaki yang bernama Ilham Iskandar itu di Langkawi ini. Sepertinya Alia Farhana ini sangat istimewa pada lelaki itu kerana sanggup cuti bekerja semata – mata mahu ke sini. Bukankah lelaki itu seorang yang sangat penting di syarikatnya? Masakan senang – senang mahu tinggalkan kerja begitu sahaja. Oh ye! Dia terlupa bahawa syarikat itu adalah milik keluarganya. Jadi, tidak menjadi masalah padanya jika mahu pergi ke mana pun.
“Tak adalah Encik Faris. Tak ada janji dengan siapa – siapa pun.” Aduhai mulut ni. Kenapa jawab macam tu? Encik Ilham macam mana sekarang ni?.
“Okeh. Kalau macam tu lepas makan ni kita pergi ye. Nanti saya sewa kereta dengan pihak hotel.”
Bagus Alia! Sekarang ni kau jawablah dengan Encik Ilham kau tu. Confirm merajuk dia tu nanti.
Selesai menjamu selera, Faris ke receptionist untuk menyewa kereta. Dengan hati yang berat Alia Farhana terpaksa mengikut juga rancangan Faris untuk ke Gunung Mat Cincang. Di fikirannya hanya teringatkan Ilham Iskandar. Sehingga kini dia masih belum menelefon mahupun menghantar mesej kepada lelaki itu kerana dia tidak berpeluang memegang telefonnya sendiri. Sedari tadi pengurusnya asyik memerhatikan saja tingkah lakunya. Dia jadi serba salah mahu membuat apa – apa walaupun hanya mahu memegang telefon. Terasa seperti membuat salah besar sahaja.
Sejam perjalanan akhirnya mereka sampai juga di Langkawi Sky Cab. Nampak teruja wajah Faris ketika mereka sampai di situ. Alia Farhana pula sedayanya akan tersenyum dan cuba untuk menceriakan suasana. Hakikat di dalam hatinya amat runsing ketika itu.
“Cepat Alia.” Faris menarik tangan Alia Farhana ketika kereta kabel sampai di hadapan mereka. Alia Farhana yang agak terkejut itu tidak sempat untuk menepis tangan Faris daripada menyentuhnya. Nak tak nak dia terpaksa merelakannya. Tapi kalau dengan Encik Ilham tu kau on je kan. Hmm… Ada apa – apa ke Alia?
Di dalam kereta kabel Alia Farhana mengambil tempat duduk di hadapan Faris. Hanya mereka berdua sahaja di dalam kereta kabel tersebut.
Faris yang duduk membelakangkan pandangan hadapan telah beralih tempat duduk di sebelah Alia Farhana.
Alia Farhana mengetap bibirnya. Terasa tidak selesa pula apabila lelaki itu duduk begitu hampir dengannya. Alia Farhana hanya tersenyum memandang Faris yang duduk di sebelahnya. Tangan lelaki itu pula diletaknya di penyandar tempat duduk belakang Alia Farhana. Gadis itu yang memang bersandar sedari tadi sesekali duduk ke hadapan sedikit kerana kurang selesa tangan Faris menyentuh belakang badannya.
“Alia. Jom ambil gambar.” Ajak Faris sambil mengeluarkan telefon bimbitnya yang berada di dalam poket seluarnya.
Faris merapatkan wajahnya pada wajah Alia Farhana dan terus menekan butang kamera. Alia Farhana yang tergamam sekali lagi tidak dapat menolak perbuatan Faris itu.
Beberapa keping gambar diambil dengan pelbagai posisi. Alia Farhana sedaya upaya cuba memberikan senyuman yang paling manis walaupun ketika itu dia merasa sangat tidak selesa.
Tiba – tiba kereta kabel berhenti kerana angin bertiup agak kencang. Kereta kabel bergoyang ke kiri dan kanan. Alia Farhana agak cuak dengan situasi itu. Pelbagai bayangan dia bayangkan ketika itu. Takut jika kereta kabel mereka jatuh terhempas. Tanpa disedari dia telah memegang dan mencengkam peha Faris yang duduk disebelahnya ketika kereta kabel tersebut bergoyang agak kuat. Kepalanya ditundukkan ke arah Faris. Dadanya berdebar rasa ketakutan. Dia sudah tidak peduli jika lelaki itu adalah Faris sekali pun.
Faris yang perasan Alia Farhana yang agak takut itu telah menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. Tangannya yang berada di belakang badan Alia Farhana cepat sahaja memeluk erat bahu gadis itu. Dia menarik rapat tubuh gadis itu ke pelukannya. Manakala tangannya yang sebelah lagi mengelus lembut tangan gadis itu yang berada di pehanya.
“Hey, Alia. Shhh… Jangan takut. Tak ada apa – apalah. Cuma angin kuat aje. Saya ada ni. Jangan takut ye.” Faris cuba menenangkan gadis di sebelahnya.
“Lama lagi ke nak macam ni Encik Faris. Saya takut sangat ni.” Semakin kuat pula cengkaman tangannya di peha Faris. Dia memejamkan matanya kerana begitu ketakutan.
“Sekejap lagi okeylah ni. Awak jangan takut okeh.”
Beberapa minit berkeadaan begitu, kereta kabel kembali bergerak seperti biasa apabila angin sudah mula bertiup perlahan. Dengan perlahan – lahan Alia Farhana mengalihkan tangannya dari peha Faris.
“Maaf Encik Faris.”
“It’s okay, Alia.” Faris tersenyum manis pada Alia Farhana.
Mereka sama – sama meleraikan tangan masing – masing dan duduk seperti biasa sehingga sampai ke puncak gunung. Bibir Faris tidak lekang dengan senyuman bila dapat melalui detik indah bersama Alia Farhana tadi. Dia berharap kereta kabel akan berhenti lagi seperti tadi ketika mereka turun nanti.
Share this novel